The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

5.6 TINDAKAN DISIPLIN DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ROSNIZA KZ, 2022-01-06 03:28:14

5.6 TINDAKAN DISIPLIN DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN

5.6 TINDAKAN DISIPLIN DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN

5.6
TINDAKAN DISIPLIN DAN
PENAMATAN PERKHIDMATAN

Objektif Pembelajaran:
a) mentakrifkan maksud disiplin dalam perjawatan
b) menjelaskan proses tindakan disiplin yang merangkumi amaran lisan, amaran

bertulis, surat tunjuk sebab, inkuiri dan hukuman
c) menjelaskan masalah dalam tindakan disiplin
d) menjelaskan jenis-jenis hukuman berkaitan disiplin
e) menjelaskan skim kemudahan penamatan perkhidmatan sama ada secara wajib,

sukarela atau diberhentikan (retrenchment)

CG ROSNIZA KZ

Maksud disiplin dalam perjawatan

• Kepatuhan pekerja kepada dasar, peraturan dan
prosedur organisasi bertujuan untuk menjaga
ketenteraman di tempat kerja agar piawai dan objektif
organisasi dapat dicapai.

• Disiplin – merupakan prosedur yang digunakan oleh
majikan untuk memastikan gelagat yang dikehendaki
dalam organisasi dipatuhi seperti menyiapkan kerja
mengikut masa, hadir bertugas setiap hari mengikut
waktu kerja yang ditetapkan dan lain-lain.

• Tindakan disiplin – hukuman yang dikenakan oleh majikan
kepada kakitangan yang melakukan kesalahan salah laku atau
melanggar standard dan peraturan organisasi.

• Antara kesalahan salah laku ialah:

Ponteng kerja Sering datang Memfitnah rakan Sengaja tidak
tanpa sebab lewat
munasabah sekerja mengikut arahan

Tidak menyiapkan Menyebar Menyalahguna
kerja yang maklumat sulit harta syarikat
diberikan untuk peribadi.
syarikat

Dua jenis tindakan disiplin:

Disiplin positif Disiplin progresif

• Merujuk kepada tindakan awal untuk • Tindakan berperingkat atau turutan
memperbetulkan salah laku pekerja hukuman daripada hukuman ringan
berkenaan melalui kaunseling dan kepada hukuman yang lebih berat
nasihat. dikenakan kepada pekerja yang gagal
berubah setelah disiplin positif
dikenakan. Contohnya, pemberian
amaran, penurunan pangkat,
penggantungan kerja dan
pemecatan.

Proses tindakan disiplin

Amaran Amaran Surat tunjuk Inkuiri Hukuman
lisan bertulis sebab

AMARAN LISAN

•Teguran secara lisan terhadap pekerja yang melakukan
kesalahan kali pertama/ kesalahan kecil dan tidak serius seperti
datang lambat, ponteng semasa kerja dan merosakkan harta
benda syarikat.

•Amaran secara tertutup ini boleh diberikan oleh penyelia ke
atas kesalahan kecil yang tidak menjejaskan imej syarikat.

AMARAN BERTULIS

•Diberikan kepada pekerja yang masih mengulangi kesilapan yang
sama walaupun telah diberi amaran lisan. Contohnya, tidak datang
bekerja berturut-turut tanpa alasan yang munasabah.

•Surat amaran yang dikeluarkan oleh pengurus jabatan kepada
pekerja akan direkodkan dalam fail peribadi pekerja. Hal ini memberi
kesukaran kepada pekerja tersebut untuk mendapat kenaikan
pangkat.

SURAT TUNJUK SEBAB

•Diperlukan sebagai tindakan drastik kepada pekerja yang mengulangi kesalahan
yang sama walaupun telah diberikan amaran lisan dan bertulis.

•Meminta pekerja menyatakan keadaan sebenar dan menjelaskan sebab tindakan
tatatertib tidak boleh dikenakan kepada mereka dalam surat tersebut.

•Pekerja diberikan tempoh untuk menjawab surat tunjuk sebab itu dengan
memberikan sebab dan alasan atas perlakuan mereka bagi kesalahan yang
dilakukan.

•Pihak pengurusan akan mengumpulkan dokumen bukti dan saksi untuk
dikemukakan kepada pekerja semasa sesi perbincangan tersebut.

INKUIRI

•Satu tindakan jawatankuasa disiplin akan menjalankan siasatan ke atas pekerja setelah
menerima surat tunjuk sebab daripada pekerja tersebut.

•Jawatankuasa disiplin akan memutuskan secara muktamad sama ada pekerja tersebut telah
melanggar disiplin atau tidak.

•Inkuiri dilakukan apabila majikan tidak berpuas hati dengan penjelasan pekerja dalam surat
tunjuk sebab. Bertujuan untuk mencari kebenaran dan mengesahkan kebenaran.

•Kedua-dua pihak majikan dan pekerja akan mengemukakan bukti di mana pekerja diberi
peluang untuk membela diri.

•Sesi inkuiri dilakukan di hadapan panel yang dilantik dan panel tersebut akan membuat
keputusan sama ada pekerja yang terbabit bersalah atau tidak untuk dikenakan tindakan
atau sebaliknya.

HUKUMAN

•Boleh dikenakan ke atas salah laku pekerja selepas siasatan yang teliti
dilakukan terhadap pekerja tersebut.

•Tindakan disiplin akan dikenakan terhadap pekerja berkenaan
bersesuaian dengan jenis kesalahan yang dilakukan.

•Antara hukuman yang boleh dikenakan seperti penurunan pangkat,
gantung kerja, kehilangan faedah kerja, menahan kenaikan gaji
tahunan dan memecat pekerja.

Masalah dalam tindakan disiplin

Pembuktian salah laku •Rekod dan bukti yang jelas mesti dikemukakan

Makluman tentang •Pekerja mesti diberi taklimat dan penerangan yang secukupnya mengenai peraturan syarikat sebelum
peraturan dan prosedur tindakan boleh diambil.

kesalahan salah laku •Peraturan dan prosedur bagi tindakan disiplin dalam organisasi mestilah jelas

Cabaran perundangan •Majikan mestilah memastikan tindakan disiplin diambil selepas pekerja diberikan
hak membela diri selaras dengan peruntukan undang-undang

Proses yang mesti diikuti •Majikan terpaksa mengambil langkah-langkah intervensi yang ditetapkan sebelum tindakan diambil melalui
(due process) nasihat, kaunseling dan memberi peluang kepada pekerja untuk menghentikan perbuatannya selepas
dinasihati.

•Tindakan memakan masa yang lama atau memakan kos yang tinggi kerana banyak langkah yang mesti
dipatuhi.

•Kegagalan mematuhi “due process” meningkatkan risiko majikan didakwa di mahkamah.

JENIS-JENIS HUKUMAN BERKAITAN DISIPLIN

Turun pangkat Gantung kerja Pemecatan

Menahan Kehilangan
kenaikan gaji faedah kerja

tahunan

TURUN PANGKAT

● Pekerja akan diturunkan pangkat atau gred gaji yang lebih rendah
dalam kategori yang sama.

● Tindakan ini akan mengurangkan tanggungjawab atau autoriti sedia
ada pekerja, dengan itu gaji pekerja akan dikurangkan sejajar
dengan pengurangan tanggungjawab.

● contohnya, seorang pegawai sumber manusia dikenakan hukuman
turun pangkat kepada penolong pengurus sumber manusia kerana
bertindak di luar batas kuasanya.

GANTUNG KERJA

• Pekerja tidak dibenarkan bekerja untuk
suatu tempoh tertentu sementara
siasatan dijalankan ke atas pekerja
tersebut bagi mengesahkan pelanggaran
disiplin yang dilakukan.

• Jika pekerja tersebut didapati tidak
bersalah, pihak majikan perlu membayar
ganjaran sepenuhnya dikira sejak dari
tarikh penggantungan kerja.

• Contohnya, seorang eksekutif pemasaran
digantung kerja kerana disyaki membuat
tuntutan perjalanan palsu.

PEMECATAN

• Tindakan memberhentikan pekerja daripada bekerja dalam
organisasi.

• Hal ini dilakukan ke atas pekerja sekiranya salah laku pekerja
adalah serius dan ada bukti kukuh yang menunjukkan pekerja
tersebut terlibat.

• perlu dibuat mengikut saluran yang betul kerana kesilapan yang
berlaku dalam prosedur pemecatan akan menyebabkan pihak
majikan boleh disaman oleh pekerja di mahkamah.

• Contohnya, pekerja dipecat apabila didapati bersalah dalam
pertuduhan salah laku seperti gangguan seksual di tempat kerja
atau prestasi yang kurang memuaskan disebabkan kerap tidak
hadir ke tempat kerja.

MENAHAN KENAIKAN GAJI TAHUNAN

• Kenaikan gaji tahunan dibekukan kenaikannya untuk satu tempoh
tertentu

• Hal ini dilakukan jika pekerja tersebut melanggar disiplin atau
melakukan kesalahan yang serius terutamanya berkaitan prestasi
dan imej organisasi.

KEHILANGAN FAEDAH KERJA

• Faedah-faedah seperti kemudahan pengangkutan, kebajikan, subsidi
makan dan petrol ditarik balik oleh majikan

SKIM KEMUDAHAN PENAMATAN PERKHIDMATAN

Penamatan perkhidmatan • Pekerja yang tamat kontrak dilepaskan oleh organisasi tanpa sebarang syarat.
• Contohnya, mengikut Akta Pekerjaan 1955, syarat umur bersara wajib bagi pekerja

secara wajib sektor swasta ialah 55 tahun & 60 thun bagi sektor awam.

Penamatan perkhidmatan • Pekerja berhak memilih untuk bersara lebih awal atau berhenti kerja secara sukarela lebih awal
secara sukarela sekiranya mereka ingin menamatkan kontrak atas pilihan sendiri.

• Walau bagaimanapun, mereka perlu mengikut prosedur seperti memberikan notis berhenti kerja
dalam tempoh tertentu.

• Contohnya, penjawat awam yang sepatutnya bersara wajib pada umur 60 tahun tetapi memilih untuk
bersara pada 56 tahun.

Penamatan perkhidmatan • Pekerja ditamatkan perkhidmatan bukan kerana penamatan secara wajib atau sukarela.
secara pemberhentian
(retrenchment) • Contohnya, pekerja diberhentikan atas tindakan disiplin atau perubahan kepada syarikat yang
menyebabkan pekerja dibuang disebabkan penutupan syarikat, penyusunan semula syarikat,
pengurangan pengeluaran, penggabungan syarikat, kegawatan ekonomi dan pengambilalihan
syarikat.

SOALAN STPM

STPM 2020
Jelaskan lima proses tindakan disiplin yang boleh dikenakan terhadap pekerja. [15]

STPM 2015
Huraikan dua masalah dalam tindakan disiplin. [4]

STPM 2019
Jelaskan dua jenis hukuman yang boleh dikenakan terhadap seorang pekerja yang bersalah
melanggar peraturan syarikat. [6]

STPM 2016
Huraikan tiga skim kemudahan penamatan perkhidmatan yang digunakan oleh sesebuah
organisasi. [6]


Click to View FlipBook Version