SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN KAJIAN :
( KAMPUNG MELAYU MAJIDEE )
DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD AQMAL BIN MOHD NAJIB
TINGKATAN:
2 EMERALD
GURU MATA PELAJARAN
PN HANIFAH BINTI JAMALUDDIN
TARIKH PENGHANTARAN:
26 DISEMBER 2022
BIL KANDUNGAN MUKASURAT
2
1. PENGHARGAAN 3
4
2. PENDAHULUAN 5
3. JADUAL KERJA
4. OBJEKTIF KAJIAN
5. KAWASAN KAJIAN
6. KAEDAH KAJIAN
7. HASIL KAJIAN
I Temubual
II Soal Selidik
III Pemerhatian
IV Rujukan
8. PENYELESAIAN MASALAH
9. KESIMPULAN
10. BAHAN ATAU SUMBER RUJUKAN
11. LAMPIRAN
1.0 PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran
Geografi saya, Cikgu Hanifah Binti Jamaluddin atas segala bimbingan, tunjuk
ajar, teguran dan nasihat yang amat berguna serta telah menolong saya dan
rakan – rakan sekelas saya bagi menyempurnakan tugasan ini
Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada ibu bapa saya
iaitu Encik Mohd Najib Bin Omar dan Puan Aspalela Binti Abdullah yang telah
banyak memberi sokongan moral dan dorongan kepada saya serta sudi
mengorbankan masa mereka untuk menolong saya mengumpulkan maklumat -
maklumat tentang teknologi hijau di kawasan yang saya kaji.
Saya juga ingin menyampaikan penghargaan saya kepada rakan – rakan saya
kerana telah memberi saya banyak pendapat dan idea
Sekian, terima kasih.
2.0 PENDAHULUAN
Saya, Muhammad Aqmal Bin Mohd Najib merupakan pelajar
Tingkatan 2 di Sekolah Menengah Sultan Ismail, Johor Bahru. Saya
telah memilih tajuk Teknologi Hijau kerana tajuk ini memudahkan
saya untuk membuat pemerhatian dan tinjauan serta membuat
rujukan daripada laman sesawang dan juga buku-buku yang
berkaitan.
Kerja ini meliputi penggunaan teknologi hijau yang membolehkan
mereka menyelesaikan masalah alam sekitar yang dihadapi di rumah
atau kediaman mereka. Sebagai contoh, menanam tanaman di
sekliling rumah untuk menambah kadar oksigen dan boleh
menyejukkan suasana. Jika usaha ini tidak dapat diamalkan oleh
penduduk bumi ini, maka bumi akan mengalami kemusnahan yang
teruk. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menjaga bumi ini agar
tidak tergendala.
Berikut merupakan jadual kerja saya dalam menyiapkan kerja
lapangan ini ;
Bil. Tarikh Perkara
1. 4/12/2022 i. Menyediakan bahan kajian
seperti borang soal selidik
2. 6/12/2022 i. Menjalankan tiga kaedah
kajian pertama untuk
mendapatkan maklumat
3. 20/12/2022 i. Pergi ke kawasan
perumahan dan menemu
bual penduduk
4. 20/12/2022 i. Mencari penyelesaian
masalah kepada
pengaplikasian teknologi hijau
5. 21/12/2022 i. Menyiapkan kertas kerja
menggunakan komputer
6. 21/12/2022 i) Sambungan kertas kerja dan
memberikan konklusi yang
kukuh
7. 22/12/2022 ii) Penghantaran kerja khusus
kepada guru
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Diakhir kajian ini saya akan dapat ;
1) Menjelaskan konsep dan definsi teknologi hijau
2) Mengenalpasti tiga contoh teknologi hijau yang terdapat di Kampung
Melayu Majidee, Johor Bahru, Johor
3) Menyenaraikan empat kepentingan teknologi hijau
4) Menghuraikan 4 punca amalan teknologi hijau tidak diterapkan dalam
kehidupan seharian
5) Mencadangkan empat Langkah Langkah atau strategi yang boleh dibuat
bagi meningkatkan penggunaan teknologi hijau yang sesuai
4.0 KAWASAN KAJIAN
Kira-kira 386 km ke selatan Wilayah Persekutuan Putrajaya atau
8 km ke utara pusat Bandar Johor Bahru terletak sebuah
kampung yang didiami oleh 100% penduduk melayu. Kampung
ini dinamakan Kampung Melayu Majidee. Sebahagian besar
penduduk kampung ini adalah kakitangan kerajaan, pekerja
swasta dan berniaga. Kampung Melayu Majidee ialah sebuah
perkampungan Melayu yang terletak di tengah – tengah bandar
raya Johor Bahru , Malaysia .
Peta 1 : Peta Daerah Negeri Johor
5.0 KAEDAH KAJIAN
Penentuan kaedah kajian yang sesuai adalah amat penting dalam menghasilkan
kajian yang lengkap dan tepat . Melalui kaedah kajian, sesuatu maklumat
berkaitan tajuk kajian akan diperolehi dengan mudah dan lengkap. Antara
kaedah yang saya gunakan dalam menjalankan kajian ini ialah :-
5.1 Pemerhatian
Pemerhatian merupakan kaedah pengumpulan data yang paling mudah dan
cepat. Kaedah ini membantu saya membuat pemerhatian tentang petempatan
di kawasan kajian saya. Saya telah melawat kawasan kajian saya untuk
mengenalpasti jenis jenis amalan teknologi hijau yang terdapat di sini.
5.2 Soal Selidik
Kaedah ini merupakan kaedah dalam mengumpul maklumat dengan
mengedarkan barang soal selidik menggunakan ‘google form’ kepada penduduk
setempat walaupun negara kita telah beralih ke fasa endemik. Saya mengambil
langkah berjaga-jaga dengan memberikan borang soal selidik atas talian sahaja.
Saya terlebih dahulu menyediakan borang yang mengandungi maklumat yang
diperlukan untuk kajian ini.
5.3 Rujukan
Kaedah ini merupakan kaedah yang memerlukan saya membuat rujukan
daripada laman web, buku, majalah, keratan akhbar, dan lain-lain dan kaedah
ini merupakan kaedah yang paling sesuai bagi orang yang baru seperti saya
dalam menjalankan kajian lapangan ini.
6.0 HASIL KAJIAN
6.1 Konsep Teknologi Hijau
6.1.1 Wikipedia
Teknologi Hijau atau teknologi alam sekitar adalah penggunaan sains
alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam sekitar semula jadi
dan mengawal kesan negative kepada aktiviti seharian untuk spesies
bangsa keturunan manusia. Pembangunan mampan adalah teras
kepada teknologi alam sekitar yang bermaksud penyelesaian perlu
mengambil kira aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar.
3 Jenis Teknologi Hijau
1) Menanam pokok di sekitar kawasan rumah
2) Menggunakan panel solar
3) Menggunakan kereta hybrid
4 Punca amalan teknologi hijau jika tidak diterapkan dalam
kehidupan
1) Kos yang tinggi untuk pembelian panel solar
2) Kurang penguatkuasaan tentang amalan teknologi hijau
3) Kurang kepakaran untuk mengamalkan teknologi hijau
4) Kurang kesedaran tentang kebaikan teknologi hijau
Penyelesaian masalah
Setiap orang perlu mempelajari dan memahami kebaikan
teknologi hijau
Mengajar kepada generasi muda supaya mereka mendapat
kesedaran tentang kepentingan teknologi hijau dan mereka
mengamalkannya dengan baik
Pihak berkuasa perlulah menguatkuasakan undang-undang
seperti mengenakan kompaun terhadap orang yang membuang
sampah merata-rata
Mengelakkan menggunakan kos yang tinggi untuk mengamalkan
teknologi hijau seperti mengasingkan sampah mengikut kategori
Kesimpulan
Kesimpulannya, keputusan di kawasan Kampung Melayu Majidee
menunjukkan pengamalan teknologi hijau yang sederhana. Separuh
daripada penduduk Kam[ung Melayu Majidee tidak mengamalkan
teknologi hijau dan mereka perlu tingkatkan usaha dalam
mengamalkan teknologi hijau untuk menjaga alam sekitar di kawasan
Kampung Melayu Majidee.
RUJUKAN
1. Buku Teks geografi Tingkatan 2
- Memberikan maklumat tentang amalan teknologi hijau
2. Keluarga
- Memberi maklumat dan pendapat
3. Internet
- Mencari maklumat yang lebih lanjut
4. Rakan-rakan
-Memberi pendapat
5. Encik Razak
- Memberitahu tentang definisi teknologi hijau dan contoh teknologi
hijau
LAMPIRAN
Encik Razak adalah orang yang duduk di kawasan Kampung Melayu
Majidee. Beliau telah menetap disini selama 35 tahun dan beliau
adalah ajk di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru.
Aqmal : Assalamualaikum, Encik Razak.
En. Razak : Waalaikumussalam, Aqmal.
Aqmal : Encik sihat ?
En. Razak : Alhamdulillah sihat. Kenapa datang ni Aqmal ?
Aqmal : Saya tengah buat kajian untuk teknologi hijau ni cik. Boleh encik
terangkan tentang teknologi hijau tak ?
En Razak : oh…kalau pendapat saya teknologi hijau ni perkara yang kita buat
untuk menjaga alam sekitar. Contohnya macam tanam pokok, benda tu bole
mengekalkan udara yang segar.
BORANG SOAL SELIDIK
TAJUK KAJIAN : AMALAN TEKNOLOGI HIJAU
KAWASAN KAJIAN : BANDAR BARU UDA
MAKLUMAT RESPONDAN
ARAHAN : SILA LENGKAPKAN RUANGAN DAN TANDA (/) PADA
KOTAK JIKA BERKENAAN
NAMA RESPONDAN : ________________________________________
ALAMAT : __________________________________________________
KAJIAN TENTANG TEKNOLOGI HIJAU
ARAHAN : SILA TANDA (/) PADA KOTAK BERKENAAN
( BOLEH DITANDA LEBIH DARIPADA SATU JAWAPAN )
1.APAKAH JENIS AMALAN TEKNOLOGI HIJAU YANG ANDA
GUNAKAN
Panel solar
Pengasingan sampah mengikut kategori
Menggunakan langsir berwarna putih
Mengurangkan penggunaan penyaman udara
JIKA TIADA DI ATAS TULIS DISINI :
_________________________________________