MESYUARAT AGUNG
KALI KE 4
KOLEJ TINGKATAN ENAM SRI ISTANA
7 MAC 2020 8:30 PAGI BILIK MESYUARAT KTESI
DIRASMIKAN OLEH:
Y.B. TUAN LEONG TUCK CHEE
DUN PANDAMARAN
ATUR CARA MAJLIS
7:30 pagi Pelajar berkumpul
7:45 pagi Pendaftaran Ibu Bapa & pelajar
8:00 pagi Sarapan
8:30 pagi Ketibaan Pentadbir
10:00 pagi Mesyuarat Agung PIBG Keempat
10.30 pagi Aktiviti pelajar
Rehat
12:00 tengahari Ketibaan VIP & Tetamu Jemputan
Majlis Perasmian Penutupan Mesyuarat Agung PIBG Ke-4
Dan Majlis Aku Janji & Penetapan Target STPM Tahun 2020
Ucapan Pengetua, YDP PIBG &Perasmi
Persembahan Multimedia
Penyampaian Cenderahati AJK PIBG
Simbolik Pengesahan Akujanji & Penetapan
Target STPM
Lafaz Ikrar Akujanji
Sesi Fotografi
Makan Tengahari
Bersurai
2
SENARAI KANDUNGAN
Kata Alu-aluan Penasihat PIBG ……………………………..…… 4
Kata Alu-aluan YDP PIBG 2019/2020 …………………………... 5
Pendahuluan……………………………………………………..… 6
Senarai Jawatankuasa Pelaksana ……………………………..... 7-8
Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG 2019/2020 ………………..… 9
Perlembagaan Persatuan Ibu Bapa dan Guru ………………..... 10-11
Agenda Mesyuarat Agung PIBG ke 4 ………………………...… 12
Minit Mesyuarat Agung PIBG ke 3 …………………………...…. 13-16
Laporan Aktiviti PIBG Sesi 2019/2020 ………………………….. 17-18
Laporan Kewangan PIBG Sesi 2019/2020 ……………………... 19-25
Usul-usul Mesyuarat Agung PIBG kali ke 4 …………………..… 26-28
Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG 2019/2020 ………………..…. 29
Sekalung Budi …………………………………………………...… 30
3
KATA ALU-ALUAN PENASIHAT PIBG
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera
Syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah kurnia dan Izin-Nya dapat kita bersama-sama
mengadakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kolej Tingkatan Enam Sri Istana.
Syabas dan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG 2020 yang telah
berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan program ini. Jutaan terima kasih kepada Ahli
Jawatankuasa PIBG dan ibu bapa yang dapat hadir pada mesyuarat kali ini.
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang
telah berusaha dengan ikhlas dan dedikasi untuk meningkatkan prestasi kolej ini. Kolej Tingkatan
Enam Sri Istana sentiasa berusaha merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti pada setiap tahun
demi memastikan pembangunan kolej ini meningkat dan membawa kebaikan kepada warga kolej.
Suntikan semangat kejayaan dan kecemerlangan anak-anak terletak pada kita semua. Sesungguhnya
gabungan usaha, kerjasama dan komitmen daripada semua pihak amat penting untuk memastikan
anak-anak dapat menempuh gelombang perubahan dengan pelbagai kerenah dan cabaran. Oleh itu,
sokongan dan sumbangan PIBG kolej ini dari segi material mahupun idea-idea yang bernas, sokongan
moral yang merupakan nadi penggerak dalam semua aktiviti pendidikan dan pembangunan prasarana
kolej telah banyak memberi peranan dalam meningkatkan prestasi dan kecemerlangan kolej dalam
pelbagai bidang.
Pihak kolej akan sentiasa menerima teguran, bimbingan, sokongan dan kerjasama daripada
pihak PIBG dan masyarakat setempat untuk meningkatkan lagi kolej ini ke tahap yang lebih
membanggakan. Terima kasih kepada semua guru atas usaha gigih mereka dan penghargaan kepada
AJK PIBG sesi 2019/2020 dan semua ibubapa yang telah memberikan sokongan dalam
menyumbangkan tenaga dan buah fikiran dalam memajukan kolej. Semoga komitmen yang
ditunjukkan akan dapat mewujudkan kerjasama yang berterusan antara pihak kolej dan masyarakat.
Semoga usaha murni kita mendapat keberkatan dan keredaan Allah S.W.T hendaknya. PIBG
dan sekolah perlu sentiasa bekerjasama demi menjamin kejayaan agenda pendidikan. Lantaran itu
diharap PIBG Kolej Tingkatan Enam Sri Istana terus mara dan proaktif dalam usaha merealisasikan
visi dan misi kolej.
Sekian, terima kasih.
PUAN BIDAH BINTI KASIM
Pengetua
Kolej Tingkatan Enam Sri Istana
4
KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera
Bersyukur kita kepada Ilahi kerana dengan rahmat dan izin-Nya dapat kita sama-sama
berkumpul pada pagi yang ceria ini untuk meneruskan Mesyuarat Agung PIBG Kolej Tingkatan
Enam Sri Istana 2020. Saya amat berbesar hati dan berterima kasih atas kesudian para ibubapa
hadir ke mesyuarat kita pada tahun ini. Kehadiran ini menunjukkan bahawa kita sentiasa memberi
sokongan dan semangat kepada barisan pentadbir dan para guru kolej ini untuk sama-sama
menjayakan agenda pendidikan demi kecemerlangan anak-anak kita pada masa depan baik dalam
bidang pendidikan mahupun sahsiah diri.
Perjalanan persatuan ini adalah didokong sepenuhnya oleh ahli PIBG, AJK yang
diamanahkan melalui pemilihan dalam mesyuarat agung tahunan adalah sebagai pelaksana dan
perantara antara pihak kolej dengan semua ahli PIBG. Sumbangan dari segi kepakaran, kebolehan
dan kelebihan yang dimiliki oleh setiap ahli amat dialu-alukan bagi menjayakan segala program
yang dirancang. Oleh itu saya menyeru agar setiap ahli sama-sama memberi komitmen dan
bersatu hati menjadi penggerak dalam memacu persatuan ini menjadi lebih dinamik.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pihak kolej atas
kejayaan demi kejayaan yang dicapai baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.
Semoga pada tahun ini lebih banyak kejayaan akan dicapai. Justeru, setinggi-tinggi terima kasih
kepada para guru atas usaha gigih tanpa jemu dalam mencurahkan ilmu kepada anak-anak kami.
Akhir kata, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pihak yang
terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan Kolej Tingkatan Enam Sri Istana. Sekali lagi
saya menyeru kepada semua ibubapa agar tampil untuk menyalurkan idea-idea yang bernas
mahupun tenaga untuk digembleng sebagai inspirasi kepada PIBG supaya sentiasa bertindak atas
landasan yang cemerlang.
Sekian, terima kasih.
PUAN FAUZIAH BINTI ISMAIL
Yang Dipertua PIBG
Kolej Tingkatan Enam Sri Istana
5
PENDAHULUAN
PIBG merupakan sebuah persatuan yang berperanan besar sebagai daya penggerak kepada
kemajuan sesebuah institusi /sekolah. Kebanyakan program kolej yang diadakan mendapat
peruntukan daripada PIBG kolej bagi menampung kos perbelanjaan. Mesyuarat Agung PIBG
merupakan entiti utama dalam membina hubungan baik antara ibu bapa dan pihak kolej serta
berkongsi idea, pandangan serta maklumat demi pembangunan pendidikan kolej.
OBJEKTIF
Mesyuarat Agung PIBG ke 4 diadakan untuk:
Memberi peluang kepada ibu bapa dan guru untuk berinteraksi antara satu sama lain
bagi memperkasa dan merencana strategi, memperbaiki taraf pendidikan anak-anak.
Membentangkan dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung ke - 3
Membentangkan dan mengesahkan penyata kewangan PIBG tahun 2019
Membubarkan Jawatankuasa PIBG Sesi 2019/2020
Melantik Jawatankuasa PIBG Sesi 2020/2021
Membentang usul/cadangan bagi tahun 2020
6
SENARAI JAWATANKUASA
JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : Pn. Hjh Bidah binti Kasim
Naib Pengerusi 1 : Pn. Norliza binti Mohd Noh
Naib Pengerusi 2 : Pn. Razilah binti Othman
Naib Pengerusi 3 : Pn. Hjh Lailiah bt Ismam
Setiausaha PIBG : Cik Norzihah binti Man
Setiausaha Kurikulum : Pn. Zuraida binti Abd.Malek
Pen.Setiausaha : Pn. Noraizan binti Mohd Noh
Bendahari : Pn. Norizan binti Kassim
Naib Bendahari : Cik Mah Jo Suen
Pengurus Program : 1. Pn. Suriani binti Mohamad
2. Pn. Jegatheswary a/p P.T Subramaniam
JAWATANKUASA PELAKSANA
PENYELARAS : Pn. Zabedah bt Rahmat (Ketua Jabatan Sains dan Matematik)
Sambutan/ Jemputan/ Protokol Pendaftaran
Pn. Norjamilatun bt Alang Raus (K) Pn. Harlina binti Manan (K)
Pn. Fauziah bt Abdul Rahman Pn. Patricia Mary A/P Francis
Pn. Pramala a/p Arumugam Pn. Norasimah binti Ali
Pn. Low Koon Peng Pn. Jofiza binti Jaafar
Pn. Azilah bt Ahmad Semua Guru Tingkatan
Juruacara Majlis Teks Ucapan
Pn. Suzana binti Radwan (K) Pn. Wan Muliza binti Wan Morad (K)
En. Rajamokan A/L Ramaiah Pn. Idawati Binti Hassan
Pn. Syaida Mazlin binti Ramli
Cenderamata & Penyediaan Sijil
Pn. Norhayati Binti Sulaiman (K) Siaraya
Pn. Iespary A/P Subeh@Joseph En. Nurul Hisham bin Zakaria (K)
Pn. Roslina binti Abdul Ghani En. Chan Wai Hong
PENYELARAS: Pn. Indira a/p V.P Govindan (Ketua Jabatan Bahasa)
Buku Program Kawalan Disiplin
Pn. Rosniza Binti Karim @ Zakaria (K) En. Tamilarasan a/l Muniandy (K)
Pn. Asmawati binti Selamat Pn. Ang Chin Joo
Cik Fong Siew Sian En. Arulsamy a/l Savarimuthu Arokiaswami
Pn. Alice Chin Chuan Fong Pn. Chandrika Menon a/p Balakrishna
Pn. Christina Petti Anak Edward
Brosur Aku Janji & Penetapan Target STPM 2019 Pengerusi Sementara Mesyuarat Agung PIBG
Cik Raja Maziatul Aida Binti Raja Deris (K) Tn. Hj Ishak bin Ismail
Pn. Sharifah Mazwin binti Syed Adam
Pn. Wong Bee Yap Persembahan Multimedia
Pn. Cecilia a/p Masalamoney Pn.Fatimah binti Mohd Jamil (K)
Cik Siti Nor Jabariah bt Yeop
Jamuan/Makanan Ibu Bapa Jamuan VIP
Cik Che Muzulipah bt Johar (K) Pn. Hasnita binti Abdul Malek (K)
Pn. Siti Fatimah binti Mohd Isa Pn. Norhaida binti Yahaya
Pn. Shanti a/p Subramaniam Pn. Zaleha binti Mohd Salleh
Pn. Tilaga a/p Krishnan Pn. Vijayaletchumy a/p Suppiah
Pn. Yap Kam Moey Pn. Jenny Chia Ai Fang
Pn. Lalitha a/p Balakrishnan
Pn. Hazmah binti Awang
7
JAWATANKUASA PELAKSANA
PENYELARAS : Tn. Hj. Ishak bin Ismail (Ketua Jabatan Pengurusan Perniagaan)
Persediaan Tempat (Bilik Mesyuarat) Persediaan Tempat (Dewan)
- sebelum & selepas - sebelum & selepas
En. Mohd Faizul bin Ahmad (K) En.Abd Jalil bin Hassan (K)
En. Lim Boon Leong En. Mohamad Hanizam bin Abdul Ghani
Pn. Parveen Kaur a/p Hira Singh En. Muhammad Zafran Bin Abdul Gaffor
Pn. Ng Lay Khuan En. Tan Seng Chuan
Pn. Nor Salwati bt Omar Pn. Loh Lan
En. Khairin bin Sharep Pn. Vijaya a/p Awadiar
Pn. Muthamilarasy a/p Sinnan Pn. Malani a/p Kalliapan
Persiapan/ Hiasan Pentas Trafik & Keselamatan
(Dewan/Bilik Mesyuarat) En.Mohamed Shaidi bin Mohamed Ali (K)
Pn. Rafizah Binti Baharom (K) En. Chan Seuk Kong
Pn. Nor Ashirin Binti Tajul Hasnan 5 orang ahli Kadet Polis
Pn. Juliet Jayamary a/p J.Joseph
Pn. Che Norola ‘Aini bt Mahamad Bacaan Doa
Pn. Saradha A/P Nanchan @ Nanchappan En. Haeirul Haneiff bin Hassan
Pn. Tan Chiew Tyng
Kebersihan
Pn. Normala bt Mansor (K)
Pn. Gelcheter Kaur A/P Jaswant Singh
Pn. Tew Hui Ngo
Pn. Tan Ling Ling
PENYELARAS: Pn. Hjh Noor Fatihah Binti Ibrahim (Ketua Jabatan Sains Sosial)
Dokumentasi (Penetapan Target) Fotografi/ Penatar Latar/Kain Rentang
Pn. Najah binti Zakaria (K) (Penetapan Target)
Pn. Noorobiaini binti Nazri En. Mohd Yusof bin Che Hassan (K)
Pn. Roslin binti Mohd Yasir Pn. Noorkarnai bt Abu Bakar
Cik Chua Wee Wee En. Teo Joo An
Kelab Fotografi
Dokumentasi (PIBG) Pencatat Mesyuarat
Cik Nor Azila binti Mat Hasan (K) Pn. Suraya binti Md Saad (K)
Pn. Nur Dalila Wahida binti Abdullah Pn. Rosni binti Muda
Pn. Aini Hasninawati bt Abu Hashim Pn. Nor’ Aishah binti Yeop Zahari
Pn. Azimah binti Ahmad
Pengiraan Undi Pembimbing Gred Pelajar & Ikrar
Pn. Elilarasi a/p Sellapan Pn. Noraizan binti Mohd Noh (K)
Pn. Parimaladevi a/p Sivasubramanim Pn. Rabiah bt Idris
Pn. Phang Wai Chern Pn. Ramlah binti Mat Yasim
Pn. Kamachy a/p Chelian
Pn. Kan Phaik Im
8
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2019/2020
PENASIHAT PN. BIDAH BT KASIM
YANG DIPERTUA PN. FAUZIAH BINTI ISMAIL
NAIB YANG DIPERTUA PN. BAIZURIAH BINTI AMIRRUDDIN
SETIAUSAHA KEHORMAT CIK NORZIHAH BT MAN
PEN.SETIAUSAHA CIK SITI NOR JABARIAH BT YEOP
BENDAHARI KEHORMAT PN. NORIZAN BT KASSIM
PEN.BENDAHARI
AJK IBU BAPA CIK MAH JO SUEN
PN. RENITHA A/P RAJAIAH
AJK GURU EN.MUHAMMUD BIN SALEH
EN. LIN BOON BIN
JURU AUDIT IBU BAPA EN. ROSLI BIN DAUD
JURU AUDIT GURU PN. RAMLAH BT MAT YASSIN
PN. PRAMALA A/P ARUMUGAM
PN MALANI A/P KALLIAPAN
PN. TAN CHIEW TYNG
PN. LEE KOOI LAN
PN. LOH LAN
9
PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
Penubuhan Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(1) Maka hendaklah ditubuhkan dalam tiap-tiap sekolah suatu persatuan yang akan dinamakan sebagai
Persatuan Ibu Bapa-Guru (kemudian daripada ini disebut (“Persatuan”) yang terdiri daripada :-
(a) Semua guru yang mengajar dalam sekolah itu;
(b) Ibu bapa kepada murid yang belajar dalam sekolah itu; dan
(c) Guru besar atau pengetua sekolah sebagai anggota Ex-Officio dan Penasihat Persatuan.
(2) Warganegara Malaysia yang tidak mempunyai anak atau jagaan yang belajar dalam sekolah itu tetapi
berminat untuk menjadi anggota Persatuan boleh memohon sama ada kepada Pegawai Pendidikan
Daerah atau Pegawai Bahagian atau Pendaftar (bagi sesuatu Negeri yang tidak mempunyai Pegawai
Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian), untuk menjadi anggota.
(3) Tiap-tiap ibu bapa dan guru dalam sekolah hendaklah disifatkan sebagai anggota Persatuan.
(4) Bagi maksud Peraturan-peraturan ini, Persatuan bukanlah suatu persatuan dalam erti mana-mana
undang-undang berhubung dengan pendaftaran pertubuhan.
Tujuan-Tujuan Dan Batasan-Batasan Persatuan
(1) Tujuan-tujuan Persatuan:-
(a) Untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-
murid dalam sekolah dalam meningkatkan imej sekolah;
(b) Untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan
kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka;
(c) Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat
mengenai pendidikan;
(d) Untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama
lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya;
dan
(e) Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah untuk berusaha menambah kewangan
sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengaja-
ran dan pembelajaran.
(2) Kegiatan Persatuan hendaklah diarahkan kepada kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam
sekolah di mana Persatuan ditubuhkan.
(3) Persatuan boleh, dengan kebenaran Guru Besar atau Pengetua menganjurkan kegiatan kokurikulum
di dalam atau di luar sekolah, dengan menggunakan tenaga mahir atau pakar daripada kalangan ang-
gota atau bukan anggota Persatuan bagi tujuan meningkatkan pencapaian akademik atau perkem-
bangan murid secara menyeluruh.
(4) Persatuan dibenarkan mengutip apa-apa sumbangan yang diputuskan dalam mesyuarat agung
tahunan daripada anggota dan keputusan itu hendaklah dimaklumkan kepada Pendaftar.
(5) Persatuan tidak boleh memperluaskan bidang kuasa Persatuan kepada perkara-perkara yang berkai-
tan dengan pentadbiran sekolah, pekerjaan dan syarat-syarat perkhidmatan guru dan kakitangan
yang lain dalam sekolah.
(6) Persatuan tidak boleh menjadi jentera bagi menyelesaikan pertikaian atau perkara-perkara lain yang
berkai tan antara Persatuan dengan Guru Besar atau Pengetua atau kakitangan sekolah di mana
Persatuan ditubuhkan atau Pejabat Pendidikan Daerah atau Pejabat Pendidikan Bahagian atau
Jabatan Pendidikan Negeri atau Kementerian Pendidikan atau Kerajaan Negeri atau Persekutuan.
10
Organisasi Dan Pengurusan
(1) Persatuan hendaklah ditubuhkan oleh Guru Besar atau Pengetua dalam tiap-tiap sekolah.
(2) Persatuan hendaklah diuruskan oleh suatu jawatankuasa mengikut perlembagaan Persatuan.
(3) Jawatankuasa hendaklah mengandungi tidak kurang daripada lima dan tidak lebih daripada lima belas
orang anggota yang dipilih dalam mesyuarat agung tahunan Persatuan.
(4) Tanpa menjejaskan keluasan subperaturan (2), Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan
Bahagian atau Pendaftar (bagi sesuatu Negeri yang tidak mempunyai Pegawai Pendidikan Daerah
atau Pegawai Pendidikan Bahagian) boleh melantik tidak lebih daripada dua orang perseorangan
yang bukan anggota Persatuan untuk menjadi anggota jawatankuasa.
(5) Orang perseorangan yang disebut dalam subperaturan (4) hendaklah orang yang mempunyai
integriti, minat dan terbukti boleh menyumbang secara positif kepada kemajuan pendidikan.
(6) Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian hendaklah mendapat kelulusan
daripada Pendaftar berkenaan dengan pelantikan yang dibuat di bawah subperaturan (4).
Pendaftaran Persatuan
(1) Apabila sesuatu Persatuan telah ditubuhkan oleh Guru Besar atau Pengetua, dia hendaklah
mengemukakan kepada Pendaftar permohonan bagi pendaftaran Persatuan sebagaimana yang
terkandung dalam Jadual Pertama.
(2) Guru Besar atau Pengetua hendaklah mengemukakan beserta permohonan itu salinan draf
Perlembagaan Persatuan yang memperuntukkan perkara-perkara yang dinyatakan dalam Jadual
Kedua.
(3) Pendaftar boleh, apabila berpuas hati bahawa permohonan bagi pendaftaran dibuat dengan
sewajarnya, mendaftarkan Persatuan dan mengeluarkan perakuan pendaftaran sebagaimana yang
terkandung dalam Jadual Ketiga.
Hak Pendaftar Untuk Menghadiri Mesyuarat dan Kuasa Persatuan Untuk Memiliki Harta, Dsbnya
(1) Pendaftar atau wakil Pendaftar berhak menghadiri semua mesyuarat Persatuan.
(2) Persatuan mempunyai kuasa untuk memiliki, mengguna dan melupuskan apa-apa harta alih atau
harta tak alih Persatuan yang Persatuan berpendapat akan memudahkan Persatuan menjalankan
kuasa dan kewajipan Persatuan menjalankan kuasa dan kewajipan Persatuan di bawah Peraturan-
peraturan ini.
Kumpulan Wang Dan Audit
(1) Maka hendaklah ditubuhkan dan diuruskan oleh Persatuan suatu kumpulan wang yang ke dalamnya
hendaklah dibayar semua derma atau sumbangan daripada mana-mana anggota terhadap tujuan-
tujuan Persatuan.
(2) Persatuan hendaklah menyimpan atau mengarahkan supaya disimpan akaun yang sepatutnya dan
rekod -rekod yang lain berkenaan dengan perjalanan Persatuan dan hendaklah juga mengarahkan
supaya disediakan penyata kira-kira bagi tiap-tiap tahun kewangan.
(3) Akaun Persatuan hendaklah diaudit pada tiap-tiap tahun oleh dua orang yang bukan anggota
jawatankuasa dan mereka hendaklah dicalon dan dipilih oleh anggota Persatuan.
(4) Persatuan dengan persetujuan mesyuarat agung tahunan dibenarkan mendapatkan khidmat juruaudit
bertauliah bagi tujuan mengaudit akaun Persatuan.
(5) Guru Besar atau Pengetua dibenarkan memeriksa akaun Persatuan.
11
AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 4
Ucapan Penasihat PIBG
Ucapan Yang Dipertua PIBG
Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung ke 3 (Tahun 2019)
Membentang dan Menerima Laporan Aktiviti PIBG sesi 2019/2020
Membentang dan Mengesahkan Laporan Kewangan PIBG yang berakhir pada
31 Disember 2019
Pengisytiharan Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG tahun 2019/2020
Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG tahun 2020/2021 bagi jawatan berikut:
a. Yang Dipertua
b. Naib Yang Dipertua
c. Setiausaha
d. Penolong Setiausaha
e. Bendahari
f. AJK Ibu Bapa
g. AJK Guru
h. Juruaudit Ibu Bapa
i. Juruaudit Guru
*Jawatan Setiausaha, Bendahari, enam orang AJK guru dan seorang juruaudit
guru dikemukakan oleh Penasihat PIBG sekolah.
Pembentangan Usul, Cadangan dan Hal-hal Lain
Ucapan Yang Dipertua PIBG Sesi 2020/2021
Ucapan Penangguhan
12
minit MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 4
TARIKH : 9 Mac 2019
MASA : 08.30 Pagi
TEMPAT : Bilik Mesyuarat Kolej Tingkatan Enam Sri Istana
Kehadiran : Rujuk Lampiran
CATATAN MESYUARAT
1.0 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG
1.1 Pn.Fauziah binti Ismail selaku YDP PIBG mesyuarat mengalukan-alukan dan mengucapkan ribuan
terima kasih di atas kehadiran ibu bapa dan guru. Beliau meminta semua ahli merujuk kepada
agenda mesyuarat dalam buku program yang disediakan.
2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KE – 37
2.1 Setiausaha PIBG, Cik Norzihah binti Man membentangkan minit Mesyuarat Agung PIBG ke–37 dari
muka surat 11 hingga 4.
2.2 Mengesahkan minit mesyuarat agung PIBG ke – 37
Pencadang : Pn.Zabedah binti Rahmat
Sokongan : Pn.Vijayaletchumy a/p Suppiah
3.0 PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI PIBG SESI 2018
3.1 Setiausaha PIBG, Cik Norzihah binti Man membentangkan laporan aktiviti PIBG 2018 di muka surat
16 hingga 17.
4.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN PIBG TAHUN 2019
4.1 Bendahari PIBG, Pn.Norizan binti Kassim membentangkan penyata kewangan PIBG bagi sesi 2018
di halaman 18 dengan baki kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2018 adalah sebanyak
RM 91 480.44
4.2 Pengesahan Laporan Kewangan
Pencadang : Pn.Sharifah Mazwin bt Syed Adam
Sokongan : Pn. Nor Salwati bt Omar
5.0 PEMBUBARAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2018 DAN PELANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA SESI 2019
5.1 Yang Dipertua PIBG, Pn.Fauziah binti Ismail mengumumkan pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi
2018.
5.2 Tuan Pengetua, Pn. Bidah bt Kasim mencadang En.Rajamokan dilantik menjadi pengerusi
sementara. Disokong sebulat suara ahli mesyuarat.
6.0 PEMILIHAN DAN PELANTIKAN JAWATANKUASA PIBG 2019
6.1 Yang Dipertua PIBG sesi 2019
PENCALONAN PENCADANG PENYOKONG JUMLAH UNDI
sebulat suara
Pn.Fauziah binti Ismail Pn. Nor Salwati bt Omar En. Muhammud
Cadangan ditutup bin Salleh
Pn. Juliet Jayamary a/p sebulat suara
Joseph
13
6.2 Naib Yang Dipertua PIBG sesi 2019
PENCALONAN PENCADANG PENYOKONG JUMLAH UNDI
Pn. Rosni bt Muda Sebulat suara
Pn.Baizuriah bt Pn. Juliet Jayamary
Amiruddin a/p Joseph Sebulat suara
Cadangan ditutup Pn. Juliet Jayamary
a/p Joseph
6.3 Setiausaha dan Bendahari
Tuan Pengetua, Pn. Bidah bt Kasim memaklumkan bahawa pelantikan setiausaha, penolong
setiausaha, bendahari dan penolong bendahari adalah dalam kalangan guru.
Berikut ialah guru-guru yang telah dipilih.
Setiausaha Cik Norzihah bt Man
Bendahari Pn.Norizan bt Kassim
Disokong sebulat suara ahli mesyuarat.
6.4 Ahli jawatankuasa dalam kalangan ibu bapa
Berikut adalah senarai nama ahli jawatankuasa dalam kalangan ibu bapa yang dipilih dan telah
mendapat persetujuan semua ahli mesyuarat.
1. En.Rosli bin Daud
2. En.Muhammud bin Saleh
3. En.Lim Boon Bin
4. Pn.Renitha a/p Rajaiah
5. Pn.Lee Koi Lan (juru audit ibu bapa)
6.5 Pelantikan ahli Jawatankuasa dalam kalangan guru
Tuan Pengetua, Pn. Bidah bt Kasim memaklumkan jawatankuasa 2018 dalam kalangan guru
dikekalkan bagi sesi 2019. Nama- nama berikut ialah;
1. Cik Siti Nor Jabariah bt Yeop
2. Cik Mah Jo Suen
3. Pn. Ramlah binti Mat Yasim
4. Pn. Pramala a/p Arumugam
5. Cik Malani a/p Kalliapan
6. Pn. Tan Chiew Tyng
7. Pn. Loh Lan (juru audit guru)
Disokong sebulat suara ahli mesyuarat
7.0 PEMBENTANGAN USUL/ CADANGAN
7.1 Menyediakan sarapan dan pengangkutan bagi aktiviti yang dijalankan di luar kolej
Maklum balas pengetua
Keluasan dewan kolej tidak dapat menampung jumlah keseluruhan pelajar . Oleh itu aktiviti-aktiviti
yang melibatkan ramai pelajar akan diadakan di luar kolej. Oleh kerana semua unit mata pelajaran (15
unit) akan mengadakan program masing-masing maka kos yang diperuntukkan tidak mencukupi.
Oleh sebab itu terdapat aktiviti yang tidak disediakan sarapan dan pengangkutan. Namun terdapat
juga aktiviti yang disediakan sarapan dan pengangkutan dengan mengenakan bayaran kepada pelajar.
14
7.2 Penjelasan berkaitan peperiksaan MUET
Maklumbalas pengetua
Peperiksaan MUET dilaksanakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia sebanyak 3 sesi
setahun.
Pihak KTESI telah menetapkan semua pelajar akan menduduki peperiksaan MUET pada
sesi kedua yang akan dilaksanakan pada bulan Jun 2019.
7.3 Mencadangkan tapak pertanian ditambahbaik menjadi tempat aktiviti sukan permainan
Maklumbalas pengetua
Kawasan tapak pertanian tersebut sebenarnya telah pun dicadang untuk ditambahbaik.
Walau bagaimanapun pihak kolej masih tiada sumber kewangan yang mencukupi.
Oleh itu pihak kolej amat mengalu-alukan jka ada dalam kalangan ibu bapa yang dapat
memberikan sumbangan untuk menambahbaik kawasan tersebut.
8.0 HAL-HAL LAIN
8.1 Tn. Pengetua, Pn.Bidah binti Kasim memaklumkan derma PIBG adalah sebanyak RM50
dan sumbangan program kecemerlangan adalah sebanyak RM100 dikekalkan dan telah
mendapat persetujuan semua ahli mesyuarat
9.0 UCAPAN PENANGGUHAN
Yang Dipertua PIBG mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin dan mengharap agar
kerjasama yang erat antara guru dan ibu bapa dapat diwujudkan dalam usaha membantu
pelajar- pelajar menjadi lebih cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.00 pagi.
Pencatat minit,
Pn Suraya binti Md Saad
Pn Norhayati bt Sulaiman
Pn Rosniza bt Karim@Zakaria
Urus setia,
---------------------------
(Cik Norzihah binti Man)
Setiausaha PIBG KTE Sri Istana
Disemak oleh : Disahkan oleh :
__________________ _____________________
(BIDAH BINTI KASIM) (FAUZIAH BINTI ISMAIL)
Pengetua KTE Sri Istana YDP PIBG KTE Sri Istana
Tarikh : 10 MAC 2019 Tarikh : 10 MAC 2019
15
Senarai kehadiran mesyuarat agung pibg kali ke 3
1. Rajendran Karapanan 49. Fong Siew Sian 97. Roslin Bt. Mohd Yasir
2. Rosni bt Muda 50. Haeirul Haneiff bin Hassan 98. Roslina bt Abdul Ghani
3. Norasimah bt Ali 51. Harlina bt Manan 99. Rosniza bt Karim @ Zakaria
4. Muhammud b Saleh 52. Hasnita bt Abd Malek 100. Saradha a/p Nanchan
5. Baizuriah bt Amirruddin 53. Hazmah bt Awang 101. Sharifah Mazwin bt Syed Adam
6. Vicaneswary a/p Visvalingam 54. Idawati bt Hassan 102. Siti Fatimah bt Mohd Isa
7. R. Muniandy 55. Jegatheswary a/p T. Subramaniam 103. Siti Nor Jabariah bt Yeop
8. Renitha a/p Rajaiah 56. Jenny Chia Ai Fang 104. Suraya bt Md Saad
9. Mohd Helmie 57. Jofiza bt Jaafar 105. Suriani bt Mohamad
10. Norhayati bt Mohd Nor 58. Juliet Jayamary a/p J Joseph 106. Suzana bt Radwan
11. Lin Boon Bin 59. Kamachy a/p Chelian 107. Syaida Mazlin bt Ramli
12. Siow Lee Boey 60. Kan Phaik Im 108. Tamilarasan a/l Muniandy
13. Zaitun bt Mohd Ghaus 61. Khairin bin Sharep 109. Tan Chiew Tyng
14. Lee Kooi Lan 62. Lalitha a/p S. Balakrishnan 110. Tan Ling Ling
15. Rosli b Daud 63. Leow Yee Hong 111. Tan Seng Chuan
16. Zuriah bt Jalaludin 64. Lim Boon Leong 112. Tew Hui Ngo
17. Mahsuri Selamat 65. Loh Lan 113. Tilaga a/p Krishnan
18. Abdul Rasib b Daud 66. Low Koon Peng 114. Vanaja a/p MK Muthusamy Pillay
19. Christopher a/l Simon Alfred Lopez 67. Mah Jo Suen 115. Vijaya a/p Awadiar
20. Bidah bt Kasim 68. Malani a/p Kalliapan 116. Vijayaletchumy A/P Suppiah
21. Razilah bt Othman 69. Malligarani A/P M Nadason 117. Wan Muliza bt Wan Morad
22. Lailiah bt Ismam 70. Muhammad Hanizam b Abdul Ghani 120. Wong Bee Yap
23. Indira a/p Govindan 71. Mohd Yusof bin Che Hassan 121. Yap Kam Moey
24. Ishak bin Ismail 72. Muthamilarasy a/p Sinnan 122. Yon Fathiah bt Jamaludin
25. Noor Fatihah bt Ibrahim 73. Najah bt Zakaria 123. Zaleha bt Mohd Salleh
26. Zabedah bt Rahmat 74. Ng Lay Khuan 124. Zuraida bt Ab Malek
27. Noraizan Bt. Mohd Noh 75. Noor Azizah bt Abd Aziz
28. Nurul Hisham bin Zakaria 76. Noorkarnai bt Abu Bakar 125. Rahilah bt Pungut
29. Abdul Jalil bin Hassan 77. Noorobiani bt Nazri 126. Shafeah bt Darmanshah
30. Abdul Rahman bin Hassan 78. Nor’ Aishah bt Yeop Zahari 127. Zunaidah bt Othman
31. Aini Hasninawati bt Abu Hashim 79. Nor ‘Ashirin bt Tajul Hasnan 128. Yudi bin Basri
32. Alice Chin Chuan Fong 81. Nor Azila bt Mat Hassan 129. Rohana bt Mat Akhir
33. Ang Chin Choo 82. Norhayati bt Ismail
34. Arulsamy a/l Savarimuthu Arokiaswami 83. Norizan bt Kassim
35. Asmawati bt Selamat 84. Norjamilatun bt Alang Raus
36. Azilah bt Ahmad 85. Norliza bt Mohd Noh
37. Azimah bt Ahmad 86. Nor Salwati bt Omar
38. Cecilia a/p Masalamoney 87. Norzihah bt Man
39. Chan Suek Kong 88. Nur Dalila Wahida bt Abdullah
40. Chan Wai Hong 89. Parimala Devi a/p Sivasubramaniam
41. Chandrika Menon a/p Balakrishna Menon 90. Parveen Kaur a/p Hira Singh
42. Che Muzulipah bt Johar 91. Phang Wai Chern
43. Che Norola’ Aini bt Hj Mahamad 92. Pramala a/p Arumugam
44. Christina Petti anak Edward 93. Rabiah bt Idris
45. Chua Wee Wee 94. Rafizah bt Baharom
46. Elilarasi a/p Sellapan 95. Raja Maziatul Aida bt Raja Deris
47. Fatimah bt Mohd Jamil 96. Raja Mokan a/l Ramaiah
48. Faridah bt Salleh
16
Laporan aktiviti pibg sesi 2019/2020
Peranan dan tanggungjawab PIBG di kolej tidak dapat disangkal dalam usaha membantu pihak kolej
merealisasikan impian negara bagi melahirkan insan yang cemerlang dalam pelbagai bidang. AJK PIBG pada sesi
2019/2020 telah memberikan komitmen yang jitu dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Sepanjang
sesi 2019/2020, AJK PIBG telah bekerjasama dengan pihak kolej dalam merancang dan melaksanakan aktiviti
yang kesemuanya bertujuan menghasilkan pelajar-pelajar yang cemerlang khususnya dalam bidang akademik dan
sahsiah. Berikut adalah laporan aktiviti PIBG bagi sesi 2019/2020 :
Mesyuarat AJK Induk PIBG sesi 2019/2020 seperti berikut :
BIL PERKARA TARIKH
1. Mesyuarat AJK PIBG kali Pertama 17 Julai 2019
2. Mesyuarat AJK PIBG kali Kedua 15 November 2019
3. Mesyuarat AJK PIBG kali Ketiga 15 Januari 2020
4. Mesyuarat AJK PIBG kali Keempat 24 Februari 2020
AJK Induk telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan hal-hal berkaitan dengan pembangunan dan
perkembangan kolej demi kecemerlangan pelajar.
Selain itu, PIBG juga berbesar hati untuk membiayai program-program peningkatan kecemerlangan
akademik, kokorikulum pelajar, program-program di bawah unit HEM dan keceriaan kolej. Ia selari dengan tiga
keberhasilan utama pentadbiran sekolah iaitu meningkatkan pencapaian akademik pelajar, kemenjadian murid dan
guru serta keceriaan kolej ini.
Antara sumbangan PIBG untuk kolej dari bulan Mac 2019 hingga Disember 2020 ialah :
BIL BUTIRAN
1 PERBELANJAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2019
2 PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI PENGGAL 1, 2 & 3
3 KARNIVAL HEM & KOKURIKULUM
4 PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK
5 PROGRAM LONJAKAN A
6 PROGRAM PECUTAN STPM PENGGAL 1 DAN PENGGAL 3
7 PROGRAM MOTIVASI, SOLAT HAJAT DAN RESTU ILMU
8 HARI KECEMERLANGAN HEM/KOKO
9 MINGGU ORIENTASI TINGKATAN 6 BAWAH
10 PEMBESAR SUARA UNTUK KEGUNAAN MUET
11 MAJLIS GRADUASI
12 TEMPAT LETAK KERETA PELAJAR
13 BELANJA MESYUARAT PIBG & PENETAPAN TARGET 2019
14 SUMBANGAN KHEMAH, KERUSI & PENDAWAIAN ELEKTRIK
15 SUMBANGAN MEJA MAKMAL KOMPUTER
16 PERKHEMAHAN PERDANA
17 PEMBINAAN DATARAN BERBUMBUNG (SEBELAH KANTIN)
18 PROGRAM IHYA RAMADHAN
19 BAIK PULIH PRASARANA KOLEJ
20 PENYELENGGARAAN ALAT PEMADAM API
21 GELANGGANG PETANQUE
22 BULAN SUKAN NEGARA
17
JADUAL KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG SESI 2019/2020
BIL NAMA 17/07/2019 15/11/2019 15/1/2020 24/02/2020
1 PN. HJH BIDAH BT KASIM / / / /
2 PN. FAUZIAH BINTI ISMAIL / / / /
3 PN. BAIZURIAH BINTI AMIRRUDDIN / B / B
4 CIK NORZIHAH BT MAN / / / /
5 CIK SITI NOR JABARIAH BT YEOP / / / /
6 PN. NORIZAN BT KASSIM / / / /
7 CIK MAH JO SUEN / / / B
8 PN. RENITHA A/P RAJAIAH / X X /
9 EN. MUHAMMUD BIN SALEH B X X X
10 EN. LIN BOON BIN / / B /
11 EN. ROSLI BIN DAUD / B X B
12 PN. RAMLAH BT MAT YASSIN / / / B
13 PN. PRAMALA A/P ARUMUGAM / B / B
14 CIK MALANI A/P KALLIAPAN B B / /
15 PN. TAN CHIEW TYNG / / / /
* / : HADIR X : TIDAK HADIR B : TIDAK HADIR BERSEBAB
AJK PIBG 2019/2020 ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
dalam menjayakan program-program yang dijalankan. Semoga hubungan yang terjalin antara pihak
kolej dan ibu bapa serta masyarakat setempat dapat membawa kecemerlangan kepada pelajar dan
kolej, seterusnya dapat melahirkan pelajar yang kreatif, kritis, berakhlak mulia dan seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
Disediakan oleh : Disahkan oleh :
....................................... . ...........................................
(NORZIHAH BINTI MAN) (PN. FAUZIAH BINTI ISMAIL)
SETIAUSAHA PIBG YDP PIBG
KOLEJ TINGKATAN ENAM SRI ISTANA KOLEJ TINGKATAN ENAM SRI ISTANA
18
Laporan kewangan pibg sesi 2019/2020
19
20
21
22
23
24
25
Usul-usul mesyuarat agung pibg kali ke 4
KURIKULUM
1. Kawasan Ulangkaji pelajaran
SOALAN / ISU :
Menyediakan kawasan untuk ulangkaji pelajaran.
Oleh : Alissa, Anak : Muhammad Eirfan Afzan (UGP1)
JAWAPAN :
Pihak KTESI telah menyediakan tempat untuk mengulangkaji pelajaran iaitu di Pusat Sumber. Waktu operasi Pusat
Sumber selepas sesi persekolahan adalah:
HARI TEMPOH MASA
ISNIN - SELASA 2:55 PM – 3:55 PM
RABU 1:50 PM - 4:30 PM
KHAMIS 2:00 PM – 3:00 PM
JUMAAT 12:30 PM – 1:50 PM
Seterusnya pelajar boleh mengulangkaji di kantin dan dataran berbumbung sehingga pukul 5.00 petang. Kolej tidak
membenarkan penggunaan kelas selepas waktu pembelajaran kerana faktor keselamatan.
HAL EHWAL MURID
1. Waktu rehat yang singkat dan tiada kepelbagaian makanan
SOALAN / ISU :
Memperbanyakkan dan mempelbagaikan makanan di kantin.
Oleh : Muthurajah a/l Kandiah Thiagarajan, anak : Thivyah a/p Muthurajah (UHP2)
Oleh : Ramanathan A/L P.Iyonar, anak :Pennarasi a/p Ramanathan (UHP1)
JAWAPAN:
Pihak kolej telah memaklumkan kepada pihak kantin agar mempelbagaikan dan memperbanyakkan makanan
mengikut peraturan dan panduan Kementerian Kesihatan Malaysia.
SOALAN / ISU :
Memperbanyakkan makanan vegetarian di kantin.
Oleh : Pulamai, anak : Sharmini (UHP2)
Oleh : Indra Selvam, Anak : Rishmah Krishnamoorthy (UVH1)
Oleh : Sugumar a/l Sathivelu, Anak : Munisha a/p Sugumar (UHP2)
JAWAPAN :
Makanan vegetarian tidak dapat diperbanyakkan kerana permintaan yang sangat sedikit daripada pelajar.
26
SOALAN / ISU :
Menjual air balang/bancuh di kantin seperti air sirap, sarsi dan lain-lain
Oleh : Maziah Binti Abd Ghani, Anak : Afiza Natasya Binti Zulfahmi (UVB1)
JAWAPAN :
Berdasarkan Peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia ‘air balang’ tidak
dibernarkan untuk dijual di kantin sekolah kerana mempunyai kandungan gula dan pewarna yang tinggi.
2. Penambahbaikan tandas pelajar
SOALAN / ISU :
Pastikan bekalan air ada di setiap blok terutamanya tandas perempuan.
Oleh : Muzaimi Omar, anak : Nursyahira Atikah binti Muzaimi (UHB1)
JAWAPAN:
Pihak kolej telah menyelenggara semua tangki air. Justeru itu, bekalan air adalah mencukupi untuk semua tandas
pelajar.
KOKURIKULUM
1. Gelanggang Futsal
SOALAN / ISU :
Gelanggang Futsal perlu dinaik taraf supaya para pelajar dapat bermain dengan selesa.
Oleh : Sumathi a/p Krishnan, Anak : Yuvanessh Varmend a/l Ravi (UBP2)
JAWAPAN :
Pihak kolej telah memohon peruntukan untuk penambahbaikan gelanggang futsal tetapi peruntukan yang dipohon
masih belum diperolehi.
AM/ PENTADBIRAN
1. Prasarana kolej
SOALAN / ISU :
Menyediakan bumbung di tapak perhimpunan kerana setiap aktiviti yang dijalankan akan diadakan di situ.
Oleh : Teo Lay Keim, Anak : Joel Ong Eu Peng(UBK1)
Oleh: Wong Soo Meng , Anak: Wong Sze Shuen (UBK1)
JAWAPAN :
Membina bumbung dan dewan memerlukan kos yang tinggi dan tiada peruntukan daripada PPD dan JPN. Pihak
kolej berharap perkara ini mendapat perhatian PIBG dan ibu bapa untuk membantu pihak kolej mencari dana bagi
membina bumbung di tapak perhimpunan. Walau bagaimanapun, pihak kolej telah memohon dan masih menunggu
kelulusan sekiranya peruntukan tersebut masih ada.
27
2. Tempat Letak Kereta
SOALAN / ISU :
Membuat jalan tar di tempat letak Kereta.
Oleh :S.A Arulsamy, Anak : Syehrran A/L Arulsamy (UFK1)
Oleh : Shamim Ahamad bin Abdul Wahab, Anak : Muhd Tawfeeq bin Shamim Ahamad(UFK1)
JAWAPAN:
Kos untuk membuat jalan tar tersebut adalah tinggi. Tempat letak kereta adalah sumbangan dari PIBG dan peribadi.
Walau bagaimanapun, pihak kolej telah memohon bantuan daripada wakil rakyat dan ahli DUN.
3. Lalu Lintas
SOALAN / ISU:
Mengawal lalu lintas di hadapan kolej terutamanya pada waktu balik.
Oleh : Kalsum binti Hj.Ismail , Anak : Mohamad Fairuz Zukni(UBP2)
JAWAPAN:
Kawalan lalulintas di luar kawasan sekolah adalah di luar bidang pengawal keselamatan. Pihak kolej memerlukan
sumber kewangan untuk mendapatkan khidmat RELA.
28
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2020/2021
PENASIHAT
PN. BIDAH BT KASIM
YANG DIPERTUA
___________________________
NAIB YANG DIPERTUA
___________________________
SETIAUSAHA KEHORMAT
CIK NORZIHAH BT MAN
BENDAHARI KEHORMAT
PN. NORIZAN BT KASSIM
AJK IBU BAPA
___________________________
___________________________
____________________________
____________________________
AJK GURU
CIK MAH JO SUEN
EN ABD JALIL BIN HASSAN
SHANTI A/P SUBRAMANIAM
CIK SITI NOR JABARIAH BT YEOP
JURU AUDIT IBU BAPA
___________________________
JURU AUDIT GURU
PN LOH LAN
29
SEKALUNG PENGHARGAAN
Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Semua pihak yang terlibat dalam menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 4
Tahun 2020
30