The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ROSNIZA KZ, 2022-01-06 03:56:24

5.7 PERHUBUNGAN INDUSTRI

5.7 PERHUBUNGAN INDUSTRI

5.7 PERHUBUNGAN INDUSTRI

OBJEKTIF PEMBELAJARAN:

A. Mentakrifkan maksud perhubungan industri
dan kepentingannya

B. Menjelaskan fungsi, peranan dan
kepentingan kesatuan sekerja termasuklah
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)
dan lain-lain

C. Menjelaskan kaedah mengekalkan hubungan
harmoni antara majikan dengan pekerja.

CG ROSNIZA KZ

Maksud Perhubungan Industri

Hubungan antara pekerja Merangkumi bidang
atau kesatuan sekerja dengan pengurusan pekerja daripada
aspek undang-undang buruh
majikan.
dan pekerjaan, terma atau
syarat perkhidmatan dan hak

pekerja dan majikan.

Kepentingan perhubungan industri

01 02 03 04

Tindakan mencegah dan Melindungi kepentingan Pekerja mempunyai Boleh menjimatkan
menyelesaikan perbezaan pekerja dalam soal semangat yang tinggi sumber organisasi kerana
pendapat yang melibatkan pemecatan agar untuk bekerja kerana pekerja bekerja mengikut
perhubungan antara pekerja-pekerja tidak mempunyai hubungan arahan yang telah
majikan, pekerja dan diberhentikan tanpa yang baik dengan majikan ditetapkan
kesatuan pekerja sebarang alasan yang
munasabah

Kesatuan sekerja

• Satu pertubuhan yang menggabungkan semua pekerja dalam satu jenis industri dan
kumpulan pekerja dalam bidang yang sama.

• Mewakili pekerja dalam sebarang perundingan dan menyelesaikan masalah yang
berkaitan dengan kepentingan mereka dengan majikan.

• Contohnya, NUTP, NUTE, NUBE dan NUPW

Fungsi Kesatuan Sekerja

Meningkatkan taraf hidup dan status ekonomi ahli

Menjamin keselamatan ahli terhadap ancaman dan ketidakpastian yang disebabkan
oleh perubahan pasaran, perubahan teknologi atau keputusan pihak pengurusan
Untuk mempengaruhi hubungan kuasa dalam sistem sosial agar pihak tertentu tidak
mengancam keperluan dan matlamat kesatuan

Menjamin kebajikan kepada seluruh pekerja dalam organisasi

Membentuk mekanisme dalam menangani dasar dan amalan menekan dan berat
sebelah di tempat kerja

Peranan dan kepentingan kesatuan sekerja

Mengadakan Tentang kepentingan pekerja seperti upah dan masa bekerja, memperjuangkan faedah yang
perundingan yang lebih baik dan melindungi pekerja daripada ditindas oleh majikan.
melibatkan pekerja dan
majikan Kesatuan sekerja boleh mengatur, menganjur dan membiayai aktiviti piket serta mogok
terhadap majikan yang gagal melaksanakan tanggungjawabnya
Memperjuangkan nasib
pekerja dan melindungi
hak pekerja

Mewakili pekerja dalam Kesatuan sekerja boleh memberikan khidmat guaman mewakili pekerja
tindakan perusahaan

Menyediakan pelbagai Kesatuan sekerja boleh menawarkan kemudahan pendidikan kepada pekerja atau tanggungannya
aktiviti dan kemudahan yang layak.
kepada pekerja Mengadakan aktiviti riadah dan sosial bagi mengeratkan hubungan dengan ahli lain dalam kesatuan

Mengekalkan faedah Kesatuan sekerja akan memperjuangkan supaya pekerja mendapat tingkat gaji dan upah yang adil
sedia ada pada masaakan datang.
Hubungan yang baik dengan majikan merupakan satu kaedah untuk memastikan majikan memberi
jaminan kerja yang baik.

Kongres Kesatuan Sekerja Mempromosikan kepentingan organisasi kesatuan
Malaysia (MTUC) sekerja
- Merupakan satu kongres
persatuan-persatuan • Bergabung dalam meningkatkan keadaan ekonomi dan sosial pekerja
perniagaan di Malaysia. serta memberi bantuan kepada pekerja.
Kesatuan yang bergabung
dengan MTUC terdiri Melaksanakan peruntukan perundangan dalam jaminan
daripada semua industri sosial
dan sektor utama.
• Dengan memberikan perlindungan terhadap penyakit,
pengangguran, usia lanjut, kecederaan, manfaat pencen dan promosi
standard kualiti kesihatan, kebersihan dan kesejahteraan disemua
tempat kerja serta memberi pampasan yang mencukupi bagi para
pekerja yang mengalami kecacatan disebabkan kemalangan dan
penyakit.

Melaksanakan dasar dengan berkesan

• Memastikan bahawa dasar yang dibangunkan dan tindakan yang
diambil terhadap semua lapangan kerja menuju pembentukan upah
minimum, bekerja maksimum selama 44 jam seminggu dan
mendirikan pusat-pusat latihan serta menyediakan kemudahan
latihan bagi semua pekerja.

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS)

Merupakan sebuah persekutuan kesatuan sekerja sektor awam termasuk badan-badan berkanun
dan kuasa-kuasa tempatan

Tujuan Penubuhan CUEPACS

1 2 3

Melindungi kepentingan Berusaha memperbaiki Mengatur perhubungan
kesatuan-kesatuan keadaan-keadaan kerja antara pekerja dan
sekerja gabungan dan seperti pengambilalihan, majikan yang berkaitan
anggotanya masa kerja, kenaikan dengan perhubungan di
pangkat, tatatertib, antara kerajaan dan
keselamatan jawatan, gaji mana-mana anggota
dan faedah-faedah kesatuan sekerja
persaraan anggota kesatuan
sekerja gabungannya.

Kaedah mengekalkan hubungan harmoni antara majikan dengan pekerja

• Perundingan perlu dimulakan dengan niat yang baik di mana pihak majikan dan kesatuan sekerja
berkomunikasi secara jujur dan saling bekerjasama. Contohnya, mengadakan perundingan
dengan majikan mengenai isu kenaikan gaji, syarat perkhidmatan dan sebagainya. Selain itu,
sekiranya majikan berhasrat untuk menghentikan operasi sementara dalam tempoh terdekat,
majikan tidak boleh merahsiakan hasrat tersebut semasa rundingan dengan kesatuan sekerja.

• Kesatuan sekerja dan majikan menunjukkan kesanggupan untuk berhubung, berunding,
berkompromi, mengambil pandangan orang tengah jika sesuai serta bersikap toleransi dan
sabar sepanjang masa. Contohnya, jika majikan mampu bayar gaji yang lebih tinggi seperti yang
dituntut oleh kesatuan sekerja maka majikan perlu berkompromi untuk memenuhi tuntutan
tersebut.

• Kesatuan sekerja dan majikan perlu bekerjasama bukan hanya memenuhi peruntukan
undang-undang tetapi bersedia menyelesaikan masalah yang timbul daripada hubungan majikan
dengan pekerja.

• Kedua-dua pihak perlu membuat penyiasatan dan memperoleh maklumat yang lengkap sebelum
mengambil sebarang tindakan.

• Menyelesaikan pertikaian dengan prosedur yang ditetapkan.
• Tidak menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan atau cara yang agresif dalam apa jua keadaan.

SOALAN STPM

STPM 2021
Huraikan dua peranan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) (4)

STPM 2013
Jelaskan bagaimana kesatuan sekerja dapat meningkatkan perhubungan yang
harmoni antara majikan dengan pekerja. [6]


Click to View FlipBook Version