PERTANDINGAN INOVASI
PERINGKAT
WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
TAHUN 2015
FLIP FLAP JAWI
MAKLUMAT PEGAWAI
Nama : KHAIRIAH BINTI RAZALI
Jawatan
Tarikh Mula Berkhidmat : PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG44
Email
Kelayakan Akademik : 17.01.2000
Kelayakan Ikhtisas : [email protected]
: Sarjana Pendidikan (Kurikulum & Pengajaran)
: Sarjana Muda Sains Teknologi & Pendidikan
(Pengajian Islam)
: Diploma Perguruan Malaysia
(Pengajian Islam & Pengajian Melayu)
Pencapaian Dalam Inovasi :
2012 - Anugerah Guru Inovatif Peringkat Johor Bahru.
- Johan Pertandingan Inovasi Sekolah Rendah Peringkat Daerah Johor Bahru.
2013 - Johan Pertandingan Kajian Tindakan Peringkat Daerah Johor Bahru.
- Johan Pertandingan Guru Inovatif Peringkat Negeri Johor.
2014 - Anugerah Inovasi Pengarah Pendidikan Negeri Johor.
- Anugerah PERAK Pertandingan Inovasi MOSTI Peringkat Kebangsaan.
- Anugerah Pempamer Inovasi Terbaik Sempena Sambutan Hari Guru
Peringkat Negeri Johor.
2015 - Kajian ini memenangi Anugerah Johan Inovasi Sekolah Rendah Peringkat
Wilayah Persekutuan Putrajaya.
- Naib Johan Pertandingan Kajian Tindakan Peringkat Wilayah Persekutuan
Putrajaya.
PENERANGAN INOVASI
Kertas kerja ini berkenaan projek inovasi yang dilakukan ini di SK Putrajaya Presint
18(2) bermula Januari 2015 sehingga Oktober 2015. Sasaran responden ialah 34
orang murid Islam Tahun 1 Sigma. Berikut dihuraikan lebih lanjut projek inovasi yang
dilaksanakan.
ABSTRAK
Sikap dan tingkahlaku 34 orang murid Tahun 1 Sigma semasa pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Jawi menunjukkan mereka keliru dengan sebutan dan
penggunaan sukukata Jawi. Punca masalah utama yang diperolehi dari pemerhatian
awal ialah mereka tidak mengenali huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi, tidak tahu
menulis suku kata dalam tulisan Jawi serta tidak mahir menyambung antara huruf-
huruf tunggal Jawi. Maka, untuk menangani masalah tersebut saya telah membuat
satu inovasi terhadap penggunaan kad-kad huruf sedia ada dan melakukan
susunatur berdasarkan keperluan mambaca dan menulis Jawi. Ujian Diagnostik Jawi
dijalankan bagi mengenalpasti secara terperinci permasalahan murid. Dapatan ujian
menunjukkan 30 daripada 34 orang murid kelas 1 Sigma gagal dalam ujian
mengenal huruf Jawi dan keseluruhan 34 orang murid kelas berkenaan gagal
membunyikan suku kata mudah dalam tulisan Jawi. Berpandukan Teori Integrasi
Deria, maka bahan inovasi Flip Flap Jawi yang digabungkan dengan satu teknik
pengajaran Jawi dinamakan teknik BAA-LIS diperkenalkan, hasil dapatan diperolehi
menunjukkan 34 orang murid tersebut dapat mengenali huruf Jawi yang mewakili
huruf Rumi, serta dapat juga membunyikan serta menulis suku kata mudah dalam
tulisan Jawi. Ujian pos yang dijalankan menunjukkan 100% murid lulus dalam ujian
mengenal huruf, manakala untuk menulis suku kata mudah, peratus lulus adalah
melebihi 90%. Berdasarkan dapatan kajian, dapat dirumuskan bahawa, kemahiran
murid dalam menulis Jawi telah dapat ditingkatkan setelah memperkenalkan inovasi
Bahan Bantu Mengajar Flip Flap Jawi yang digabungkan dengan teknik BAA-LIS.
Selain itu, dapat dirumuskan inovasi FLIP FLAP JAWI yang dibina ini bukan sahaja
dapat mengatasi masalah pembelajaran murid malah meningkatkan minat murid
dalam mempelajari tulisan Jawi di samping menggilap kreativiti dan inovasi guru.
1. Gabungan Kategori Inovasi
KATEGORI TEKNIKAL
Memperkenalkan Teknik Pengajaran Jawi BAA-LIS.
Huraian:
Teknik BAA-LIS merupakan singkatan dari perkataan BACA DAN TULIS.
Teknik ini memerlukan satu bahan inovasi Jawi yang bersesuaian dan
mudah diaplikasikan dalam kelas yang mempunyai jumlah murid yang
ramai. Justeru itu, saya mencipta satu bahan bantu mengajar Jawi
menggunakan BBM sedia ada bagi mengaplikasikan teknik BAA-LIS
dalam pengajaran dan pembelajaran Jawi.
KATEGORI BAHAN
Memperkenalkan Bahan Inovasi Flip Flap JAWI.
Huraian:
Flip Flap Jawi merupakan bahan inovasi yang menggunakan kad-kad jawi
sedia ada TETAPI diaturkan dalam susunan yang menjurus kepada
penekanan terhadap aspek-aspek berikut:
a) kemahiran membaca huruf Jawi.
b) kemahiran membaca sukukata Jawi.
c) kemahiran menulis huruf Jawi tunggal.
d) Kemahiran menggabungkan huruf-huruf Jawi bagi membentuk
sukukata yang betul dan tepat secara lisan dan bertulis.
2. Tajuk Inovasi
FLIP FLAP JAWI
3. Sinopsis Inovasi
Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah meletakkan
matapelajaran Pendidikan Islam sebagai matapelajaran teras yang wajib diambil
oleh murid Islam di sekolah kebangsaan mahupun swasta. Bidang Jawi
merupakan salah satu bidang dalam matapelajaran Pendidikan Islam
sepertimana yang termaktub dalam Dokumen Standard Kurikulum (DSK)
Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan. Penguasaan huruf jawi dianggap sangat
penting kepada setiap individu murid. Ia dianggap penting kerana tanpa
penguasaan terhadap huruf jawi maka seseorang murid dilihat sukar menguasai
bidang-bidang lain dalam Pendidikan Islam seperti Bidang Aqidah, Bidang
Ibadah, Bidang Sirah dan Bidang Adab. Tambahan pula, keseluruhan buku teks
Pendidikan Islam yang disediakan dalam tulisan Jawi. Murid juga dikesan sukar
menjawab soalan ujian atau peperiksaan pendidikan Islam kerana
keseluruhannya disediakan dalam tulisan Jawi. Ini menunjukkan peri pentingnya
penguasaan Jawi bagi murid dalam memastikan penguasaan mereka
sepenuhnya dalam matapelajaran pendidikan Islam. Justeru itu, sebagai guru
pendidikan Islam yang mengajar Tahun 1 Sigma, saya telah membuat inovasi ke
atas bahan bantu mengajar Kad-Kad Huruf Jawi bertujuan membantu murid-
murid 1 Sigma menguasai bidang Jawi dengan cepat. Berpandukan Teori
Integrasi Deria maka Bahan Bantu Mengajar yang diinovasikan ini dinamakan
FLIP FLAP JAWI telah saya gabungkan dengan satu teknik pengajaran Jawi
yang dinamakan teknik BAA-LIS.
4. Pendekatan Yang Digunakan
Saya menggunakan Pendekatan P.D.C.A (Plan, Do, Check, Act) dalam
melaksanakan projek inovasi ini di kelas 1 Sigma. Berdasarkan pendekatan
ini, maka huraian berikut akan menerangkan secara lebih jelas pelaksanaan
inovasi yang berjaya dihasilkan oleh saya sebagai satu usaha meningkatkan
kemahiran membaca dan menulis jawi dalam kalangan murid Islam Tahun 1
Sigma.
4.1 PLAN (Perancangan)
Untuk mengenalpasti projek inovasi yang sesuai, saya telah membina satu
ujian Diagnostik Jawi yang khusus bagi mengenalpasti masalah murid serta
tahap pengetahuan dan kemahiran murid 1 Sigma dalam membaca dan
menulis huruf Jawi tunggal dan sukukata Jawi. Antara aktiviti yang dijalankan
di peringkat ini ialah:-
4.1 .1 Mengenalpasti Projek.
Dengan menggunakan rajah tulang ikan ishikawa (SILA RUJUK
LAMPIRAN 1: Contoh Ujian Diagnostik/ Rajah Tulang Ikan Ishikawa), saya
menggariskan permasalahan yang dapat dikesan berpandukan hasil Ujian
Diagnostik Jawi. Ini bertujuan untuk mengenalpasti permasalahan yang
wujud dalam kalangan murid Tahun 1 Sigma terhadap pembacaan dan
penulisan Jawi.
4.1.2 Pemilihan Projek.
Pemilihan projek berdasarkan keputusan ujian awal yang saya lakukan
secara lisan dan bertulis semasa melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran Jawi pada bulan Januari 2015. Hasil ujian ini menunjukkan
90% murid gagal menyebut huruf-huruf Jawi yang ditunjukkan guru secara
rawak. Berdasarkan situasi ini, dapat dirumuskan bahawa murid-murid ini
menghafal huruf Jawi berdasarkan lagu yang dipelajari semasa pra
sekolah tetapi tidak mengenal huruf Jawi secara total. Memandangkan
latar belakang keseluruhan murid yang mendapat pendidikan awal,maka
jumlah 90% daripada 34 murid ini merupakan satu angka yang cukup
besar. Oleh itu, saya menggunakan teknik BAA-LIS untuk meningkatkan
tahap kecerdasan kognitif murid-murid dalam meningkatkan kemahiran
membaca dan menulis Jawi.
4.1.3 Analisis Projek.
Projek inovasi ini berdasarkan Teori Integrasi Deria (Sila rujuk Lampiran
2). Apakah Teori Integrasi Deria?. Aktiviti Integrasi Deria atau Sensory
Integration Activities adalah sangat penting bagi proses kematangan
kanak-kanak. Aktiviti ini mampu membantu kanak-kanak meningkatkan
tindak balas fizikal mereka melalui penggunaan deria. Bukan sahaja
aktiviti integrasi deria boleh menjadi teras utama perkembangan fizikal
mereka tetapi mereka juga dapat berseronok sambil melakukannya.
Aktiviti ini mampu merangsang kemahiran asas teras seperti kemahiran
kognitif yang penting untuk kanak-kanak tidak kira sama ada mereka
menghidapi gangguan integrasi deria atau tidak. Aktiviti integrasi deria
adalah penting untuk kanak-kanak kerana kajian telah menunjukkan
bahawa kanak-kanak belajar, berkembang, mentafsir dan memproses
sejumlah besar maklumat melalui deria mereka setiap hari.
Terdapat empat aktiviti integrasi deria iaitu sentuhan, proprioceptive,
vestibular, dan perancangan motor. Pemilihan salah satu dari empat
aktiviti Integrasi Deria ini boleh menggalakkan kemahiran kognitif untuk
memproses dan mengintegrasikan input deria ke dalam cara yang
terkawal dan bermakna. Hasilnya, keupayaan otak untuk berfungsi
menjadi lebih berkesan. Oleh kerana otak menerima rangsangan
daripada input deria yang berbeza, kemahiran kognitif yang lemah
menjadi bertambah kukuh dan keupayaan kanak-kanak untuk
berinteraksi dengan persekitarannya menjadi lebih berkesan.
Dalam melaksanakan projek inovasi ini, saya mengambil keputusan untuk
menggunakan satu aktiviti Integrasi Deria iaitu Aktiviti Sentuhan dalam
bahan Inovasi Flip Flap Jawi. Aktiviti Sentuhan berdasarkan Teori
Integrasi Deria menggunakan prosedur yang menggabungkan
keseronokan deria sentuh dan perasaan ke dalam prosedur seperti aktiviti
bermain tanah liat, tekapan, sentuhan atau pergerakan tangan dan jari
pada permukaan kertas atau kad serta lukisan jari. Maka saya memilih
pergerakan tangan ke atas kad yang mengandungi huruf-huruf Jawi
dalam membina bahan inovasi ini.
Keperluan Aktiviti Integrasi Deria Dalam Meningkatkan Kecerdasan
Kognitif Murid Dalam Penguasaan Bidang Jawi.
Kemahiran kognitif adalah alat mental yang digunakan oleh otak
untuk belajar, menyesuaikan diri , memproses, mentafsir , dan fungsi
dengan betul. Tanpa kemahiran kognitif , kita tidak akan dapat berfungsi
sama sekali. Apabila individu mempunyai masalah integrasi deria,
masalah akar adalah kemahiran kognitif yang lemah kerana integrasi deria
menggunakan kemahiran kognitif tertentu untuk berfungsi dengan baik.
Maka aktiviti sentuhan diaplikasikan dalam bahan inovasi Flip Flap Jawi
sebagai satu usaha meningkatkan kemahiran kognitif murid dalam
mengingat huruf-huruf Jawi secara total.
4.1.4 Penyataan Masalah
a) Murid keliru dengan huruf-huruf jawi yang hampir sama bentuk dan
bunyi.
b) Murid keliru dalam membunyikan huruf-huruf jawi yang digabungkan
sebagai sukukata terbuka ataupun sukukata tertutup.
c) Murid sukar membunyikan sukukata jawi kerana belum menguasai
huruf-huruf jawi sepenuhnya.
d) Peruntukan masa 1 waktu (30 minit) seminggu dalam jadual Waktu
Pendidikan Pendidikan Islam sepertimana yang termaktub dalam
Pekeliling SPI Bil. 2/2015 menjadi kekangan utama guru dalam
menggunakan masa terhad untuk melatih murid yang ramai dalam
sesebuah kelas.
4.1.5 Penetapan Objektif
a) Meningkatkan kemahiran menguasai huruf jawi tunggal dengan
pantas.
b) Murid dapat mengingat dan mengenal huruf dengan mudah dan
bukannya menghafal setiap huruf.
c) Murid dapat membina kemahiran membaca suku kata secara
pantas dengan menggunakan Bahan Inovasi FLIP FLAP JAWI.
d) Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran
dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik dan
boleh disentuh murid dalam tempoh pengajaran yang ditetapkan
oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
4.1.6 Penetapan Sasaran Projek Inovasi
Sasaran Projek Inovasi ini adalah murid Tahun 1 Sigma SK
Putrajaya Presint 18(2).
4.1.7 Cadangan Penyelesaian
Membina bahan inovasi Jawi berpandukan Teori Integrasi Deria
yang menggunapakai teknik BAA-LIS.
4.2 DO (PELAKSANAAN)
4.2.1 Tempoh kajian terhadap penggunaan bahan inovasi ini bermula
dari bulan Januari hingga Oktober 2015. (SILA RUJUK LAMPIRAN
3: Carta Gantt Pelaksanaan Projek Inovasi)
Bil Tarikh
Perkara
Pengumpulan data awal melalui Ujian Diagnostik selepas
1 Pemerhatian Awal dilakukan Januari 2015
Proses Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan
2 menggunakan FLIP FLAP JAWI. Jan-Ogos 2015
3 Penulisan kertas cadangan Feb-Mac 2015
4 Mereka bentuk tindakan (Mengenal pasti masalah) Mac 2015
5 Mengumpul data dan mengambil tindakan (Ujian Pra dan Pos) Jan-Ogos 2015
6 Menganalisis data April/Ogos/
Sept2015
Refleksi dan Penilaian Kajian Terhadap Keberkesanan Bahan
7 Inovasi Sept 2015
Penulisan Laporan Hasil Dapatan Selepas Penggunaan Bahan Sept dan
8 Inovasi Oktober 2015
Pembentangan Dapatan Hasil Penggunaan Bahan Inovasi November
9 (Pemurnian Laporan) 2015
4.2.2 Bahan Yang Digunakan: d) Plastik Laminated
a) Kad huruf tunggal Jawi. e) Gunting
b) Mountain Board. f) Ink Printer
c) Skru
4.2.3 Kos Perbelanjaan Kos
Bil Bahan (RM)
12.00
01 Kad Huruf Tunggal Jawi 5.90
02 Mountain Board 8.00
03 Skru 15.00
04 Plastik Laminated 3.00
05 Gunting 54.00
06 Ink Printer
97.90
JUMLAH
4.3 CHECK (PENILAIAN/PEMANTAUAN)
4.3.1 Ujian Pemerhatian Awal
Ujian Bacaan Jawi Secara Rawak
Melalui Ujian Pemerhatian Awal yang dilaksanakan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran, saya menekankan bacaan huruf jawi secara
rawak bagi menguji tahap pengetahuan dan kemahiran murid. Didapati murid
gagal mengenalpasti huruf Jawi yang ditunjukkan kerana murid menghafal
huruf jawi mengikut turutan berdasarkan lagu huruf Hijaiyah yang dihafal.
Ujian Imlak Huruf Jawi Tunggal
Saya juga melakukan Ujian Imlak (ejaan) dengan cara menyebut huruf jawi
dan meminta murid menulis di atas sehelai kertas. Didapati murid hanya
mampu menulis huruf alif, ba’ dan ta’ serta salah menulis huruf-huruf lain
yang disebutkan.
4.3.2 Ujian Diagnostik
Setelah mengenal pasti masalah, satu ujian diagnostik jawi telah dijalankan
ke atas murid-murid tersebut bagi mendapatkan jumlah murid yang berjaya
menguasai dan tidak menguasai huruf jawi, murid yang boleh menyambung
sukukata dan tidak boleh menyambung sukukata dengan betul. Ini bertujuan
membentuk bahan inovasi yang sesuai. Setelah itu, maka saya menyediakan
satu bahan inovasi yang saya jangka boleh membantu pembelajaran murid
dalam bacaan dan tulisan Bidang Jawi. Sebelum bahan inovasi FLIP FLAP
JAWI ini digunakan dalam sesi pembelajaran, murid diberi Ujian Pra bagi
menentukan tahap pencapaian awal mereka.
4.3.3 Ujian Pra
Ujian Pra mengandungi 4 bahagian soalan. Murid akan menyebut, membaca dan
menulis mengikut arahan guru. Guru akan melakukan semakan penguasaan murid
sebelum menggunakan bahan inovasi yang bakal digunakan.
Data yang diperolehi melalui ujian pra yang dilakukan adalah seperti berikut:-
Menyebut huruf susunan tertib alif hingga ya secara individu.
Tahap Menguasai Bil. Murid Peratus (%)
23.5 %
Menguasai 8 76.5 %
Tidak menguasai 26
Menulis huruf susunan tertib alif hingga ya secara individu.
Tahap Menguasai Bil. Murid Peratus (%)
14.7%
Menguasai 5 85.3%
Tidak menguasai 29
Menyebut huruf susunan menurun alif hingga ya secara individu
Tahap Menguasai Bil. Murid Peratus (%)
5.9 %
Menguasai 2 94.1 %
Tidak menguasai 32
Menulis huruf susunan menurun alif hingga ya secara individu
Tahap Menguasai Bil. Murid Peratus (%)
5.9%
Menguasai 2 94.1%
Tidak menguasai 32
Menyebut huruf susunan rawak secara individu
Tahap Menguasai Bil. Murid Peratus (%)
5.9 %
Menguasai 2 94.1 %
Tidak menguasai 32
Menulis huruf susunan rawak secara individu
Tahap Menguasai Bil. Murid Peratus (%)
8.8%
Menguasai 3 91.2%
Tidak menguasai 31
Bacaan Sukukata
Tahap Menguasai Bil. Murid Peratus (%)
5.9 %
Menguasai 2 94.1 %
Tidak menguasai 32 Peratus (%)
2.9%
Penulisan Sukukata 97.1%
Tahap Menguasai Bil. Murid
Menguasai 1
Tidak menguasai 33
4.3.4 Ujian Pos
Data yang diperolehi melalui ujian pos yang dilakukan adalah seperti berikut:-
Menyebut huruf susunan tertib alif hingga ya secara individu.
Tahap Menguasai Bil. Murid Peratus (%)
Menguasai 34 100 %
Tidak menguasai 0 0%
Menulis huruf susunan tertib alif hingga ya secara individu.
Tahap Menguasai Bil. Murid Peratus (%)
Menguasai 34 100%
Tidak menguasai 0 0%
Menyebut huruf susunan menurun alif hingga ya secara individu
Tahap Menguasai Bil. Murid Peratus (%)
Menguasai 28 82.4%
Tidak menguasai 6 17.6 %
Menulis huruf susunan menurun alif hingga ya secara individu
Tahap Menguasai Bil. Murid Peratus (%)
Menguasai 22 64.7%
Tidak menguasai 12 35.3%
Menyebut huruf susunan rawak secara individu
Tahap Menguasai Bil. Murid Peratus (%)
Menguasai 30 88.2 %
Tidak menguasai 4 11.8 %
Menulis huruf susunan rawak secara individu
Tahap Menguasai Bil. Murid Peratus (%)
Menguasai 24 70.6%
Tidak menguasai 10 29.4%
Bacaan Sukukata
Tahap Menguasai Bil. Murid Peratus (%)
Menguasai 32 94.1 %
Tidak menguasai 2 5.9%
Penulisan Sukukata
Tahap Menguasai Bil. Murid Peratus (%)
Menguasai 31 91.2%
Tidak menguasai 3 8.8%
4.4 ACT (TINDAKAN)
Tindakan seterusnya adalah membentangkan hasil kajian dan inovasi kepada pihak
Panitia Pendidikan Islam sama ada inovasi Flip Flap Jawi boleh diteruskan kepada
semua kelas Tahun 1 dengan melakukan penambahbaikan terhadap bahan yang
dibina. Cadangan juga dikemukakan untuk menjadikan FLIP FLAP JAWI sebagai
bahan inovasi kumpulan bagi tujuan pelaksanaan kajian secara menyeluruh
merangkumi semua murid di SKPP 18(2). Hasil inovasi ini juga dibentangkan di
peringkat Putrajaya dalam Pertandingan Guru Inovatif 2015.
5. Isu/Masalah Yang Dapat Ditangani Oleh inovasi
a. Masalah kurang penguasaan murid dapat diatasi dengan penggunaan
Flip Flap Jawi yang boleh dianggap sebagai alat permainan oleh
murid tanpa menyedari mereka sedang melakukan latihan bacaan
menggunakan Teori Integrasi Deria.
b. Membantu guru mengatasi masalah ketidakcukupan masa dalam
pelaksanaan Bidang Jawi selama 30 minit seminggu.
c. Peningkatan tahap penguasaan murid dalam bacaan dan penulisan
diharapkan dapat membantu mereka menjalani Ujian PKSR 1 dan PKSR 2
dengan lebih berkesan.
d. Wujud bahan bantu mengajar yang baharu dalam bidang Jawi
memandangkan keperluan mendesak penggunaan BBM yang berlandaskan
DSK KSSR yang terkini.
e. Membantu mengurangkan kos pembelian bahan BBM yang mahal
memandangkan kos pembinaan bahan inovasi FLIP FLAP JAWI yang
murah.
6.Potensi Untuk Disebar luaskan Kepada Pihak Lain
Sangat berpotensi untuk dijadikan bahan bantu mengajar kerana
mengandungi elemen-elemen peningkatan tahap penguasaan bacaan dan penulisan
Jawi yang diperlukan bagi meningkatkan kemampuan murid secara maksimum
dalam ruang masa yang terhad. Selain merangkumi Teori Integrasi Deria yang
diakui keberkesanannya dalam meningkatkan kecerdasan kognitif murid dalam
penguasaan kurikulum, ianya juga boleh menjimatkan kos pembelian BBM yang
bersesuaian dengan kehendak kurikulum selain praktikal digunapakai dalam situasi
masa 30 minit untuk bilangan murid yang ramai dalam sesebuah kelas.
7. PENUTUP
Pembinaan bahan inovasi ini secara tidak langsung mengubah tradisi
pembelajaran murid dari membaca satu-satu kad huruf kepada bentuk permainan
atau pergerakan tangan yang menggunakan peralatan yang sama tetapi dwi fungsi.
Selain mewujudkan satu bahan yang praktikal, mudah dibawa dan ringan, inovasi
FLIP FLAP JAWI ini boleh membantu mengurangkan kos pembelian bahan bantu
mengajar yang mahal kerana menggunakan bahan-bahan yang mempunyai kos
rendah.
SUMBER RUJUKAN
Carol Kennedy Ambruster (2009), Methods of Group Exercise Instructions –
2nd Edition : Jenson Inc. USA.
Daftar Kata Bahasa Melayu-Jawi (2012), Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan Islam Tahun 1.
Dokumen Panduan Penguasaan Pembelajaran Murid Pendidikan Islam
Tahun 1.
Mohammad @ Mokhtar Taib (2010) Pintar Jawi, Semarak Jawi Sdn. Bhd.
Sensory Integration Activities, http://www.learningrx.com/sensory-integration-
activities.htm
LAMPIRAN 1
Rajah Tulang Ikan Ishikawa
Berdasarkan Dapatan Ujian
Diagnostik
Contoh Ujian Diagnostik Jawi
Tahun 1
LAMPIRAN 2
Huraian Teori Integrasi Deria
TEORI INTEGRASI DERIA
i) Aktiviti Sentuhan:
Ini menggunakan prosedur yang menggabungkan keseronokan deria sentuh dan
perasaan ke dalam prosedur seperti aktiviti bermain tanah liat, tekapan tangan dan
jari pada permukaan kertas atau kad serta lukisan jari.
ii) Aktiviti vestibular:
Ini termasuk prosedur yang melibatkan persepsi pergerakan kanak-kanak yang
dipengaruhi oleh organ keseimbangan badan dalam telinga yang dirangsang melalui
kedudukan kepala. Beberapa contoh aktiviti vestibular termasuk menggunakan
trampoline, bermain permainan berputar atau berpusing mengeliling objek tertentu.
iii) Aktiviti Proprioceptive:
Prosedur penggunaan yang menggabungkan kesedaran badan yang berasal dari
bahagian otot, ligamen dan sendi. Beberapa contoh aktiviti proprioceptive termasuk
cocooning, perjalanan mendaki, dan aktiviti-aktiviti mengangkat bebanan.
iv) Aktiviti Perancangan Motor:
Aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan keupayaan kanak-kanak untuk
mengatur, merancang, dan melaksanakan aktiviti motor halus, kasar atau
bermasalah serta membiasakan diri dengan aktiviti motor yang baru. Beberapa
contoh aktiviti perancangan motor termasuk berjalan di atas garis lurus dan menolak
objek berat menggunakan penyapu dalam garis lurus.
Keperluan Aktiviti Integrasi Deria Dalam Meningkatkan Kecerdasan Kognitif:
Kemahiran kognitif adalah alat mental yang digunakan oleh otak untuk belajar,
menyesuaikan diri , memproses, mentafsir , dan fungsi dengan betul. Tanpa
kemahiran kognitif , kita tidak akan dapat berfungsi sama sekali. Apabila individu
mempunyai masalah integrasi deria, masalah akar adalah kemahiran kognitif yang
lemah kerana integrasi deria menggunakan kemahiran kognitif tertentu untuk
berfungsi dengan baik.
LAMPIRAN 3
Carta Gantt Perancangan Inovasi
LAMPIRAN 4
Gambar Sekitar Penggunaan
FLIP FLAP JAWI
LAMPIRAN 5
PERBANDINGAN DAPATAN
UJIAN PRA DAN UJIAN POS
DALAM BENTUK GRAF
LAMPIRAN 6
CONTOH PERBANDINGAN
TULISAN MURID DALAM TEMPOH
PENGGUNAAN BAHAN INOVASI
rujuk buku latihan murid
LAMPIRAN 7
SALINAN SLAID PEMBENTANGAN
LAMPIRAN 8
CD SOFTCOPY KAJIAN INOVASI