BAHASA
MELAYU
TING 2
NOVEL DARAH TITIK DI
SEMANTAN
BAB 11 & 12
MINGGU 8 PDPR (10/3/2O21)
BERSAMA CIKGU DYG
SMK KOTA SAMARAHAN
BAB D1AT1ANG LAGI
DESBOROUGH
Pada tengah hari itu, dua pasukan
dibentuk. Satu pasukan diketuai oleh Datuk
Bahaman dan satu lagi pasukan diketuai oleh
Datuk Panglima Raja. Setiap pasukan terdiri
daripada 25 orang yang muda dan tahan lasak.
Datuk Panglima Raja mengarahkan
pasukannya meronda di luar kawasan Bandar
Kuala Semantan. Apabila tiba di sebuah bukit
mereka terserempak dengan mata-mata Sikh
dan berlakulah pertempuran.
Keesokan hari, mereka menyambung
perjalanan. Datuk Panglima Raja mengarahkan
pasukannya membuat helah untuk membunuh
mata-mata Sikh. Mereka membuat bubur ubi
gadung yang beracun. Apabila pasukan mata-
mata Sikh seramai 40 orang yang diketuai oleh
Desborough tiba di kawasan tersebut dan
mereka makan bubur itu. Mereka mengalami
kepanasan dan mabuk. Akhirnya mereka mati
kelemasan apabila mata-mata Sikh terjun ke
sungai akibat kepanasan.
Setelah lima hari berada di Kuala
Semantan mereka bertemu semula dengan
pasukan Datuk Bahaman. Mereka mara ke
Lubuk Terua dengan perahu. Di sana, mereka
disambut oleh Imam Perang Weh. Perjuangan
mereka semakin mendapat sambutan. Rahman
dan Hassan mendapatkan nama beratus-ratus
pejuang. Tuk Selampit juga datang untuk
menyertai perjuangan mereka menentang
Inggeris. Keesokan harinya, mereka pergi ke
kubur arwah Ismail untuk membuat sedikit
tahlil.
TIPUBHEALBAH 1IN2GGERIS
Datuk Bahaman juga menyampaikan amanat bahawa
pertempuran ini akan lebih sulit dan besar. Mereka akan
menghadapi lima puluh orang mata-mata Sikh yang diketuai
oleh Desborough manakala satu lagi pasukan terdiri daripada
tiga ratus askar-askar sultan yang diketuai oleh Tengku
Ali.Beliau memutuskan sekiranya askar sultan bersama-sama
dengan askar Sikh, mereka akan berundur sahaja. Mereka tidak
ingin berbunuhan dengan askar sultan.
Mereka meneruskan perjalanan ke Batu Hampar.
Apabila sampai di sana, mereka membina kubu. Zahid dan
Samad diarahkan mengintip musuh di sebelah hilir. Zahid
berpura-pura memancing untuk memantau pergerakan musuh.
Apabila terlihat tiga buah perahu musuh, mereka segera
melaporkan kepada pasukan.
Namun, Datuk Bahaman dan pasukan berada dalam
dilema apabila melihat askar sultan bercampur dengan mata-
mata Sikh. Mereka mengambil keputusan untuk pulang ke
Lubuk Terua. Di situ, mereka membina kubu pertahanan.
Menjelang senja,perahu yang dinaiki
Desborough tiba di Lubuk Terua. Perahu itu
tidak membawa askar sultan. Datuk Bahaman
bertindak menebalikkan perahu mereka dengan
menggunakan rantai besi. Tuk Selampit
menyumpit diselang-seli dengan hujanan
buluh bambu. Kejayaan mengiringi mereka.
Selang beberapa hari, Mat Kilau datang
dari Pulau Tawar. Beliau memberitahu Datuk
Bahaman bahawa Clifford tidak berpuas hati
dan akan melancarkan serangan besar-besaran.
DALAM BAB YANG DIBINCANGKAN, KITA DAPAT
MEMPELAJARI BAHAWA SETIAP SESUATU PEKERJAAN
MEMERLUKAN PERANCANGAN YANG RAPI DAN TELITI JIKA
MAHU MENGGAPAI KEJAYAAN.
TUGASAN
1. BACA & FAHAMI
JALAN CERITA BAB 11 &
12.
2. SALIN SINOPSIS BAB
11 & 12.
Thanks!
SEKIAN, TERIMA KASIH...
SEMOGA BERMANFAAT.
CREDITS: This presentation template was
created by Slidesgo, including icons from
Flaticon, infographics & images by Freepik.