The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BAB 22-26(EPISOD AKHIR)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dayangabang81, 2021-03-14 11:27:27

SEJAMBAK BAKTI

BAB 22-26(EPISOD AKHIR)

BAHASA
MELAYU
TING 1

JOM BELAJAR BERSAMA CIKGU DYG

SEJAMBAK BAKTI (BAB 22-26)
MINGGU 9 PDPR (15/3/2021)

SMK KOTA SAMARAHAN

ASPEK KAJIAN:
FOKUS KAJIAN:

BAB 22,23,24,25 & 26
SAHAJA.

BAB 22: MISTERI BERAKHIR

Cikgu Zulkifli bergegas ke kedai
koperasi kerana diberitahu oleh Swee Lan
danMarzuki bahawa kedai koperasi dicerobohi
lagi. Pengetua , Cikgu Syamsudin sangat
marah atas kejadian itu dan mengambil
keputusan untuk memeriksa beg dan pakaian
murid satu demi satu. Akhirnya. Cikgu Hassan
berjaya mengesan murid yang menceroboh
kedai koperasi itu, iaitu Munir.

Dari beg sekolah Munir, Hassan telah mendapat kunci
yang sama dengan nombor kunci kedai koperasi mereka
dan sehelai wang kertas RM10.00 yang terdapat huruf
‘K’ seperti yang ditulis oleh Cikgu Hassan. Cikgu Zulkifli
sangat kesal atas perlakuan Munir. Ketika ditanya oleh
Cikgu Syamsudin, Munir mengakui bahawa dialah
menceroboh kedai koperasi untuk memfitnah Razali
kerana tidak suka Ramlah yang sering mendekati Razali.
Cikgu Syamsudin mengambil keputusan untuk
menghukum Munir. Beliau akan mengadakan mesyuarat
dengan guru-guru disiplin untuk menentukan hukuman
yang sepatutnya.

BAB 23: HUKUMAN

Mengikut keputusan mesyuarat guru
disiplin sekolah itu, Munir akan dirotan di
hadapan perhimpunan sebanyak 3 kali.
Kedua-dua ibu bapa Munir juga diberitahu
dahulu dan mendapat kebenaran dengan
harapan disiplin Munir akan berubah. Cikgu
Muniam telah mengumumkan kesalahan yang
dilakukan oleh Munir. Munir akan dirotan
oleh Pengetua sendiri dan digantung
persekolahannya selama seminggu.

Ketika tampil ke depan, tiba-tiba
Munir menghulurkan tangan dan meminta
maaf kepada Razali. Razali mengangguk-
angguk lalu memeluk tubuh Munir. Mereka
berpelukan. Air mata Razali berderaian.
Semua warga sekolah terharu. Cikgu
Syamsudin mengingatkan semua pelajar
supaya peristiwa itu sebagai pengajaran.

BAB 24: MEMASUKI DUNIA BAHARU

Ketika Razali selesai menunaikan solat,
Munir tiba di halaman rumahnya. Munir
datang untuk meminta maaf kepada Pak
Zakaria dan Mak Sopiah. Dia mengakui
kesalahannya dan membuat fitnah sehingga
menjejaskan nama baik keluarga Razali. Pak
Zakaria memaafkan Munir yang telah insaf
akan kesalahannya.

Selain itu, Munir juga datang
untuk meminta Razali supaya boleh
mengajarnya memandangkan peperiksaan
SPM semakin menjelang. Razali tidak
keberatan untuk membantu Munir dalam
pelajaran. Munir terharu atas budi Razali dan
merasai dirinya menjadi orang baharu dalam
hidupnya. Dia telah mendapat seorang
sahabat baharu.

BAB 25: HARAPAN BERBUNGA INDAH

Pada suatu hari, tiga orang hakim
Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah dari
ANGKASA datang untuk menghakimi
Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian
Seri Kayangan. Mereka meneliti barang jualan,
buku-buku akaun dan sebagainya di kedai
koperasi. Kemudian, mereka juga meninjau
projek ternakan ayam telur dan bilik bacaan
yang disediakan oleh koperasi sekolah itu.

Pada pagi itu, semua murid Sekolah Menengah
Teknik Pertanian Seri Kayangan berbaris dalam
perhimpunan. Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi
Negeri hadir bersama, termasuk beberapa orang ibu bapa
yang dijemput khas. Jabatan Pembangunan Koperasi
Negeri Perlis dijemput untuk berucap dan seterusnya
menyampaikan hadiah. Beliau mengumumkan bahawa
Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri
Kayangan berjaya menjadi johan dalam Pertandingan
Koperasi Sekolah-sekolah pada tahun itu. Razali dipilih
untuk menerima piala daripada pengarah itu. Semua guru
dan pelajar bertepuk tangan dengan gembira.

Setelah perhimpunan tamat, Mak Sopiah
dan Pak Zakaria ternampak seorang lelaki tua
dan dapat mengesan lelaki itu ialah Ramli.
Mereka bersalaman. Cikgu Syamsudin berasa ada
sesuatu rahsia dalam pertemuan itu. Beliau segera
menjemput mereka ke bilik pejabatnya, termasuk
pengarah.

BAB 26: TERBUKA RAHSIA

Encik Ramli mula membuka rahsia antara
mereka. Menurut Ramli , dia tinggal di Melaka,
anaknya Ramlah tinggal bersama dengan abangnya
seorang polis di kampung. Ramli mengatakan
bahawa Mak Sopiah ialah bekas isterinya. Kira-kira
16 tahun yang lalu, dia telah bercerai dengan Mak
Sopiah dan meninggalkan anak lelaki . Ketika itu,
dia sebagai tentera di Seremban.

Selepas itu, Pak Zakaria telah mengambil Mak
Sopiah sebagai isteri. Setelah tamat tempoh
perkhidmatan sebagai tentera, Pak Zakaria telah
membawa Mak Sopiah dan Razali tinggal di situ.
Sebaliknya Ramli balik ke Melaka dan berkahwin
dengan seorang janda beranak tiga di Melaka. Selama
ini, Pak Ramli tidak tahu tempat Razali dan ibunya
berada. Mak Sopiah mengatakan bahawa dia tidak
mahu memberitahu Razali tempat ayahnya berada
kerana takut Razali akan meninggalkannya.

Razali dan Ramlah dipanggil ke pejabat
Pengetua, Razali diberitahu bahawa ayah yang
dicarinya selama ini ialah ayah kepada Ramlah
yang berada di bilik itu. Setelah mendengar
penjelasan ayah tirinya, Razali segera menerpa
dan mencium tangan Pak Ramli. Ramlah
terkejut kerana Razali ialah saudaranya.
Mereka tersenyum riang melihat pertemuan itu.

Encik Ali, Pengarah Jabatan Pembangunan
Koperasi Negeri mengatakan bahawa sungguh besar
jasa koperasi sekolah kerana dapat
mempertemukan anak dengan ayahnya. Rupa-
rupanya bersempena dengan kejayaan koperasi,
Razali dapat bertemu dengan ayahnya yang dicari-
carinya selama ini.

DALAM BAB YANG
DIBINCANGKAN, KITA
DAPAT MEMPELAJARI
BAHAWA KITA MESTILAH
SENTIASA TABAH
MENGHADAPI SESUATU
DUGAAN KERANA PASTI
ADA HIKMAH SEBALIKNYA.

TUGASAN PADA HARI INI

1. BACA & FAHAMI JALAN
CERITA BAB 22-26.

2. SALIN SINOPSIS BAB 22-
26. (BERAKHIRLAH KAJIAN
SINOPSIS KITA PADA
MINGGU INI.)

Thanks!

SEKIAN, TERIMA KASIH.....
SEMOGA BERMANFAAT.

CREDITS: This presentation template was
created by Slidesgo, including icons by
Flaticon, and infographics & images by
Freepik.


Click to View FlipBook Version