Aku Sebuah kereta
Aku sebuah kereta. Namaku Perodua
Axia. Badanku berwarna biru. Aku
dibuat di sebuah kilang kereta.
Aku dihantar ke kedai untuk dijual.
Akulah yang “ paling cantik “ dan
“ paling mahal “ daripada kereta-kereta
lain. Badanku dihiasi dengan pelbagai
aksesari yang canggih dan terkini.
Setelah sebulan berada di kedai itu,
maka datanglah seorang lelaki
bersama isterinya untuk membeli
kereta. Mereka akhirnya memilih aku
kerana tertarik dengan warna
badanku.
“Biarlah kalah membeli tetapi
menang memakai,” kata wanita itu
kepada suaminya.
Aku dapat tahu bahawa bakal tuan
aku merupakan seorang peguam. Aku
amat bangga kerana akan
bertuankan seorang wanita yang bijak
lagi cantik sepertinya.
Aku digunakan dengan cermat sekali.
Aku akan dimandikan sebanyak dua kali
seminggu. Tuan aku juga akan
memastikan anggota-anggota badanku
berada dan dapat berfungsi dengan
baik.
Masa berlalu dengan begitu pantas.
Dalam sekelip mata, aku telah
berkhidmat kepada tuanku hampir 10
tahun. Usiaku semakin tua dan badanku
juga terasa lemah-lemah.
Pada suatu pagi, tuan aku dan
suaminya telah membawaku ke sebuah
kedai kereta. Rupa-rupanya tuan aku
ingin membeli sebuah kereta baharu. Dia
ingin menukar aku dengan kereta lain.
Walaupun berasa sedih, namun aku
gembira kerana dapat berbakti kepada
tuan aku. Tambahan pula, kereta yang
akan menggantikan aku itu adalah kereta
keluaran Malaysia juga. Sama seperti
diriku.
Kini, tinggallah aku bersama rakan-
rakan yang lain di sebuah kedai kereta
terpakai.