The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
TINGKATAN 2
UNIT 3 PERTOLONGAN CEMAS (KAEDAH TOTAPS)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ndianarahman11, 2021-09-23 10:22:14

PJK TINGKATAN 2 PERTOLONGAN CEMAS (KAEDAH TOTAPS)

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
TINGKATAN 2
UNIT 3 PERTOLONGAN CEMAS (KAEDAH TOTAPS)

Keywords: PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN,TINGKATAN 2,UNIT 3 PERTOLONGAN CEMAS,KAEDAH TOTAPS

UNIT 3: PERTOLONGAN CEMAS
(KAEDAH T.O.T.A.P.S)

✓ pertolongan atau bantuan permulaan merupakan
prinsip dan prosedur yang digunakan untuk individu
yang masih dalam keadaan sedar atau tidak sedar.

✓ kaedah T.O.T.A.P.S merupakan kaedah membuat
penilaian terhadap kecederaan mangsa setelah
diberi rawatan DRABC.

✓ kaedah ini diaplikasikan kepada mangsa yang
mengalami kecederaan dan berada dalam keadaan
sedar

Buku Teks m/s 184

❖ mengetahui serba sedikit latar belakang
kemalangan dan mangsa (mendapatkan maklumat
tentang peristiwa yang menyebabkan kecederaan
mangsa)

❖ mengelakkan kecederaan lebih teruk
❖ mengurangkan kesakitan dan menenangkan mangsa
❖ mengenalpasti bahagian anggota badan yang

cedera (boleh fokus pada bahagian yang cedera)

https://www.youtube.com/watch?v=ukX6XzG-0yI

t ➢ Talk (Bercakap)
o ➢ Observe (Melihat Keadaan)
t ➢ Touch (Sentuh)
a ➢ Active Movement (Pergerakan Aktif)
p ➢ Passive Movement (Pergerakan Pasif)
s ➢ Skill Test(Uji Kemahiran)

TALK
(BERCAKAP)

➢ bercakap dengan mangsa
➢ bertanya kepada mangsa bahagian

mana yang sakit, jenis dan
tahap kesakitan yang dialami
➢ contoh soalan yang boleh
ditanya seperti:

▪ apakah yang telah berlaku?
▪ adakah anda berasa sakit?
▪ di bahagian manakah anda berasa sakit?
▪ adakah anda mengambil sebarang ubat?
▪ adakah anda menghidap sebarang alahan?

OBSERVE
(MELIHAT KEADAAN)

➢ perhatikan sekiranya ada
bengkak atau kemerahan atau
perbezaan saiz dengan anggota
lain

➢ pernafasan dan denyut nadi mangsa sama ada normal atau
tidak. periksa bahagian mulut dan hidung jika terdapat
sesuatu yang menyekat laluan udara semasa pernafasan

➢ jika berlaku pendarahan,perhatikan jenis pendarahan
tersebut. Pada masa yang sama perhatikan wajah mangsa.
Adakah ia sedang menahan kesakitan, kelihatan pucat atau
terkejut

➢ memerhati untuk mengesan tanda-tanda
kecederaan. Perhatikan tanda-tanda luka,
lebam, bengkak atau sesuatu yang tidak normal
di bahagian yang cedera

TOUCH
(SENTUH)

➢ melalui sentuhan dapat dirasa
keadaan seperti bengkak, lembut
atau sesuatu yang tidak normal
pada bahagian yang tidak cedera

➢ sentuh bahagian badan mangsa yang cedera dengan
perlahan dan berhati-hati

➢ sentuhan dengan tangan bertujuan untuk mentafsir
darjah kecederaan tersebut

➢ meminimumkan pergerakan pada anggota yang cedera
parah

ACTIVE MOVEMENT
(PERGERAKAN AKTIF)

➢ sekiranya keadaan tidak serius,
minta mangsa menggerakkan anggota
yang cedera untuk mengesan tahap
kecederaan

➢ perhatikan wajah si mangsa, beri rawatan bantu mula
yang sewajarnya di peringkat ini tanpa meneruskan
langkah tersebut

➢ pergerakan tersebut hendaklah dilakukan sehingga
julat di mana mangsa mula berasa sakit di bahagian
yang cedera

PASIVE MOVEMENT
(PERGERAKAN PASIF)

➢ bantu pesakit (mangsa)
menggerakkan bahagian yang
cedera jika pesakit tidak mampu
melakukannya sendiri

➢ sekiranya bahagian anggota yang cedera tadi tidak
dapat digerakkan atau pasif. ini menunjukkan
kecederaannya adalah serius dan mangsa hendaklah
dibawa segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan
selanjutnya

SKILL TEST
(UJI KEMAHIRAN)

➢ lakukan pelbagai pergerakan asas
pada bahagian badan yang mengalami
kecederaan

➢ lakukan pelbagai pergerakan asas pada bahagian badan yang
mengalami kecederaan

➢ sekiranya berasa sakit, mangsa berkenaan hendaklah dibawa ke
hospital atau klinik untuk mendapatkan rawatan doktor atau
paramedik

➢ jika mangsa tidak menunjukkan tanda berasa
sakit, mangsa berkenaan boleh meneruskan
aktiviti yang dilakukan sebelum kecederaan
berlaku

➢ ulangi pergerakan ini beberapa kali jika
kecederaan tidak dapat dikenalpasti

https://www.youtube.com/watch?v=cK5UQczRDEE

KAEDAH
T.O.T.A.P.S


Click to View FlipBook Version