The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by emajalahsemse2019, 2022-09-24 23:41:30

SMK SENAWANG 1-38

SMK SENAWANG 1-38

Isi Kandungan

PROFIL SEMSE 02
TINTA BICARA
SEMSE DI HATI 06
JENTERA PENGGERAK SEKOLAH 13
PENCAPAIAN AKADEMIK 18
PENCAPAIAN KOKURIKULUM 26
KARYA KREATIF 32
LENSA 2020 & 2021 35
ALBUM KOKURIKULUM 39
ALBUM KELAS 2021
60

106

1

PROFIL

SEMSE
20
21

INSPIRASI

2

Warna Hijau

Warna rasmi sekolah membawa maksud
berakhlak mulia berteraskan agama.

Warna Merah

Terdapat pada “Roda Kemajuan” membawa maksud
dinamik, berpotensi dan mampu mencapai kejayaan
dalam bidang sains dan teknologi.

Warna Kuning

Bermaksud akur dan setia kepada Sistem Raja Berpelembagaan.

Pelita

LENCANA SEKOLAH Pelajar sanggup dan sentiasa bersedia untuk berjasa kepada negara,
Bulan dan Bintang bangsa dan agama.

Bermaksud agama rasmi negara ini ialah agama Islam.

Buku

Bermaksud ilmu yang diperolehi dan dipelajari adalah demi kemajuan Negara, bangsa dan agama.

RASMI SEKOLAH

VISI, MISI
MOTO, SLOGAN“ BERAGAMA, BERILMU DAN BERAMAL”

Beragama, Berilmu Dan Beramal, VISI
Cogan kata Yang Mulia,
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Sekolah Menengah Senawang,
Kebanggaan Semua.

Kami Semua Tinggi Cita-Cita, MISI
Berikrar Maju Dan Jaya,
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti
Hormati Bangsa Dan Agama, Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi
Junjung Rukun Negara.
Aspirasi Negara
Bendera Hijau Berkibar,
Megah Di Angkasa, MOTO

Sekolah Menengah Senawang, Beragama, Berilmu, Beramal
Maju Dan Jaya.
SLOGAN
Kami Berikrar Akan Maju Jaya
Berakhlak Murni Dan Mulia Disiplin Pertama, Akademik Utama, Akhlak Asasnya

Menjunjung Cita-Cita Bangsa,
Agama Dan Negara.

3

SEJARAH

SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang ( SEMSE ) telah bertapak selama 32 tahun dan terletak di tengah
kawasan taman perumahan dan berhampiran dengan Kawasan Perindustrian Senawang yang terletak hampir
dua kilometer dari kawasan sekolah. SEMSE juga boleh dikategorikan sebagai sekolah dalam bandar kerana jarak di
antara SEMSE dengan Bandar Seremban hanya lebih kurang 12 kilometer.
Pada tahun 1989, SEMSE merupakan salah satu
daripada tiga sekolah yang baru diwujudkan . Antara
sekolah baru yang ada pada masa itu ialah SMK Senawang
, SMK Mambau dan SMK Tampin . SEMSE telah dibuka pada
1 Januari 1989 dengan jumlah murid hanya seramai 122 orang
dan hanya mempunyai tiga buah kelas tingkatan satu dan satu kelas
peralihan . Antara murid yang menuntut di SEMSE pada waktu itu
datang daripada sekolah - sekolah yang berhampiran iaitu SRK Senawang
( SRKS ) , SRJK(T) Lorong Jawa dan SRJK(C) Rahang .
SEMSE pada mulanya ditumpangkan di SRKS pada sesi petang kerana
bangunan SEMSE sedang dalam pembinaan . Pada bulan Julai 1990 , SEMSE
telah siap sepenuhnya selepas kira - kira tujuh bulan menumpang di SRKS . Pada
waktu itu , hanya terdapat dua buah bangunan tiga tingkat iaitu Blok A dan Blok B.
Pada tahun 1993 , sebanyak tiga lagi blok bangunan telah didirikan . Bangunan
tambahan ini sangat diperlukan apabila bilangan murid yang mendaftar masuk semakin ramai . Antara blok tambahan yang dibina ialah satu Blok
Kemahiran Hidup ( dua tingkat ) , dua blok bangunan bilik darjah (dua tingkat) , tiga makmal sains tulen serta 1 blok Sains Pertanian . Pada tahun
1996 , sebuah surau yang dinamakan Surau Al - Hannan telah didirikan atas usaha PIBG . Pertambahan bilangan murid berlaku dan menyebabkan
sesi petang terpaksa dibuka . Sebuah bilik darjah di tingkat dua Blok A diubah suai menjadi Bilik Komputer (KDP) , manakala sebuah bilik darjah
di tingkat dua Blok C diubah suai menjadi Bilik Lukisan Kejuruteraan dan Reka Cipta . Pada tahun 1997 , bangunan kantin diluaskan . 2 bangunan
telah didirikan iaitu Balai Ilmu ( Bilik Muzik ) dan Balai Gadang ( Bilik Sukan ) , manakala sebuah kelas di tingkat bawah Blok A diubah suai menjadi
Bilik Gerakan . Pada tahun 1998 , SEMSE telah dinaikkan gred kepada sekolah gred A , dengan itu jawatan GPK 1 , GPK HEM , Penyelia Petang dan
4 Ketua Bidang diwujudkan . SEMSE diwartakan dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang . Pertambahan guru menyebabkan bilik
guru terpaksa dibesarkan dan tiada lagi bilik darjah di tingkat 1 Blok A . Surau Al - Hannan diluaskan pada tahun 2000 .
Pada tahun 2002 , Bilik Guru dipindahkan ke tingkat dua Blok B ( mengambil ruang 4 kelas ) manakala Bilik Guru lama dijadikan Bilik Gerakan
baru . Sebuah kelas di tingkat satu Blok E diubah suai menjadi dewan . Pada tahun 2003 , sebuah kelas di tingkat satu Blok D diubah suai menjadi
Bilik BOSS / SPBT , manakala Bilik Ketua Bidang telah dinaik taraf bersebelahan Bilik Guru .
Pada tahun 2004 , sebuah kelas di tingkat 2 Blok B diubah suai menjadi Bilik UPP baru bersebelahan Bilik Ketua Bidang , manakala Bilik UPP
lama dijadikan Bilik Bahan Bantuan Mengajar . Kamar Jauhari telah diubah suai menjadi Bilik Info . SEMSE telah berjaya mencatat sejarah apabila
menjadi sekolah harian pertama yang mengadakan Majlis Jalinan Kasih dan sehingga kini majlis seperti itu masih dijalankan bagi meraikan kesemua
pelajar yang menuntut di SEMSE . Akibat desakan teknologi semasa , SEMSE telah berjaya mendirikan sebuah makmal ICT ( 2 tingkat ) . Bangunan

ini mula beroperasi pada tahun yang sama dan telah dirasmikan secara rasmi oleh
YAB Menteri Besar Negeri Sembilan .

Pada tahun 2006 , SMKS telah membina satu laluan gajah menyusu untuk
memudahkan para pelajar masuk ke dalam kawasan sekolah . Pada tahun 2007 ,
Bilik SAL telah dirasmikan dan menerima TV Plasma daripada Syarikat Samsung
Senawang . Pada pertengahan tahun 2007 , pembinaan dewan telah dimulakan.
Kini , SEMSE telah mempunyai sebuah dewan kebanggaan warga SEMSE yang
diberi nama Dewan Seri Delima .
Pada tahun 2008 , dua kawasan tempat letak kereta pengurusan telah dipindahkan
bersebelahan kantin , manakala kantin sekolah telah dinaik taraf dengan
semua lantai dan dinding berjubin . Sebuah bengkel MPV telah dibina untuk
menawarkan lebih peluang kepada murid untuk mempelajari mata pelajaran Seni
Reka Tanda .

Sehingga kini , Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang berdiri megah
dengan nama SEMSE yang cemerlang dari segi kurikulum dan kokurikulum atas kepimpinan Pengetua Cemerlang dan komitmen para guru , ibu
bapa murid dan juga komuniti setempat .

4

DMIALLAANYDSAIA

PANDEMIK COVID-19

COVID-19 DI MALAYSIA
Kes COVID-19 yang pertama dikesan di Malaysia adalah pada bulan Januari 2020, daripada kalangan
warganegara luar yang memasuki negara ini. Pada bulan Februari berikutnya, kes tempatan pertama di Malaysia
telah dikenal pasti. Himpunan agama Jemaah Tabligh yang diadakan di Masjid Jamek Seri Petaling, Kuala Lumpur,
yang bermula pada hujung bulan Februari, dikaitkan dengan lonjakan ketara kes di Malaysia dan di negara jiran. Pada
satu ketika, hampir dua pertiga kes di negara ini berkait rapat dengan majlis tersebut. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
diumumkan pada 16 Mac 2020, dan keesokan harinya pula kes kematian telah dilaporkan di dalam negara untuk kali pertama.
Bilangan kes aktif mencapai kemuncak pada bulan, menyebabkan sekatan perintah duduk di rumah untuk beberapa
bulan dijalankan. Sejak pertengahan bulan September, letusan wabak COVID-19 berlaku di beberapa buah negeri di Malaysia
ekoran daripada Pilihan Raya Negeri Sabah pada 26 September 2020, menyebabkan lonjakan semula kes COVID-19 yang mendadak di
seluruh negara. Mulai 15 Mac 2020, Malaysia menyaksikan peningkatan mendadak dalam kes aktif COVID-19. Oleh itu, pada malam 16
Mac 2020, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah mengadakan siaran langsung seluruh negara bagi mengumumkan keputusan
kerajaan pusat dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Berdasarkan siaran langsung malam itu, enam sekatan telah
dikenakan:
1. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Semua

rumah ibadat dan premis perniagaan kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.
Bagi umat Islam, semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat dibatalkan yang selaras dengan keputusan yang dibuat pada
15 Mac 2020 oleh Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).
2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara, dengan mereka yang baru pulang dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan
dan melakukan kuarantin secara sukarela selama 14 hari.
3. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.
4. Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan
lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan prauniversiti.
5. Penutupan semua institut pendidikan tinggi awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.
6. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos,
pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan
terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.
Lapan orang warganegara China dikuarantin di sebuah hotel di Johor Bahru pada 24 Januari setelah disahkan kontak rapat kepada pesakit
COVID-19 di Singapura. Walaupun terdapat laporan awal mengatakan bahawa mereka diuji negatif untuk virus tersebut, tiga daripada mereka telah
disahkan positif virus terbabit pada 25 Januari dan kemudiannya dikuarantin di Hospital Sungai Buloh di Selangor. Kementerian Kesihatan Malaysia telah
menerbitkan garis panduan mengenai virus tersebut dan menubuhkan hospital khas di setiap negeri di dalam negara bagi menguruskan sebarang kes
positif. Orang ramai diingatkan oleh pihak berkuasa tempatan untuk mengambil langkah berjaga-jaga susulan daripada ancaman virus itu. Mereka yang
mengembara ke China telah dinasihatkan untuk menjauhi ladang-ladang haiwan dan pasar-pasar di negara tersebut serta tidak memakan daging mentah
atau separuh masak. Berikutan beberapa kes yang disyaki pada awalnya di ibu negeri Sabah iaitu Kota Kinabalu, semua penerbangan terus antara negeri
ini dengan China telah dihentikan untuk tempoh masa yang tidak ditetapkan.
Pada 24 Januari, seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang disyaki positif virus tersebut telah ditahan bersama-sama ibu bapanya. Ibu
bapanya enggan dikuarantin dan ditahan pada hari berikutnya oleh pihak polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai sebelum pulang ke China.
Pesakit tersebut termasuk lain-lain yang enggan mengkuarantinkan diri kemudian diletakkan di bawah pemantauan ketat oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia.
Pada 26 Januari, kes positif COVID-19 yang keempat, yang tiada kaitan dengan kes sebelumnya, telah dikesan. Kes yang disyaki juga telah
dikesan di Pulau Langkawi, Kedah yang melibatkan dua orang kanak-kanak perempuan warganegara China dan kedua-duanya telah dikuarantin di
Hospital Sultanah Maliha; salah seorangnya kemudian disahkan positif virus tersebut pada 29 Januari.Dengan peningkatan jumlah kes yang dilaporkan
di negara Thailand yang bersebelahan, kedua-dua buah negeri ini iaitu Kedah dan Pulau Pinang mengetatkan sempadan mereka dengan melakukan
pemeriksaan ketat di pintu masuk antarabangsanya. Seorang wanita warganegara China di Bintulu, Sarawak juga disyaki telah dijangkiti virus berkenaan
yang menyebabkan negeri terbabit mengetatkan sempadannya dan menangguhkan penerbangan terus ke Hainan, China walaupun baru-baru ini
memorandum persefahaman telah ditandatangani bagi menubuhkan penerbangan terus ke Sarawak.
Daripada jumlah 25 orang warganegara China di Sabah yang sebelum ini disyaki telah menghidap virus itu, kebanyakannya diuji negatif pada
28 Januari walaupun salah seorang daripada mereka kemudiannya diuji positif untuk virus itu apabila tiba di China. Terdapat lapan lagi kes yang disyaki
di Sarawak pada 29 Januari; lima kes di Kuching dan setiap satu kes di Sibu, Bintulu dan Miri. Daripada jumlah lapan kes yang disyaki di negeri tersebut,
enam telah diuji negatif.Pada hari yang sama, tiga kes positif tambahan telah disahkan di Barat Malaysia, melibatkan seorang kanak-kanak perempuan
berusia empat tahun yang dikuarantin di Hospital Sultanah Maliha, Kedah, seorang lelaki berusia 52 tahun di Hospital Sultanah Aminah, Johor dan
seorang wanita di Hospital Sungai Buloh, Selangor. Kes kelapan telah dilaporkan di Hospital Permai di Johor pada keesokan harinya.

5

Tinta Bicara

SMK SENAWANG

6

KATA
ALU-ALUAN

Menteri Kanan

Pendidikan Malaysia

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,
dan Selamat Sejahtera,
Tahun ini adalah tahun yang sangat mencabar bagi seluruh dunia, termasuk juga negara kita yang
begitu terkesan dengan pandemik COVID-19. Keadaan pada masa ini merupakan satu situasi yang sukar kepada
semua dan perlu kita harungi bersama. Tambahan pula,dalam situasi negara menghadapi gelombang pandemik
COVID-19 dengan peningkatan jumlah kes positif COVID- 19 yang tinggi, KPM memerlukan pendekatan yang
berbeza dan ada kalanya pendekatan tersebut adalah luar daripada kebiasaan.
Namun, dalam apa jua pendekatan dan keputusan yang diambil, KPM sentiasa memberi keutamaan
kepada aspek keselamatan dan kesihatan semua murid, guru, pensyarah dan warga KPM. Dalam mendepani
cabaran pada masa ini, kami memohon jasa baik dan kerjasama semua pihak untuk bersama-sama mendukung
usaha-usaha yang dilaksanakan oleh KPM. Yakinlah bahawa setiap langkah yang diatur PM adalah bagi memastikan
generasi masa depan negara mendapat pendidikan yang terbaik walaupun dalam keadaan yang sangat mencabar.
Saya juga ingin menyeru kepada semua warga KPM, ibu bapa dan penjaga agar terus mematuhi arahan
Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membendung penularan
wabak COVID-19. Marilah kita doakan agar keadaan kembali pulih dan pembelajaran anak-anak kita untuk sesi
akan datang dapat diteruskan dalam keadaan selamat.
Sekian, terima kasih.
DR. MOHD RADZI BIN MD JIDIN
MENTERI KANAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

7

KATA
ALU-ALUAN

Ketua Pengarah

Pendidikan Malaysia

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.
Penerbitan majalah sekolah merupakan satu usaha pihak sekolah dalam merancang dan melaksanakan
kepelbagaian agenda yang dimanifestasikan sebagai dokumentasi maklumat dan sumber rujukan semua
warganya dan juga pihak lain yang berkepentingan. Majalah sekolah merupakan wadah yang amat penting
dalam memupuk semangat kecintaan yang tinggi terhadap sekolah serta penerapan watak dan budaya sekolah
dalam kalangan warganya. Majalah sekolah yang diterbitkan ini akan menjadi salah satu medium bagi semua
warga sekolah mencapai aspirasi sistem dan aspirasi murid Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025.
Sepanjang tahun 2020 dan hingga hampir pertengahan tahun 2021 kita semua menempuh krisis penularan
COVID-19 dengan pelbagai cabaran, namun saya yakin cabaran ini tidak akan menjadi penghalang kepada
semua warga sekolah untuk menggapai kejayaan dan kecemerlangan. Dalam masa yang sama, kita juga perlu
mengimbangi segala hasrat ini dengan memastikan sekolah kekal menjadi institusi yang selamat untuk semua
warganya. Cabaran perubahan dan krisis disebabkan COVID-19 seharusnya dijadikan titik permulaan untuk
kita semua mengubah cara berfikir serta tindakan kepada pemikiran serta tindakan yang lebih kreatif dan
inovatif dalam segala perancangan dan pelaksanaan.
Terima kasih kepada semua warga sekolah kerana memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan kata
alu-aluan di dalam penerbitan majalah sekolah kali ini. Tahniah dan syabas juga saya ucapkan kepada kepada
semua warga sekolah khususnya sidang redaksi kerana telah berjaya menerbitkan majalah ini. Semoga majalah
ini menjadi kebanggaan semua warganya.

DATIN SRI HAJAH NOR ZAMANI ABDOL HAMID
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

8

KATA
ALU-ALUAN
Pengarah Pendidikan

Negeri Sembilan

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Saya merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang atas
inisiatif dan keiltizaman yang tinggi telah berjaya menghasilkan e-majalah dan majalah bercetak iaitu INSPIRASI
yang menjadi tradisi pihak sekolah menerbitkannya. Saya percaya kejayaan menghasilkan majalah ini adalah atas usaha
dedikasi kebersamaan dan sederap kata Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang yang berganding bahu menjana idea
bagi merealisasikannya agar menjadi satu rakaman dokumentasi maklumat dan peristiwa penting sepanjang tahun 2021.
Sejajar dalam era teknologi digital dan maya abad ini, penghasilan e-majalah sekolah seumpama ini amat penting yang
menggunakan teknologi sebagai wahana pendokumentasian maklumat dan peristiwa tahunan sekolah.
Tahun 2021 merupakan tahun yang mencabar khususnya untuk pendidikan Negeri Sembilan dan juga
Kementerian Pendidikan Malaysia amnya kerana tahun 2021 ialah tahun pandemik virus COVID-19 yang begitu mencabar.
Pandemik virus COVID-19 yang diisytiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO), telah mengubah landskap
sistem pendidikan negara daripada pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka kepada pengajaran dan pembelajaran
secara maya di rumah dalam masa yang agak lama. Walau apapun berlaku sektor pendidikan tetap mengambil inisiatif bagi
memastikan anak murid mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran dengan mengaplikasikan ilmu digital yang ada supaya
kelas boleh dilaksanakan secara maya. Hal ini disebabkan, aktiviti pendidikan tetap terus dilaksanakan demi memacukan
peningkatan sistem yang berkesan menjadi fokus utama pada semua peringkat kementerian, jabatan, daerah dan sekolah.
Oleh hal yang demikian sebagai warga pendidik yang berintegriti dan menghayati akal budi yang tinggi, marilah kita semua
berusaha merealisasikan visi dan misi Jabatan Pendidikan Negeri dengan matlamat untuk menghasilkan murid yang bukan
sahaja cemerlang dalam bidang akademik tetapi turut mempunyai sahsiah diri yang tinggi dan mempunyai jati diri nasional.
Saya menyeru dan mengajak pemimpin sekolah, guru-guru, anggota kumpulan pelaksana dan ahli komuniti
untuk bersama-sama menggembleng idea, tenaga dan iltizam bagi menjayakan agenda pendidikan Negeri Sembilan seiring
dengan Transformasi Pendidikan Negara. Saya yakin pendidikan Negeri Sembilan akan sentiasa berada pada landasan dan
kedudukan terbaik dalam semua aspek sekiranya sikap dan kesungguhan warga pendidik sekalian sentiasa disiapsiagakan
demi merealisasikan kemenjadian murid-murid di sekolah walaupun dalam era endemik COVID-19. Akhir kata, saya
mendoakan semoga warga pendidik SMK Senawang terus dapat memberi sumbangan terbaik kepada kejayaan murid-
murid dan diharapkan penerbitan majalah ini dapat menjadi sumber rujukan dokumentasi sekolah sepanjang masa.
Sekian terima kasih
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
TUAN HAJI MD FIAH BIN MD JAMIN
PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN

9

KATA
ALU-ALUAN

Pengetua

SMK Senawang

Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh.
Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah (S.W.T) kerana dengan limpah-Nya saya
diberi kesempatan menukilkan kata alu-aluan untuk majalah INSPIRASI bagi tahun 2021. Sekalung tahniah diucapkan
kepada sidang redaksi kerana berjaya menerbitkan majalah INSPIRASI yang menjadi wadah dalam merealisasikan visi dan
misi warga SMK Senawang untuk menjadikan sekolah ini cemerlang dalam pelbagai bidang sama ada di peringkat Negeri
Sembilan mahupun di peringkat negara. Seiring dengan hasrat dasar Pendidikan Malaysia yang berusaha melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara,
maka sekolah merupakan pentas utama untuk merealisasikan hasrat tersebut.
Pelbagai usaha telah diambil oleh pihak sekolah dalam mengukir kejayaan sama ada dalam bidang kurikulum,
kokurikulum mahupun sahsiah dan jati diri pelajar. Kejayaan yang dicapai oleh SMK Senawang bukanlah hasil usaha
individu tertentu tetapi hasil kerja sepasukan yang jitu daripada semua warga SMK Senawang, ibu bapa, staf sokongan
dan agensi-agensi yang berkaitan. Kejayaan yang digapai pula bukanlah sesuatu yang datang bergolek tetapi hasil daripada
perancangan, kepimpinan, organisasi tersusun dan pemantauan yang berterusan. Budaya kerja sekolah amat mementingkan
pengurusan kerja strategik dan berjalan atas landasan ke arah matlamat yang sama. Penerbitan Majalah ini juga merupakan
salah satu tanda kerja sepasukan dan pengurusan strategik sentiasa digunapakai.
Sesungguhnya majalah INSPIRASI menjadi wadah rasmi sekolah dalam menterjemahkan pelbagai aktiviti dan pencapaian
yang dicapai oleh warga sekolah sepanjang tahun 2021. Justeru, majalah ini juga menjadi medan murid-murid dan guru-
guru merakamkan bakat terpendam mereka untuk tatapan warga sekolah. Harapan saya agar majalah ini akan membuka
ruang yang luas kepada anak didik untuk mengetengahkan bakat yang ada apabila berada di luar sekolah nanti. Semoga
nanti, anak-anak didik SMK SENAWANG dapat menongkah arus dalam membina kehidupan sebenar setelah menamatkan
persekolahan.
Akhir kata, saya berharap agar semua warga SMK Senawang terus melipatgandakan usaha untuk meraih kejayaan
dalam semua bidang. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung
atau tidak langsung bagi menjayakan penerbitan majalah INSPIRASI 2021.
Sekian, terima kasih.
YM TENGKU ADNAN BIN RAJA DAUD
PENGETUA CEMERLANG SMK SENAWANG

10

KATA
ALU-ALUAN

YDP PIBG

SMK Senawang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah dan tahniah AJK Sidang Redaksi yang berusaha gigih untuk merealisasikan
penerbitan majalah Inspirasi 2021 walaupun sedang mengharungi Perintah Kawalan Pergerakan sejak
Mac 2021. Sememangnya banyak kekangan dalam usaha menerbitkan majalah tahun 2021, namun begitu
kesungguhan AJK Sidang Redaksi untuk merakamkan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di sekolah sangat
dikagumi.

Sesungguhnya, 2021 merupakan tahun yang luar biasa bukan sahaja kepada pengurusan sekolah, guru-
guru, murid-murid malah ibu bapa juga. Kita perlu melalui cara hidup norma baharu dalam menangani cabaran
pandemik Covid 19. Cara belajar dan aktiviti kokurikulum juga perlu diubah suai daripada bersemuka kepada
secara atas talian. Saya yakin semua warga SEMSE sama ada guru dan murid dapat menyahut cabaran ini dengan
sokongan padu ibu bapa. Penerbitan majalah ini merupakan bukti, walau apapun rintangan yang muncul, warga
SEMSE tetap melaksanakan amanah yang diberi sehingga jaya. Saya pasti semangat juang dan dedikasi warga
SEMSE akan melahirkan generasi yang hebat dan wibawa.

PIBG SMK Senawang akan terus menyokong seberapa daya yang mungkin segala usaha untuk melahirkan
anak bangsa yang bijak, berketerampilan, serba boleh dan bersahsiah mulia. Usaha gigih para guru dan murid
dengan sokongan jitu PIBG akan memastikan semua sasaran dapat dicapai, insya-Allah.

SMK Senawang kini telah berada di landasan yang betul untuk meraih lebih banyak kejayaan dan
kecemerlangan pada masa depan.

Sekian, terima kasih.

EN. MARZUKI BIN AB MANAP
YDP PIBG
SMK SENAWANG

11

KATA
ALU-ALUAN

Ketua Pelajar

SMK Senawang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah-Nya penerbitan majalah INSPIRASI
pada kali ini masih dapat dilaksanakan dengan lancar tatkala kita masih berjuang mengharungi pandemik
COVID-19. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada AJK Majalah yang telah bertungkus-lumus
berusaha untuk menjayakan penerbitan majalah INSPIRASI pada tahun ini.

Saya mewakili para murid ingin meluahkan rasa bangga kami sepanjang menuntut ilmu di Sekolah
Menengah Kebangsaan Senawang sama ada secara bersemuka mahupun secara alam maya. Bukan sahaja
kenangan sepanjang sesi persekolahan secara bersemuka dapat diimbas, malah sesi persekolahan secara online
tatkala membendung wabak penyakit yang mengganas ini juga, dipercayai dapat memberi kenangan yang
manis terutama semasa menuntut ilmu bersama para guru. Semoga norma baharu ini tidak akan menjejaskan
pencapaian akademik mahupun pencapaian kokurikulum sekolah. Diharapkan prestasi pencapaian akademik
dan kokurikulum masih dapat dipertahankan kualitinya. Hal ini kerana para murid masih lagi bersemangat
dalam menimba ilmu pengetahuan yang tidak terbatas ini dan terlibat aktif dalam aktiviti kokurikulum atas talian.

Akhir kata, ingin saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan
terima kasih kepada pihak sekolah tidak kira pentadbir, guru-guru, staf sokongan mahupun pihak PIBG yang
begitu tekun dan sabar memberi bimbingan, didikan dan tunjuk ajar kepada murid-murid Sekolah Menengah
Kebangsaan Senawang, tanpa mengenal erti penat lelah dan jemu dalam melayan karenah dan ragam kami yang
pelbagai ini. Jasa kalian pasti akan dikenang sehingga ke akhir hayat.

Sekian, terima kasih.

NUR SYASYA SAFURA BINTI ABDUL HADI
KETUA PELAJAR
SMK SENAWANG

12

DSEI HMASTEI

13

AHLI JAWATANKUASA
MAJALAH 2020 & 2021

14

DALAM KENANGAN
-BELASUNGKAWA GURU-

ROSLAN BIN MOHD NOR
23 OKTOBER 2020

AINUR YASMIN BINTI
PADZALI@SALIM
3 JULAI 2021

15

DALAM KENANGAN
-GURU BERPINDAH-

NAMA GURU BERPINDAH TARIKH BERPINDAH SEBAB BERPINDAH
RUSLIFAWATY BINTI MOHAMED SABRAN 22 JUN 2020 BERPINDAH KE SEKOLAH SMK FOREST HEIGHT
ROHAYU BINTI MUSTAFA 6 OGOS 2021 NAIK PANGKAT SEBAGAI GURU KANAN MATA PELAJARAN
SMK SERI PAGI
HASNIDI BIN HASSAN 15 MAC 2021 NAIK PANGKAT SEBAGAI PENOLONG PEGAWAI
PENDIDIKAN DAERAH, UNIT PEMBANGUNAN BAKAT
ZULKIFLI BIN HJ ISMAIL 16 OGOS 2021 MURID, PPD SEREMBAN
NAIK PANGKAT SEBAGAI GURU PENOLONG KANAN HEM
SMK MAMBAU

EN HASNIDI BIN HASSAN

EN ZULKIFLI BIN HJ ISMAIL

RUSLIFAWATY BINTI MOHAMED SABRAN ROHAYU BINTI MUSTAFA

16

NAMA GURU & STAF TARIKH DALAM KENANGAN
BERSARA PERSARAAN -GURU BERSARA-
1 JUN 2020
SITI ZABEDAH BINTI AB 1 DISEMBER 2020 ANANTHI A/P ROSITA BINTI MOHD
GHANI 1 DISEMBER 2020 GURUSAMY NOH
1 DISEMBER 2020
ROSITA BINTI MOHD NOH 1 MAC 2021
SURYATI BINTI YUSUF 1 JUN 2021
ZAITON BINTI ABDUL 1 JUN 2021
RAHMAN 1 JUN 2021
1 DISEMBER 2021
TUAN OMAR BIN AHMAD
MULPASIAH BINTI 31 DISEMBER 2021
SULAIMAN

ANANTHI A/P GURUSAMY
SALMI BINTI ABU BAKAR

NORATI BINTI MOHD
GHAZALI

FAIZA RAHAYU BINTI
ZAKARIA

FAIZA RAHAYU BINTI ZAKARIA

MULPASIAH BINTI SULAIMAN TUAN OMAR BIN SURYATI BINTI YUSUF
AHMAD

NORATI BINTI MOHD GHAZALI

SALMI BINTI ABU BAKAR SITI ZABEDAH BINTI AB ZAITON BINTI ABDUL
GHANI RAHMAN

17

JENTERA

PENGGERAK SEKOLAH

INSPIRASI

18

BARISAN GURU SESI PAGI

BARISAN BARIS 1 (DUDUK): PN ZOORAINA BINTI MOHD NOORDIN, PN SUZITA BINTI MOHD RESAD, EN MOHD SHAH ASRI BIN
HARUN, PN NUR HAYATI BINTI ABD AZIZ, PN ROZILA BINTI WAHIDIN, YM TENGKU ADNAN BIN RAJA DAUD, EN MOHD
GURU SESI PAGI POZI BIN ARSAM, PN NORATI BT MOHD GHAZALI, PN NORAINI BINTI ABDUL RAHIM, PN SITI MASTURA BINTI IBRAHIM
SMK SENAWANG BARIS 2 (TENGAH): PN MAIZATUL AKMAL BINTI YUSOF, PN WAN HAYATI BINTI WAN MOHD AMIN, PN TOH YIN CHUN, PN
JUHAIDAH BINTI ABD HALIM, PN NORZAILENA BINTI MUSTAFA, PN NORULHUDA BINTI MUHAMAD, PN RAHMAH BINTI
SALEH, PN ZARIMAH BINTI ZAKARIA, PN ZADARIAH BINTI ISMAIL, PN NETTY NATAHAIN BINTI HILALUDDIN, PN NOOR
ARDINA BINTI AMERUDIN, PN ROZILA BINTI MD. YUSOF, PN NABISAH BINTI P. ALI KUTTY, PN ZARINA BINTI MOHD YUSOF
BARIS 3 (ATAS): PN SUZLIANA BINTI MUHAMAD, PN SALMI BINTI ABU BAKAR, PN NORBAIZURA BINTI AB RAZAK, PN
UNGKU NORHAYATI BINTI UNGKU ABU BAKAR, PN YUSLINA BINTI MOHD YUNUS, PN HALIZA BINTI HARIF, EN AZHAR
BIN SUFIN, EN MOHD AZLAN BIN MUHAMMAD ZIN, EN MOHAMMAD KHAIRUL NIZAM BIN ZAKARIA, PN SHAHRINA BINTI
OMAR, PN WAN DZUL ‘ANEYS AYUNI BINTI WAN MOHD ZAKI, PN NURUL ASHIKIN BINTI MUHAMAD NUR, PN ZAINI BINTI
MORAD, PN NOOR AZIANA BINTI DZULKIFLY, PN ROHAYU BINTI MUSTAFA

BARISAN GURU SESI PETANG

BARISAN BARIS 1 (DUDUK): PN HANI ARBA`YAH BINTI ABDUL RAHMAN, ZAINUN BINTI MOHD DARUS @ MOHD DERUS,
PN NUR HAYATI BINTI ABD AZIZ, PN ROZILA BINTI WAHIDIN, YM TENGKU ADNAN BIN RAJA DAUD, EN MOHD
GURU SESI PETANG POZI BIN ARSAM, EN ZULKIFLI BIN HJ. ISMAIL, PN ARIAH BINTI AHMAD, PN RABI’AH ADAWIYAH @ RABI’AH BINTI
SMK SENAWANG MUHAMAD
BARIS 2 (TENGAH): PN ASFADILLA BINTI IBRAHIM, PN PARIMALA A/P P.K KRISHNAN NAIR, PN SITI NORMALA BINTI
BAHARUDIN, PN ROSSALIZA BINTI KAMARUDDIN, PN NORHUDA BINTI MAT DAUD, PN ANANTHI A/P GURUSAMY,
PN MULPASIAH BINTI SULAIMAN, PN NOR HASMIZA BINTI MAZLAN
BARIS 3 (ATAS): CIK KHAIROLNISAK BINTI ABDULLAH, PN NUR HARLIANA BINTI MOHD AZLAN, PN RASYIDAH
BINTI MOKHTAR, EN HARMIZEY BIN ABDUL GHAFAR, EN A HALIM BIN SAAT, EN MOHAMAD TAUFIQ BIN A AZIZ,
PN SITI NAJWA BINTI ROSLAN, PN AMPIKA A/P THIRUCHELVAM, PN NUR LAILLA BINTI AB HADI

19

ANGGOTA KUMPULAN SOKONGAN

ANGGOTA BARIS 1 (DUDUK): PN NUR HAYATI BINTI ABD AZIZ, PN ROZILA BINTI WAHIDIN, YM TENGKU ADNAN BIN RAJA
DAUD, EN MOHD POZI BIN ARSAM, EN ZULKIFLI BIN HJ. ISMAIL
KUMPULAN BARIS 2 (TENGAH): PN SURAYA BINTI SUBELI, PN NORMIZATUL ANIZAH BINTI ANUAR, PN NORAZILA BINTI
ABDULLAH, PN FAIZA RAHAYU BINTI ZAKARIA, PN NORIZA BINTI SEZALI, PN NORIZAN BINTI MOHAMED NOR
SOKONGAN (CC)
BARIS 3 (ATAS): PN NORAIN BINTI KAMARUL ARIFFIN, EN MD AHRIS BIN BAKAR, EN MOHD RADHI BIN ISMAIL, EN
KAMARUZZAMAN BIN MAAROF, PN SITI NORHAIDA BINTI AHMAD

AJK PIBG 2021

NAMA JAWATAN YM TENGKU ADNAN BIN EN MARZUKI BIN AB EN SHAIFUL AZMI BIN EN MOHAMMAD KHAIRL
YM TENGKU ADNAN BIN RAJA DAUD EX-OFFICIO RAJA DAUD MANAP SHAHARUDIN NIZAM BIN ZAKARIA
YANG DIPERTUA
EN MARZUKI BIN AB MANAP NAIB YANG DIPERTUA PN NOOR AZIANA BINTI PN NORFATIMAH BINTI EN MOHD POZI BIN EN RASID BIN MD ISA
EN SHAIFUL AZMI BIN SHAHARUDIN SETIAUSAHA DZULKIFLI NASIR ARSAM
EN MOHAMMAD KHAIRL NIZAM BIN ZAKARIA BENDAHARI
PN NOOR AZIANA BINTI DZULKIFLI PENOLONG BENDAHARI EN NORHAN BIN PN ALIZA BINTI MOHD PN ROHANI BINTI PN ROBIAH BINTI
PENYELARAS SARANA MUHAMMAD NUR YUSOFF MORAD MOHAMAT SARIF
PN NORFATIMAH BINTI NASIR
EN MOHD POZI BIN ARSAM AJK IBU BAPA
EN RASID BIN MD ISA
AJK GURU
EN NORHAN BIN MUHAMMAD NUR
PN ALIZA BINTI MOHD YUSOFF JURUAUDIT DALAMAN
PN ROHANI BINTI MORAD (GURU)

PN ROBIAH BINTI MOHAMAT SARIF JURUAUDIT DALAMAN
PN ZARIMAH BINTI ZAKARIA (IBU BAPA)
PN ZADARIAH BINTI ISMAIL

EN MOHD SHAH ASRI BIN HARUN
PN ZOORAINA BINTI MOHD NOORDIN

PN ROZILA BINTI YUSOF

PN MAZIAH BINTI ABD RAHMAN

PN ZARIMAH BINTI PN ZADARIAH BINTI EN MOHD SHAH ASRI PN ZOORAINA BINTI PN ROZILA BINTI YUSOF PN MAZIAH BINTI ABD
ZAKARIA ISMAIL BIN HARUN MOHD NOORDIN RAHMAN
20

BADAN PEMIMPIN PELAJAR (BPP) 2021

KETUA PENGAWAS PENOLONG KETUA PENGAWAS SETIAUSAHA NAIB SETIAUSAHA BENDAHARI
NUR SYASYA SAFURA BINTI ABDUL AMMAR HIJJAZ BIN MOHD FATIN FATINI BINTI ABDUL PUTRI NAZIERA BINTI SAIFUL NUR QAMARINA BINTI MOHD ALMI
SHAFFIE
HADI RAHMAN LOKMAN

NAIB BENDAHARI AJK TINGKATAN 5 AJK TINGKATAN 4 AJK TINGKATAN 3 AJK TINGKATAN 2
SITI FARZANA BINTI SALLEHUDDIN MUHAMMAD HAIQAL BIN KAMAROL NURIN WAHEEDA BINTI JAMAIN AUNI NAJIHAH BINTI MUHAMMAD ARIQ HEZRIQ BIN ASHIME IZWAN

HISHAM AMIN

PENGAWAS 2020

21

22 PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) 2021

PEMBIMBING

RAKAN SEBAYA(PRS) 2021

PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) 2021

PENGAWAS

PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) 2021

23

24 BADAN DAKWAH DAN ROHANI (BADAR) 2021

BADAN DAKWAH

DAN ROHANI (BADAR) 2021

PENGAWAS SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) 2021

PENGAWAS SKIM

PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) 2021

25

SMK
SENAWANG

PENCAPAIAN
AKADEMIK

26

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SENAWANG
TAMAN MARIDA, 70450 SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

TEL: 06-6774946, FAX: 06-6781739
KOD SEKOLAH: NEA4100

ANALISIS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 TAHUN 2019

ANALISIS KESELURUHAN MENGIKUT MATA PELAJARAN

27

Pelajar Cemerlang Pt3 2019

7A 7A 7A 6A 6A

NUR AIN BINTI TUMIRAN NUR ADILAH BINTI ASIKIM MUHAMMAD JUNI DAMIN NURUL SYAZANA BINTI NUR SYASYA SAFURA BINTI
BIN JIHAD ZAIDI ABDUL HADI
5A 5A
5A 5A

NORHUSNA HAFIYAH NUR QAMARINA BINTI NUR AIN SAFFIYAH MUHAMMAD AZZUMI
BINTI MD NASIR MOHD ALIMI MUSTAQIM BIN AZLI HIZAM

SENARAI PELAJAR LULUS MENGIKUT PEROLEHAN BILANGAN GRED
CEMERLANG, PT3 TAHUN 2019

28

Analisis Sijil Pelajaran Malaysia 2019 & 2020

SENARAI PELAJAR LULUS MENGIKUT PEROLEHAN BILANGAN GRED CEMERLANG, SPM TAHUN 2019

29

SPMPelajar Cemerlang 2019

10A 9A 9A 8A 8A

NUR ALYA ADRIANA MUTHATHAL LOGESH KUMAR NURUL AIN ZULAIKHA BINTI NOR SYAKILA BINTI SALIM
JOHARI
7A 7A 6A 6A
6A

SYAZWIN BINTI AZMI SOFIA FITRI BINTI MOHD RIZAL MUHAMMAD FASIL BIN SUHAIMI NURBATRISYIA SYAZANA BINTI NURSYAZWINA BINTI MOHD
KAMALUDIN FAIZAL
6A 5A 5A
5A 5A

NUR HANIS ZUHAIRAH BINTI MUHAMMAD ALIFF IMAN BIN NURUL SHAHIRAH BINTI MAD AIN SHAHIDAH BINTI MOHD ARIF NURMARZATUL AKHMA BINTI
MOHD ZULKIFLI ABD RASID NAWI MOHD SAIZAM
5A
5A 5A 5A

NURUL FATIN IZZATI BINTI YUSRI NUR ARRYSHA DANIA BINTI AFRINA IWANI BINTI AIZAN NOOR FARINA BINTI ALIAS
NORZY
5A 5A
5A

30 NURAISHAH BINTI ALOHA NUR ALYA ATASHA BINTI MUHAMMAD DANIEL HAIQAL
BADELISHAM BIN SAMRIM

SPMPelajar Cemerlang 2020

9A 7A 7A 7A 7A

MOHD ZULHILMI BIN ZAIDI NUR ALEYA AFIFAH BINTI NUR MASTURA BINTI SUHAILI BINTI MD ZAHAR NUR AMIRAH ALIAH BINTI MOHD
MAZNAN ALFISHARDEEN ARIFF
7A 6A
6A 6A 6A

ZULL HAQQIM BIN ANUAR NUR FARAH HANIM BINTI NUR ILYANA ALIYA SOFIEA BINTI NOR ZAHIERUL HAQIMMY BIN NUR ALIEYA MAISARA BINTI JASNI
MOHAMAD NAZRI MOHD AZALI MOHD SHUHAIMMY
6A 5A
6A 6A 6A

NUR SYAMIMIE NAJWA BINTI NURUL JANNAH AQILAH BINTI SITI SYAHIDAH BINTI ZIKRI NUR KHAIRINA BINTI KAMARUL NUR DIANA BINTI HASRIM
MOHD HISHAM ZULKEFLY AZAM
5A
5A 5A 5A

ANRIANA AZUREEN BINTI NUR AISYAH ALYAA BINTI AIN ALIAH BINTI EDROSS SHAZWANIE ARNIE BINTI AZIZAN
ASMADDI SHAMSUDDIN
5A
5A 5A

NURUL NADZIRAH BINTI MOHD AQIELAH NUSAIBAH BINTI KHALIDAH BINTI MUHAMMAD 31
ZAMRI MOHD HASIF KADRI

TOKOH KOKURIKULUM

TOKOH NAMA PERTANDINGAN PENCAPAIAN
KOKURIKULUM
1. PERKHEMAHAN MAYA KOKURIKULUM - KATEGORI KAWAD TANGAN TEMPAT KELIMA
AHMAD DANIAL (KEBANGSAAN) TEMPAT KEDUA
SOFIAN BIN 2. PERTANDINGAN CABARAN SIBER KADET JPJ - VIDEO KESELAMATAN
HELMI JALAN RAYA (NEGERI) JOHAN
3. CABARAN SILAT ATAS TALIAN SEKOLAH-SEKOLAH KPM TEMPAT KETIGA
-KATEGORI SENI TEMPUR SILAT (NEGERI)
4. KEJUARAAN 1 SEKOLAH 1 SILAT (1S1S)
- KATEGORI SOLO KREATIF
- PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

TOKOH NAMA PERTANDINGAN PENCAPAIAN
KOKURIKULUM GRED PERAK
1. PERTANDINGAN E-DEKLAMASI SAJAK ADAB DAN NILAI SEKOLAH
NUR AININ MENENGAH MAHRAJAN KESENIAN ADAB DAN NILAI (MK ADNI) TEMPAT KE-9
SHAFFIYAH BT SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA NAIB JOHAN
PERINGKAT KEBANGSAAN NAIB JOHAN
JUNAIDI 2. PERTANDINGAN CABARAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT
MALAYSIA ATAS TALIAN PERINGKAT KEBANGSAAN
32 3. PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK SECARA MAYA 2021-ANJURAN
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MALAYSIA (NEGERI)
4. PROGRAM PENGUKUHAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM
MAHRAJAN KESENIAN ADAB DAN NILAI SEKOLAH-SEKOLAH (MK
ADNI)
- KATEGORI e-DEKLAMASI SAJAK DAN NILAI (PEREMPUAN) (NEGERI)

PENCAPAIAN SUKAN
DAN PERMAINAN

MUHAMMPiAnDgatAeQmEaEsLleBmIpNarSUcaHkAerRaML1A5N(3 UTM) - kNee-OmPRpiZnatgAaaHtcaPAreaNraJIakZlaaBncIaNKraaNk1i0O10R00Z000mA0MmjaRlMaIn(S5kSUaNMkSi )2020

MUPiHnAgaMt PAeDraHk AdlZmIQAcBaIrNa LRoAmMbLoAl BNe(r5gaUlaShIM)

NOORTeFmIRpDatAkUetSigBaIBN(a5MliUnOgIAHTMuDk)uNlOBResHi ILSeHlaAkiM1U8 DIN NU(R5KIUeLbYMaAn)NgKsAaeajuAnaL2rIa0Ya2An0 PSdeOinSFceIalEakAnSgiBolaIrtN(RPTeiInmMgaajOtaEHPmSDSaGsA)MZALI (5 MUMUH) KAeMjuMar2Aa0aD2n0FPdAeinKSceRalUaknLSgioAlarItM(RPeAinmNgaajBtaIgPNaSnMSgGsOaM)HKDeZbaAnIgDsIaan

Kejohanan BadmihnitnonggDa a2e7r.a0h2.S2e0r2e0mban 2 24.02.2020 SEMRKNEeEOwMMRaBAkFAiHAliNZIdRJLoa2AI2ehASr0NaEaN2nhC1SAKUASPaeBeRKtrrIeeAAiNgmnNoDTgbrkIAiBaaSInLOtnHA:2dLADiMAkvMaeidJeTpASruAeaURrhPLRiI1nINIA8g(G4kNUaMtTKnASMeSHgD)eUriN KuizHSAerDlaIhF KIReNFhAeobNvaetmBaInbNeDrNi2rUi0d2R1aUn(LJKoIheZraWjnay)AaNP(i1loUt pSaMd)a 16

AIPMerAtaNndHi6nAgOKakInMtoSboBefItrNb2a0lZl2AP1eI(NrJionUhgDaknaINt) D(5aUerKaMh ) PUTERI DAMIA HUDA BINTI NORISAM (1UM) AINVZirUtuLaA-l RvIKiurHtnuA&alBHruIiNnkTe(PIPEMerNiOnYgHEkDRatTFKAAeAIbRNaUn)gZsa(4anUM)
Pertandingan Kemahiran Sukan Bowling Tenpin Secara 4-18 September 2021

Dalam Talian (Negeri) Ke-5

NUR AVFiIrQtuAaH-l RvAiurMn4tu-&1Aa8lNHrSuIienkBpeIt(eNPPmEeTrNbIineAYrgEBk2RDa0t2T.RK1AAeAbSNaHn)IgDsa(a1nUIAM) MUHAVMirMtuAa-lDvRiAurtnM4u-a&1IlR8rHUuSineLkpe(FtPPAeEmeRrNbIinHYegrEIkN2Ra0TtB2AK1INeAbNZan)AgPsaRaIn(5UM) (PENYETRATAMAILNC) VH4iEr-tA1Lu8VcaaASlreRNapuVtAneim/r&LtubJHeaErliYkH2Ae0ikM2Pe1eAriNngIk(a5tUKSeMbangsaan 33

PENCAPAIAN BADAN UNIT BERUNIFORM

NAMA PERTANDINGAN NAMA PEMENANG ANUGERAH GAMBAR PELAJAR

Pertandingan Kawad Kemahiran Peringkat Daerah S2 KADET BOMBA SMK SENAWANG Acara Aspect Challange Lelaki dapat
Rantau Tempat Ke3

Pertandingan Menghias Wau Kategori Pandu Puteri RENJER DARI KIRI: JOHAN Pertandingan Menghias Wau
sempena Sambutan Hari Peringatan Sedunia 2020 Peringkat NURUL IZLIN BINTI KAMAL (5UIAM) Kategori Pandu Puteri RENJER sempena
Negeri Sembilan NURSYAFIQAH DAHIYAH BINTI MOHAMAD Sambutan Hari Peringatan Sedunia 2020
REDZUAN (5UM) Peringkat Negeri Sembilan
NUR ALYA DAYANA BINTI AMINUDDIN (5UM) JOHAN

UNITED NATIONS PLASTIC TIDE TURNERS CHALLEGE SAIYESHA VEL A/P VADIVELU
BADGE (ANTARABANGSA)

PERKHEMAHAN MAYA KOKURIKULUM 2021 NURIN WAHEEDA BINTI JAMAIN NAIB JOHAN
PERINGKAT KEBANGSAAN Kadet Polis (4 USIM) KATEGORI TIK TOK (KEBANGSAAN)
17- 18 SEPTEMBER 2021 KE-4 KATEGORI PERMAINAN RAKYAT
NURIN HAMIZAH BINTI ABD SAMAT (KEBANGSAAN)
Kadet Polis (4 UKM)
NAIB JOHAN
SITI FARZANA BINTI SALLEHUDDIN KATEGORI SLOT KESIHATAN
Puteri Islam (4 UIAM) (KEBANGSAAN)
KE-4 KATEGORI KAWAD TANGAN
AINA SOFIYA BINTI MUZAFAR (KEBANGSAAN)
Pandu Puteri (2 UIAM) KE-3 KATEGORI SLOT KESIHATAN
(KEBANGSAAN)
MUHAMMAD SYAZANI BIN MOHD RADHUAN
Kadet Bomba (4UIAM) NAIB JOHAN
KUIZ KESELAMATAN AIR
AIN ZULAIKHA BINTI MOHD FAIRUZ (KEBANGSAAN)
Pengakap (4UM) KE-4
KE-3
1) PERTANDINGAN VIDEO KESELAMATAN JALANRAYA MUHAMMAD ANIQ HAZWAN BIN NORMOHAMAD KADET KETUA PEMBANTU
- VIDEO KJP (KEBANGSAAN) HARIZAN (2UM) PENGUATKUASA
2) PERTANDINGAN CABARAN SIBER KADET JPJ-VIDEO JOHAN
KESELAMATAN JALAN RAYA (NEGERI) KADET KETUA PEMBANTU
PENGUATKUASA
1)UJIAN KENAIKAN PANGKAT KADET JPJ (TAHAP) MOHAMMAD IZZAT WAZIEN BIN ISHAK
SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN (4 UPM) KADET KETUA PEMBANTU
MALAYSIA (KEBANGSAAN) MUHAMMAD DANISH ASHRAF BIN AZROL (4UPM) PENGUATKUASA
2) PERTANDINGAN CABARAN SIBER KADET JPJ-VIDEO KE-2
KESELAMATAN JALAN RAYA (NEGERI)
UJIAN KENAIKAN PANGKAT KADET JPJ (TAHAP)
SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA (KEBANGSAAN)

1) UJIAN KENAIKAN PANGKAT KADET JPJ (TAHAP) MUHAMMAD NADZMIE BIN ABDULLAH (5 UKM)
SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA (KEBANGSAAN)
2) PERTANDINGAN CABARAN SIBER KADET JPJ - VIDEO
PERSONEL (NEGERI)

KEJUARAAN 1SEKOLAH 1SILAT (1S1S) KATEGORI SOLO MUHAMMAD IMAN HAZRIEL BIN JOHARI (2 UTM) JOHAN
KREATIF PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

CABARAN SILAT ATAS TALIAN SEKOLAH-SEKOLAH MUHAMMAD HAIKAL BIN ABDUL RASHID (2UKM) JOHAN
KPM - KATEGORI SENI TARI SILAT PERINGKAT NEGERI

1) PERTANDINGAN CABARAN SIBER KADET JPJ - VIDEO HADIF IRFAN BIN NURUL IZWAN (1USM) KE-2
PIDATO (NEGERI) KE-3
2) PERTANDINGAN KUIZ ONLINE KADET JABATAN
PENGANGKUTAN JALAN - KATEGORI KADET LELAKI
TERBAIK (NEGERI)

PERTANDINGAN DIGITAL STORY TELLING 1. PUTERI DAMIA HUDA BINTI NORISAM (1UM) KE-3
BERKUMPULAN PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2. NURIZZAH HANI BINTI FAKHRULRIDZUWAN SAGUHATI
(1UM)
3. NUR ‘AIN RAIHANAH BINTI AHMAD NZRYSHAH
(1UM)
1. SHAMSURI KHAIFAN HAFIZI BIN NORSHAM (1UM)
2. FATIN LIYANA BINTI MOHD SHAHRUL (1UM)
3. NURUL IMAN ASYIQIN BINTI MOHAMAD YUSOF
(1UM)

“PENYERTAAN PERINGKAT DAERAH & NEGERI 1. AIN ZULAIKHA BINTI MOHD FAIRUZ PENYERTAAN
KURSUS UJIAN LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP (4UM)
ANJURAN PPM DAERAH SEREMBAN TIMUR DAN 2. TAMIL CHELVAN A/L JEYAMANI (5USM)
NEGERI SEMBILAN YANG DIJALANKAN SEPANJANG 3. ALYA MAISARAH BT MOHAMAD
BULAN MEI” RIDHUAN (4USIM)

34

20
21

KARYA
KREATIF

35

KARYA KREATIF HADIF IRFAN BIN NURUL IZWAN (1USM)
BAHASA MELAYU WAFIY ZIKRI BIN MOHD YUNUS (1UITM)
MUHD HAFIZ IZZUDDIN BIN ZULFAQAR (1UITM)
Pertandingan Mencipta Sajak Menengah Atas
Tema: Sumpah Generasi Merdeka
Tajuk dan sajak : Pejuang Negara

Hari ini menjadi saksi,
Hati kami bergetar,
Saat mendengar ,
Sumpah janji membela kebenaran,
Perjuangan penuh kemuliaan,
Dalam dakapan ,
Rasa cinta satu bangsa,
Rasa suka cita satu bahasa,
Rasa bangga satu negara.
Jiwa yang mati hidup kembali,
Tinggi bahasa pemersatu bangsa,
Tidak dengan kejamnya kekerasan,
Kami bukan generasi kecundang,
Tetapi kami orang berpendidikan,
Tidak akan kami biarkan,
Tanah air tercinta dirampas,
Bersatulah generasi harapan bangsa,
Bersatulah di bawah kibaran,
Jalur Gemilang.
HASIL KARYA,
NOOR EZANY AFIRA BINTI KAMARUL ARIFIN
4 USIM
SMK SENAWANG

PENGHARGAAN KU PADAMU
Virus fatal kini Kembali,
Mengejutkan dunia membawa tragedi,
Kecil tak terlihat,
Datang tak diundang,
Itulah dia musuh kita.
Doktor,
Tanpamu hilangnya kami,
Tanpamu hilangnya nafas dibumi,
Tanpamu gelapnya dunia ini,
Bagai angin sihir melintasi bumi,
Adanya dirimu hidup kami beerti lagi,
Terima Kasih atas perjuanganmu,
Guru,
Tingginya harapanmu seluas lautan,
Sanggup menempuh pelbagai cabaran,
Demi mendidik beribu anak bangsa,
Walau dengan pelbagai cara,
Tatkala adanya tangisan ,
Kau tetap tidak mengalah,
Terima kasih ku ucapkan,
Wahai wira dan wirawati negara,
Tidak kiralah siapa kamu,
Sama ada polis, tentera atau bomba,
Tidak kiralah siapa kamu,
Sama ada miskin atau kaya,
Jika dirimu penat lelah demi negara,
Inginku tabik dan berterima kasih
kepadamu semua.
NUR AININ SYAFFIYAH BINTI JUNAIDI
5UKM
SMK SENAWANG
36

At last, we are safe KARYA KREATIF
BAHASA INGGERIS
Written by : Puteri Damia Huda Binti Norisam
Class : 1 UM Tony: It’s ok Fiona. Please don’t cry. Thank you guys for being my friends.
One day in the deep ocean. We can see Tony being tangled up by a net. He
tried to untangle himself. Tony smiled while tears slide down on his face. Fiona, Sherry and Connor
could only apologise.
Tony: Ugh, come on I can do this!
Connor: I’m sorry I couldn’t save you in time.
He tried again but failed to free himself. Luckily, Fiona the fish and Sherry
the seal were swimming passing by. Tony then tried to call out for them Tony: Hahahaha It’s ok you did your best.
hoping they would hear him.
With one last look they all went towards a huge rock to hide. When they
Tony: Hey Fiona, Sherry! Help me, please! finally hid they all turn to look at Tony. They could see the group of humans
has arrived. They could see that the humans were taking away Tony.
Luckily Fiona and Sherry heard him. When they turned around they were Feeling devastated, Fiona then cried. Sherry and Connor then tried to calm
surprised to see Tony was tangled in a net. They immediately went towards her down while tears also falling out on their faces.
him.
Connor: This is all those humans’ faults. If it were not for them we could’ve
Fiona: Oh no Tony! Are you okay? been living happily without trash surrounding us.

Fiona turned towards Sherry and asked her to call for help. Sherry: Yeah, because of them we lost our friend.

Fiona: Sherry, please go and find some help! Fiona could only just nod still sad about what has happened. Suddenly,
Tony popped up behind the rock looking happy.
Sherry nodded and immediately went to find help. Fiona then turned
towards Tony and reassured him that it will all be okay. Tony: Hey guys! Ehh? Why do you guys look sad? I told you don’t cry.

Fiona: It’s okay Tony calm down. Help is on the way. Shocked, they all screamed. They thought that it was their hallucination.

Tony could only just nod. While Sherry was searching for help she came Fiona: Tony? Is that you?
across Connor, the crab and immediately went to him.
She then went towards Ton and slapped him just to make sure they are not
Sherry: Connor, Connor! I need your help please it’s an emergency! hallucinating .

Connor: Woah Woah Woah! Sherry calm down. Take a deep breath and Tony: OWW! What was that for?
then tell me what’s wrong.
Sherry: TONY! It’s really you?
Sherry then took a deep breath and finally calmed down.
Tony: I mean yeah but you don’t have to slap me.
Sherry: Ok, I’m calm now.
Fiona: Sorry.
Connor: Ok good. Now tell me what’s wrong and why are you in such a rush?
Tony: Nah, It’s ok
Sherry: It’s Tony. He’s being tangled up by a net.
They all then hugged together. They cried in joy. They were all glad that
Connor: What! Oh no, come on we gotta go! Please lead me the way Sherry. Tony was ok.

Sherry: Ok, Follow me, it’s this way. Connor: But I got to ask how did you free yourself and escape without any
injuries?
And with that Sherry lead Connor the way. When they arrived, Connor
immediately went towards Tony. Tony: Oh, It’s actually the humans who free me.

Sherry: We’re here. Fiona, Sherry and Connor: WHAT?!?

Connor: It’s ok Tony. Let me try and help. Tony: Yeah, shocking right? They are actually nice and gentle when they
try to free me from the net.
Connor then tried to cut the net by using his claws. After a while, he failed to
free Tony from the net. Fiona, Sherry and Connor look down in shame for their misunderstanding.

Connor: Uh oh, it’s seem that I can’t cut the net. I’m sorry Tony. Tony: Why do you guys look so down? Anyway come and follow me I got to
show you guys something.
Tony: It’s okay, Connor, you did your best.
Confused they all looked at each other but just shrugged their shoulders
While Connor apologised to Tony. Sherry then heard something or someone and they decided to follow Tony. When they arrived at their destination;
coming towards their way. When she turned around she saw a group of two
people coming towards their way. Tony: Look.

Sherry: Uh… Guys it seems like we got company. Tony then showed them that there were more group of people cleaning the
ocean. They all looked happy, grateful and shocked that there are people
The others seemed confused. They all turned to Sherry and like she said who still care about the ocean and their habitat.
there was a group of people coming towards their way. As they were
shocked, they covered their whole faces but they immediately panicked. Sherry: Hey guys I think I want to help them cleaning the ocean.

Fiona: AAAHH, we got to do something to free you! Let’s try again guys! Fiona: Yeah, me too.

They all nodded and try to cut or pull the net but it only made They all then decided to help them as an apology for their
things worse. misunderstanding. While they were cleaning Sherry then stop and smiled.

Tony: Guys stop it! It will only make it worse for me. Sherry: You know it kind of reminded me of a proverb that I have heard.

Fiona: Well what are we going to do? We’re not going to leave you Tony, Connor and Fiona then felt curious.
alone here! What if the humans hurt you again?
Fiona: What proverb?
Tony could only sigh and shook his head.
Sherry: Like they said ‘ The environment is no one’s property to destroy ; It
Tony: No, It’s ok. My time has come. You guys must hide before is everyone responsibility to protect ‘
they come here.
Connor: Yeah it does remind me of it.
Connor: Uhhh guys. I’m sorry to tell you this but the humans are
coming nearer us. They all then smiled and continued with their work. 37
-THE END-

KARYA KREATIF BINAAN DARIPADA BAHAN KITAR SEMULA
BULAN KEBANGSAAN

38


Click to View FlipBook Version