ASMA UNIT FARMASI KLINIK KESIHATAN PASIR GUDANG PKD JOHOR BAHRU
Asma adalah sejenis penyakit kronik yang diakibatkan oleh radang saluran pernafasan, iaitu keadaan di mana saluran pernafasan manjadi sempit secara tiba-tiba (disebabkan peningkatan tindak balas trakea dan bronki kepada pelbagai jenis perangsang) sehingga menyebabkan kesukaran bernafas. APA ITU ASMA ?
Paru-paru sihat Otot-otot dinding saluran pernafasan dalam keadaan relaks Saluran udara normal Lendiran yang biasa Asma Saluran udara membengkak dan menjadi sempit Otot-otot dinding saluran pernafasan mengecut Lendiran yang banyak PARU-PARU SIHAT VS ASMA
1 2 3 4 5 Batuk (terutama pada waktu malam atau cuaca sejuk) Kesukaran bernafas (sesak nafas) Nafas berbunyi Rasa ketegangan di dada Pernafasan menjadi pendek GEJALA - GEJALA ASMA
FAKTOR - FAKTOR PENYEBAB ASMA Jangkitan pernafasan Emosi & tekanan Ubat-ubatan Pencemaran udara Bulu haiwan Genetik Asap rokok Bahan pencuci Debu/habuk Alkohol
RAWATAN ASMA INHALER MDI Salbutamol MDI Beclometasone MDI Fluticasone Symbicort Turbuhaler Spiriva Respimat Seretide Accuhaler MDI Foster MDI Berodual Seretide Evohaler * contoh inhaler yang terdapat di KK Pasir Gudang sahaja UBATAN ORAL MDI Budesonide E.g. Theophylline, Montelukast, Prednisolone ** ** digunakan sebagai rawatan sampingan kepada inhaler
APAKAH ITU INHALER ? Merupakan sejenis alat untuk menyedut ubat yang digunakan dalam rawatan penyakit berkaitan saluran pernafasan. JENIS-JENIS INHALER * Sebahagian dari contoh-contoh inhaler di pasaran Metered-dose inhaler (MDI) Dry powder inhaler Soft mist inhaler Inhalation powder, hard capsule
FUNGSI – FUNGSI INHALER PELEGA (RELIEVER) Short-acting beta2-agonist (SABA) Short-acting beta2-agonist (SABA) + Short-acting muscarinic antagonist (SAMA) MDI Salbutamol MDI Berodual PENCEGAH (CONTROLLER) Inhaled corticosteroids (ICS) MDI Beclometasone MDI Fluticasone SMART (Single-inhaler Maintenance and Reliever Therapy) Inhaled corticosteroids (ICS) + Formoterol (LABA) MDI Foster Symbicort Turbuhaler Inhaled corticosteroids (ICS) + Long-acting beta2-agonist (LABA) Long-acting muscarinic antagonist (LAMA) Spiriva Respimat Seretide Evohaler Seretide Accuhaler MDI Budesonide
TEKNIK PENGGUNAAN INHALER Metered-dose Inhaler (MDI) Turbuhaler Accuhaler Respimat * Inhaler yang terdapat di KK Pasir Gudang sahaja
Kredit: https://www.healthdirect.gov.au/how-to-use-an-asthma-inhaler#puffers 1 – Tanggalkan penutup MDI dan prime untuk pertama kali. Pegang MDI secara menegak dan goncang sebanyak 3-5 kali. 2 – Tarik nafas dan kemudian hembus nafas keluar dengan perlahan dan sepenuhnya. 3 – Duduk atau berada dalam keadaan tegak untuk pastikan saluran pernafasan tidak terhalang. 4 – Letakkan corong MDI di antara gigi. Tutup mulut dengan merapatkan bibir. 5 – Tekan MDI satu kali dan mula tarik nafas secara perlahan dan mendalam. 6 – Biarkan MDI berada dalam mulut. Tahan nafas selama 10 saat. 7 – Keluarkan MDI dari mulut dan hembus nafas keluar. Tunggu 30 saat sekiranya lebih dari 1 sedutan diperlukan. Ulangi langkah 1 – 7 untuk sedutan seterusnya. 8 – Tutup semula corong MDI setelah selesai menggunakannya. METEREDDOSE INHALER
TURBUHALER Kredit: https://www.healthdirect.gov.au/how-to-use-an-asthma-inhaler#puffers 1 – Tanggalkan penutup Turbuhaler dan pegang Turbuhaler secara menegak. 2 – Putarkan pemegang ke kanan, kemudian ke kiri sehingga mendengar bunyi ‘klik’. 3 – Tarik nafas dan kemudian hembus nafas dengan perlahan dan sepenuhnya. 4 – Masukkan corong Turbuhaler ke dalam mulut dan rapatkan bibir. 5 – Sedut ubat dan tarik nafas dengan kuat dan mendalam. 6 – Keluarkan corong Turbuhaler dari mulut. Tahan nafas selama 10 saat. 7 – Hembus nafas keluar dengan perlahan. Tunggu 30 saat dan ulangi langkah 2 – 7 sekiranya memerlukan lebih dari 1 sedutan. 8 – Tutup semula Turbuhaler. Kumur mulut dengan air selama 20 saat selepas menggunakan inhaler steroid.
ACCUHALER Kredit: https://www.healthdirect.gov.au/how-to-use-an-asthma-inhaler#puffers 1 – Pegang Accuhaler & buka penutupnya dengan menolak pemegang dengan ibu jari ke arah kanan sehingga mendengar bunyi ‘klik’. 2 – Tarik nafas dan kemudian hembus nafas keluar dengan perlahan dan sepenuhnya. 3 – Duduk atau berada dalam keadaan tegak supaya saluran pernafasan tidak terhalang. 4 – Masukkan corong Accuhaler ke dalam mulut dan rapatkan bibir. 5 – Sedut ubat dan tarik nafas dengan kuat dan mendalam. 6 - Keluarkan corong Accuhaler dari mulut. Tahan nafas selama 10 saat. 7 – Hembus nafas keluar dengan perlahan. 8 – Tutup semula Accuhaler. Kumur mulut dengan air selama 20 saat selepas menggunakan inhaler steroid.
RESPIMAT 1 – Keluarkan ‘clear base’ dan masukkan kartrij ke dalam Respimat sehingga ia klik masuk. 2 – Putar ‘clear base’ mengikut arah anak panah sehingga ia klik (separuh pusingan). 3 – Tarik nafas dan kemudian hembus nafas keluar perlahanlahan dan sepenuhnya. 4 – Masukkan corong Respimat ke dalam mulut dan rapatkan bibir. 5 – Tekan butang pelepas dos dan terus menarik nafas secara perlahan-lahan dan mendalam. 6 – Keluarkan corong Respimat dari mulut. Tahan nafas selama 10 saat. 7 – Hembus nafas keluar dengan perlahan. Ulangi langkah 2 – 7 untuk sedutan yang kedua. 8 – Tutup semula Respimat.
TAHAP KAWALAN ASMA
PELAN TINDAKAN ASMA
ASMA & SENAMAN GUNAKAN UBAT PELEGA 10-15 minitsebelum memulakan senaman, ambil 1-2 sedutan ubat pelega. Kesannya akan bertahan selama 3-4 jam. Sentiasa memanaskan badan sebelum bersenam. Jika cuaca sejuk, anda boleh bersenam di dalam rumah. Sejukkan badan selepas bersenam.
RAWATAN KECEMASAN ASMA Jika anda rasakan seperti ini: Sukar bernafas Nafas berbunyi (wheezing) Ketat pada dada Batuk Duduk tegak dan kekal tenang. Gunakan inhaler pelega sebanyak 2 sedutan setiap 6 jam atau mengikut keperluan (tidak melebihi 8 sedutan dalam 24 jam). Anda tidak dapat menghabiskan satu ayat dengan selesa. Dapatkan rawatan serta-merta jika: Penggunaan inhaler pelega tidak membantu mengurangkan asma. Simptom asma bertambah teruk. Anda tidak dapat tidur atau makan.
Untuk maklumat lanjut, sila bertanya kepada doktor atau pegawai farmasi anda. UNIT FARMASI KLINIK KESIHATAN PASIR GUDANG PKD JOHOR BAHRU