SEKOLAH KEBANGSAAN PINGGAN-PINGGAN,
PETI SURAT 458, 89108
KOTA MARUDU, SABAH
MESYUARAT
AGUNG TAHUNAN
PIBG
Sesi 2020/2021
TARIKH
9 OKTOBER 2021 (SABTU)
MASA
9.00 PAGI
CAPAIAN
GOOGLE MEET
KANDUNGAN
ATURCARA
NOTIS MESYUARAT AGUNG
KATA ALU-ALUAN GURU BESAR
KATA ALU - ALUAN YANG DIPERTUA PIBG
AJK PIBG SK. PINGGAN-PINGGAN SESI 2020-2021
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2020
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN SEPANJANG 2020-2021
LAPORAN KEWANGAN PIBG
SENARAI JK KERJA MESYUARAT AGUNG
PENGHARGAAN
1 Mesyuarat Agung PIBG SK PINGGAN-PINGGAN sesi 2021/2022
ATURCARA
MASA PERKARA
9.00 Pagi KATA ALU-ALUAN JURUACARA
LAGU NEGARAKU & SABAH TANAH AIRKU
BACAAN DOA
UCAPAN GURU BESAR
UCAPAN YDP PIBG SESI 2020/2021
UCAPAN PPD PUAN MALATI LAJIM
UCAPAN PERASMIAN YB DATO SERI DR RUDDY AWAH
BACAAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2019/2020
PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG SESI 2020/2021
LAPORAN KEWANGAN PIBG
PENGESAHAN LAPORAN KEWANGAN
MEMBAHAS DAN MENJAWAB USUL-USUL
PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2020/2021
KEPUTUSAN UNDIAN AJK PIBG SESI 2021/2022
UCAPAN PENANGGUHAN
UCAPAN PENUTUPAN JURUACARA
2 Mesyuarat Agung PIBG SK PINGGAN-PINGGAN sesi 2021/2022
NOTIS MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SK. PINGGAN-PINGGAN, PITAS
Ruj. Kami : SKPP(P)/700-4/04(3)/2021
Tarikh : 7 September 2021
Kepada,
Ibu bapa dan Penjaga Murid,
SK Pinggan-Pinggan, Pitas.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
NOTIS PANGGILAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK PINGGAN-PINGGAN, PITAS
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
02. Butiran mesyuarat adalah seperti berikut:
Tarikh : 9 Oktober 2021 (Sabtu)
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Lokasi masing-masing (Link Google Meet)
03. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dengan segala hormatnya menjemput tuan/puan hadir ke mesyuarat tersebut.
Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai.
04. Tuan/puan dipohon bagi mencalonkan AJK PIBG SK Pinggan-Pinggan bagi Tahun 2021/2022 melalui pautan ini
https://forms.gle/71psPgATC5uqoo187. Tuan/puan juga perlu mengisi pautan yang sama bagi mengemukakan usul dan cadangan untuk
dibincangkan dalam mesyuarat. Sila isi bermula 8 September 2021 sehingga 15 September 2021.
05. Pautan bagi kehadiran mesyuarat akan diapungkan ketika mesyuarat berlangsung. Sijil penghargaan akan diberikan atas
kehadiran tuan/puan.
Sekian. Terima kasih,
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
(IZATUL NEZIAH BINTI JERAL)
Setiausaha PIBG,
Sesi 2020/2021
SK Pinggan-Pinggan,
Pitas
3 Mesyuarat Agung PIBG SK PINGGAN-PINGGAN sesi 2021/2022
KATA ALU-ALUAN GURU BESAR
SK PINGGAN-PINGGAN
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berhormat Datuk Seri Dr Ruddy Awah, Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah
merangkap Ahli Dewan Undangan N3 Pitas
Yang Berusaha Pn Malati Binti Lajim,
Pegawai Pendidkan Daerah Pitas,
Yang Dipertua PIBG SK Pinggan-Pinggan
Yang Berusaha Tuan Asri Bin Tatoh,
Penolong Kanan Pentadbiran SK Pinggan-Pinggan
Yang Dihormati Encik Mohd Noor Yahya,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Puan Hasniah Yahya,
Penolong Kanan Kokurikulum
Encik sagolah Chupoi,
Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG SK Pinggan-Pinggan.
Guru-guru dan para ibu bapa yang saya hormati sekalian.
Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin-Nya kita dapat berkumpul secara
maya sempena Mesyuarat Agung PIBG SK Pinggan-Pinggan tahun 2021 ini. Sesungguhnya, jauh di
sudut hati saya, saya mengimpikan mesyuarat ini dilakukan secara bersemuka beramah mesra
dengan para waris di sekolah ini kerana ini merupakan tahun terakhir saya sebagai Guru Besar di SK
Pinggan-Pinggan sebelum bersara pada Julai tahun hadapan. Namun apakan daya, pandemik Covid-
19 menjadi kekangan bukan sahaja kepada kita bahkan kepada masyarakat seluruh dunia.
Kita perlu akur kepada Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan demi memastikan kita
kembali ke dalam norma yang biasa. Walau bagaimanapun, sebagai pentadbir saya tetap akan
melaksanakan tugas saya sebaik mungkin, guru2 tetap komited mengajar anak tuan puan. Justeru,
atas sokongan pihak PPD Pn Malati Lajim, ibu bapa dan guru-guru, kita telah menambah baik banyak
prasarana di sekolah ini untuk kemudahan pembelajaran murid-murid SK Pinggan-Pinggan.
4 Mesyuarat Agung PIBG SK PINGGAN-PINGGAN sesi 2021/2022
KATA ALU-ALUAN GURU BESAR
SK PINGGAN-PINGGAN
Hadirin yang dihormati sekalian,
Dalam usaha kita untuk menjana kecemerlangan ini, pihak PIBG sentiasa menyokong pihak
sekolah mengadakan pelbagai aktiviti. Pihak PIBG terutama melalui YDP, yg Berusaha Tn Asri
banyak memberi sumbangan dalam bentuk kewangan dan material untuk pelbagai aktiviti sekolah
demi kecemerlangan untuk anak-anak yang berjaya. Untuk itu, saya menyeru kepada ibu bapa agar
terus menyumbang kepada tabung PIBG untuk kita sama-sama terus menjana dan merancang
pelbagai aktiviti yang menyumbang kepada kecemerlangan anak-anak kita.
Sesungguhnya ibu bapa SK Pinggan-Pinggan ini amat bertuah kerana pada tahun 2020
sumbangan PIBG setiap ibubapa telah dibayar oleh Yang Berhormat Datuk Seri Dr Ruddy Awah,
ribuan terima kasih Datuk Seri. Kami warga PIBG SK Pinggan-Pinggan sentiasa berdoa agar Allah
permudahkan segala urusan Datuk Seri dalam usaha membangun daerah Pitas amnya dan
khususnya SK Pinggan-Pinggan yang mana Datuk Seri juga adalah alumni sekolah ini.
Ibu bapa yang dihormati sekalian,
Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua ibu bapa yang hadir
dalam majlis maya pada hari ini. Kehadiran para ibu bapa menggambarkan kesungguhan dan
komitmen dalam meningkatkan kecemerlangan anak-anak pada masa hadapan. Paling utama saya
mengucapkan tahniah kepada PIBG SK Pinggan-Pinggan sesi 2021 /2021 di bawah pimpinan YDP
yg berkaliber iaitu Tn Asri Bin Tatoh yang telah menerajui persatuan ini begitu cemerlang dengan
keperihatinan yg tinggi terhadap keperluan sekolah. Segala aktiviti kita akan lihat dalam pelaporan
setiausaha.
Kepada peneraju AJK PIBG 2021 /2022 kami warga SK Pinggan-Pinggan mengucapkan
tahniah dan syabas atas pemilihan tuan puan. Semoga sekolah ini terus maju dan hebat dlm semua
bidang yg ada samada dlm pengurusan prasarana, bidang akademik mahupun bidang sukan. Akhir
kata, saya dan seluruh warga sekolah memohon ampun maaf atas segala kekurangan & kesilapan
kami. Yang baik itu adalah kurniaan Allah SWT tapi yg tidak baik itu adalah dari kelemahan kami
sebagai hamba Allah.
Sekian, wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Saharah Haji Said
Guru Besar,
SK Pinggan-Pinggan,
Pitas.
5 Mesyuarat Agung PIBG SK PINGGAN-PINGGAN sesi 2021/2022
KATA ALU-ALUAN YDP PIBG
SK PINGGAN-PINGGAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana
masih diberikan kesihatan yang baik dalam suasana pandemik Covid 19 yang masih melanda.
Pandemik ini banyak menuntut pengorbanan dan pembaharuan dalam pelaksanaan tugasan
kita. Justeru, Mesyuarat Agung Tahunan PIBG pada tahun ini diadakan melalui Google
Meet. Untuk makluman semua, pihak kita diberi tempoh sehingga 30 Oktober 2021 untuk
melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan dan seterusnya membuat pembaharuan sijil
pendaftaran persatuan bagi tahun ini. Dikesempatan ini, saya mengucapkan jutaan terima kasih
kepada Puan Guru Besar, Saharah Haji Said atas tindakan proaktif beliau dalam merencanakan
mesyuarat ini bersama Jawatankuasa PIBG.
Sejak dilantik semula pada 15 Februari 2020, saya bersama Ahli Jawatankuasa PIBG
sekolah ini telah melaksanakan tugas untuk hadir dan menyokong majlis-majlis sekolah. Kami
juga telah merancang aktiviti sepanjang tahun untuk membantu pihak sekolah dalam aspek
akademik, kokurikulum dan penambahbaikan prasarana sekolah. Walaubagaimanapun, negara
kita dikejutkan dengan pandemik yang melanda bermula bulan Mac 2020 hingga kini.
Disebabkan itu, pelbagai aktiviti yang dirancang tergendala dan gagal dilaksanakan.
Namun demikian, saya merakamkan penghargaan kepada Jawatankuasa PIBG yang
sentiasa bersemangat melaksanakan tanggungjawab membantu pihak sekolah. Sepanjang
tempoh PdPR berlangsung, Jawatankuasa PIBG telah berkerjasama erat dengan pihak sekolah
untuk membantu menjejaki murid-murid yang ketinggalan dalam mengikuti pelajaran online.
Jawatankuasa PIBG juga dengan sokongan Puan Guru Besar turut membantu menyumbangkan
bakul makanan kepada ibu bapa murid yang terjejas dengan pandemik ini. Kita berusaha
membantu meningkatkan motivasi dan meringankan beban mereka.
Kita amat bertuah pada tahun ini kerana Yang Berhormat Dato’ Seri Dr Ruddy Awah telah
membayar yuran PIBG bagi pihak semua ibu bapa dan penjaga murid di sekolah ini. Beliau turut
menyumbangkan RM1000.00 untuk tabung PIBG. Terima kasih Yang Berhormat, semoga diberi
kesihatan berpanjangan, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan semua urusan. Sesungguhnya
telah lama kita menantikan pemimpin yang dekat dengan rakyat serta prihatin dalam
meringankan beban para ibu bapa penjaga.
Saya selaku YDP PIBG sekolah ini, amat berterima kasih atas kerjasama, sumbangan
idea dan tenaga yang diberikan oleh pihak pengurusan sekolah, guru-guru dan kakitangan serta
ibu bapa dan penjaga murid. Meskipun berhadapan kesukaran, kita telah berusaha untuk
melaksanakan amanah dan tanggungjawab masing-masing. Saya sedar bukan mudah untuk
guru-guru dan ibu bapa murid melaksanakan PdPR. Namun percayalah, kecekalan dan usaha
gigih ini akan membuahkan hasil. Bersama-sama kita berdoa agar pandemik ini segera berakhir
dan segala aktiviti dapat dilaksanakan seperti biasa.
Akhir bicara, saya mengharapkan kerjasama semua ibu bapa dan guru agar Mesyuarat
Agung Tahunan kali ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Jutaan terima kasih kepada semua
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mesyuarat kali ini. Mudah-mudahan
pengorbanan dan niat murni kita semua membuahkan kejayaan kepada anak-anak SK Pinggan-
Pinggan.
Sekian, terima kasih.
Asri Bin Tatoh 6 Mesyuarat Agung PIBG SK PINGGAN-PINGGAN sesi 2021/2022
YDP PIBG,
Sesi 2020/2021
AJK PIBG SK PINGGAN-PINGGAN 2020/2021
Pengerusi : Asri Bin Tatoh (YDP PIBG)
Naib Pengerusi : Ramross Binti Yahya (NYDP PIBG)
Setiausaha : Izatul Neziah Binti Jeral
Bendahari : Hasniah Binti Yahya
AHLI JAWATANKUASA (AJK)
Nurziemah binti Matarang
Rosaini James
Ahmad bin Mindoh
Hariani Arifin
Anisa binti Khairil
Bangis bin Parman
Rosnie Ismail
Abdul Ghani bin Selen
Roslinah binti Muhamad
Indera Abd Rahman
Rosnah Binti Rosli
AJK Lantikan Khas YDP
Salinah Binti Bagang
Suhaimi Musa
Juruaudit Kewangan 1: Puan Chee Kim Fong
Juruaudit Kewangan 2: Encik Normansur Ismail
7 Mesyuarat Agung PIBG SK PINGGAN-PINGGAN sesi 2021/2022
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUN 2020
TARIKH PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
MASA
TEMPAT SK. PINGGAN-PINGGAN, PITAS
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2020
SK PINGGAN-PINGGAN
: 15 FEBRUARI 2020 (SABTU)
: 10.00 PAGI
: DEWAN TERBUKA SK PINGGAN-PINGGAN
KEHADIRAN: 367 ORANG
1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Yang Di Pertua PIBG En. Asri Bin Tatoh sebagai pengerusi majlis mengucapkan
setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas kehadiran semua ibu bapa dan guru-guru
ke mesyuarat pada kali ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada penaja-
penaja hamper untuk acara cabutan bertuah.
1.2 Beliau meluahkan rasa gembira atas komitmen yang diberikan ibu bapa dan
guru terhadap mesyuarat PIBG dan berharap agar situasi ini berterusan untuk
semua program sekolah sepanjang tahun ini.
1.3 Di akhir ucapan, beliau memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat
kesilapan yang telah dilakukan sepanjang beliau menerajui kepimpinan PIBG bagi
sesi 2019.
2. UCAPAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PITAS
Ucapan pegawai pendidikan daerah pitas disampaikan oleh Encik Normansur bin
Ismail selaku Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Akademik. Beliau
menyeru ibu bapa untuk sentiasa memberi kerjasama terhadap pihak sekolah dan
memberikan perhatian terhadap pendidikan anak-anak. Hal ini bagi memastikan
anak-anak mendapat sokongan yang diperlukan dan seterusnya cemerlang dalam
kurikulum dan kokurikulum. Beliau menegaskan pihak pejabat pendidikan daerah
adalah komited untuk meningkatkan pencapaian akademik murid-murid di daerah
ini dan berharap agar ibu bapa menyokong usaha tersebut.
8 Mesyuarat Agung PIBG SK PINGGAN-PINGGAN sesi 2021/2022
3. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGAUNG PIBG 2019
3.1 Minit Mesyuarat Agung PIBG 2019 telah dibentangkan oleh Cik Izatul Neziah
Binti Jeral. Minit mesyuarat lalu telah dicadang untuk disahkan oleh Puan Salinah
Binti Bagang dan disokong oleh Puan Dayang.
4. PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI PIBG 2019/2020
Pembentangan Laporan Aktiviti PIBG 2019 telah disampaikan oleh Cik Izatul Neziah
Binti Jeral. Di antara aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2019
adalah seperti berikut:
BIL AKTIVITI PELAKSANAAN
18/3/2019
1 Membuka akaun PIBG SK Pinggan-Pinggan di Bank Rakyat, 16/3/2019
Cawangan Kota Marudu.
26/3/2019
2 Menyediakan paip-paip untuk kemudahan murid mengambil
wudhu di hadapan surau SKPP
3 Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri SKPP, Tahun 2019
4 Majlis meraikan murid Tahun 6 sebelum UPSR 27/8/2019
5 Perlawanan Bola Tampar antara warga SKPP dan ibu bapa 27/8/2019
6 Sumbangan Kon untuk kawalan murid melintas jalan raya 14/2/2019
7 Memasang Awning dewan terbuka SKPP 12/2/2020
8 Ceramah Asma Ul Husna untuk murid-murid tahun 6 12/2/2020
9 Memasang tempat duduk/rehat murid di laluan berbumbung 14/2/2020
SKPP
5. MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER
2019
Pembentangan Laporan Penyata Kewangan PIBG berakhir pada 31 Disember 2019
telah disampaikan oleh Pn. Hasniah Yahya iaitu Bendahari PIBG Sesi 2019. (Sila
Rujuk Lampiran Laporan Kewangan PIBG SK. Pinggan-Pinggan, Pitas bagi Tahun
berakhir 31 Disember 2018).
9 Mesyuarat Agung PIBG SK PINGGAN-PINGGAN sesi 2021/2022
i. Jumlah pendapatan kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2019
RM489.00
ii. Jumlah perbelanjaan kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2019
RM4239.00
iii. Baki kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2019 adalah sebanyak
RM1465.00
Beliau memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan sepanjang memegang
jawatan sebagai Bendahari PIBG.
Laporan kewangan dicadang untuk disahkan oleh Puan Dayang dan disokong oleh
Puan Rosni Ismail.
6. PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2020/2021
6.1 Encik Asmat Bin Demsi mencadangkan agar jawatankuasa PIBG 2019/2020
dikekalkan bagi sesi 2020/2021. Beliau menyatakan bahawa jawatankuasa yang
lalu perlu diberikan tempoh dan peluang untuk melaksanakan segala perancangan
yang belum terlaksana.
6.2 Cadangan beliau disokong oleh Encik Indera Abdul Rahman. Ahli mesyuarat
yang hadir juga bersetuju untuk mengekalkan jawatankuasa yang lalu bagi sesi
2020/2021.
6.3 Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG bagi menggantikan AJK yang digugurkan.
AJK Tanjung Senimpul
Puan Hariani Arifin
Pencadang: Puan Anisa Khairil
Disokong: Encik Alias Asmuni
AJK KG Gailun
Encik Abdul Ghani Bin Selen
Pencadang: Encik Indera Abdul Rahman
Disokong: Encik Bangis Bin Parman
AJK KG Pinggan-Pinggan
Encik Indera Abdul Rahman
Pencadang: Encik Ahmad Bin Mindoh
Disokong: Puan Rosni Ismail
10 Mesyuarat Agung PIBG SK PINGGAN-PINGGAN sesi 2021/2022
Ahli jawatankuasa PIBG bagi sesi 2020/2021 ialah seramai 15 orang. Berikut
merupakan jawatankuasa tersebut:
Pengerusi : Asri Bin Tatoh (YDP PIBG)
Naib Pengerusi : Ramross Binti Yahya (NYDP PIBG)
Setiausaha : Izatul Neziah Binti Jeral
Bendahari : Hasniah Binti Yahya
AHLI JAWATANKUASA (AJK)
Nurziemah Binti Matarang
Rosaini James
Ahmad Bin Mindoh
Hariani Arifin
Anisa Binti Khairil
Bangis Bin Parman
Rosnie Ismail
Abdul Ghani Bin Selen
Roslinah Binti Muhammad
Indera Abd Rahman
*Pengerusi Permuafakatan Pra sekolah
Juruaudit Kewangan 1: Puan Chee Kim Fong
Juruaudit Kewangan 2: Encik Normansur Ismail
7. PEMBENTANGAN USUL
7.1 Keberadaan ibu bapa dalam kawasan sekolah
Usul memohon agar ibu bapa murid tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam kawasan
sekolah. Hal ini kerana terdapat kes murid dimarahi ibu bapa murid yang lain sewaktu
ketiadaan guru didalam kelas.
Respon Guru Besar
Usul wajar disokong atas faktor keselamatan semua murid.
Usul disokong oleh ahli mesyuarat dan ibu bapa murid hanya dibenarkan untuk
menghantar murid ke kelas pada waktu pagi dan tidak dibenarkan untuk berada di
dalam kawasan sekolah sewaktu PDPC berlangsung.
11 Mesyuarat Agung PIBG SK PINGGAN-PINGGAN sesi 2021/2022
7.2 Jadual Waktu
Memohon agar waktu Pendidikan Jasmani (PJ) tidak diletakkan pada hari
isnin.
Memohon agar murid diberikan senarai buku teks agar ibu bapa dapat
mengenalpasti buku teks yang diagihkan.
Resit bagi tali leher dan tag nama diserahkan pada ibu bapa.
Respon Guru Besar
Jadual waktu bagi semua subjek telah diselaraskan mengikut kesesuaian dan situasi
sekolah. Senarai buku teks akan diberikan kepada murid dan untuk makluman ibu
bapa, masih terdapat beberapa buku teks yang belum cukup bekalan. Guru Besar
berharap agar semua ibu bapa dapat mengingatkan anak-anak untuk sentiasa
menjaga buku teks agar tidak hilang sehingga menyebabkan ibu bapa terpaksa
membuat bayaran gantian.
Respon Penolong Kanan HEM
Puan Hasniah Yahya selaku Penolong Kanan HEM memaklumkan ibu bapa bahawa
buku teks berada dibawah bidang kuasa HEM. Guru penyelaras Buku teks ialah Puan
Sapliah Aruk dan ibu bapa boleh berhubung dengan beliau untuk sebarang
pertanyaan berkenaan buku teks. Beliau memohon ibu bapa untuk membantu
memastikan buku teks murid berada dalam keadaan baik.
Puan Hasniah juga menyatakan resit bagi tali leher dan tag nama ada diserahkan
kepada semua ibu bapa tahun 1 yang mendaftar pada tahun lalu.
8. UCAPAN PENASIHAT PIBG
Pn Saharah Hj Said selaku penasihat PIBG mengucapkan jutaan terima kasih kepada
barisan ahli jawatankuasa PIBG sesi 2019/2020 yang dipengerusikan oleh Encik Asri
Bin Tatoh atas sumbangan yang telah diberikan sepanjang tahun 2019. Beliau
menyokong penuh pengekalan jawatankuasa yang lalu dan berharap agar
jawatankuasa ini akan terus komitmen melaksanakan segala aktiviti yang memberi
manfaat kepada sekolah. Beliau juga merakamkan penghargaan kepada ibu bapa
yang telah hadir dan berharap agar ibu bapa memberi kerjasama dan sokongan
kepada jawatankuasa PIBG dan pihak sekolah untuk meningkatkan kecemerlangan
SK Pinggan-Pinggan dalam semua bidang.
12 Mesyuarat Agung PIBG SK PINGGAN-PINGGAN sesi 2021/2022
9. UCAPAN PENGGULUNGAN / PENANGGUHAN YDP PIBG SESI 2020/2021
En. Asri Bin Tatoh selaku Pengerusi PIBG mengucapkan terima kasih kepada ibu
bapa yang kekal hadir sehingga ke akhir mesyuarat. Beliau juga mengucapkan
jutaan terima kasih atas sokongan yang diberikan kepadanya untuk terus menggalas
tugas pengerusi PIBG bagi sesi 2020/2021. Beliau mengumumkan sumbangan
peribadi sebanyak RM1000.00 ke dalam akaun PIBG dan memaklumkan bahawa
sumbangan RM10.00 bagi ibu bapa dan guru dikekalkan.
Beliau berharap agar segala perancangan PIBG untuk tahun ini dapat dilaksanakan
dan memberi impak positif kepada murid-murid dan pihak sekolah. Beliau bersama
ahli jawatankuasa yang dilantik akan terus komited untuk menyumbangkan idea dan
tenaga bagi meningkatkan kecemerlangan murid-murid SK Pinggan-Pinggan.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.15 petang.
Disediakan oleh:
IZZATUL NEZIAH BINTI JERAL
Setiausaha PIBG 2020/2021
SK Pinggan-Pinggan
13 Mesyuarat Agung PIBG SK PINGGAN-PINGGAN sesi 2021/2022
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN
SEPANJANG 2020/2021
Mesyuarat AJK PIBG telah diadakan sebanyak 3 kali sepanjang tahun 2020 hingga 2021.
Kehadiran mesyuarat adalah seperti berikut:
*AJK lantikan khas oleh YDP PIBG
Mesyuarat Agung Tahunan 2020 telah diadakan pada 15 Februari 2020. Dalam mesyuarat
tersebut, ahli mesyuarat sebulat suara mengekalkan jawatankuasa PIBG sedia ada dengan
penambahan ahli baru menggantikan ahli yang meletak jawatan.
Gambar 1 Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2020
14 Mesyuarat Agung PIBG SK PINGGAN-PINGGAN sesi 2021/2022
Setelah dilantik, Ahli Jawatankuasa PIBG yang baru hadir memberi sokongan
dalam Program Pentauliahan Pemimpin sekolah pada 17.2.2020. YDP PIBG Tuan Asri
Bin Tatoh bersama AJK PIBG yang lain juga turut hadir di Padang SK Pekan Pitas 2
untuk memberi sokongan kepada kontinjen sekolah dalam kejohanan sukan sekolah-
sekolah peringkat zon pada 20.2.2020.
Gambar 2 Program Pentauliahan Pemimpin Sekolah Gambar 3 YDP PIBG bersama murid-murid yang mewakili
yang dirasmikan oleh YDP PIBG, Tuan Asri Bin Tatoh sekolah dalam kejohanan sukan peringkat zon
Mesyuarat kali pertama AJK PIBG Sesi 2020/2021 diadakan pada 3 Mac 2020. Dalam
mesyuarat ini, Ahli Jawatankuasa bersama-sama penasihat PIBG telah memasang papan
tanda Tempat Berkumpul yang disumbangkan oleh PIBG.
Dalam mesyuarat ini juga, jawatankuasa PIBG telah sedia merancang pelbagai aktiviti
untuk membantu murid-murid dan pihak sekolah, namun segala perancangan tidak dapat
dilaksanakan disebabkan kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada
17 Mac 2020.
Sebaik tamat PKP, jawatankuasa PIBG telah membantu pihak sekolah dalam Program
pengagihan modul untuk murid yang tidak dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran
secara online pada 16.6.2020 dan 24.6.2020.
15 Mesyuarat Agung PIBG SK PINGGAN-PINGGAN sesi 2021/2022
Gambar 5 dan 6 YDP PIBG bersama AJK PIBG membantu guru-guru untuk mengagihkan modul kepada murid.
Ahli PIBG yang hadir telah membantu guru-guru untuk mengenalpasti lokasi rumah
murid-murid yang terlibat.
Gambar 6 dan 7 AJK PIBG yang membantu Program Pengagihan modul untuk murid offline
Pada 9.07.2021, jawatankuasa PIBG telah hadir ke sekolah untuk program
persediaan pembukaan sekolah pasca Covid 19. Beberapa orang pengusaha van dan bas
sekolah dijemput untuk hadir dan YDP PIBG telah menyampaikan SOP yang perlu dipatuhi
murid dan ibu bapa. YDP PIBG bersama AJK yang hadir juga telah dibawa melawat kelas-
kelas untuk meninjau persediaan pihak sekolah untuk menerima kehadiran murid selepas
sekolah ditutup akibat pandemik Covid 19.
16 Mesyuarat Agung PIBG SK PINGGAN-PINGGAN sesi 2021/2022
Gambar 8 YDP PIBG memberi penerangan SOP Gambar 9 YDP PIBG bersama AJK melawat
yang perlu diikuti ibu bapa pasca Covid 19 kelas-kelas murid
Pada 6 November 2020, YDP PIBG bersama AJK yang lain menyerahkan sumbangan bakul
makanan kepada ibu bapa murid yang terkesan dengan pandemik ini. Program ini turut
dihadiri oleh PPD Pitas, Puan Malati Lajim.
Gambar 10 PPD Pitas Puan Malati Lajim menyerahkan bakul
makanan kepada ibu bapa murid
Setelah ditutup sekali lagi akibat peningkatan kes Covid 19, sekolah kembali dibuka
semula untuk sesi terbaru pada 1 Mac 2021. YDP PIBG turut hadir untuk memberi
sokongan kepada pihak sekolah sambil menyaksikan kelancaran proses murid hadir
mengikut SOP yang ditetapkan.
17 Mesyuarat Agung PIBG SK PINGGAN-PINGGAN sesi 2021/2022
Gambar 11 YDP PIBG Encik Asri Tatoh hadir ke sekolah untuk
pembukaan sekolah hari pertama dalam sesi persekolahan Tahun 2021
Sejurus selepas sekolah dibuka semula, YDP PIBG Tuan Asri Bin Tatoh telah
menyumbangkan Mixer bagi melengkapkan sistem siaraya sekolah pada 5.3 2021.
Sumbangan ini diberikan kepada pihak sekolah bagi membantu kelancaran pengoperasian
sekolah pasca Covid 19.
Gambar 12 Sumbangan Mixer untuk sistem siaraya sekolah oleh YDP PIBG
Pada 10.3.2021, YDP PIBG Encik Asri Bin Tatoh seterusnya telah membantu untuk
menyiapkan ruang menunggu untuk murid-murid. Ruangan menunggu ini digunakan untuk
mengambil suhu murid pada waktu pagi dan sebagai lokasi murid menunggu ibu bapa
selepas tamat waktu persekolahan.
18 Mesyuarat Agung PIBG SK PINGGAN-PINGGAN sesi 2021/2022
Gambar 14 Menutup longkap untuk memudahkan laluan murid dalam
kawasan sekolah
Pengoperasian sekolah sepanjang tahun 2020 sehingga 2021 amat mencabar
disebabkan pandemik yang melanda negara. Namun PIBG SK Pinggan-Pinggan yang
dipengerusikan oleh Encik Asri Bin Tatoh tetap berusaha melaksanakan tanggungjawab
membantu pihak sekolah melancarkan operasi. Semoga pandemik ini berakhir dan segala
aktiviti serta perancangan PIBG dapat dilaksanakan dengan aktif.
Laporan oleh,
(Izatul Neziah Binti Jeral)
Setiausaha PIBG,
Sesi 2020/2021
19 Mesyuarat Agung PIBG SK PINGGAN-PINGGAN sesi 2021/2022
LAPORAN KEWANGAN PIBG
LAPORAN AUDIT MELALUI AKAUN BANK RAKYAT
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU
SK PINGGAN-PINGGAN PITAS
TAHUN 2020-2021
BIL TARIKH KETERANGAN WANG WANG BAKI
KELUAR MASUK
1. 31/12/2020 Baki dibawa kehadapan RM1410.21
2. 12/02/2020 Cash Withdrawal RM835.00
1. Makanan VIP sempena
mesyuarat Agung PIBG
2020 (RM500)
2. Hiasan Pentas (150)
3. Plak Penghargaan Ibu
Mithali (RM30)
4. Bayaran Penyata
Akaun (RM10)
5. Banner (RM80)
6. Cenderahati Perasmi
Mesyuarat Agung
(RM30)
7. Sijil Penghargaan
Mesyuarat Agung
2020(RM15)
8. Ink Printer (RM20)
RM575.21
3. 29/02/2020 Credit profit(Hibah) RM 1.06 RM576,27
4. 04/03/2020 CDM Cash Deposit (Sumbangan RM 1350 RM1926.27
Ibubapa) RM10 x 135 per ibubapa
5. 04/03.2020 CDM Cash Deposit(Sumbangan RM 100 RM2026.27
Ibubapa) RM10 x 10 per ibubapa
6. 31/03/2020 Credit Profit(Hibah) RM 2.40 RM2028.67
7. 30/04/2020 Credit Profit(hibah) RM 2.49 RM 2031.16
8. 31/05/2020 Credit Profit (Hibah) RM 2.58 RM 2033.74
9. 24/06/2020 Duit Now RM 560. RM 2593.74
10. 30/06/2021 Credit Profot (Hibah) RM 2.66 RM 2696.40
11. 31/07/2020 Credit Profit(Hibah) RM 3.30 RM 2599.70
12. 04/08/2020 Cash withdrawal RM 700 RM 1899.70
Tujuan pembelian Infrared
Thermometer model DN-868
3 set
20 Mesyuarat Agung PIBG SK PINGGAN-PINGGAN sesi 2021/2022
13. 18/08/2020 Cash withdrawal untuk kelas Ustaz RM 560 RM 1339.70
Mohd.Firdaus (3K)
RM 2.18 RM 1341.88
14. 31/08/2020 Credit Profit(Hibah) RM 1.65 RM 1343.53
15. 30/09/2020 Credit Profit(Hibah) RM 1.71 RM 1345.24
16. 31/10/2020 Credit Profit (Hibah) RM 1.65 RM 1346.89
17. 30/11/2020 Credit Profit (Hibah) RM 1.71 RM 1348.60
18. 31/12/2020 Credit Profit (Hibah)
LAPORAN AUDIT MELALUI AKAUN TUNAI
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU
SK PINGGAN-PINGGAN PITAS
TAHUN 2020-2021
BIL TARIKH KETERANGAN WANG WANG BAKI
MASUK KELUAR RM 50.00
RM 1050
1. 31/12/2020 Baki di bawa ke hadapan
RM 950
2. 04/03/2020 Menerima sumbangan ibubapa RM 1000
RM10 x 100 = RM 1000
3. 10/03/2020 Sumbangan Kepada 5 orang Atlet RM 100
SK Pinggan-Pinggan mewakili
Daerah ke Peringkat Negeri Sabah
di Daerah Lahad Datu.
Tindakan : Cikgu Zakwan
Mohd.Redwan
4. Sumbangan Kepada
11/03/2020 PN.Rosmawati Sindong untuk
tujuan Photostate Modul Linus
untuk murid-murid Linus RM 185 RM 765
RM5 x 37
Tindakan : Pn.Rosmawat Sindong
5. 13/03/2020 Sumbangan kepada Guru-guru, RM200 RM 565
murid-murid( SK Pinggan-Pinggan)
Membeli wayar panjang dan upah
pemasangan untuk menggantikan
wayar cikgu Wesley G.Sipuji yang
digunakan oleh sekolah untuk
menarik air ke tandas, paip-paip
21 Mesyuarat Agung PIBG SK PINGGAN-PINGGAN sesi 2021/2022
kawasan sekolah dan rumah guru
SK Pinggan-Pinggan.
Tindakan : Pn.Chee Kim Fong
Dan En.Pomin
6. 11/07/2020 Pembelian Hand Sanitizer RM 400
20 x RM 20 RM 60
Pembelian Mask RM 22 RM 83
2 x RM 30
Pembelian Tuala Wanita RM 4673
2 x RM 11
Tindakan : PK Hem
7. 13/04/2021 Menerima 2 sumbangan daripada
Datu Sri Ruddy Awah
1. Sumbangan RM1000 RM1000
2. Sumbangan untuk
ibubapa dan diberikan
kepada PIBG RM10 x
359
RM 3590
22 Mesyuarat Agung PIBG SK PINGGAN-PINGGAN sesi 2021/2022
Jawatankuasa Induk
MESYUARAT AGUNG PIBG SK PINGGAN-PINGGAN TAHUN 2021
BIL JAWATANKUASA BIDANG TUGAS
1 Urus Setia Membuat hebahan serta menggalakkan ibu
bapa dan guru untuk hadir MAT PIBG secara
a) Puan Saharah dalam talian.
Hj Said
Memastikan semua persediaan/persiapan
b) En.Mohd Noor dibuat sebelum MAT PIBG dilaksanakan
Awang Yahya
Menguruskan semua surat menyurat dan
c) Puan Hasniah sistem atas talian berkaitan MAT PIBG
Yahya secara dalam talian.
d) En.Sagolah Menyelesaikan sebarang masalah berkaitan
Chupoi mesyuarat sebelum MAT PIBG
dilaksanakan.
e) Cik Izatul Neziah
Mengumpul data berkaitan usul, pencalonan
JK PIBG baharu dan lain-lain berkaitan.
Memastikan Laporan MAT secara dalam
talian bersama-sama Penyata Kira-Kira
Kewangan PIBG dihantar kepada JPN dan
PPD dalam tempoh 30 hari setelah MAT
secara dalam talian dilaksanakan.
2 Moderator Mengendalikan MAT PIBG secara dalam
talian mengikut atur cara majlis dan agenda
a) Muhammad Irfan MAT PIBG
Abdul Manaf
Memastikan perjalanan MAT PIBG secara
b) Mohd Azrin Bin dalam talian berjalan lancar
Masdan
Menyediakan serta menghebahkan Google
3 Cadangan Usul dan Form cadangan usul dan AJK PIBG sesi
AJK PIBG Sesi 2021/2022
2021/2022
Memastikan ibu bapa penjaga dan guru-guru
a) Penasihat PIBG mengisi Google Form cadangan usul dan
b) Pengerusi PIBG AJK PIBG sebelum 15 September 2021.
c) Mohd Noor
Memastikan Response Google Form ditutup
Yahya pada 15 September 2021.
d) Debrah @ Dona
Mengenalpasti usul yang dipilih untuk
Michael Litak dibahaskan dalam MAT.
e) Puan Rosni
Membincang dan memberi jawapan balas
Ismail kepada usul yang dikemukakan.
f) Puan Rosaini
Memberikan senarai pendek cadangan AJK
James PIBG sesi 2021/2022 kepada AJK
g) Puan Hariani pengundian.
Arifin
h) Puan Rosnah
Rosli
i) Puan
Nurziemah
j) Puan Roslinah
23 Mesyuarat Agung PIBG SK PINGGAN-PINGGAN sesi 2021/2022
4 Pendaftaran SEBELUM MAT
a) Cik Nor Fatin Menyediakan google form kehadiran ibu bapa dan
Shuhada Binti guru beserta sijil kehadiran janaan automatik.
Azhar
SEMASA MAT
b) Cik Norlianeh
Binti Ali Menghebahkan link kehadiran dan memastikan
ibu bapa dan guru mengisi kehadiran sewaktu
c) Cik Rosnani MAT berlangsung.
Sidek
Memastikan ibu bapa dan guru mengisi kehadiran
d) Pn Amiliah MAT PIBG.
Gapor
Menyerahkan data kehadiran kepada SU PIBG
e) Ruzina Binti selepas tamat MAT PIBG
Peter @ Pitah
Mencatat minit sepanjang mesyuarat MAT PIBG
f) Sapliah Bt secara dalam talian.
Aruk
Memastikan rakaman Google Meet bermula ketika
g) Pn Anisa mesyuarat berlangsung.
Khairil (AJK
PIBG) Menyerahkan catatan minit MAT PIBG kepada SU
PIBG selewat-lewatnya dalam tempoh dua (2)
h) Puan Iraawati minggu selepas MAT PIBG dilaksanakan.
Binti Rajib
Menyediakan bilik/dewan atau lokasi lain bagi
i) Manja @ pelaksanaan MAT PIBG secara dalam talian jika
Maznah Binti diperlukan.
Madtasin
Memastikan penjarakan fizikal, kebersihan dan
j) Chee Kim keselamatan tempat.
Fong
Menyediakan pelan laluan terarah dan pelan
k) Puan penjarakan fizikal sekurangMesyuarat Agung
Ramross Tahunan PIBG 2021 satu(1) meter antara individu
dalam semua keadaan bagi pentadbir sekolah,
5 Pencatat Minit dan JK PIBG (jika hadir).
Mesyuarat
Menyediakan peralatan pensanitasi tangan (hand
a) Cik Najihah sanitizer).
Ismail
Menyediakan pelan susun atur peralatan dan
b) Cik Siti kemudahan bilik/dewan.
Aimih Bidin
6 Persediaan Tempat
a) En Rossdy
Abdul Hamid
b) Roger samin
c) En.Abdul
Ghani Selen
d) Encik Indera
Abdul
Rahman
e) En Ahmad
Mindoh
f) En Bangis
Parman
24 Mesyuarat Agung PIBG SK PINGGAN-PINGGAN sesi 2021/2022
Membaca doa sebelum majlis / MAT PIBG
7 Bacaan Doa
a) En Rahman
Bin Duraim
8 Pengundian Menguruskan semua perkara berkaitan proses
Jawatankuasa PIBG pengundian.
secara dalam talian
Menyediakan Google Form pengundian.
b) En Mohd Noor Menghebahkan dan menggalakkan ibu bapa dan
B. Awang
Yahya penjaga serta guru-guru untuk mengundi calon-
calon AJK didalam Google Form yang
c) En Mohd disediakan.
Yusoff B. Mengira undian secara dalam talian.
Harun
Menyampaikan data keputusan undian kepada
d) En. Abdul Aziz Urus Setia/Moderator.
B. Awang
Salleh
9 Teknikal / Peralatan / SEBELUM
Multimedia
Menyediakan link Google Meet MAT beserta
a) En Jamri attachment bahan berkaitan.
Totoies
Menyediakan peralatan komputer dan
b) En Armizan kemudahan akses internet sepanjang tempoh
Masree MAT PIBG berlangsung.
c) Rossly Bin Memastikan akses panggilan mesyuarat MAT
Abdul Hamid PIBG secara dalam talian kepada ibu bapa dan
guru diserahkan selewat-lewatnya dua (2) hari
d) Mohd Hafiz sebelum MAT PIBG secara dalam talian
Bin Samil dilaksanakan.
e) Mohd Memastikan talian internet pada pautan MAT
Syarifuddin PIBG adalah baik serta mudah diakses oleh ibu
Bin Ismail bapa dan guru sekurang-kurangnya satu (1) jam
sebelum
f) En. Dollah
Masrah Memastikan ibu bapa dan guru masuk pautan
MAT PIBG secara dalam talian sekurang-
kurangnya 30 minit sebelum MAT PIBG
bermula.
SEMASA
Memastikan Google Meet MAT dirakam
sepenuhnya.
Memastikan guru dan ibu bapa mendapat akses
kepada MAT PIBG secara dalam talian.
SELEPAS
25 Mesyuarat Agung PIBG SK PINGGAN-PINGGAN sesi 2021/2022
10 Buku Program Menyediakan buku program MAT PIBG
dalam bentuk yang boleh diakses oleh ibu
a) Izzatul Umairah bapa dan guru.
Binti Nasdin
Memastikan buku program disertakan dalam
b) Capreesandy talian pada hari mesyuarat.
Anton
Membuat banner MAT PIBG
c) Azreenah Binti Memasang banner di hadapan pintu pagar
Shahari
sekolah sebagai hebahan kepada ibu bapa
11 Banner dan penjaga murid.
Menyediakan banner sebagai paparan
a) Wesley George didalam Google Meet MAT PIBG.
Sipuji
b) Izatul Neziah
12 Fotografi dan Video Mengambil/mengumpul gambar persediaan
MAT PIBG.
a) En Mohammad
Zakwan Reduan Mengambil gambar/screenshot semasa
mesyuarat berlangsung.
b) Pn
Cornelia Gudang Membuat video proses persediaan sebelum
dan semasa MAT PIBG berlangsung.
c) Pn Juthersa
Jalunah Membantu penyediaan/pembikinan video
berkaitan MAT:
13 Video Ucapan Pengerusi PIBG
Ucapan Penasihat PIBG
a) Jelvin Bin Mohiling Pengesahan minit mesyuarat
b) Mohd Aizul Laporan Bendahari
Hazwan Bin Menghasilkan Chanel You Tube SKPP untuk
Ramlie tujuan muat naik video-video berkaitan MAT
c) Dyelshon Rubin PIBG.
d) Ronnie Stefhannie
Nasirin Mengumpul video untuk dimuatnaik dalam
e) Siti Norihan Binti chanel you tube.
Abdul Salam
Memuat naik rakaman Google Meet
mesyuarat yang telah selesai kedalam
chanel You tube
Memastikan semua video dalam keadaan
yang baik dan boleh diakses.
26 Mesyuarat Agung PIBG SK PINGGAN-PINGGAN sesi 2021/2022
Yang Dipertua
dan Ahli Jawatankuasa PIBG
SK Pinggan-Pinggan, Pitas
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada:
Guru Besar,
Penolong-penolong Kanan dan
Guru-guru serta Staf
SK Pinggan-Pinggan.
Semua waris yang telah memberi kerjasama
dan sumbangan dalam menjayakan majlis kita
serta
Semua pihak yang terlibat dalam membantu kami dari segi
kewangan,
material dan sokongan moral
dalam melaksanakan mesyuarat ini dengan jayanya.
Semoga Tuhan memberi keberkatan
atas segala usaha kita.
27 Mesyuarat Agung PIBG SK PINGGAN-PINGGAN sesi 2021/2022