The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 689-12-nurnadrah, 2023-11-23 08:32:45

Rambo, Si Anak Ayam

Rambo, Si Anak Ayam

NURALYA MAISARAH BINTI ANUAR SAVANA MUHAMMAD IKMAL FIRDAUS BIN MOHD AZMAN SITI NURNADRAH FAQIHAH BINTI MOHD RIDWAN NUR ALIA MAISARAH BINTI MOHD FADHIL IKHWAN


Hak Cipta IPGKRM 2023 Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa bentuk atau dengan alat jua pun kecuali setelah mendapat kebenaran daripada penerbit Penerbit : Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar Jalan Sikamat 70400 Negeri Sembilan


BAB 1 Dalam sebuah hutan, tinggal seekor anak ayam yang sangat comel, bernama Rambo. Ibunya selalu memarahinya kerana dia tidak mahu berkawan dengan ayam-ayam yang lain. Dia seperti tidak mengaku bahawa dia merupakan seekor anak ayam. Di dalam hutan juga, tinggal seekor burung dan seekor itik yang sombong. Burung bangga kerana dia mampu terbang tinggi. Manakala, itik bangga kerana ia mampu berenang di sungai. 1


Haiwan-haiwan ini tidak hidup bersatu padu antara satu sama lain. Jauh di dalam hutan tinggal seekor musang yang kejam. Haiwan-haiwan lain berasa takut akan musang kerana ia suka makan haiwan-haiwan lain. Pada suatu hari, Rambo melihat kelipkelip yang cantik. Rambo pun mengikutinya, sehingga jauh daripada ibunya. 2


BAB 2 Tanpa disedari, akhirnya Rambo tiba di kawasan sungai. Rambo melihat sekumpulan itik sedang berenang. Dia pun menghampiri itik-itik tersebut. “Wahai kawan-kawan, bawalah aku sekali berenang di kawasan ini.” kata Rambo kepada itik-itik itu. “Eh, kau mana boleh berenang! Nanti lemas, siapa nak tanggung?” jawab seekor itik dengan yakinnya. 3


Rambo tidak percaya akan kata-kata itik itu. Dia yakin akan kemampuan dirinya memandangkan mereka kelihatan serupa. Dia pun terjun ke dalam sungai untuk menyertai itik-itik itu. Belum sempat mengimbangkan badan, Rambo meminta pertolongan akibat lemas. Sekumpulan itik menjadi cemas dan cuba untuk membantunya. Nasib yang baik apabila ibunya datang menyelamatkan anaknya itu. 4


BAB 3 Setelah kejadian lemas itu, Rambo berfikir jika dia bukan seekor itik, maka dia adalah seekor burung. Pada petang itu, dia berjumpa dengan burung. “Bolehkah jika aku ingin ikut kamu terbang?” tanya Rambo dengan nada gembira. “Tentulah tidak, kamu tidak boleh terbang tinggi” jawab burung. 5


Rambo berasa tercabar dengan katakata burung itu tadi. Lalu, dia pun menaiki tangga untuk ke tempat tinggal burung di atas pokok. Apabila sudah sampai, dia berada sangat tinggi dari tanah. Rambo mengepakkan sayapnya untuk terbang. Tiba-tiba, dia terjatuh ke bawah. Sayapnya terkena pada dahan pokok itu. Ibu Rambo datang dengan cemas apabila melihat sebelah sayap anaknya luka. 6


BAB 4 Pada suatu hari, Rambo berkeliaran di dalam hutan untuk mencari makanan namun tanpa dia sedari seekor musang telah memerhatikan setiap gerak gerinya. Musang tersebut sangat licik dan menakutkan. Dia mengejar lalu ingin menerkam Rambo dari belakang. Tepat pada waktunya, burung yang sedang terbang melihat kelibat musang yang ingin menghampiri Rambo. “Rambo, ikut saya, ada musang di belakang awak.” gesa burung. 7


Rambo yang telah menyedari bahawa dirinya dalam bahaya dengan segera mengikut burung menuju ke sungai. Sesampainya di sana, itik pula membawa Rambo merentasi sungai dengan menggunakan badannya. “Rambo, segeralah naik ke atas badan saya ni, saya akan bawa awak ke hujung sungai sana.” kata itik. Akhirnya dengan bantuan burung dan itik, Rambo selamat daripada dimakan oleh musang yang kejam itu. 8


BAB 5 Setelah itu, musang telah dimasukkan ke dalam perangkap yang dibuat oleh ibu Rambo. Rambo juga sudah insaf dan sedar diri dia seekor ayam. Rambo meminta maaf kepada ibunya. “Ibu, maafkan Rambo kerana kerana tidak mengaku diri seekor ayam”. “ Tidak mengapa Rambo, yang penting kamu selamat daripada musang yang kejam” kata ibu Rambo, memaafkan Rambo. 9


Ibu Rambo memanggil itik dan burung untuk berdamai. “Apabila kita saling membantu sesama kita, kita dapat mengalahkan musang yang kejam itu.” kata ibu Rambo. Setelah mendengar kata-kata ibu Rambo, itik, burung dan ayam berkawan baik dan saling membantu apabila kesusahan. Haiwan-haiwan di dalam hutan pun hidup damai selamanya. 10


PERMAINANJOM CARI SAYA! MASIH INGATKAH? ADA BERANI?


Buku cerita ini mengisahkan seekor haiwan yang nakal dan tidak mendengar kata. Siapakah Rambo? Alamak Rambo dikejar musang! Mampukah Rambo menyelamatkan dirinya. Ketahuilah dalam buku cerita Rambo Si Anak Ayam. SINOPSIS


Click to View FlipBook Version