INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
( AMBILAN JUN 2017 SEMESTER 8)
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU
(EDUP3083)
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA MUHAMMAD AZIB BIN HAMZAH
NO. KAD PENGENALAN 980718065855
NO. MATRIK 2017192340177
KELAS
NAMA PENSYARAH PISMP 8 C10
TUGASAN ENCIK RAYMOND MOHANRAJ A/L PAUL DAVID
TARIKH MULA TARIKH HANTAR
2. PENULISAN AKADEMIK 15 FEBRUARI 2021 20 MAC 2021
Penghargaan
Bersyukur saya ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya
menyempurnakan tugasan yang telah diberikan kepada saya. Tugasan ini ialah tugasan bagi
Asas Kepimpinan dan Pembangunan Profesionalisme Guru (EDUP3083).
Pertama sekali, saya ingin mengalungkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik
Raymond Monharaj a/l Paul David selaku pensyarah yang bertanggungjawab terhadap kelas
saya kerana telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang tempoh kami
menyiapkan tugasan ini. Beliau juga telah banyak berkongsi maklumat dan pengatahuan yang
amat berguna bagi saya.
Seterusnya, tidak lupakan juga jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya kerana
telah banyak memberi sokongan moral kepada saya. Hal ini demikian kerana, bagi
mendapatkan hasil yang baik saya perlulah menitikberatkan perihal emosi saya sepanjang
saya menyiapkan tugasan ini. Ibu bapa saya sentiasa berasa di sisi saya dan memberi
dorongan kepada saya untuk terus berusaha terutamanya ketika proses pengajaran dan
pembelajaran secara atas talian ini.
Ribuan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan saya dari unit PISMP C10
yang selalu berkongsi maklumat-maklumat berguna. Proses perkongsian ini amat bermakna
dan telah banyak meringankan beban saya dalam menyiapkan tugasan ini. Akhir kata, terima
kasih sekali lagi kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak
langsung sepanjang tempoh ini berlangsung.
i
ISI KANDUNGAN HALAMAN
i
Penghargaan ii
1
Daftar Kandungan 2
1.0 Pengenalan 3- 9
2.0 Konsep Profesionalisme Guru
3.0 Pelan Pembangunan Diri dan Kerjaya 4
5
berpandukan peringkat- peringkat perkembangan guru 5- 6
7
3.1 Peringkat Permulaan (Pelaksana) 8
3.2 Peringkat Beraspirasi (Penggerak) 8- 9
3.3 Peringkat Kompeten (Pembimbing dan Mentor)
3.4 Peringkat Profisien (Peneraju Perubahan) 10
3.5 Peringkat Strategis (Pemikir Strategik) 11- 12
3.6 Peringkat Berwawasan (Pemikir Holistik) 13
4.0 Rumusan
5.0 Rujukan
Lampiran
ii
1.0 Pengenalan
Salah satu objektif utama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah dapat menyediakan
sumber tenaga manusia bagi memenuhi keperluan kemajuan negara pada masa depan. Bagi
merealisasikan hasrat itu, sebahagian besar usaha itu boleh dilakukan oleh guru. Oleh itu,
guru haruslah melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran. Seseorang
guru itu juga perlu menunjukkan kesungguhan bagi meningkatkan kualiti pelajar yang bakal
dihasilkan.
Sehubungan itu, Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK) telah
digubal oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2016. Hal ini adalah
bertujuan untuk memantapkan profesion keguruan itu sendiri. Tambahan pula, pelan ini telah
menyediakan sebuah garis panduan tentang laluan kerjaya bagi seorang Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan yakni guru. Terdapat tiga fasa utama yang terdapat di dalam
profesion keguruan (Bahagian Pendidkan Guru, 2016).
Malah, dalam Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK) juga
turut menyatakan usaha kementerian memartabatkan profesion keguruan sebagai profesion
pilihan. Kementerian akan memperkenalkan Pakej Kerjaya Guru baharu yang secara
dasarnya mengubah cara pemilihan, pembangunan profesional keguruan, dan pemberian
ganjaran sepanjang tempoh kerjaya seorang guru. Antara langkah yang akan diambil ialah
meningkat dan menguatkuasakan syarat kelayakan kemasukan ke program latihan perguruan
dan meningkatkan keberkesanan latihan praperkhidmatan serta pembangunan profesional
berterusan.
Berdasarkan apa yang telah dinyatakan dalam pelan tersebut, peningkatan
profesionalisme keguruan menjadi antara fokus utama dalam pembangunan dasar ini. Hal ini
kerana, menurut Salmah Kassim (2004) penambahbaikkan daripada aspek kualiti guru akan
menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) lebih berkesan. Guru sentiasa akan
dianggap sebagai sebuah agen perubahan bagi keberhasilan murid merangkumi bidang
akademik mahupun kokurikulum.
Kesimpulannya, seseorang guru itu hendaklah berterusan dalam menyusun langkah-
langkah proaktif bagi memastikan mereka dapat meningkatkan kualiti kerjaya mereka. Guru
perlu menyediakan satu pelan pembangunan diri dan pembangunan kerjaya sebagai seorang
guru professional. Ia perlu diselaraskan dengan apa yang akan dilalui di peringkat- peringkat
perkembangan guru berdasarkan yang telah dinyatakan dalam Dokumen Awal Pelan Induk
Pembangunan Pofesionalisme Keguruan Kementerian Pendidikan Malaysia. Dengan
penyediaan pelan tersebut guru akan mempunyai panduan khusus bagi memantapkan
profesionalisme mereka dari masa ke semasa.
1
2.0 Konsep Profesionalisme Guru
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 merupakan sebuah
transformasi pendidikan melibatkan perubahan secara besar-besaran yang memerlukan
guru-guru untuk menjadi agen yang membantu peningkatan kualiti pendidikan di Malaysia.
Guru-guru merupakan salah satu faktor utama yang membantu proses perubahan yang
sedang berlaku kini, namun jika kualiti dan profesionalisme guru berada pada tahap yang
rendah, ianya akan membantutkan proses perubahan tersebut.
Menurut Lemaire (2009), mendapati bahawa guru-guru terlalu dibebankan dengan
tugas-tugas yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran seperti, aktiviti ko-
kurikulum, menghadiri mesyuarat, mengendalikan program-program pelajar, mengurus
karenah dan kebajikan pelajar serta tugas-tugas pengurusan. Hal ini merupakan sebuah
cabaran utama bagi profesionalisme seorang guru itu yang mempunyai kepelbagaian tugas
dalam satu tempoh masa singkat.
Selaras dengan perubahan peranan pendidik, guru harus lebih inovatif, kreatif, dan
efektif dalam penyampaiannya serta sentiasa memikirkan pendekatan baharu mengadaptasi
amalan mereka dengan kehendak murid sebagai knowledge worker dalam era revolusi
maklumat abad ke-21 (Wong Kiet Wah, Noriati A. Rashid, & Boon Pong Yin, 2018).
Berdasarkan penyataan ini dapat dikatakan bahawa kerjaya sebagai seorang guru itu
hendaklah mempunyai perkembangannya yang tersendiri.
Menurut Kamus Dewan Keempat (2016) profesion sebagai satu bidang pekerjaan
yang memerlukan kepada pendidikan, kecekapan dan kemahiran yang tinggi serta
mempunyai latihan yang khusus mengenai sesuatu pekerjaan. Terdapat juga tokoh yang
memperihalkan tentang istilah keguruan ini iaitu tokoh iaitu Habibah, Zaharah, Saedah,
Ridhuan, Ahmad & Norshahrul (2016) mentakrifkan profesion keguruan berkait rapat dengan
amalan kerja yang profesional dan bermutu tinggi meliputi tingkah laku yang patuh kepada
keperluan etika, membuat refleksi mengenai tugas pengajaran serta kesungguhan untuk
sentiasa belajar dan meningkatkan diri.
Berdasarkan kedua- dua pengertian tersebut boleh dikatakan bahawa profesion
keguruan merupakan sebuah profesion yang penting dalam sistem pembangunan negara.
Ianya boleh dianggap sebagai salah satu profesion yang perlu diperkasakan dari masa ke
semasa. Namun begitu, perlu diketahui bahawa peningkatan profesionalisme guru di sekolah
rendah memerlukan proses dan masa. Walaupun mungkin pada masa sekarang guru-guru
mempunyai amalan profesionalisme yang tinggi, guru-guru perlu kekal dinamik bagi
memastikan mereka kekal professional dalam kerjaya mereka sebagai seorang guru.
2
3.0 Pelan Pembangunan Diri dan Kerjaya berpandukan peringkat- peringkat
perkembangan guru
Pembangunan profesionalisme keguruan merupakan keperluan dalam usaha memantapkan
keupayaan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) melaksanakan tugas dengan cekap
dalam pelbagai peringkat kerjaya. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
membangunkan Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK) iaitu
dokumen bagi membantu PPP merancang pembangunan kerjaya dan pembangunan
profesionalisme berterusan.
Dokumen ini dapat membantu guru terutamanya bagi mengemabngkan potensi diri
mereka dalam bidang yang diceburi. Ia merupakan dokumen rujukan utama dalam
pelaksanaan pembangunan profesionalisme keguruan. Dokumen ini mengandungi lima bab
utama yang dapat dijadikan rujukan iaitu kerjaya guru, peta laluan latihan, pembangunan
kompetensi, pelaksanaan model PPB dan tadbir urus pelaksanaan PPB (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2021).
Dokumen ini turut menjelaskan tentang pembangunan kompetensi dalam kalangan
guru. Pada bahagian ini, kompetensi itu akan dilihat dalam bentuk deskripsi tugas yang
terdapat sepanjang perkhidmatan apabila bergelar seorang guru. Deskripsi Tugas PPP
dibangunkan berdasarkan Kerangka Latihan dan Pembangunan Berasaskan Pertumbuhan
yang menerangkan peranan, tugas dan tanggungjawab PPP bermula daripada gred DG41
hingga Gred Khas. Setiap deskripsi tugas yang ada pula merujuk kepada peringkat
perkembangan guru dalam kerjaya mereka sendiri seperti yang dinyatakan dalam rajah 1.
Rajah 1 : Pelan Pembangunan Diri dan Kerjaya
3
Justeru, pada bahagian ini akan memperincikan satu pelan pembangunan diri dan
pembangunan kerjaya sebagai seorang guru profesional berpandukan peringkat-peringkat
perkembangan guru oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelan ini akan digunakan oleh
saya sebagai seorang guru kelak. Hal ini dapat membantu membangunkan imej sekolah
sebagai sebuah institusi pendidikan yang berwibawa. Antara peringkat perkembangan guru
yang dimaksudkan ialah seperti peringkat permulaan, peringkat beraspirasi dan peringkat
kompeten.
3.1 Peringkat Permulaan (Pelaksana)
Pada peringkat permulaan ini saya sebagai guru novis akan mula menyandang gred
DG41. Setelah mendapatkan latihan perkhidamatan yang cukup di Institut Pendidikan
Guru Malaysia selama lima tahun, maka perjalanan sebagai seorang guru yang baru
sahaja berkhidmat akan bermula. Menurut Wong Kieh Wah (2018), pada peringkat
permulaan ini seseorang guru pelaksana iaitu guru permulaan akan melaksanakan
tugas dan tanggungjawab dengan penyeliaan serta bimbingan daripada guru
berpengalaman. Guru berpengalaman tersebut akan bertindak sebagai mentor.
Dalam fasa permulaan ini saya akan memastikan kemahiran asas saya dalam
profesionalisme keguruan sudah dapat dijalankan dengan baik. Salah satunya ialah
merujuk kepada kemahiran pedagogi yang saya akan terapkan sepanjang mengajar
di sekolah kelak. Saya akan memastikan bahawa diri saya dilengkapkan dengan
pengetahuan kemahiran pedagogi terkini seperti pedagogi abad ke 21.
Kemahiran pedagogi abad ke 21 menuntut seseorang guru menerapkan
elemen- elemen tertentu dalam pengajaran mereka (Azizan, 2014). Antara contoh
elemen yang perlu saya beri perhatian dalam menguasai kemahiran abad ke-21 ialah
seperti kreativiti dan inovasi (Creativity and Innovation), pemikiran kritis dan
penyelesaian masalah (Critical Thinking and Problem Solving) dan Literasi Teknologi,
Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT (Information, Communications and
Technology) Literacy).
Bukan itu sahaja, malah pada peringkat permulaan apabila saya bergelar guru
novis itu nanti saya akan terus memantapkan pengetahuan saya berhubung asas
profesionalisme keguruan. Hal ini akan dapat diperolehi dengan cara saya menghadiri
Program Transformasi Minda (PTM). Salah satu objektif program ini ialah bagi
memupuk keperibadian, jati diri dan nilai patriotisme pegawai khusunya guru supaya
lebih berketerampilan dan berkemampuan menyesuaikan diri dalam perkhidmatan
awam. Dengan program sebegini saya sebagai guru novis akan lebih cemerlang
dalam bidang perguruan khususnya mengikut garis masa yang telah ditetapkan.
4
3.2 Peringkat Beraspirasi (Penggerak)
Pada peringkat beraspirasi pula saya akan mempunyai peranan sebagai seorang guru
penggerak. Pada peringkat ini saya akan menyandang gred DG44 serta bertindak
sebagai seorang penggerak kualiti pdp. Tanggungjawab utama saya apabila berada
di peringkat ini ialah sentiasa melaksanakan tugas dengan penyeliaan serta bimbingan
yang minimum berbanding seorang guru novis. Malah, di peringkat ini juga saya akan
sudah mampu menyelesaikan masalah atau isu pengajaran (Muhammad Al Afzan Ali
Hussin, 2019).
Secara umumnya, pada peringkat ini saya sebagai seorang guru penggerak
akan berusaha untuk memantapkan kualiti PdPc. Salah satu cara yang saya boleh
lakukan ialah dengan membina sebuah PdPc yang lebih strategik dan berfokuskan
kepada Pembelajaran Abad Ke-21. Salah satu contoh bentuk Pembelajaran Abad ke
21 ialah melibatkan sebuah pembelajaran berasaskan murid. Ia boleh dilaksanakan
dengan cara menggunakan kaedah Blended Learning, Flipped Classroom dan Project
Based Learning serta penerapan kaedah bermain sambil belajar.
Malah, sebagai seorang guru penggerak juga saya akan berusaha membentuk
kemahiran yang boleh dikongsi kepada guru baharu. Sesi perkongsian maklumat
(Teacher Sharing Session) yang terdapat di dalam PLC sangat sesuai diaplikasikan
dalam peringkat beraspirasi. Apabila berlaku perkongsian sebegini, maka profesion
keguruan itu akan dapat ditingkatkan secara menyeluruh dalam kalangan semua guru
merangkumi pelbagai peringkat.
Bukan itu sahaja, malah di peringkat penggerak ini saya akan menjalankan
penyelidikan kajian untuk menyelesaikan masalah dalam PdPc. Kajian yang dihasilkan
akan memberi fokus kepada bidang teras saya iaitu bahasa Melayu. Dengan
penyelidikan kajian ini saya akan dapat memahami isu atau masalah sebenar yang
saya cuba selesaikan merangkumi kaedah pengajaran ataupun bahan bantu
mengajar.
3.3 Peringkat Kompeten (Pembimbing dan Mentor)
Peringkat kompeten merupakan sebuah peringkat ketiga yang perlu saya lalui apabila
saya bergelar seorang guru kelak. Peringkat ini membawa saya menyandang gred
DG48. Pada fasa ini saya akan menjadi seorang pembimbing dan mentor. Kelebihan
saya pada peringkat ini ialah mempunyai pengalaman luas, mampu menyelia dan
membimbing serta berkebolehan melakukan educated guess masalah organisasi
yang mungkin timbul dan melaksanakan langkah pencegahan.
5
Pada peringkat kompeten ini saya akan bertindak sebagai seorang mentor
yang menjadi panduan atau rujukan kepada guru lain. Menurut Azhar Ahmad (2002)
mentoring merupakan suatu proses di mana seorang mentor yang mempunyai
kepimpinan tinggi serta mempunyai kemahiran atau kompetensi tertentu, membimbing
secara terancang dan sistematik seorang protege/ mentee yang telah dikenalpasti
dengan tujuan untuk membangunkan keupayaan kepimpinan dan kompetensi tertentu
melalui program yang disusun rapi oleh pihak pengurusan.
Hal ini bersesuaian dengan apa yang telah dinyatakan di dalam Pelan
Pembangunan Profesionalisme Berterusan iaitu menjadikan guru di peringkat
kompeten sebagai seorang pembimbing atau mentor. Contoh aktiviti yang saya boleh
lakukan bersama guru lain ialah seperti “Lesson Study”. Salah satu impak daripada
aktiviti ini ialah dapat memupuk kesedaran guru untuk lebih komited terhadap
profesion keguruan. Malah ia turut menjadikan guru itu lebih efektif dan berfikiran
terbuka. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Nur Hafizoh Idris dan Rohana
Hamzah (2012), kebanyakan guru tidak menguasai kemahiran interpersonal dengan
baik. Keadaan tersebut sudah tentu menyukarkan budaya kolaboratif dalam kalangan
komuniti guru di sekolah. Oleh itu, apabila saya mencapai peringkat kompeten ini kelak
saya akan memastikan saya saya mampu menjadi seorang mentor yang baik.
Contoh program Pembangunan Profesionalisme Berterusan yang saya akan
sertai dalam peringkat ini ialah mengikuti Kursus Pengurusan Pentadbiran Program
Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidkan Kebangsaan (NPQEL). Jika saya ingin
menyertai program ini dengan tujuan pengukuhan kepada peranan yang ada pada
gred saya, saya hendaklah mengikuti beberapa syarat- syarat permohonan.
Syarat- syarat yang dimaksudkan merangkumi syarat- syarat umum dan
syarat- syarat khusus. Antara syarat- syarat umum ialah telah disahkan dalam
perkhidmatan, bebas daripada tindakan tatatertib dan telah mengisytiharkan harta
dalam tempoh tidak melebihi lima tahun. Manakala, antara contoh syarat- syarat
khusus ialah telah dinaikkan pangkat ke Gred DG48 (bagi calon Pengetua) atau Gred
DG32/DG34 (bagi calon Guru Besar) atau sekurang-kurangnya lima (5) tahun di Gred
DG29 bagi calon Guru Besar SKM(B) untuk urusan penempatan, mempunyai
pengkhususan dalam bidang tertentu dan mempunyai pengalaman sekurang-
kurangnya tiga tahun berkhidmat sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran/ Penolong
Kanan (termasuk Penolong Kanan yang dilantik secara pentadbiran di SKM(B)/
jawatan-jawatan pentadbiran di PPD/JPN/ Bahagian/ Institut Aminuddin Baki/ Institut
Pendidikan Guru/ Kolej Matrikulasi.
6
3.4 Peringkat Profisien (Peneraju Perubahan)
Pada peringkat profisien kelak saya akan menyandang gred DG52 dan memainkan
peranan sebagai seorang peneraju perubahan. Apabila saya mula masuk pada
peringkat profisien ini saya akan menjadi pakar rujuk, mentor dan pembimbing serta
berkebolehan merancang dan melaksanakan penambahbaikan berterusan dalam
bidang-bidang tertentu. Misalnya saya seorang guru yang mempunyai bidang teras
bahasa Melayu, maka saya akan menjadi seorang pakar rujuk bahasa.
Dalam bidang akademik, misalnya saya akan menggunakan pengalaman dan
kompetensi yang sudah dimiliki untuk membentuk kemahiran yang khusus. Misalnya,
saya akan mengadakan Bengkel Skor Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
dalam subjek bahasa Melayu. Saya akan mendedahkan murid- murid tentang tips
mendapat markah dengan lebih mudah. Hal ini kerana, ujian tersebut merupakan ujian
yang penting bagi pentkasiran murid sekolah rendah (Wong Kiet Wah, 2018).
Manakala dalam bidang kokurikulum juga saya akan menjadi seorang yang
berperanan sebagai jurulatih yang dapat membimbing murid membentuk kemahiran-
kemahiran tertentu. Misalnya, saya akan menjadi ketua jurulatih bagi Unit Beruniform
Pengakap dalam Pertandingan Kawad Kaki.
Menurut Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon (2013), seorang
guru yang cekap amat dipengaruhi oleh tahap tinggi atau rendahnya ciri-ciri dan
prestasi proefesionalismenya. Pada peringkat ini, saya sudah mula mencapai tahap
profesionalisme keguruan itu. Saya akan bertindak sebagai seorang fasilitator bagi
kursus dan bengkel kepada guru-guru agar bersama peka dengan perubahan dalam
sistem pendidikan dan semakin mahir dalam bidang kepakaran.
Bagi mengekalkan atau meningkatkan lagi kualiti profesionalisme yang dimiliki
oleh saya pada peringkat ini, saya akan menghadiri sebuah Kursus Pengurusan
Berkualiti. Kursus ini secara umumnya sebuah kursus yang memberikan pengetahuan
tentang konsep dan teori asas dalam pengurusan kualiti serta prinsip dan falsafahnya
serta memperkenalkan perancangan strategi, kawalan kualiti dan teknik pelaksanaan
amalan pengurusan kualiti. Dengan menghadiri kursus sebegini saya sebagai seorang
guru peneraju perubahan dapat mengukuhkan lagi peranan yang akan dimainkan oleh
saya kelak.
7
3.5 Peringkat Strategis (Pemikir Strategik)
Pada peringkat ini saya akan berada pada peringkat yang dipanggil sebagai strategis
dan akan bertindak sebagai seorang pemikir strategik. Saya akan menyandang
jawatan gred DG54. Saya akan memiliki kepakaran khusus dan berkebolehan
mengurus perubahan secara cekap dan berkesan. Berdasarkan tanggungjawab yang
ada, boleh dikatakan peranan saya pada peringkat ini nanti akan lebih besar.
Bong Pong Ying (2005) menyatakan bahawa seseorang guru mampu
memperkukuh kapasiti untuk memperbaiki pembelajaran murid dengan melanjutkan
pengetahuan professional dalam menguasai dan mengembangkan kemahiran-
kemahiran serta memperjelaskan nilai-nilai professional kendiri. Pada peringkat ini
saya akan memastikan diri saya dilengkapi dengan ciri- ciri kepimpinan profesional.
Dalam bidang kurikulum saya akan menjadi individu yang terlibat sepenuhnya dalam
pengurusan kurikulum. Saya juga akan memastikan pada peringkat ini saya memiliki
autoriti untuk bercakap dalam bidang teras saya iaitu bahasa Melayu. Idea dan
kemahiran yang dikemukakan oleh saya kelak akan mampu mempengaruhi polisi
pengendalian bilik darjah.
Bukan itu sahaja, malah dalam aspek akademik khasnya saya mempunyai
sasaran untuk menjadi seorang guru pakar. Menurut Syed Ismail Syed Mustapa &
Ahmad Subki Miskon (2013), mereka berpendapat bahawa guru pakar adalah
golongan guru yang mempunyai kemahiran, kepakaran dan cemerlang dalam mata
pelajaranatau bidang pengkhususan masing-masing. Saya akan bertindak sebagai
seorang Guru Cemerlang (GC). Bagi merealisasikan matlamat ini saya akan
menggilap kemahiran ikhtisas dan menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam
berhubung mata pelajaran yang diajar.
Berdasarkan model PPB, contoh program yang memerlukan penglibatan saya
di peringkat pemikir strategik ialah Kursus Pengurusan Perubahan (Wong Kiet Wah,
2018). Objektif program ini ialah memberi pemahaman mengenai peranan dan
tanggungjawab agen perubahan, Pelan Komunikasi Pengurusan Perubahan dan sesi
libat urus, aktiviti serta penilaian pencapaian prestasi perubahan berdasarkan program
yang dilaksanakan. Agen perubahan yang dimaksudkan ialah diri saya sendiri iaitu
sebagai seorang guru pemikir strategik. Antara elemen ataupun model yang ada
dalam kursus ini ialah The Awkening & Mind Condition, The Change Cycle dan Pelan
Komunikasi. Model yang diperkenalkan adalah sangat sesuai dengan peranan saya
sebagai seorang guru pemikir strategis suatu hari nanti. Maka, sudah semestinya saya
akan menggunakan peluang dan ilmu dalam kursus itu sebaiknya.
8
3.6 Peringkat Berwawasan (Pemikir Holistik)
Pada peringkat ini saya akan memasuki fasa akhir dalam peringkat perkembangan
guru. Peringkat ini dikenali sebagai peringkat berwawasan. Pada peringkat ini saya
akan bertindak sebagai seorang pemikir holistik. Saya akan menyandang Gred Khas
apabila memasuki ke peringkat ini.
Peringkat berwawasan akan mendorong diri saya untuk memiliki pelbagai
kepakaran dan berkebolehan menjadi pakar rujuk dalam merangka strategi yang
komprehensif dan melaksanakan latihan yang tepat untuk memastikan kejayaan
sesebuah organisasi (Noriati A. Rashid, 2018). Hal ini bermaksud, pada peringkat ini
boleh dikatakan profesionalisme saya sebagai seorang guru itu sudah dapat dibentuk
sepenuhnya.
Saya juga akan bertindak sebagai seorang perunding berhubung cara model
pembelajaran berkaitan dengan penggunaan strategi pengajaran yang dibuat.
Sebagai contoh, jika terdapat seorang guru ingin mengaplikasikan sesebuah teori atau
model pembelajaran kepada satu kumpulan murid, maka saya akan bertindak sebagai
seorang penasihat dan perunding dalam menentukan kesesuaian model dengan
strategi yang akan dibuat dalam pembelajaran tersebut.
Selain itu, peringkat ini akan mendorong saya untuk menjalinkan urusan dalam
konteks yang lebih besar. Hal ini bermaksud golongan sasaran saya bukan sahaja
murid- murid malah turut juga melibatkan guru- guru, pegawai pendidikan daerah dan
penggubal kurikulum mata pelajaran. Saya mempunyai kepakaran luas dan memiliki
autoriti yang besar apabila saya dapat memasuki ke peringkat ini. Seorang guru pakar
merupakan orang yang berautoriti dalam profesionnya. Usaha pembangunan diri yang
dapat dilakukan oleh guru pada peringkat guru pakar ialah menyerlahkan keterampilan
diri. Secara umumnya, keterampilan diri merujuk kepada keyakinan diri atau
kepercayaan terhadap diri sendiri iaitu kemampuan dan keupayaan untuk menghadapi
cabaran (Nazirmuddin Ahmad, 2005).
Secara keseluruhannya, boleh dikatakan saya akan mempunyai kepelbagaian
ilmu serta kepakaran pada peringkat ini. Saya berkebolehan menjadi pakar rujuk
dalam merangka strategi yang komprehensif dan melaksanakan melaksanakan
latihan tepat. Berdasarkan model yang terdapat dalam PPB, bagi memantapkan lagi
peranan saya sebagai seorang pemikir holistik di peringkat berwawasan ini ialah saya
boleh menglibatkan diri dalam Kursus Pemikir Kementerian Pendidikan Malaysia.
9
4.0 Rumusan
Secara keseluruhannya, adalah amat penting bagi seseorang guru supaya melengkapkan diri
bagi menghadapi situasi yang kritikal, iaitu “kejutan realiti”. Hal ini kerana pengetahuan dan
kemahiran yang dipelajari tidak mencukupi untuk seseorang guru baru menangani realiti
pekerjaan sebagai seorang guru (Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon, 2013).
Hasil daripada penulisan guru pelatih dapat menjelaskan konsep mengajar sebagai
satu profesion dan ciri-ciri guru sebagai seorang profesional. Hal ini bermaksud guru pelatih
dapat memahami bagaimanakah cara pembawaan pengajaran yang dapat menggambarkan
imej guru yang memiliki profesionalisme yang baik. Penulisan ini juga telah mendedahkan
guru pelatih dengan penyediaan sebuah pelan pembangunan diri dan pembangunan kerjaya
untuk menjadi seorang yang profesional berdasarkan peringkat-peringkat perkembangan.
Kesimpulannya, setiap guru yang bakal menjawat jawatan sebagai seorang guru kelak
berpeluang untuk megembangkan profesionalisme mereka dalam setiap peringkat yang telah
dinyatakan di atas. Hal ini kerana kebanyakan guru mempunyai keinginan untuk memperbaiki
diri berkaitan dengan tanggungjawab professional yang disebut perkembangan
profesionalisme (Saipo bin Ayub, 2012). Ini termasuklah bidang pengajaran yang luas dan
keupayaan mentadbir dan memimpin.
10
5.0 Rujukan
Azhar bin Ahmad. (2002). Mentoring Dalam Pembangunan Kerjaya. Jurnal Pengurusan
Awarn, 1(2), 1- 12.
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/23523/Article__4.PDF
Azizan. (2014, November 6). Pedagogi Abad Ke 21. Agen Perubahan Modal Insan Blogspot.
http://cikguazizanmohdali.blogspot.com/2014/11/pedagogi-abad-ke-21.html
Bahagian Pendidikan Guru. (2016). Dokumen Awal Deskripsi Tugas Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan. Kementerian Pendidkan Malaysia.
https://www.moe.gov.my/en/dasar/1199-deskripsi-tugas-pegawai-perkhidmatan-
pendidikan-kpm-laluan-pdp-dan-kepimpinan-edisi-2016/file
Bahagian Pendidikan Guru. (2016). Dokumen Awal Pelan Induk Pembangunan
Profesionalisme Keguruan. Kementerian Pendidikan Malaysia.
https://www.moe.gov.my/menumedia/media-cetak/penerbitan/1249-dokumen-awal-
pelan-induk-pembangunan-profesionalisme-keguruan/file
Bong Pong Ying. (2005). Psikilogi I (Semester I) (Edisi Kedua.). Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Habibah @ Artini Ramlie, Norshahrul Marzuki Mohd Nor, Zaharah Hussin, & Saedah Siraj.
(2016). Keperluan Profesionalisme Guru Pendidikan Islam (GPI) Dalam Aspek
Pengajaran. Jurnal Penyelidikan dan Inovasi, 3(3), 85- 109.
http://rmc.kuis.edu.my/jpi/wp-content/uploads/2016/09/HABIBAH-85-109-1.pdf
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Jurnal Penyelidikan Pendidikan. Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, 18(1), 1- 60.
https://www.moe.gov.my/menumedia/media-cetak/penerbitan/penyelidikan/1357-
jurnal-2017/file
Lemaire, J. (2009). Adressing Teacher Workload. Education.
11
Muhammad Al Afzan Ali Hussin. (2019, Julai 19). Peningkatan Pembangunan Diri dan
Kerjaya Guru Berdasarkan Teori Trotter. Cikgu Afzan Blogspot.
https://cikguafzan96.blogspot.com/2019/07/peningkatan-pembangunan-diri-dan.html
Nazirmuddin Ahmad, & Khuan Wai Bing. (2005). Teori dan Prinsip Kepimpinan Pendidikan.
Prospecta Printers Sdn. Bhd.
Nur Hafizoh Idris, & Rohana Hamzah. (2013). Nilai Profesionalisme Bakal Guru Berteraskan
Indikator Standard Guru Malaysia (SGM). Jurnal Teknologi, 1(1), 31- 37.
file:///C:/Users/HP/Downloads/172-Article%20Text-341-1-10-20140424.pdf
Salmah Kassim. (2004). Kualiti Perkhidmatan Guru di Sekolah- sekolah Menengah Pulau
Pinang. Jurnal Pendidikan, 1(1), 24- 46.
http://eprints.usm.my/29960/1/Salmah_Kassim.pdf
Syed Ismail Syed Mustapa, & Ahmad Subki Miskon. (2013). Guru dan Cabaran Semasa
(Edisi Kedua.). Penerbitan Multimedia.
Wong Kiet Wah, Noriati A. Rashid, & Boon Pong Yin. (2018). Asas Kepemimpinan dan
Pembangunan Profesionalisme Guru (Edisi Kedua.). Oxford Fajar Sdn. Bhd.
12
Lampiran
Lampiran 1 : Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan
Lampiran 2 : Model Pembangunan Profesionalisme Berterusan
13