MODUL
SAINS KEJURUTERAAN 1
(SK 1021)
TASK
A. PENGENALAN KEPADA FIZIK
Fizik
Adalah berkaitan dengan sifat dan ciri-ciri bahan kaku
serta bagaimana ia bertindak balas terhadap sesuatu
keadaan dan dengan wujudnya hubungan antara pelbagai
bentuk tenaga/daya.
Kimia
Adalah berkaitan dengan komposisi sesuatu bahan
yang mana bahan-bahan tersebut bergabung dan
pelbagai kaedah digunakan untuk menghasilkan
sesuatu bahan tersebut.
Biologi
Adalah berkaitan dengan sifat-ciri benda yang hidup,
mengalami perubahan dan pembesaran/pertumbuhan
serta pelbagai tindakbalas yang berlaku ketika melalui
kitaran hidup.
1. Kuantiti Asas Pengukuran (Fundamentals quantities of
measurement)
Kuantiti fizik terbahagi kepada dua jenis:
i. Kuantiti asas
ii. Kuantiti terbitan
Kuantiti asas fizik mesti diungkapkan dalam ukuran yang tertentu
Kuantiti asas fizik terdiri daripada 2 bahagian iaitu MAGNITUD
BERANGKA dan UNIT
Terdapat 3 kuantiti asas fizik iaitu PANJANG (LENGTH), JISIM
(MASS) DAN MASA (TIME).
1.1 Panjang (Length)
Unit nya meter (m)
iaitu saiz sesuatu objek pada satu satah atau
ukuran garislurus / datar.
adalah ukuran dimensi sesuatu jarak.
1.2 Jisim (Mass)
Unit nya gram atau kilogram (g atau kg)
Bukan ukuran saiz sesuatu objek atau berat
Ia adalah ukuran kuantiti jirim (matter) dalam sesuatu objek
Jangan keliru dengan berat walaupun pengukurannya
diungkapkan sama dengan jisim.
Berat adalah gabungan kuantiti asas jisim dengan tarikan
graviti.
Tarikan graviti tidak memberi apa-apa kesan terhadap jisim
1.3 Masa (Time)
Unit nya saat (s)
Dalam sains, masa adalah tempoh/jangkamasa sesuatu
kejadian berlaku. Ia akan digunakan untuk menunjukkan
hubungannya dengan sesuatu kejadian / peristiwa.
2. Sistem Pengukuran (Measurement Systems)
Terdapat dua sistem yang digunakan iaitu :
i. Sistem British
ii. Sistem Antarabangsa (System International, SI)
2.1 Sistem British
Biasanya digunakan di US dan berasal dari UK
Unit asas bagi kuantiti asas ialah :
Panjang = kaki (ka)
Jisim = Pound (Ib)
Masa = saat (s)
2.1 Sistem Antarabangsa (SI)
Digunakan secara meluas seluruh dunia
sebagai satu sistem yang standard.
Unit asas bagi kuantiti asas ialah :
Panjang = meter (m)
Jisim = kilogram (kg)
Masa = saat (s)
Unit dan Kuantiti Asas berpandukan unit SI
Kuantiti Asas & Simbol Unit SI Simbol unit dalam
Panjang meter SI
m
Jisim kilogram kg
Masa saat s
Suhu Kelvin K
Arus elektrik ampere A
Jumlah bahan (amount moles Mol
of substance) cd
Keamatan cahaya kandela
3. Imbuhan Unit SI
Digunakan untuk membezakan antara nilai kuantiti asas
yang besar dengan yang kecil. Imbuhan diletakkan di
hadapan unit asas untuk membolehkan MAGNITUD
BERANGKA disebut dalam nombor yang kecil
Contoh : Panjang, l = 5000 m
Magnitud Unit Asas
Berangka Imbuhan
Contoh : 5000 m = 5 x 103 m = 5 km
Simbol Imbuhan
Imbuhan Unit dalam SI
Imbuhan Simbol Faktor Darab atau Nombor Sebenar
Kuasa 10
Femto f 0.000000000000001
Pico p 10 -15 0.000000000001
Nano n 10 -12 0.000000001
Micro µ 10 -9 0.000001
Mili m 10 -6 0.001
Senti c 10 -3 0.01
Desi d 10 -2 0.1
Deka D 10 -1 10
Hekto h 10 1 100
Kilo k 102 1000
Mega M 103 1,000,000
Giga G 106 1,000,000,000
Tera T 109 1,000,000,000,000
1012
4. Kuantiti Terbitan atau Gabungan (Derived / Combined
Quantities)
Kebanyakan unit pengukuran terhasil dari terbitan /
gabungan dengan kuantiti asas fizik. Ia terhasil secara
mendarab, bahagi atau gabungan dengan kuantiti asas
fizik
Contoh : Luas, A = panjang x lebar
Daya, F = jisim x pecutan
Halaju, v = jarak / masa
Kuantiti Gabungan atau Terbitan
Kuantiti Terbitan & Unit Terbitan atau Gabungan
Simbol
m x m = m2
Luas (A) m x m x m = m3
Isipadu (V)
Kelajuan, Halaju (v) m/s
Pecutan (a) m/ s2
Daya (F) kgm/s2 = Newton (N)
Konstan spring (k) N/m
Kerja, Tenaga (W) kgm2/s2 = Joule (J)
Kuasa (P) kgm2/s3 = Watt (W)
Daya Kilas (T) Nm
Tekanan (P) N/m2 = Pascal (Pa)
5. Analisa Dimensi (Dimensional Analysis)
Dalam fizik, kuantiti terbitan terhasil dari terbitan kuantiti
asas seperti panjang, jisim dan masa. Apabila kuantiti
terbitan dirungkaikan(broken down) kepada kuantiti asas
maka ia di kenali sebagai DIMENSI.
Apabila hendak menunjukkan DIMENSI sesuatu kuantiti
sahaja maka hendaklah menggunakan huruf besar dan
diletakkan dalam kurungan [ ].
Contoh :
• Dimensi untuk panjang ialah [L]
• Dimensi untuk jisim ialah [M]
• Dimensi untuk masa ialah [T]
Dalam fizik, penggunaan dimensi mesti konsisten. Jika
tidak konsisten maka ianya tidak boleh jadi persamaan
yang betul (incorrect equation).
Peraturan dalam dimensi ialah :
a. Dua kuantiti boleh ditambah atau ditolak jika kedua-
duanya mempunyai dimensi yang sama.
b. Dua kuantiti boleh menjadi sama (can be equal) jika
kedua-duanya mempunyai dimensi yang sama.
Nota: Hanya dimensi perlu sama bukannya unit.
Contoh: Adalah betul jika dituliskan 12 inci = 1 kaki sebab
kedua-duanya adalah kuantiti asasnya ialah panjang. Di mana
dimensi bagi panjang ialah [L] = [L].
Walaubagaimanapun, adalah menjadi salah jika ditulis x inci = t saat
sebab kedua-duanya tidak mempunyai dimensi yang sama iaitu [L] = [T]
TERIMA KASIH