The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ethel Chriseve Manggau, 2020-12-17 19:11:27

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

KATA ADVERBA

BML 3053

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

TUGASAN KUMPULAN

TAJUK TUGASAN : KATA ADVERBA

KUMPULAN C

BIL NAMA PELAJAR NO MATRIK
1. BARBARA JACQUELINE ANAK BOHOW D20191087763
2. NAZURA ILYANA BINTI NASRAN D20191087884
3. NUR MAIZATUN NAJWA BINTI NAZLIN D20191087886
4. NUR ZAHRATUL SYAZWANI BINTI ABDUL GHANI D20191088223
5. ETHEL CHRISEVE MANGGAU ANAK EDWIN D20191088228

NAMA PENSYARAH : EN MOHD RA’IN BIN SHAARI

1

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN MUKA SURAT
3

2.0 OBJEKTIF KAJIAN 3

3.0 DAPATAN 3-9
3.1 KATA ADVERBA JATI

3.2 KATA ADVERBA YANG ASALNYA KATA ADJEKTIF 10-15

3.3 KATA ADVERBA YANG ASALNYA KATA KERJA 15-19

3.4 KATA ADVERBA BENTUK KATA GANDA 19
3.4.1 KATA ADVERBA PENGGANDAAN PENUH 19-21

3.4.2 KATA ADVERBA PENGGANDAAN SEPARA 21-24

3.4.3 KATA ADVERBA PENGGANDAAN BERENTAK 24-26

4.0 KESIMPULAN 27

5.0 RUJUKAN 28

2

1.0 PENGENALAN
Menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood
(2008), kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama,
dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat. Kata adverba juga telah didefinisikan
sebagai kata yang menerangkan kata kerja, kata sifat, atau kata adverba (Kamus Dewan Edisi
Keempat, 2010).

Setiap kata yang wujud dalam bidang morfologi khususnya kata adverba mempunyai
pelbagai ciri-cirinya tersendiri. Antara ciri-cirinya adalah kata adverba merupakan salah satu
kata yang dapat hadir di hadapan dan juga di belakang sesuatu frasa. Selain itu, kata adverba
hanya dikategorikan sebagai golongan kata tugas dan bukannya sebagai golongan kata utama.
Hal ini adalah kerana, kata adverba tidak boleh menjadi unsur inti kepada konstituen frasa
perdikat seperti kata nama.

Kata adverba dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu kata daverba jati, kata adverba
jati, kata adverba yang asalnya kata adjektif, kata adverba yang asalnya kata kerja, dan kata
kata adverba bentuk gandaan. Kata adverba bentuk gandaan pula dapat dibahagikan kepada
tiga kategori iaitu kata adverba penggandaan penuh, kata adverba penggandaan separa dan kata
adverba penggandaan berentak.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat tiga objektif yang akan dikaji dalam kata adverba ini iaitu :

i. Mengenal pasti definisi dan bentuk kata adverba.
ii. Membezakan bentuk-bentuk kata adverba.
iii. Mengenal pasti penggunaan kata adverba pada ayat yang bersesuaian.

3.0 DAPATAN
3.1 KATA ADVERBA JATI
Kata adverba merupakan salah satu jenis yang terdapat dalam golongan kata tugas. Kata
adverba jati terdiri daripada perkataan yang berfungsi sebagai penerang kepada golongan
kata yang terdiri daripada kata kerja, frasa kerja, kata adjektif, frasa adjektif atau frasa
sendi nama.

Formula PENERANG KA/KK/FSN
KATA ADVERBA JATI 3

Contoh kata adverba jati adalah seperti berikut:

semalam hampir lusa tadi tulat kelmarin sekarang
nyaris
begitu kemudian nanti kadangkala dahulu sering esok
sempat
begini langsung demikian kelak barangkali sekaligus

sentiasa saling serentak julung kali acapkali agaknya

Jadual 1: Contoh Kata Adverba Jati

Penggunaan kata adverba jati dalam ayat dapat dilihat seperti contoh berikut:

Kuala Lumpur: Semua sekolah termasuk Kolej Vokasional di negeri dikenakan Perintah
Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan ditutup bermula esok sehingga hari akhir
persekolahan pada tahun ini.

(Sumber: Sinar Harian, 8 November 2020)

Jadual 2: Kata adverba jati dengan menggunakan perkataan esok.
KUALA TERENGGANU: Banjir di Kemaman semakin buruk dengan jumlah mangsa banjir
yang dipindahkan seramai 659 orang daripada 156 keluarga, sehingga jam 6 petang tadi.

(Sumber: Berita Harian, 27 November 2020)

Jadual 3: Kata adverba jati dengan menggunakan perkataan tadi.
MARANG – Seramai 12 penternak ikan sangkar di Kampung Gong Tepah di sini kerugian
hampir RM3 juta apabila ikan ternakan mereka mati secara berperingkat sejak 10 November
lalu.

(Sumber: Sinar Harian. 17 November 2020)

Jadual 4: Kata adverba jati dengan menggunakan perkataan hampir.

4

AKTIVITI
Jenis Aktiviti: Aktiviti secara berkumpulan
1. Pelajar diminta untuk membentuk satu kumpulan yang terdiri dari 4 orang ahli.
2. Setiap wakil kumpulan perlu mengambil satu sampul yang mengandungi satu lirik
lagu daripada guru. Setiap lirik lagu adalah berbeza dan diberi secara rawak.
3. Pelajar diminta mencari kata adverba jati yang terdapat dalam lirik lagu yang
diberikan.
4. Wakil pelajar diminta menyenaraikan kata adverba jati di papan putih.
5. Setiap ahli kumpulan perlu membina ayat berdasarkan kata adverba jati yang telah
disenaraikan.
AKTIVITI SECARA INDIVIDU

Permainan Quizziz: Kata Adverba Jati

AKTIVITI PENEGUHAN
Bulatkan jawapan yang tepat.
1. Berikut merupakan kata adverba jati yang betul, kecuali

A. Tadi
B. Begitu
C. Adalah
D. Kadangkala

5

2. Pilih kata adverba jati yang betul, berdasarkan contoh ayat yang diberikan.

I. Pelajar itu memperoleh keputusan yang cemerlang dalam ujian itu.

II. Barangkali dia tidak ke sekolah kerana demam.

III. Sofia akan menghadiri kelas tambahan Matematik pada petang nanti.

IV. Tugas guru bukan sahaja untuk mengajar, malah mendidik pelajar.

A. I dan II C. III dan IV

B. II dan III D. I dan IV

3. Antara ayat yang berikut, ayat manakah yang mempunyai kata adverba jati?

I. Kemalangan ngeri itu berlaku pada tengah malam semalam.

II. Mereka sentiasa bertengkar kerana masalah kewangan.

III. Tuduhan rasuah itu perlu disiasat berdasarkan bukti yang kukuh.

IV. Keluarga Salimah telah berangkat tadi dengan tergesa-gesa.

A. I dan II C. III dan IV

B. II dan III D. I dan IV

PENULARAN pandemik COVID-19 menjejaskan hampir semua
aspek kehidupan di seluruh dunia. Pada masa sama, peranti digital
dan saluran perhubungan berasaskan teknologi dilihat menjadi
medium untuk memacu semula sektor ekonomi dalam normal yang
baharu.

(Sumber: Berita Harian, 30 Jun 2020)

4. Berdasarkan petikan di atas, yang manakah contoh kata adverba jati yang betul?

A. Hampir C. Untuk

B. Masa D. Dalam

5. Antara ayat yang berikut, ayat yang manakah menggunakan kata adverba jati?
A. Semua pelajar diminta untuk beratur sebelum masuk ke dalam kelas.
B. Ali sering melakukan kesalahan yang sama walaupun sudah ditegur.
C. Saya bertanggungjawab dalam melaksanakan program lawatan itu.
D. Menghormati orang yang lebih tua adalah peranan kita.

6

Jawapan:
1. C
2. B
3. D
4. A
5. B

LATIHAN PENEGUHAN

Bulatkan jawapan yang betul bagi setiap soalan berikut.

1. Berikut merupakan kata adverba jati yang betul, kecuali
A. sentiasa
B. semalam
C. esok
D. semenjak

2. Yang manakah antara berikut merupakan kata adverba jati yang betul?
A. sesekali
B. dengan
C. barangkali
D. sekalian

3. Pemenang bagi acara larian itu akan diumumkan ________.
A. sering
B. kerap
C. hampir
D. kelak

4. Dahlia dan Anis menjawab soalan yang diberikan guru secara ________.
A. nyaris
B. serentak
C. hampir
D. sentiasa

7

5. Kedai makan di tepi jalan itu tidak buka sejak ________ kerana melanggar etika
kebersihan.

A. tulat
B. esok
C. semalam
D. kemudian

6. Pilih kata adverba jati yang betul, berdasarkan contoh ayat yang diberikan.

I. Pemenang acara larian itu telah diumumkan petang tadi.

II. Siti hampir ketinggalan bas pada pagi itu kerana bangun lewat.

III. Kes rompak di Kedai Mutu telah dilaporkan oleh penduduk sekitar.

IV. Abang terkejut melihat kemalangan yang berlaku.

A. I dan II C. III dan IV

B. II dan III D. I dan IV

7. Antara ayat yang berikut, yang manakah tidak menggunakan kata adverba jati?
A. Pelajar itu berdiri di luar kelas kerana tidak menyiapkan tugasan semalam.
B. Faridah tersenyum apabila melihat ibu dan ayahnya dari jauh.
C. Lili hampir jatuh tersembam, tetapi sempat diselamatkan ayahnya.
D. Puan Wati sentiasa menyediakan sarapan untuk anaknya sebelum ke sekolah.

8. Berikut merupakan ayat yang menggunakan kata adverba jati, kecuali
A. Faris terkenangkan ibunya di kampung dan berhasrat untuk pulang esok.
B. Kemalangan ngeri itu hampir menyebabkan kanak-kanak itu maut.
C. Amalan menabung amat penting untuk kegunaan di kemudian hari.
D. Abang tertawa melihat telatah lucu adiknya itu.

KUALA TERENGGANU: Bahagian Sumber dan
Teknologi Pendidikan (BSTP) Kementerian Pendidikan
(KPM) berkeyakinan menteri dan timbalan menteri yang
baharu dilantik semalam mampu melonjakkan prestasi
pendidikan negara hingga ke pentas dunia.

(Sumber: Berita Harian, 10 Mac 2020)

8

9. Berdasarkan petikan di atas, yang manakah contoh kata adverba jati yang betul?
A. dan
B. hingga
C. semalam
D. baharu

KUALA LUMPUR: Syarikat global yang tertumpu dalam sektor tenaga
dan penyelesaian Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS), sentiasa
memberi tumpuan dan usaha dalam memberi akses kepada pendidikan
berkualiti bagi semua lapisan masyarakat di bawah tanggungjawab
sosial korporat syarikat itu.

(Sumber: Berita Harian, 3 November 2020)

10. Berdasarkan petikan di atas, yang manakah contoh kata adverba jati yang
betul?
A. yang
B. bagi
C. di bawah
D. sentiasa

JAWAPAN
1. D
2. C
3. D
4. B
5. C
6. A
7. B
8. D
9. D
10.C

9

3.2 KATA ADVERBA YANG ASALNYA KATA ADJEKTIF
Menurut Kamus Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2015), menerangkan bahawa
kata adverba jenis ini berasal daripada kata adjektif yang berfungsi sebagai
penerang kepada kata kerja, kata adjektif atau frasa sendi nama. Oleh itu, terdapat
beberapa contoh perkataan berdasarkan kata adverba asal kata adjektif antaranya:

Berjalan laju Dari rumah selalu Mengalir lesu Sering di pejabat
Bertiup kencang Ketawa besar Hampir terjatuh sakit kuat
Besar panjang Ke hospital segera Kurang berhati-hati tinggi lampai

3.3 KATA ADVERBA YANG ASALNYA KATA KERJA
(Sumber: Dipetik daripada Kamus Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, 2015)

Jadual 1: Contoh kata adverba asalnya kata adjektif
a) Kata adverba asalnya kata adjektif sebagai penerang kepada kata kerja.

Kata adverba asalnya kata adjektif sebagai penerang kepada kata kerja menjelaskan
cara manusia melakukan sesuatu perbuatan. Kata adverba tersebut boleh terletak di
hadapan atau belakang kata kerja.

Formula
i) Kata adverba terletak di hadapan kata kerja

KA KK

ii) Kata adverba terletak di belakang kata kerja

KK KA

10

Contohnya:

HULU TERENGGANU: Disangka terkena renjatan elektrik tetapi sebenarnya dibunuh.
Saya mengesyaki sesuatu berlaku selepas kakak tidak menjawab panggilan telefon dan
segera berlari pulang ke rumah. Sebaik tiba di perkarangan rumah saya lihat pintu
terbuka dan apabila masuk melihat kakak tertiap di depan televisyen di ruang tamu
dengan pergelangan tangan kiri putus.

(Sumber: Dipetik daripada Berita Harian Online, 1 November 2020)

Jadual 2: Kata Adverba terletak di hadapan Kata Kerja

JOHOR BAHRU: Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata,
pergaduhan melibatkan sekumpulan buruh warga Bangladesh dan Indonesia dipercayai
berpunca daripada teguran mangsa kepada seorang lelaki warga Indonesia yang bercakap
kuat semasa menggunakan telefon hingga menggangu mereka tidur.

(Sumber: Dipetik daripada Sinar Harian Online, 5 November 2020)

Jadual 3: Kata Adverba terletak di belakang Kata Kerja
a) Kata adverba yang asalnya kata adjektif sebagai penerang kepada kata adjektif.
Formula:

KA KA

LONDON: Bekas juara Roger Federer berkata hatinya hancur luluh apabila Wimbledon
dibatalkan buat pertama kali sejak Perang Dunia Kedua kerana pandemic COVID-19.
Bos Wimbledon membatalkan kejohanan Grand Slam tertua itu semalam susulan kepada
krisis global berpunca daripada virus mengancam nyawa itu.

(Sumber: Dipetik daripada Berita Harian Online, 2 April 2020)
Jadual 4: Kata Adverba sebagai penerang kepada Kata Adjektif

11

a) Kata adverba yang asalnya kata adjektif sebagai penerang kepada frasa sendi nama.

Formula:

KA FS

Contohnya:

“Pemeriksaan mendapati beliau menghidap Severe Acute Respiratory Infection (Sari) dan
memerlukan pernafasan rapi. Beliau seterusnya telah dirujuk dengan segera ke hospital
Sungai Buloh”

(Sumber:Dipetik daripada Keratan Akhbar KPK, 10 Februari 2020)

Jadual 5: Kata Adverba sebagai penerang Frasa Sendi Nama

AKTIVITI
Aktiviti secara berkumpulan
1. Pelajar perlu membentuk satu kumpulan yang terdiri daripada 4 orang ahli. Guru

akan memberi 100 kad yang bermaksud kad itu adalah markah mereka.
2. Guru akan meminta wakil kumpulan untuk berdiri dan mencabut kad yang dipegang

oleh guru. Kad tersebut mempunyai contoh perkataan daripada jenis-jenis kata
adverba.
3. Wakil pelajar perlu meneka perkataan itu kata adverba jenis apa dan perlu
menghasilkan ayat daripada perkataan yang terdapat pada kad yang diambil oleh
pelajar tersebut. Contoh pelajar mencabut kad yang mempunyai perkataan “berlari
pantas”, pelajar perlu meneka jenis kata adverba dan bina ayat daripada kata
“berlari pantas”.
4. Jika pelajar berjaya meneka dan membina ayat, kumpulan itu tidak akan ditolak
markah. Jika pelajar salah menjawab salah satu soalan yang diminta atau kedua-
duanya,kumpulan mereka akan dipotong markah. Kumpulan yang kalah akan
dipulangkan kad berdasarkan markah yang ditolak.

12

5. Ulang permainan dari No 2 hingga 5. Permainan selesai apabila soalan kad pada
guru habis digunakan. Setiap kumpulan perlu mengira kad markah yang masih ada
pada pelajar dan kumpulan yang mempunyai kad markah yang paling banyak
adalah pemenang.

Aktiviti secara individu

Permainan Quizizz: Kata adverba asalnya kata adjektif

LATIHAN PENEGUHAN
Lengkapkan jawapan yang tepat.

1. Pilih ayat yang betul berkaitan kata adverba asal kata adjektif yang menerangkan kata kerja.

I. Aminah kerap kali tidak hadir ke sekolah kerana menjaga ibunya yang sakit.

II. Farid hampir terlanggar kucing yang tiba-tiba berlari ke tengah jalan.

III. Umar berlari pantas kerana dikejar oleh anjing.

IV. Asiah pulang ke kampung untuk menziarahi ibunya yang sedang nazak.

A. I dan II C. III dan IV

B. II dan III D. I dan IV

2. Pilih ayat yang betul berkaitan kata adverba yang asalnya kata adjektif sebagai penerang
kata adjektif.
I. Pak Amir ketawa besar mendengar cerita kelakar Pak Ali

13

II. Mak Esah kerap masuk ke hospital kerana sakit kuat.

III. Nayla menangis sedu-sedan kerana kucing kesayangannya mati.

IV. Haziq telah dimarahi oleh guru disiplin kerana datang lambat ke sekolah.

A. I dan II C. III dan IV

B. II dan III D. I dan IV

3. Pilih ayat yang betul berkaitan kata adverba asal kata adjektif yang menerangkan frasa

sendi nama.

I. Fitri segera ke hospital untuk melawat ibunya yang sedang nazak.

II. Afiqah selalu duduk di rumah bersendirian kerana suaminya bekerja di luar negeri.

III. Alif sering ke taman bermain bola sepak dengan rakan-rakannya pada waktu petang.

IV. Natrah dan Mia sama-sama ke pekan untuk membeli ikan.

A. I dan II C. II dan III

B. I dan III D. II dan IV

4. Pilih ayat yang mengandungi kata adverba asalnya kata adjektif.

I. Salmah dimarahi ibunya kerana gelas yang dibawanya pecah berderai di lantai.

II. Semua ahli keluarga menziarahi ibunya yang sedang sakit tenat.

III. Kementerian Kesihatan mengarahkan rakyat Malaysia yang kurang sihat segera ke

hospital untuk mendapatkan rawatan.

IV. Wajah model itu kelihatan putih berseri-seri.

A. I dan II C. II dan III

B. I dan III D.III dan IV

5. Pilih kata adverba asalnya kata adjektif yang betul.

I. Air sungai itu bergerak pantas.

II. Kanak-kanak itu tersenyum gembira apabila ternampak kelibat ayahnya.

III. Anak bongsu Pak Samad sudah besar panjang.

IV. Angin yang bertiup sepoi-sepoi itu telah menebangkan atap di rumah Mah Limah.

A. I dan II C. II dan III

B. I dan III D.III dan IV

14

JAWAPAN:

1. B
2. A
3. B
4. C
5. C

3.3 KATA ADVERBA YANG ASALNYA KATA KERJA
Menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa dan Abdul Hamid
Mahmood (2015), “kata adverba yang asalnya kata kerja adalah berasal daripada
kata kerja yang berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja, kata adjektif, atau
frasa sendi nama” (ms. 291). Menurut Vijaya Letchumi Karuppiah (2016),
sekiranya kata kerja, kata adjektif atau frasa sendi nama disertai oleh suatu kata
kerja yang menerangkannya, maka kata kerja tersebut berubah menjadi kata
adverba. Kata adverba yang asalnya kata kerja berfungsi menerangkan kata kerja,
kata adjektif dan frasa sendi nama dalam suatu ayat.

FORMULA

FRASA KERJA / FRASA ADJEKTIF / FRASA SENDI NAMA + KATA KERJA

KK

KA + KK

FSN

KK KA FSN KK
berlari tersenyum di pejabat mengejar
+ manis
bersendirian

15

KK + KK
Tempat kedua dimenangi novel Aku Lelaki Bernama Rosli karya Amer Hmzah L
Kadir, yang membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, manakala tempat ketiga
adalah novel Cinta Bangsawan tulisan Salmiah Kasmuni yang menerima RM3,000.

(Sumber: Dipetik daripada Berita Harian Online, 11 Disember 2020)

DBP memaklumkan, sayembara yang diadakan buat kali kedua hasil kerjasama DBP
dan PSM itu bertujuan menyemarakkan minat golongan remaja terhadap sejarah
melalui teknik sastera yang kesannya dilihat lebih kuat dan menyebar secara dwifungsi,
iaitu penyebaran fakta dan kenikmatan estetik.

(Sumber: Dipetik daripada Berita Harian Online, 11 Disember 2020)

DBP memaklumkan, sayembara yang diadakan buat kali kedua hasil kerjasama DBP
dan PSM itu bertujuan menyemarakkan minat golongan remaja terhadap sejarah
melalui teknik sastera yang kesannya dilihat lebih kuat dan menyebar secara dwifungsi,
iaitu penyebaran fakta dan kenikmatan estetik.

(Sumber: Dipetik daripada Berita Harian Online, 11 Disember 2020)

KA + KK
Pemandangan luas terbentang hidupan flora dan fauna di beberapa taman negara seperti
terdapat di Sri Lanka yang terkenal panorama alam menakjubkan dan hutan yang
merimbun.

(Sumber: Dipetik daripada Berita Harian Online, 6 Disember 2020)

16

FSN + KK
KEHAMILAN adalah fasa yang indah dan dinantikan oleh wanita bagi melengkapkan
institusi kekeluargaan. Lantas penjagaan sepanjang kehamilan penting bagi
memastikan sepanjang fasa itu, ibu dan bayi sentiasa sihat dan tiada sebarang
komplikasi sehingga saat kelahiran.

(Sumber: Dipetik daripada Berita Harian Online, 12 Disember 2020)

AKTIVITI
1. Guru menunjukkan video pengajaran tentang kata adverba yang asalnya kata
kerja.
2. Kandungan video adalah berkenaan:
 Demonstrasi penggunaan kata adverba
 Contoh ayat yang mengandungi kata adverba
 Contoh dialog yang menggunakan kata adverba
3. Murid perlu membaca bersama ayat dan dialog yang terdapat di dalam video
pengajaran.
4. Murid melakukan aktiviti secara berpasangan untuk menyediakan dialog yang
mengandungi kata adverba
5. Murid menjawab soalan pengukuhan yang terdapat di akhir video pengajaran.

QR CODE VIDEO DAN LATIHAN PENGUKUHAN

17

LATIHAN
1. Pemuda itu lebih gemar hidup __________ sejak dulu lagi.
A) bujang
B) sendiri
C) bersendirian
D) seorang diri
2. Anis kelihatan cantik __________ di pagi hari raya.
A) berseri
B) menyerikan
C) berseri-seri
D) rupawan
3. Riak wajah ibu berubah __________ selepas mendengar perkhabaran tersebut.
A) tiba-tiba
B) langsung
C) mendadak
D) serta-merta
4. Dia suka tidur __________.
A) begitu
B) nyenyak
C) acap kali
D) mengiring
5. Bangunan itu tinggi __________.
A) sekali
B) melangit
C) lampai
D) benar

18

Jawapan:
1. C
2. A
3. C
4. D
5. B

3.4 KATA ADVERBA BENTUK KATA GANDA

Rajah 1.1 Jenis kata adverba kata ganda

Kata adverba gandaan ialah perkataan yang mengalami proses penggandaan yang
berfungsi untuk menjelaskan kata adjektif, kata kerja atau frasa sendi nama (Vijaya
Letchumi Karuppiah, 2016). Terdapat tiga jenis kata adverba gandaan dalam
Bahasa Melayu iaitu kata adverba gandaan penuh, kata adverba gandaan separa dan
kata adverba gandaan berentak (Nik Safiah Karim, Farid M. Onn., Hashim Musa
dan Abdul Hamid Mahmood, 2015).

3.4.1 KATA ADVERBA PENGGANDAAN PENUH

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata adverba gandaan penuh merujuk

kepada terhasilnya perkataan daripada proses penggandaan ke atas kata dasar

secara keseluruhannya. Dalam erti kata lain, kata dasar tersebut telah digandakan

tanpa adanya imbuhan awalan dan akhiran. Antara contoh kata adverba gandaan

penuh adalah:

i. pura-pura iii. sayup-sayup

ii. cepat-cepat iv. rajin-rajin

19

Secara umumnya, kata adverba gandaan penuh terdiri daripada kata dasar
yang mana kebiasaannya kata adjektif dan kata kerja yang telah digandakan.
Berikut merupakan formula dan contoh penggunaan kata adverba gandaan
penuh.
a. Kata adverba gandaan penuh hadir selepas kata adjektif

K ADJ KA

TELUK INTAN: “Ibu sering menasihatkan saya supaya belajar rajin-rajin dan
mahu saya mendapat keputusan cemerlang 6A dalam peperiksaan Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ini,” kata Mohd Haziq Ahmad, 12.
Murid Tahun 6 Sekolah Rendah Hj Hassan, Changkat Petai, Tapah Road dekat
sini, adalah anak ketiga kepada Faridah Md Nayen, 38, wanita sarat
mengandung yang maut dalam kemalangan di Kilometer 32, Jalan Langkap-
Kampar berhampiran simpang Klinik Desa Tanjung Keramat, di sini semalam.

(Sumber: Dipetik daripada Berita Harian, 6 September 2016)

b. Kata adverba gandaan penuh hadir sebelum kata kerja

KA KK

KOTA BHARU: Pura-pura merawat pesakit, helah seorang lelaki menyamar
sebagai doktor terbongkar apabila dikatakan secara tiba-tiba memarahi
keluarga pesakit. Suspek berusia 35 tahun itu dipercayai memasuki Wad
Bendahara di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, kira-kira
jam 1 pagi tadi dengan menyamar sebagai doktor. Tindakan suspek memarahi
seorang ahli keluarga yang menemani pesakit kerana berada di wad
menyebabkan beliau mengadukan perkara itu kepada jururawat bertugas.

(Sumber: Dipetik daripada Berita Harian, 27 November 2016)

Aktiviti
1. Setiap pelajar akan diberikan satu petikan dan dikehendaki untuk mencari kata

adverba gandaan penuh yang terdapat dalam petikan tersebut.
2. Tempoh masa yang diberikan kepada pelajar untuk mencari kata adverba

gandaan penuh yang terdapat dalam petikan tersebut adalah selama 15 minit.

20

Latihan struktur

1. Aishah gembira apabila mendapat keputusan yang

cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun kali ini.

2. Setelah mendapat berita dari ayah, abang Harun menyiapkan

kerjanya sebelum balik ke kampung.

3. Meskipun Nurul pulang ke kampung halamannya, namun

dia selalu bertanya khabar dengan keluarganya.

4. Wang simpanan Jack semakin banyak setiap hari meskipun dia hanya

menyimpan setiap bulan.

5. Eli baik di hadapan ibu bapanya untuk mendapatkan apa yang

dia inginkan.

Jawapan
1. Betul-betul
2. Cepat-cepat
3. Jarang-jarang
4. Sedikit-sedikit
5. Berpura-pura

3.4.2 KATA ADVERBA PENGGANDAAN SEPARA
Menurut Nik Safiah Karim et al. (2008), kata adverba penggandaan jenis ini
terhasil daripada proses menggandakan kata dasar, yang mengandungi imbuhan
tanpa menggandakan imbuhannya. Kata dasar hanya akan menerima imbuhan di
salah satu perkataan penggandaan tersebut dan imbuhannya pula imbuhan awalan
atau akhiran. Contoh bagi kata adverba penggandaan jenis ini ialah “bertimbun-
timbun”. Kata adverba penggandaan separa dapat dibahagikan kepada dua jenis
iaitu penggandaan separa berawalan dan penggandaan separa berakhiran.

Berikut merupakan contoh kata adverba separa dalam bentuk ayat :
i. Kata adverba penggandaan separa berawalan
Kata adverba penggandaan separa berawalan merupakan gandaan kata
dasar sahaja tanpa menggandakan awalannya.

21

Bermalam-malam Setinggi-tinggi
Tergedek-gedek Teresak-esak
Sepandai-pandai Terburu-buru

PUTRAJAYA: Ujian saringan COVID-19 tidak boleh dilakukan secara
terburu-buru kerana ia mungkin akan memberi kesan kepada keputusan
saringan terbabit. Susulan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berharap
semua individu yang pulang dari Sabah dan diwajibkan menjalani ujian
saringan COVID-19, memahami prosedur yang sudah ditetapkan itu.

(Sumber daripada Berita Harian, 28 September 2020)

Terdapat juga sebahagian kata adverba penggandaan separa yang menerima
imbuhan awalan se- dan imbuhan akhiran –nya.

Selama-lamanya Seluas-luasnya
Seikhlas-ikhlasnya Seboleh-bolehnya
Setinggi-tinggnya Secepat-cepatnya

JOHOR BAHRU: Umat Islam perlu merencanakan strategi dan
tindakan bijak supaya martabat Islam dapat didaulatkan setinggi-
tingginya. Katanya, langkah itu penting kerana mutakhir ini, Islam
sering dilabel dengan bermacam-macam tanggapan yang negatif oleh
pelbagai pihak.

(Sumber daripada Berita Harian, 22 September 2017)

ii. Kata adverba penggandaan separa berakhiran
Manakala untuk kata adverba penggandaan separa berakhiran pula adalah
perkataan dasarnya daripada proses penggandaan hanya kata dasar
tanpa menggandakan imbuhan akhirannya.

Habis-habisan Mati-matian
Besar-besaran Sayur-sayuran

22

Kecil-kecilan Buah-buahan

NEW YORK: Amerika Syarikat (AS) memulakan vaksinasi secara besar-
besaran, semalam, dalam usaha genting untuk membasmi jangkitan
COVID-19 yang sudah meragut lebih 300,000 nyawa di negara ini.
Jururawat dari New York, Sandra Lindsay, muncul orang pertama di AS
yang menerima suntikan vaksin dihasilkan Pfizer-BioNTech, dan proses
itu disiarkan secara langsung melalui televisyen.

(Sumber daripada Berita Harian, 15 Disember 2020)

Aktiviti

1. Setiap pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan yang terdiri daripada empat
ke lima orang.

2. Guru akan membaca satu petikan dan pelajar dikehendaki untuk mendengar
serta mengenal pasti kata adverba separa penggandaan separa.

3. Setiap wakil kumpulan akan memberitahu hasil dapatan mereka melalui bacaan
yang dibuat oleh guru.

Latihan struktur

1. Ibu Ali sangat risau akan Ali yang sudah tidak mendengar

berita daripadanya semenjak ekspedisi ke puncak gunung itu.

2. Kelihatan sekawan itik sedang berjalan di seberang jalan

itu.

3. Pihak sekolah mengucapkan penghargaan kepada

tetamu kehormat yang sudi menghadirkan diri ke majlis tadi.

4. Ibu pesan kepada adik supaya banyakkan makan yang

berwarna hijau untuk menjaga kesihatan diri.

5. Pasukan bola sepak Malaysia bermain menentang pasukan

Indonesia untuk merebut gelaran juara.

23

Jawapan
1. Berhari-hari
2. Tergedek-gedek
3. Setiinggi-tinggi
4. Sayur-sayuran
5. Habis-habisan

3.4.3 KATA ADVERBA PENGGANDAAN BERENTAK
Menurut Nik Safiah Karim et al. (2008), kata adverba penggandaan berentak ialah
perkataan yang terhasil daripada proses menggandakan kata dasar mengikut rentak
bunyi tertentu. Secara umumnya, keseluruhan kata dasar bagi kata adverba
penggandaan berentak akan digandakan namun ia akan menunjukkan perbezaan
dan persamaan pada bunyi-bunyi vokal dan konsonan tertentu dalam sesuatu
perkataan. Keadaan ini juga bermaksud bahawa walaupun keseluruhan kata dasar
digandakan namun pengandaannya itu tidak akan mempunyai persamaan pada
bunyi-bunyi vokal atau konsonan. Sebenarnya, kata adverba penggandaan berentak
ini dapat dibahagikan kepada tiga jenis dan berikut merupakan contoh
perkataannya.

i. Kata adverba penggandaan berentak persamaan bunyi vokal.

berlakunya cerai-berai kedengaran hiruk-pikuk

mempercayai karut-marut

ii. Kata adverba penggandaan berentak persamaan bunyi konsonan.

Berlari lintang-pukang mendaki bukit-bukau
masih sunyi-sepi di kawasan semak-samun

iii. Kata adverba berentak bebas. masih bolak-balik
Berlari susup-sasap selalu gopoh-gapah

Berjalan mundar-mandir

24

“Terpaku dengan gambar memaparkan air sungai mengalir jernih selain dikelilingi
tumbuh-tumbuhan hijau menjadikan lokasi itu antara tempat 'persembunyian' paling
tenang jauh daripada hiruk-pikuk kota.”

(Sumber: Dipetik daripada Harian Metro, 1 Oktober 2020)

Formula
1. Kata adverba hadir selepas selepas kata kerja

KK KA

“Lapan orang penyeludup yang sedang leka memunggah beras dan beras pulut di
pangkalan haram Jitong lari lintang-pukang dan menyeberangi sungai Golok
menggunakan perahu selepas menyedari kehadiran anggota Pasukan Gerakan Am
(PGA) Batalion 7 Kuantan.”

(Sumber: Dipetik daripada Sinar Harian, 7 Julai 2020)

2. Kata adverba hadir selepas kata sendi nama.

FA KA

3. Kata adverba hadir sebelum frasa sendi nama.

KA FSN

25

“Perjalanan dimulakan dengan menaiki bot ke Kampung Sting. Bot yang membelah
arus air empangan yang tenang dan bukit-bukau di kiri serta kanan membuatkan
penulis terpesona selain tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar atau
video.”

(Sumber: Dipetik daripada Harian Metro, 19 November 2020)

A. AKTIVITI
1. Pelajar akan dibahagikan dalam beberapa kumpulan. Pelajar dikehendaki untuk
membina dialog yang menggunakan kata adverba penggandaan berentak.
2. Dialog yang dibina dan hendaklah disertakan dengan aksi yang bersesuaian.

B. LATIHAN (SOALAN STRUKTUR)
1. Ali berasa takut lalu dia berlari ____________________.
2. Rambut kanak-kanak kelihatan ___________ selepas bangun daripada tidur.
3. Lelaki itu berjalan ____________ sebelum meragut nenek yang melintas jalan
itu.
4. Ahmad sedang mengingati ______________ jalan di kampungnya.
5. Rumah Mak Limah di hujung kampung ______________.

JAWAPAN

1. Lintang-pukang
2. Kusut-masai
3. Mundar-mandir
4. Simpang-siur
5. Sunyi-sepi

26

4.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, tugasan ini memberi pendedahan dan ilmu pengetahuan yang baharu secara
mendalam yang diperolehi dalam tatabahasa bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana, aspek
penggolongan kata bukanlah perkara yang baharu. Semua pelajar mengetahui bahasa
penggolongan kata mempunyai kata nama, kata adjektif, kata tugas dan kata kerja. Namun
begitu, perkembangan dalam bidang linguistik telah menyebabkan berlakunya pertambahan
dan kemajuan yang dilakukan oleh pengkaji bahasa.Oleh itu, kata adverba telah diperkenalkan
oleh pengkaji bahasa yang juga tergolong dalam penggolongan kata dalam kata tugas. Dengan
adanya tugasan ini, semua pelajar dapat mengetahui pertambahan dalam kata tugas iaitu kata
adverba.

Pengkaji telah menganalisis definisi kata adverba dan jenis-jenis kata adverba serta
contoh perkataan-perkataan kata adverba yang sesuai digunakan dalam ayat. Menurut
Tatabahasa Dewan Edisis Ketiga (2015), menerangkan kata adverba merupakan kata yang
memberi keterangan kepada keseluruhan ayat. Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga
(2015), kata adverba terbahagi kepada empat jenis kata adverba iaitu kata adverba jati, kata
adverba asalnya kata adjektif, kata adverba asalnya kata kerja dan kata adverba bentuk
gandaan. Dalam kata adverba entuk gandaan pula terbahagi kepada tiga iaitu kata adverba
penggandaan penuh, kata adverba penggandaan separa dan kata adverba penggandaan
berentak. Selain itu, pengkaji telah mencari beberapa contoh perkataan yang sesuai digunakan
dalam sesuatu perkataan yang terdapat dalam bahan bacaan seperti keratan akhbar dan
sebagainya.

Secara keseluruhannya, kata adverba tidaklah dihuraikan secara meluas dalam
Tatabahasa pedagogi mahupun dalam bahan bacaan yang lain. Oleh itu, guru-guru perlulah
memberi pendedahan dan mengajar kepada pelajar berkaitan kata adverba. Ia tidak sewajarnya
diabaikan dalam pembelajaran kerana kata adverba juga mampu bertindak sebagai satu aspek
yang mampu memperkayakan bidang tatabahasa dalam bahasa Melayu.

27

5.0 RUJUKAN

Abdullah Hassan. (2008). Tatabahasa pedagogi untuk sekolah menengah. Kuala Lumpur: PTS
Professional publishing Sdn. Bhd.

DG of Health. (Februari 10, 2020). Situasi terkini kejadian 2019-nCoV di Malaysia. Kenyataan
akhbar KPK. Dicapai pada November 17, 2020, daripada
https://kpkesihatan.com/2020/02/10/kenyataan-akhbar-kpk-10-februari-2020-situasi-
terkinikejad ian-2019-ncov-di-malaysia/.

Izwandy Asri. (2016). Kata Adverba dalam Bahasa Melayu. Diperoleh pada November 11,
2020 daripada, http://izwandyasri.blogspot.com/2016/06/kata-adverba-dalam-bahasa-
melayu.html.

Jamaluddin, N. (2012). Kata adverba atau kata sifat?. Jurnal Bahasa, 204-219. Diperoleh
daripada
https://www.researchgate.net/publication/339446430_KATA_ADVERBA_ATAU_KA
TA_SIFAT.

Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur, cet. 4., tahun
2010.

Kamus Dewan. (Edisi Ketiga). (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Loon Guan. C. (2018). Kata Adverba dalam Bahasa Melayu. Diperoleh daripada,

https://www.gpsbestari.com/tip/tip-belajar/kata-adverba-dalam-bahasa-melayu-
1.863287.
Vijaya Letchumi, K. (2016). Kata adverba dalam karya Halis Azhan Mohd Hanafiah/Vijaya
Letchumi Karuppiah (Doctoral dissertation, University of Malaya). Diperoleh daripada
http://studentsrepo.um.edu.my/9051/4/vijaya.pdf.
Zaid Salim. (November 1, 2020). Adik sangka kakak mati terkena renjatan elektrik. Berita
Harian Online. Dicapai pada November 17, 2020, daripada
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/11/748802/adik-sangka-kakak-mati-
terkena-renjata n-elektrik.
Zulhisham Isahak. (November 5, 2020). Dibunuh selepas tegur rakan bercakap kuat di telefon.
Sinar Harian Online. Dicapai pada November 17, 2020, daripada
https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=https://www.sinarharian.c
om.my/ampArticle/108658&ved=2ahUKEwiWpJX7xsPtAhWLfH0KHV9ICWcQFjA
AegQIAxAC&usg=AOvVaw1 mgyuOahlXhZuneqGXIaW0&ampcf=1.

28


Click to View FlipBook Version