SULIT
Sejarah
Kertas 1
JULAI 2021
1 jam
SMK DESA CEMPAKA
BANDAR BARU NILAI, 71800 NILAI NEGERI SEMBILAN
PENTAKSIRAN PERTENGAHAN TAHUN 2021
TINGKATAN 5
SEJARAH
KERTAS 1
[1 JAM]
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
Arahan:
1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan objektif. Jawab semua soalan.
2. Setiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan. Pilih jawapan yang paling
sesuai dan tandakan di dalam kertas jawapan yang disediakan.
NAMA : ______________________________________________
TINGKATAN : ______________________________________________
SEMUA KERTAS SOALAN HARUS DIKUTIP SEMULA
________________________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak
SULIT
2
Kemerdekaan Tanah Melayu 1957
Pembentukan Malaysia 1963
1. Maklumat di atas mempunyai kaitan dengan
A. Perlembagaan C. Undang-undang
B. Kedaulatan D. Pentadbiran
2. Maklumat berikut berkaitan sistem pemerintahan negara kita.
Demokrasi
Raja Berperlembagaan
Siapakah ketua utama negara?
A. Gabenor C. Perdana Menteri
B. Presiden D. Yang DiPertuan Agung
3. Apakah maksud Demokrasi Berparlimen?
A. Pemerintahan melalui perwakilan
B. Pemerintahan secara mutlak
C. Pemerintahan secara warisan
D. Pemerintahan secara realpolitik
4. Pernyataan berikut adalah langkah untuk mempertahankan kedaulatan negara
Mewujudkan kestabilan politik
Mewujudkan kemakmuran ekonomi
Apakah usaha pemerintah bagi mencapai matlamat tersebut?
A. Mengukuhkan dasar-dasar kerajaan
B. Melaksanakan undang-undang negara
C. Mewujudkan integrasi nasional
D. Menghormati sesama kaum
5. Maklumat berikut adalah berkaitan dengan semangat patriotisme
Patriotisme ialah perasaan cinta yang mendalam terhadap
negara dan sanggup mempertahankan negara demi
kemakmuran dan kestabilan sesebuah negara
Apakah peranan rakyat bagi merealisasikan semangat tersebut?
1511/1 [Lihat halaman sebelah
SULIT
3
A. Peka terhadap keselamatan negara
B. Mengukuhkan pasukan keselamatan
C. Menghormati lambang-lambang negara
D. Menggalakkan kolaborasi dengan pihak luar
6. Jenis-jenis kedaulatan termasuklah
I Kedaulatan Tradisional
II Kedaulatan Ideologi
III Kedaulatan Perlembagaan
IV Kedaulatan Antarabangsa
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV
7. Penetapan sempadan negara dapat memudahkan
I urusan penyeludupan
II urusan pencerobohan perairan
III urusan pembangunan ekonomi
IV urusan pertahanan
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV
8. Antara yang berikut, badan manakah yang bertanggungjawab menggubal dan
menentukan sistem perundangan negara kita?
A. Yang Dipertuan Agong C. Majlis Raja-Raja Melayu
B. Mahkamah Persekutuan D. Parlimen
9. Mengapakah kedaulatan penting bagi sesebuah negara?
A. Menjadi kuasa politik unggul di dunia
B. Menunjukkan kekuatan angkatan tentera
C. Mewujudkan keberkesanan sistem pentadbiran
D. Membuktikan dasar luar mengikut situasi semasa
Suruhanjaya Reid
Model Westminster
10. Maklumat di atas mempunyai kaitan dengan
A. Perlembagaan C. Demokrasi
B. Kedaulatan D. Pentadbiran
1511/1 [Lihat halaman sebelah
SULIT
4
11. Apakah takrif Perlembagaan?
A. Undang-undang tertinggi C. Kedaulatan negara
B. Kuasa pemerintahan D. Kebebasan rakyat
12. Antara berikut, yang manakah merupakan sebahagian daripada undang-undang
bertulis di negeri-negeri Melayu tradisional?
I Undang-Undang 99 Perak III Charter of Justice
II Hukum Kanun Melaka IV Adat Temenggung
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV
13. Undang-undang yang manakah yang diperkenalkan oleh British di Negeri-Negeri
Selat?
A. Council Negri C. Charter of Justice
B. The Common Law of England D. Undang-Undang Laut Melaka
14. Matlamat utama British memperkenalkan undang-undang di Negeri-Negeri Selat
ialah
I Melindungi penduduk asal daripada penindasan
II Melindungi penduduk asal daripada serangan luar
III Melindungi penduduk asal daripada Raja-Raja Melayu
IV Melindungi penduduk asal daripada ketidakadilan
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV
15. Apakah tujuan Charter of Justice II – 1826 diperkenalkan di Negeri-Negeri Selat?
A. Mewujudkan mahkamah di Pulau Pinang
B. Mengasingkan bidang kuasa mahkamah di Melaka
C. Mewujudkan mahkamah di Melaka dan Singapura
D. Menyatukan mahkamah di Negeri-Negeri Selat
16. Menurut Perlembagaan Sarawak 1956, badan manakah yang diberikan kuasa
untuk membuat undang-undang?
A. Majlis Tertinggi C. Gabenor
B. Majlis Negeri D. Ketua Setiausaha
17. Di Sabah pada tahun 1950, siapakah yang diberikan kuasa untuk menggubal
undang-undang?
A. Majlis Undangan C. Gabenor
B. Majlis Kerja D. Ketua Setiausaha
1511/1 [Lihat halaman sebelah
SULIT
5
18. Perlembagaan negara kita menjadi asas kepada sistem
I Kerajaan Persekutuan III Demokrasi Berparlimen
II Kedaulatan Undang-Undang IV Raja Berperlembagaan
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV
19. Pada tahun 1956, Suruhanjaya Reid telah dibentuk untuk merangka
perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
Apakah perkara asas yang dipertimbangkan dalam rangka perlembagaan
tersebut?
A. Kedudukan British C. Bantahan negara jiran
B. Jawatan tradisional D. Kuasa autonomi negeri
20. Antara berikut, yang manakah kuasa yang diperuntukkan kepada Yang di-
Pertuan Agong seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan?
I kuasa menangguhkan hukuman orang yang disabitkan kesalahan oleh
mahkamah
II kuasa membuat pelantikan bagi jawatan utama negara
III kuasa menentukan bidang kuasa kerajaan Persekutuan dan Kerajaan
Negeri
IV kuasa mengisytiharkan pelaksanaan pilihanraya umum
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV
21. Apakah ciri persamaan undang-undang berikut?
Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
Undang-undang bagi Diri Kerajaan Terengganu 1911
A. Membuktikan pemerintahan mutlak
B. Menunjukkan pengaruh birokrsi Barat
C. Menjejaskan kedaulatan raja yang memerintah
D. Menyerlahkan ciri pemerintahan raja berperlembagaan
22. Gambar di bawah menunjukkan Sultan Pahang, Sultan Ahmad.
1511/1 [Lihat halaman sebelah
SULIT
6
Bagaimanakah kedudukan baginda semasa penjajahan British?
A. Menjadi ketua kerajaan
B. Memerintah secara mutlak
C. Menerima nasihat daripada Residen
D. Menyerahkan kuasa kepada Penasihat British
23. Bagaimanakah pemerintahan beraja mampu mengimbangi pemerintahan
demokrasi?
A Mencontohi model Westminster England
B Berdasarkan kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong
C Melalui kerjasama permuafakatan pelbagai parti politik
D Raja berkecuali dalam hal politik, ekonomi dan dasar negara
24. Kerjasama politik menekankan soal perkongsian kuasa antara kaum berdasarkan
prinsip
I. kebebasan III. tolak ansur
II. keyakinan IV. perundingan
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV
25. Rajah berikut berkaitan sejarah pembentukan sistem Persekutuan negara kita
sehingga tahun 1948.
Persekutuan 1896
Majlis Mesyuarat Persekutuan 1927
X
Persekutuan Tanah Melayu 1948
Apakah X?
A. Persekutuan Malaysia
B. Persekutuan Malayan
C. Kesatuan Malaya
D. Konfederasi Tanah Melayu
1511/1 [Lihat halaman sebelah
SULIT
7
26. Maklumat berikut berkaitan usaha British menubuhkan sistem Persekutuan di
negara kita.
Persekutuan 1896
Majlis Mesyuarat Persekutuan 1927
Apakah kepentingan pelaksanaan sistem tersebut kepada British?
A. Mengukuhkan kuasa
B. Melaksanakan dekolonisasi
C. Menghapuskan ancaman komunis
D. Menamatkan perebutan takhta
27. Persekutuan Tanah Melayu 1948 merupakan gabungan sembilan buah negeri
Melayu dan dua buah Negeri-Negeri Selat.
Apakah ciri keistimewaan Persekutuan tersebut?
A. Pengagihan kuasa
B. Penubuhan parlimen
C. Pelaksanaan pilihan raya
D. Pengamalan sistem demokrasi
28. Apakah ciri persamaan kerajaan Persekutuan berikut?
Persekutuan Tanah Melayu 1957
Persekutuan Malaysia 1963
A. Jumlah anggota
B. Dibentuk melalui perjanjian
C. Pengamalan sistem Republik
D. Diketuai Yang Dipertua Negeri
29. Apakah peruntukan kuasa yang diberi oleh Perlembagaan Persekutuan kepada
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri?
I Kuasa perundangan
II Kuasa autonomi
III Kuasa kehakiman
IV Kuasa pemerintahan
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV
30. Apakah kejayaan pelaksanaan pembahagian kuasa dalam Sistem Persekutuan di
negara kita?
A. Tadbir urus sistematik C. Ketenteraman awam terkawal
B. Perpaduan kaum kukuh D. Kemiskinan rakyat ditamatkan
1511/1
[Lihat halaman sebelah
SULIT
8
31. Maklumat berikut berkaitan dasar pembangunan fizikal desa.
Kemudahan asas
Rumah rakyat
Pusat ekonomi desa
Apakah dasar tersebut?
A. DARA C. In-Situ
B. KEJORA D. Buku Merah
32. Malaysia terkenal dengan kekayaan flora dan fauna. Bagaimanakah kerajaan
mengekalkan warisan biodiversiti tersebut?
I Mewartakan tanah negeri
II Memperkenalkan Akta Mergastua
III Memperbanyakkan pembinaan zoo
IV Menubuhkan Jabatan Taman Laut Malaysia
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV
33. Apakah matlamat pembinaan rumah yang dibuat di bawah projek berikut?
Program Perumahan Rakyat (PPR)
Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KPKT)
A. Perumahan kos rendah
B. Menyusun petempatan semula
C. Penggunaan bahan tempatan
D. Menghapuskan rumah setinggan
34. Apakah kesan penubuhan Kementerian dan Majlis berikut terhadap negara?
Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Majlis Keselamatan Negara (MKN)
A. Pembangunan negara pesat
B. Pertahanan negara kukuh
C. Pentadbiran negara sistematik
D. Patriotisme rakyat diperkasa
1511/1 [Lihat halaman sebelah
SULIT
9
35. Jadual berikut berkaitan pengisytiharan kawasan bagi menjamin keselamatan dan
kedaulatan negara.
Kawasan Sebab diisytihar
RASCOM X
ESSCOM
Pencerobohan pengganas
Apakah X?
A. Serangan lanun
B. Rusuhan kaum
C. Ancaman komunis
D. Pendatang tanpa izin
36. Bagaimanakah keluhuran perlembagaan dapat mengukuhkan Persekutuan?
A. Hak mengisytihar darurat
B. Kedaulatan negeri diiktiraf
C. Pelaksanaan sistem pilihan raya
D. Undang-undang yang digubal tidak boleh bercanggah
37. Mengapakah penubuhan majlis berikut penting kepada negara?
Majlis Kewangan Negara
Majlis Tanah Negara
A. Menyusun semula masyarakat
B. Memajukan kawasan luar bandar
C. Meningkatkan taraf hidup rakyat
D. Penyelarasan pentadbiran antara kerajaan yang berkesan
38. Rajah berikut berkaitan antara kuasa kerajaan negeri.
Senarai Kerajaan Tanah
Negeri Undang-undang Islam
Apakah X? X
A. Kewangan
B. Pelajaran
C. Kerajaan Tempatan
D. Perubatan dan kesihatan
1511/1 [Lihat halaman sebelah
SULIT
10
39. Senarai Bersama ialah Parlimen dan DUN boleh menggubal undang-undang untuk
perkara yang sama. Apakah antara perkara tersebut?
I. Biasiswa III. Pertahanan
II. Perumahan IV. Kewarganegaraan
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV
40. Apakah ciri persamaan bagi kedua-dua agensi berikut?
FELDA
FELCRA
A. Membuka bandar
B. Memajukan pertanian
C. Menggalakkan perniagaan
D. Membangunkan wilayah
=== soalan tamat ===
Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:
……………………………..………..
………………………………….... ………………………………. (Pn. Rasidah bt. Smaon)
(Dr. Shahril bin Sabudin) (Pn. Meriah bt. Pog) Ketua Bidang Kemanusiaan
Ketua Panitia Sejarah
1511/1 [Lihat halaman sebelah
SULIT