The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SEJAMBAK BAKTI (FOKUS KAJIAN:BAB 11 HINGGA 13)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dayangabang81, 2021-02-17 05:51:40

SEJAMBAK BAKTI PDF

SEJAMBAK BAKTI (FOKUS KAJIAN:BAB 11 HINGGA 13)

BAHASA
MELAYU
TING 1

NOVEL SEJAMBAK BAKTI
BAB 11 HINGGA 13

(MINGGU 6: 22/2/2021)
BERSAMA CIKGU DYG AIDARINA BINTI ABG SAUFI

SMK KOTA SAMARAHAN

AKASPJEIAKN

FOKUS:SINOPSIS
NOVEL BAB 11-13

SAHAJA

BAB 11: MELEPASKAN DENDAM

Pada petang itu, Munir, Leong dan
Silvam menunggang motosikal lalu singgah
di tepi jalan yang menuju ke arah rumah
Razali. Mereka menunggu kedatangan
Razali. Ketika ternampak Razali, mereka
terus memukul Razali sehingga Razali
tersungkur dan mukanya berdarah.

Setelah mereka meninggalkan tempat itu,
Ramlah, Swee Lan dan Saridevi
menunggang basikal ke situ. Setelah
mengetahui perlakuan Munir, mereka
ingin melaporkan perkara itu kepada
Cikgu Zulkifli, tetapi Razali enggan
berbuat demikian kerana takut kalau
berita itu sampai pada ayah tirinya.

BAB 12:KASIH SEORANG IBU

Ketika Razali sampai di rumah, Mak
Sopiah amat terkejut melihat keadaan
anaknya. Razali pun menyatakan
perlakuan Munir terhadapnya. Kebetulan
ayah tiri Razali, Pak Zakaria telah pulang.
Apabila ternampak keadaan Razali, Pak
Zakaria terus menyalahkan Razali sebagai
anak yang sombong dan angkuh sehingga
bergaduh dengan orang lain. Mak Sopiah
terus mempertahankan anaknya.

Pada petang itu, setelah makan, Razali
membaca di pondok yang terletak di
sawah itu. Dia kecewa atas layanan ayah
tirinya. Razali terus bertanya kepada
ibunya siapa ayahnya yang sebenarnya.
Bagaimanapun, Mak Sopiah enggan
memberitahu Razali tentang ayahnya
kerana tidak mahu mengingat kembali
kenangan pahit itu.

BAB 13:DENDAM MEMBAWA
PADAH

Keesokan hari, Munir, Leong dan Silvam
disuruh ke bilik pengetua kerana terdapat
aduan bahawa mereka dituduh memikul
Razali. Setelah disoal siasat, Cikgu
Syamsudin mengambil keputusan untuk
merotan Munir, Leong dan Silvam di
dalam bilik pengetua.

BERBUDI BAHASA, AMALAN MULIA

TUGASAN

1. BACA & FAHAMI JALAN
CERITA DALAM BAB 11
HINGGA 13.

2. SALIN SINOPSIS BAB 11
HINGGA 13.

DALAM BAB YANG
DIBINCANGKAN, KITA
DAPAT MEMPELAJARI
BAHAWA BERDENDAM
MEMBAWA PADAH BUAT
DIRI SENDIRI.

SEKIAN, TERIMA
KASIH....SEMOGA
BERMANFAAT.

CREDITS: This presentation template was
created by Slidesgo, including icons by

Flaticon, infographics & images by Freepik


Click to View FlipBook Version