The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 729-3-norsyamimi, 2022-04-12 06:34:41

Isu dan langkah mengatasi isu kesantunan berbahasa di media sosial-BMMB1144

Isu dan langkah mengatasi isu kesantunan berbahasa-BMMB1144

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, JALAN KUALA KETIL,
08000, SUNGAI PETANI,
KEDAH DARUL AMAN

Nama : Norsyamimi Natasha binti Rose Affendy
Angka Giliran : 2021252310071
No. K/P : 030107-05-0110
Program : PPISMP
Ambilan : JUN 2021
Kumpulan/Unit : F2C ( Bahasa Melayu )
Kod dan nama kursus: KEsantunan Berbahasa- BMMB1144
Nama Pensyarah : Pn. Hjh Normi binti Mohd Dali
Tarikh Hantar : 12 April 2022

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami.



Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _12 April 2022____

ISKUEDSAANNLTLAUAMNNAAGNNKBSAEOHRBSMIAAEHLNAGSAATDAISI

ISI KANDUNGAN

Maksud Kesantunan berbahasa................................................1
Isu kesantunan berbahasa di laman sosial........................2

Penggunaan bahasa rojak.....................................................3
Bahasa sistem pesanan ringkas.........................................4
Penyalahgunaan emoji.............................................................5
Panggilan hormat.........................................................................6
Cara menangani isu kesantunan berbahasa....................7
Langkah-langkah menangani isu.............................................8
Keluarga..............................................................................................9
Sekolah ................................................................................................10
Individu ................................................................................................11
Media massa ....................................................................................12
Kerajaan...............................................................................................13
Rumusan ....................................................................................................14
Sumber rujukan .....................................................................................15

KESANTUNAN
BERBAHASA

Menurut Awang Sariyan (2015), kesantunan bahasa
bermaksud penggunaan bahasa yang sopan, baik,
beradap, menunjukkan peribadi yang mulia dan
menunjukkan sikap hormat kepada pihak pendengar.
Penggunaan bahasa yang sopan, jelas dan teratur akan
mencipta suasana yang harmoni semasa proses

komunikasi berlangsung.

1

ISU
LBKAEEMRSBAAANNHTSAUOSNSAIAADNLI

2

PENGGUNAAN BAHASA ROJAK

Pada masa kini, penggunaan bahasa rojak makin
luas digunakan dalam laman sosial. Hal ini dapat

dilihat melalui imej berikut yang memaparkan
seorang individu mencampurkan bahasa Melayu
dengan bahasa Inggeris dalam ayatnya di laman
sosial. Kebanyakan individu yang menggunakan
penggunaan bahasa ini adalah daripada kalangan
remaja. Hal ini dikatakan demikian kerana pada

pendapat mereka jika mereka menggunakan
bahasa Inggeris ia seperti menunjukkan kecerdikan

dan kepandaian seseorang tersebut. Perkara ini
menunjukkan sikap pentingkan diri sendiri yang

ingin menunjukkan kehebatan diri sehingga
sanggup menepikan bahasa bangsa sendiri.

3

BAHASA SISTEM PESANAN RINGKAS

Penggunaan bahasa sistem pesanan ringkas bukanlah
sesuatu yang tabu untuk dibicarakan. Baik orang muda
mahupun tua telah kerap menggunakan sistem pesanan
ringkas di media sosial. Hal ini dapat dilihat berdasarkan
contoh imej tersebut. Imej tersebut merupakan potongan
mesej perbualan antara rakan. Jelaslah di dalam mesej

tersebut, mereka banyak meringkaskan perkataan-
perkataan yang digunakan. Misalnya, x = tak, nnti = nanti,
dkt = dekat dan lain-lain. Hal ini secara tidak langung telah
menyebabkan berlakunya keracuan bahasa dalam laman

sosial. Penggunaan sistem itu akan menyebabkan
hilangnya penggunaan perktaan-perkataan yang betul
serta boleh menyebabkan seseorang itu kurang mahir

menggunakan bahasa Melayu dengan betul. 4

PENYALAHGUNAAN EMOJI
Penggunaan emoji merupakan suatu kreativiti yang telah
dicipta untuk menambah keseronokan di laman sosial. Walau
bagaimanapun, terdapat sesetengah individu yang telah
menyalahgunakan emoji tersebut untuk tujuan lain. Sebagai
contoh, imej berikut menunjukkan seorang netizen
menggunakan emoji khinzir dengan tujuan untuk menghina
kepada pihak tertentu. Hal ini secara tidak langsung telah
menyebabkan hilangnya kesantunan berbahasa dalam laman
sosial. Malah, tindakan tersebut boleh menimbulkan
kemarahan. Oleh itu, penggunaan emoji di laman sosial .
mestilah digunakan dengan tujuan yang baik. Malah emoji tersebut juga mestilah dipakai
dengan betul supaya dapat mengelakkan berlakunya salah faham. Sekiranya kesalahfahaman
berlaku antara individu di laman sosial, ia akan sukar untuk dijelaskan dan diselesaikan. Hal ini
demikian kerana banyak pihak yang tidak berkenaan akan campur tangan dalam urusan mereka

5

PANGGILAN HORMAT

Penggunaan panggilan hormat yang salah dan kurang sesuai

kepada pihak tertentu dalam laman sosial juga boleh dianggap

sebagai kurang sopan. Hal ini kerana gelaran merupakan

panggilan hormat yang diberikan kerana jasa seseorang. Ia juga

untuk menunjukkan taraf dan darjat seseorang dalam kalangan

masyarakat. Hal ini bermaksud gelaran adalah sesuatu yang

mesti diketahui dan digunakan dengan betul kepada orang yang

memilikinya. Kata panggilan guru juga merupakan gelaran yang

mesti digunakan oleh setiap individu untuk merujuk seseorang

tersebut. Hal ini mesti diberi perhatian terutama seorang murid

kepada gurunya. Seperti yang telah dipaparkan oleh imej

disebelah, itu ialah sebuah potongan perbualan antara guru dan

murid. Murid tersebut menggelarkan gurunya dengan sebutan

abang. Hal ini menunjukan sikap tidak santun murid tersebut

kepada gurunya. 6

CARA
MENANGANI ISU

KESANTUNAN
BERBAHASA

7

Keluarga LANGKAH- Kerajaan
LANGKAH
MENANGANI ISU

Sekolah Media
massa
Individu
8

KELUARGA

Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam
menangani isu kesantunan bahasa di lama sosial. Hal ini
dikatakan demikian kerana ibu bapa merupakan contoh

teladan utama bagi anak-anak. Oleh itu, ibu bapa
mestilah menjaga sikap dan adab didepan anak-anak baik

tingkah laku mahupun pertuturan. Selain itu, ibu bapa
mestilah mendidik anak-anak untuk menjaga kesantunan
berbahasa dimana sahaja. Didikan ini mestilah dilakukan
sejak anak-anak berumur setahun jagung lagi. Sekiranya

ibu bapa prihatin dengan hal tersebut, pasti tiada isu
kesantunan berbahasa yang berlaku di laman sosial pada

masa kini.

9

SEKOLAH

Pihak sekolah iaitu guru dan kaunselor di unit kaunseling juga memainkan
peranan yang penting untuk mengatasi isu kesantunan berbahasa yang
berlaku di kalangan pelajar di laman sosial. Guru mestilah memberi

perhatian kepada sikap dan tingkah laku murid dalam menjaga kesopanan
dan adab di luar sekolah. Untuk mengatasi masalah tersebut, guru boleh

mengadakan kaunseling kepada individu yang terlibat dan memberi
nasihat dan teguran kepada mereka. Hal ini bertujuan untuk mendidik dan
mengajar mereka untuk beradap dan menjaga kesantunan di mana sahaja.
Selain itu, guru boleh mengajar murid-murid untuk mengamalkan nilai-nilai

murni. Nilai murini yan dimiliki oleh murid-muird akan menyebabkn
mereka menjadi seseorang yang berfikiran rasional, berakhlak mulia dan

beradab sopan.

10

INDIVIDU

Menangani isu kesantunan berberbahasa juga boleh diatasi melalui individu itu tersendiri. Hal ini
dapat dilaksanakan melalui pengaruh rakan disekelilingnya. Jika individu tersebut bijak dalam

memilih rakan yang baik pasti setiap tindakan yang tidak baik akan ditegur oleh rakannya. Sebagai
contoh, jika seseorang menggunakan kata-kata yang kasar dan kurang sopan di laman sosila,

rakannya pasti akan menegurnya bahawa perbuatannya tu tidak baik dan tidak sopan. Teguran
tersebut akan menyedarkan individu tersebut akan kesalahannya. Selain itu, Individu yang bijak
menahan diri daripada melakukan perkara yang kurang santun di lama sosial merupakan individu
yang mempunyai didikan agama yang tinggi dalam diri. Hal ini dikatakan demikian kerana dalam
Islam, kata-kata kesat dan tidak sopan merupakan suatu perbuatan yang membawa dosa kepada

diri-sendiri.

11

MEDIA MASSA

Masyarakat pada masa kini mestilah berkerjasama dalam mencari jalan untuk mengatasi isu
kesantunan berbahasa di laman sosial. Antara perkara yang boleh mereka lakukan ialah

dengan menunjukkan sikap yang baik dan menjaga kesantunan dalam setiap perkara yang
dikatakan di media sosial. Sebagai contoh, mereka menggunakan bahasa yang sopan, baik,

tatabahasa yang betul serta bahasa yang jelas dan mudah difahami untuk mengelakkan
kesalafahaman. Selain itu, mereka juga boleh menegur dengan baik terhadap individu-
individu yang tidak menjaga kesantunan berbahasa di laman sosial. Hal ini untuk megelakkan

berlakunya pergaduhan antara mereka. Masyarakat generasi yang lebih tua yang
mengamalkan kesantunan berbahasa juga akan mempengaruhi sikap generasi pada masa

kini.

12

KERAJAAN

Pihak kerajaan mestilah mengambil serius mengenai isu kesantunan berbahasa di

laman sosial. Hal ini demikian kerana jika perkara ini diabaikan maka hancurlah

bahasa yang digunakan padagenerasi akan datang. Oleh itu, perkara yang boleh

dilakukan oleh kerajaan ialah dengan mengadakan kempen kesedaran atau

ceramah. Perkara ini dikataka demikian kerana untuk memberi kesedaran kepada

masyarakat mengenai betapa pentingnnya penggunaan kesantunan berbahasa di

laman sosial. Selain itu, untuk cara lebih efektif, kerajaan perlu mengadakan

kempen-kempen dan ceramah di kalangan pelajar sekolah. Hal ini demikian kerana

untuk mendedahkan kepada mereka tentang kebaikan menjaga kesantunan

berbahasa. Masyarakat pada hari ini mudah terpengaruh dengan perkara dengan

kempen-kemen yang diadakan. Oleh itu, cara tersebut dipercayai akan berjalan

dengan lancar.

13

RUMUSAN

Secara keseluruhannya, penggunaan kesantunan berbahasa di laman sosial telah
diabaikan oleh masyarakat. Jika perkara ini dibiarkan maka hilanglah bangsa Melayu

yang cinta akan bahasanya. Malah, masyarakat kita juga akan dipandang hina dan
tidak disenangi oleh masyarakat lain kerana isu kesantunan berbahasa di laman
sosial di negara kita makin berleluasa. Oleh itu, pihak kerajaan mestilah mencari
cara untuk mengembalikan kesantunan berbahasa di kalangan masyarakat seperti
masyarakat Melayu terdahulu yang terkenal dengan bahasa yang sopan, baik, lemah
lembut dan berbudi bahasa. Bukan pihak kerajaan sahaja yang perlu bertindak
malah kita sendiri mestilah sedar akan isu ini dan bekerjasama untuk menangani

sikap ketidaksantunan di media sosial.

14

SUMBER RUJUKAN 15

Asmah Haji Omar. (2007). Kesantunan berbahasa dalam Pengurusan
Pentadbiran dan Media. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. (2015). Santun Berbahasa edisi kedua. Dewan bahasa dan
Pustaka.

Gempak. (2017, Ogos 12). Goda guru: Permintaan ‘luar biasa’ pelajar buat
netizen ‘panas’. Astro Awani. https://www.astroawani.com/berita-
malaysia/goda-guru-permintaan-luar-biasa-pelajar-buat-netizen-
panas-152125

Indirawati Zahid & Arina Johari. (2018). Kesantunan Melayu: Analisis
Konteks Perbualan dalam Rancangan Bual Bicara. Journal of
Language Studies, 18(4), 168-185.

Khulalhalini a/p Sera Stalin. (2017). Kesantunan Bahasa dalam Rancangan
Realiti Yuttha Medai [Unpublished doctoral dissertation]. Universiti
Malaya.

TERSIMEKAIAKNASIH


Click to View FlipBook Version