The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM MESYUARAT TAHUNAN PIBG SKM1 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shehihi93, 2022-06-24 04:55:04

BUKU PROGRAM MESYUARAT TAHUNAN PIBG SKM1 2022

BUKU PROGRAM MESYUARAT TAHUNAN PIBG SKM1 2022

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA HALAMAN

1. Aturcara Majlis & Agenda Mesyuarat Agung PIBG 2

Kali ke-48 Tahun 2022

2. Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG SK Merlimau (1) 3

sesi 2022/2024

2. Senarai Nama AJK Kerja Mesyuarat Agung PIBG kali 4–6

ke-48 Tahun 2022

3. Notis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48 Tahun 2022 7–8

4. Borang Penyataan Usul 9

5. Ucapan Penasihat 10

6. Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-47 Tahun 2021 11 – 23

7. Laporan Pentadbiran & Kurikulum 2022 24 – 30

8. Laporan Hal Ehwal Murid (HEM) 2022 31 – 32

9. Laporan Kokurikulum 2021 & 2022 33 – 35

10. Laporan Kewangan PIBG 2021 36 – 37

11. Sekalung Budi Dan Penghargaan 38

Mesyuarat Agung PIBG SK Merlimau ( 1 ) Kali ke – 48/2022 | 1

ATUR CARA MAJLIS

7.30 pagi : Pendaftaran Ibu bapa

8.00 pagi : Kata alu-aluan pengacara majlis

: Nyanyian lagu Negaraku

: Bacaan Doa

: Ucapan Aluan Guru Besar SK Merlimau (1)

: Ucapan YDP PIBG SK Merlimau (1)

Persembahan 1

: Ucapan Perasmi

: Penyampaian sijil penghargaan AJK PIBG sesi Jun 2022

: Persembahan 2

10.00 pagi : Mesyuarat Agung PIBG SK Merlimau (1) dimulakan

: Cabutan bertuah

12.00 tengah hari : Bersurai

AGENDA MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

KALI KE – 48 TAHUN 2022

1. Ucapan Pengerusi / YDP
2. Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat agung yang lalu
3. Perkara berbangkit
4. Pembentangan dan pengesahan penyata kewangan yang berakhir

31/12/2021
5. Membahaskan usul-usul
6. Pembubaran AJK sesi 2020/2022 dan pelantikan AJK sesi 2022-2024
7. Ucapan penangguhan

Mesyuarat Agung PIBG SK Merlimau ( 1 ) Kali ke – 48/2022 | 2

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG SK MERLIMAU (1)
SESI JUN 2022

PENASIHAT
EN. ZULKIFLI BIN BAKAR

YANG DIPERTUA
DR. SHAHRUM BIN MUZAKIR @ LOKMAN

NAIB YANG DIPERTUA
PN. SITI SURAYA BINTI MOHD AMIN

SETIAUSAHA
PN. RAHIMAH BINTI ABDUL RAZAK

NAIB SETIAUSAHA
PN. AMIRA SHAHIRAH BINTI LOKMAN

BENDAHARI
PN. CHE NORASNIDA BINTI CHE AHMAD

NAIB BENDAHARI
PN. NORHAYATI BINTI ABD KARIM

AJK IBU BAPA AJK GURU
EN. MOHD NOR BIN ABD GHANI EN. SAIFUL BAHARI BIN ABDUL RAHMAN
EN. MOHAMAD NOR DAHLAN BIN ATTAN
EN. AHMAD FUAD BIN ANUAR
EN. MOHD RAKIME BIN SHAFFAI PN. HAPIZAH BINTI MD DAN
PN. ZURAIDAH BINTI ZAINUDDIN @ MOHD
EN. RAZMI BIN A. RAZAK
EN. SYAHRAIN BIN MAT YAMIN JAN
PN. SITI NORAINI BINTI YAHYA PN. ROHAYAH BINTI MD LAZAN
PN. ROSENAWATIE BINTI AWANG PN. SITI NAJIHAH BINTI RAMLI
PN. RAZALINA BINTI ABD RAHIM PN. KHAIRIAH BINTI KAMARUDDIN
PN. NURUL ASYIKIEN BINTI LAJI
PN. SITI KHADIJAH BINTI SELAMAT CIK NURITA BINTI NINGAL

JURUAUDIT 1 JURUAUDIT 2
PN. RAHAYU BINTI ABU SAMAH PN UMMI ZULAIKHA BINTI MOHD NOR

Mesyuarat Agung PIBG SK Merlimau ( 1 ) Kali ke – 48/2022 | 3

SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA KERJA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 48 TAHUN 2022

SEKOLAH KEBANGSAAN MERLIMAU (1)
77300 MERLIMAU MELAKA.

Penasihat
En. Zulkifli bin Bakar (Guru Besar SKM 1)

Pengerusi
Dr. Shahrum bin Muzakir @ Lokman

Naib Pengerusi
Pn. Siti Suraya binti Mohd Amin

Setiausaha
Pn. Rahimah binti Abdul Razak

N/Setiausaha
Pn. Amira Shahirah binti Lokman

Bendahari
Pn. Che Norasnida binti Che Ahmad

Pen/Bendahari
Pn. Norhayati binti Abd Karim

Mesyuarat Agung PIBG SK Merlimau ( 1 ) Kali ke – 48/2022 | 4

Pengacara Majlis Keselamatan/Lalulintas
Pn. Herna Zullyana binti Ab. Ghani
Pn. Ummi Zulaikha binti Mohd Nor En. Razlan bin Che Rose
En. Muhammad Badrul Huzaimi bin
Pendaftaran Saharudin
Pn. Rohayah binti Md Lazan En. Syahrain bin Mat Yamin
Pn. Aishah binti Abu Bakar En. Mohd Rakime bin Shaffal
Pn. Nur Azah binti Abd. Karim En. Mohd Nor bin Ab. Ghani
Pengawal Keselamatan

Jemputan & Cabutan Bertuah & Siaraya
Tn. Hj. Suhaimy bin Osman
Sijil En. Mohd Fadzli bin Abdul Rahman
Cik Anis Fadzilah binti Zulkifle En. Razmi bin A. Razak
Pn. Nor Haslinda binti Ayob
Pn. Siti Najihah binti Ramli Jurufoto
Pn. Siti Noorfenah binti Abas En. Mohamad Daniel bin Zolkapli
Pn. Shazwani binti Abdullah En. Mohd Zaky bin Rasul
Pn. Rahayu binti Abu Samah Pn. Nasrah binti Ab. Rahim
Pn. Siti Noraini binti Yahya
Pn. Siti Suraya binti Mohd Amin Dokumentasi

Persembahan Pn. Athirah binti Hasdzahar

Pn. Siti Aisah binti Kasnaini Cik Noraidah binti Mohamad

Pn. Nur Suraiya Hany binti Mohamed Yatim

En. Abd Latib bin A Raub

Pn. Paridah binti Hashim

Pn. Che Norasnida binti Che Ahmad

Mesyuarat Agung PIBG SK Merlimau ( 1 ) Kali ke – 48/2022 | 5

Kain Rentang Bacaan Doa
Pn. Rahimah binti Abdul Razak En. Saiful Bahari bin Abdul Rahman
En. Naikhalik bin Mohd Yaacob En. Mohd Shahhair bin Abd. Hamid

Keceriaan latar belakang pentas Pencatat Minit dan Ucapan
Pn. Khairiah binti Kamaruddin Pn. Saniah binti Hassan (GB & YDP)
Pn. Norhayati binti Abd Karim Pn. Nurul Ain bin Hazlee (YB)
Pn. Zakiyah binti Abdullah Pn. Lizana binti Abdullah (usul)
Pn. Suharniza binti Sulaiman Cik Nurita binti Ningal (usul)
Pn. Razalina binti Abd Rahim
Pn. Rosenawatie binti Awang Jamuan Ibu Bapa & Tetamu
Pn. Nurul Asyikien binti Laji Jemputan
Pekerja-pekerja swasta Pn. Amaldiah binti Alwi
Pn. Maizatul Hartini binti Khalil
Persiapan / Keceriaan & Pn. Nur Asyiqa binti Othman
Kebersihan Dewan Pn. Salwah binti Abdullah
En. Bismi bin Ab Rahim Pn. Zuriyati binti Bakar
En. Mohamad Shawalludinor Pn. Zaiton binti Atan
En. Mohamad Nor Dahlan bin Attan Pn. Siti Hasmah binti Rahmat
Pn. Hapizah binti Md Dan Pn. Siti Norehan binti Md Dahlan
Pn. Hjh. Rafedah binti Osman Pn. Siti Khadijah binti Selamat
Cik Nur’ Adilah binti Maridan
En. Shairul bin Sahak Buku Laporan Mesyuarat Agung
En. Ahmad Fuad bin Anuar Pn. Amira Shahirah binti Lokman
Pekerja-pekerja swasta Pn. Rahimah binti Abdul Razak
Pn. Che Norasnida binti Che Ahmad

Mesyuarat Agung PIBG SK Merlimau ( 1 ) Kali ke – 48/2022 | 6

NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI
KE-48 TAHUN 2022

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SKM (1)

D/A SEKOLAH KEBANGSAAN MERLIMAU (1)
77300 MERLIMAU, MELAKA
Kod sekolah : MBB1031

Telefon : 06 - 2631460
Fax : 06 - 2636406

Laman web : www.skmerlimausatu.edu.my

Email : [email protected]

Ruj. Kami : SKM1.100-13/1/4 ( )
Tarikh : 14 Jun 2022

Semua Ibu bapa / Penjaga murid

Semua Guru

SK Merlimau (1)

Tuan / Puan,

Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kali ke- 48 Tahun 2022

Adalah dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut di atas akan diadakan
seperti berikut :

Tarikh : 25 Jun 2022 ( Sabtu )

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Dewa MERLISA SK Merlimau (1)

2. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :

2.1 Ucapan pengerusi

2.2 Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat agung yang lalu

2.3 Perkara berbangkit

2.4 Pembentangan dan pengesahan penyata kewangan yang berakhir 31.12.2022

2.5 Membahaskan usul-usul

2.6 Pembubaran AJK sesi 2020/2022 dan pelantikan AJK sesi 2022-2024
2.7 Ucapan penangguhan

3. Kehadiran tuan/puan amatlah diharapkan bagi menjayakan mesyuarat agung kali ini.

Sekian. Terima kasih.

Mesyuarat Agung PIBG SK Merlimau ( 1 ) Kali ke – 48/2022 | 7

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,

……………………..........................

(RAHIMAH BINTI ABDUL RAZAK)

Setiausaha PIBG

Sek. Keb. Merlimau (1).

s.k 1. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Melaka
u.p : Unit Perhubungan dan Pendaftaran
& Unit Sekolah Rendah

2. Pejabat Pendidikan Daerah Jasin
u.p : Unit Sekolah Rendah

3. Fail

Mesyuarat Agung PIBG SK Merlimau ( 1 ) Kali ke – 48/2022 | 8

BORANG PENYATAAN USUL

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SKM (1)
D/A SEKOLAH KEBANGSAAN MERLIMAU (1)
77300 MERLIMAU, MELAKA
Kod sekolah : MBB1031

Telefon : 06 - 2631460

Fax : 06 - 2636406
Laman web : www.skmerlimausatu.edu.my

Email : [email protected]

BORANG USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 48

TAHUN 2022

Nama ibu bapa / penjaga :__________________________________________________

Nama anak :__________________________________________________

Kelas :___________________________________

Usul 1 :

__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________

Usul 2 :

__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________

Catatan : Ibu bapa / penjaga yang mencadangkan usul MESTI HADIR semasa Mesyuarat Agung PIBG kali ke -48 untuk
membentangkan usul tersebut sekiranya diterima.

Saya yang menjalankan amanah,

……………………..........................

()

Mesyuarat Agung PIBG SK Merlimau ( 1 ) Kali ke – 48/2022 | 9

UCAPAN PENASIHAT

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh…

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan
izinNya, kita dapat berkumpul bagi menunaikan tanggungjawab yang telah
diamanahkan kita. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah dan terima
kasih kepada Jawatankuasa PIBG SK Merlimauu (1) kerana telah berjaya
mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-48 pada tahun ini.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga
yang hadir pada hari ini. Selain daripada itu, ucapan terima kasih juga diucapkan
kepada PIBG dan ibu bapa yang banyak memberi sokongan dan menyumbang
sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada pihak sekolah selama ini.
Sokongan dan bantuan yang diberikan selaras dengan hasrat Kementerian
Pendidikan Malaysia dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM )
2013 - 2025 melalui anjakan yang kesembilan iaitu “ Bekerjasama dengan ibu bapa,
komuniti dan sektor swasta secara meluas ” .

Berdasarkan hasrat tersebut, jelaslah menunjukkan bahawa peranan dan
tanggungjawab PIBG serta ibu bapa terhadap sekolah amat penting. Kemajuan
sesebuah sekolah merupakan sebahagian daripada tanggungjawab PIBG dan ibu
bapa. PIBG yang cemerlang akan dapat membantu pihak sekolah bagi meneruskan
kecemerlangan akademik. Ko-akademik, kokurikulum sehinggalah kepada
kemenjadian murid yang sebenarnya.

Pada tahun ini dan tahun-tahun mendatang pastinya banyak cabaran yang
perlu ditembuhi ubtuk mengejar perkembangan teknologi dan pembelajaran Abad
21. Selaras dengan itu, SK Merlimau (1) akan terus mengorak langkah untuk
mencapai apa yang dihasratkan bagi melahirkan modal insan yang cemerlang di
dunia dan akhirat.

Akhir kalam, marilah kita sama-sama berganding tenaga, berusaha ke arah
kecemerlangan anak- anak. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan, semoga
hasil gandingan PIBG dan sekolah akan terus melonjakkan kecemerlangan
SK Merlimau (1) dalam pelbagai bidang.

ZULKIFLI BIN BAKAR
Guru Besar
SK Merlimau ( 1 )

Mesyuarat Agung PIBG SK Merlimau ( 1 ) Kali ke – 48/2022 | 10

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI
KE-47 TAHUN 2021

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
SK MERLIMAU (1) KALI KE-47 TAHUN 2021

TARIKH: 27 NOVEMBER 2021
HARI: SABTU

MASA: 9.00 PAGI
TEMPAT : DALAM TALIAN

1.0 Ucapan pengerusi PIBG (YDP) – Dr Shahrum bin Muzakir @ Lokman @ Arshad
1.1 Mengucapkan syukur kerana dapat meluangkan masa dan dapat mengadakan
mesyuarat agung PIBG kali ke-47 secara atas talian.
1.2 Mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada barisan AJK PIBG kerana
bertungkus lumus dan berusaha mengadakan mesyuarat agung ini.
1.3 Mesyuarat perlu dilaksanakan pada awal tahun sekitar bulan Februari tetapi
ditunda atas sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jabatan
menangguhkan mesyuarat hingga 31 Oktober 2021.
1.4 Sekolah mula dibuka semula pada 18 Oktober 2021 dimulakan oleh murid-murid
PRA sekolah hadir tanpa penggiliran.
1.5 8 November 2021 murid tahap 1 dan tahap 2 mula hadir secara bergilir.
1.6 Pihak sekolah sentiasa mematuhi SOP yang digariskan oleh Majlis Keselamatan
Negara, KKM dan garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian
Pendidikan iaitu garis panduan pengurusan dan pengoperasian sekolah 3.0.
1.7 Sepanjang tahun 2020/2021, sesi persekolahan sangat singkat. Ianya dibuka
semula pada penghujung tahun ini, alhamdulillah PIBG dan para guru saling
berkomunikasi untuk memastikan persiapan pihak sekolah menerima
kedatangan murid berjalan dengan baik.

Mesyuarat Agung PIBG SK Merlimau ( 1 ) Kali ke – 48/2022 | 11

1.8 Pada 31 Mac yang lalu, pihak sekolah telah membina satu laluan pejalan kaki
untuk murid di pintu masuk pagar C. PIBG telah memberi sumbangan sebanyak
RM608.00.

1.9 Pihak PIBG juga telah menyumbangkan RM5000 sebagai pendahuluan
bayaran buku Super Minds untuk murid tahun 1, 2, 3 juga pada bulan Mac.
Murid-murid perlukan buku kerja tersebut, PIBG rasa perlu membantu ibu bapa
dalam mendahulukan bayaran buku itu.

1.10 Pada 16 Oktober 2021, pihak sekolah, guru, wakil daripada PIBG iaitu
Puan Rosenawati binti Awang telah terlibat dalam satu libat urus bersama
Kementerian Pendidikan. Wakil PIBG ini telah berinteraksi dengan Menteri
Kanan Pendidikan dan beliau telah membawa maklumat tentang SK Merlimau
(1) dan mendapat respon yang baik daripada pihak Menteri.

1.11 PIBG juga telah mengadakan mesyuarat di peringkat Ahli Jawatankuasa
sebanyak dua kali pada tahun tersebut.

1.12 PDPR
– kesukaran di pihak guru disebabkan masalah capaian talian Internet dan
kehadiran murid yang rendah.
– kesukaran di pihak ibu bapa untuk menyediakan gajet, capaian talian Internet
dan sukar memastikan tahap pemahaman anak-anak.
- ada juga ibu bapa yang terjejas sumber pendapatan
- moga keadaan bertambah baik

1.13 Pihak YDP menzahirkan sedikit kebimbangan dengan dana PIBG kerana
sepanjang tahun 2020/2021 tiada kutipan sumbangan ibu bapa. Ini
menyebabkan dana menyusut dan dibimbangi aktiviti sukan dan aktiviti sekolah
yang lain sukar dijalankan.

1.14 YDP juga berharap mesyuarat ini dapat berjalan dengan baik dan usul-
usul dapat dibincangkan.

Mesyuarat Agung PIBG SK Merlimau ( 1 ) Kali ke – 48/2022 | 12

2.0 Ucapan wakil Guru Besar SK Merlimau (1) Cikgu Husaini bin Musa

2.1 Ucapan alu-aluan
2.2 Ucapan terima kasih daripada Tuan Guru Besar kepada semua Ahli

Jawatankuasa dan ibu bapa kerana sudi hadir dalam mesyuarat PIBG kali
ke-47 secara atas talian ini.
2.3 Penghargaan kepada semua guru dan staf kerana berjaya mengelola dan
menjayakan mesyuarat pada pagi ini. Syabas dan terima kasih yang tidak
terhingga diucapkan.
2.4 Tuan penasihat iaitu Tuan Guru besar tidak dapat hadir pada hari ini di atas
sebab yang tidak dapat dielakkan. InsyaAllah para ibu bapa akan bersua
dengan Tuan Guru Besar pada masa akan datang. Salam takzim daripada
Tuan Guru Besar kepada semua ibu bapa. Beliau juga akan menunaikan
umrah pada 6 Disember ini. Didoakan agar beliau selamat pergi dan kembali.
2.5 Mesyuarat ini sepatutnya diadakan setiap tahun sebelum 31 Mac 2021.
Kemeterian Pendidikan Malaysia telah menangguhkan mesyuarat pada
Tarikh 31 Jun 2021 untuk kali-1 kerana kes COVID-19 semakin meningkat.
Jabatan Pendidikan Negeri telah menunda bagi kali ke-2 pada tarikh 31
Oktober 2021. Ianya tidak dapat dilaksanakan kerana pihak sekolah sibuk
membuat persiapan pembukaan sekolah pada tarikh 1 November 2021.
2.6 Pihak sekolah telah mengeluarkan dana bagi pembaikan beberapa Kawasan
sekolah diantaranya bilik air, kelas, peralatan elektrik dan perkara-perkara
berkaitan SOP dan sebagainya. Mesyuarat ditangguhkan lagi bagi memberi
laluan Pilihan Raya Negeri pada 20 Novermber 2021 menyebabkan 27
November 2021 dipilih bagi melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG
kali ke-47 2021.
2.7 Wakil pentadbir bagi pihak sekolah memohon maaf atas kelewatan
mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi tahun ini.

Guru Besar meminta diingatkan Ahli Jawatankuasa akan Batasan kuasa Persatuan Ibu Bapa
Guru (PIBG) dan ianya perlu dipatuhi pada setiap masa seperti yang tercatat dalam Pekeliling
Ikhtisas bil.

Mesyuarat Agung PIBG SK Merlimau ( 1 ) Kali ke – 48/2022 | 13

2.8 pengukuhan dan pengayaan dalam PDPR perlu di buat. Ianya lebih dikenali
sebagai Program Perkasa, sedang berlangsung bermula dari 1 September
2021.

3.0 Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat agung PIBG yang lalu
3.1 Pembentangan oleh En Azman bin Mohamad Napi
3.2 Pengesahan minit:

Cadangan: Puan Siti Noraini binti Yahaya
Sokongan: Puan Faridah binti Hashim

4.0 Perkara berbangkit
4.1 Tiada perkara berbangkit

5.0 Pembentangan dan pengesahan penyata kewangan PIBG yang berakhir 31
Disember 2020
5.1 Pembentangan oleh Pn. Che Norasnida bt Che Ahmad
5.2 Pengesahan penyata kewangan;
Cadangan: En Mohd Rakime bin Shaffai
Sokongan: Puan Rubiah binti Joned

6.0 Membahaskan usul-usul
6.1 Usul daripada ibu bapa tahun 2021

1. Nama ibu bapa: Noer Hartini Dolhaji
Nama anak: Nurin Nurkhairunnisa bt Nur Halis (4 Al Biruni)
➢ Usul 1: Pelaksanaan pentaksiran bilik darjah sedia ada kurang dipahami
ibu bapa dan pelaksanaan serta pelaporan kepada ibu bapa secara
berkala perlu bagi memastikan ibu bapa alert dengan status progress dan
pencapaian anak. Jika anak tidak mencapai certain tahap pencapaian.
Cth dibawah tahap penguasaan apa tindakan daripada pihak sekolah?
➢ Respon: En Husaini bin Musa (GPK Pentadbiran)

PBD dilaksanakan untuk murid tahap 1 hingga 5. Murid tahun 6 dilaksanakan PST. Ianya
dilakukan secara berterusan sepanjang

Mesyuarat Agung PIBG SK Merlimau ( 1 ) Kali ke – 48/2022 | 14

tahun samada secara sumatif atau formatif dan dilakukan secara bergilir
dalam kalangan murid. Guru akan memberi murid TP (Tahap
penguasaan). Dalam setahun, ada dua tempoh masa di mana guru-guru
matapelajaran akan merekodkan tahap penguasaan seseorang murid
pada bulan 6 dan pada hujung tahun. Pemantauan telah dibuat oleh pihak
Jabatan bagi rekod tahap penguasaan murid bulan Jun. Untuk tahap
penguasaan hujung tahun, masih belum finalise kerana ada sesi penggal
ketiga bagi tahun 2022. Rekod tahap penguasaan murid hanya
dikeluarkan pada penghujung tahun semasa untuk makluman ibu bapa.
Ibu bapa yang masih kurang faham boleh hadir ke sekolah untuk
mendapatkan penjelasan daripada guru berkenaan. Tetapi, oleh kerana
pandemic COVID-19 ia merupakan satu kekangan bagi pihak sekolah
membenarkan ibu bapa hadir ke sekolah.
1. Nama ibu bapa: Nurul Atiqah binti Mohamad Hatallah
Nama anak: Mohamad Faiz Syafieh bin Johari (3 Al Razi)
➢ Usul 1: Menyediakan modul untuk anak-anak sebab kami tidak bekerja
semasa tempoh lock down
➢ Respon: En Husaini bin Musa (GPK Pentadbiran)
Pihak sekolah ada menyediakan modul di mana ibu bapa perlu datang ke
sekolah bagi mengambil modul-modul tersebut. Oleh kerana tempoh PKP
yang terlalu lama serta bilangan murid yang ramai, pihak sekolah telah
menggunakan dana yang besar untuk mencetak modul. Dengan
kebenaran pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), guru-guru telah
mengambil inisiatif untuk mengedarkan modul dalam bentuk soft copy
seperti PDF dan menghantar dalam WhatsApp Group kelas PDPR dan
meminta ibu bapa perlu mencetak modul-modul tersebut. Dan guru juga
memberi penekanan kepada penggunaan buku aktiviti untuk menjimatkan
kos mencetak modul.
➢ Usul 2: Sediakan data untuk ibu bapa semasa PDPR
➢ Respon: En Husaini bin Musa (GPK Pentadbiran)

Pihak sekolah tidak dapat menyediakan data untuk PDPR kerana tiada peruntukan khusus
daripada KPM untuk perkara ini.

Mesyuarat Agung PIBG SK Merlimau ( 1 ) Kali ke – 48/2022 | 15

3. Nama ibu bapa: Mohd Rakime bin Shaffai
Nama anak: Muhammad Ammar Wildan (3 Al Farabi)
➢ Usul 1: Mohon penilaian bilik darjah (PBD) untuk pelajar tahun 6 diberi
sedikit kelonggaran bagi mengumpul merit yang lebih tinggi untuk mohon
masuk SBP/MRSM disebabkan SK Merlimau (1) adalah sekolah luar
bandar dan pelajar tidak dapat menunjukkan prestasi yang baik
disebabkan COVID-19 dari tahun 5 lagi dan murid hanya berada di
sekolah dalam tempoh yang agak singkat.
➢ Respon: En Husaini bin Musa (GPK Pentadbiran)
Komponen utama dalam PBD ialah pertimbangan profesional yang
merupakan satu bentuk keputusan yang dibuat oleh guru-guru pada satu
tarikh membincangkan satu-satu nama murid ketika ingin memberi
penilaian tahap penguasaan. Pertimbangan professional dilakukan
secara beretika menggunakan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman
guru berdasarkan standard prestasi dan data perkembangan penguasaan
murid dalam pembelajaran. Guru yang mengajar tahu kekuataan dan
kelemahan seseorang murid yang beliau ajar melalui PBD. Sekiranya
murid berminat memohon ke SBP (sekolah berasrama penuh) guru
sedaya upaya membantu murid bagi melayakkan murid tersebut dengan
meningkatkan tahap penguasaan murid. Bagi melayakkan murid masuk
ke sekolah berasrama, terdapat satu lagi perperiksaan, dan SK Merlimau
(1) menjadi pusat peperiksaan tersebut (peperiksaan tersebut dinamakan
Pentaksiran Kemasukan Ke Sekolah Khusus (PKSK)). Didoakan agar
anak-anak yang memohon sekolah berasrama penuh dan MRSM akan
tercapai hasrat mereka dan dipermudahkan segala urusan.
➢ Usul 2: Sekiranya kerajaan masih tidak membenarkan pembukaan
sekolah mohon pihak sekolah melaksanakan sistem pemberian latihan
yang tercetak kepada murid dan ibu bapa boleh mengambil set latihan
sepanjang sesi PDPR di guard secara drive thru sahaja.
➢ Respon: YDP PIBG

Mesyuarat Agung PIBG SK Merlimau ( 1 ) Kali ke – 48/2022 | 16

Telah dibincangkan dalam Mesyuarat AJK PIBG dan dilaksanakan juga
iaitu guru ada memberi latihan bercetak kepada murid ditinggalkan di pos
kawalan kemudian ibu bapa datang ke sekolah untuk mengambil bahan
bercetak dan dibawa balik ke rumah. Setelah siap, latihan dihantar
semula mengikut tempoh masa yang diberi. Komunikasi dilakukan melalui
group WhatsApp kelas dan secara tidak langsung dapat mengatasi
ketiadaan data dan gajet yang tidak cukup untuk melaksanakan PDPR
online.
2. Nama ibu bapa: Kamarulariffin bin Rahim
Nama anak: Amiratul Najihah binti Kamarulariffin (2 Al Farabi)
➢ Usul 1: Disebabkan PDPR sejak tahun 2020 saya cadangkan agar
ditangguhkan atau tidak dikenakan sumbangan PIBG untuk tahun 2021.
➢ Respon: YDP PIBG
Setakat tahun 2021, tiada sebarang kutipan sumbangan PIBG dikenakan
kepada ibu bapa kerana memikirkan kesukaran yang dihadapi oleh ibu
bapa dan guru. Pihak Jabatan juga tidak membenarkan sebarang kutipan
dibuat bagi tahun 20/21. Dana PIBG semakin menyusut sepertimana
dalam mesyuarat AJK pada 30 September 2021, baki dana ialah RM
7380.86. Namun begitu, pihak PIBG masih mengeluarkan perbelanjaan
seperti yang dinyatakan terdahulu.
3. Nama ibu bapa: Dr Shahrum bin Muzakir @ Lokman @ Arshad
➢ Usul 1: Kutipan dana pada tahun 2021 dikurangkan kepada separuh iaitu
RM 25 satu keluarga. Tahun 2022 kembali kepada jumlah asal iaitu RM
50.
➢ Respon 1: Puan Syareena
Puan Syareena bersetuju dengan RM 25 dan ibu bapa yang ingin
menyumbang RM 50 juga digalakkan jika pendapatan tidak terjejas dan
tiada sebarang kekangan. Atas perkataan sumbangan ibu bapa juga
boleh menyumbangkan sebarang jumlah setakat yang termampu contoh
RM 10 atau kadar yang lain.

Mesyuarat Agung PIBG SK Merlimau ( 1 ) Kali ke – 48/2022 | 17

➢ Respon 2: En Rakime
En Rakime bersetuju dengan cadangan Puan Syareena kerana
sumbangan ini akhirnya akan digunakan untuk aktiviti anak-anak mereka
maka bagi ibu bapa yang tiada halangan untuk membayar jumlah RM 50
sangat digalakkan, atau sebarang jumlah melebihi RM 25.

➢ Respon 3: Puan Rosenawati
Puan Rose mencadangkan sumbangan PIBG dibuka dari RM 10 untuk
keluarga yang terjejas pandemic hingga RM 50 untuk keluarga yang
mampu.

➢ Respon 4: YDP PIBG
YDP mencadangkan pihak sekolah mengeluarkan surat untuk mengutip
sumbangan PIBG setakat yang termampu oleh sesebuah keluarga
tersebut. Di dalam surat itu juga perlu dimaklumkan nombor akaun PIBG.
Bukti resit transaksi perlu ditunjukkan sekiranya membuat sumbangan
secara online melalui group WhatsApp khas yang diwujudkan pihak
sekolah.

4. Nama ibu bapa: Maisara binti Zainal Abidin
Nama anak: Aisya Humaira, Aisya Sofea (5 Al Biruni, 2 Al Biruni)
➢ Usul 1: Mengadakan Google Meet dengan pelajar sekurang-kurangnya
sekali untuk bertanyakan khabar anak-anak. Saya lihat anak saya yang
tahap 1 suka jika cikgu bertanya. Harap cikgu dapat GM dengan anak-
anak ini untuk subjek yang ada penerangan seperti sains, BM, Math, BI
yang perlu murid faham perkaitan. Anak-anak ini lebih percaya cikgu
walaupun mak dah explain. Intonasi cikgu lebih power.
➢ Respon 1: En Husaini bin Musa (GPK Pentadbiran)

Sebahagian guru-guru ada membuat Google Meet tetapi penglibatan murid kurang jika
dibandingkan guru membuat penyampaian PDPR secara luar talian sehingga mencecah
penglibatan 27 ke 28 orang murid. Kesimpulannya murid-murid lebih cenderung untuk
mengikuti pembelajaran secara kaedah luar talian, begitu juga dengan pihak guru semasa
PDPR. Diharapkan setelah sesi persekolahan bersemuka dapat

Mesyuarat Agung PIBG SK Merlimau ( 1 ) Kali ke – 48/2022 | 18

dilaksanakan, murid lebih gembira dan diharapkan ianya akan berterusan
demi kebaikan anak-anak.
➢ Respon 2: Puan Noer Hartini Dolhaji
Meminta guru-guru tahap 2 untuk memperbanyakkan dan
mempelbagaikan aktiviti PDPR untuk murid-murid tahap 2 lebih daripada
murid tahap 1, berseusaian dengan masa yang diperuntukkan dalam
jadual PDPR.
➢ Respon 3: En Husaini bin Musa (GPK Pentadbiran)
Kelas penggiliran murid dibahagikan kepada dua kumpulan A dan B.
Semasa murid kumpulan A belajar bersemuka, murid kumpulan B berada
di rumah. Mereka akan diberikan tugasan atau latihan sepanjang mereka
berada di rumah. Murid ini tidak mempunyai jadual khusus daripada pihak
sekolah. Kumpulan B ini menjalankan pembelajaran secara kendiri,
memilih masa mereka sendiri bagi menyiapkan semua tugasan yang
telah diberikan.

7.0 Hal-hal lain

1. Puan Paridah, selaku guru Perpustakaan dan Media SK Merlimau (1) mempunyai satu
permasalahan tentang Program NILAM. Pada setiap tahun, ada pembelian buku NILAM, jadi
untuk awal tahun 2021, murid-murid telah diminta untuk membuat pembelian tersebut
berharga RM 2. Mungkin berlaku kesilapan dari pihak Puan Faridah dan pihak sekolah kerana
pembelian buku NILAM ini tidak dimasukkan dalam mana-mana minit mesyuarat kerana buku
NILAM ini yang berharga RM 2 telah dimasukkan di dalam senarai pembelian buku-buku
sekolah di awal tahun. Puan Faridah mahu perkara ini dimasukkan ke dalam minit mesyuarat
PIBG bagi meneruskan pembelian buku tersebut. Walaupun sistem I-NILAM telah
diperkenalkan, tetapi pihak guru dan murid mengalami masalah mengakses sistem tersebut.
Tiada solusi yang bersesuaian untuk masalah ini. Oleh itu, beliau ingin meneruskan pembelian
dan penggunaan buku NILAM semula. Proses pembelian diuruskan oleh pihak kedai buku
sekolah.

➢ Respon 1: GPK 1

Mesyuarat Agung PIBG SK Merlimau ( 1 ) Kali ke – 48/2022 | 19

Puan Faridah memerlukan eviden bahawa buku NILAM ini yang berharga
RM 2 dimasukkan dalam senarai buku wajib beli melalui minit mesyuarat.
➢ Respon 2: Encik Faizal
Mencadangkan Puan Faridah merujuk kepada Bahagian BTP mengenai
masalah sistem I-NILAM atau menghubungi pegawai meja di bahagian
tersebut. Beliau juga menegaskan buku NILAM tidak wajib dibeli dan
catatan boleh dibuat di atas kertas atau secara soft copy.
➢ Respon 3: YDP PIBG
Buku NILAM akan dimasukkan di dalam senarai buku murid tahun 2022
dengan menggunakan perkataan ‘digalakkan’ beli. YDP bersetuju perkara
diminitkan dalam mesyuarat.

2. Puan Sanisah binti Saleh, guru Hal Ehwal Murid.

i) Maklumat terkini tentang kes COVID-19 yang melanda guru dan murid di sekolah. Bilangan
guru yang positif ialah 2 orang dan bilangan murid ialah 4 orang. Bilangan guru dikuarantin 18
orang dan murid 83 orang. Selepas dilakukan ujian PCR dan RTK, kesemua yang dikuarantin
dinyatakan negatif. Proses sanitasi dilakukan setiap hari selepas waktu PDPC di sekolah.
Sekiranya ada kes positif pada masa akan datang, pihak ibu bapa diminta untuk patuhi arahan
yang dikeluarkan KKM dari segi tarikh ibu bapa perlu hantar ujian saringan dan menghantar
anak-anak untuk mengambil surat kuarantin dan pemotongan gelang. Mohon kerjasama ibu
bapa untuk beri nombor telefon terkini untuk dihubungi oleh pihak KKM.

ii) Status vaksinasi murid tahun 6. Setakat ini seramai 88 daripada 116 murid tahun 6 telah
mendapat dos 1. Ada baki 28 orang murid lagi yang akan divaksin pada 3 Disember dan 10
Disember. Diharap murid dan ibu bapa cakna tentang tarikh-tarikh vaksin dan masa yang telah
ditetapkan. Sekiranya tidak dapat hadir, maklumkan kepada pihak sekolah untuk diberi tarikh
baharu.

iii) Bantuan. Borang bantuan BP 1 dan BP 2 telah diedarkan kepada ibu bapa yang berkenaan
seawal bulan Ogos. Mohon ibu bapa ambil borang tersebut, penuhkan dengan lengkap dan
patuhi tarikh pemulangan berserta pengesahan borang tersebut.

Mesyuarat Agung PIBG SK Merlimau ( 1 ) Kali ke – 48/2022 | 20

Borang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dan RMT yang tidak lengkap akan ditolak
permohonannya.
iv) Permohonan online tahun 1 bagi tahun 2022/2023. Pastikan ibu bapa ingat password dan
e-mail yang digunakan semasa permohonan kerana email dan password tersebut masih akan
digunakan setiap kali ibu bapa log masuk di laman web public MOE. Begitu juga dengan
permohonan PRA sekolah.
v) Sekiranya ada ibu bapa yang merasa ragu dan bimbang untuk menghantar anak ke sekolah,
ibu bapa boleh memohon untuk anak tuan puan dikecualikan daripada hadir ke sekolah
dengan syarat menyediakan surat permohonan secara bertulis sebanyak dua Salinan. Satu
Salinan kepada guru kelas dan satu salinan kepada pihak HEM. Pemakluman tidak boleh
dilakukan melalui WhatsApp. Surat juga boleh dihantar secara soft copy.
Ingatan daripada pihak YDP, sekiranya anak duduk serumah dengan ahli keluarga yang positif
COVID-19, anaknya perlu kurantin kendiri dan tidak perlu hadir ke sekolah.
Pertanyaan daripada En Amir Hussin mengenai vaksin anak 12 tahun. Sekiranya anak itu
dikecualikan dari vaksin atas faktor kesihatan bukan anti vaksin, adakah ia dikecualikan untuk
hadir ke sekolah.
Respon YDP: Faktor kesihatan biasanya berkenaan masalah alergi yang teruk dan
pendarahan (hemofilia).
Respon GPK 1: Murid boleh datang ke sekolah seperti murid tahun 1 hingga tahun 5 yang
masih belum divaksin dan pastikan murid tidak bergejala seperti demam, batuk dan selesema.

Mesyuarat Agung PIBG SK Merlimau ( 1 ) Kali ke – 48/2022 | 21

3. YDP PIBG dan semua AJK PIBG serta ibu bapa telah bersetuju sumbangan PIBG untuk
tahun 2021 di tangguhkan kerana masalah pendemik covid 19. Untuk sesi yang akan
dating kadar sumbangan adalah sama iaitu :

SENARAI BAYARAN SUMBANGAN KEBAJIKAN TAHUN 2022

BIL SUMBANGAN TAHUN TAHUN 2 TAHUN TAHUN 4 TAHUN TAHUN 6
KEBAJIKAN 1 RM 3 RM 5 RM

1 *DERMA PIBG RM 50.00 RM 50.00 RM 50.00
50.00 50.00 50.00
2 KECERIAAN
10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00
3 KERTAS UJIAN
JUMLAH 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00

70.00 70.00 70.00 70.00 70.00 70.00

( * Satu keluarga hanya seorang sahaja yang bayar )

4. Pengerusi juga memaklumkan bahawa permohonan kelulusan kutipan bayaran tambahan
bagi murid yang bukan warganegara untuk tahun 2020 seperti yang dinyatakan di bawah dan
telah mendapat kelulusan dari pendaftar sekolah dan guru, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
:

Bil Perkara Kadar Bayaran
1 Kokurikulum RM 3.00
2 Kertas ujian dalaman RM 6.00
3 Sukan tahunan sekolah RM 6.00
4 Kegiatan pendidikan islam/Pendidikan moral RM 6.00
5 MSSM RM 2.00
6 Insuran takaful RM 1.50
RM 24.50
JUMLAH

Mesyuarat Agung PIBG SK Merlimau ( 1 ) Kali ke – 48/2022 | 22

8.0 Ucapan penangguhan
8.1 Terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan daripada barisan pengurusan sekolah,
barisan guru-guru, Ahli Jawatankuasa PIBG dan ibu dan bapa sekalian. Kehadiran adalah
sangat baik dan platform atas talian sesuai digunakan untuk mesyuarat pada masa akan
datang. Diharap pihak setiausaha dapat menyiapkan minit mesyuarat dan dapat diedarkan
kepada semua ibu bapa. Mesyuarat disudahi dengan assalamualaikum dan ditangguhkan
pada jam 11.38 pagi.

Disediakan oleh :
AZMAN BIN MOHAMAD NAPI
Setiausaha PIBG
SK. Merlimau (1).

Mesyuarat Agung PIBG SK Merlimau ( 1 ) Kali ke – 48/2022 | 23

Mesyuarat Agung PIBG SK Merlimau ( 1 ) Kali ke – 48/2022 | 24

LAPORAN PENTADBIRAN DAN
KURIKULUM 2022

BILANGAN WARGA SEKOLAH

Lelaki Perempuan Jumlah
54
Guru 14 40 7
734
Staf sokongan 25 74
4
Murid Perdana 378 356
4
Murid Pra sekolah 33 41

Pekerja 31
kebersihan
Pegawai 40
keselamatan

ANALISA TAHAP PENGUASAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
MENGIKUT KEMAHIRAN SEHINGGA 30HB MAC 2022

BAHASA MELAYU

Mesyuarat Agung PIBG SK Merlimau ( 1 ) Kali ke – 48/2022 | 25

BAHASA INGGERIS
BAHASA ARAB

Mesyuarat Agung PIBG SK Merlimau ( 1 ) Kali ke – 48/2022 | 26

ANTARA PERANCANGAN INTERVENSI PEMBELAJARAN (PIP) PERINGKAT
SEKOLAH YANG TELAH/SEDANG DILAKSANAKAN :

1. Pelaksanaan Strategi Catch-Up Plan (CUP 1, CUP 2 dan CUP 3 ).
2. Kaedah “one to one”.Murid-murid diajar membaca secara individu kerana mereka

kurang tumpuan dan tidak boleh fokus apabila belajar secara beramai-ramai.

3. Aktiviti listen, say and colour. Menggunakan flashcards, picture cards and song.

4. Memberi modul khas kepada murid yang mempunyai kehadiran yang kurang
memberangsangkan untuk disiapkan di rumah.

5. Penggunakan flashcards, picture cards and dan phonic song di dalam kelas.
6. Aktiviti “ Listen and Spell”.
7. Aktiviti “Board Game “.

8. Aktiviti membaca petikan / bahan bacaan sebanyak 2 kali seminggu secara kuat
di dalam kelas dan mencari 5 perkataan baru dari bahan.

9. Menyalin ayat dari petikan/bahan bacaan. ( 2 ayat mudah, 1 ayat majmuk dan 1
ayat komplek.

10. Guru membuat latihtubi bacaan menggunakan buku ‘Read Easy’ atau buku cerita
pendek Bahasa Inggeris.

11. Aktiviti “Sing and Act Out”
12. Aktiviti “Vocab Name Tag Tour”
13. Membuat “drilling”( awal setiap kali Pdpc)

14. Latihan tambahan ( modul Latihan di rumah)

15. Murid membuat aktiviti yang berpusatkan bahan.

16. Murid diberikan tugasan/projek mengikut tajuk yang dipelajari.

17. Mengulangkaji topik al-Quran (Tajwid) secara bimbingan sama ada secara individu
atau berkumpulan mengikut murid dan kelas yang diajar oleh guru.

18. Membaca nota sisipan yang diberikan berkaitan tajuk atau hukum tajwid yang
terkandung dalam sukatan pelajaran mengikut tahun masing-masing.

19. Menjawab latihan latih tubi sebagai mengukur tahap kefahaman murid.

20. Menyediakan modul yang tersusun mengikut tajuk dan kemahiran bagi tujuan latih
tubi membaca dan menulis perkataan pelbagai baris dan ayat ucapan mudah
sebagai bimbingan secara berterusan.

21. Latih tubi secara berterusan kemahiran membaca dan menulis samaada secara
berfokus atau secara sisipan dari pelbagai bahan bacaan dan sumber.

Mesyuarat Agung PIBG SK Merlimau ( 1 ) Kali ke – 48/2022 | 27

PENYUSUNAN SEMULA JADUAL WAKTU BAGI PELAKSANAAN KURIKULUM
STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017) KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA :

1. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR Semakan 2017) telah dilaksanakan
secara berperingkat bemula pada tahun 2017. KSSR (Semakan 2017) Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) (Semakan 2017) telah menyepadukan elemen
pengetahuan, kemahiran dan nilai serta pedagogi dan pentaksiran sebagai satu
usaha mengukuhkan pembelajaran murid.

2. Sebagai usaha memantapkan pelaksanaan kurikulum pada peringkat sekolah,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan agar jadual waktu disusun
antara tiga (3) hingga empat (4) mata pelajaran bagi Tahap 1 manakala lima (5)
hingga enam (6) mata pelajaran bagi Tahap 2 dalam sehari. Ini adalah untuk
memberi tumpuan kepada peruntukan jumlah minimum waktu mata pelajaran dalam
setahun dan pelaksanaan kurikulum.

3. Penyusunan jadual waktu ini membolehkan guru merancang pengajaran dan
pembelajaran (PdP) secara optimum dengan memperuntukkan masa bagi
melaksanakan pendekatan modular dan bertema serta pembelajaran berasaskan
projek, dan pendekatan lain yang bersesuaian agar menjadikan pembelajaran murid
lebih bermakna.

4. Penyusunan jadual waktu ini hendaklah berdasarkan prinsip mengurangkan
bilangan mata pelajaran dalamm jadual waktu sehari dengan mengambil kira
peruntukan minimum jam setahun berdasarkan surat pekeliling ikhtisas berikut :
i. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil. 8 Tahun 2016 bertarikh 2 November
2016
ii. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil. 5 Tahun 2019 bertarikh 7 November
2019.

5. Selaras dengan itu, sebagai panduan dan rujukan dalam menyusun semula
jadual waktu supaya agihan mata pelajaran adalah seimbang, perkara-perkara
berikut telah diberi perhatian:
i. Bilangan mata pelajaran disusun antara tiga (3) hingga empat (4) mata
pelajaran sehari bagi Tahap 1 dan lima (5) hingga enam (6) mata pelajaran
bagi Tahap 2;
ii. Gabungan waktu yang digalakkan bagi sesuatu mata pelajaran ialah dua
(2) waktu; dan Gabungan dua (2) waktu dan satu (1) waktu boleh dilaksanakan
dalam sehari.

Mesyuarat Agung PIBG SK Merlimau ( 1 ) Kali ke – 48/2022 | 28

6. Waktu pulang/balik Sekolah :

Bil Kelas/Tahun Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat
1. Tahun 1 1.00 1.00 12.30 12.30 12.00
2. Tahun 2 1.00 1.00 12.30 12.30 12.00
3. Tahun 3 12.30 12.30 1.00 1.00 12.00
4. Tahun 4 1.30 1.00 1.00 1.30 12.00
5. Tahun 5 1.30 1.00 1.30 1.00 12.00
6. Tahun 6 1.30 1.00 1.00 1.30 12.00

PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK KELAS PEMULIHAN :

1. Pendekatan : Pembelajaran Terbeza
2. Aktiviti Intervensi: Program LATUBI. Latih tubi mengeja , menyebut dan menulis suku

kata tertutup KVK dan suku kata KVKK menggunakan modul LitNum.
3. Aktiviti Latih Tubi Tambah dan Tolak. Memberi fokus pada fakta asas tambah dan tolak

dengan mengumpul semula. Membimbing dan merekod penguasaan pencapaian
murid dalam modul LitNum.
4. Gerak gempur 4M di sekolah-sekolah kawasan Merlimau.

Mesyuarat Agung PIBG SK Merlimau ( 1 ) Kali ke – 48/2022 | 29

Mesyuarat Agung PIBG SK Merlimau ( 1 ) Kali ke – 48/2022 | 30

Mesyuarat Agung PIBG SK Merlimau ( 1 ) Kali ke – 48/2022 | 31

LAPORAN HAL EHWAL MURID (HEM)
2022

BIL AKTIVTI TARIKH
1 Penyerahan Baucer Bantuan TAPEM PELAKSANAAN

18/02/22

2 Penyerahan Wang BAP fasa 1 25/02/22

3 Minggu Orientasi dan Transisi Tahun 1 21/03/22

4 Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Program Susu Sekolah 21/03/22
bermula 21/03/22

5 Ujian RTK Saringan Covid19 - 10% bermula

6 Agihan Hand Sanitizer dan pelitup muka oleh YB Dr Akmal Salleh 21/03/22

7 Pelancaran Program Guru Penyayang peringkat sekolah 28/03/22
8 Penyerahan Barangan Persekolahan daripada CIMB Foundation (8 org) 28/03/22
9 Pelancaran Program Ihya’ Ramadan 2022 01/04/22

10 Penyampaian Bantuan Peralatan Persekolahan daripada ECJ Cares 08/04/22

11 Program Ziarah Cakna – Masalah ketidakhadiran Berpanjangan Murid 12/04/22
Tahun 2 dan Tahun 6 25/04/22
26/04/22
12 Pemeriksaan mata murid – murid Tahun 6 oleh Klinik Kesihatan 28/04/22
Merlimau 29/04/22
18 – 20/05/22
13 Penyampaian sumbangan Barangan Persekolahan daripada Malaysian 23/05/22
Rubber Council (8 org) 25/05/22
26/05/22
14 Majlis Khatam Quran Tahun 6

15 Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada Anak Yatim dan Asnaf

16 Pelaksanaan Suntikan Imunisasi Untuk mMurid – Murid Thun 1

17 Majlis Pelancaran Minggu PPDa Peringkat Sekolah

18 Pemberian minuman percuma daripada syarikat MILO

19 Penyerahan Wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada murid
tahun 1 dan cicir.

Mesyuarat Agung PIBG SK Merlimau ( 1 ) Kali ke – 48/2022 | 32

Mesyuarat Agung PIBG SK Merlimau ( 1 ) Kali ke – 48/2022 | 33

LAPORAN KOKURIKULUM 2021/2022

KELAB & PERSATUAN / KO-AKADEMIK / KESENIAN

BIL NAMA AKTIVITI / PETANDINGAN / ACARA / PERINGKAT
PROGRAM Antarabangsa

1 Hip Hip Hoorey : Fun With Grammar & Vocab Antarabangsa
Competition
Antarabangsa
2 Hip Hip Hoorey : Fun With Grammar & Vocab Kebangsaan
Competition Peringkat Terbuka Dun Wakaf Mempelam Kebangsaan
Kebangsaan
3 Kuiz Asertif Program Ekspresi Anak Remaja Lestari
Virtual Kpm Daerah
Kebangsaan
4 Pertandingan YAMAHA Music Time KEYBOARD Kebangsaan

5 Pertandingan Kuiz Kerjaya Career Booster Challenge Negeri
2021 Kebangsaan
Kebangsaan
6 Sambutan Hari Laut Sedunia 2021 E-Quiz World
Ocean Day (WOD) Negeri

7 Pertandingan Mathematics Online Quiz Kategori
Sekolah Rendah Tahun 2021

8 Penilaian Digital Competency Score 2021 (Digital
Intermediate) Anjuran MDEC KPM

9 Kuiz Cabaran Minda Sihat Virtual

10 Kejohanan Catur Berpasukan Online Kategori Bawah
12 Tahun MSSM

11 Kuiz Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN)

12 Kuiz Digital NowyouSEEme Kempen Kesedaran
Thalassaemia Kebangsaan

13 Pertandingan YAMAHA Keyboard Music Time

Mesyuarat Agung PIBG SK Merlimau ( 1 ) Kali ke – 48/2022 | 34

SUKAN & PERMAINAN PERINGKAT
Negeri
BIL NAMA AKTIVITI / PETANDINGAN / ACARA / Sekolah
PROGRAM Sekolah
Negeri
1 Kuiz Online Pengetahuan Sukan Mssm Sekolah
Rendah (Tahap 2) Kebangsaan
Kebangsaan
2 Kuiz Peraturan Permainan Sofbol Kebangsaan
Kebangsaan
3 Kuiz Asas Kawad Kaki TKRS

4 1M1S: Program Mywalk/Myride 2021

5 1M1S: Program Mywalk/Myride 2021

6 Rembau Challenge Virtual Run 2021

7 Digital Competency Score (Tahap Digital Advance)

8 Pertandingan Kemahiran Sofbol B12 Secara Dalam
Talian 2021

PASUKAN BADAN BERUNIFORM

BIL NAMA AKTIVITI / PETANDINGAN / ACARA / PERINGKAT
PROGRAM Kebangsaan
Kebangsaan
1 Forum Webinar Pengakap Laut Malaysia Siri #1 Dan
Kuiz Atas Talian Hari Alam Sekitar Dunia Kebangsaan

2 Forum Webinar Pengakap Laut Malaysia Siri 2 & Kuiz Kebangsaan
Atas Talian Hari Lautan Sedunia Antarabangsa

3 Forum Webinar Pengakap Laut Malaysia Siri 3 Hari Sekolah
Penyu Sedunia 2021 Daerah
Sekolah
4 Forum Webinar Pengakap Laut Malaysia Siri #4 Dan Kebangsaan
Kuiz Atas Talian Hari Pelaut Sedunia Kebangsaan

5 Forum Webinar Pengakap Laut Malaysia Siri #5 Kuiz
Atas Talian Hari Konservasi Ekosistem Bakau

6 Kuiz Asas Kawad Kaki TKRS

7 Pengakap: Pertandingan Video Ikatan dan Simpulan -
Kawasan Merlimau

8 Kuiz Sejarah Bola Tampar dan Kuiz Sejarah Sepak
Takraw

9 Pertandingan Kuiz Pasukan Badan Beruniform 2021

10 Malaysian Scout Virtual Run & Hike 2021

Mesyuarat Agung PIBG SK Merlimau ( 1 ) Kali ke – 48/2022 | 35

Mesyuarat Agung PIBG SK Merlimau ( 1 ) Kali ke – 48/2022 | 36

LAPORAN KEWANGAN PIBG
BERAKHIR 31 DISEMBER 2021

Mesyuarat Agung PIBG SK Merlimau ( 1 ) Kali ke – 48/2022 | 37

SEKALUNG BUDI DAN
PENGHARGAAN DI ATAS
SUMBANGAN YANG DIBERIKAN:

EN. JAZLEE BIN PIT

PENGHULU DUN MERLIMAU
JAPERUN MERLIMAU
GURU BESAR SK. MERLIMAU (1)
YDP PIBG SK. MERLIMAU (1)
GURU-GURU PENOLONG KANAN SK. MERLIMAU (1)
AJK PIBG SK. MERLIMAU (1)
GURU-GURU, STAF SOKONGAN DAN PEKERJA SK. MERLIMAU (1)
IBU BAPA DAN MURID-MURID SK.MERLIMAU (1)
HAMBA-HAMBA ALLAH YANG MEMBERI SUMBANGAN
SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN MESYUARAT AGUNG
PIBG SK. MERLIMAU (1) KALI KE-48 TAHUN 2022.

Mesyuarat Agung PIBG SK Merlimau ( 1 ) Kali ke – 48/2022 | 38

- TAMAT -
TERIMA KASIH

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SK MERLIMAU (1) 2022

Mesyuarat Agung PIBG SK Merlimau ( 1 ) Kali ke – 48/2022 | 39


Click to View FlipBook Version