JOM BELAJAR BERSAMA CIKGU DAYANG
BAB 18-21
MINGGU 8 PDPR (8/3/2021)
BERSAMA CIKGU DYG
SMK KOTA SAMARAHAN
FOKUS KAJIAN:
SINOPSIS BAB 18, 19, 20 & 21
SAHAJA.
BAB 18:
MALANG
TIDAK
DIDUGA
Pada malam itu , ada lembaga hitam membuka
pintu dan menceroboh kedai koperasi itu. Keesokan hari,
apabila Razali membuka pintu kedai koperasi itu dengan
kuncinya, dia dan kawan-kawannya terkejut kerana
semua barangan jualan mereka bertaburan di lantai dan
wang sebanyak RM200 juga dicuri orang. Mereka segera
melaporkan hal itu kepada Cikgu Zulkifli . Cikgu Zulkifli
mengambil keputusan untuk melaporkan kejadian itu
kepada pengetua dan pihak polis.
BAB 19:
MISTERI
KEDAI
KOPERASI
Dua orang anggota polis telah datang ke kedai
koperasi sekolah untuk membuat siasatan. Mereka
mendapati pintu kedai itu tidak ada kesan dikopak orang.
Mereka mendapati bahawa hanya Razali dan pengetua
memiliki kunci koperasi itu. Oleh itu, Razali dan Cikgu
Zulkifli telah dibawa ke balai polis untuk membuat
siasatan lanjut. Semua guru dan ahli lembaga pengarah
tidak percaya bahawa Razali terlibat dalam kes itu. Munir,
Leong dan Silvam telah membuat sindiran bahawa Razali
yang terlibat dalam kes itu.
Cikgu Zulkifli, Cikgu Robeah, dan Cikgu Hassan telah
berbincang dengan pengetua tentang kes itu. Cikgu Hassan
bercadang supaya mereka cuba merangkap pencuri itu.
Mereka bimbang bahawa kes itu akan mengganggu
persiapan mereka untuk masuk pertandingan.
BAB 20:
TINDAKAN
AYAH TIRI
Ketika Pak Zakaria hendak pulang ke rumah, Munir dan
Leong menunggang motosikal ke arahnya. Mereka memberitahu
Pak Zakaria bahawa Razali terlibat dalam kes kecurian kedai
koperasi sekolah sehingga disiasat oleh pihak polis. Pak Zakaria
amat marah dengan kejadian tersebut . Apabila ternampak
kepulangan Razali, Pak Zakaria yang berada di beranda terus
memarahi Razali sebagai pencuri yang memalukannya. Dia
hendak menghalau Razali keluar dari rumahnya.
Mak Sopiah segera keluar dan membela Razali. Dia
percaya kata-kata Razali lalu mengatakan bahawa jika
Razali dihalau, dia akan mengikut Razali keluar dari
rumah itu juga. Dengan geram, Pak Zakaria mencapai
basikalnya lalu menunggangnya dengan tergesa-gesa.
BAB 21:
HIDUP
DIRUNDUNG
MALANG
Razali berlegar-legar di tengah sawah. Dia cuba
mencari ketenangan di pondok sawah itu. Dia berasa sedih
atas nasib yang malang. Dia tidak tahu di mana ayahnya.
Dia asyik termenung tentang fitnah yang dilemparkan
terhadapnya. Mak Sopiah cuba menenangkan jiwa Razali.
Sekali lagi, Razali meminta ibunya supaya memberitahu
keadaan ayahnya.
Mak Sopiah menangis dan merayu Razali
supaya tidak meninggalkannya. Mak Sopiah
tetap enggan memberitahu Razali siapa ayahnya
kerana tidak mahu membangkit peristiwa pahit
pada masa dahulu. Razali memeluk ibunya dan
berjanji bahawa dia tiak akan menyakiti hati
ibunya lagi.
Hi!
TUGASAN
1. BACA & FAHAMI
JALAN CERITA
BAB 18-21.
2. SALIN SINOPSIS
BAB 18-21.
Thanks!
SEKIAN, TERIMA KASIH..
SEMOGA BERMANFAAT.
CREDITS: This presentation template was
created by Slidesgo, including icon by
Flaticon, and infographics & images from
Freepik
Please keep this slide for attribution