The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sopian Mohamad, 2020-10-19 04:20:31

PBL Sains Tahun 5 BUNYI MODEL BUMI

PBL Sains Tahun 5 BUNYI MODEL BUMI

SK.PEKAN PUTATAN,PENAMPANG
88200 PUTATAN

KOTA KINABALU, SABAH.
NO. TEL:- 088-761941 NO. FAX :-088-763625

Email:[email protected]
Email:[email protected]

___________________________________________________________________________

TUGASAN PROJEK MUDAH

A. PENGENALAN : Murid Tahun 5 Alamanda dan 5 Anemon
i. Nama Murid / Kumpulan : 5 Alamanda / 5 Anemon
: SK Pekan Putatan
ii. Kelas : En. Sopian Bin Mohamad
iii. Sekolah

iv. Guru Pembimbing

B. KANDUNGAN KURIKULUM

i. Tema : BUMI, BULAN DAN MATAHARI :

Buku Teks Sains Tahun 5 : Muka Surat 184

ii. Tajuk : BUMI

iii. Mata Pelajaran : Sains

C. NOTA PAUTAN

Putaran dan Peredaran Bumi

1. Bumi dan semua planet lain beredar mengelilingi Matahari mengikut orbit masing-
masing.

2. Bumi berputar pada paksinya dan pada masa yang sama beredar mengikut orbitnya
mengelilingi Matahari.

3. Paksi ialah garis bayangan yang menghubungkan Kutub Utara dan Kutub Selatan.

Arah dan Tempoh Semasa Putaran dan Peredaran Bumi

1. Bumi berputar pada paksinya dari arah Barat ke Timur.
2. Satu putaran lengkap mengambil masa 24 jam atau 1 hari.
3. Bumi beredar mengelilingi Matahari pada orbitnya mengikut arah lawan jam.
4. Satu peredaran lengkap mengambil masa 1 tahun atau 365 ¼ hari.




























Kesan Putaran Bumi pada Paksinya

1. Putaran bumi pada paksinya menyebabkan berlakunya beberapa kejadian:
1. Kejadian siang dan malam
1. Bahagian bumi yang menghadap Matahari akan mengalami siang.
2. Bahagian bumi yang terlindung daripada cahaya Matahari akan
mengalami malam.
2. Kedudukan matahari kelihatan seperti berubah-ubah terbit dari Timur dan
benam ke Barat
3. Perubahan panjang dan arah bayang-bayang



D. STANDARD KANDUNGAN, STANDARD PEMBELAJARAN DAN STANDARD
PRESTASI

MATA STANDARD STANDARD STANDARD
PEMBELAJARAN PRESTASI
PELAJARAN KANDUNGAN

Sains 11.1 Pergerakan Murid boleh: 1. Menyatakan Bumi berputar
Tahun 5 Bumi dan beredar.
11.1.1 Menyatakan Bumi
berputar pada paksinya dan 2. Menjalankan simulasi kejadian
pada masa yang sama beredar siang dan malam.
mengikut orbitnya
mengelilingi Matahari. 3 Menjelaskan putaran dan
peredaran Bumi dari aspek arah
11.1.2 Memerihalkan putaran dan tempoh.
dan peredaran Bumi dari aspek
arah dan tempoh dengan 4 Memerihalkan Bumi berputar
menjalankan simulasi. pada paksinya dan pada masa
yang sama beredar mengikut
11.1.3 Menunjukcara kejadian orbitnya mengelilingi Matahari.
siang dan malam melalui
simulasi. 5 Menjelaskan melalui contoh
tentang kesan putaran Bumi.
11.1.4 Memerihalkan putaran
Bumi pada paksinya 6 Menjana idea tentang kesan
menyebabkan kesan seperti: lain yang disebabkan oleh putaran
dan peredaran Bumi serta
• • kejadian siang dan melibatkan Bulan dan Matahari.
malam;

• • kedudukan Matahari
kelihatan seperti
berubah-ubah;

• • perubahan panjang
dan arah ba-
yang-bayang.

11.1.5 Menjelaskan

pemerhatian melalui lakaran,
TMK, penulisan atau lisan.

i. Objektif Projek :
Murid dapat memahami konsep Bumi berputar pada paksinya dan pada masa yang
sama beredar mengikut orbitnya mengelilingi Matahari.

ii. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran : Kaedah Projek Mudah/Ringkas

E. ARAHAN /CONTOH PANDUAN
1. Mulakan dengan bola Styrofoam atau Polisterine. Walaubagaimana pun anda
boleh menghasilkan bola dengan menggunakan kertas surat khabar yang digumpal
atau menggunakan belon yang ditampalkan dengan menggunakan kertas surat
khabar.
2. Menghasilkan Bumi dengan menggunakan belon :
i. Tiup belon kemudian tampalkan belon anda dengan menggunakan
kertas surat khabar dengan menggunakan gam.
ii. Tampal setebal yang boleh bagi memastikan bentuk bulat terhasil
pada permukaan belon.
iii. Keringkan belon anda dalam jangkamasa 1 hari atau 2 hari
bergantung kepada saiz belon anda.
iv. Kemudian warnakan belon anda dengan menggunakan warna air
atau yang sesuai.
v. Warnakan bumi anda dengan menggunakan warna biru muda
sebagai latar utama.
vi. Tunggu sehingga kering. Kemudia hasilkan corak permukaan
daratan permukaan belon/bumi anda tadi.
vii. Warnakan permukaan tersebut mengikut kesesuaian yang anda
kehendaki.

Video Rujukan Menghasilkan Model Bumi : https://youtu.be/BwqMlJ3h724

Hasilkan corak permukaan bumi pada belon/bumi yang telah kering tadi

Warnakan permukaan belon/bumi anda yang telah kering tadi dengan dengan warna daratan
dan sebagainya

Hasilkan permukaan gunung pada model bumi anda dengan menggunakan tampalan kertas
surat khabar yang digam. Keringkan dan warnakan dengan menggunakan warna coklat.

Tambahkan model-model seperti kereta, orang atau pokok pada model bumi anda untuk lebih
kreatif dan menarik.Boleh menggunakan model yang dilukis sendiri dan gunakan lidi untuk
diletakkan pada model bumi anda.

Tambahkan awan dengan menggunakan kapas dan lidi pada model bumi anda.Gantungkan
model bumi anda agar lebih menarik atau di dirikan agar lebih stabil.

G. JADUAL PELAKSANAAN

i. Tempoh Pelaksanaan : 2 Minggu

ii. Tarikh Mula : 20 Oktober 2020| Selasa
iii. Tarikh Penghantaran : 02 November 2020 | Isnin

MINGGU AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN
1 dan 2
1. Murid diminta menghasilkan sebuah Model Bumi.
2. Murid dibimbing ahli keluarga yang ada di rumah bagi melaksanakan projek

ringkas tersebut.
3. Sekiranya mempunyai akses internet, sumber rujukan dari pautan link yang

diberikan boleh dijadikan sebagai panduan atau rujukan ketika membuat projek
atau merujuk pada arahan yang telah disertakan.

https://youtu.be/BwqMlJ3h724
4. Murid boleh menyediakan penghasilan projek dari bahan buangan yang di

persekitaran atau yang bersesuaian.
5. Hati-hati ketika menjalankan penghasilan projek dan sentiasa UTAMAKAN

KESELAMATAN ANDA terutama apabila melibatkan penggunakan peralatan
tajam seperti pisau dan sebagainya.

6. Murid harus memahami terlebih dahulu konsep pembelajaran yang
diketengahkan bagi pelaksanaan projek ini iaitu BUMI dalam aplikasi Model
BUMI anda. Sumber rujukan buku teks Sains Tahun 4 boleh dilihat pada muka
surat 160-166.

7. Murid boleh berpandukan arahan yang diberikan ketika membina projek
berkenaan. Sila ikut langkah demi langkah dan minta bantuan dari ahli keluarga
sebagai bimbingan.

8. Murid boleh menghias Model BUMI masing-masing mengikut kesesuaian
dengan menggunakan bahan yang sedia ada di rumah sebagai bonus dan markah
tambahan kepada projek yang telah dihasiikan.

9. Murid diminta untuk menggambar semasa penghasilan projek tersebut dan
hendaklah dihantar kepada guru sebagai rujukan dan perekodan.

10. Hasil karya murid perlu Digambar dan disimpan untuk dibawa ke sekolah
sebagai bukti setelah tamat tempoh PKPD BERSASAR COVID19.

11. Setiap murid berhak menghasilkan Model Gitar yang sesuai dan mengikut
kemampuan masing-masing dan kreatif.

H. PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN

i. Instrumen yang digunakan : Model Rekaan Projek - BUMI

ii. Rubrik Pentaksiran : Merujuk Standard Prestasi DSKP


Click to View FlipBook Version