The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by siti_sifir82, 2023-05-19 09:34:28

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-39

MESYUARAT PIBG SMK KEDAWANG

2 AtuRcara majlis MASA PERKARA 8.00 pagi Pendaftaran waris dan guru 8.50 pagi Ketibaan Jemputan Khas (Perasmi),Tuan PPD, dan Para Jemputan 9.00 pagi Nyanyian Negaraku dan Bacaan doa Ucapan aluan oleh YDP PIBG SMK Kedawang Ucapan dan laporan sekolah oleh Tuan Pengetua Ucaptama dan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-39 oleh Encik Ramli bin Ahmad (Presiden Kelab Bola Sepak Helang FC) Penyampaian Cenderahati kepada Perasmi Persembahan Khas Murid Penyampaian Sijil Penghargaan kepada barisan AJK PIBG Sesi 2021/2023 Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Ikon Sukan SEA dan Ikon Murid Contoh SMK Kedawang Jamuan ringan 10.00 pagi Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-39 Cabutan bertuah Bersurai


3 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Salam Malaysia Madani dan Salam Perpaduan. Terima kasih diucapkan kepada SMK Kedawang kerana menjemput saya untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-39 ini. Sesungguhnya hubungan simbiotik antara PIBG dengan institusi sekolah merupakan satu bentuk perkongsian pintar yang mampu menjana kecemerlangan pembelajaran seterusnya memberikan manfaat yang tidak terhingga untuk kejayaan dan kesejahteraan para pelajar di SMK Kedawang. “Muafakat membawa berkat” adalah merupakan satu ungkapan yang bertepatan dan seiring dalam usaha kita menghadapi cabaran dan norma baharu dalam fasa Endemik ini. Kerjasama yang erat antara warga sekolah dengan masyarakat dan juga ibu bapa merupakan langkah pertama yang seterusnya menentukan kejayaan ribuan langkah lagi yang mana akan dilakukan oleh para pelajar yang dikasihi secara bersendirian. Sebenarnya langkah pertama amat penting bagi menentukan kejayaan hidup seseorang. Justeru itu dengan langkah pertama, anak-anak kita yang dikasihi dapat berdikari untuk menghadapi hari mendatang. Sekian, terima kasih. .................................................... ENCIK RAMLI BIN AHMAD Presiden Kelab Bola Sepak Helang FC Kata-kata Aluan Encik Ramli bin Ahmad Presiden Kelab Bola Sepak Helang FC


4 Kata-kata Aluan Yang Dipertua PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t Terlebih dahulu saya ingin merakamkan kesyukuran ke hadrat llahi kerana dengan keizinan-Nya, maka kita dapat sekali lagi bertemu dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39 ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG yang telah sama-sama bekerja dan berusaha membantu pihak sekolah dalam pelbagai program. Saya mewakili semua AJK PIBG akan terus menyokong segala program yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memacu kecemerlangan pelajar. Saya juga berharap dalam pertemuan seperti ini kita dapat bersama-sama menyumbang idea untuk memantapkan lagi aktiviti-aktiviti PIBG sekolah ini. Kami AJK PIBG telah cuba untuk menjalankan tugas kami dengan cara yang terbaik. Di dalam segala tindakan kami, kami sentiasa memikirkan kepentingan dan kebajikan anak-anak kita di sekolah ini khasnya. Sumbangan tuan/puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu program-program sekolah bertujuan meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak kita di sekolah ini. Tuan/puan bolehlah melihat buku aturcara mesyuarat agung kali ini dimana terdapat di dalamnya mengenai aktiviti PIBG dan juga sumbangan PIBG kepada sekolah. Di samping kemajuan akademik, PIBG juga sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah dalam memastikan pembangunan sahsiah pelajar agar anak-anak kita selamat meneruskan kehidupan mereka dalam era kecanggihan teknologi yang penuh dengan cabaran. Mudah-mudahan impian kita sebagai ibu bapa untuk melihat anak kita berjaya menjadi insan cemerlang tercapai selaras dengan visi dan misi SMK Kedawang. Saya berharap agar Ahli Jawatankuasa PIBG dapat meneruskan usaha dengan lebih gigih bagi meningkatkan kecemerlangan SMK Kedawang. Sekian, terima kasih. ………………………………………………… ENCIK MOHD ADANAN BIN MD SALLEH YDP PIBG SMK Kedawang, Langkawi


5 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Segala puji-pujian ke hadrat Allah S.W.T atas limpah rahmat dan dengan izin-Nya Mesyuarat Agung PIBG, SMK Kedawang kali ke-39 dapat dilaksanakan. Terima kasih atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan pada hari ini. Semoga mesyuarat pada hari ini akan berlangsung dalam suasana yang mesra dan berjaya menemui intervensi bagi setiap isu yang telah dikenal pasti. Raikan idea yang positif dan perbezaan pendapat. Pengetua adalah penasihat bagi Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sesebuah sekolah . Semoga dengan komitmen tuan-tuan dan puan-puan sebagai waris, saya dapat melaksanakan tugasan ini dengan penuh tanggungjawab. Dalam ruang dan peluang yang diberikan ini , saya ingin mengajak tuan-tuan dan puan-puan untuk sama-sama membuat revision perkaitan antara 3 perkara ini, iaitu PIBG, PIBK ,dan Sarana Ibu Bapa. Pertama, PIBG adalah Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Kedua, Pelibatan Ibu Bapa dan Guru (PIBK) dengan merujuk kepada Inisiatif # 62 Peluasan Pelaksanaan Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti dalam Ekosistem Sekolah merupakan suatu inisiatif utama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Ketiga, Sarana Ibu Bapa ialah suatu alat untuk digunakan oleh ibu bapa bagi membangunkan , memantap dan memperkasa pelibatan ibu bapa. Akhir kata, saya berharap agar Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39 ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Sekian, terima kasih. ………………………………………………… TUAN HJ. MOHAMAD RADZAI BIN SULAIMAN Pengetua SMK Kedawang, Langkawi . Kata-kata Aluan Penasihat PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang


6 JAWATANKUASA INDUK DAN JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-39 TAHUN 2023 Penasihat : Tn. Hj. Mohamad Radzai bin Hj. Sulaiman ( Pengetua ) Pengerusi : En. Mohd Adanan bin Md Salleh ( YDP PIBG ) Naib Pengerusi 1 : En. Rohaizar bin Othman ( PK Pentadbiran ) Naib Pengerusi 2 : Pn. Sarimah binti Saidin ( PK Kokurikulum ) Naib Pengerusi 3 : Pn. Latifah binti Nawi (PK Pendidikan Khas) Penyelaras Induk : Pn. Zuraida binti Abdullah (PK HEM) Setiausaha : En. Robani Iserok Bin Abd Rahman Bendahari : Pn. Nariza binti Osman Penyelaras Bahagian : Pn. Azimah binti Ahmad ( Persiapan Dewan/Pentas/PA Sistem ) Pn. Sura binti Osman ( Teks Ucapan/Jamuan/Buku Program ) Pn. Norizan binti Othman (Jemputan /Sambutan/Pendaftaran) JK PERSIAPAN DEWAN (SEBELUM/SELEPAS) 1. Mohd Alwan Asyimi b Othman (K) 2. Muhammad Bukhari bin Jauhari 3. Muhammad Zahuri bin Husin 4. Zulkifli bin Kassim 5. Raja Mohd Nasron bin Raja Hussin 6. Faizal bin Ramli 7. Syazwan bin Shukri 8. Muhamad Farhan bin Ilias 9. Muhammad Razif bin Zainon 10. Muhamad Izwan bin Che Man JK PROTOKOL, JEMPUTAN DAN SAMBUTAN 1. Masyitah binti Zulkifli (K) 2. Sharifah Binti Hassan 3. Aisyah binti Abdullah 4. Nur Ain binti Mohd Rodzi 5. Azira Emylia binti Azizan JK CENDERAMATA VIP 1. Shaharom binti Shafie JK BUKU LAWATAN PELAWAT VIP 1. Qutrinnada binti Ibni Hajar JK PENDAFTARAN 1. Siti Nazwa binti Kadri (K) (T1) 2. Norhidayu binti Mohamad (T2) 3. Fairus Shahnim binti Saawi (T3) 4. Eslia binti Mohd Rozhi T4) 5. Azzuriyati binti Abdullah (T5) 6. Noor Maznah bt Mohd Azlan (PPKI) JK TEKS UCAPAN 1. Faridatulasmah bt Ahmad Asri(K) 2. Muhammad Afdzal bin Che Pa@Abd Rahman 3. Siti Nor Syafiqah binti Ahmad Sabri JK KECERIAN PAPAN KENYATAAN DEWAN 1. Noor Asikin binti Busu (K) 2. Shahida Salma binti Yunus 3. Fatin Maisarah binti Ahmad 4. Nur Atirah binti Ghazali JK PENCATAT MINIT 1. Siti Zaleha binti Abdullah (K) 2. Sabrina binti Hasan 3. Sharifah binti Mohd Husin JK FOTOGRAFI & DOKUMENTASI 1. Zahidah binti Miskam (K) 2. Fairus Shahirah binti Saad 3. Siti Nur Arina binti Roslee 4. Nizam shah Che Udat JK JAMUAN UMUM/WARIS/GURU 1. Salina binti Ismail (K) 2. Ida Surnaya binti Ahmad 3. Nurul hidayah binti Mat Din 4. Nor Syuhada binti Mohd Basir 5. Mariani binti Ismail JK KESELAMATAN/ LALULINTAS (SEBELUM/SELEPAS) 1. Khairil Amrie b. Abd Latif (K) 2. Khairulhelmi bin Hussain 3. Pihak Keselamatan sekolah 4. Kadet Polis) JK KEBERSIHAN & MENGEMAS DEWAN (SEBELUM/SELEPAS) 1. Farhalina Nazira binti Zul (K) 2. Nurul Huda binti Abu 3. Siti Fatimah binti Mohd Sabriy 4. Noor Asma Binti Safar JK CETAKAN WARIS DAN VIP 1. Siti Aminah binti Abdullah(K) 2. Nurul Atiqah binti Ariffim 3. Azman bin hashim 4. Mohd Khairul Nizam bin Kamis JK PERSEMBAHAN KHAS 1.Shureeza Faris bt Abd Shukor (K) 2 Noor Hanan binti Mohd Fadzil 3. Suraidah binti saidin (AJK Waris) JK PENGACARAAN (MC) 1. Siti Hajar bin Ibrahim (K) 2. Safwan bin Omar JK PERSIAPAN PENTAS (SEBELUM/SELEPAS) 1. Siti Masturah binti Abu Bakar (K) 2. Nur Nasuha binti Abdul Rahman 3. Siti Fatimah Binti Mohd Yusof 4. Nur Fatin Atira binti Azahar 5. Aruzziah Ishmah Binti Arsalanshah 6. Sharifah binti Hassan 7. Nur Aina Aqilah binti Mohd Asmadi 8. Maizatul Azira binti Salihin 9. Nur Nadia binti Roslan JK BACKDROP/ BANNER 1.Wan Mohd Syamil bin Wan Noridan (K) 2. Fadzil bin Mohamad JK SIARAYA/SERANTA 1. Mohamad Firdaus bin Abdullah (K) 2. Muhammad Amirol bin Mat Rosli JK JAMUAN VIP 1 . Rohani binti Ramlal (K) 2. Noorhaslinda binti Zainal Abidin 3. Noorasidah binti Jimin 4. Nurfarahiyah binti suhaini 5. Nur Nabilah Binti Che Zulkeepli 6. Halisa Afiqah Binti Abdul Halim JK BACAAN DOA 1. Fikhry Hakim bin Muhammad Hilmi JK BUKU PROGRAM / DIGITAL 1. Mohammad Amin b. M. Tahir(K) 2. Muhammad Ridzuan bin Ibrahim 3. Nor Farhana binti Residi 4. Huda binti Abdul Halim JK CABUTAN BERTUAH 1. Irdina Inani binti Wahid (K) 2 Siti Khadijah binti Zain 3. Aishah bin Azizan 4. Anis ‘Afifa binti Zunkafle 5. Amilia Binti Ali 6. Abdul Karim b Baharom (NYDP) 7. Saidi bin Jantan (AJK Waris) 8. Shurwardi bin Bahari (AJK Waris) 9. Noor bin Dan (AJK Waris) 10. Zainap binti Yaacob (AJK Waris) 11. Che Ani bin Jasin (AJK Waris) 12. Ameer bin Abdul Wahab (AJK Waris)


7 AGENDA mesyuarat BIL PERKARA CATATAN 1 Ucapan Aluan Yang Dipertua PIBG. 2 Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan Tahun 2022. 3 Perkara Berbangkit 4 Membentang dan Menerima Laporan Aktiviti Tahunan PIBG Tahun 2022. 5 Membentang, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2022. 6 Membincangkan Sumbangan PIBG tahun 2023/2024 7 Membahaskan Usul 8 Pembubaran dan Pelantikan AJK Baharu PIBG serta Juruaudit Dalaman sesi 2023/2024 9 Cabutan Bertuah 10 Ucapan Penangguhan


8 Kepada; Semua Ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Kedawang, Langkawi Tuan/Puan, NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SMK KEDAWANG TAHUN 2023/2024 KALI KE-39 Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sukacitanya dimaklumkan, Mesyuarat Agung Tahunan PIBG akan diadakan secara bersemuka pada masa dan tarikh seperti berikut: Tarikh : 20 Mei 2023 Hari : Sabtu Masa : 8:00 Pagi – 12:30 Tengah Hari Tempat : Dewan Seri Semerbak, SMK Kedawang 3. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut; 4. Kehadiran Tuan / Puan hadir secara bersemuka perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Disini disertakan Google Form Kehadiran dan Usul tuan/puan melalui pautan di bawah. Pengisian usul adalah pada atau sebelum 16 Mei 2023. Pautan usul : https://forms.gle/mE9n4Drch2B94mCx7 5. Segala kerjasama dan keprihatinan pihak tuan/puan amatlah kami hargai. Sekian, terima kasih “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, ……………………………. ROBANI ISEROK BIN ABD RAHMAN Setiausaha PIBG, Sek. Men. Keb. Kedawang, Rujukan Kami: SMKKD100-13/1/4( 28 ) Tarikh: 07 Mei 2023 PIBG SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KEDAWANG Mukim Kedawang, 07000 Langkawi Bandaraya Pelancongan, KEDAH DARUL AMAN. Tel: 604-9551145 Faks:604-9555695 E-mel: [email protected] 3.1 Ucapan Aluan Yang Dipertua PIBG. 3.2 3.3 Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan Tahun 2022. Perkara Berbangkit 3.4 Membentang dan Menerima Laporan Aktiviti Tahunan PIBG Tahun 2022. 3.5 Membentang, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2022. 3.6 Membincangkan Sumbangan PIBG tahun 2023/2024 3.7 3.8 Membahaskan Usul Pembubaran dan Pelantikan AJK Baharu PIBG serta Juruaudit Dalaman sesi 2023/2024 3.9 3.10 Cabutan Bertuah Ucapan Penangguhan


9 Tel: 604-9551145 Faks:604-9555695 Emel:[email protected] PIBG SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KEDAWANG Mukim Kedawang, 07000 Langkawi Bandaraya Pelancongan, KEDAH DARUL AMAN. BORANG USUL NAMA : ………………………………………………………………… Tarikh : …………....... ALAMAT : ………………………………………………………………………………………………. Kepada, Setiausaha, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SMK Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah Darul Aman. Tuan/Puan USUL DALAM MESYUARAT AGUNG KALI KE -39 Usul-usul : …………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………… Saya yang benar, …………………………………………… ( ) BORANG JAWAPAN KEHADIRAN Saya ………………………………………… ibu/bapa/penjaga/waris kepada …………………………………………. tingkatan ………………..akan hadir / tidak hadir ke Mesyuarat Agung PIBG SMK Kedawang kali ke-39 pada tahun 2023. ** Bersama-sama ini disertakan RM10.00 sebagai sumbangan kepada dana PIBG kerana saya tidak dapat menghadirkan diri ke mesyuarat tersebut.


10 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-38 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SMK KEDAWANG SESI 2022/2023 Tarikh : 28 Mei 2022 Hari : Sabtu Masa : 8.00 pagi – 12.30 tengah hari Tempat : Dewan Seri Semerbak, SMK Kedawang (Secara bersemuka) Kehadiran : 270 (guru dan ibu bapa) 1.0 UCAPAN ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG (YDP PIBG) 1.1 Encik Mohd Adanan bin Md Salleh selaku YDP PIBG mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua waris yang hadir mesyuarat dan mengharapkan semua dapat memberi kerjasama yang baik bagi menjayakan mesyuarat PIBG kali ke-38. Tindakan : Makluman 2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-37 2.1 Setiausaha PIBG Encik Robani Iserok bin Abd Rahman membentangkan minit mesyuarat agung kali ke-37 sesi 2021/2023 seperti yang tercatat pada muka surat 10 hingga 15. Tiada pembetulan dikemukakan oleh ibu bapa dan guru. 2.2 Minit mesyuarat kali ke-37 sesi 2021/2023 bertarikh 10 April 2021 telah disahkan tanpa sebarang pindaan. Pencadang : Puan Zaida binti Zakaria Sokongan : Puan Nor Azura binti Mohd Asri Tindakan : Makluman 3.0 PERKARA BERBANGKIT -TIADA-


11 4.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG SESI 2021 4.1 Setiausaha PIBG Encik Robani Iserok bin Abd Rahman membentangkan laporan program dan aktiviti bersama PIBG yang telah dijalankan sepanjang pada tahun 2021 (sila rujuk halaman 22, no. 1 - 8). 4.2 Encik Robani menambah satu lagi aktiviti/program iaitu, gotong-royong perdana peringkat sekolah. 4.3 Encik Robani juga membentangkan aktiviti/program yang dibatalkan akibat pandemik Covid-19 (sila rujuk halaman 23). 4.4 Tiada cadangan aktiviti/program daripada para waris. Tindakan : Makluman 5.0 MEMBENTANG,MENERIMA DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2021 5.1 Bendahari PIBG, Puan Nariza binti Osman membentangkan penyata kewangan tahun 2021 seperti yang tercatat pada halaman 24 hingga 27. Beliau juga memaklumkan bahawa kutipan dibahagikan kepada 4 akaun iaitu; 1. Akaun PIBG - bayaran RM30.00 setiap waris 2. Tabung kokurikulum - wang percetakan RM20.00 3. Akaun surau - tiada sumbangan 4. Akaun zakat guru 5.2 Puan Nariza memaklumkan bahawa derma/zakat ditumpang dalam akaun PIBG sebanyak RM2,150.00. 5.3 Puan Nariza juga memaklumkan bahawa hanya akaun 1 dan 2 sahaja mempunyai penerimaan pembayaran pada tahun 2021 - kutipan pada tahun 2021 sehingga bulan Februari 2022, hanya seramai 348 ahli sahaja yang membuat bayaran RM50.00. Pengesahan penyata : Encik Ani bin Jasin Sokongan : Encik Amir bin Wahab Tindakan : Makluman 6.0 UCAPAN WAKIL PENGETUA (OLEH PUAN ZURAIDA BINTI ABDULLAH) 6.1 PK HEM Puan Zuraida mengalu-alukan sebarang bentuk bantuan dan cadangan daripada waris. 6.2 PK HEM memaklumkan perjalanan sesi persekolahan iaitu: - Sekolah melarang orang awam masuk tanpa sebarang urusan - Waktu datang ke sekolah: waris hanya dibenarkan masuk menghantar anak-anak (pada waktu pagi) melalui Pintu A dan hanya pandu lalu untuk menurunkan anak-anak, kemudian terus bergerak keluar melalui Pintu B. - Waktu pulang: waris perlu tunggu anak-anak di luar kawasan sekolah. Tindakan : Semua ibu bapa


12 6.3 SMK Kedawang terpilih untuk Program SUMUR: - Menzahirkan harapan kementerian untuk menghasilkan anak-anak bersahsiah tinggi dan terpuji dari segi kurikulum mahupun kokurikulum termasuklah disiplin. - Melalui pelaksanaan 4 modul. - Matlamat: melahirkan anak-anak bersopan santun pada tahun 2022. - Contoh: melalui amalan terbaik seperti kutipan tabung RM0.20 yang bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai murni, keperihatinan dan memupuk sikap suka menderma. Tindakan : Makluman 6.4 PK HEM memohon mandat para waris untuk menjalankan peraturan sekolah berkaitan rambut - untuk kemaskan rambut pelajar yang panjang dengan cara memotong rambut pelajar menggunakan sikat tahap 4 dengan bayaran RM2.00 - duit tersebut akan dimasukkan ke dalam tabung PIBG - dengan tujuan untuk menjaga imej pelajar - PK HEM juga memohon sumbangan daripada pihak PIBG untuk membeli mesin potong rambut - para waris sebulat suara bersetuju. 6.5 PK HEM memaklumkan kepada para waris berkaitan surat pekeliling yang tidak membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah dan asrama - PK HEM memohon mandat para waris untuk merampas telefon bimbit pelajar sekiranya didapati mereka membawa gajet tersebut ke sekolah - waris boleh menuntut semula dengan bayaran RM50.00 - bayaran tersebut akan dimasukkan ke dalam tabung PIBG - jika pelajar ingin menghubungi ibu bapa, mereka boleh menggunakan telefon di pejabat atau di pondok pengawal sekolah - semua waris bersetuju sebulat suara. 6.6 PK HEM mewakili Tuan Pengetua untuk memohon mandat para ibu bapa untuk membawa rotan, juga membenarkan guru-guru tertentu sahaja membawa rotan dan merotan - para waris bersetuju dengan syarat yang ketat. Tindakan : Pihak sekolah 6.7 PK HEM menyampaikan maklumat berkaitan TS25 kepada para waris iaitu merangkumi: - Program membangunkan aspek kurikulum. - Program SUMUR. - Program 5R - untuk menggalakkan anak-anak menggunakan plastik atau tin yang boleh dikitar semula - letakkan di tempat pembuangan bahan kitar semula yang telah ditetapkan. - Program Geopark. - Program akademik dan sukan. 6.8 PK HEM mengucapkan terima kasih atas kerjasama para guru dan ibu bapa dalam usaha melahirkan insan yang mempunyai jati diri, sahsiah unggul dan penampilan diri yang baik. Tindakan : Makluman


13 7.0 MEMBINCANGKAN SUMBANGAN PIBG TAHUN 2022/2023 7.1 Cadangan derma PIBG bagi setiap waris sebanyak RM50.00 untuk sesi 2022 dinaikkan. - Encik Ameer bin Abd Wahab selaku wakil ibu bapa, minta mengekalkan amaun bayaran yuran sama seperti tahun 2021 kerana bimbang ibu bapa tidak mampu membayar yuran tersebut - Cadangan disokong dengan syarat semua ahli mesti membayar yuran. Pencadang : Encik Ameer bin Abd Wahab Sokongan : Semua ahli mesyuarat Tindakan : Semua waris 7.2 Cadangan bayaran majalah sekolah sebanyak RM20.00 bagi setiap pelajar. - Encik Ani bin Jasin mencadangkan untuk meminimumkan bilangan muka surat majalah supaya kos pembikinan majalah dapat dikurangkan - Cadangan disokong untuk rendahkan kos majalah dan bajet akan cuba diperoleh dari sumber lain. Pencadang : Encik Ani bin Jasin Sokongan : Semua ahli mesyuarat Tindakan : Pihak sekolah 8.0 MEMBAHASKAN USUL 8.1 Usul agar pengawal keselamatan sekolah mempunyai kuasa untuk mengawal lalu lintas sekolah bagi menjaga keselamatan pelajar. Pencadang : Encik Mohd Khadori bin Abdullah Jawapan : Kawasan komuniti ialah 2 kaki selepas kawasan sekolah dan pelajar berada di bawah tanggungjawab ibu bapa. YDP PIBG menyarankan agar sentiasa menjaga keselamatan diri sebelum masuk ke kawasan sekolah Tindakan : Makluman 8.2 Usul lampu isyarat di hadapan sekolah. Pencadang : Encik Che Rus@ Rus bin Ismail Jawapan : Pihak sekolah telah ambil maklum dengan situasi diluar sekolah terutamanya di hadapan pintu pagar utama sekolah yang memerlukan lampu isyarat bagi melancarkan pergerakan murid dan kenderaan. Pihak Sekolah dan PIBG akan terus berkerjasama untuk membawakan usul ini kepada pihak yang berwajib. Tindakan : Pihak sekolah 8.3 Usul kebersihan dan penyelenggaraan tandas. Pencadang : Encik Dzubir bin Hassan Jawapan : Pekerja am kebersihan tidak ramai tetapi jadual pembersihan tandas ada dan dipatuhi. Pihak sekolah akan mengambil tindakan berkaitan penyelenggaraan tandas. Tindakan : Pihak sekolah


14 8.4 Usul guru mendidik murid tentang disiplin. Pencadang : Puan Anita binti Ahmad Jawapan : YDP PIBG menyarankan agar semua waris mendidik adab yang baik di rumah dan sentiasa berpesan kepada anak-anak supaya menjaga adab semasa berada di sekolah. Tindakan : Semua ibu bapa 8.5 Usul tidak memberikan buku teks yang sudah rosak kepada pelajar. Pencadang : Encik Helme Hairon Nawar bin Che Halim Jawapan : Minta pelajar menghantar bukut teks yang rosak ke Bilik SPBT sekolah untuk tukar dengan buku teks yang baharu. Tindakan : Guru SPBT 8.6 Usul sentiasa menjaga tepi kain orang dalam erti kata yang positif. Pencadang : Encik Ani bin Jasin Jawapan : Pihak sekolah telah menerapkan nilai sivik, mewujudkan program rotan dan memberikan kesedaran berkaitan bahaya pengambilan dadah. YDP PIBG meminta semua ahli mesyuarat bersama-sama membantu memantau perlakuan anak-anak. Tindakan : Semua ibu bapa 9.0 CABUTAN BERTUAH Sesi cabutan bertuah berlangsung pada pukul 11.50 pagi sehingga 12.58 tengah hari. 10.0 UCAPAN PENANGGUHAN 10.1 Encik Adanan bin Md Salleh melantik AJK tambahan untuk tahun 2022/2023 iaitu; melantik Encik Ameer bin Abd Wahab bagi menggantikan Allahyarham Abdul Razak bin Majid yang telah meninggal dunia, juga melantik Encik Che Ani bin Jasin, dan Puan Norzilah binti Ahmad sebagai AJK tambahan. 10.2 YDP PIBG mengucapkan terima kasih atas kesudian semua ibu bapa dan guru kekal sehingga tamat mesyuarat. Mesyuarat ditangguhkan oleh YDP PIBG jam 1.00 tengah hari.


15 LAPORAN PROGRAM DAN AKTIVITI BERSAMA Antara SEKOLAH & PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG) Aktiviti dan program anjuran PIBG bagi tahun 2022 ialah: 1. Hari pendaftaran tingkatan 1 2. Gotong- royong Perdana 1 dan 2 3. Hari Kejohanan Olahraga Tahunan peringkat sekolah 4. Mesyuarat Agung PIBG 2022 5. Mesyuarat AJK PIBG 6. Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat Pelajar SPM 2022 7. Program motivasi pelajar 8. Penyelenggaraan aset dan bangunan sekolah 9. Program Peningkatan Akademik Pelajar 2022` 10. Sambutan Hari Guru peringkat sekolah 11. Sambutan Hari Raya peringkat sekolah 12. Majlis Semerbak Gemilang (Hari Anugerah) 13. Program Pembangunan Sukan Kokurikulum 14. Program Penyelenggaraan Aset Sekolah dan 3K 15. Program-program panitia di peringkat sekolah yang telah menerima dana PIBG


16 Laporan kewangan


17


18


19


20


21 SUMBANGAN PIBG TAHUN 2023 TINGKATAN PPKI 1,2,3 DAN 4 TINGKATAN 5 Catatan penting: 1. Sumbangan Derma PIBG bagi waris yang mempunyai lebih daripada seorang anak adalah hanya kepada anak yang berada di tingkatan paling rendah. 2. Pihak sekolah dan AJK PIBG mengambil maklum akan situasi keadaan ekonomi ibu bapa dan penjaga, sumbangan pada tahun 2023/2024 masih dikekalkan sebanyak RM50. 3. Cadangan Sumbangan PIBG pada tahun 2024/2025 telah diputuskan dalam mesyuarat AJK PIBG kali ke-3 tahun 2022/2023 berjumlah RM70. 4. Pihak PIBG amatlah berterima kasih atas komitmen ibu bapa dan penjaga atas sumbangan yang telah diberikan. Sumbangan tersebut akan digunakan sebaik mungkin untuk pembangunan akademik, Kokurikulum, sahsiah, dan kerohanian serta infrastruktur sekolah demi keselesaan kepada warga SMK Kedawang khususnya kepada anak-anak murid SMK Kedawang. BIL PERKARA JUMLAH (RM) 1 Derma PIBG (per/waris) RM 30.00 2 Derma Surau - 3 Aktiviti Kokurikulum - 4 Cetakan Bahan Pembelajaran RM 20.00 JUMLAH RM 50.00 BIL PERKARA JUMLAH (RM) 1 Derma PIBG (per/waris) RM 30.00 2 Derma Surau - 3 Aktiviti Kokurikulum - 4 Cetakan Bahan Pembelajaran - 5 Pentaksiran dan Modul Peperiksaan (SPM) RM 20.00 JUMLAH RM 50.00 PIBG SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KEDAWANG Mukim Kedawang, 07000 Langkawi Bandaraya Pelancongan, KEDAH DARUL AMAN. Tel: 604-9551145 Faks:604-9555695 E-mel: [email protected]


22 Ruangan Catatan Buah selasih buah kelubi, Di dalam dulang hidangan pagi; Terima kasih daun keladi, Bila diundang datanglah lagi.


23 SEKALUNG BUDI SEJAMBAK BAKTI SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN UCAPAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA : Encik Ramli bin Ahmad (Presiden Kelab Bola Sepak Helang FC) LADA COTTAGE BY THE SEA (FRANGIPANI RESORT) PEGAWAI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH LANGKAWI RUKUN TETANGGA KEDAWANG POLIS DIRAJA MALAYSIA CAWANGAN PADANG MATSIRAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA CAWANGAN PADANG MATSIRAT JAWATANKUASA MASJID AR-RAHMAN HUJUNG KAMPUNG RESORT LANGKAWI PORT SURUHANJAYA LEMBAGA PELABUHAN PULAU PINANG (TELUK EWA) AJK PIBG SUMBANGAN-SUMBANGAN INDIVIDU & SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-39 SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG.


24


Click to View FlipBook Version