The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
TINGKATAN 1
UNIT 3 PERTOLONGAN CEMAS ( KAEDAH DRABC)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ndianarahman11, 2021-09-23 09:43:16

PJK TINGKATAN 1 PERTOLONGAN CEMAS (KAEDAH DRABC)

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
TINGKATAN 1
UNIT 3 PERTOLONGAN CEMAS ( KAEDAH DRABC)

Keywords: PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN,TINGKATAN 1,UNIT 3 PERTOLONGAN CEMAS,KAEDAH D.R.A.B.C

UNIT 3: PERTOLONGAN CEMAS
(KAEDAH D.R.A.B.C)

✓ bantuan permulaan yang diberikan kepada
individu yang tercedera sementara
menanti ketibaan ambulans, doktor atau
pakar perubatan

✓ kecederaan boleh terjadi akibat
kemalangan atau kesakitan yang datang
secara mengejut

❖ kaedah D.R.A.B.C
digunakan untuk memberi
bantu mula kepada mangsa
yang tidak sedarkan diri
atau mengalami kejutan

Buku Teks m/s 184

❖ menyelamatkan nyawa
❖ mengelakkan kecederaan lebih teruk
❖ menentukan hidup dan mati mangsa

➢ kegagalan memberikan bantuan
kecemasan akan menyukarkan usaha
menyelamatkan mangsa

singkatan dari perkataan CPR

❖ C – cardio (jantung)
❖ P – pulmonary (paru-paru)
❖ R – resuscitation (pemulihan)

❖ kaedah CPR dilakukan untuk membantu
mangsa yang tidak bernafas

teknik yang boleh menyelamatkan nyawa seseorang
tanpa menggunakan alat-alat canggih dan
kepakaran yang boleh diperolehi di hospital

❖ langkah-langkah melakukan
CPR boleh disingkatkan
sebagai D.R.A.B.C

https://www.youtube.com/watch?v=HUUt9pOckcM

d ➢ Danger (Bahaya)
r ➢ Response (Gerak Balas)
a ➢ Airways (Saluran Pernafasan)
b ➢ Breathing (Bernafas)
c ➢ Circulation (Peredaran Darah)

https://www.youtube.com/watch
?v=MLQ0Q8V0ES0

DANGER
(BAHAYA)

➢ sebelum memulakan usaha bantuan
permulaan
- pastikan kamu, mangsa dan
orang lain yang berada di
tempat kejadian selamat dari
punca yang membahayakan

➢ kenalpasti bilangan individu yang
memerlukan bantuan kecemasan

➢ teruskan usaha menyelamat apabila
persekitaran telah dipastikan
selamat.

RESPONSE
(GERAK BALAS)

➢ pastikan mangsa dalam keadaan sedar
dengan menggoncangkan badannya
sambil bertanya dengan lembut
seperti ‘siapa nama kamu?’ atau
‘kamu berada di mana?’

➢ jika mangsa sedar, teruskan
pemeriksaan bagi memastikan tiada
sebarang kecederaan yang lain
seperti luka atau patah

➢ sekiranya mangsa tidak sedar,
alihkan kedudukannya secara menyisi
bagi membantu membuka ruang
pernafasannya.

AIRWAYS
(SALURAN PERNAFASAN)

➢ pastikan saluran pernafasan mangsa
terbuka dan tiada objek yang
menghalang pernafasan seperti lidah
atau sisa makanan

➢ jika ada objek yang menghalang
pernafasannya, keluarkan objek
tersebut agar mangsa boleh bernafasa
semula. Selepas itu, buka salur
pernafasan mangsa dengan cara
berikut:

▪ letakkan sebelah tangan ke atas dahi mangsa
▪ sokong dagu mangsa dengan tangan sebelah lagi
▪ perlahan-lahan dongakkan kepala mangsa ke

belakang dan buka mulut mangsa

BREATHING
(BERNAFAS)

➢ pastikan mangsa bernafas dengan cara
berikut:

▪ lihat pergerakkan turun naik
dadanya

▪ dengar bunyi semasa mangsa
bernafas

▪ dekatkan pipi ke mulut dan
hidung mangsa untuk merasa haba
panas yang keluar dari mulut dan
hidungnya

➢ pastikan kedudukannya stabil
sekiranya mangsa bernafas dengan
baik

CIRCULATION
(PEREDARAN DARAH)

➢ periksa denyutan nadi mangsa di
bahagian leher (arteri karotid)

➢ jika nadinya berdenyut, teruskan
bantuan proses pernafasan dengan
kadar satu hembusan setiap saat
(12kali hembusan seminit)

➢ jika mangsa tidak bernafas,
berikan bantuan pernafasan
(resusitasi) seperti berikut:

BANTUAN RESUSITASI kaedah memulihkan
seseorang yang hampir
maut secara tiba-tiba
(lemas,serangan jantung)

▪ dongakkan kepala mangsa ke atas
▪ picit hidung mangsa dengan ibu jari dan jari telunjuk
▪ buka mulut dan lekapkan mulut kamu ke mulut mangsa
▪ berikan dua hembusan nafas ke mulut mangsa. pastikan mangsa boleh

bernafas semula dengan berpandukan kaedah breathing (bernafas)

➢ periksa semula denyutan nadi mangsa seperti
langkah pertama. jika nadinya berdenyut dan
mangsa bernafas, pastikan kedudukannya
stabil. bantuan pernafasan perlu dilakukan
sehingga mangsa boleh bernafas semula atau
sehingga pasukan paramedik tiba.

https://www.youtube.com/watch?v=UGFLhQQqFoQ

KAEDAH
D.R.A.B.C


Click to View FlipBook Version