The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

tugasan kerja kursus penulisan esei gwcp1042

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1242-15-farah, 2021-11-02 01:05:41

tugasan kerja kursus penulisan esei gwcp1042

tugasan kerja kursus penulisan esei gwcp1042

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
BATU PAHAT, JOHOR

TUGASAN KERJA KURSUS
GWP1092 WACANA PENULISAN

NAMA PELAJAR : NUR FARAH A’INA BINTI MOHD FAUZI
ANGKA GILIRAN : 2021292310218
NOMBOR KAD PENGENALAN : 030216020498
KUMPULAN/ UNIT : PPISMP/ PAI 4
KOD DAN NAMA KURSUS : GWP1092 WACANA PENULISAN
NAMA PENSYARAH : PUAN ZURAIDA BINTI TALIB
TARIKH HANTAR : TUGASAN 2 : 21 OKTOBER 2021

Pengakuan Pelajar

Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh : 7/11/2021

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Nama :NUR FARAH A’INA BINTI MOHD FAUZI Angka Giliran:2021292310218
Kod:GWCP1042 Nama Kursus:PENULISAN AKADEMIK

Pensyarah :PUAN ZURAIDA BINTI TALIB

Tarikh Hantar :21/10/2021 Tarikh Terima Diisi oleh pensyarah

Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh:21/10/2021

Perincian Maklum Balas Kerja Kursus Moderator (jika berkaitan)
Pemeriksa Kekuatan:
Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Tanda tangan: Tarikh: Tanda tangan: Tarikh:

Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar : Tarikh :

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT
Borang Maklum Balas Kerja Kursus

Penghargaan 4

Tugasan 2 : 5-6
Cara-cara pembelajaran dalam talian
yang efektif untuk pelajar di institut
pendidikan guru

Pendahuluan 5-6
7-8
Latar belakang perbincangan 7-8
7-8
Pandemik Covid-19:
Impak Pandemik Covid-19 Mengubah 9
Wajah Dunia Pendidikan di Malaysia 10

Penutup

Bibliografi

Lampiran

3

PENGHARGAAN
Alhamdulillah,setinggi-tinggi kesyukuran diagungkan terhadap Allah SWT kerana berkat
limpah dan kurnia yang diberikan olehNYA iaitu segala nikmat yang dianugerahkan oleh
Sang Pencipta dapat saya merasai nikmat sihat,hidup dan tenaga serta semangat yang
tinggi pada yang sama dapat juga saya menyiapkan tugasan kerja kursus yang diberikan
ini dengan berjalan lancar dan berkesan.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya bagi subjek ini
iaitu Puan Zuraida binti Talib kerana berkat tunjuk ajar serta bimbingan beliau
memudahkan lagi kerja saya untuk menjadikannya sebagai panduan yang dapat
membantu saya untuk menghasilkan satu kerja kursus yang sistematik dan berkesan..
Bukan itu sahaja,malah saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasiih terhadap
keluarga saya yang sudi menyokong saya sepanjang saya bertungkus lumus dan
bersungguh-sungguh untuk menyiapkan tugasan yang diberikan ini.
Saya juga dapat menyiapkan tugasan ini kerana pada masa yang sama saya juga turut
mendapat sokongan daripada pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Akhirulkalam,saya berharap hasil daripada kerja kursus ini saya dapat meningkatkan
penguasaan kefahaman yang relevan bagi subjek ini agar saya dapat mengaplikasikan
penulisan ini pada masa hadapan.

4

TUGASAN 2 :
CARA-CARA PEMBELAJARAN DALAM TALIAN YANG EFEKTIF UNTUK PELAJAR

DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Oleh:
NUR FARAH A’INA BINTI MOHD FAUZI

KURSUS PENULISAN AKADEMIK

PENDAHULUAN

Pada mulanya,saya akan menyatakan terlebih dahulu tentang tujuan saya menghasilkan
penulisan esei ini.Tujuan saya menulis penulisan esei ini adalah untuk meyakinkan para
pembaca yang boleh menyebabkan mereka berasa yakin dan semangat dengan
penulisan ini kerana mengandungi struktur ayat yang sistematik dan pada masa yang
sama dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang
topik yang ditulis. Namun begitu,dalam penulisan ini ,saya juga akan menyatakan tentang
maksud pembelajaran secara atas talian serta cara-cara pembelajaran atas talian yang
efektif di Institut Pendidikan Guru.Pembelajaran atas talian bermaksud pendidikan yang
memberi kebebasan dan keringanan kepada para pelajar untuk menjalankan
pembelajaran secara atas talian hanya di rumah dan tidak wajib untuk hadir ke sekolah
akan tetapi para pelajar boleh menggunakan talian yang disediakan selengkapnya dan
sepanjang waktu pembelajaran dijalankan. Menurut Kathie & Lynnae (2009), hasil
dapatan kajian menunjukkan bahawa empat perkara utama yang mempengaruhi
pembelajaran online adalah isi kandungan pembelajaran, komunikasi, ujian dan juga
kemudahan memuatnaik atau memuat turun bahan berkaitan pembelajaran. Bahagian isi
kandungan pembelajaran merangkumi aspek panduan penggunaan, nota ataupun modul
pembelajaran, unsur-unsur media yang digunakan, pautan info pembelajaran, pautan isi
kandungan dan juga sumber yang berbentuk interaktif. Dari segi komunikasi pula, elemen
yang berkaitan adalah pengumuman, laman sembang, laman perbincangan dan juga mail
manakala ujian pula merangkumi tugasan, kuiz, permarkahan ataupun gred, latihan
pengukuhan, soalan-soalan lepas, jurnal yang berkaitan dengan tajuk pembelajaran dan
juga soalan kaji selidik. Selain daripada itu, kemudahan untuk menghantar tugasan
secara online melalui kaedah turn in mempermudahkan pengajar dan juga pelajar kerana
pengredan dan pemberian markah keatas tugasan yang diberikan boleh dilakuakan di
mana-mana sahaja tanpa perlu membawa kertas jawapan dan juga pen. Berbeza pula
dengan Joi et al. (2011), e-learning, online learning dan juga pembelajaran jarak jauh

5

melibatkan pembelajaran yang berasaskan kepada penggunaan laman sesawang. Selain
daripada itu, penentuan mata pelajaran, tajuk pembelajaran dan juga objektif
pembelajaran adalah bergantung sama ada pembelajaran kendiri, pembelajaran terarah
ataupun pembelajaran bersumberkan guru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
terdapat perbezaan terdapat jangkaan dan juga persepsi bagi e-learning, online learning
dan juga pembelajaran jarak jauh. Dalam pada itu,saya juga akan memerihalkan tentang
cara-cara pembelajaran atas talian yang efektif di Institut Pendidikan Guru.Cara-cara
pembelajaran atas talian yang efektif di Institut Pendidikan Guru ialah sebagai pelajar
boleh menjalankan sesi pembelajaran atas talian yang efektif seperti menghadiri kuliah
atau kelas yang diadakan oleh pensyarah di rumah melalui pelantar seperti
Whatsapp,Google Meet Telegram atau Google Clasroom sama ada secara segerak atau
tidak segerak bagi memudahkan lagi sesi pembelajaran supaya berjalan dengan lancar
dan berkesan.Selain itu,sebagai seorang pelajar juga mestilah menguasai online learning
secara kreatif dan inovatif untuk memudahkan pelajar menyampaikan maklumat yang
jelas dan tepat serta meningkatkan kemahiran pelajar dalam menyediakan maklumat
yang relevan yang dapat membantu pelajar untuk menghasilkan satu bentuk maklumat
yang efektif untuk dikongsi dengan orang lain.Di samping itu,pelajar juga boleh mengenal
pasti cara-cara untuk menggunakan alat-alat atau kaedah dalam proses pembelajaran
melalui bagi meningkatkan aspek kemajuan dalam belajar.Dengan cara ini pelajar juga
dapat mempengaruhi pemikiran orang lain untuk meningkatkan teknik pembelajaran
mereka sepanjang proses pembelajaran.

6

LATAR BELAKANG PERBINCANGAN

Pada pandangan saya terhadap cara-cara pembelajaran atas talian yang efektif di Institut
Pendidikan Guru boleh juga dikaitkan dengan isu semasa pada masa kini iaitu isu covid-
19 yang amat memberi kesan bukan sahaja kepada ekonomi negara malah juga turut
memberi kesan kepada bidang pendidikan negara kerana pelajar tidak digalakkan untuk
ke sekolah dan hanya menjalankan pembelajaran di rumah secara atas talian.Namun
begitu,pembelajaran secara atas talian juga memberi implikasi kepada para
pelajar.Antara implikasi pembelajaran secara atas talian ialah dapat menjejaskan peratus
kehadiran murid dalam kelas kerana terdapatnya murid yang mengalami masalah talian
yang tidak dapat dielakkan dan.Implikasi yang seterusnya pula ialah kerana adanya
suasana yang kurang kondusif disebabkan adanya gangguan dalam isi rumah yang boleh
memberi kesan kepada pelajar untuk fokus terhadap pembelajaran malah ia juga turut
menggangu emosi pelajar dan boleh menyebabkan pelajar berasa tertekan kerana kurang
memahami apa yang diajar dan ketinggalan dengan maklumat-maklumat yang
penting.Sehubungan dengan itu,saya juga akan memberikan pandangan terhadap pelajar
boleh menjalankan sesi pelajaran atas talian yang efektif secara segerak dengan
menghadiri kuliah atau kelas melalui pelantar ‘Google Meet’atau ‘Zoom’ bagi
membincangkan tajuk-tajuk pembelajaran dan di sini juga saya boleh menyatakan
bahawa para pelajar boleh menghadiri juga kelas secara tidak segerak melalui pelantar
seperti Whatsapps,Telegram atau Google Classroom untuk mengetahui tentang tugasan
yang diberikan oleh para pensyarah.Dari sudut perspektif yang lain,pelajar yang
menguasai kemahiran secara online learning juga dapat membantu dan menarik minat
pelajar lain untuk mendalami dan mempelajari tentang aplikasi ini agar lebih bersemangat
dan yakin untuk belajar pada masa yang sama dapat juga membimbing pelajar yang
buntu dalam mencari penyelesaian untuk menuntut ilmu.Pada pandangan saya yang
terakhir ialah pelajar juga boleh mengenal pasti sehingga dapat menganalisis tentang
alat-alat atau kaedah-kaedah pembelajaran yang efektif walaupun secara atas talian
kerana bukan sahaja dapat mempengaruhi orang lain malah kita juga dapat mengatasi
kelemahan dan kekurangan kita dengan menjalankan tindakan yang optimis ini.

7

Seterusnya, saya juga ingin menyatakan tentang salah satu cara hasil pembelajaran atas
talian yang efektif dengan lebih mendalam. Saya kembangkan lagi tentang pembelajaran
secara atas talian dengan menghadiri kelas atau kuliah secara segerak atau tidak dapat
juga membantu pelajar untuk mendapatkan maklumat yang penting daripada
pensyarah.Jadi,setiap pelajar perlulah sentiasa rajin menghadiri kelas dan peka dengan
borang kehadiran yang diberikan kerana melalui kehadiran juga merupakan salah satu
penilaian daripada para pensyarah bagi setiap murid.Sekiranya pelajar gagal mengisi
borang kehadiran pelajar di platform yang disediakan ole pensyarah,ia akan memberi
kesan kepada pelajar untuk mengambil sesuatu peperiksaaan yang telah ditetapkan oleh
pihak Institut.Dalam pada itu,pelajar juga perlulah rajin memberikan maklum balas
sekiranya pensyarah menanyakan sesuatu ini kerana para pensyarah juga ingin
mentaksirkan mengenai kemahiran dan kelebihan yang ada dalam diri seorang pelajar
yang ingin berjaya.Namun begitu, pelajar juga mestilah selalu rajin bertanya sekiranya
menghadapi kesulitan dalam proses untuk memahami sesuatu topik pembelajaran dan
jangan sesekali memendamnya.Penggunaan pelantar-pelantar ini juga dapat
mewujudkan komunikasi antara guru dan murid tidak kira sama ada melalui komunikasi
secara langsung atau tidak langsung akan tetapi komunikasi secara langsung merupakan
perkara yang lebih relevan berbanding komunikasi secara tidak langsung kerana
komunikasi secara langsung dapat mewujudkan interaksi dua hala antara guru dan
pelajar juga dapat membimbing pelajar untuk mewujudkan sifat berani kerana itu juga
merupakan elemen yang penting dalam proses pembelajaran.Tambahan pula,komunikasi
secara tidak langsung agak mencabar kerana pelajar hanya akan mendapatkan sesuatu
maklumat itu hanya daripada bahan bacaan,jurnal atau tugasan dan tidak bersama-sama
dengan guru.Jadi penyampaian maklumat itu akan mengambil masa yang agak lama
untuk pelajar mendalami tentang sesuatu topik.Hal ini juga disebabkan pelajar yang
kurang bertanya,ianya akan menyebabkan pelajar gagal dalam pelajaran.

8

PENUTUP

Akhirulkalam,apa yang dinyatakan di atas sudah terang lagi bersuluh bahawa cara-cara
pembelajaran atas talian yang efektif amatlah penting bagi setiap insan yang bergelar
pelajar dan perlulah diberi perhatian yang sewajarnya dalam mengambil tindakan yang
efektif agar dapat menjamin masa depan yg cerah.Sebagai anak watan yang berwawasan
dan pewaris legasi nenek moyang,marilah kita bersendel bahu melangkah sederap dan
seiringan dengan para cendekiawan serta teknorat menuju ke arah kecemerlangan di
dunia dan di akhirat .Dengan kerjasama yang berkesan dapat juga kita sama-sama
membimbing dan memimpin generasi anak muda ke arah jalan yang lurus agar mereka
tidak terpengaruh dengan unsur-unsur negatif yang boleh mengeruhkan masa depan
mereka.Setiap pelajar tidak boleh menjalankan tugasan seperti melepaskan batuk di
tangga.Manakala masyarakat pula tidak sewajarnya mengamalkan amalan legularisme
ketika memupuk sikap bekerjasama dalam menyokong pelajar dalam bidang pendidikan
kerana ia merupakan contoh yang tidak baik terhadap diri seorang pelajar sehingga boleh
mengganggu proses pembelajaran mereka.Kerjasama yang erat akan dapat
merealisasikan hasrat Perdana Menteri yang bertepatan dengan slogan
Cemerlang,Gemilang dan Terbilang.

(1240 patah perkataan)

9

BIBLIOGRAFI

A. Shukor, N., Tasir, Z., & Meijden, H.V.D. (2015). An examination of online
learning effectiveness using data mining. Global Conference on Business& Social
Science – 2014. Procedia – Social and Behavioral Sciences, 172(2015), pp. 555-
562.
Dasar E-Pembelajaran Negara (DePAN), (2010) Asia e University
https://meipta.files.wordpress.com/2011/06/dasar-e-pendidikan-negara.pdf
Davison, M.M., Robert, T.N., & Dorothy C.Y., (2006). The Learning Styles,
Expectations, and Needs of Online Students. College Teaching, 54(1), 185-189.
Hernandez-Garci, A., Gonzalez-Gonzalez, I., Jimenez-Zarco, A.I., Chaparro-
Pelaez, J., (2015) Applying social learning analytics to message boards in online
distance learning: A case study. Computers in Human Behavior, 47 (2015), pp.
68–80
Joi, L.M., Camille, D.D. & Krista G. (2011). E-learning, online learning, and
distance learning environments: Are they the same? Internet and Higher
Education, 14(2011), pp. 129-135
Junaidi, J. & Jailani, M. (2010). Fakor-faktor yang mempengaruhi E-Learning di
kalangan pelajar-pelajar tahun empat, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia. Artikel. Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository, pp 1-8.
Kathie, G. & Lynnae, R. (2009). Identifying the characteristics of e-learning
environments used to support large units. Proceeding ascilite Auckland. University
of Western Sydney, pp. 338-345
Kianian, M., Harun, J. & Ehsaei, F.G., (2013). Instructional engineering for
acceptance of Web 2.0 technologies to promote critical thinking. Artikel.
International Journal of Future Computer and Communication, 2 (3), pp. 174-178

10

LAMPIRAN
11

12


Click to View FlipBook Version