PENDIDIKAN SENI VISUAL
TINGKATAN 1
BIDANG:
PEMIKIRAN SENI VISUAL
TAJUK 15: TAJUK DAN MESEJ
BIDANG PEMIKIRAN SENI VISUAL
❑ membincangkan proses dan elemen-elemen yang perlu
ada pada sesebuah karya seni
❑ berkaitan aspek yang mempunyai kebolehgunaan dan
kebolehpasaran dalam seni halus, seni reka dan
seni kraf
❑ keupayaan menguasai konsep-konsep dalam bidang
pemikiran seni visual dapat menghasilkan karya
seni visual – kreatif, inovatif, berkualiti tinggi
DEFINISI TAJUK DAN MESEJ
TAJUK ➢ judul dan fokus sesuatu untuk menggambarkan mesej
yang ingin disampaikan
MESEJ ➢ makna atau maksud tersurat dan tersirat yang
terkandung dalam sesebuah karya seni
➢ dikaitkan dengan tema iaitu inti pati kepada
pengkaryaan dan perekaan
❑ pemahaman tajuk dan mesej dapat Tema ialah subjek yang
mempertingkatkan penghayatan kita dibincangkan oleh pelukis
terhadap sesebuah karya seni. dalam karya seni visual
melalui paparan imej
tertentu
CONTOH KARYA YANG
MENGANDUNGI TAJUK DAN SENI
TUJUAN APLIKASI TAJUK DAN MESEJ
dalam proses pembentukan karya
menjadikan karya seni visual lebih bermakna
bukan sekadar untuk keindahan semata-mata
tajuk sesuai dengan tema
karya seni mampu memberikan mesej
▪ pengajaran dan maklumat tertentu
KAEDAH PEMBENTUKAN DAN PROSES
PERKEMBANGAN TAJUK DAN MESEJ
sesebuah karya seni visual dihasilkan melalui
gabungan komponen penting
HAL BENDA BENTUK KANDUNGAN
➢ berkait rapat ➢ merujuk unsur seni ➢ berkisar pada
dengan imej yang dan prinsip rekaan persoalan makna dan
dipilih mewakili yang diaplikasikan lambang kebudayaan,
tema dalam proses politik, sejarah dan
pembentukan karya nilai estetik.
➢ berkait rapat dengan
sebab sesuatu mesej
itu disampaikan
PERSOALAN PENTING SEBAGAI PANDUAN
UNTUK MENGHASILKAN KARYA
HAL BENDA ➢ Apakah?
BENTUK ➢ Bagaimanakah?
KANDUNGAN ➢ Mengapakah?
TEKNIK KONVENSIONAL DAN
TEKNIK KONTEMPORARI
❖ teknik ialah kaedah mencipta sesuatu hasil seni (karya seni visual)
❖ jenis teknik yang biasa digunakan:
TEKNIK proses pembentukan hasil karya
KONVENSIONAL visual yang terikat dengan proses
atau cara tradisi
Contoh: melukis menggunakan pensil, warna,
berus warna
TEKNIK proses pembentukan hasil karya
KONTEMPORARI visual yang tidak terikat dengan
kaedah tradisi dan lebih kreatif
dan inovatif
Contoh: melukis menggunakan hujung jari, tiupan,
quilling, cop dan lain-lain
CONTOH TEKNIK KONVENSIONAL
CONTOH TEKNIK KONTEMPORARI
PERBEZAAN ANTARA
TEKNIK KONVENSIONAL
DENGAN
TEKNIK KONTEMPORARI
PERBEZAAN TEKNIK
Teknik Konvensional Teknik Kontemporari
menggunakan pensil untuk menggunakan jari untuk
melukis bunga melukis bunga
PERBEZAAN TEKNIK
Teknik Konvensional Teknik Kontemporari
menggunakan pensil untuk menggunakan jari untuk
melukis ikan melukis ikan
PERBINCANGAN MENGENAI
KARYA SENI VISUAL
YANG DIBERI
CONTOH
KARYA SENI VISUAL
DIHASILKAN OLEH BEBERAPA
ORANG PELUKIS
PENGKARYA: Fakrul Akmal
TEMA: Solidariti terhadap Palestin
TAJUK: Free Palestine
TAHUN: 2021
MESEJ: sebagai tanda solidariti
perjuangan Palestin yang
ditindas oleh rejim Zionis
PENGKARYA: Abdul Rashid Abdul Razak
(A. Rashid)
TEMA: Lagenda Sumpahan Mahsuri
TAJUK: Potret Mahsuri
TAHUN: 1995
MESEJ: menunjukkan ekspresi wajah
Mahsuri yang unik melambangkan
kejujuran, kesedihan serta
perasaan hampa akibat difitnah
PENGKARYA: Arbaayah Mohamad Zain
(Abby Zain)
TEMA: Motif Figura Haiwan
TAJUK: Apa Salahku
TAHUN: 2021
MESEJ: memupuk kecintaan terhadap
haiwan (melindungi Tapir
sebagai spesies yang hampir
pupus)
PENGKARYA: Wan Jamila Wan Shaiful
Bahri (remaja autisme)
TEMA: A Salute to All Frontliners
Around The World
TAJUK: Our Heroes Series 1
TAHUN: 2020
MESEJ: menggambarkan kerja keras para
frontliners menyentuh emosi
semua.
PENGKARYA: Hoessien Enas
TEMA: School Children
TAJUK: Potret Kanak-kanak Perempuan
MESEJ: menunjukkan ekpresi wajah
kanak-kanak perempuan
berpakaian baju sekolah
PENGKARYA: Zaidi Ismail
TEMA: Tarian Tradisional
TAJUK: Mak Yong
MESEJ: melambangkan kekuatan budaya
yang ditunjukkan melalui
pergerakan tarian tradisional
TUGASAN MURID
Hasilkan satu kad ucapan dengan
hiasan perkataan ulangtahun
kelahiran menggunakan seni
kaligrafi berdasarkan kreativiti
sendiri.
❖ seni kaligrafi merujuk
kepada corak tulisan
bermotif atau menghasilkan
tulisan yang indah
❖ Rujuk gambar di sebelah
sebagai contoh.
SEKIAN,
TERIMA KASIH.