BMMB1134 KETERAMPILAN BERBAHASA
PENGHASILAN PRODUK
Tugasan 3
Disediakan oleh: Chong Ke Xin
PPISMP BMSJKC Sem 2
Ambilan Jun 2021
Definisi Apa itu "Komunikasi"?
Komunikasi
Menurut Kamus Dewan (2005), komunikasi ialah
perhubungan secara langsung atau dengan
perantaraan surat, radio, telefon dan
sebagainya.
Komunikasi juga merupakan satu proses
pertukaran maklumat, perasaan, idea dan
fikiran yang berlaku antara seseorang
individu kepada individu yang lain dan
kadang-kala melibatkan kumpulan yang
ramai.
Jenis-jenis Komunikasi
Menurut Muhammad Mansur Abdullah (1998), komunikasi boleh dibahagi
kepada tiga jenis.
Komunikasi bertulis Komunikasi lisan
Satu proses mengekspresikan idea, Komunikasi yang dibuat antara dua
tulisan atau catatan dalam bentuk orang atau lebih menggunakan
bahasa atau kod yang dikongsi
tulisan atau grafik melalui alat transmisi fizikal
Contoh: emel, memo, laporan Contoh: forum, pidato, syarahan
Komunikasi bukan lisan
Proses komunikasi melalui menghantar dan menerima maklumat tanpa perkataan
Contoh: ekspresi muka, bahasa isyarakat, postur badan
Apa itu " Halngan Komunikasi"? Definisi
Halangan
Halangan komunikasi terdiri daripada Komunikasi
rintangan yang menyukarkan
pesanan sampai dalam proses
komunikasi.
Mesej akan diputarbelitkan atau
disalahfahamkan dan akhirnya
gagal sampai ke alamat penerima
dengan tepat.
Halangan ini terletak di antara
pengirim dan penerima mesej.
Halangan Komunikasi
Gangguan Emosi
Emosi adalah reaksi subjektif apabila seseorang individu berkomunikasi
Emosi dan sentimen penghantar akan memberi kesan kepada:
- pengekodan mesej
- penyahkodan mesej
- reaksi penerima
Reaksi cinta, marah, cemburu, takut, gembira dan sebagainya
akan mempengaruhi seseorang individu dalam memahami mesej
yang diterima
Maklum Balas
Maklum balas boleh menjadi reaksi, tanggapan atau pendapat yang
diberikan oleh seorang individu
Dalam proses komunikasi, maklum balas didefinisikan sebagai tindak balas
atau reaksi yang relevan yang dihantar oleh penerima kepada pengirim
mesej
Contoh:
Jika mesej diubah oleh beberapa jenis penghalang, seperti kebisingan, pengirim
boleh meningkatkan nada suaranya sehingga menerima maklum balas penegasan dari
penerima bahawa mesej telah sampai dengan betul.
Menjamin proses komunikasi berjalan dengan lancar
Komunikasi Sehala
Komunikasi sehala bermaksud pengirim berkomunikasi tanpa memerlukan
maklum balas penerima mesej
Komunikasi sehala menjadi salah satu halangan kerana tanpa maklum balas
daripada penerima mesej, pengirim mesej tidak pasti sama ada penerima
mesej telah memahami perkara yang disampaikan atau tidak
Penyampaian Menerusi Saluran Kedua
Perantaraan yang digunakan dalam penyampaian mesej dari
sesuatu sumber kepada penerima.
Terdapat 2 jenis saluran:
Saluran media massa
Saluran antara personal
Gangguan Luaran
Gangguan luaran ialah gangguan yang didapati secara fizikal seperti
bunyi yang terlalu bising akan menghalang penerima daripada mendengar
dengan jelas.
Gangguan ini adalah faktor yang mengganggu, menyekat atau mengakibatkan
kekeliruan dalam komunikasi.
Gangguan luaran boleh dibahagi kepada beberapa aspek, iaitu
1. Gangguan Teknikal
2. Gangguan Persekitaran
3. Gangguan Cuaca
4. Gangguan Masa
Isu Keterampilan Berbahasa
Isu Media Sosial
Media sosial telah menjadi aktiviti yang paling popular pengguna internet kini
- diguna oleh setiap lapisan masyarakat tanpa mengira umur
Bahasa rojak menjadi Isu dalam Media Sosial
Satu jenis percakapan di Malaysia yang menakrifkan amalan beralih kod, iaitu
mencampurkan pelbagai bahasa dalam satu pertuturan
Bahasa rojak digunakan secara meluas terutamanya dalam kalangan remaja
di Malaysia
Contoh: Tempat makan ni best (bagus) sangat!
Kesan buruk Bahasa Rojak
Menjejaskan keberkesanan komunikasi dalam masyarakat lalu
menimbulkan salah faham
Mutu penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat akan merosot
Menurunkan kedudukan bahasa Melayu di Malaysia
Penghayatan terhadap bahasa Melayu semakin berkurang
Menjejaskan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah
Isu Bahasa
Dalam isu bahasa ini, bahasa Melayu semakin kurang dititikberatkan dan
kurang dipentingkan. Namun, bahasa Inggeris telah menjadi bahasa yang
semakin banyak dan kerap digunakan dalam komunikasi seharian masyarakat
di Malaysia.
Isu ini berlaku kerana masyarkat di Malaysia semakin pentingkan bahasa
Inggeris kerana bahasa Inggeris dikatakan merupakan bahasa antarabangsa.
Bukan itu sahaja, masyarakat di Malaysia juga menganggap bahawa
penggunaan bahasa Inggeris boleh menjadikan mereka bertaraf lebih tinggi
Walaubagaimanapun, masyarakat Malaysia haruslah sedar bahawa bahasa Malayu
merupakan bahasa kebangsaan di Malaysia dan ia juga diiktirat sebagai bahasa
pengantar utama di sekolah kerajaan Malaysia.
Isu Budaya
Seperti yang diketahui, Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai
bangsa dan budaya. Dengan ini, setiap bangsa mempunyai bahasa masing-masing dan ini
telah menjadi sebuah isu budaya yang berlaku dalam proses komunikasi.
Kebiasaanya, setiap bangsa hanya menguasai bahasa ibundanya dan mereka
sukar untuk bertutur dala
m bahasa-bahasa yang lain.
Misalnya, bahasa Cina adalah bahasa ibunda dan bahasa pertama bagi bangsa Cina. Oleh
itu, bahasa-bahasa lain seperti bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sukar untuk
ditutur oleh mereka yang berbangsa Cina.
Dalam hal ini, budaya telah menjadi halangan yang besar dalam komunikasi,
khususnya berkomunikasi dengan mereka yang berbeza bangsa dan budaya.
Rujukan
Kamus Dewan. (2005). Kamus Dewan (edisi keempat). Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Muhammad Mansur Abdullah. (1998). Komunikasi dalam penguasan. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Ibrahim, N. A. N., & Mahbob, M. H. (2021). Keterampilan peribadi pelajar
sebagai satu bentuk kemahiran komunikasi dan kepentingannya dalam
pasaran dunia pekerjaan. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of
Communication.
Ilham, M., & Wijiati, I. A. (2020). Keterampilan Berbicara: Pengantar
Keterampilan Berbahasa. Lembaga Academic & Research Institute.
Amida Abdulhamid. (2015). Retorik: Yang indah itu bahasa. Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Sekian,
Terima kasih.