The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Amier Izz, 2022-05-28 10:44:50

EFOLIO MPU

EFOLIO MPU

POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN
MPU23032

PENGAJIAN ISLAM
SESI 1 2021/2022

TAJUK TUGASAN:
GEJALA PLAGIAT AKADEMIK YANG BERLELUASA DALAM

KALANGAN PELAJAR

PROGRAM : DDT

NAMA PENSYARAH
USTAZ MOHD FADHIL BIN AZIZ

JABATAN

J J K
KELAS: DDT2A
JABATAN: JTMK

NAMA PELAJAR NO. MATRIK
ANIQ HAFIY BIN ROSLAN 18DDT21F1026
18DDT21F1114
1. 18DDT21F1120
18DDT21F1014
MUHAMMAD HAFIZ BIN AMDAN 18DDT21F1044

2.

SHAIKH HAZIQ HARIRI BIN SHAIKH HAMZAH

3.

MUHAMMAD AMIR IZZAT BIN ROZALI

4.

MUHAMMAD HASNAN BIN HASSANNUDDIN

5

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
2
BIL. PERKARA 3
1 PENGHARGAAN 4
2 OBJEKTIF KAJIAN 5-6
3 PENGENALAN 7
4 PUNCA/SEBAB 8
5 KESAN NEGATIF 9
6 CARA MENGATASI 10
7 KESIMPULAN
8 SUMBER RUJUKAN

1

PENGHARGAAN

Assalamualaikum,
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya setelah

bertungkus lumus dapat kami menyiapkan tugasan berkumpulan e-folio yang
bertajuk gejala plagiat akademik yang berleluasa dalam kalangan pelajar ini,
dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Terlebih dahulu, jutaan terima kasih
diucapkan kepada pensyarah mata pelajaran MPU23032 Pengajian islam kami
iaitu Ustaz Mohd Fadhil Bin Aziz. Beliau telah banyak membantu kami dalam
menjalankan tugasan ini dan telah berusaha memastikan agar segala
penyampaian pengajarannya difahami oleh kami.Ucapan terima kasih juga
kepada rakan-rakan kami yang banyak memberi sokongan dan kerjasama yang
erat kepada kepada kami semasa proses menyiapkan tugasan ini. Budi baik
rakan-rakan semua, kami ucapkan berbanyak terima kasih. Tanpa mereka
mungkin kami tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada sesiapa yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan tugasan ini, kami
ucapkan berbanyak terima kasih dan setinggi penghargaan kepada mereka yang
terlibat. Sekian, Terima kasih.

2

OBJEKTIF

Melalui tugasan ini kami rangkumkan beberapa objektif seperti yang berikut :
Tugasan ini dibuat secara umumnya ialah untuk mengenal pasti

permasalahan yang telah dihadapi oleh pelajar-pelajar di Malaysia. Jadi, sumber
sahih yang diperolehdari pelbagai bahan dan media membantu kami membuat
tugasan ini dengan tatacara yang betul, tepat dan jelas. Kami telah menguasai
kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis maklumat tentang
kegiatan plagiat yang seringkali berlaku pada masa kini.

Tugasan ini dapat menambah pengetahuan kami tentang plagiat di
kalangan pelajar-pelajar di Malaysia. Ini juga memberi kami pendedahan untuk
mengenali dan memahami apakah punca sebenar berlakunya kegiatan plagiat
ini. Bukan itu sahaja, kegiatan ini turut memberikan kesan yang negatif dalam
diri seseorang yang terlibat. Kami juga telah mencadangkan beberapa cara
untuk menghindari kegiatan plagiat ini.

3

PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, plagiat adalah; memplagiat,
mencedok kata-kata, idea, dan sebagainya daripada orang lain dan
menggunakannya sebagai karyanya sendiri atau juga disebut
menciplak.Plagiarisme (Plagiarism) adalah berasaskan daripada perkataan Latin
iaitu plagiarius yang membawa maksud sebagai penculik atau perompak (Oxford
English Dictionary dalam Hansen, 2003; Barnhart (1988) dalam Park, 2003;
Rosnow & Rosnow, 1995).

Manakala menurut Wikipedia, plagiarisme ialah mengakui tulisan orang
sebagai tulisan sendiri; mengakui gagasan orang lain sebagai pemikiran sendiri;
mengakui penemuan orang lain sebagai kepunyaan sendiri; mengakui karya
kelompok sebagai kepunyaan atau hasil sendiri atau menyajikan tulisan yang
sama dalam kesempatan yang berbeza tanpa menyebutkan asal-usulnya.Ia juga
melibatkan perbuatan meringkas dan memprafasakan, dengan mengutip secara
tidak langsung tanpa menyebutkan sumbernya; meringkas dan memprafasakan
dengan menyebut sumbernya, tetapi rangkaian kalimat dan pilihan katanya
masih terlalu sama dengan sumbernya.

Plagiat biasanya berlaku dalam kalangan pelajar sama ada di sekolah
mahupun universiti. Terdapat beberapa punca berlakunya permasalahan
tersebut yang akan mendatang kesan negatif pada mereka.Oleh itu,kami akan
menerangkan beberapa punca, akibat dan cara untuk mengatasi budaya plagiat
dalam kalangan pelajar.

4

PUNCA

Antara sebab-sebab berlakunya gejala plagiat dalam kalangan pelajar adalah

Antara alasan yang biasanya dilontarkan oleh para pelajar apabila diberi
tugasan adalah masa yang tidak mencukupi. Dalam kekurangan masa tersebut,
maka timbul idea untuk mereka menciplak buah fikiran dan hasil kerja pelajar
lain bagi menyiapkan tugasan mereka. Pada pendapat saya, kebiasaannya para
pensyarah akan memberikan masa yang secukupnya untuk mereka menyiapkan
tugasan tersebut. Jadi, alasan tentang kekurangan masa tidak sepatutnya timbul
melainkan sifat pelajar itu sendiri yang suka ambil mudah dan tidak prihatin
tentang tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar. Apabila sifat begini wujud
dalam diri mereka, maka pelajar tersebut lebih suka untuk meniru.

Selain itu, suasana pembelajaran di sekolah sangat berbeza dengan university.
Di pereingkat sekolah, para pelajar sudah terbiasa dengan keadaan di mana guru
mereka akan menyediakan nota-nota untuk mereka rujuk atau ulang kaji.
Apabila mereka menjejakkan kaki ke alam universiti, mareka tidak lagi disuap
dengan nota-nota oleh para pensyarah. Di universiti, segala nota perlu di cari
sendiri oleh para pelajar. Mungkin ada sesetengah pelajar yang tidak dapat
menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut akan mengambil jalan mudah
untuk menyiapkan tugasan mereka. Hal ini demikian kerana mereka sudah
ketinggalan dengan pelajaran dan menemui jalan buntu untuk mendapatkan
nota dan segala maklumat tentang pembelajaran tersebut.

Di samping itu, gejala plagiat ini juga berlaku kerana para pelajar kurang
kemahiran untuk mencari maklumat. Situasi ini akan menyebabkan para pelajar
lebih cenderung untuk melakukan plagiarism. Seharusnya, para ibu bapa atau
guru-guru perlu memberikan pendedahan tentang kemahiran mencari
maklumat sejak dibangku sekolah lagi. Kemahiran mencari maklumat ini
merangkumi cara menyelidik serta mengetahui objektif utama tugasan mereka
untuk memperoleh fakta yang tepat dan padat. Dengan cara ini, para pelajar
dapat menghasilkan tugasan yang berkualiti, tepat dan kreatif.

5

Malahan itu, para pelajar juga kurang membuat persediaan untuk menyiapkan
tugasan. Sekiranya para pelajar tidak melakukan persediaan awal, maka tugasan
yang mereka hasilkan tidak dapat memuaskan hati mereka dan pensyarah.
Sekiranya pensyarah meminta mereka untuk membuat semula tugasan
tersebut, mereka tidak akan bersemangat dan memilih untuk melakukan
plagiarism. Para pelajar tidak sewajarnya bergantung kepada internet semata-
mata apabila membuat tugasan. Hal ini kerana, mereka mempunyai pensyarah
yang lebih berpengalaman dan berilmu pengetahuan untuk mereka dapatkan
bantuan dan nasihat yang baik.

Akhir sekali, kebanyakkan pelajar yang melakukan gejala plagiat ini adalah
terdiri daripada mereka yang mempunyai sifat ikut kawan. Mereka telah dididik
sejak dari sekolah rendah lagi untuk melakukan sesuatu perkara tanpa usaha
sendiri. Mereka akan sentiasa beranggapan bahawa akan ada kawan yang akan
membenarkan mereka untuk meniru kerja mereka. Berjaya ke menara gading
tanpa usaha sendiri adalah perkara yang amat sia-sia kerana mereka hanya
bergantung kepada kawan yang ada di sekeliling mereka sahaja. Malahan
apabila mereka berada di alam pekerjaan juga mereka akan terus melakukan
plagiarism kerana sudah terbiasa dengan perkara tersebut.

6

KESAN NEGATIF

Dalam banyak kes, pelaku plagiat hanya mempertimbangkan kesan apabila
mereka tertangkap melakukan plagiat. Walaubagaimanapun sama ada mereka
ini tertangkap atau tidak, plagiarisme ini menyebabkan beberapa kesan kritikal.
Pertama, mereka menafikan hak diri mereka pelaku plagiat ini juga boleh
merosakkan hubungan dengan rakan sebaya dan pengajar. Pelajar lain akan
kecewa jika mereka membuat sesuatu kerja atau tugasan dengan usaha yang
bersungguh-sungguh tetapi pelaku plagiat ini hanya mengambil jalan mudah
bagi mendapatkan markah yang tinggi

Selain itu, negara memerlukan idea dan perspektif yang baru dan lebih bersifat
tempatan dalam merangka dasar pembangunan dan bukan pandangan yang
diciplak daripada penerbitan asing. Masalah plagiat untuk menyiapkan tesis atau
kertas kerja hanya boleh ditangani jika pihak universiti berwaspada dan
mengambil langkah berjaga-jaga memantau masalah kronik dunia intelektual
ini.

Oleh itu, plagiarisme melalui Internet telah banyak memberi kesan kepada
pembelajaran pelajar universiti. Maka semua pihak perlu memandang serius
gejala ini dan kegagalan menanganinya boleh menjejaskan reputasi dan imej
Malaysia serta mencemar integriti universiti.

7

CARA MENGATASI

Ada pelbagai cara untuk menangani plagiarisme dari berlaku. Langkah-
langkah ini boleh diambil dari aspek individu itu sendiri, masyarakat sesebuah
kelompok akademik, penulis karya akademik dan orang ramai secara
amnya.Mereka sepatutnya mempunyai kesedaran dalam diri mereka tentang
originality atau keaslian sesebuah karya yang mereka hasilkan. Mereka
sewajarnya lebih bersifat jujur dan ada rasa tanggungjawab terhadap karya
akademik mereka sendiri.

Bagi seorang pelajar pula, kesedaran tentang betapa tidak telusnya melakukan
plagiat perlu ada agar mereka tahu kesalahan ini serius dalam dunia akademik.
Mereka sedia maklum yang mencuri itu salah, tetapi tidak endah tentang
mengambil karya orang lain dan masukkan dalam penulisan sendiri tanpa
menyatakan dari mana mereka mendapatkan tulisan-tulisan sedemikian.
Pelajar perlu bersifat lebih bertanggungjawab, prihatin dan jujur dalam
menyiapkan tugasan yang diberikan.

Masyarakat seharusnya lebih peka tentang kesalahan plagiarisme ini dan tidak
sewenangnya memandang rendah pada isu. Ia akan memberi implikasi yang
sangat teruk kepada moral dan akhlak plagiator tersebut. Tanpa kesedaran dari
masyarakat seolah-olah mereka membenarkan anak bangsa khususnya pelajar-
pelajar universiti untuk mengamalkan plagiarisme

Bagi pihak atasan pula, khususnya dalam institusi pendidikan sendiri,
contohnya pentadbiran tertinggi sesebuah universiti yang terdiri dari profesor-
profesor, dan doktor-doktor, waima pensyarah-pensyarah sendiri seharusnya
memberikan panduan dan bimbingan kepada pelajar-pelajar mereka. Selepas
sesuatu tugasan diberikan, mereka sewajarnya memberikan arahan yang jelas
dan terperinci dan menegaskan perlakuan plagiat adalah dilarang sama sekali.

Selain itu,pelajar harus meningkatkan pemahaman bahwa plagiarisme akan
berimplikasi moral; dalam hal ini perlu adanya sosialisasi dan edukasi terkait
anti-plagiat, sebagaimana upaya anti-korups.Pensyarah juga boleh
memberikan sedikit penghargaan kepada pelajar mereka yang tidak melakukan
sebarang aktiviti plagiarisme sepanjang sesi kuliah dengan mereka. Ini boleh
menjadikan mereka percaya pada diri sendiri, yakni penulisan mereka.

8

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, gejala plagiat ini bukanlah satu perkara yang remeh
dan perlu diambil serius oleh para pelajar dan pensyarah. Terdapat pelbagai
kesan negatif yang akan berlaku kepada pelajar yang melakukan perkara ini.
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa internet memberikan banyak
sumbangan kepada kita semua dalam semua bidang. Namun, terdapat segelintir
manusia yang mengambil kesempatan dan menyalahgunakannya untuk
kepentingan sendiri. Hai ini demikian kerana terdapat factor-faktor tertentu
yang mendorong para pelajar untuk melakukan hal tersebut. Oleh yang
demikian, masalah ini haruslah dibendung dan ditangani dengan segera supaya
dapat melahirkan pelajar yang terbaik dan bertanggungjawab yang akan
menjaga nama baik mereka dan universiti mereka sendiri.

9

SUMBER RUJUKAN

✓ https://sweetieyna.blogspot.com/2020/
✓ https://www.mstar.com.my/lain-lain/rencana/2016/01/12/elak-plagiarisme
✓https://anasandthelighthouse.wordpress.com/2015/06/06/langkah-langkah-
menangani plagiarisme-tugasan-etika-dan-profesional/

10


Click to View FlipBook Version