TAKWIN DAN RANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH RENDAH 2024 PERJUMPAAN AKTIVITI GURU BERTUGAS SESI 11 BAB 5 : Menyediakan Satu Projek Kraftangan (Kem Kraf) secara berkumpulan Contoh Projek : Wau Lukisan batik Anyaman Alat perhiasan dari bahan terpakai SESI 12 BAB 6 : ASAS KAWAD Kawad kaki Kawad statik Kawad bergerak ORIENTASI KURIKULUM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DI SEKOLAH RENDAH
ORIENTASI KURIKULUM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DI SEKOLAH RENDAH laporan aktiviti mingguan bsmm
Perjumpaan kali-1 bersama dengan pensyarah MPU 3451a iaitu EN NIK MD DAZPI BIN MUSTAFA dan EN WAN SUHAIMI BIN WAN SETAPA telah dilaksanakan pada 10 Januari 2024. Mereka telah memberi penerangan yang terperinci tentang Rancangan Maklumat Kusus bagi MPU 3451 Bulan Sabit Merah Malaysia. Seterusnya, beliau juga memberikan wajaran yang jelas tentang perkara yang dapat dipelajari pada kelas yang akan datang. Setelah memperkenalkan diri antara satu sama lain, kami juga telah menyanyi sambil mempelajari Lagu BSMM dengan panduan “Youtube”. Kelas pertama ini telah memberi semangat dan sokongan kepada saya untuk menambahkan segala ilmu pengetahuan berhubung rapat dengan subjek MPU 3451. ORIENTASI KURIKULUM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DI SEKOLAH RENDAH 8/1/2024 Tarikh : 8 Januari 2024 Masa : 2.30 p.m. - 4.30p.m. Tempat: Kelas PENGISIAN AKTIVITI
Pada 15 Januari 2024, perjumpaan kedua bagi MPU 3451 telah dilaksanakan pada kelas ketetapan. Sebagai ilmu pengetahuan, saya bersama dengan rakan kadet Bulan Sabit Merah Malysia (BSMM) telah menjalankan aktiviti kawad kaki secara statik dengan panduan pensyarah kita. Muhammad Alif iaitu rakan sekelas telah memimpin aktiviti kawad tersebut. Setelah aktivitinya selesai pada jam 3.30 petang, kami berteruskan dengan pembentangan kumpulan sebagaimana dibahagikan oleh En Dazpi dan En Wan Suhaimi menurut Maklumat Kursus. Oleh itu, kumpulan pertama, kedua dan ketiga telah membentangkan tentang sejarah palang merah, Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa, Konvensyen Geneva dan sebagainya. Segala informasi yang diperoleh daripada pembentangan telah meningakatkan minatnya dan hormat terhadap Unit Beruniform BSMM. ORIENTASI KURIKULUM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DI SEKOLAH RENDAH 15/1/2024 Tarikh : 15 Januari 2024 Masa : 2.30 p.m. - 4.30p.m. Tempat: Kelas PENGISIAN AKTIVITI
ORIENTASI KURIKULUM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DI SEKOLAH RENDAH 22/1/2024 Tarikh : 22 Januari 2024 Masa : 2.30 p.m. - 4.30p.m. Tempat: Kelas PENGISIAN AKTIVITI Pada 22 Januari 2024 bersamaan pada hari Isnin, semua siswa siswi guru BSMM telah datang ke kelas lima minit awal bagi menyediakan peralatan seperti LCD dan sebagainya. Perjumpaan pada kali ini telah diteruskan dengan aktiviti pembentangan bagi topik-topik yang berkenaan. Contohnya, kumpulan keempat telah berkongsi pendapatnya berkaitan asas pertolongan cemas. Segala maklumat atau isi penting yang telah dititikberatkan dapat menggalakkan kita demi mengetahui keberkesanan serta kepentingan pengaplikasian pertolongan cemas.
Kelas ini dipenuhi dengan pembelajaran bagi amali kain anduh sepertimana yang dinyatakan dalam Maklumat Kursus MPU 3451. Oleh hal yang demikian, kadet Syariezamn dengan ahli kumpulannya telah memberi penjelasan yang terperinci dan mengajar cara penggunaan dan penyimapanan anduh . Sebagai hasil pembelajaran, saya telah membelajari lima jenis anduh iaitu anduh besar, kecil, kepala, lengan, anduh menaik dan lain-lain. Kami juga mempraktikkan diri dengan mengikat anduh terhadap rakan sekelasnya. Secara khasnya, saya telah menimba ilmu pengetahuan berkaitan dengan ikatan buku sila dimana ianya adalah signifikan bagi setiap anduk. Tujuan ikatannya adalah untuk memudahkan proses mengikat dan membuka. ORIENTASI KURIKULUM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DI SEKOLAH RENDAH 29/01/2024 Tarikh : 29 Januari 2024 Masa : 2.30 p.m. - 4.30p.m. Tempat: Kelas PENGISIAN AKTIVITI
Memang tidak dapat dinafikan, kelasnya bermula dengan barisan kawad kaki pada jam tepat 2.30 petang. Setelah urusan kawad kawan selesai pada jam 3.30, pensyarah Bulan Sabit Merah Malaysia IPG KKB iaitu EN Dazpi telah meneruskan dengan taklimat Pentaksiran Berterusan MPU 3451. Beliau telah memberi penerangan yang lebih berkesan kepada kami. Segala info yang dikemukakan oleh beliau telah menambahkan semangatnya dari segi pencapaian markah yang cemerlang. ORIENTASI KURIKULUM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DI SEKOLAH RENDAH 19/02/2024 Tarikh : 19 Februari 2024 Masa : 2.30 p.m. - 4.30p.m. Tempat: Kelas PENGISIAN AKTIVITI
Pada 23 Februari 2024 merupakan hari yang paling signifikan kerana amali pemakanan sihat telah dilaksanakan pada hari tersebut. Sebelum bermula dengan ujian amali, kami telah menjalankan aktiviti kawad kaki terlebih dahulu sebagai istiadat permulaan majlis tersebut. Walaupun perkaranya menjadi pengalaman pertama tetapi dapat mencapaikan ilmu yang mencukupi. Saya bersama dengan ahli kumpulannya iaitu Zee dan Hafiq telah berjaya menghasilkan menu makanan sihat dan bersesuai dengan pesakit. Chapati, Masala Kentang, Salad dan Jus Oren ialah antara makanan yang dirancang untuk amali pemakanan sihat. Bukan itu sahaja, kami telah menyampaikan penjelasan yang terperinci tentang menu makanan sihat. Tuntasnya, kami dapat menyelesaikan amali pemakanan sihat dengan cemerlang walaupun enggan menghadapi pelbagairisiko. ORIENTASI KURIKULUM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DI SEKOLAH RENDAH 23/02/2024 Tarikh : 23 Februari 2024 Masa : 2.30 p.m. - 4.30p.m. Tempat: Kelas PENGISIAN AKTIVITI
Aktiviti pada kali ini telah berhubungkait dengan latihan kawad kaki secara berkumpulan. Memang tidak dapat dinafikan, terdapat perubahan yang ketara yang dapat dilikat daripada aktiviti kawad kaki awal dengan sekarang seperti mana dikatakan usaha yang berterusan dapat membawa perubahan. Badan BSMM telah berusaha dengan bersungguh-sungguh dengan latihan atau praktis yang kuat supaya dapat menunjukkan keupayaannya ketika amali kawad kaki dan istiadat. Sebagai ganjaran positif, pensyarah BSMM juga telah memberi dorongan dan sokongan serta dengan pujian atas kemajuan. ORIENTASI KURIKULUM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DI SEKOLAH RENDAH 26/02/2024 Tarikh : 26 Februari 2024 Masa : 2.30 p.m. - 4.30p.m. Tempat: Gelanggang bola tampar PENGISIAN AKTIVITI
Semua kadet BSMM telah melibatkan diri dalam latihan kawad kaki secara kumpulan dan individu bagi kelas kali ini. Badan BSMM telah berusaha dengan bersungguh-sungguh dengan latihan atau praktis yang kuat supaya dapat menunjukkan keupayaannya ketika amali kawad kaki dan istiadat. Sebagai ganjaran positif, pensyarah BSMM juga telah memberi dorongan dan sokongan serta dengan pujian atas kemajuan. Kelas ini merupakan kelas terakhir bagi aktiviti perjalanan kawad kaki. ORIENTASI KURIKULUM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DI SEKOLAH RENDAH 4/03/2024 Tarikh : 4 Mac 2024 Masa : 2.30 p.m. - 4.30p.m. Tempat: Kelas PENGISIAN AKTIVITI
Kadet BSMM telah berasa bersyukur kerana telah menyertai Kursus “First Aider in Very Home (FAIEH)”. En Mohd Ikhwan bin Muketar dan Puan Siti Aishah bt Mohd Rosni merupakan selaku Pegawai Bulan Sabit Merah Malaysia Kelatan dan Pegawai Pembantu Bahagian Latihan. Pengetahuan berkenaan jenis-jenis anduk, balutan serta cara pelaksanaan CPR telah dikongsikan oleh pegawai tersebut. Perkara yang didapati melalui kursus adalah sangat membantu saya demi melaksankan amali CPR dan balutan dengan sesunggguhnya. Walaupun masanya dikira antara 9 jam bagi menyelesaikan kursus, namun saya tetap dapat suatu pengalaman yang baharu bersama dengan pegawai tersebut. Setelah kursus bertamat, sebagai pengiktirafan kadet BSMM IPG Kampus Kota Bharu telah menyampaikan cenderamata kepada pegawaitersebut. ORIENTASI KURIKULUM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DI SEKOLAH RENDAH 9/03/2024 Tarikh : 9 MAC 2024 Masa : 8.30a.m. - 5.00p.m. Tempat: Bilik Mahpoor Baba PENGISIAN AKTIVITI
Amali kawad kaki secara individual dan istiadat dapat diuji dan dinilai pada 18 Mac 2024 yang lalu. Masa yang mencabar dimana semua kadet BSMM telah menunjukkan kemahirannya dari segi penyampaian arahan serta pergerakan ketika kawad kaki. Majlis ini dimula tepat pada pukul 2.30 petang atas kemimpinan pensyarah BSMM iaitu En Dazpi dan En Wan Suhaimi. Kami telah bersedia dengan beberapa alatan yang dikehendaki iaitu bendera Malaysia, Kelantan dan BSMM serta “stand” membaca ikrar bsmm. Semua kadet BSMM telah berkolaboratif antara satu sama lain bagi menjayakan amali istiadat. Setelah selesainya amali istiadat, kami terus bersiap sedia untuk amali kawad kaki secara individual. Tanpa melenggangkan masa, En Dazpi terus memanggil setiap individu BSMM secara giliran. Begitu juga, giliran saya juga telah disampai. Dengan mengukuhkan sikap keberanian, saya telah berjaya menyempurnakan amalitersebut. ORIENTASI KURIKULUM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DI SEKOLAH RENDAH 18/03/2024 Tarikh : 18 Mac 2024 Masa : 2.30 p.m. - 4.30p.m. Tempat: Gelanggang bola tampar PENGISIAN AKTIVITI
Tepat pada pukul 2.30 petang, kami telah berkumpul di bilik muzik bagi sesi taklimat berkaitan amali “Cardiopulmonary Resusciation (CPR)” dan balutan. Majlis tersebut juga bermula dengan kawad kaki istiadat sebagai sesi penghargaan dan penghormatan kepada BSMM. Seterusnya, En Dazpi telah memperincikan langkah-langkah untuk menyaksikan amali tersebut. Kami melaksanakan amali berikut secara berpasangan. Bukan itu sahaja, beliau telah menyediakan beberapa keping kertas untuk menggalakkan kita memilih jenis balutan mengikut situasinya secara rawak bagi amali balutan. Manakala bagi amali CPR pula, EN Wan Suhaimi telah bertanggungjawab untuk menguji dan menilai. Setiap pasanagan memeperuntukkan masanya sebanyak 10 minit untuk menyempurnakan amali tersebut. Natijahnya, kelas terakhir MPU 3451 telah berakhiri dengan ujian amali dengan bekerjasama antara kadet BSMM dan pensyarah. ORIENTASI KURIKULUM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DI SEKOLAH RENDAH 25/03/2024 Tarikh : 25 Mac 2024 Masa : 2.30 p.m. - 5.00p.m. Tempat: Bilik Muzik PENGISIAN AKTIVITI
SEKIAN ....... TERIMA ..... KASIH...