SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN PUTATAN
Kampung Pasir Putih, Putatan,
88200 Kota Kinabalu, Sabah
TUGASAN PROJEK MUDAH
A. PENGENALAN
i. Nama Murid / Kumpulan : Murid Tahun 4 Anggerik/4 Akasia/4 Alpinia
ii. Kelas : 4 Anggerik/ 4 Akasia / 4 Alpinia
iii. Sekolah : SK Pekan Putatan
iv. Guru Pembimbing : En. Sopian Bin Mohamad
B. KANDUNGAN KURIKULUM
i. Tema : DIAROMA : Buku Teks PSV Tahun 4 Muka Surat 85-88
ii. Tajuk : DIAROMA
iii. Mata Pelajaran : PSV
C. NOTA PAUTAN
Apa Itu Diorama?
Diorama adalah satu model tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk
menggambarkan situasi yang sebenar. Diorama biasanya dipamerkan di dalam muzium
untuk menceritakan peristiwa-peristiwa sejarah atau untuk tujuan pendidikan. Selain itu,
diorama juga disimpan sebagai koleksi seni di dalam rumah. Diorama terdapat dalam
pelbagai bentuk, saiz dan tahap ketelitian. Diorama biasanya dibina di atas tapak khas yang
dipanggil diorama base.
CONTOH DIAROMA
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN PUTATAN
Kampung Pasir Putih, Putatan,
88200 Kota Kinabalu, Sabah
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN PUTATAN
Kampung Pasir Putih, Putatan,
88200 Kota Kinabalu, Sabah
D. STANDARD KANDUNGAN, STANDARD PEMBELAJARAN DAN STANDARD PRESTASI
MATA STANDARD STANDARD
PELAJARAN KANDUNGAN PEMBELAJARAN
PSV 1.1 Bahasa Seni Murid boleh :
Tahun 4 Visual
1.1.3 Mengenal pasti dan membanding beza bahasa seni visual
yang ada pada karya dalam Bidang Membentuk dan Membuat
Binaan:
(ii) diorama
2.1 Kemahiran Seni Murid boleh :
Visual
2.1.8 Mengaplikasikan bahasa seni visual pada karya diorama
dalam Bidang Membentuk dan Membuat Binaan melalui
penerokaan:
(i) media dan teknik binaan.
(ii) proses pengkaryaan.
3.1 Penghasilan Murid boleh :
karya kreatif
3.1.4 Menghasilkan produk kreatif dalam Bidang Membentuk
dan Membuat Binaan berdasarkan:
(i) penentuan tema dan tajuk melalui sumber idea.
ii) penentuan fungsi dan rekaan melalui sumber idea.
(iii) perkembangan idea reka bentuk dengan menekankan
aspek keselamatan dalam penghasilan.
(iv) penetapan jenis media dan teknik yang sesuai berdasarkan
reka bentuk yang kukuh, tahan, kuat dan selamat.
(v) disiplin pengkaryaan dan nilai murni.
(vi) kemasan akhir.
i. Objektif Projek :
a. Murid dapat memahami konsep diaroma dan mengaplikasinya
dalam penghasilan model binaan ringkas iaitu DIAROMA BERTEMA
. Hidupan dalam laut
. Taman Bunga
. Zoo ( Haiwan )
ii. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran : Kaedah Projek Mudah/Ringkas
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN PUTATAN
Kampung Pasir Putih, Putatan,
88200 Kota Kinabalu, Sabah
E. ARAHAN /CONTOH PANDUAN
Aktiviti : Diorama
Tema : Hidupan Laut
Tajuk : Akuarium
Cara penghasilan:
1) Menyediakan kotak / membalut kotak
2) Menghias bahagian dalam kotak / pemandangan belakang taman
3) Melukis, menggunting dan menghasilkan bentuk-bentuk hidupan laut
4) Melukis, mewarna dan menggunting gambar hidupan laut yang telah dilukis
5) Melakar dan menggunting bentuk-bentuk batu karang
6) Menyusun atur dan menghias bahagian dalam kotak menggunakan hiasan yang telah
dibuat
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN PUTATAN
Kampung Pasir Putih, Putatan,
88200 Kota Kinabalu, Sabah
G. JADUAL PELAKSANAAN
i. Tempoh Pelaksanaan : 1 Minggu
ii. Tarikh Mula : 13 Oktober 2020| Rabu
iii. Tarikh Penghantaran : 20 Oktober 2020 | Selasa
MINGGU AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN
1 1. Setiap murid dikehendaki menghasilkan DIAROMA yang bertemakan
ALAM SEMULAJADI seperti :
a. Hidupan dalam laut
b. Taman Bunga
c. Zoo ( Haiwan )
2. Anda perlu memilih salah satu daripada tema yang dinyatakan di atas.
3. Penggunaan bahan atau alat adalah mengikut kesesuaian tema yang
dipilih. Gunakan bahan sedia ada yang ada di rumah anda.
4. Murid dibimbing ahli keluarga yang ada di rumah bagi melaksanakan
projek ringkas tersebut.
5. Sekiranya mempunyai akses internet, sumber rujukan dari pautan link
yang diberikan boleh dijadikan sebagai panduan atau rujukan ketika
membuat projek atau merujuk pada arahan yang telah disertakan :
https://youtu.be/yeI8ripxVBA
https://youtu.be/ZPKl6a2BF9E
https://youtu.be/XdEfXhBTp9Q
6. Hati-hati ketika menjalankan penghasilan projek dan sentiasa
UTAMAKAN KESELAMATAN ANDA terutama apabila melibatkan
penggunakan peralatan tajam seperti pisau dan sebagainya.
7. Murid boleh menghias Model DIAROMA masing-masing mengikut
kesesuaian dengan menggunakan bahan yang sedia ada di rumah
sebagai bonus dan markah tambahan kepada projek yang telah
dihasiikan.
8. Hasil karya murid perlu Digambar dan disimpan untuk dibawa ke
sekolah sebagai bukti setelah tamat tempoh PKPB BERSASAR COVID19.
9. Setiap murid berhak menghasilkan Model DIAROMA yang sesuai dan
mengikut kemampuan masing-masing dan kreatif.
H. PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN
i. Instrumen yang digunakan : Model DIAROMA – BERTEMA
ii. Rubrik Pentaksiran : Merujuk Standard Prestasi DSKP