SMK DATO’ SYED OMAR
NAMA : IMRAN HAKIM BIN MD ZAHRUL HAKIM
TINKATAN : 2 KRK 2
TARIKH : 2 DISEMBER 2021
TEMA 4: TITLE:
PENEROKAAN BUMI BAB11 : BINTANG DAN GALAKSI
DAN DALAM ALAM SEMULA JADI
ANGKASA LEPAS
BAB12 : SISTEM SURIA
BAB13 : METERIOD,ASTERIOD DAN
KOMET
BAB11 : BINTANG DAN GALAKSI DALAM ALAM SEMESTA
Alam semesta terdiri daripada semua benda yang wujud di sekeliling
kita.Tahukah anda bahawa terdapat pelbagai objek angkasa yang mungkin anda
tidak pernah lihat atau tidak tahu akan kewujudannya?Kajian astronomi telah
menyadarkan kita tentang keindahan dan keluasan alam semesta ciptaan
Tuhan.
GALAKSI
Terdapat jutaan galaksi dalam alam semesta.Apakah yang dimaksudkan
dengan galaksi?Galaksi adalah satu himpunan jasad yang terdiri daripada
jutaan bintang bersama gas,debu dan habuk.Galaksi wujub dalam pelbagai
bentuk,iaitu galaksi berpilin,galaksi elips dan galaksi tidak seragam.Sistem
suria kita terletak dalam galaksi Bima Sakti.
JENIS GALAKSI ELIPS Tidak seragam
BERPILIN
Contoh: Contoh: Contoh:
Andromeda dan Bima Ursa Mayor dan Magellan kecil dan
Sakti Messier 87 Magellan besar
CIRI-CIRI PENGELASAN BINTANG
-WARNA,SUHU,SAIZ,JARAK DAN KECERAHAN
BAB12 : SISTEM SURIA
Sistem suria dan planet-planet
PEMBANDINGAN JARAK PLANET DALAM
SISTEM SURIA DARI MATAHARI
-Unit Astronomi (A.U.)
Jarak purata di antara Bumi dengan Matahari,iaitu kira-kira 93 juta batu
atau 150 juta kilometer
-Tahun Cahaya
Jarak yang ditempuh cahaya dalam masa setahun.Cahaya bergerak pada
halaju 300 000km setiap saat.
PLANET-PLANET DALAM SISTEM SURIA
Hubungan antara Suhu Planet dengan
Matahari
Secara teorinya,planet yang dekat dengan matahari menerima lebih banyak
haba daripada matahari berbanding dengan planet yang berada lebih jauh dari
matahari.
Hubungan antara Ketumpatan dengan Tarikan
graviti planet
Tarikan graviti di permukaan sesuatu planet bergantung pada jisim dam
ketumpatan planet itu
Arah Putaran Planet
Semua planet dalam sistem suria berputar pada paksinya pada sudut
kecondongan yang berbeza.Semua planet berputar dari barat ke timur kecuali
Zuhrah dan Uranus.Zuhrah berputar dari timur ke barat manakala Uranus
berputar pada sisinya.
Meteoroid,Asteroid dan Komet
Selain galaksi,bintang dan planet yang telah pelajari dalam Bab 11 dan Bab 12 ,
juga objek lain dalam sistem suria kita.Objek tersebut ialah meteoroid,asteroid
dan komet.
Meteoroid
Merupakan serpihan batu dan logam kecil yang terapung dan bergerak di
angkasa.