The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ROSNIZA KZ, 2021-08-12 20:56:48

1.2 PERSEKITARAN PERNIAGAAN

1.2 PERSEKITARAN PERNIAGAAN

Keywords: PENGAJIAN PERNIAGAAN

1.2
PERSEKITARAN
PERNIAGAAN

CIKGU ROSNIZA BINTI KARIM@ZAKARIA

PERSEKITARAN PERNIAGAAN

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Calon dapat:
menjelaskan jenis-jenis persekitaran perniagaan yang merangkumi persekitaran
umum dan persekitaran tugas (pihak berkepentingan atau pemilik taruh) dan
hubung kait antara kedua-duanya

Merujuk kepada keadaan sekeliling di mana sesebuah perniagaan
berfungsi dan merangkumi faktor-faktor atau pihak-pihak yang
mempengaruhi operasi dan prestasi perniagaan secara langsung atau
tidak langsung.

1.2.1 PERSEKITARAN UMUM

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pelajar dapat:
➢menjelaskan faktor-faktor persekitaran umum yang merangkumi ekonomi,

persaingan dan jaringan, sosiobudaya, politik dan perundangan, teknologi, prasarana
dan antarabangsa.
➢membincangkan pengaruh persekitaran umum dan persekitaran tugas terhadap
perniagaan.

Persekitaran Ekonomi PERSEKITARAN UMUM

❑ Merujuk keadaan ekonomi di dalam dan luar negara, sistem ekonomi yang diamalkan, pendapatan penduduk

dan kuasa beli pengguna, perubahan harga barang, risiko pasaran dan ketidakpastian pasaran seperti masalah

inflasi/deflasi, turun naik, nilai mata wang, isu pengangguran dan guna tenaga
❑ Perubahan ekonomi mempengaruhi kuasa beli dan corak perbelanjaan pengguna:

Apabila ekonomi meleset Apabila ekonomi stabil

•pendapatan pengguna jatuh • aktiviti perniagaan turut berkembang
•kuasa beli menurun • menjamin peluang pekerjaan
menyebabkan perbelanjaan pengguna jatuh dan aktiviti • Pendapatan penduduk meningkat
perniagaan merosot. • menjamin peningkatan jualan dan keuntungan perniagaan.

❑ Contohnya, perniagaan menjual kereta mewah hanya sesuai dijalankan di kawasan penduduk berpendapatan

tinggi dan mampu.
❑ Sistem ekonomi kapitalis : menggalakkan persaingan antara perniagaan, pelaburan dan mewujudkan peluang

pasaran yang luas.
❑ Sistem ekonomi komunis : membataskan keupayaan syarikat untuk mencapai kelebihan daya saing.

Persekitaran Persaingan dan jaringan PERSEKITARAN UMUM

❑ Persaingan : firma lain dalam industri yang sama. Merupakan ancaman kerana perlu bersaing mengeluarkan produk yang

sama.
❑ Merupakan pemangkin untuk melakukan inovasi produk/ perkhidmatan
❑ Jenis pasaran:

Persaingan sempurna/ Monopoli Oligopoli Persaingan monopolistik/
tulen Bermonopoli
• Wujud sekatan untuk • Agak sukar untuk
•Tiada sekatan untuk memasuki pasaran memasuki pasaran • Agak mudah untuk
memasuki pasaran memasuki pasaran

❑ Kegagalan atau kejayaan bergantung kepada sejauh mana perniagaan boleh bersaing untuk menghasilkan produk dan

perkhidmatan yang memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.
❑ Jaringan perniagaan: hubungan perjanjian yang dibuat secara formal atau tidak formal iaitu pakatan strategik antara

perniagaan dengan pihak lain seperti pembekal, pesaing atau pengedar.
❑ Tujuan jaringan:

❑ memudahkan proses pengeluaran dan strategi pemasaran produk
❑ Membina hubungan baik dengan pihak berkepentingan kepada perniagaan dalam jangka panjang.
❑ Memastikan bekalan diterima dalam masa yang dikehendaki.
❑ Memastikan pengedar memberi keutamaan pasaran terhadap produk yg dikeluarkan.
❑ Membolehkan pesaing membentuk pakatan strategik bagi menghasilkan produk dan perkhidmatan.

Persekitaran sosiobudaya PERSEKITARAN UMUM

❑ Berkaitan dengan nilai budaya sosial yang menjadi amalan sesuatu kaum.
❑ Melibatkan interaksi antara ahli-ahli dan kumpulan dalam masyarakat yang bekongsi nilai

budaya atau amalan bersama berkaitan dengan kepercayaan agama, adat resam, cita rasa

dan gaya hidup masyarakat pelbagai kaum.
❑ Aspek ini boleh mempengaruhi corak perbelanjaan pengguna. Perniagaan perlu mengenal

pasti cita rasa dan gaya hidup masyarakat setempat sebelum menawarkan sesuatu produk

baharu.
❑ Contohnya, keperluan pakaian orang melayu berbeza dengan keperluan pakaian orang Cina.

Oleh itu, baju Melayu tidak sesuai dijual di Petaling Street.
❑ Perniagaan perlu peka terhadap budaya dan kepercayaan agama masyarakat setempat –

sebarang tindakan yang bertentangan dengan sosiobudaya akan menimbulkan ketidakpuasan

hati masyarakat dan menjejaskan imej perniagaan.
❑ Contohnya, budaya masyarakat Barat yang mementingkan pemakanan berkhasiat dan

berkalori rendah, maka peratusan kalori yang tercatat pada pembungkusan produk sangat

penting.
❑ Bagi umat Islam pula, tanda halal pada makanan yang dijual adalah penting sebelum

membuat pembelian.

PERSEKITARAN UMUM

Persekitaran politik dan perundangan

❑ Politik merujuk kepada keadaan sistem pemerintahan sesebuah negara, penggubalan serta
penguatkuasaan dasar dan undang-undang oleh kerajaan yang memerintah.

❑ Kestabilan politik mewujudkan kemakmuran negara dan menjamin kelancaran aktiviti perniagaan.
❑ Contohnya, kerajaan mengenakan sekatan seperti kuota kemasukan barang import/ cukai barang

import untuk melindungi industri tempatan yang baru berkembang

❖ Perundangan ialah peraturan atau undang-undang yang ada dalam sesebuah negara ditetapkan oleh kerajaan/
pihak berkuasa.

❖ Kerajaan dapat mengawal aktiviti perniagaan melalui penggubalan polisis awam, dasar, peraturan dan undang-
undang.

❖ Contohnya, kerajaan menetapkan harga barang kawalan, memperketatkan akta bagi syarikat yang
mencemarkan alam sekitar atau membahayakan penduduk.

❖ Tujuan penggubalan peraturan dan undang-undang:
✓ Mewujudkan persaingan perniagaan yang sihat
✓ Melindungi kepentingan pengguna dan pengeluar
✓ Mengelak penyelewengan oleh peniaga
✓ Melindungi alam sekitar

Persekitaran teknologi PERSEKITARAN UMUM

Merujuk kepada sebarang perubahan penggunaan sains yang membolehkan manusia melakukan sesuatu yang baru,
membentuk tugas atau prosedur kerja.
Kaedah, peralatan atau pengetahuan baharu untuk melakukan proses pengeluaran

Inovasi yang dapat menghasilkan produk baharu atau meningkatkan kualiti produk dapat meningkatkan
produktiviti pengeluaran produk dan memudahkan proses pengeluaran
Contohnya, penggunaan ICT dalam perniagaan seperti e-mel, e-dagang, sidang video dan sebagainya memudahkan
pihak perniagaan menghubungi pelanggan.
Penggunaan teknologi dapat meningkatkan kemampuan bersaing kerana dapat meningkatkan kecekapan operasi
dan produktiviti pengeluaran, menjimatkan masa pengeluaran dan mengurangkan kos pengeluaran.
Perkembangan ICT dapat mempercepat proses penghantaran maklumat, meluaskan pasaran produk ke seluruh
dunia dan memajukan lagi perniagaan.
Oleh itu, perniagaan harus menekankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta peka terhadap
perkembangan teknologi.

Persekitaran prasarana PERSEKITARAN UMUM

Kemudahan infrastruktur yang tersedia ada bagi memudahkan operasi perniagaan seperti kemudahan elektrik dan jalan raya
Antara kemudahan fizikal yang diperlukan ialah kemudahan pengangkutan, perhubungan, kemudahan awam dan logistik.

Kemudahan Kemudahan Kemudahan awam Kemudahan logistik
pengangkutan perhubungan komunikasi
• Bekalan elektrik dan air • Sistem Gudang yang
• Jaringan jalan raya, laut • Pemindahan dan dapat membantu lengkap dan
dan udara penerimaan maklumat kelancaran proses berdekatan dengan
dapat dilakukan dengan pengeluaran mengikut jaringan jalan raya, laut
• Penting untuk cepat dan pantas. jadual dan udara akan
memastikan menggalakkan
penghantaran bahan perdagangan
mentah dan barang antarabangsa
siap daripada pengeluar
kepada pembeli/
pengguna dapat
dilakukan dengan
cepat.

Persekitaran antarabangsa PERSEKITARAN UMUM

Merujuk kepada dasar perdagangan, undang-undang perniagaan yang melibatkan dua buah atau
lebih negara yang terlibat.

Sistem perniagaan antarabangsa yang meliputi aktiviti eksport dan import

Konsep globalisasi dan dunia tanpa sempadan

Kebergantungan kepada negara-negara lain dari segi bekalan bahan mentah dan sumber tenaga
kerja

Isu global seperti dasar perdagangan, halangan perdagangan dan tarif, risiko politik dan
perjanjian perdagangan juga mempengaruhi aktiviti perniagaan.

Contohnya, kewujudan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) membolehkan syarikat di
Malaysia mengeksport produk ke negara-negara anggota seperti Filipina pada kadar tarif yang
lebih rendah.

SOALAN STPM

STPM 2013: Bezakan empat jenis pasaran dari aspek
kemasukan pesaing ke dalam pasaran [4]

STPM 2018: Huraikan tiga faktor persekitaran umum
yang mempengaruhi perniagaan [6]

STPM 2020: Jelaskan tiga faktor persekitaran umum
yang mempengaruhi perniagaan di Malaysia [20]

1.2.2 PERSEKITARAN TUGAS

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pelajar dapat:
➢menjelaskan tanggungjawab perniagaan kepada pihak berkepentingan

termasuklah pelanggan, pembekal, pembiaya, pemodal/pelabur, pesaing,
kerajaan, pekerja dan masyarakat.

Pihak berkepentingan atau pemilik taruh - pihak-pihak yang terlibat atau
mempunyai pengaruh secara langsung terhadap operasi dan prestasi
sesebuah perniagaan

Pelanggan PERSEKITARAN TUGAS

Individu atau pihak yang membeli barang atau perkhidmatan yang
dijual oleh perniagaan

Perubahan cita rasa pelanggan akan mempengaruhi jenis produk, harga
dan kualiti produk yang dikeluarkan oleh perniagaan

Permintaan pelanggan ke atas produk yang ditawarkan akan
mempengaruhi keuntungan perniagaan

Pelanggan hanya akan membeli produk yang dapat memberi kepuasan
dan memenuhi keperluan atau kehendaknya

PERSEKITARAN TUGAS

Tanggungjawab perniagaan terhadap Pelanggan

Menawarkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti dengan harga
berpatutan dan selamat digunakan oleh pelanggan

Menyesuaikan barangan dengan keperluan dan kehendak pelanggan
serta perubahan cita rasa pelanggan

Menyampaikan barangan kepada pelanggan tepat pada masa, kualiti,
kuantiti dan tempat yang sesuai.

Memberi maklumat penuh tentang barangan yang dijual kepada
pelanggan

Pembekal PERSEKITARAN TUGAS

Pihak yang membekalkan bahan mentah atau barang separuh siap kepada perniagaan yang akan
digunakan dalam proses pengeluaran
Pembekal merupakan orang tengah antara peniaga dengan pelanggan.

Bekalan bahan mentah yang cekap dan tepat pada masanya akan mempengaruhi kelancaran
proses pengeluaran
Bekalan bahan mentah yang berkualiti akan menghasilkan produk yang berkualiti

Bekalan bahan mentah yang sering terputus akan menyebabkan proses pengeluaran tergendala

Pembekal yang baik dapat memastikan pemberian tempoh kredit yang lebih panjang

PERSEKITARAN TUGAS

Tanggungjawab perniagaan terhadap Pembekal

Memastikan bayaran dibuat kepada pembekal pada masa yang telah
ditetapkan untuk menjamin bekalan berterusan

Menyokong operasi pembekal dengan menjamin permintaan berterusan
bagi bahan mentah untuk memastikan kejayaan operasi perniagaan

Membuat perjanjian yang adil dengan menyatakan syarat-syarat kontrak
dengan jelas kepada pembekal

Bekerjasama dan menjalinkan hubungan yang baik dengan pembekal bagi
menjamin bekalan berterusan pada harga yang berpatutan

Pembiaya PERSEKITARAN TUGAS

Pihak yang memberi pinjaman kepada perniagaan

Pinjaman yang diberi membolehkan perniagaan
menjalankan operasinya atau membesarkan perniagaannya

Dapat mengatasi masalah kekurangan modal

PERSEKITARAN TUGAS

Tanggungjawab perniagaan terhadap Pembiaya

Perniagaan yang berupaya membayar balik pinjaman dalam tempoh yang
ditetapkan akan meningkatkan keupayaan pembiaya untuk membiayai
perniagaan lain.
Bertanggungjawab membayar segala hutang (termasuk faedah dan prinsipal)
kepada pembiaya mengikut syarat atau tempoh yang ditetapkan.

Membekalkan segala maklumat perniagaan yang benar dan tepat seperti
yang dikehendaki oleh pihak pembiaya.

Pemodal / pelabur PERSEKITARAN TUGAS

Pihak yang menyumbangkan atau melabur modal dalam perniagaan

Sumbangan modal yang tinggi akan memastikan perniagaan mempunyai modal
yang mencukupi untuk terus berkembang maju

Perniagaan harus menggunakan sumber perniagaan secara efektif dan efisien
supaya keuntungan perniagaan dapat dimaksimumkan dan seterusnya dapat
memberi pulangan kepada pemodal/ pelabur dalam bentuk dividen

PERSEKITARAN TUGAS

Tanggungjawab perniagaan terhadap Pemodal/ pelabur

Meningkatkan nilai saham atau dividen yang dibayar kepada pemodal
melalui kejayaan perniagaan seterusnya meningkatkan kekayaan pemodal

Membuat pembahagian untung perniagaan/ dividen secara adil kepada
pemodal

Bertanggungjawab memberikan kadar pulangan yang terbaik ke atas
jumlah pelaburan yang dilabur oleh pemodal atau pelabur

Memberi maklumat yang lengkap dan tepat tentang operasi dan prestasi
perniagaan kepada pemodal.

Pesaing PERSEKITARAN TUGAS

Perniagaan lain yang beroperasi dalam industri yang sama dengan
perniagaan

Perniagaan lain yang menawarkan produk yang sama atau hampir sama
dengan perniagaan

Persaingan dari segi harga dan kualiti

Memberi tekanan kepada perniagaan untuk melakukan inovasi bagi
meningkatkan kualiti produk untuk terus berdaya saing dalam pasaran

PERSEKITARAN TUGAS

Tanggungjawab perniagaan terhadap pesaing

Mendorong perniagaan pesaing untuk membuat inovasi

Perniagaan yang berjaya menjalankan kerjasama strategik bagi
menyokong keupayaan perniagaan pesaing untuk bersaing di pasaran
Mengamalkan etika persaingan yang sihat

Tidak memburukkan nama baik pesaing

Kerajaan PERSEKITARAN TUGAS

Pihak yang menggubal dan menguatkuasakan peraturan dan undang-undang yang
wajib dipatuhi oleh perniagaan

Cukai yang diwajibkan oleh kerajaan akan mengurangkan keuntungan perniagaan

Sistem kawalan harga yang ditetapkan kerajaan boleh mengurangkan keuntungan
perniagaan

Penguatkuasaan undang-undang oleh kerajaan dapat memastikan perniagaan
beroperasi secara adil serta menjaga kepentingan pengguna.

Antaranya mempamerkan lessen perniagaan pada premis perniagaan, peletakan
tanda harga bagi barang kawalan, melabelkan logo barangan buatan Malaysia pada
produk tempatan, pengenaan cukai syarikat dan sebagainya.

PERSEKITARAN TUGAS

Tanggungjawab perniagaan terhadap kerajaan

Membayar cukai kepada kerajaan tepat pada masanya

Menjalankan perniagaan mengikut peraturan yang ditetapkan

Menyokong kempen-kempen berkaitan perniagaan yang dianjurkan
oleh kerajaan
Menyumbang ke arah pembangunan negara dengan mewujudkan
peluang pekerjaan kepada masyarakat

Pekerja PERSEKITARAN TUGAS

Individu yang menyumbang tenaga fizikal dan mental dalam perniagaan

Pekerja yang cekap dan berkemahiran akan meningkatkan produktiviti dalam
proses pengeluaran produk

Semangat kerjasama antara pekerja akan membantu perniagaan mencapai
matlamat yang ditetapkan

Sikap pekerja yang tidak bertanggungjawab akan menjejaskan perjalanan operasi
perniagaan

Faedah yang diberi adalah gaji, elaun, bonus, Latihan kemahiran dan faedah
sampingan yang lain.

PERSEKITARAN TUGAS

Tanggungjawab perniagaan terhadap pekerja

Membayar gaji dan upah yang bersesuaian dengan bidang tugas pekerja

Menyediakan suasana tempat kerja yang kondusif dengan keperluan
pekerja
Menjaga kebajikan pekerja

Bersikap adil kepada pekerja berkaitan kenaikan pangkat dan penilaian
prestasi

Masyarakat PERSEKITARAN TUGAS

Penduduk setempat yang mempunyai kepentingan dan pengaruh langsung ke atas
perniagaan

Masyarakat yang menjadi pembeli, pengguna dan penyokong perniagaan

Peningkatan kuasa beli masyarakat akan meningkatkan penjualan produk dan
seterusnya meningkatkan keuntungan

Perubahan cita rasa masyarakat akan mempengaruhi produk yang dikeluarkan

Sokongan daripada masyarakat di sekitar perniagaan akan memberi kesan positif
kepada perniagaan

PERSEKITARAN TUGAS

Tanggungjawab perniagaan terhadap masyarakat

Melaksanakan tanggungjawab sosial seperti derma, tajaan dan biasiswa

Memastikan proses pengeluaran tidak mencemarkan alam sekitar
sehingga menjejaskan masyarakat setempat
Menyediakan kemudahan infrastruktur untuk keselesaan masyarakat

Mewujudkan peluang pekerjaan dan memajukan ekonomi setempat

SOALAN STPM

• STPM 2014(U): Nyatakan enam pihak yang mempunyai hubungan
langsung dengan operasi perniagaan dan huraikan tanggungjawab
perniagaan kepada pihak-pihak tersebut. [13]

• STPM 2015: Huraikan persekitaran tugas yang berikut:

i- Pembiaya ii- Pelanggan [4]

• STPM 2016
Jelaskan enam persekitaran tugas yang terlibat dalam perniagaan

pembuatan roti. [18]


Click to View FlipBook Version