Bahasa Melayu
Ting 2
NOVEL DARAH TITIK DI SEMANTAN
(EPISOD AKHIR:BAB 13-14)
MINGGU 9 PDPR (17/3/2021)
BERSAMA CIKGU DYG
SMK KOTA SAMARAHAN
BAB 13: Sebuah Perjanjian
Berita kedatangan musuh ke Semantan
menyebabkan keadaan mula kelam kabut.
Datuk Bahaman membuat keputusan untuk
pergi ke Batu Hampar bagi menyiasat
dakwaan sama ada Rodger datang bersama
dengan sultan. Selepas empat hari, Datuk
Bahaman kembali membawa perkhabaran
yang sultan turut serta bersama Rodger dalam
serangan terbaru itu.
Tuk Selampit menawarkan
kepakarannya untuk menyumpit Rodger
tetapi ditolak oleh Datuk Bahaman.
Beliau risau akan keselamatan sultan
ketika Tuk Selampit menyumpit.
Tindakan Datuk Bahaman menyebabkan
Tuk Selampit tidak berpuas hati.
Pada sebelah malam, mereka berpindah ke
Darat Pasir Tuk Anjang. Di situ, mereka akan berkubu
untuk pertempuran. Datuk Bahaman menggunakan
ilmunya untuk berjumpa dengan sultan. Beliau
menyatakan satu perjanjian telah dibuat. Askar sultan
akan menembak ke udara semasa pertempuran nanti
dan pasukan Datuk Bahaman diminta melarikan diri.
Ini untuk mengaburi Rodger.
BAB 14: Jatuhnya Lubuk Terua
Hari pertempuran telah tiba. Askar-askar sultan muka
mengambil kedudukan dan menghalakan senapang ke
udara. Kedua-kedua pasukan mula berbalas tembakan
ke udara.
Namun, tanpa disangka-sangka Mat Lela telah
ditembak oleh askar sultan yang belot. Begitu juga
dengan Awang Muhamad yang ditembak di dada.
Keadaan mula menjadi cemas. Datuk Bahaman dan
Datuk Panglima Raja datang memberi bantuan.
Namun Awang Muhamad meninggal dunia.
Datuk Bahaman dan Datuk Panglima Raja telah
berselisih faham. Datuk Panglima Raja yang marah
mula bertindak tetapi ditembak. Imam Perang Weh
dan Tuk Muda Bidin mengambil langkah menyerah
diri tetapi dibunuh oleh ketua askar sultan. Menjelang
zuhur, perajurit Semantan mula berundur ke Darat
Kelubi. Askar-askar sultan mula bersorak di atas
kemenangan mereka.
Pada suatu petang, Mat Kilau datang ke
Darat Kelubi menemui Datuk Bahaman. Beliau
membawa satu salinan surat pengampunan
beramai-ramai kecuali pengampunan untuk
Datuk Bahaman. Datuk Bahaman meminta
Hassan Tahmid menghebahkan orang ramai
supaya pulang ke kampung masing-masing.
Mat Kilau memberitahu satu
perancangan besar untuk melawan Inggeris.
Namun, rancangan itu gagal kerana Inggeris
berjaya mengesan terlebih dahulu. Akhirnya
Datuk Bahaman mengambil keputusan untuk
mudik ke sungai Tembeling dan bersatu
dengan Tuk Gajah serta Mat Kilau.
Dalam bab yang
dibincangkan, kita dapat
mempelajari bahawa kita
hendaklah sentiasa
berpegang teguh kepada
janji kerana menepati janji
merupakan akhlak yang
terpuji.
Tugasan
1. BACA & FAHAMI
JALAN CERITA BAB
13 & 14.
2. SALIN SINOPSIS
BAB 13 & 14.
Thanks
SEKIAN, TERIMA KASIH.....
SEMOGA BERMANFAAT.
Credits: This presentation
template was created by Slidesgo,
including icons by Flaticon, and
infographics & images by Freepik.
Please keep this slide for attribution.