The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by frissafwan, 2022-06-11 09:54:36

folio novel

folio novel

dan mengeluh tentangnya. Begitu juga kenaikan harga barangan yang lain termasuk
perubatan. Datuk sempat memperli Danel, bahawa kos perubatan tradisional sahaja yang
tidak naik. Lili ke rumah Che Jah menziarahinya dan sempat melihat keuzuran Haziq yang
belum sembuh akibat kesan dibelasah oleh ayahnya. Che Jah begitu mesra melayan Lili,

jangkaan dan gambaran buruk perwatakan Che Jah oleh nenek, jauh berbeza. Lili
memberitahu Che Jah, bahawa dia akan kembali ke Kuala Lumpur seminggu lagi.

Bab 26
Lili berpendapat, dua cadangan yang perlu diketengahkan iaitu perlunya dibina sebuah masjid

dan melaporkan kepada biro pengaduan jenayah yang dilakukan oleh
Seman terhadap ahli-ahli keluarganya. Datuk menasihati Lili agar tidak memikirkan hal- hal

yang berat dan lebih member tumpuan menghabiskan masa cuti persekolahan. Danel pula
telah banyak membantu, seperti menyelamatkan nyawa, membawanya ke pekan dan dalam
segala hal juga mereka bersependapat. Lili juga berpandangan bahawa tugas membangunkan

kampung terletak di bawah tanggungjawab Danel sebagai penduduk tetap dan perlu
memperjuangkannya.
Bab 27

Nenek bersuara janggal mengatakan sesuatu sambil memanggil Abang Rashid. Abang Rashid
pula tergesa-gesa menyediakan basikalnya untuk membawa nenek ke rumah Che Jah. Ada
sesuatu perkara yang berlaku di sana sehingga menyebabkan nenek bergegas ke rumah Che
Jah. Lili dan Danel juga segera ke rumah Che Jah tetapi masih belum pasti apa yang berlaku.
Sebaik-baik sahaja sampai kedengaran tempikan seorang lelaki, pastinya Seman sedang
berang. Terdapat beberapa orang di dalam rumah Che Jah ketika itu. Tiba-tiba seorang
pemuda jatuh terhumban dari atas rumah, iaitu Haziq dengan keadaan tubuhnya berdarah.
Seman yang naik angin dan dalam keadaan yang tidak siuman telah menerajang Haziq
sehingga menyebabkan mulutnya berdarah. Tiada seorangpun yang berani meleraikan
ketegangan itu, mereka hanya berani melihat tentang apa yang berlaku. Manakala, Che Jah
telah memekik minta cerai kerana tidak sabar lagi dengan karenah suaminya yang bertindak
melulu.
Bab 28
Che Jah belum berjaya menuntut cerai daripada suaminya. Suaminya, Seman masih dengan

perangai buruknya, kaki judi, sering pulang lewat malam dan sering memukul anak-anak dan
isterinya. Seorang pesakit baru yang datang berubat dengan datuk kerana penyakit gout.
Datuk meminta Lili mengambilkan sebotol herba untuk pesakit wanita tersebut dan
menerangkan pantang larang tentang sakit tersebut. Pesakit wanita tersebut bernama Puan

Hamimah dalam usia tiga puluhan lebih selesa dengan panggilan Kak Mimah sanggup
bermalam di rumah datuk kerana untuk habiskan berubat. Hasil perbualan dengan Lili, Kak
Mimah bekerja sebagai penolong pegawai, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian Warga

Tua dan Keluarga. Tugasnya berkaitan dengan keganasan rumah tangga, penganiayaan
kanak-kanak dan

pengabaian warga tua. Lili telah mengambil kesempatan dan peluang ini untuk membuat
aduan terus kepada Kak Mimah dan memanjangkan kes keluarga Che Jah kepada pihak

berkuasa.
Bab 29
Kak Mimah bersetuju membantu Lili untuk menyelesaikan masalah keluarga yang dihadapi
oleh Che Jah, yang akan diletakkan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Kak
Mimah akan balik ke Kuala Lumpur dan akan membuat laporan berkaitan dengan kes
tersebut dan Lili akan menjadi saksi. Danel datang ke rumah ketika datuk dan nenek tiada di
rumah. Lili bersembang dengan Danel hanya di pangkin sambil membincangkan pembinaan
masjid dan merancang untuk mengadakan pertemuan dengan penduduk-penduduk kampung.
Bab 30
Danel mencadangkan pengumuman akan dibuat di surau untuk mengadakan pertemuan
dengan penduduk-penduduk kampung ketika majlis pernikahan anak Pak Busu pada hari
Jumaat nanti. Danel dan Lili bercadang bertemu Geetha untuk memintanya menyelesaikan
masalah keluarga Che Jah. Geetha bersetuju dan ingin bertemu dengan Che Jah terlebih
dahulu. Mereka ke rumah Che Jah setelah mendapat kebenaran ibu Geetha, tetapi Che Jah
tiada di rumah.
Bab 31
Danel juga berbangga kerana Geetha sanggup membantu dalam menyelesaikan masalah
pembinaan masjid dan surau kampungnya. Mereka juga berbincang tentang bioteknologi
berkaitan dengan madu lebah, kambing dan pokok vanila mampu memberi pulangan yang
cukup lumayan. Kak Mimah telah menghubungi datuk, selain membincangkan berkaitan
rawatan mereka juga menyentuh isu keganasan rumah tangga Che Jah. Lili tercengang
dengan keputusan datuk untuk mengambil tindakan terhadap suami Che Jah dan
mengheretnya ke penjara. Mereka berbincang cara untuk menangkap suami Che Jah dan
menghukumnya mengikut lunas undang-undang.
Bab 32
Berita kubah dilarikan orang menjadi isu hangat ketika ini. Beberapa orang wanita
mengesyaki angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang telah terkenal

dengan kejahatan lampaunya. Lili menenangkan keadaan dan meminta agar mereka tidak
membuat tuduhan melulu yang tiada kepastiannya. Datuk mengheret Rafiq dan Haziq ke
halaman rumah, penduduk-penduduk akan membelasah mereka dua beradik. Datuk meminta
semua penduduk kampung berkumpul. Mereka lihat Rafiq dan Haziq dalam keadaan lesu dan
badannya lebam-lebam akibat dibelasah. Datuk mencarikan herba untuk memulihkan mereka
tetapi badan mereka langsung tidak bermaya. Badan Haziq lebam, manakala hidup Rafiq

berdarah dan rebah di lantai rumah. Geetha memberitahu Danel, biarlah datuk yang
menyelesaikan masalah masjid dan surau. Dia hanya ingin membantu menyelesaikan masalah

keluarga Che Jah.
Bab 33

Kak Mimah dan rakannya Nadia muncul ketika datuk ingin mengadakan pertemuan di balai
raya. Che Jah juga hadir sama tanpa dicari, membuat pengakuan untuk dipanjangkan kepada
pihak berkuasa. Suaminyalah yang telah melarikan kubah surau kampung, bukannya Rafiq

dan Haziq. Tindakan Che Jah biarlah pihak berkuasa mengambil tindakan wajar supaya
suaminya dihantar ke pusat pemulihan akidah. Menurut Kak Mimah, jika Che Jah membuat

laporan polis, tindakan mahkamah boleh diambil dan kes ini akan diletakkan di bawah
Jabatan Kebajikan Masyarakat dan mendapat bantuan dari Jabatan Perlindungan Wanita dan
Masyarakat bagi membiayai kos rawatan pemulihan akidah suaminya. Suami Che Jah berjaya
ditangkap oleh penduduk-penduduk kampung di belakang pondok dusun. Haziq diberi herba

sebagai penawar, manakala Rafiq dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Bab 34

Sugi tidak mengaku terlibat dengan kemasukan dua orang wakil pemaju perumahan yang
datang memujuk penduduk-penduduk kampung menjualkan tanah mereka.Datuk pula

dituduh cuba melindungi Che Jah yang terlibat melindunginya anak- anaknya dari kes culik
cucunya, Lili. Berpuluh-puluh pemuda kampung menunjuk perasaan di halaman rumah,
menuduh datuk terlibat dengan pemaju perumahan. Datuk
tidak ambil kisah kerana itu bukan urusannya. Sugi pula menjelaskan bahawa dia bukan
bertujuan untuk membangunkan kampung dengan projek rumah kos rendah, tetapi ingin

memajukan tanah-tanah penduduk kampung dengan projek agropolitan, penanaman Jatropha
Cuncas dan selama ini semuanya tersalah anggap. Haziq semakin pulih dari keletihan dan
mampu tersenyum, manakala Rafiq disahkan mengambil terlalu banyak dadah jenis syabu

sehingga sistem tubuh badannya banyak yang rosak. Kak Mimah berjanji akan membantunya
sehingga pulih.
Bab 35

Ibu pulang ke kampung tanpa ayah yang hanya menaiki bas untuk membawa Lili balik ke
Kuala Lumpur. Cadangan Danel untuk mencadangkan pembinaan sebuah masjid diterima

oleh semua penduduk dan ketua kampung.
Bab 36

Matahari terbit dapat disaksikan oleh Lili dan Geetha seawal paginya. Ibu tiba ke kampung
dan akan membawa Lili ke Kuala Lumpur dan sempat untuk menghadiri majlis perpisahan
pengetuanya. Datuknya, Haji Abdul Rahman menceritakan maksud yang tersembunyi tentang

jendela menghadap jalan yang terlalu banyak kisah-kisah silam, sejak zaman penjajahan
hinggalah ke zaman komunis.. Neneknya pula, Hajah Aisyah Tan Abdullah menceritakan
kisah zaman silam berasal dari Tanah Besar China sehinggalah pertemuannya dengan datuk
di Tanah Melayu. Lili kerap berjumpa dengan Geetha di Kuala Lumpur dan meneruskan
pelajarannya. Haziq dan Rafiq pula akan menduduki PMR pada tahun hadapan dan hidupnya
telah banyak berubah. Danel berharap Lili akan kembali semula ke Kampung Sentosa. Danel

juga berharap Lili telah mengetahui tentang jendela menghadap jalan. Danel juga telah
banyak menulis artikel tentang pisang.

5 KEKUATAN NOVEL

Novel Jendela Menghadap Jalan ini merupakan novel yang telah saya kaji di Tingkatan 4 .
Selepas membacanya, terdapat banyak kekuatan yang ada pada novel ini. Pertama,
perwatakan yang ada dalam novel ini memberikan pengajaran dan iktibar kepada pembaca
khususnya pelajar Tingkatan 4. Sebagai contoh, perwatakan Lili yang taat akan ibunya
memberikan pengajaran kepada kita supaya sentiasa mentaati segala perintah ibu bapa tanpa
membantah sekalipun. Kekuatan seterusnya ialah novel ini menceritakan tentang nilai setia
kawan yang tinggi. Hal ini kerana dalam novel ini Geeta iaitu rakan Lili sanggup membantu
Lili untuk selesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung itu. Seterusnya,
penceritaan dalam novel ini juga menceritakan kebijaksaan seseorang yang mahir dalam ilmu
perubatan. Hal demikian kerana dapat membantu pembaca menambah pengetahuan tentang
fakta-fakta yang diberikan. Tahap pemikiran penulis juga sesuai untuk pelajar-pelajar
Tingkatan 4. Hal ini membuatkan pelajar merasa menarik ketika membaca. Akhir sekali, latar
tempat yang diceritakan juga yang fokuskan kepada tempat-tempat tertentu sahaja. Pelajar
akan lebih memahami peristiwa-peritiwa yang berlaku di sesuatu tempat itu.

5 KEKURANGAN NOVEL

Terdapat juga kekurangan dalam novel ini yang menjadikan pembaca tidak dapat
menghabiskan novel ini. Pertama, jalan penceritaan dalam novel ini meleret sehingga
penceritaan tamat. Ini akan membuatkan pelajar merasa bosan untuk mengetahui kisah yang
berlaku selanjutnya. Seterusnya, pembongkaran rahsia tentang jendela menghadap jalan itu
tidak menarik dan tidak sampai. Hal ini demikian kerana datuk hanya menceritakan sedkit
sahaja tentang bagaimana boleh berlakunya jendela pada setiap rumah menghadap jalan.
Selain itu, penulis hanya banyak menceritakan tentang isu kubah surau yang mendapat
perhatian ramai penduduk kampung sehingga menimbulkan permasalahan. Seterusnya, dalam
novel ini terlalu banyak konflik-konflik yang berlaku yang boleh memeningkan pembaca.
Sebagai contoh, konflik tentang pergaduhan isu kubah surau, perubatan tradisional serta
keruntuhan akhlak anak-anak muda kini. Akhir sekali, penulis tidak menceritakan dengan
lebih lanjut keadaan suami Che Jah selepas ditangkap dan dimasukkan ke dalam pusat
pemulihan akidah.

5 PENAMBAHBAIKAN

Pada pendapat saya cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan terhadap novel ini ialah
penulis perlu mengurangkan jalan penceritaan kepada yang lebih menarik. Sebagai contoh,
penulis menceritakan lebih banyak tentang kisah-kisah jendela menghadap jalan. Seterusnya,
penulis perlu pembongkarkan rahsia tentang jendela menghadap jalan itu dengan lebih lanjut.
Hal ini demikian kerana ianya akan menarik minat pembaca untuk menghabiskan novel ini.
Penulis seharusnya mengurangkan isu kubah surau kerana kebanyakkan cerita dalam novel
ini mengenai isu kubah surau. Selain itu, konflik-konflik yang berlaku juga tidak seharusnya
banyak diceritakan kerana ianya akan membuatkan novel itu menjadik tidak sama dengan
tajuk cerita yang ingin betul-betul diceritakan. Akhir sekali, penulis juga perlu menceritakan
lebih lanjut tentang suami Che Jah, Seman. Sebagai contoh, menceritakan keadaan Seman
selapas di tangkap dan dimasukkan ke dalam pusat pemulihan akidah.

PENGENALAN NOVEL PANTAI KASH

Novel ini menceritakan tentang Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai
bentuk cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah.Selepas menghadapi kegagalan
dalam perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar
menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.



BIOGRAFI PENULIS NOVEL PANTAI KASIH

Azmah Nordin merupakan seorang pengarang buku di Malaysia. Beliau dilahirkan pada 10
Januari 1958 di Kulim, Kedah. Azmah Nordin kemudiannya mendapat pendidikan rendah
dan menengah dalam aliran Melayu dan Inggeris. Pada 1973 beliau berpindak ke Sabah dan
menetap di sana.

Beliau mula berjinak dengan dunia penulisan pada awal 1980-an, iaitu dalam penulisan
rencana. Kecenderungannya menulis dalam bidang sastera bermula pada awal tahun 1986.
Beliau meminati penulisan sajak, cerpen dan novel.

SINOPSIS KESULURUHAN NOVEL

Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk
cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan dalam

perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar
menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu tentang
komplikasi pesakit, namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus menabung wang

bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan itu.
Anehnya, yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi yang serupa. Kian

terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada pesakit. Dari mata
kasar, memang tiada yang aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu

yang tidak kena pada X-Ray itu. Hal ini, membuatkan Raiha tambah tertekan.
Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-lahan
mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan menyayat hati. Namun,
berbekalkan semangatnya yang kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam bidang perubatan.
Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang, ternyata

mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor Uwang adalah guru
demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur pembedahan.
Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi ortopedik, di institusi tinggi
tempatan dahulu. Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia memulakan klinikal yearnya

di sebuah hospital kerajaan, pernah beberapa kali membantu Doktor Uwang dalam bilik
pembedahan, selain kerap

mengiringi lelaki itu ke ceramah-ceramah perubatan dan sebagainya. Malah, hatinya perrnah
tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu mungkin tidak menyedari pun akan
kewujudannya. Biar apa pun, ketika itu, selain daripada sebagai mentor, Doktor. Uwang
adalah doktor nombor satu di hatinya.

Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor Uwang dan ditugaskan untuk
mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi komplikasi
berulang-kali, pandangannya terhadap doktor itu mula berubah. Pelbagai tanda tanya,

menyelubunginya. Dan peristiwa aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami
kemalangan di jalan yang berhampiran dengan pusat rawatan itu.

Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha tenang
menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli khas

oleh doktor itu sendiri. Peralatan yang digunakan untuk pesakit- pesakit yang berpendapatan
sederhana.

SINOPSIS SETIAP BAB

Bab 1
Raiha, seorang doktor pakar yang baharu menyertai Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK)

menghadapai masa sukar apabila sentiasa terkenang peristiwa silam yang mengiringi
perjalanan hidupnya. Raiha amat terkesan dengan tugasan yang diberikan oleh Doktor Uwang
untuk membuat pembedahan kali keenam ke atas pesakit yang bernama Unong Siron. Raiha

berasa curiga tentang pembedahan yang sama dilakukan sebanyak lima kali ke atas pesakit
pada tempat pembedahan yang sama. Walaupun selesai menjalankan tugasan dengan jayanya,

namun Raiha berpendapat bahawa pembedahan tersebut tidak harus berulang kali terutama
kepada pesakit daripada kalangan golongan menengah dan ke bawah. Prinsip hidup Raiha

iaitu memuaskan semua pihak. Raiha juga dibayangi dengan kenangan silam iaitu rasa
pendam cintanya terhadap Doktor Uwang tetapi telah terpadam selepas dia memilih Doktor

Sadiz sebagai suami. Namun, kenangan itu sukar dilupakan terutama sewaktu
dia memberikan bantuan kepada Doktor Uwang dalam pembentangan seminar. Raiha juga
teringat akan ayahnya yang membentak apabila Raiha menyuarakan hasrat untuk berkahwin
dengan Doktor Sadiz. Ayahnya yang berjaya membesarkan dua orang adik lelaki tirinya

menjadi golongan professional berpendapat bahawa pemilihan Doktor Sadiz sebagai
suaminya adalah kurang tepat dan akan menyebabkan kesengsaraan pada masa depan.
Ingatan terhadap larangan ayahnya supaya bidang pakar pembedahan tidak menjadi pilihan
kerana berpendapat bidang tersebut tidak sesuai dan tidak berfaedah kepadanya dalam jangka

masa panjang.
Sister Felicia Landosi, jururawat kanan yang banyak pengalaman begitu tidak menyenangi
Raiha apabila dia telah ditegur akibat melakukan sesuatu yang kurang menyenangkan di
PRPK. Sister Felicia ditawarkan dengan gaji yang lumayan supaya bertugas di PRPK setelah
bertugas di hospital kerajaan sebelum ini. Felicia berpendapat teguran Raiha dan amaran
Doktor Uwang terhadap dirinya tidak adil. Dia berhasrat untuk melupakan peristiwa hitam

pada malam yang menggemparkan itu. Doktor Alex pula mengesyaki bahawa beliau
bergaduh dengan Doktor Razak. Ingatannya juga kembali kepada kenangan lalu sewaktu

anak Raiha disambar api di hadapan matanya. Ingatan itu sukar dilupakan dan
menghantuinya selama ini. Dia juga sentiasa dibayangi keresahan khuatir tingkah lakunya
diperhatikan terutama di ruang farmasi. Dalam keadaan rakan sejawat yang sedang leka
melaksanakan tugas Felicia dibayangi dengan prasangka. Sehingga jururawat Ariana yang
sedang bercakap di gagang telefon dengan Doktor Razak turut diteguri kerana asyik bergayut

di telefon sahaja. Atas permintaanya sendiri dia tidak bertugas pada sebelah pagi sebaliknya
pada sebelah malam dan tugas rutin harian tidak perlu dilaksanakannya memberi peluang
kepadanya untuk mengelakkan diri daripada bertembung dengan Rahia.
Bab 2

Doktor Uwang perpendirian tegas terhadap prinsip hidup, amat tidak bersetuju sekiranya ada
orang gaji di rumahnya. Malahan, anak tunggal hasil keterlanjurannya dahulupun dihantar

belajar di sekolah swasta berasrama seawal usia tujuh tahun lagi sehingga anaknya itu kekok
untuk bersama-samanya apabila ada peluang pulang bercuti semesternya. Doktor Uwang
berpendapat anaknya itu tidak harus pulang
langsung kerana memalukannya sahaja. Ketegasan Doktor Uwang terhadap perniagaan
kesihatan menjadikannya sebagai salah seorang doktor berwibawa yang banyak membawa
keuntungan kepada PRPK. Ayah mentuanya yang menyerahkan PRPK kepadanya turut

berpendapat bahawa untuk kaya tidak harus ada halangan asalkan berusaha. Walaupun agak
kesal menyerahkan PRPK kepada Doktor Uwang, namun akur dengan kehebatan menantunya

menerajui PRPK.
Doktor Uwang menganggap ayah mentuanya sama seperti Raiha yang adakalanya seperti
memperkecil-kecilkannya kewibawaannya tetapi dia berpendapat bahawa untuk mendapat
kesihatan yang baik mestilah menggunakan kecanggihan alat perubatan. Doktor Uwang juga
sering mengeluh kesakitan pada pergelangan tangannya dan kepala lututnya namun belum
sempat membuat diagnosis tepat terhadap penyakitnya itu. Oleh sebab, dia kurang sihat untuk
melakukan pembedahan terhadap Unong Siron pada kali ini, tugas itu diserahkan kepada

Raiha.
Raiha mempersoalkan kejadian infeksi yang berlaku kepada Unong Siron. Peribadi Raiha
yang dikenali sewaktu menjadi siswi dengan yang ada sekarang amat berbeza. Dahulu Raiha
menaruh hati terhadapnya tetapi sekarang sudah lenyap dan menganggap Raiha sudah angkuh
dan beranggapan Raiha tidak bersyukur dengan tawaran berkhidmat di PRPK miliknya.

Doktor Uwang juga teringat kembali terhadap kanak-kanak perempuan yang sudah
meninggal dunia dan sentiasa membayang hidupnya. Lamunannya tersentak apabila
ingatanya juga turut dibayangi oleh peristiwa pencerobohan doktor palsu yang menyamar di

PRPK miliknya.
Bab 3

Sister Felicia menjalankan rutin hariannya seperti biasa walaupun dia sangat mamai ketika
itu. Dia menemui pesakitnya di bilik VVIP yang digambarkan seperti hotel bertaraf lima
bintang. Dia mengambil suhu dan mengukur nadi pesakit yang bergelar Datin itu dengan

berhati-hati serta bersopan santun. Baginya merawat pesakit berkelas menengah atas ini
perlukan kesabaran dan layanan yang tinggi. Pesakit itu perasan akan perubahan diri Sister

Felicia yang kelihatan pucat lalu ditegurnya tetapi dia mengatakan bahawa keadaannya
seperti biasa sahaja, barangkali cuaca musim kemarau panjang ini menyebabkan keadaannya

begitu. Dia terbayang kembali
peristiwa ketika dia bersama Doktor Sadiz yang berkesudahan dengan gambaran kematian
anak perempuannya yang rentung akibat disambar api yang sedang marak membakar kereta

mewah doktor itu.
Selepas meneladeni pesakit yang bergelar Datin itu, Felicia kemudiannya ke dapur dan
menikmati ais krim milik Raiha sambil teringat kembali zaman dia menjadi pelajar bidang
kejururawatan dahulu. Walaupun dia mempelajari bidang perubatan tetapi dia masih tidak
berupaya mengubati dirinya yang kelukaan. Malah dia mengambil ubat batuk sebagai
penawar kelukaan hatinya. Felicia juga sering mendengar keluhan ibu Unong Sairon yang
mengeluh tentang pembedahan anaknya yang keenam sama ada Berjaya ataupun tidak kerana
kemampuannya hanya setakat itu sahaja disebabkan semua wang insurans anaknya sudah

dihabiskan untuk belanja perubatan tersebut.
Raiha masih teringat akan peristiwa hitamnya. Pelbagai pertanyaan menyerpa benaknya
tentang punca kematian anaknya juga tentang keputusan perbicaraan Raiha vs Sadiz yang
akhirnya berpihak kepada bekas suaminya itu. Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang
menyalahkan dirinya atas kematian anak perempuan mereka. Raiha pula memberitahu
bahawa semuanya berpunca daripada Doktor Sadiz menyebabkan sanak saudara yang selama
ini menyokongnya semakin berundur dari hidupnya. Raiha juga teringat akan layanan kasar
Felicia terhadap ibu pesakitnya Unong Siron, masyarakat kelas menengah bawah. Sergahan
Raiha terhadap Felicia menyebabkan Felicia kecil hati dan berasa amarah dengan tindakan
Raiha walaupun sebenarnya tindakannya mengasari ibu pesakit adalah salah. Raiha berasa
bersalah akan tindakannya menegur sikap Felicia. Dia teringat kisah lama antaranya dengan
Felicia. Mereka bersekolah di sekolah yang sama, tetapi Felicia menghilang selepas kematian
ibunya. Mereka bertemu di Hospital Kinabalu selepas sekian lama menghilang. Pada ketika

itu Felicia seorang jururawat manakala Raiha sudah menjadi doktor.
Raiha masih teringat akan serkahan Doktor Sadiz terhadapnya. Doktor Sadiz menyatakan
bahawa Raiha sengaja melarikan kereta mewahnya. Bukan itu sahaja Doktor Sadiz juga

meyatakan bahawa barang kemas yang dibelikannya juga turut dibawa lari oleh Raiha.
Namun Raiha cuba menyangkal dengan mengatakan bahawa

barang kemas yang dibawa adalah barang kemas miliknya hasil titik peuhnya sendiri. Doktor
Sadiz menyatakan bahawa sampai mati sekalipun dia tidak akan melepaskan Raiha. Doktor
Sadiz mahu Raiha merana, gantung tidak bertali sebagai balasan tergamak memalukannya di

mata golongan masyarakat elit.
Bab 4

Raiha tiba di rumahnya di sebuah apartment di tingkat enam miliknya yang terletak tidak jauh
dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Di sepanjang jalan Raiha teringat akan peristiwa hitam
misteri kematian anaknya dan kekalahan kes tersebut di tangan bekas suaminya. Setibanya
dia di apartmentnya itu, dia berasa sangat sunyi dan teringat pula kisah neneknya yang

membesarkannya selama ini. Arwah neneknya yang berketurunan Idaan menyatakan bahawa
nenek moyangnya dahulu berasal dari Nunuk Ragang. Daerah itu terletak di Tampias suatu

kawasan di hulu lubuk dalam daerah Ranau.
Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang melayani dengan baik sebelum peristiwa hitam
muncul. Dia juga teringat akan permintaan Doktor Sadiz supaya menggugurkan bayi yang
sedang dikandungnnya itu kerana kehadiranya bayi tersebut tidak direstui apatah lagi sudah
diketahui fizikal bayi tersebut yang kelebihan kromosom akan menyebabkan dia malu dengan
masyarakat. Anak-anak dengan bekas isterinya tidak ada yang cacat. Raiha tidak tergamak
hendak membunuh bayi tersebut apatah lagi bayi tersebut sah hukum dan mempunyai hak
untuk hidup. Akhirnya bayi tersebut lahir dan diberi nama Rohayu atau panggilannya ‘Ayu’.

Kegelisahan Datu Untong terhadap panggilan palsu dan pencerobohan di Pusat Rawatan
Pantai Kasih miliknya sebelum diserahkan kepada anaknya Doktor Uwang amat jelas. Dia
berharap selepas daripada insiden tersebut perkara sebegitu tidak berulang. Kegelisahan turut
dirasai oleh isteri Doktor Uwang, namun tidak diendahkan oleh Doktor Uwang akan rungutan
dan kegusaran isterinya itu. Doktor Uwang berpendapat isterinya yang sah dan yang tidak
rasmi serta bapanya juga tidak harus ambil peduli tentang pencerobohan di Pusat Rawatan

Pantai Kasih. Baginya, mereka tidak tahu akan perniagaan kesihatan kini.
Doktor Uwang juga teringat akan persoalan yang diajukan oleh emak Unong Siron yang
mempersoalkan kewibawaannya menangani kes pembedahan penggantian tulang pinggul
hingga keenam kalinya itu. Namun, dia sudah menetapkan pendiriannya bahawa dia akan

berbuat apa-apa sahaja untuk memberikan hasil baik berpihak kepadanya. Asalkan
keuntungan berlipat kali ganda masuk ke ke poketnya sudah memadai, tidak perlu
memikirkan bagaimana mereka mendapatkan wang membayar kos perubatan di situ. ‘Doktor
Uwang mengelamun sambil menonton rancangan ‘Money Matters’ di televisyen.

Lamunannya hingga ke peristiwa anak pak ciknya rentung dan disaksikan di hadapan
matanya sendiri.

Felicia memasuki bilik farmasi lagi. Tiba-tiba muncul seorang pesakit lelaki yag pernah
mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu. Dengan garangnya pesakit itu
membincangkan tentang infeksi yang terjadi kepadanya. Felicia bingkas ingin memanggil
Doktor Mohammad namun dihalang oleh pesakit tersebut. Lalu Felicia mencadangkan
Doktor Uwang. Cadangannya itu tidak dipersetujui oleh pesakit tersebut sebaliknya dia
mahukan Doktor Raiha. Feilcia memberitahu bahawa Doktor Raiha tiada dan tidak dipercayai
oleh pesakit itu sebaliknya menganggap Felicia berbohong dan sengapa mahu menipu. Felicia
juga dituduh sengaja menceritakan yang baik-baik tanpa memberitahu risiko yang terpaksa

dihadapi oleh pesakit.
Felicia cuba menjelaskan hal yang sebenar kepada pesakit itu tetapi pesakit itu digambarkan
melemparkan simen dan splinnya ke arahnya menyebabkan Felicia terjelopok, namun itu,
merupakan hayalan Felicia semata-mata. Apabila Felicia mengangkat muka suasana menjadi

berubah apabila didapati dia berada di stor Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Bab 5

Doktor Uwang melarikan diri daripada diganggu bayangan anak perempuan pak ciknya yang
mati secara sadis dengan mengunjungi kelab malam serba eksklusif. Walaupun dia mencari
ketenangan namun tidak ditemui di kelab malam mewah itu, kerana asyik diperhatikan oleh

seorang wanita sejak dia tiba di situ. Tiba-tiba wajah
Raiha muncul dalam fikiran Doktor Uwang, begitu juga dengan Unong Siron yang baharu
selesai menjalani pembedahan penggantian sendi pinggul yang keenam. Dia tidak mahu
bayangan mereka menggangu hasratnya untuk mengaut keuntungan di Pusat Rawatan Pantai

Kasih itu.
Doktor Uwang yang menghabiskan masa menikmati kehangatan kelab malam sememangnya
seorang yang pemilih. Kupu-kupu malam yang menjadi isteri-isteri tidak rasminya haruslah

dipastikan akan kebersihan dan kesihatan mereka terlebih dahulu. Doktor Uwang melihat
gelagat pengunjung kelab malam mewah itu. Tiba-tiba wanita- wanita yang dilihatnya dalam
kelab malam itu berubah menjadi gadis mirim Unong Siron dan seorang lagi berubah menjadi
anak perempuan pak ciknya. Kehadiran mereka dalam fikirannya amat tidak disenangi. Tiba-

tiba kepala lutut dan kedua-dua pergelangan tangannya ngilu yang amat sangat.
Felicia berasa kurang senang dengan Raiha yang cuba menganggu kredibilitinya selama ini.
Hal ini seolah-oleh menyebabkan dia mengunjungi bilik farmasi untuk mencari kelegaan.
Felicia juga berasa terkejut apabila Doktor Mohammad menyatakan bahawa dia mendapat

panggilan palsu. Sister Felicia mencadangkan supaya Doktor Mohammad pulang sahaja dan
berehat di rumah sebaliknya ditolak malah Doktor Mohammad bercadang untuk bermalam di
bilik rehat Pusat Rawatan Pantai Kasih sahaja pada malam itu. Dalam keadaan separa khayal

dan didatangi dengan beberapa peristiwa hitam dalam hidunya, Sister Felicia didapati
terjelepok di lantai bilik air oleh Ariana namun Sister Felicia menafikan bahawa dia

tergelincir di situ.
Bab 6

Doktor Uwang teringat kisah kereta Porsche milik Doktor Sadiz yang terbakar. Kisahnya
bermula apabila ayah, Doktor Uwang iaitu Doktor Ontong meminta Doktor Uwang

menghantar pak usunya Doktor Sadiz pulang selepas sama-sama meraikan tahun baru di
rumahnya. Dalam perjalanan sewaktu hendak menghantar Felecia dan Doktor Sadiz pulang,
Doktor Sadiz mendapati pindu kondo tempat tinggalnya terbuka dan terdedah luas. Doktor

Sadiz juga berasa aneh kerana kereta Porsche yang diletakkan di garaj juga tidak ada di
tempatnya. Doktor Sadiz bergegas keluar dari

kereta itu bingkas menuju ke kondminiumnya. Tidak sampai lima minit kemudian, Doktor
Sadiz muncul lagi dengan wajah muncung dan merungut-rungut.

Doktor Sadiz marah kerana Raiha membawa lari keretanya dan mengapa tidak menggunakan
keretanya sendiri sekalipun minyak keretanya habis diisi. Doktor Uwang menawarkan diri
untuk membantu pak ciknya itu. Doktor Sadiz meminta Doktor Uwang menghantarnya ke
lokasi tempat tinggal Raiha. Sister Felicia yang ada dalam kenderaan Doktor Uwang
bercadang untuk pulang sendiri tetapi dihalang oleh Doktor Uwang yang akan
menghantarnya pulang selepas selesai membantu Doktor Sadiz. Doktor Uwang juga
menyatakan hasrat untuk menaikkan pangkat Sister Felicia kerana didapati Felicia komited
dengan tugasnya selama ini. Mereka memerhatikan saat Doktor Sadiz muncul dengan gelen
minyak yang kosong. Lamunan Doktor Uwang tersentak apabila ada panggilan kecemasan
dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Isterinya menyatakan bahawa Doktor Raiha ingin
membincangkan hal pesakit Unong Siro dan panggilan tersebut amat penting.

Di ruang tamu apartment tempat tinggal Raiha, dia dikejar perasaan takut dan tidak tenteram.
Raiha teringat bagaimana dia mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga terpaksa

menjalankan pembedahan kali kelima terhadap pesakit yang sama di tempat yang sama
membuatkan Doktor Uwang marah dan tersinggung. Raiha juga berasa resah apabila Pusat
Rawatan Pantai Kasih diceroboh serta peristiwa hitam yang sering datang dalam ingatannya.

Raiha juga terbayang saat dia memarahi Sister Felicia yang melayan kasar emak Unong
Siron. Felicia yang memanggil emak Unong sebagai ‘sapi tua’ menjelaskan perkara

sebenarnya yang berlaku antaranya dengan emak Unong ketika itu. Felicia menganggap ‘sapi
tua’ itu keterlaluan dan menuduhnya tidak jujur membuat cadangan pembedahan di Pusat
Rawatan Pantai Kasih.

Raiha berpendapat bahawa walau apa juga yang dinyatakan oleh Felicia, dia tidak sepatutnya
melayan emak Unong Siron dengan kasar begitu. Bagi Raiha yang penting adalah kebajikan
para pesakit dan ahli keluarga yang turut terlibat dalam perawatan itu. Mengasari orang yang

memang sedia menderita sakit pada badan dan mental, adalah kejam dan meminta Felicia
supaya tidak mengulanginya lagi.

Deringan telefon menyentak lamunan Raiha. Panggilan telefon itu memintanya datang segera
ke Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia tidak terus bingkas ke sana sebaliknya wajah arwah
ayahnya menerjah dalam ingatannya. Arwah ayahnya memang tidak merestui hasratnya
untuk menjadi pakar bedah. Walaupun arwah bapanya seorang pakar bedah tetapi dia

berpendapat tugas sebegitu tidak sesuai digalas oleh Raiha. Hati Raiha geram dengan telahan
bapanya itu lalu dia bingkas bangun dan tergopoh gapah melangkah keluar dari apartmentnya

menuju ke Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Bab 7

Felicia Landosi, Sister Kanan kepercayaan Doktor Uwang di Pusat Rawatan Pantai Kasih
begitu tertekan dengan situasi di tempat kerja apatah lagi Doktor Usman sudah mulai

mempertikaikan kewibawaannya setelah mendapati bahawa dia telah melakukan kesalahan
besar. Doktor Uwang sering mempersoalkan tentang lafaz yang pernah dibuat oleh Felicia
ketika mengikuti Kursus Kejururawatan. Felicia juga tertekan dengan serkahan ‘sapi tua’
iaitu ibu Unong Siron tentang musibah anaknya berpunca daripada Felicia sendiri. Felicia
berasa bahawa dirinya diperendahkan hingga setaraf dengan jiran tetangga sewaktu dia masih
dalam alam kanak-kanak hingga alam remaja menyebabkan dia sungguh malu. Kepahitan
hidupnya menyebabkan dia berjinak-jinak dengan ubat batuk supaya dia dapat melupakan

kisah silamnya.
Felicia juga jengkel dengan sikap Raiha yang dahulunya adalah merupakan rakan karib
sekelas yang berjaya menangkapnya ketika melakukan kesalahan. Dia juga begitu tertekan
dengan peristiwa hitam yang mencemarkan sejarah hidupnya. Dia sering teringat akan
masyarakat jirannya yang mengatakan bahawa dia merupakan golongan masyarakat kelas
menengah bawah begitu juga tentang kelahirannya yang tiada diketahui bapa kandungnya.
Kenangan hitam itu menghantui dirinya kerana ibunya yang dianggap liar itu menjadikan dia

sebagai mangsa ejekkan rakan-rakan sekolah.

Keadaannya semakin parah apabila mula berhalusinasi akibat kesan ubat batuknya itu. Tiba-
tiba dia didatangi oleh seorang lelaki kacak yang siap berpakaian

seperti seorang doktor. Keadaan mamai menyebabkan Felicia tidak dapat melihat dengan
jelas doktor muda itu, Doktor Muda itu bersimpati dengan keadaan Felicia dan kerana sikap

prihatinnya itulah Felicia sanggup percaya dengan doktor muda itu.
Raiha yang dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih selepas mendapat panggilan
kecemasan tadi mengambil keputusan untuk tidak lagi mempersoalkan kewibawaan Doktor
Uwang sehingga mencetuskan ketegangan antaranya dan Doktor Uwang. Setibanya di Pusat

Rawatan itu Raiha bergegas ke wad yang dihuni oleh Unong Siron. Doktor Alex Ng
menegurnya dengan mesra dan bertanya sebab dia kembali semula sedangkan waktu
bertugasnya sudah tamat. Raiha menyatakan bahawa dia menerima panggilan kecemasan
tentang Unong Siron. Doktor Alex Ng menjelaskan bahawa mereka tidak membuat panggilan
kecemasan tersebut. Raiha teringat bahawa yang membuat panggilan tadi ialah Doktor
Uwang sedangkan menurut Doktor Alex, Doktor Uwang sudah pulang siang tadi. Mungkin
ini adalah panggilan palsu. Alex turut menjelaskan bahawa doktor-doktor lain turut juga
menerima panggilan palsu seperti itu. Terlanjur sudah berada di Pusat Rawatan Pantai Kasih,
Raiha ingin menjenguk Unong Siron yang baharu sahaja dibedah senja tadi. Dalam benak

fikirannya, Raiha berharap Unong akan berjaya pada kali ini.
Bab 8

Raiha masih dihimpit dengan kenangan silam. Kenangan pedih bersama Doktor Sadiz dan
kehilangan anak perempuan kesayangannya itu sering menghantuinya tanpa henti.

Lamunannya terhenti apabila dia disapa oleh ibu Unong Siron yang inginkan kepastian
keadaan anaknya selepas menjalani pembedahan kali ke-6 infeksi ke atas tulang pinggul. Dia
berjanji supaya tidak berulang lagi pembedahan yang menyebabkan ibu tua itu menghadapi
kesukaran terutama apabila semua wang simpanannya habis. Dia juga berjanji tidak akan ada

derita lagi pada Unong yang terpaksa menghabiskan masa lama di hospital. Setelah
memastikan bahawa semuanya berada dalam keadaan normal, Dia amat bersimpati dengan

anak gadis kecil itu sehinggakan ingatannya teradap anak gadisnya yang rentung datang
kembali. Apatah lagi ingatan terhadap sikap Doktor Sadiz yang memintanya menghantar ayu

agar dipelihara oleh orang lain.
Lamunannya tersentak apabila Ariana Abdullah menyatakan bahawa Sister Felicia Landosi
ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor dahulu, di bilik bedah. Keadaan

menjadi huru-hara dengan kejadian ini. Ibu Unong Siron menawarkan diri untuk
menenangkan penceroboh kerana dia kenal penceroboh yang tinggal bersebelahan dengan

kampungnya. Ibu Unong Siron meminta penceroboh yang menyamar sebagai doktor itu
membantu menyelamatkan anaknya yang parah. Hati penceroboh itu tersentuh dan membuka

pintu kecemasan. Pengawal keselamatan meluru masuk ke dalam bilik tersebut tetapi
dihalangi oleh Raiha yang menyatakan bahawa Unong Siron begitu parah dan dibawa ke
hospital lain untuk mendapatkan rawatan dan meminta penceroboh itu ke hospital tersebut.
Peristiwa itu pun berakhir. Ibu Unong Siron menceritakan sebenarnya penceroboh itu adalah
bekas penuntut bidang perubatan sebuah universiti tempatan yang gagal dalam peperiksaan

akhir semester.
Bab 9

Sewaktu Doktor Uwang membelok masuk ke kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih, dia
ternampak bayangan wajah anak saudaranya yang sudah meninggal dunia akibat rentung di
dalam kereta mewah yang terbakar. Dia teringat waktu Doktor Mohammad dan Doktor Alex

Ng memintanya bertugas walaupun sebenarnya dia ingin berehat di rumahnya daripada
kengiluan pada kedua-dua belah pergelangan tangan dan kepala lututnya. Doktor Uwang juga
terimbas kembali tentang infeksi yang berulang kembali walaupun pembedahan kali keenam
dilakukan ke atas Unong Siron dan menganggap sekiranya menjadi akut sekalipun bukanlah
salahnya. Dia juga terbayang semua wajah pesakitnya yang pernah dibedah seolah-olah mahu
berinteraksi dengannya. Kemudian disusuli dengan wajah seorang kanak-kanak perempuan

yang seluruh badannya melecur. Kesemua wajah-wajah ini mengganggu hidupnya
belakangan ini.

Doktor Uwang juga teringat saat dia menghantar Dotor Sadiz dan Felicia Landosi pulang
selepas menghadiri majlis sempena menyambut ketibaan tahun baru. Doktor Sadiz yang

marah apabila mendapati Raiha membawa pulang kereta Porsche
bersama-sama anak perempuannya. Dia juga teringat ketika membawa Doktor Sadiz untuk
membeli minyak petrol dan berhenti di sebuah rumah tumpangan pada tengah malam dan
teringat saat kereta Porsche itu dijilat api tidak lama kemudian sehingga menyambar kanak-

kanak perempuan yang secara kebetulan berada di situ.
Doktor Uwang juga terbayang wajah perempuan tua yang memohon simpati sebagaimana
wajah-wajah waris pesakit golongan kelas menengah bawah yang lain. Perempuan tua itu
bertanya tentang kesan sekiranya komplikasi masih berlaku walaupun anaknya sudah dibedah

sebanyak enam kali. Doktor Uwang masih mengatakan bahawa urusan wang bukanlah
urusannya. Kemarahan perempuan tua itu menyebabkan Doktor Uwang tercabar apabila
dicop sebagai doktor mata duitan. Doktor Uwang tersentak apabila ingatannya kembali

kepada penceroboh yang masuk dan menyamar sebagai doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih
yang sepatutnya sesuai menangani kes anak peremuan tua itu.

Raiha teringat sikap Doktor Sadiz yang tidak akan memaafkannya walaupun sampai dia
meninggal dunia. Doktor Sadiz akan membiarkan hidup Raiha tergantung- gantung. Raiha
turut melihat sikap Doktor Sadiz yang keluar melangkah dari mahkamah keluarga dengan
senyum sinis. Dia juga masih ingat dengan tidak dijangka-jangka kereta Doktor Sadiz yang

memecut laju dan sedang mengekori lori minyak petrol merempuh belakang lori yang
berhenti secara tiba-tiba di persimpangan lampu trafik.

Doktor Uwang telah merempuh tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih akibat seluruh tubuhnya
tidak dapat berfungsi dengan baik apabila tangannya berasa kebas dan lututnya kejang. Dia
dikeluarkan dari kenderaan mewah yang dipandunya dengan bantuan pekerja-pekerja pusat

rawatan tersebut dan Raihalah yang mengambil alih menyelamatkan nyawanya dan
melakukan pembedahan apabila didapati kecederaan teruk di bahagian pergelengan tangan

dan lutut kaki yang hancur dan memerlukan penggantian sendi pada anggota tersebut.
Akhirnya Felicia Landosi memohon maaf adaripada Raiha atas penglibatan dirinya menjadi

budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz yang akhirnya
berjaya menjejaki Raiha dan menjadi saksi apabila Doktor Sadiz melepas geram dengan
membakar kereta itu sendiri. Dia sendiri terkejut apabila secara tiba-tiba anak Raiha muncul
di situ dan langsung disambar api dan dia turut menyatakan bahawa sewaktu di mahkamah
dia tidak tampil sebagai saksi kerana takut. Raiha akhirnya tersedar bahawa mereka adalah

mangsa keadaan.

5 KEKUATAN NOVEL

Pada pendapat saya, terdapat beberapa kekuatan dalam novel ini. Pertama, pemilihan tema
yang dipilih oleh penulis sangat menarik. Hal ini demikian kerana dapat membuatkan
pembaca lebih teruja untuk mengetahui kisah yang berlaku selanjutnya. Seterusnya,
penceritaan dalam novel ini juga banyak menceritakan tentang kehidupan seorang doktor.
Hal ini dapat memberikan inspirasi kepada pembaca terutamanya pelajar yang mempunyai
minat dalam mendalami bidang kedoktoran. Latar tempat yang digunakan juga hanya
difokuskan pada tempat yang mempunyai banyak kisah-kisah yang berlaku. Ianya
menjadikan pembaca tidak pening. Seterusnya, tahap pemikiran penulis juga memenuhi
kehendak pembaca. Dengan idea-idea yang menarik yang diutarakan oleh penulis dalam
novel ini membangkitkan jalan penceritaannya. Akhir sekali, pengajaran dalam berumah
tangga juga dapat diambil. Sebagai contoh, kehidupan Raiha dan Doktor Sadiz.

5 KEKURANGAN NOVEL

Setiap kelebihan yang ada pasti terselit juga beberapa kekurangan. Antara kekurangan dalam
novel ini ialah penulis tidak menceritakan dengan lebih lanjut bagaimana perpisahan Raiha
dan Doktor Sadiz boleh berlaku. Seterusnya, penulis juga tidak memberitahu dalam novel
mengapa ayah Raiha melarang dan tidak membenarkan dia untuk menjadi seorang doktor
pakar pembedahan. Penceritaan dalam novel ini juga menceritakan pelbagai masalah yang
dihadapi dan hal ini akan menyebabkan para pembaca menjadi pening. Selain itu, kisah
mengapa Unong Siron perlu melakukan pembedahan berulang kali di tempat yang sama juga
tidak diceritakan. Hal ini akan membuatkan pembaca ingin mengetahui tentang nasib yang
dihadapi olehnya. Akhir sekali, penulis tidak menceritakan tentang apakah yang
menyebabkan tekanan yang dialami oleh Felicia Landosi sehingga mengambil jalan singkat
untuk mengatasi masalah tersebut dengan meminum ubat batuk.

5 PENAMBAHBAIKAN

Pada pendapat saya penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk membangunkan lagi
penceritaan novel ini ialah penulis seharusnya menceritakan kehidupan perpisahan yang
boleh berlaku antara Raiha dan Doktor Sadiz. Selain itu, penulis juga perlu memberitahu
mengapa ayah Raiha sangat melarangnya untuk menjadi seorang doktor pakar bedah yang
baginya merupakan pekerjaan yang mulia dan menjadi minat Raiha. Penulis perlu
mengurangkan masalah-masalah yang ada supaya pembaca dapat fakuskan kepada satu
permasalahan yang berlaku sahaja. Seterusnya, mengapa Unong Siron perlu menjalani
pembedahan tulang sendi pinggul dengan berulang kali perlu dibanyyakan lagi untuk
pembaca mengetahui kehidupan Unong Siron selepas itu. Akhir sekali, penulis seharusnya
menceritakan bagaimana Felicia Landosi merasa tertekan sehingga membuatkan dirinya
mengambil tindakan yang tidak sepatutnya untuk menghilangkan tekanan yang dihadapinya.

PENGENALAN NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

Songket Berbenang Emas mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan
disenangi oleh teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga hingga
mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan yang bakal didudukinya.Sebagai anak
sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada keluarganya.Apabila ibunya dirawat di
hospital Permai, dia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya.Tekanan
bertambah kerana hubungannya dengan Azhari dipandang serong oleh jirannya.Tindakan
berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak dihargai, malah dicemuh pula
kerana gagal menyelamatkannya.Walaubagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi
dugaan.Hadiah atas kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah kejayaannya yang
dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun dan pertunangannya dengan Azhari.



BIOGRAFI PENULIS NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

Khairuddin bin Ayip lahir pada 25 Februari, 1962 di Karnpung Jelotong, Parit Raja, Batu
Pahat, Johor. Beliau merupakan anak keenam daripada sembilan adik beradik. Ayahnya
pekerja JPT sementara ibunya seorang penoreh getah. Pada tahun 1969, beliau mendapat
pendidikan awal di SK Pintas Raya dan pada tahun 1975, beliau meneruskan persekolahan di
SM Tun Ismail sehingga lulus SPM. Pada tahun 1980, Khairuddin melanjutkan pelajaran ke
tingkatan enam di SM Dato' Bentara Luar. Setelah lulus STP, pada tahun 1982 hingga 1984
beliau mengikuti kursus dalam bidang Pendidikan Sekolah Menengah, Pendidikan Seni dan
Pengajian Melayu di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru. Mulai tahun
1985, Khairuddin bertugas sebagai guru di SRK Sri Petaling, Petaling Jaya. Setelah sepuluh
tahun di sekolah tersebut, beliau bertugas di SR Seksyen 18, Shah Alam sebagai Penyelia
Petang. Bermula Disember 1995, bertugas sebagai Guru Penolong Kanan I di SK Seksyen 20,
Shah Alam. Mulai bulan Julai 1996, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang
Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu, Fakulti Bahasa Moden dm Komunikasi,
Universiti Putra Malaysia. Setelah tamat, pada tahun 1999 beliau bertugas di SM Teknik,
Shah Alam, Selangor. Kini beliau bertugas sebagai Pegawai School Improvement Specialist
Coaches (SISC) di Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana, Selangor.

SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL

Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan disenangi oleh
teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga mengganggu
tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung,
Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah
melanda keluarganya. Ibunya, Saleha dirawat di Hospital Permai kerana mengalami masalah
tekanan mental. Ayahnya dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad selama beberapa hari.
Adik lelakinya pula terpengaruh dengan kawan-kawan sehingga tidak berminat untuk belajar.
Situasi ini telah menyebabkan Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-
adiknya. Tekanan hidup Dahlia semakin bertambah apabila hubungannya dengan Azhari

dipandang serong oleh jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk
menyelamatkan Said tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya.
Walau bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah atas kesabarannya
menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah kejayaan Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran

ke Jepun dan pertunangannya dengan Azhari.

SINOPSIS SETIAP BAB

Bab 1: Kalaulah Engkau Mengerti
Setelah penat berlatih bola jaring untuk bertanding dengan pelajar tingkatan enam rendah,
Dahlia berbual-bual dengan Siti Wangi, rakan karibnya mengenai kertas kerja yang disuruh
oleh Cikgu Hisyam. Dia memberitahu Siti Wangi, isi telah dicari tetapi fakta-fakta masih
tidak lengkap.Kemudian,Kavita datang menemui Dahlia dengan membawa pesanan seorang

lelaki mahu bertemunya di kantin.Dahlia pergi bertemu dengan lelaki itu yang bernama
Azhari. Lelaki itu memberitahu Dahlia ,dia telah habis belajar dan akan mendapat segulung
ijazah pada bulan Ogos nanti. Azhari juga memaklumkan keluarganya akan datang ke rumah
Dahlia untuk tujuan merisik. Dahlia meminta Azhari mengerti bahawa dia masih belajar dan

ingin membantu keluarganya kerana dia merupakan anak sulung.

Bab 2: Detik-detik Hati Tersentuh
Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke kampungnya tetapi sehingga ke
jambatan sahaja. Jirannya yang bernama Aton telah menegurnya semasa dia turun dari kereta
Azhari. Aton juga menyindir Dahlia yang selalu balik dengan mengatakan bahawa dia tidak
suka tinggal di asrama. Dahlia membalas sindiran Aton dengan mengatakan bahawa orang
tuanya masih ada. Dahlia tidak suka akan Aton kerana Aton mengatakan emaknya “tak
betul”. Sewaktu sampai di rumahnya, Dahlia terdengar adiknya, Anggerik menangis
kelaparan. Melati memberitahu emak mereka telah keluar rumah dan belum pulang lagi.
Dahlia terus mendapatkan Anggerik dan memarahi Melati kerana membuat susu yang terlalu
cair. Sebenarnya, susu telah habis.. Dahlia telah menyiapkan makan malam manakala Melati
disuruh pergi ke kedai Tauke Lim untuk membeli susu dan gula pasir sekilo secara hutang.
Selepas itu, Dahlia pergi mencari emaknya di kebun getah. Dahlia terdengar emaknya
bercakap sendirian dan tidak mempedulikan panggilannya. Hati Dahlia benar-benar tersentuh
apabila melihat ibunya sebegitu. Emaknya juga tidak mengenalinya menyebabkan Dahlia
menangis.Tiba-tiba, abahnya Embong muncul dan bertanyakan sebab Dahlia di situ kerana
sudah masuk waktu Maghrib. Dahlia menuding ke arah emaknya. Embong cuba memujuk
Saleha balik ke rumah tetapi Saleha mengatakan rumahnya di tengah kebun getah itu dan dia
tidak mahu diganggu. Dahlia mencadangkan abahnya supaya mendapatkan bantuan orang

kampung sebelum emaknya pergi lebih jauh ke dalam kebun.

Bab 3: Jangan Tinggalkan Kami

Selepas solat Isyak, Dahlia asyik befikir tentang penyakit emaknya itu. Dia tertanya-tanya
sama ada emaknya terkena buatan orang. Akan tetapi, Dahlia tidak tahu orang yang berhasad

dengki dengan keluarganya. Akhirnya, Dahlia pasrah dan mengakui bahawa semua yang
berlaku itu adalah ketentuan Allah. Dahlia berdoa agar Allah menguatkan imannya, memberi

ketabahan dan kekuatan untuk melalui hari-hari yang mendatang. Dia juga berdoa agar
emaknya pulih seperti sediakala. Setelah habis berdoa, Dahlia terdengar suara Nek Kiah, ibu

kepada emaknya. Nek Kiah memarahi Embong kerana mengikat Saleha. Abah Dahlia
memberitahu, beliau terpaksa berbuat sedemikian kerana takut Saleha lari. Nek Kiah memang

tidak suka akan keluarga Dahlia kerana mereka hidup dalam kemiskinan. Nek Kiah
membandingkan keluarga Dahlia dengan anak-anaknya yang lain yang semuanya hidup
senang-lenang. Haji Sulaiman selaku Ketua Kampung Parit Haji Rais datang membawa orang

dari Hospital Batu Pahat. Tujuan kedatangan mereka adalah untuk membawa Saleha
mendapatkan rawatan. Walaupun anak-anak dan Nek Kiah melarang Saleha untuk dibawa ke

hospital namun Embong serba salah menghadapi situasi itu.

Bab 4: Dibuai Kenangan Indah
Dahlia menyelesaikan kerja rumah, kerja sekolah dan membantu Melati menyiapkan latihan

Matematik. Dahlia merebahkan dirinya di sebelah Anggerik. Dahlia mengimbas kembali
pantun yang diungkapkan oleh Azhari sewaktu menghantarnya pulang pada hari Khamis
yang lalu. Dahlia tidak sanggup untuk melukakan hati sesiapa. Dia meminta agar Azhari
mengerti keadaan keluarganya yang belum sempurna. Dahlia juga meminta izin Azhari untuk
membaiki diri sendiri dan keluarganya.Pada petang Khamis itu, dia dihantar oleh Azhari
pulang ke kampung tetapi Dahlia meminta Azhari memberhentikannya jauh dari rumahnya
untuk mengelakkan salah faham orang kampung. Pada keesokan paginya,Dahlia dikejutkan
oleh abahnya yang menyuruhnya pergi ke sekolah. Embong memberitahu Dahlia bahawa
beliau akan menguruskan hal berkaitan adik-adik Dahlia walaupun sebenarnya beliau sendiri
tidak tahu akan cara untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana beliau terpaksa bekerja
mencari nafkah keluarga. Perkara inilah yang menjadi punca beliau tidak mahu menghantar
isterinya ke hospital. Embong pasrah memikirkan masalah tersebut, beliau menyerahkan
segala-galanya kepada Tuhan.Embong mengimbas kembali perbualannya dengan Saleha
mengenai ibu mentuanya, Nek Kiah yang tidak suka akan keluarga mereka. Nek Kiah tidak
suka keluarga mereka disebabkan mereka hidup miskin tidak seperti anak-anaknya yang lain.
Anak-anak Saleha dan Embong tidak diumpamakan sebagai cucu oleh Nek Kiah. Embong
juga teringat semula peristiwa isterinya pernah memberitahu bahawa sejak kebelakangan ini

beliau terasa ada bayang-bayang mengejarnya. Telinganya juga sering terdengar suara yang
pelik-pelik. Badannya juga terasa lemah.Embong dikejutkan oleh suara Dahlia yang

disangkakan isterinya. Embong memberitahu Dahlia doktor memaklumkan emaknya hanya
rungsing, Embong tidak menceritakan perkara sebenar yang berlaku kepada Saleha di bilik
kurungan di hospital itu kerana bimbang Dahlia tidak dapat menumpukan perhatian terhadap
pelajarannya. Embong juga memberitahu bahawa beliau akan memetik buah kelapa sawit

Haji Sulaiman pada keesokannya. Mereka dikejutkan oleh Abu Bakar, adik Dahlia yang
sudah tiga hari tidak balik ke rumah dan rela menjadi gelandangan setelah mendapat gred

tiga dalam SPM.

Bab 5: Kata Setajam Pedang
Dahlia menaiki bas JMBC berjalur merah untuk ke sekolah. Dia yang sepatutnya pulang pada

hari Sabtu ke asrama tidak berbuat demikian kerana adiknya, Anggerik asyik menangis.
Dahlia tidak rela dituduh mementingkan diri sendiri oleh sebab itu dia pergi ke sekolah pada

hari Ahad itu dari rumahnya. Dahlia sampai lewat ke Sekolah Menengah Kebangsaan
Temenggong Ibrahim iaitu lima minit pukul lapan pagi. Pintu pagar telah berkunci. Dahlia
ternampak Cikgu Salwani, warden asramanya sedang menuju ke bilik guru. Dahlia ditanya
oleh Cikgu Salwani punca kelewatannya dan meminta Dahlia berjumpa dengannya pada
petang itu.Dahlia tidak dapat menumpukan perhatiannya di dalam kelas. Dia asyik teringat
emak, Anggerik dan abahnya. Siti Wangi mengingatkan Dahlia, mereka ada janji temu pada
pukul 2:00 petang untuk membincangkan kertas kerja yang akan dibentangkan pada hari
Khamis. Dahlia memberitahu dia tidak bersedia dan pada petang itu dia hendak melawat
emaknya di hospital. Pada petang itu, Dahlia tidak bertemu dengan Cikgu Salwani kerana dia

risau akan ditanya macam-macam. Dahlia telah keluar dari asrama tanpa kebenaran
wardennya dan terus pergi ke hospital untuk berjumpa emaknya. Dahlia terserempak dengan

Haji Sulaiman ketika di hospital. Haji Sulaiman memaklumkan emaknya telah dibawa ke
Hospital Permai, Johor Bahru.

Bab 6: Ditelan Arus Deras
Dahlia telah dihantar oleh Haji Sulaiman ke rumahnya. Haji Sulaiman telah memberitahu

abahnya tentang Saleha yang telah dihantar ke Hospital Permai. Abah seolah-olah
menyalahkan nasibnya yang sebegitu. Pada petang itu Nek Kiah telah datang ke rumahnya

bertanyakan emaknya yang dikatakan telah dihantar ke rumah orang gila. Dahlia amat
terpukul dengan perkataan “orang gila” yang dilafazkan oleh Nek Kiah, nenek yang

melahirkan emaknya. Nek Kiah memberitahu beliau geram apabila semua orang bercakap
mengenai emak Dahlia di balai raya. Beliau memberitahu punca emak Dahlia gila kerana
rumah itu dilanggar hantu dan penuh syaitan dan selepas ini mungkin ahli keluarga yang lain
pula akan terkena. Nek Kiah telah mengeluarkan kapur dan menggores pintu rumah dan pintu
tengah dengan tanda campur supaya hantu tidak masuk ke rumah. Dahlia mengucap dua
kalimah syahadah beberapa kali kerana tidak percaya dengan tindakan neneknya itu. Segala
yang berlaku adalah ketentuan Tuhan.Tiba-tiba Dahlia dikejutkan dengan jeritan di tebing
sungai yang mengatakan Said telah hilang dibawa arus sungai. Dahlia terus terjun ke dalam

sungai untuk mencari Said. Akhirnya, Dahlia telah menemui Said setelah dibantu oleh
seorang pemuda yang bukan daripada penduduk kampung itu. Malangnya, denyutan jantung

Said sudah terhenti. Nek Kiah telah menyuruh pemuda itu membawa Said keliling rumah
tujuh kali kerana dikatakan nyawanya boleh kembali tetapi malangnya Said telah tiada.

Bab 7: Berbudi Berbalas Nista
Dahlia menangis setelah pulang daripada menziarahi mayat Said. Embong kehairanan kerana
selama ini Dahlia telah dididik berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap dugaan. Selepas

itu, Embong ke rumah Aton untuk menziarahi mayat Said. Said merupakan anak tunggal
Aton. Aton mencari Embong dan memarahinya dengan mengatakan anaknya, Dahlialah yang
menyebabkan Said mati dan Embonglah yang mahu Said mati. Embong terdiam mendengar

kata-kata Aton. Embong turun ke bawah dan masuk ke dalam kelompok orang ramai di
halaman di bawah pokok-pokok getah. Embong membiarkan Aton berkata-kata tentang
dirinya dan Dahlia, beliau yakin kebenaran akan terbukti kelak. Embong terdengar suara-

suara yang mempersoalkan kematian Said dan percakapan mereka yang semakin
menyakitkan hatinya. Namun, Embong tetap bersabar dan beliau tidak mahu mencari
musuh.Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Embong bertemu dengan Tauke Lim. Tauke
Lim memuji keberanian Dahlia yang cuba menyelamatkan Said. Embong sudah tahu punca
Dahlia menangis setelah pulang dari rumah Aton. Memandangkan masa baru pukul 10.25
pagi, Embong pergi memotong buah kelapa sawit di Parit Haji Kadir. Embong mengimbas
kembali peristiwa pada petang semalam ketika Dahlia sedang memasak di dapur dalam
keadaan yang lemah selepas menyelamatkan Said. Tersentuh hati Embong kerana sepatutnya
masa remaja Dahlia dihabiskan dengan buku-buku pelajaran dan bukan kerja-kerja dapur.
Embong bertekad untuk bekerja kuat demi masa depan anak-anaknya. Setelah tiba di kebun

kelapa sawit itu, Embong terbau sesuatu. Beliau ternampak ular sawa sebesar paha
melingkari pokok kelapa sawit. Sewaktu Embong pergi mencari buluh, ular sawa itu telah

hilang. Tanpa diduga, ular itu menjatuhkan tubuh ke arah Embong hingga menyebabkan
Embong panik.

Bab 8: Bayang-bayang Kecelakaan
Dahlia bermimpi buruk tentang ular sawa itu yang cuba membelitnya. Dahlia tersedar
apabila terdengar tangisan Anggerik. Anggerik demam panas. Dahlia bercadang untuk
membawa Anggerik ke klinik pada petang itu. Dahlia ternampak dua orang lelaki bersongkok

ke rumah Aton. Dia teringat semula kata-kata orang yang menuduhnya lambat
menyelamatkan Said. Dahlia melakukan kerja-kerja di dapur sambil mendukung adiknya.

Melati meluahkan kata-kata untuk berhenti sekolah dan mahu Dahlia yang meneruskan
persekolahannya. Melati bertindak sedemikian kerana malu apabila ada orang yang

mengatakan emak mereka gila. Dahlia menasihati Melati supaya tidak mendengar kata-kata
orang kerana orang itu tidak akan menyenangkan kehidupan mereka.Embong pulang

membawa ular sawa di atas pungkis. Dahlia ketakutan. Embong kehairanan apabila melihat
Dahlia menggeletar ketakutan dan menyuruhnya membuang ular itu. Embong membawa ular

itu pulang sebagai bukti beliau telah berjuang dengan maut untuk menyelamatkan dirinya.
Embong cuba mendapatkan Dahlia untuk mengetahui punca dia ketakutan. Dahlia

memberitahu akan mimpinya itu. Embong keluar dari rumah dan pergi memerhatikan aliran
sungai yang deras berhampiran rumahnya itu, dia memikirkan kesanggupan Dahlia berjuang
menyelamatkan nyawa orang lain sehingga sanggup mengetepikan nyawa sendiri. Tiba-tiba,

Embong dikejutkan dengan kehadiran seorang pemuda Melayu bersama-sama gadis India
yang merupakan kawan Dahlia.

Bab 9: Apabila Tamak Menguasai Jiwa
Najib telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan Dahlia. Najib melihat
kedaifan hidup keluarga Dahlia. Kini barulah dia memahami punca Dahlia menolak hasratnya
untuk datang pada Hari Raya Aidilfitri. Najib mempelawa Dahlia untuk membawa adiknya
ke klinik. Pada ketika itu, bapa saudara Dahlia, Pak Cik Seman pergi ke rumah Nek Kiah.
Seman memberitahu Nek Kiah dia malu apabila orang bercakap tentang adiknya Saleha yang

telah dibawa ke hospital di Johor Bahru. Seman menuduh Embong mempelajari ilmu
sehingga Leha sanggup berkahwin dengannya yang tidak diketahui asal-usulnya. Seman
mencadangkan agar tanah yang diduduki oleh keluarga Dahlia dijual. Seman berjanji dengan
emaknya untuk mencari pembeli. Nek Kiah bersetuju dengan cadangan Seman apabila

mendengar nilai tanah itu yang dapat dijual dengan harga RM15,000.

Bab 10: Selamat Tinggal,Asrama Puteri !
Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang telah mengambil keputusan untuk keluar dari asrama.

Beliau memaksa Dahlia untuk memberitahu puncanya tetapi Dahlia hanya memberitahu
bahawa dia ada masalah keluarga. Dahlia tidak mahu menceritakan perkara sebenar. Cikgu
Salwani meminta Dahlia agar jangan keluar dari asrama kerana STPM tinggal hanya empat

bulan sahaja. Dahlia menenangkan dirinya di perpustakaan. Tiba-tiba dia disergah oleh
Kavita yang memberitahu bahawa Cikgu Hisyam, guru kelasnya ingin berjumpa dengan
Dahlia di Bilik Kerjaya. Cikgu Hisyam telah mengetahui masalah Dahlia daripada Kavita

yang pernah berkunjung ke rumah Dahlia. Cikgu Hisyam mengatakan bahawa Dahlia
berpotensi untuk lulus dengan cemerlang dalam STPM.

Bab 11: Pedihnya Melayan Kerenah Anak
Embong marah akan Abu Bakar, anak lelaki tunggal yang tidak boleh diharap dan suka
berseronok sahaja. Abu Bakar kerap tidak pulang ke rumah. Kemarahan Embong semakin
membara apabila Bakar tidak mempedulikan kata-katanya dan terus menunggang motosikal.
Embong teringat kembali ular sawa yang telah diberikan kepada Tauke Lim. Tiba-tiba
Embong berasa kesal dan takut. Lamunan Embong terhenti apabila Mawar, anaknya yang
bersekolah di Sekolah Menengah Sains Johor di Kluang, pulang bercuti. Mawar memberitahu
bahawa dia balik kerana rindu akan emaknya. Mawar bertanya tentang emaknya tetapi
Embong mengatakan nanti Mawar akan tahu sendiri. Pada hari itu, Dahlia pergi menziarahi
emaknya di Hospital Permai. Embong tidak pergi kerana masalah kewangan. Beliau tidak
sanggup lagi untuk meminjam daripada Haji Sulaiman dan Tauke Lim lagi walaupun mereka

berdua sangat baik dan suka membantunya.

Bab 12: Air Mata Menitis di Hospital Permai
Dahlia menaiki teksi ke Hospital Permai. Dahlia tiba di situ pada pukul 3:15 petang. Dia
membayangkan kedatangannya disambut oleh emaknya dengan baik. Lamunan Dahlia
dikejutkan oleh seorang wanita berusia 30-an yang bertanya tentang tujuan kedatangannya.
Wanita itu mencadangkan agar Dahlia berjumpa dengan doktor yang merawat emaknya.
Doktor Ridhuan memberitahu Dahlia penyakit ibunya sudah sampai ke tahap berbahaya dan

ingin mengetahui hal-hal yang menyebabkan emaknya menjadi sebegitu. Beliau juga
menjelaskan kemungkinan penyakit emak Dahlia berpunca daripada tekanan. Doktor
Ridhuan memanggil Azhari untuk membawa Dahlia melawat emaknya di bilik 16. Dahlia

terkejut kerana Azhari bekerja di situ. Azhari memberitahu bahawa dia bekerja sementara di
situ baru dua minggu. Azhari ingin mengetahui punca Dahlia berada di situ. Dahlia dan
Azhari pergi melawat emaknya, tetapi Saleha tidak mengenali anaknya itu dan dikatakan
Dahlia sebagai pengutip hutang. Keadaan tersebut sangat menyedihkan Dahlia. Emaknya
juga menyuruh Dahlia pergi dari situ.

Bab 13: Pahitnya Menelan Kenyataan
Embong terkejut apabila melihat Dahlia pulang dengan kereta yang dipandu oleh seorang
lelaki. Embong berprasangka yang bukan-bukan terhadap Dahlia. Pada malam itu, Dahlia
memberitahu keluarganya supaya tidak risau akan keadaan Saleha yang sedang dirawat.
Apabila Dahlia melihat abahnya keseorangan di pintu barulah Dahlia menceritakan perkara
sebenar. Dahlia tidak mahu adik-adiknya risau akan keadaan emak mereka. Tambahan pula,
Mawar akan menghadapi peperiksaan SRP tidak lama lagi. Dahlia juga memberitahu abahnya

bahawa dia telah keluar dari asrama. Tiba-tiba, Embong terdengar sesuatu di kandang
kambingnya. Embong terkejut apabila melihat dua ekor kambing peliharaannya telah hilang.

Bab 14: Hilang dari Kandang
Tauke Lim datang kerana mahu membeli kambing Embong. Dia berasa hampa apabila
mendapat tahu kambing tersebut telah hilang. Embong meluahkan rasa kesal kerana kambing
itu menjadi harapannya. Embong yakin kambing peliharaannya telah dicuri orang. Embong
meminta Tauke Lim memberitahu kepadanya jika ada orang yang ingin menjual kambing
kepada Tauke Lim kerana dia ingin memastikan sama ada kambing itu miliknya atau milik

orang lain.Dahlia teringat akan Azhari yang tetap ingin melamarnya walaupun telah
mengetahui keadaan emaknya. Azhari masih ingin mengikat tali pertunangannya dengan
Dahlia kerana ibu bapanya mendesaknya berbuat sedemikian. Kemudian, Dahlia dikejutkan
dengan kedatangan tetamu. Rupa-rupanya yang datang itu ialah rombongan keluarga Azhari

yang ingin merisiknya.

Bab 15: Ingin Mempersunting Bunga di Taman
Keluarga Azhari telah datang merisik Dahlia. Embong berasa berat untuk menerima lamaran

tersebut kerana Dahlia merupakan anak sulung yang menjadi harapan keluarga. Embong
sangat berharap Dahlia dapat belajar hingga ke universiti dan dapat membantu keluarga.
Walau bagaimanapun,ibu Azhari yang mengetuai rombongan itu kerana suaminya ke Kuala
Lumpur. Beliau mengatakan bahawa perkara itu tidak menjadi halangan kepada ikatan Azhari

dan Dahlia. Mereka sanggup menunggu Dahlia hingga tamat pengajiannya. Akhirnya,
Embong menyerahkan keputusan itu kepada Dahlia, cincin merisik diletakkan dia atas meja.
Selepas itu, Embong bersiap-siap untuk menunaikan solat di masjid. Semasa mandi, Embong

telah dipatuk oleh seekor ular di pahanya.

Bab 16: Bisa Ular Tedung
Embong terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan. Semasa ketiadaan
abahnya, Dahlia terpaksa menguruskan banyak perkara. Melihatkan keadaan itu, Mawar
menyuarakan hasratnya untuk berhenti sekolah agar dapat menjaga adik-adiknya. Dahlia

melarang hasrat Mawar kerana Mawar pernah berjanji kepada emak mereka untuk
memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SRP.Sewaktu Dahlia melawat abahnya di
Hospital Batu Pahat, dia terserempak dengan Cikgu Hisyam dan Kavita yang kebetulan
menghantar Siti Wangi yang pengsan semasa menjalani latihan bola jaring. Kemudian,Cikgu
Hisyam dan Kavita menziarahi abah Dahlia. Cikgu Hisyam meminta Kavita untuk membuat
salinan nota-nota sepanjang Dahlia tidak hadir ke sekolah supaya dia tidak ketinggalan
dalam pelajaran.Pada petang itu, Nek Kiah dan Seman datang melawat Embong. Nek Kiah
memberitahu Dahlia sangkaannya bahawa rumah itu berhantu adalah benar kerana seorang
demi seorang keluarga Dahlia mendapat bencana. Nek Kiah juga memberitahu tanah itu akan
dijual dan menyuruh keluarga Dahlia duduk di kebun di hujung kampung. Dahlia tidak

bersetuju dengan cadangan neneknya.

Bab 17: Kupertahankan Tanah Sekangkang Kera
Dahlia tertekan kerana banyak perkara yang difikirkannya. Antaranya ialah pelajarannya

yang banyak ketinggalan disebabkan dia kerap ponteng sekolah, emaknya yang masih
dirawat di hospital, abahnya dipatuk ular sedang dirawat di Hospital Batu Pahat, adiknya,

Abu Bakar tidak boleh diharap untuk membantunya dan juga hasrat Azhari yang ingin
melamarnya. Semasa Abu Bakar balik ke rumah untuk menukar pakaian, Dahlia memeriksa

dompet milik adiknya, dia terkejut apabila terdapat RM120 di dalam dompet tersebut
sedangkan adiknya tidak bekerja.Azhari datang ke rumah Dahlia untuk mengambil pakaian

emak Dahlia. Azhari terkejut apabila dimaklumkan bahawa abah Dahlia dimasukkan ke
Hospital Batu Pahat kerana dipatuk ular. Selepas Azhari pergi, Nek Kiah datang untuk
bertanya tentang rancangannya untuk menjual tanah tempat tinggal keluarga Dahlia. Jika
keluarga Dahlia mahu terus tinggal di situ mereka perlu membayar sebanyak RM15000

kepadanya. Dahlia tidak dapat membuat sebarang keputusan.

Bab 18: Budi Tanpa Mengira Warna Kulit
Pada pagi itu, Dahlia membawa Anggerik untuk melawat abahnya di hospital. Dia menunggu

bas di pondok bas. Tauke Lim telah datang bertanyakan tanah yang akan dijual. Menurut
Seman, Dahlia telah bersetuju untuk menjual tanah tersebut, tetapi Dahlia menafikannya.
Tauke Lim berasa hairan akan sikap Nek Kiah yang tamak akan wang sedangkan Nek Kiah
tidak mengalami masalah kewangan. Tauke Lim berjanji akan berbincang tentang perkara itu
dengan abah Dahlia. Tauke Lim juga meminta agar Dahlia mengajarkan anaknya, Ann dalam

penulisan karangan Bahasa Melayu kerana anaknya lemah dalam penulisan sedangkan
peperiksaan SRP akan menjelang tidak lama lagi. Dahlia bersetuju untuk menerima tawaran

Tauke Lim itu. Dahlia terkejut apabila tiba-tiba sahaja sebuah kereta Honda Civic milik
Cikgu Hisyam berhenti di depan pondok bas tersebut.

Bab 19 : Apabila Dua Jejaka Bertemu
Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia supaya tidak berhenti sekolah sebaliknya terus
bertahan lebih kurang empat lima bulan sahaja lagi sebelum menghadapi peperiksaan. Namun
begitu, Dahlia terasa amat sukar untuk ke sekolah semula kerana memikirkan adik-adiknya
yang memerlukan penjagaannya.Najib datang ke rumah Dahlia. Najib melihat ada beberapa
orang sedang mengukur tanah di kawasan itu. Dahlia memaklumkan tanah itu akan dijual.
Najib bersedia untuk membayar harga tanah tersebut tetapi Dahlia menolak tawaran Najib.

Kemudian, Azhari pula datang ke rumah Dahlia. Timbul pelbagai persoalan dalam hati
Azhari mengenai hubungan Najib dan Dahlia. Kedatangan Najib dan Azhari ke rumah Dahlia

telah menyebabkan Nek Kiah memandang serong akan cucunya. Nek Kiah telah
memberitahu Dahlia, tanah tersebut telah ada pembelinya. Oleh itu, Dahlia perlulah bersiap

sedia untuk berpindah.

Bab 20 : Ingin Kujunjung Langit
Nek Kiah datang lagi untuk mengingatkan Dahlia tentang tanah tersebut yang akan dijual.
Nek Kiah terkejut apabila melihat Embong ada di rumah. Apabila Nek Kiah bertanya kepada
Dahlia sama ada dia telah memberitahu abahnya tentang hal tanah, Embong menggunakan
kesempatan itu untuk mengenakan Nek Kiah dengan menggunakan parang yang sedang
dipegangnya dengan mengatakan parang itu tajam dan senang hendak potong leher. Selepas

itu,Nek Kiah pulang ke rumah. Dahlia memberitahu abahnya dia ingin bekerja bagi
membantu meringankan beban abahnya. Akan tetapi, Embong tidak bersetuju kerana beliau

mahu Dahlia belajar hingga ke universiti.Tauke Lim datang ke rumah Embong dan
menyatakan kesanggupannya untuk membayar harga tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah

supaya Embong dan keluarganya dapat terus tinggal di situ. Menurut Tauke Lim, beliau
ikhlas membantu demi kebaikan bersama-sama.

Bab 21: Hijrah Remaja Harapan
Pada pagi itu, Dahlia pergi ke balai raya. Pada ketika itu, tidak ramai yang datang ke balai
raya untuk bergotong-royong bagi majlis sambutan Maulidur Rasul yang akan diadakan

malam nanti. Dahlia membantu kerja-kerja memasak di situ. Tauke Lim turut
menyumbangkan barang-barang untuk sambutan tersebut.Haji Sulaiman selaku ketua
kampung amat risau akan hal ini kerana kurang sambutan. Aton dan Abu Bakar turut berada
di balai raya itu. Kedatangan Abu Bakar mengejutkan Dahlia kerana dia tidak menyangka
adiknya akan membantu kerja-kerja tersebut. Aton banyak bercakap daripada melakukan
kerja. Dia memberitahu Mak Aji, isteri Haji Sulaiman bahawa Dahlia membawa lelaki silih
berganti ke rumahnya. Kata-kata Aton telah menyebabkan Dahlia bersedih. Abu Bakar yang
terdengar akan kata-kata Aton itu telah hilang sabar dan hampir-hampir memukul Aton tetapi
dihalang oleh Haji Sulaiman. Dahlia terus pulang ke rumah selepas peristiwa itu. Abu Bakar
telah memujuk Dahlia. Dahlia memberitahu telah banyak dugaan yang ditempuhinya. Abu
Bakar juga telah memeluk abahnya dan memberitahu dialah yang telah mencuri kambing

milik abahnya.

Bab 22: Kain Merah yang Reput
Abu Bakar telah insaf akan perbuatannya yang terpengaruh oleh kawan-kawannya yang
datang daripada keluarga yang senang. Dia banyak membantu dalam melakukan kerja-kerja
rumah. Abu Bakar bertekad untuk memberi sumbangan kepada keluarganya.Sewaktu
mengemas barang-barang di bawah rumahnya, Abu Bakar terjumpa kain merah yang hampir
reput membalut dua biji telur ayam yang mengandungi jarum peniti, cincin akik, butiran
pasir, dan dua batang paku. Barang-barang ini menunjukkan selama ini ada orang yang
berhasad dengki terhadap keluarga mereka. Abu Bakar ingin menunjukkan barang-barang itu
kepada Embong tetapi dilarang oleh Dahlia. Dahlia menyuruh Abu Bakar membuangnya ke
sungai. Dahlia melarang adiknya menyimpan perasaan dendam.Dahlia mendapati Nek Kiah
sudah beberapa hari tidak kelihatan di rumahnya atau di mana-mana di kampung itu. Keadaan
ini merisaukan Dahlia. Dahlia telah pergi ke rumah Nek Kiah dan didapati neneknya sedang

sakit. Namun begitu, Nek Kiah telah menghalaunya.

Bab 23: Sinar Kebahagiaan
Dahlia kembali semula ke sekolah. Kehadiran dahlia disambut dengan gembira oleh kawan-

kawannya.Kavita memberitahu Dahlia bahawa Najib begitu berharap agar Dahlia dapat
menerima cintanya. Akan tetapi, Dahlia hanya menganggap Najib sebagai sahabat sahaja,
tidak lebih daripada itu.Semasa pulang ke rumah, Dahlia amat gembira apabila mendapati
emaknya telah pulang dari hospital. Saleha telah pulih daripada penyakitnya.Azhari juga ada

bersama-sama ketika itu. Dahlia mengajak Azhari pergi ke rumah neneknya. Nek Kiah
terbaring dalam keadaan mata yang terpejam. Panggilan Dahlia juga tidak disahutnya.

Bab 24: Runtuhnya Tembok Kesombongan
Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dimasukkan ke wad selama dua hari. Nek Kiah
berasa bersalah terhadap keluarga Embong. Mereka melayan Nek Kiah dengan baik. Anak-
anak dan cucunya yang lain, termasuk Seman langsung tidak menziarahinya ketika beliau
sakit. Pada hari itu, hujan turun dengan lebat. Air sungai sudah mula melimpah. Abu Bakar

memaklumkan jambatan telah patah dan orang kampung telah mula mengemas barang-
barang untuk berpindah ke balai raya. Embong dan ahli keluarganya turut berkemas untuk
berpindah ke balai raya.Dahlia dan keluarganya berpindah dengan menaiki bot ke balai raya.
Terdengar rungutan penduduk tentang keadaan yang berlaku itu. Bagi Haji Sulaiman, banjir

yang berlaku itu ada hikmah yang tersendiri.

Bab 25: Inilah Kampungku !
Banjir telah menyebabkan rumah Embong roboh . Nek Kiah telah mengajak Embong
sekeluarga tinggal di rumahnya. Mereka bersyukur akan perubahan Nek Kiah. Nek Kiah juga
tidak lagi menyebut tentang tanah yang hendak dijual itu.Sebelum semua mangsa banjir
pulang ke rumah masing-masing, Haji Sulaiman telah menyampaikan ucapan kepada
penduduk Kampung Parit Haji Rais. Beliau menyeru agar penduduk kampung saling
membantu antara satu sama lain dan prihatin akan masalah jiran tetangga. Beliau juga
berharap supaya penduduk kampung bersatu dan bersama-sama menjayakan apa-apa projek
di kampung itu keran mereka hidup bermasyarakat. Kesan daripada kata-kata Haji Sulaiman,
penduduk kampung itu mulai insaf dan mereka telah bergotong-royong membina rumah
Embong semula dengan wang sumbangan parti. Haji Sulaiman bangga akan perubahan sikap
penduduk kampungnya. Begitu juga dengan Tauke Lim. Dahlia amat terharu dan terasa

dirinya tidak disisihkan. Tauke Lim mengusik Dahlia, rumah baharu nanti bolehlah dia naik
pelamin.

Bab 26: STPM, akan Kugapai Kecemerlangan
Dahlia sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan STPM menjelang. Dalam
kesibukan itu, Azhari telah datang dengan ibunya bagi membincangkan tarikh pertunangan
mereka. Keputusan dibuat pada 30 Disember, iaitu selepas Dahlia tamat peperiksaannya
Dahlia hanya menurut sahaja kehendak keluarga Azhari dan keluarganya.Selepas tamat
peperiksaan, Dahlia berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan kawan-kawannya. Dahlia
juga memberitahu Siti Wangi dan Kavita tentang pertunangannya. Dahlia juga bercadang

untuk bekerja di kilang untuk mencari pengalaman.

Bab 27: Bunga-bunga Kejayaan dalam Genggaman
Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa Dahlia telah terpilih

untuk mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di Jepun selama empat tahun.
Pemilihan Dahlia dibuat atas cadangan sekolahnya dan Jabatan Pelajaran Johor berdasarkan
pencapaiannya dalam peperiksaan. Sebelum bertolak ke Jepun Dahlia akan belajar bahasa
Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan.Azhari terdengar berita itu ketika dia datang
untuk membeli cincin pertunangan mereka.Dia mengucapkan tahniah dan merelakan Dahlia
belajar di Jepun. Dahlia akan mendaftar di Universiti Malaya sehari selepas dia bertunang

dengan Azhari.

Bab 28 : Koi-bito
Dahlia amat gembira kerana hubungan keluarganya dengan Nek Kiah semakin rapat. Akan
tetapi, Dahlia rasa sedikit berduka kerana dia akan ke Kuala Lumpur selepas pertunangannya.

Nek Kiah telah menghadiahkan gelang pusaka kepada Dahlia.Dahlia teringat kembali
kenangannya sewaktu pergi membeli cincin dengan Azhari. Kawan-kawan Dahlia dan Cikgu

Hisyam turut hadir sewaktu majlis pertunangannya. Bas ke Kuala Lumpur akan bertolak
pukul 5:00 petang tetapi rombongan keluarga Azhari belum juga sampai. Dahlia semakin
risau. Abahnya menyuruh Dahlia berkemas untuk bertolak ke Kuala Lumpur. Haji Sulaiman
menyerahkan sumbangan orang kampung kepada Dahlia sebanyak RM500 termasuk yang

diberi oleh Tauke Lim sebanyak RM300. Akhirnya, Dahlia tiba di stesen bas Bandar
Penggaram yang jauhnya kira-kira 17 kilometer dari kampungnya. Azhari datang berjumpa

dengan Dahlia dan memberitahu punca kelewatannya kerana jurucakap majlis yang

merupakan pak ciknya lambat sampai. Sebelum menaiki bas, Azhari telah menghadiahkan
sehelai songket berbenang emas berwarna merah kepada Dahlia. Azhari juga menyebut “Koi-
bito” yang tidak diketahui maksudnya. Azhari meminta Dahlia agar menjaga jati diri sebagai

orang Melayu walau berada di mana-mana pun.

5 KEKUATAN NOVEL

Pada pendapat saya terdapat beberapa kekuatan yang terkandung dalam novel ini. Antaranya,
novel ini memberikan iktibar kepada pembaca tentang kehidupan seorang manusia yang
tabah menghadapi segala rintangan yang berlaku dalam hidupnya. Seterusnya, dalam novel
ini juga menceritakan betapa sayangnya seorang kakak terhadap keluarganya yang susah.
Sebagai contoh, perwatakan Dahlia yang menjaga adik-adiknya walaupun dia masih
bersekolah kerana dia tahu keadaan emaknya. Selain itu, perwatakan yang dipilih oleh
penulis sangat membangkitkan lagi jalan penceritaan kisah-kisah dalam novel ini. Hal ini
demikian kerana perwatakan dalam sesuatu penceritaan itu sangat memainkan peranan
penting. Bukan itu sahaja, malah pengutaraan tema oleh pengarang sangat menusuk ke dalam
jiwa pembaca. Akhir sekali penulis juga menceritakan tentang keinsafan seseorang dalam
menginsafi kesilapan yang telah dilakukannya juga sangat menginspirasikan pembaca-
pembaca dan boleh dijadikan teladan.

5 KEKURANGAN NOVEL

Terdapat juga beberapa kekurangan dalam novel ini. Antaranya penulis novel ini tidak
menceritakan bagaiman Said boleh tiba-tiba terjatuh dan meninggal dunia. Penulis hanya
menceritakan Said yang tiba-tiba menjerit sahaja. Seterusnya, penulis juga seharusnya
menceritakan tentang keadaan ibu Dahlia, Saleha setelah di masukkan ke dalam hospital
untuk mendapatkan rawatan dengan lebih lanjut tentang penyakitnya. Jalan penceritaan
dalam novel ini juga agak panjang. Hal ini akan menyukarkan pembaca untuk memahani
tentang kisah-kisah yang berlaku dalam novel ini. Selain itu, penggunaan alur dan latar dalam
novel ini adalah kurang jelas.Hal ini menyebabkan susah untuk pembaca mendalami sesuatu
kisah. Akhir sekali, penggunaan watak dalam cerita ini juga agak banyak dan mengelirukan.
Hal ini kerana setiap kisah-kisah yang berlaku mempunyai watak yang sama dan berbeza
yang akan menyebabkan kekeliruan ketika membaca novel ini.

5 PENAMBAHBAIKAN

Pada pendapat saya, terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dimurnikan lagi untuk
menaikkan kisah-kisah dalam novel ini. Cadangan saya yang pertama, penulis seharusnya
menceritakan tentang bagaimana Said boleh tiba-tiba terjatuh dan menyebabkan dia
meninggal dunia. Seterusnya, untuk membangkitkan lagi kisah dalam novel ini, penulis boleh
menceritakan dengan lebih lanjut bagaiman keadaan mak Dahlia, Saleha setelah di masukkan
ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya tentang penyakit yang dihadapinya itu.
Di samping itu, penulis juga memendekkan jalan penceritaan dalam novel ini sesuai dengan
tahap pembacaan oleh remaja dan pelajar-pelajar. Hal ini akan membuatkan para pelajar lebih
bersemangat untuk membacanya. Dalam pada itu, penggunaan alur dan latar yang kurang
jelas juga perlu ditukar untuk lebih mudah difahami dan diketahui oleh para pembaca. Akhir
sekali, penulis perlu mengurangkan penggunaan watak dalam novel ini supaya jalan
penceritaannya tidak meleret dan pembaca dapat mendalami watak-watak dalam novel ini.

PENGENALAN NOVEL TIRANI

Novel Tirani hasil karya Beb Sabariah bukan sekadar novel yang sarat dengan penceritaannya
tetapi turut menyelitkan warna budaya dan resam masyarakat setempat khususnya etnik
sarawak.Keunikan etnik Sarawak diketengahkan oleh pengarang menerusi usaha gigih watak
utamanya, Waheeda untuk mempromosikan industri pelancongan di Sarawak.



BIOGRAFI PENULIS NOVEL TIRANI

Beb Sabariah atau nama penuhnya puan Hajah Bibi Sabariah binti Haji Abang Awet.Beliau
lahir di Kampung Hulu, Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak pada 7 November 1949.
Beliau bersekolah dasar di Sekolah Melayu Pusa dan Sekolah Rendah Enche
BuyongKuching. Beliau ke sekolah menengah di Madrasah Melayu Kuching sebelum ke
SekolahMenengah Kerajaan Green Road Kuching. Beliau meneruskan pendidikan ikhtisas di
MaktabPerguruan Rajang Bintangor, Sarikei, Sarawak dan Maktab Perguruan Temenggong
Ibrahim,Johor Bahru, Johor.Beliau mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999
dalam genre cerpen, puisi dan rencana.

SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL

Novel ini mengisahkan tentang kisah seorang gadis yang mahu menjadi cantik dan berhidung
mancung kerana hidungnya pesek. Gadis yang bernama Waheeda juga ingin mengecapi
kemajuan atas anma dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid
mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri.
Waheeda telah membuat kebetulan hidungnya yang kebetulan digigit monyet dengan

melakukan pembedahan rekonstruksi wajah untuk menjadi lebih cantik. Dengan kecantikan
yang dibentuk, maka datanglah kejayaan dalam kerjayanya. Bidang pelancongan yang

diterokainya telah mempertemukan suaminya dengan anak rakan niaganya di Sarawak Datuk
Yasser. Kecantikan dan kejayaan yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan

rumah tangga malah merosakkan kehidupannya. Kecantikannya menyebabkan tugasnya
bertambah berat dan harapan prang terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak
larat memikulnya. Cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam sehingga jatuh sakit
jiwa setelah diceraikan oleh suaminya. Penceraian berpunca daripada wajah anaknya yang

tidak ada mewarisi kecantikannya dan ditambah rasa cemburu oleh Zahid. Akhirnya,
Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang pelancongan dengan

menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland. kemajuan chalet yang diusahakan oleh
Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong termasuklah Zahid.
Akhirnya mereka dipertemukan di chalet tersebut. Namun, disudut hati Waheeda dan Zahid

terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu Tirani.

SINOPSIS SETIAP BAB

BAB 1: MELONTAR PUING DUKA
Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang tentang kecantikan

diri seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu obsess dengan
kecantikan. Lalu Waheeda teringat akan hidungnya yang kemet yang menjadi ejekan kepada

kawan-kawannya seperti Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya sentiasa memberontak
dengan keadaan itu. Atas nasihat ibunya, Raidah dan kawannya Nasuha serta Ustazah
Ruqaiyah perasaan benci dan bergelora terhadap kawan-kawannya dapat diredakan.

BAB 2: DAYANG MUDA
Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang 2 lawatan institusi

pelancongan dan lawatan Putera Andrew ke Rumah Panjang Annah Jais seterusnya ke
Dusun Tajau Emas. Mereka juga menyenaraikan barang-barang yang penting untuk

dipamerkan bagi menggambarkan indentiti budaya masyarakat Sarawak kepada rombongan
yang hadir.Kehadiran para pelancong ini menyebabkan Waheeda berasa amat gembira.
Namun disebalik kehadiran pelancong itu, Waheeda berasa amat kecewa atas penampilan

dirinya yang tidak cantik dan Waheeda memasang niat untuk membuat pembedahan plastik.
Hasrat ini telah dinyatakan kepada ibunya, Raidah. Tetapi bapa Waheeda tidak

menggalakkankan kerana bercanggah dengan hukum agama. Emak Waheeda terus memujuk
anaknya supaya tidak melakukan apa yang dihajatinya.Tidak beberapa lama kemudian,
keadaan chalet pada malam itu menjadi kelam kabut. Seekor monyet Belanda telah

menempa masuk ke dalam chalet. Nasib malang telah menimpa Waheeda kerana monyet itu
telah menggigit muka Waheeda. Dia luka parah dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan
rawatan yang dikendalikan oleh Dr. Zakaria. Melalui perbincangan antara Waheeda dengan

Dr Zakaria, Waheeda telah bersetuju untuk melakukan pembedahan plastik dengan
menggunakan kepakaran di Singapura.

BAB 3: KATARSIS
Perjalanannya menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh Ibu
Waheeda(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat roda (Prado).
Ghazi ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan sebagai jurutera di petronas telah
pulang ke pangkuan keluarga untuk memajukan perniagaan keluarganya. Pada awalnya,
perjalanan mereka agak lancar tetapi apabila menghampiri jambatan Tun Abdul Rahman


Click to View FlipBook Version