The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

FOKUS KAJIAN: SINOPSIS BAB 8 & 9

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dayangabang81, 2021-02-21 04:48:30

DARAH TITIK DI SEMANTAN PDF

FOKUS KAJIAN: SINOPSIS BAB 8 & 9

FOKUS:SINOPSISANSOPVEEKL KAJIAN & 9
BAB 8
SAHAJA

BAB 8: DARAH TITIK DI SEMantan

Persiapan untuk membuat senjata telah
dilakukan oleh Datuk Bahaman dan anak
buahnya. Mereka telah menjual rotan manau di
Batu Hampar bagi mendapat sumber kewangan
untuk membayar besi laras senapang dan ubat
bedil dari saudagar Singapura.

Telah berlaku kejadiaan Pak Long Abas dan Ismail telah
ditahan oleh Desborough semasa membawa rotan untuk
dijual tanpa surat kebenaran. Desborough telah
menyatakan akan menangkap dan membunuh Datuk
Bahaman. Mereka telah di tembak oleh orang-orang
Desborough. Hanya Pak Long Abas berjaya
menyelamatkan diri dan telah melarikan diri ke rumah
Datuk Bahaman untuk memberitahu kejadian tersebut.
Pak Long Abas berlari dalam hujan. Pakaiannya basah
kuyup.

Kesan daripada kejadian tersebut Datuk
Panglima Raja,Iman Perang Weh dan penduduk
semantan telah menjadi semakin bersemangat
untuk menentang Inggeris ke titisan darah
terakhir dan sentiasa menyokong Datuk
Bahaman. Datuk Bahaman telah mengingatkan
anak buah bersiap sedia untuk menentang
Inggeris apabila mereka tiba di Lubuk Terua.

BAB 9:ADA UBI ADA BATAS

Menceritakan kesediaan dan perancangan Datuk
Bahaman dan orang-orangnya untuk
menghadapi pihak Inggeris yang akan
menyerang Semantan. Datuk Bahaman telah
merentangi sungai Semantan di Lubuk
Sengarat dengan seutas rantai besi sebesar ibu
jari bagi menghalang kemaraan Inggeris.

Datuk Bahaman juga telah mengarahkan Tuk
Muda Bidin dan Imam Perang Weh mengumpul
kekuatan untuk mengepung balai polis serta
mata-mata sikh di rumah pasung. Perintah
Datuk Bahaman lagi agar merampas senjata
seperti senapang kopak, peluru atau ubat bedil
yang boleh digunakan untuk menentang mata-
mata Sikh yang lain. Secara tidak langsung
Datuk Bahaman telah mengistiharkan perang
terhadap Inggeris.

Lajis datang ke kubu untuk memberitahu
bahawa dia mendapat tahu Desborough dengan
lima puluh orang mata-mata Sikh sedang
berkayuh di hilir sungai Semantan. Lajis turut
menyatakan dia melihat Desborough turut
membawa mayat Ismail menuju ke kubu untuk
menangkap Datuk Bahaman sama ada hidup
atau mati.

Menjelang senja pihak Inggeris telah tiba di hilir
lubuk untuk menyerang Datuk Bahaman.
Apabila perahu Desborough dan perahu yang lain
tiba di kawasan rantai Datuk Bahaman telah
merentap rantai itu sehingga perahu Desborough
dan perahu lain terbalik. Seterusnya Datuk
Bahaman telah menyerang Desborough dan
mengarahkan orang-orangnya untuk
menghapuskan semua mata-mata Sikh sehingga
mereka memperolehi kemenangan.

KESIMPULANNYA,

MELALUI CERITA INI, KITA
MEMPELAJARI BAHAWA KITA
PERLU BIJAK MERANCANG
STRATEGI UNTUK BERJAYA.

TUGASAN:

1. BACA & FAHAMI SINOPSIS
BAB 8 & 9.
2. SALIN SINOPSIS BAB 8 & 9
DALAM BUKU BM 3.

...SEKIAN, TERIMA KASIH.

SEMOGA BERMANFAAT


Click to View FlipBook Version