DIABETES Unit Farmasi Klinik Kesihatan Pasir Gudang PKD Johor Bahru
PENGENALAN Pankreas Normal Diabetes Hormon insulin dihasilkan oleh organ pankreas yang terletak di belakang perut manusia. Hormon ini dikeluarkan apabila dirangsang oleh glukosa dalam darah. Hormon insulin akan menukarkan makanan berkanji dan bergula kepada tenaga Kekurangan insulin atau kekurangan sensitiviti tisu badan, makan berkanji dan bergula tidak dapat ditukarkan kepada tenaga. DIABETES Apa itu diabetes? Diabetes ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh paras gula yang tinggi dalam darah. Diabetes berlaku apabila terdapat kekurangan atau ketidakpekaan insulin yang berfungsi membantu mengurangkan gula dalam darah. Apa itu glukosa? Apa itu insulin? Badan kita memerlukan glukosa (gula) untuk menghasilkan tenaga. Insulin adalah sejenis hormon yang dirembeskan oleh pankreas. Insulin membantu glukosa memasuki sel-sel badan untuk penghasilan tenaga. Kekurangan atau ketidakpekaan insulin boleh mengakibatkan peningkatan paras gula dalam darah kerana ia tidak dapat memasuk sel. Fungsi insulin Gula yang terdapat dalam makanan akan diangkut ke dalam saluran darah dan seterusnya ke seluruh badan. Setiap sel badan memerlukan tenaga untuk berfungsi.
Sentiasa dahaga Kerap buang air Sentiasa lapar Sering berasa letih dan lesu Luka lambat sembuh Penurunan berat badan walaupun berselera makan SIMPTOM – SIMPTOM DIABETES Strok (Angin ahmar) Serangan jantung Kebas dan hilang deria rasa Tompokan dan kekaburan penglihatan (katarak & buta) Kerosakan buah pinggang Amputasi KOMPLIKASI DIABETES
CARA MENGAWAL DIABETES 75 % PEMONITORAN PARAS GULA Penting bagi menentukan kawalan diabetes yang baik. Pemonitoran boleh dilakukan pada: ▪ Waktu pagi selepas bangun tidur (paras ‘berpuasa’) ▪ Dua jam selepas makan (paras ‘selepas makan’) ▪ Sebelum makan (untuk pengubahsuaian dos) ▪ Sebelum dan selepas bersenam SENAMAN BERKALA/KERAP ▪ Bersenam selama 30 minit setiap sesi (minimum 5 kali seminggu) ▪ Senaman membantu insulin bertindak dengan lebih baik ▪ Membantu mengawal berat badan ▪ Contoh senaman: berjalan, berbasikal, berenang PEMAKANAN SIHAT ▪ Pengambilan makanan mengikut piramid makanan ▪ Pilih makanan rendah lemak dan tinggi serat ▪ Kurangkan makanan manis ▪ Makan pada waktu yang tetap AMBIL UBAT SEPERTI YANG DIARAHKAN ▪ Rawatan menggunakan ubat secara oral atau suntikan insulin ▪ Pengambilan ubat perlu mengikut dos dan waktu yang diarahkan PENGGUNAAN GLUKOMETER Kumpulkan semua barang keperluan seperti strip ujian, kapas beralkohol dan jarum lanset. Pastikan glukometer mempunyai bateri yang berfungsi. Catat keputusan bacaan gula dalam buku nota kecil sebagai rujukan sendiri dan doktor. Lupuskan jarum lancet dan strip ujian dengan cara yang betul. Hidupkan glukometer. Pastikan nombor kod ujian pada skrin glucometer sama seperti nombor kod pada strip ujian. Masukkan strip ujian ke glucometer. 1 3 5 Cuci tangan dan bersihkan hujung jari menggunakan kapas beralkohol. Cucuk hujung jari dengan jarum lanset pada bahagian sisi hujung jari. 2 Letakkan setitik darah ke atas strip ujian. Tunggu beberapa saat untuk mengetahui bacaan paras gula. 4 GLUKOMETER Sejenis alat perubatan untuk mengukur kepekatan gula (glukosa) dalam darah. Alat ini boleh digunakan untuk memantau kandungan gula dalam darah bagi pesakit kencing manis semasa di rumah. TATACARA PENGGUNAAN GLUKOMETER
PENGURUSAN DIABETES
KAWALAN PARAS GULA SEMASA BERPUASA 4.4 mmol/L – 7.0 mmol/L 2 JAM SELEPAS MAKAN HbA1C 4.4 mmol/L – 8.5 mmol/ L * < 7.0% atau < 6.5% ** Nota: * Dilakukan sekurang-kurangnya 90 minit selepas makan ** HbA1C < 6.5% disasarkan kepada pesakit yang mempunyai tempoh T2DM lebih pendek, tiada bukti penyakit kardiovaskular yang ketara dan yang mempunyai risiko hipoglisemia yang rendah. 1 2 3 TRIGLISERIDA < 1.7 mmol/L KOLESTEROL BAIK (HDL-C) KOLESTEROL JAHAT (LDL-C) Lelaki: > 1.0 mmol/L Perempuan: > 1.2 mmol/L < 2.6 mmol/L * Nota: * Sasaran LDL-C bergantung kepada keadaan individu; individu dengan risiko penyakit kardiovaskular yang sangat tinggi: < 1.4 mmol/L, manakala individu dengan risiko CVD tinggi: < 1.8 mmol/L 1 2 3 KAWALAN PARAS KOLESTEROL
TEKANAN DARAH 130-139/70-79 mmHg SENAMAN BERAT BADAN > 150 minit/minggu Pengurangan berat badan sehingga 10% dalam masa 6 bulan bagi individu yang obes atau yang mempunyai berat badan berlebihan 1 2 3 KAWALAN-KAWALAN LAIN
UBAT-UBATAN DALAM RAWATAN DIABETES
RAWATAN DIABETES UBATAN ORAL SUNTIKAN INSULIN UBAT-UBATAN DALAM RAWATAN DIABETES Ubat-ubatan berupaya membantu mengembalikan paras gula ke tahap yang sesuai, tetapi ianya perlu digunakan dengan cara yang betul. Dos ubat yang berlebihan boleh menyebabkan gula dalam darah terlalu rendah (hipoglisemia). Dos ubat kurang daripada dos yang diarahkan boleh menyebabkan gula dalam darah meningkat (hiperglisemia).
UBAT UNTUK MENGURANGKAN PARAS GULA (Oral Glucose-Lowering Drugs – OGLDs) 1. BIGUANIDES 4. ALPHA-GLUCOSIDASE INHIBITORS (AGIs) 3. MEGLITINIDES 2. SULPHONYLUREAS (SUs) 5. THIAZOLIDINEDIONES (TZD) 6. DIPEPTIDYL PEPTIDASE 4 INHIBITOR (DPP4-i) 7. SODIUM-GLUCOSE COTRANSPORTER 2 INHIBITORS (SGLT2-i)
OGLDs - BIGUANIDES CARA BERTINDAK KEBAIKAN KESAN SAMPINGAN CONTOH • Mengurangkan penghasilan gula oleh hati. • Meningkatkan kepekaan badan terhadap insulin dengan meningkatkan penggunaan gula oleh otot. • Mengurangkan penyerapan gula oleh usus. • Tidak menyebabkan hipoglisemia. • Mengurangkan HbA1C sebanyak 1.5%. • Terdapat kesan sinergistik sekiranya digunakan bersama OGLDs yang lain. • Boleh mengurangkan berat badan sehingga 1.1 kg. • Mual atau loya • Cirit-birit • Muntah • Sakit perut • Kekurangan vitamin B12 OGLDs - SULPHONYLUREAS CARA BERTINDAK KEBAIKAN KESAN SAMPINGAN CONTOH • Meningkatkan penghasilan insulin oleh pankreas. • Mengurangkan HbA1C sebanyak 0.46% - 1.62%. • Boleh digunakan bersama OGLDs yang lain untuk mengawal paras gula dengan lebih baik. • Hipoglisemia • Peningkatan berat badan sebanyak 1.31 kg – 3.32 kg. Metformin 500mg Metformin XR 500mg Metformin XR 750mg (Ubat Pakar) Gliclazide 80mg Gliclazide MR 30mg
OGLDs - MEGLITINIDES CARA BERTINDAK KEBAIKAN KESAN SAMPINGAN CONTOH • Meningkatkan penghasilan insulin oleh pankreas. • Mengurangkan HbA1C sebanyak 1.0% - 1.2%. • Kurang risiko peningkatan berat badan berbanding sulfonylureas. • Kurang risiko hipoglisemia. • Sakit perut • Cirit-birit • Sakit sendi • Sakit kepala • Peningkatan risiko jangktan Repaglinide (Tiada dalam formulari ubat KKPG) OGLDs – ALPHA-GLUCOSIDASE INHIBITORS (AGIs) CARA BERTINDAK KEBAIKAN KESAN SAMPINGAN CONTOH • Merencatkan tindakan enzim-enzim tertentu dalam usus kecil serta melambatkan pencernaan dan penyerapan gula ke dalam darah. • Tidak menyebabkan hipoglisemia. • Mengurangkan HbA1C sebanyak 0.5% - 0.8%. Acarbose (Tiada dalam formulari ubat KKPG) • Kembung perut • Cirit-birit • Sakit perut
OGLDs – THIAZOLIDINEDIONES (TZD) CARA BERTINDAK KEBAIKAN KESAN SAMPINGAN CONTOH • Meningkatkan kepekaan badan terhadap insulin dengan mengaktifkan gengen tertentu yang terlibat dalam pembentukan lemak dan metabolism karbohidrat. • Mengurangkan HbA1C sebanyak 0.5% - 1.4%. • Peningkatan berat badan • Peningkatan kadar kolesterol (LDL) • Peningkatan risiko kerapuhan tulang (osteoporosis) • Peningkatan risiko kegagalan jantung kongestif Pioglitazone (Tiada dalam formulari ubat KKPG) OGLDs – DIPEPTIDYL PEPTIDASE 4 INHIBITOR (DPP4-i) CARA BERTINDAK KEBAIKAN KESAN SAMPINGAN CONTOH • Merangsang perembesan insulin bergantung kepada paras gula dalam darah. • Mengurangkan penghasilan gula oleh hati. • Mengurangkan HbA1C sebanyak 0.5% - 0.8%. • Tidak menaikkan atau menurunkan berat badan. • Tidak menyebabkan hipoglisemia. • Berkesan dan selamat untuk digunakan dalam kalangan orang yang berumur dan diabetik nefropati. • Loya • Muntah • Cirit-birit • Sakit kepala Vildagliptin 50mg (Ubat Pakar)
OGLDs – SODIUM-GLUCOSE COTRANSPORTER 2 INHIBITORS (SGLT2-i) CARA BERTINDAK KEBAIKAN KESAN SAMPINGAN CONTOH • Mengurangkan penyerapan semula glukosa ke dalam darah, membolehkan glukosa berlebihan mengalir menerusi air kencing. • Mengurangkan HbA1C sebanyak 0.5% - 1.0%. • Mengurangkan berat badan sebanyak 1.8 kg – 2.7 kg. • Mengurangkan SBP sebanyak 2.7 – 4.8 mmHg dan DBP sebanyak 1.8 – 2.0 mmHg. • Tidak menyebabkan hipoglisemia. • Jangkitan pundi kencing • Ketoacidosis • Dehidrasi Empagliflozin 25mg (Ubat Pakar)
JENIS-JENIS INSULIN Contoh yang terdapat di KKPG Insulin Tindakan Pendek Insulin Tindakan Sederhana Insulin Tindakan Panjang Insulin Campuran Actrapid Insugen R Insulatard Insugen N Detemir (Levemir) Glargine U300 (Toujeo) Glargine U100 (Basalog One) Novomix 30 Mixtard Insugen 30/70
JENIS-JENIS INSULIN Jenis Insulin Permulaan Tindakan Puncak Tindakan Jangkamasa Tindakan Masa Suntikan PRANDIAL Insulin tindakan pendek (Actrapid,Insugen-R) 30 – 60 min 2 – 4 jam 6 – 10 jam 30 min sebelum makan Insulin tindakan cepat (Novorapid, Lispro, Glulisine) 0 – 20 min 1 – 3 jam 3 – 5 jam 5 – 15 min sebelum atau sejurus selepas makan BASAL Insulin tindakan sederhana (Insulatard,InsugenN) 1 – 2 jam 4 – 8 jam 8 – 12 jam Sebelum tidur atau sebelum sarapan Insulin tindakan panjang Glargine U100 (Lanctus) 30 – 60 min Tiada 16 – 24 jam Masa yang sama setiap hari Glargine U300 (Toujeo) Sehingga 6 jam Tiada 24 – 36 jam Masa yang sama setiap hari Detemir (Levemir) 30 -60 min Tiada 16 – 24 jam Masa yang sama setiap hari PREMIXED Insulin campuran Mixtard, Insugen 30/70 30 min Dual 18 – 23 jam 30 – 60 min sebelum makan Novomix 30 10 – 20 min Dual 18 – 23 jam 5 – 15 min sebelum makan
HIPERGLISEMIA DAN HIPOGLISEMIA
HIPERGLISEMIA Kerap kencing PENYEBAB APA YANG PERLU DILAKUKAN ▪ Tidak menyuntik insulin atau dos ubat tidak mencukupi. ▪ Makan secara berlebihan. ▪ Sakit atau mengalami tekanan. ▪ Uji paras gula dalam darah. ▪ Jika paras gula melebihi 13 mmol/L selepas 24 jam, hubungi doktor anda untuk rawatan selanjutnya. 1 2 3 4 5 6 7 Kulit kering Sangat dahaga Sentiasa lapar Penglihatan kabur Mengantuk Loya HIPOGLISEMIA PENYEBAB Menggeletar APA YANG PERLU DILAKUKAN ▪ Tidak makan selepas suntikan insulin. ▪ Makan terlalu sedikit. ▪ Senaman berlebihan. ▪ Dos insulin atau dos ubat berlebihan. ▪ Uji paras gula dalam darah. Jika <3.9 mmol/L, rawat. ▪ Minum ½ gelas minuman manis, atau kunyah gula-gula manis. ▪ Uji semula paras gula selepas 15 minit. Rawat semula sekiranya paras gula masih rendah. 1 2 3 4 5 6 7 Berpeluh Gelisah Pening/Sakit kepala Lapar Berdebar-debar Penglihatan kabur 8 Letih dan lesu
PENYIMPANAN UBAT
PENYIMPANAN INSULIN SEMASA MELANCONG Sila maklumkan kepada doktor atau pegawai farmasi sekiranya anda merancang untuk melancong Sila bawa stok insulin yang mencukupi untuk mengelakkan bekalan insulin terputus Jangan simpan insulin dalam kereta atau di ruangan bagasi Simpan stok insulin di dalam “cooler box” PENYIMPANAN UBAT Ubat-ubatan pada umumnya perlu disimpan di tempat yang kering dan dingin. Lindungi dari cahaya dan kelembapan Stok insulin yang belum digunakan perlu disimpan di dalam peti sejuk (2-8 degree Celcius) tetapi bukan dibekukan Insulin boleh disimpan pada suhu bilik selama 1 bulan. Pen insulin tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk Jauhkan penyimpanan ubat dari kanak-kanak. Simpan di tempat yang selamat
Untuk makluman lanjut, sila bertanya kepada doktor atau pegawai farmasi di fasiliti kesihatan anda. Unit Farmasi Klinik Kesihatan Pasir Gudang PKD Johor Bahru