INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, JALAN KUALA KETIL,
08000, SUNGAI PETANI,
KEDAH DARUL AMAN
Nama : Norsyamimi Natasha binti Rose Affendy
Angka Giliran : 2021252310071
No. K/P : 030107-05-0110
Program : PPISMP
Ambilan : JUN 2021
Kumpulan/Unit : F2C ( Bahasa Melayu )
Kod dan nama kursus: BMMB1104- Kesusasteraan dan kebudayaan Melayu
Nama Pensyarah : Dr. Arfah Binti Ahamad
Tarikh Hantar : 26 Mac 2022
PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami.
Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _26 Mac 2022____
KESUSASTERAAN
DAN
KEBUDAYAAN
MELAYU
TUGASAN 1
ISI KANDUNGAN
Takrif kesusasteraan Melayu............................................................................................1
Jenis, bentuk dan ciri...............................................................................................................2
Prosa traditional........................................................................................................................3
Jenis prosa traditional....................................................................................................4
Cerita mitos............................................................................................................................5
Cerita rakyat........................................................................................................................6
Cerita lagenda......................................................................................................................7
Cerita penglipur lara.......................................................................................................8
Prosa moden..................................................................................................................................9
Jenis prosa moden............................................................................................................10
Cerpen.......................................................................................................................................11
Novel.........................................................................................................................................12
Drama......................................................................................................................................13
Puisi traditional...............................................................................................................14
Jenis puisi traditional.....................................................................................15
Pantun......................................................................................................................16
Syair.........................................................................................................................18
Gurindam................................................................................................................19
Seloka....................................................................................................................20
Puisi moden........................................................................................................................21
Jenis puisi moden...........................................................................................22
Sajak.......................................................................................................................23
Fungsi sastera Melayu.............................................................................................25
Hiburan................................................................................................................26
Pendidikan...........................................................................................................27
Dakwah................................................................................................................28
Kritikan sosial...................................................................................................29
Manifestasi akal budi..................................................................................................30
Pantun...................................................................................................................31
Gurindam..............................................................................................................33
Seloka.....................................................................................................................35
Sajak........................................................................................................................37
Syair.........................................................................................................................39
Sumber rujukan..................................................................................................................41
TAKRIF KESUSASTERAAN
MELAYU
Kesusasteraan merupakan suatu bentuk seni yang disampaikan
melalui bahasa. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), terbentuknya
perkataan kesusasteraan hasil daripada perkataan Sanskrit iaitu
sastra yang membawa maksud huruf atau buku indah. Untuk lebih
terperinci, maksud kata dasar sas- ialah mengajar, mengarahkan
dan memberi petunjuk manakala -tra merujuk kepada alat. Oleh itu,
secara ringkasnya sastra membawa maksud alat untuk mengajar.
Lain daripada itu, awalan su- pula ialah baik atau indah. Imbuhan ke-
dan -an bermaksud menyeluruh iaitu segala yang bertulis, bernilai
seni dan estetika (Azman Rahmat, Mohd Nazri Zainuddin, Shamsudin
Abu Bakar, Abdul Rani Hassan & Hasnah Awang, 2022).
1
JENIS, BENTUK DAN CIRI
PROSA PROSA PUISI PUISI
TRADISIONAL MODEN TRADISIONAL MODEN
2
PROSA
TRADISIONAL
3
jenis Prosa tradisonal
Cerita Cerita Cerita Cerita
Mitos Lagenda Rakyat Penglipur
lara
4
CERITA MITOS
Definisi- Menurut kamus dewan (2005), mitos Ciri-ciri- Ciri-ciri cerita mitos ialah
merupakan cerita yang dianggap benar-benar kisahnya dianggap benar-benar berlaku,
berlaku dan dipercayai oleh masyarakat. Pada peristiwa yang pelik dan dianggap
keramat dan memberi kesan kepada
pendapat Hashim Awang (1985), mitos masyarakat serta terjadi pada masa
merupakan cerita rakyat yang mengutamakan lampau.
watak manusia atau makhluk dan peristiwa luar
biasa yang tidak dapat dijangkau oleh akal logik Jenis- Dalam sastera Melayu, mitos telah
manusia. Walau bagaimanapun, cerita mitos dibahagikan kepada tiga jenis iaitu mitos
asal usul, mitos institusi sosial dan mitos
amat terkenal dikalngan masyrakat kerana potlitik.
unsur Kehebatan, keanehan, kesaktian dan
keajaiban menjadi startegi utama untuk
menarik perhatian pembaca. ( Norazimah
Zakaria, Mazarul Hasan Mohamad Hanapi,
Makmur Harun & Farra Humairah Mohd, 2019)
5
CERITA RAKYAT
Definisi- Cerita rakyat Jenis- Jenis-jenis cerita rakyat Ciri- Berdasarkan pendapat
berbentuk prosa dan tidak ialah cerita binatang, cerita Hutomo (1986) cerita rakyat
dianggap benar-benar berlaku.
Menurut Siti Zuhaidah Zakeria jenaka dan cerita teladan. Hal bercirikan anonim,
(2015) cerita rakyat adalah ini menunjukkan bahawa membawa faedah kepada
khazanah Melayu yang kaya cerita-crita rakyat banyak
dengan nilai mueni, budaya dan mengandungi unsur ajaib, masyrakat seperti
akal budi masyrakat. Sekain itun pengajaran, varian dan
cerita rakyat juga dikenali sebgai fantasi disamping membawa
sastera rakyat atau sastera lisan. maksud dan pengajaran berkaitan dengan
kepada pembaca. kepercayaan
6
CERITA LAGENDA
Definisi- Pada pendapat Fatimah Ciri-ciri- Antara ciri-ciri cerita lagenda
Hassan & Hamid Mohd.Isa (2014) , ialah ianya merupakan komunikasi lisan
lagenda ialah cerita yang yang yang bercorak berpandukan kisah-kisah
berkaitan dengan kisah-kisah
bersejarah masa lalu dan terdapat tokoh dan pahlawan. Selain tu, latar
segelintir juga kelihatan mirip dengan masa dan sejarahnya ada hubung kait
cerita dongeng atau fiksyen yang
mengisahkan mengenai seseorang dengan masa silam.
atau sesuatu peristiwa. Lagenda juga
dikatakan amat dipercayai oelh Jenis- Jenis cerita lagenda ialah
pencerita dan pendengar walaupun lagenda keagamaan, lagenda alam
kesahihannya tidak jelas. ghaib, lagenda perseorangan dan
lagendsa tempat.
7
CeRITA PENGLIPUR LARA
Definisi
Menurut Pusat Rujukan
Persatuan Melayu (PRPM)
penglipur lara membawa
Ciri-ciri maksud orang yang Contoh
Terdapat banyak cerita
Ciri-ciri cerita penglipur lara ialah menyampaikan cerita rakyat penglipur lara yang boleh
dituturkan secara lisan dari satu yang berunsurkan lawak jenaka dikemukakan seperti Hikayat
generasi ke generasi yang lain melalui kaedah syair, pantun dan Malim Dewa, Hikayat Malim
seloka untuk menghiburkan hati deman dan Hikayat Anggun Cik
dengan berlakunya tokok
orang yang berduks. Selain itu, Tunggal.
tambah
cerita penglipur lara merupakan
cerita yang dituturkan oleh para
penglipur lara
8
PROSA MODEN
9
jenis CERPEN
PROSA
MODEN NOVEL
DRAMA
10
CERPEN Cerpen merupakan gabungan cerita dan pendek.
Cerpen merupakan alat untuk menggambarkan
sikap, perasaan, pandangan dan fikiran
pengarang. Malah cerpen juga berfungsi untuk
memberi gambaran tentang suatu zaman, sama
ada terdapat perkaitan dengn isu sosial, politik
dan ekonomi (Azman Rahmat et al, 2022).
Ciri-ciri yang menggambarkan cerpen ialah
ianya sebuah cerita pendek. Selain itu,
jumlah perkataan adalah sekitar 500
hingga 20000 patah perkataan. Seterusnya,
cerpen juga hanyamembawa satu tema
sahaja dan beberapa soalan utuk memberi
11 kesan kepada pembaca.
NOVEL
Menurut Whiteley (2002), Novel ialah prosa rekaan Struktur novel terdiri
biasanya novel dikenali
sebagai prosa naratif yang panjang dan daripada pola
yang kreatif, kritif dan
didalamnya terdapat permulaan,
imaginatif dan
mengandungi tema, isu, sebahagian daripada pengembangan, konflik,
persoalan, plot, gaya kisah kehidupan. Istilah puncak dan peleraian.
bahasa, watak dan
perwatakan, latar tempat novel berasal daripada
dan masa, sudut
bahasa Itali iaitu novelia.
pandangan dan
pengajaran. Novelia bermaksud satu
benda kecil yang baharu
12
DRAMA Drama ialah antara bentuk Untuk melaksanakan sesuatu
karya sastera yang drama, skrip drama merupakan
bahan penting yang perlu ada.
disampaikan melalui lakonan Kemudian, pengarah dan pelakon
serta dialog untuk
juga dianggap penting
menyampaikan mesej
Unsur penting pementasan
Menurut Azman Rahmat et al (2022), untuk
menjayakan sesuatu drama, beberapa unsur
seperti cahaya, bunyi, pakaian, tata rias dan
penonton adalah unsur penting untuk
menyempurnakan pementasan drama itu
13
PUISI
TRADISIONAL
14
SELOKA SYAIR
PANTUN
jenis PUISI
TRADISONAL
GURINDAM
15
PANTUN
Pantun merupakan kaedah Pantun berbentuk karangan
rangkap yang tertua dan berangkap yang terikat dari segi
memang asal kepunyaan perkataan dan bentuk.
masyarakat Melayu.
Ciri-ciri- Pantun mempunyai beberapa ciri tertentu untuk mengenalinya iaitu
berdasarkan bilangan baris dalam rangkap. Selain itu, setiap baris dalam rangkap itu
juga mempunyai peranan yang tersendiri. Misalnya bagi pantun empat kerat, baris
satu dan dua dikenali sebagai pembayang manakala baris tiga dan empat pula ialah
maksud. Seterusnya, dalam pantun, bilangan perkataan bagi setiap baris ialah empat
hingga enam patah perkataan. Bilangan suku kata pula ialah 8 hingga 12 suku kata
bagi setiap baris. Tambahan lagi, pantun juga mempunyai rima akhir yang berbeza.
Perkara ini dapat dilihat melalui rima akhir pantun 2 dan 4 kerat iaitu pantun 2 kerat
mempunyai rima akhir 'a','a' manakala pantun 4 kerat pula ialah 'a','b','a','b'. Setiap
rangkap pantun mempunyai pembayang dan maksud. (Norazimah Zakaria, Azlina
Abdullah, Sharifah Zarina Syed Zakaria , Mimi Hanida Abdul Mutalib, Alizah Lambri, Siti
Salwa Jamaldin, Mashitah Sulaiman & Rosmah Derak, 2017).
16
Pantun dua CONTOH Pantun empat
rangkap rangkap
BERAPA JAUH WUJUD DENGAN SIFAT, DELIMA BATU DIPENGGAL-PENGGAL,
SEJAUH LUTUT DENGAN PELIPAT. BAWA GALAH KE TANAH MERAH;
LIMA WAKTU KALAU DITINGGAL,
SARANG SEMUT DALAM GELAP, ALLAH TAALA MEMANG MARAH.
ORANG SELIMUT SELALU LELAP.
GULAI LEMAK SAYUR CENDAWAN,
HITAM-HITAM PUCUK KAWA, ANAK UDANG GORENG BERLADA;
SUNGGUH HITAM DIPANDANG LAWA. KASIH EMAK SEPANJANG JALAN,
SAYANG SAUDARA SAMA BERADA.
EMAS , PERAK TEMBAGA SUASA,
MALAS BERGERAK TIDAK MERASA. HALIA INI TANAM-TANAMAN,
KE BARAT JUGA AKAN CONDONGNYA;
BUAH SINTANG BUAH SENIKUL, DUNIA INI PINJAM-PINJAMAN,
SATU MEMEGANG SATU MEMIKUL. 17 AKHIRAT JUGA AKAN SUDAHNYA.
syair
Definisi- Syair ialah Ciri-ciri- Syair adalah puisi Bentuk- Syair
sejenis puisi yang lain yang terdiri daripada empat terbahagai kepada dua
daripada puisi yang lain baris serangkap dengan rim
kerana diasmpaikan bentuk tema iaitu
naratif seperti
dengan berlagu.
romantis,keagamaan,
sindiran dan sejarah.
Mnakala bentuk yang
akhir 'a','a','a','a'. Selain itu, kedua ialah bukan
setiap baris serangkap naratif iaitu nasihat dan
agama.
mempunyai empat hingga lima
patah perkataan dan lapan
hingga 12 suku kata. Lain
dariapada itu, syair juga ialah
suatu puisi yang pernaytaannnya
berlarutan.
18
GURINDAM
Definisi- Pada pendapat Ciri-ciri- Gurindam adalah
Za'ba gurindam ialah puisi sejenis puisi yang berbentuk
terikat. Gurindam juga terdiri
yang melarat yang tetap daripada dua baris srangkap
sukatan dan rangkapnya.
Mnakala gurindam dipercayai yang terdiri dripada tiga
berasal dari bahasa Tamiil hingga enam prkataan
iaitu 'iradam' atau 'kirandam' sebaris dengan rima akhir
yang membawa maksud puisi 'a','a'. Selain itu, sukukata
secara terbuka. (Azman sebaris adalah antara lapan
hingga 12 suku kata.
Rahmat et al, 2022).
19
SELOKA Ciri-ciri- Seloka merupakan puisi yang bercorak
karangan berangkap atau bahasa berirama. Dalam
sastera, seloka dikenali sebagai pepatah, bidalan
Menurut Harun Mat Piah atau perumpamaan yang mengandungi unsur
(1989), seloka berasal jenaka, ejekan, sindiran, olokan dan gurau senda.
daripada perkataan Sanskrit Walaupun terdapat unsur sebegitu, ia sebenarnya
iaitu 'shloka' yang bermaksud membawa mesej yang berguna untuk menjadi
menyindir, berseloroh atau pengajaran dan teladan oleh pembaca. Selain itu,
berjenaka. seloka juga adalah berbentuk terikat. Struktur
binaan seloka juga lebih mirip dengan pantun atau
syair kerana terdiri daripada empat baris
serangkap. Tambahan lagi, terdapat juga seloka
yang berbrntuk bebas iaitu setiap barisnya menjadi
isi puisi.
20
PUISI
MODEN
21
JENIS PUISI TRADISIONAL
SAJAK
22
Sajak ialah puisi moden
yang berbentuk bebas
tetapi terikat pada Ciri-ciri- Sajak merupakan puisi yang tidak terikat pada
sesuatu pola khusus peraturan seperti penggunaan kata atau diksi, pembentukan
rangkap, baris dan rima akhir pada setiap baris. Selain itu,
SAJAK dalam setiap sajak akan ditulis nama pengarang atau nama
samaran pengarang untuk menunjukkan hak pemilikan.
(Azman Rahmat et al, 2022).
Jenis- Sajak mempunyai pebagai jenis sajak seperti sajak balada. Sajak jenis ini
mengandungi kisah atau cerita yang mengandungi perasaan sedih atau kisah yang
pernah dialami oleh engarang itu sendiri. Selain itu terdapat juga sajak jenis roman iaitu
sajak mengenai cinta atau curahan kasih sayang. Lain daripada itu, terdapat juga sajak
jenis satira. Sajak ini mengandungi unsur sindiran atau kecaman yang ditujukan pada
perlakuan atau budaya masyarakat yang tidak disukai oleh pengarang.
23
CONTOH SAJAK
TAJUK- YAH & IBU
TANPA AYAH DAN IBU, AKU TAK ADA DI DUNIA.
TANPA AYAH DAN IBU , AKU BUKAN SIAPA-SIAPA.
TANPA AYAH DAN IBU, AKU BUKAN ORANG YANG BERGUNA.
BERSAMA AYAH DAN IBU, AKU SELALU DIDAMPINGI.
BERSAMA AYAH DAN IBU, AKU TAK PERNAH MERASA SENDIRI.
BERSAMA AYAH DAN IBU, HIDUPKU LEBIH BERARTI.
AYAH DAN IBU SELALU DI HATI.
TERIMA KASIH AYAH DAN IBU, TELAH MEMBESARKANKU.
TERIMA KASIH AYAH DAN IBU, TELAH MEMPERHATIKANKU.
TERIMA KASIH AYAH DAN IBU, ATAS SEGALA YANG DIBERIKAN KEPADAKU.
TERIMA KASIH AYAH DAN IBU TERCINTA.. SYG MAK ABAHHH...
24
FUNGSI SASTERA
HIBURAN
PENDIDIKAN
DAKWAH
KRITIKAN SOSIAL
25
HIBURAN
Karya sastera sangat penting kerana ia berfungsi sebagai hiburan yang
membawa keseronokan bagi masyarakat tedahulu. Hal ini dapat dilihat melalui
keindahan kata-kata yang diungkapkan, irama dan rentak yang yang tersusun,
unsur jenaka dan emosi di dalam karya tersebut. Sebagai contoh pantun.
Rentak dan rima yang tersusun akan membentuk irama yang indah dalam
pantun. Lain daripada itu, cerita jenaka karya sastera merupakan antara karya
popular dan diminati oleh masyarakat terdahulu. Hal ini kerana di samping
lawak jenaka yang menghiburkan hati terdapat juga pengajaran yang boleh
diambil oleh pembaca. (Azman Rahmat et al, 2022)
26
PENDIDIKAN
Karya sastera juga boleh dijadikan sebagai alat pendidikan. Hal ini kerana hampir
kesemua karya satera seperti pantun, gurindam, syair, seloka dan sajak
mengandungi penganjaran didalamnya. Sastera dikarang oleh pengarang yang
mempunyai pengalaman-pengalaman tersendiri dengan unsur-unsur
pengajaran, moral atau ilmu pengetahuan. Oleh itu, karya kesusasteraan dapat
dijadikan sebagai salah satu bahan untuk pendidikan buat masyarakat. Hal ini
bertujuan untuk memastikan rakyat Malaysia dapat menjiwai nilai murni seperti
kerohanian, kemanusiaan, kebudayaan, kewarganegaraan dan kemasyarakatan
melalui bahan bacaan sastera.
27
DAKWAH
Selain pendidikan dan hiburan, karya sastera Melayu juga berfungsi
sebagai medium dakwah. Hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui
pesanan dan maksud disebalik karya yang dikarang. Sastera melalui
dakwah juga menekankan dua prinsip utama iaitu al-taujih dan al-
ta'dib. Untuk menjelaskannya lagi adalah untuk membimbing
masyarakat menjadi insan yang lebih baik. (Azman Rahmat et al,
2022).
28
KRITIKAN SOSIAL
Menurut Dr Azman et al (2022), sastera Melayu lebih mengutamakan
konsep masyarakat, kehidupan dan dan manusia dan hubungan
antaranya. Perkara ini dikatakan kritikan sosial kerana ia mendalami
kehidupan manusia dalam pelbagai sudut pandangan. Dalam
masyarakat, terdapat pelbagai susun lapis dan corak kehidupan yang
ada menyebabkan wujud jurang dalam kalangan mereka. Perkara ini
secara tidak langsung akan mempengaruhi tingkah laku dan adab
untuk tujuan menegur, mengkritik ataupun menyampaikan pesanan.
(Azman Rahmat et al, 2022).
29
MANIFESTASI AKAL BUDI
PANTUN
GURINDAM
SELOKA
SAJAK
SYAIR
30
PANTUN
Kalau bertanak dengan menggulai Jangan suka nak merapah pagar
Mengacau gulai pecah isinya Merapah pagar kaki terpuruk
Jangan suka nak berkata kasar
Kalau gelak nak jangan mengilai Berkata kasar budinya buruk
Kalau mengilai rendah budinya.
Banyaklah rajut perkara rajut
Rajut bertali bunga bercanggah
Biar orang mencabut cendawan Banyaklah sujud perkara sujud
Kita mencabut padi kan mati Sujud sejati kepada Allah
Biar orang berebut bangsawan
Kita berebut budi pekerti
3
1
AKAL BUDI PANTUN
Akal budi merupakan cerminan perbuatan, pemikiran dan sikap seseorang manusia yang menyokong
kebijaksanaan dan keindahan jiwa. Akal budi dapat dilihat dalam pelbagai jenis puisi. Antaranya
ialah pantun. Berdasarkan pantun tersebut dapat dilihat terdapat empat aspek akal budi. Yang
pertama, boleh dilihat pada rangkap kedua baris ketiga dan keempat dimana ia merupakan
pemikiran pengarang yang bermaksud bahawa jika pada masa kini ramai orang yang berusaha
mendapatkan populariti, taraf kedudukan, kekayaan dan kemewahan, maka kita juga haruslah
berusaha mendapatkannya tetapi bukan perkara tersebut melainkan mendapatkan budi pekerti
yang mulia. Selain itu, dalam pantun ini juga terdapat aspek pertuturan. Hal ini jelas ketika
pengarang menyatakan untuk tidak berkata kasar kerana menggambarkan ketidaksopanan. Oleh
itu,seseorang itu mestilah mempunyai kesantunan berbahasa yang tinggi untuk mengelakkan
perkara tersebut berlaku. Seterusnya, pengarang juga ada menegur untuk tidak ketawa secara
berlebihan kerana ia boleh menyebabkan seseorang itu hilang harga dirinya. Akhir sekali, pengarang
menyeru kepada umat Islam untuk memperbanyakkan amal ibadah supaya dapat mengeratkan
pertalian diri dengan Allah.
32
GURINDAM 12 Apabila terpelihara mata,
FASAL KETIGA Sedikit cita-cita.
Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tidaklah damping.
Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tidak senonoh.
Anggota tengah hendaklah diingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat.
Hendaklah peliharakan kaki,
33 Daripada jalan membawa rugi.
AKAL BUDI GURINDAM
Terdapat beberapa aspek akal budi di dalam puisi gurindam 12 fasal ketiga ini. Antara akal budi
yang boleh dilihat adalah pada rangkap kelima. Pada rangkap ini, pengarang cuba
menyampaikan bahawa setiap individu mestilah bijak dalam mengawal nafsu makannya. Hal
ini demikian kerana untuk mengelak diri daripada melakukan perkara yang kurang sopan.
Perkara tersebut menunjukkan bahawa setiap orang mestilah mempunyai perilaku yang mulia
dan sopan. Selain itu, pada rangkap ketiga menyatakan bahawa orang yang berjaya mengawal
pertuturannya daripada bercakap buruk seperti mengumpat, berbohong dan menfitnah pasti
akan memperoleh kebaikan. Pada rangkap tersebut, pengarang bermaksud setiap orang
mestilah bercakap mengenai perkara-perkara baik dan dengan penuh kesopanan. Lain daripada
itu, pada rangkap pertama, jelaslah menunjukkan bahawa setiap orang mestilah menjaga
pandangannnya daripda perkara-perkara yang merosakkan seperti menonton cerita lucah. Hal
ini demikian kerana untuk mengelakkan diri daripada berfikir mengenai perkara-perkara yang
tidak sepatutnya. Akhir sekali, rangkap keenam mengetengahkan bahawa sikap bijak
mengawal nafsu syahwat dapat mengeakkan diri daripada perkara-perkara kurang senonoh.
34
SELOKA PAK KADUK
Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah pasang
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa beayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk
35
AKAL BUDI SELOKA
Terdapat banyak perkara yang boleh dikemukakan dalam seloka Pak Kaduk mengenai aspek
akal budi. Walaupun seloka ini banyak mengandungi unsur jenaka dan sindiran tetapi
sebenarnya banyak maksud yang ingin disampaikan oleh pengarang. Perkara ini boleh dilihat
pada baris 1 dan 2 yang menunjukkan bahawa pak Kaduk baru sahaja menggadaikan
kampungnya kepada Raja akibat kebodohannya. Hal ini terjadi apabila pak Kaduk tidak
berfikir panjang untuk bertukar ayam menyabung dengan raja Indera Sari. Di sini pengarang
cuba menunjukkan bahawa setiap tindakan yang kita lakukan haruslah difikirkan terlebih
dahulu dengan betul dan rasional. Selain itu, pada baris 3 dan 4 dapat dilihat bahawa sikap
pak Kaduk yang membazir makanan telah menyebabkan dia kelaparan. Tindakannya
tersebut telah memakan diri apabila dia pulang kerumah dengan keadaan Kebuluran.
Seterusnya, pada baris 6 dan 7 menunjukkan kesan sikap pak Kaduk yang panas baran.
Perkara ini berlaku apabila dia pulang kerumah dengan keadaan yang lapar dan marah
kerana tidak dapat makan di kenduri kemudian isterinya pula tidak memasak lauk untuknnya.
Dia dalam keadaan yang marah telah membunuh isterinya. Akibat daripada itu dia malah
bertambah lapar kerana tiada orang yang akan memasak untuknya. Oleh setiap orang
mestilah bijak mengawal dan kemarahan diri untuk mengelakkan erkara yang tidak diingini
36
SAJAK
Anjing itu Anjing itu, bila perlu, diperah
Bagi menjaga keselamatan tuannya
Anjing itu kurus kelabu Menjadi binatang lindungan desakan luar
Lidah terjelir nafas termengah-mengah Dan himpitan dalam
Menjaga istana tuannya yang gemuk
Patuh setia, menerima dan menyerah Begitu rupa nasib, anjing itu
Kurus kering, dalam semuanya tak cukupan
Anjing itu, sering menyalak-nyalak selalunya Hanya menanti rahim tuannya
mendayu-dayu Cebis-cebis roti kering
Bukan kerana ada musuh Dan tulang-tulang tak berdaging
Tetapi minta makanan, perutnya lapar Itulah jadi makanan, dan hidup jadi
Tuannya hanya mencampakkan cebis-cebis roti kering. Alat kesenangan manusia jahat
memperhambakannya.
Anjing itu, tidak dibebaskan
Lehernya dirantai, punca digenggaman tuannya. Siapa anjing
Hanya binatang setia.
37
AKAL BUDI SAJAK
Dalam sajak ini, akal budi yang dilihat ialah pengarang menggunakan bahasa yang indah dan penuh
maksud dan makna disebaliknya. Ha ini menunjukkan kecerdikan pengarang dalam menggunakan
bahasa. Selain itu, berdasarkan sajak tersebut dapat difahami bahawa pengarang cuba
menyampaikan pemikirannya mengenai penderitaan kehidupan masyarakat terdahulu semasa
negara dijajah. Di sini, 'anjing' membawa maksud polis-polis tempatan yang berkerja menjaga
ladang 'tuan' orang putih. Mereka sanggup tidak makan, dan tidak tidur untuk menjaga ladang-
ladang penjajah tersebut. Oleh itu, sajak ini menunjukkan penderitaan orang terdahulu dalam
bekerja dengan penjajah. Seterusnya, pada baris “Hanya menanti rahim tuannya” bermaksud
bahawa polis yang menjaga ladang tersebut amat setia akan tugasnya sehingga sanggup bergadai
nyawa. Hal ini menunjukkan bahawa mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk menerukan
pekerjaanya. Pekara ini secara tidak langsung telah menggambarkan sifat orang terdahulu yang
amanah terhadap tugasnya. Akhir sekali, melalui sajak ini dapat diketahui gaya hidup masyarakat
terdahulu penuh penderitaan dan ketidakadilan. Gambaran para penjajah yang hidup penuh
kemewahan dan keseronokan telah menunjukkan ketidakadilan dalam kehidupan penduduk Tanah
Melayu.
38
SYAIR
DENGARKAN TUAN AYAHANDA BERPERI, 39 KESUKAAN ORANG ANAKANDA CARI,
KEPADA ANAKANDA MUDA BESTARI, SUPAYA HATINYA JANGAN LARI,
JIKA BENAR KEPADA DIRI,
NASIHAT KEBAJIKAN AYAHANDA BERI. MASYURLAH ANAKANDA DALAM NEGERI,
SEBAB KELAKUAN BIJAK BESTARI.
AYUHAI ANAKANDA MUDA REMAJA,
JIKA ANAKANDA MENGERJAKAN RAJA,
NASIHAT AYAHANDA ANAKANDA FIKIRKAN,
HATI YANG BETUL HENDAKLAH DISAHAJA, KELIRU SYAITAN ANAKANDA JAGAKAN,
SERTA RAJIN PADA BEKERJA.
ORANG BERAKAL ANAKANDA HAMPIRKAN,
ORANG JAHAT ANAKANDA JAUHKAN.
MENGERJAKAN GUBERNEMEN JANGANLAH MALAS,
ZAHIR DAN BATIN JANGANLAH CULAS,
JERNIHKAN HATI HENDAKLAH IKHLAS, SETELAH ORANG BESAR FIKIR YANG KARU,
SEPERTI AIR DI DALAM GELAS. TIDAK MENGIKUT PENGAJARAN GURU,
TUTUR DAN KATA HARU-BIRU,
JIKA ANAKANDA MENJADI BESAR, KELAKUAN SEPERTI ANJING PEMBURU.
TUTUR DAN KATA JANGANLAH KASAR,
JANGANLAH SEPERTI ORANG SASAR, TINGKAH DAN LAKU TIDAK KELULU,
BANYAKLAH ORANG MENARUH GUSAR. PERKATAAN KASAR KELUAR SELALU,
TIDAK MEMIKIRKAN ORANG EMPUNYA MALU,
TUTUR YANG MANIS ANAKANDA TUTURKAN, BENCILAH ORANG HILIR DAN HULU.
PERANGAI YANG LEMBUT ANAKANDA LAKUKAN,
ITULAH ORANG AKALNYA KURANG,
HATI YANG SABAR ANAKANDA TETAPKAN, MENYANGKA DIRI PANDAI SEORANG,
KEMALUAN ORANG ANAKANDA FIKIRKAN. TAKBUR TIDAK MEMBILAN ORANG,
DENGAN MANUSIA SELALU BERPERANG.
AKAL BUDI SYAIR
Berdasarkan syair nasihat karya Raja Ali Haji, terdapat banyak akal budi yang boleh
dikemukakan. Antaranya, pada rangkap ketiga pengarang cuba meyampaikan bahawa kerja
amal-amal ibadat yang dilakukan mestiah dibuat dengan keikhlasan hati yang tulus dan suci.
Perkara ini dapat dilihat melalui gambaran pengarang terhadap baris ' seperti air di dalam
gelas'. Selain itu, pada rangkap kesembilan pengarang menyatakan bahawa setiap orang
mestilah menjaga tutur katanya dengan baik dan sopan. Penjagaan tutur kata tersebut dapat
memberi kebaikan kepada sesorang dan juga orang disekelilingnya. Seterusnya, rangkap
ketujuh dalam syair tersebut juga pengarang bermaksud memberi nasihat untuk bijak memilih
rakan yang baik dan cerdik berbanding rakan yang jahat yang membawa kerosakan. Hal ini
kerana jika berkawan dengan rakan yang jahat maka perlakuan kita juga akan terpengaruh
jahat. Tambahan lagi, pengarang juga memberi nasihat supaya sentiasa menjaga hubungan
baik antara manusia sesama manusia. Sikap suka bergaduh dan bermusuhan dengan orang
lain mestilah dijauhkan kerana jika ia menjadi suatu amalan dalam masyarakat pasti
keamanan dan keselamatan dalam masarakat akn terjejas.
40
SENARAI RUJUKAN
Azman Rahmat, Mohd Nazri Zainuddin, Shamsudin Abu Bakar, Abdul Rani Hassan & Hasnah Awang.
(2022). Pengenalan kesusasteraan & kebudayaan Melayu. Pustaka Al-Ehsan.
Fatimah Hassan & Hamid Mohd. Isa. (2014). Mitos dan legenda sebagai produk pelancongan di Malaysia:
Kajian kes Lembah Lenggong. Malaysian Journal of Society and Space, 10(5), 168-179.
Halis Azhan Mohd. Hanfiah. (2014). Dinamika tema dalam novel remaja di Malaysia. [Unpublished
doctoral thesis]. Universiti Putra Malaysia.
Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu tradisional. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hashim Awang et.al. (1985). Mendekati Kesusasteraan Melayu. Petaling Jaya: Fajar Bakti.
Kamus Dewan (2005) Kamus Dewan edisi keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Norazimah Zakaria, Azlina Abdullah, Sharifah Zarina Syed Zakaria , Mimi Hanida Abdul Mutalib, Alizah
Lambri, Siti Salwa Jamaldin, Mashitah Sulaiman & Rosmah Derak. (2017). Akal Budi Dan Cerminan Jati
Diri Melayu Dalam Pantun. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 4(2), 89-97.
Norazimah Zakaria, Mazarul Hasan Mohamad Hanapi, Makmur Harun & Farra Humairah Mohd. (2019).
Unsur mitos berdasarkan teks sastera Melayu tradisional. International Journal of Humanities,
Philosophy, and Language, 2(6), 78-87.
Pusat rujukan persatuan Melayu. (2017). Pusat rujukan persatuan Melayu.
https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=penglipur+lara+&d=175768&.
Siti Zuhaidah Zakeria (2015), Gaya penyampaian cerita rakyat Melayu terpilih dalam majalah dewan
pelajar. [Unpublished master’s thesis]. Universiti Putra Malaysia.
Whiteley Carol. (2002). The everything creative writing book. Avon: Adams Media Corporation.
41
SEKIAN TERIMA
KASIH