The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by FARISYA BINTI FIAZI IPG-Pelajar, 2024-03-20 12:11:47

BUKU LOG PPIM_FARISYA

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA (PPIM) BUKU LOG UNIT BERUNIFORM PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA (PPIM) Disediakan oleh: FARISYA BINTI FIAZI PISMP JUN 2021/2026 TESL 5 MPU3461a KOKURIKULUM - UNIT BERUNIFORM


Nama : Farisya Binti Fiazi Tarikh Lahir : 3 Februari 2003 Angka Giliran : 2021302340518 No. K/P : 030203-02-0720 No. Telefon : 019-4726032 Alamat : No. 23 Taman Selasih Simpang Empat 06650 Alor Setar Kedah. Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Unit : TESL 5 Jun 2021/2026 Nama Pensyarah :Puan Norhaslina Binti Abu Bakar Jawatan : Ahli Aktif BIODATA


Pertamanya, syukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan saya kesihatan yang baik sepanjang menyiapkan tugasan ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah saya, Puan Norhaslina Binti Abu Bakar atas tunjuk ajar yang diberikan sehingga saya mampu menyiapkan tugasan ini. Selain itu, penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada ahli keluarga saya yang banyak membantu dalam hal tenaga dan kewangan. Tidak dilupakan juga rakan-rakan yang banyak membantu dan memberikan semangat. Tugasan ini juga telah membantu saya dalam proses mengulangkaji pelajaran dan saya berharap akan mendapat pencapaian yang sangat baik dalam mata pelajaran ini. Semoga kerja kursus seperti ini akan terus dijalankan pada masa yang akan datang untuk meningkatkan pengetahuan para pelajar. Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin memohon kemaafan seandainya terdapat kesalahan yang tidak disengajakan dalam tugasan ini. PENGHARGAAN


Pergerakan Puteri Islam Malaysia adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak pada peringkat Kebangsaan, Negeri, dan Daerah di Universiti-Universiti, Maktab-Maktab Perguruan dan Sekolah-Sekolah Menengah dan Rendah. Aktiviti yang dijalankan sebagai Ko-kurikulum secara formal dan tidak formal adalah bertujuan membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pemgembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu demi mewujudkan insan PUTERI yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T. Usaha ini adalah bertujuan menterjemahkan ke dalam diri PUTERI ciri-ciri rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta mampu dan bersedia memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran bangsa, masyarakat dan negara selaras dengan ajaran Islam. FALSAFAH PPIM


Menerusi Penggubalan kurikulum yang komprehensif dan pelaksanaan secara gabung jalin dan bersepadu. PPIM berharap agar mencapai matlamat seperti berikut: Mengimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial, fizikal dan spiritual puteriputeri melalui penyemaian, penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai pendidikan. Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturrahim di kalangan puteri-puteri. Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam pelbagai bidang gerak kerja kokurikulum sekolah, institut, maktab, kolej dan universiti. Meningkatkan disiplin diri puteri-puteri. Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan menyeronokkan. Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat, khasnya masyarakat setempat. MATLAMAT PPIM


Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia di peringkat Institusi Pengajian Tinggi bertujuan: Melahirkan pemimpin yang cekap, berketerampilan, berwibawa, berdedikasi dan mempunyai wawasan bagi mewujudkan masyarakat remaja yang mampu:- - Menghayati dn mengamalkan ketaatan kepada Allah S.W.T, Rasulullah S.A.W dan pemerintah serta cintakan negara. - Menguasai berbagai bidang ilmu - Berakhlak mulia - Berbakti kepada masyarakat tanpa mengira keturunan dan masyarakat Membimbing para pemimpin pelatih PUTERI dari segi intelek, akhlak, emosi, rohani, jasmani supaya menjadi insan kamilah, berilmu, berdaya maju, berdaya juang, berdaya tahan dan berketerampilan. Menyemai rasa cinta dan selesa dengan ajaran Islam supaya hidup mereka kelak berasaskan jalan yang diredhai Allah S.W.T dan dapat berbakti kepada keluarga, agama, bangsa dan negara. Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri dan berwawasan, progresif, berfikiran terbuka serta mampu menjadi penggerak masyarakat. Mengukuh persaudaraan antara genarasi muda dan menghormati generasi lama serta menjadi penghubung kesinambungan antara generasi lama dan baru. OBJEKTIF PPIM


LOGO PPIM Logo PPIM dibentuk dengan suatu linkungan bulat berwarna hijau diapit dengan lingkungan berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau tersebut bertulis PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA. Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan PUTIH dan di dalamnya ditulis dengan huruf jawi Permulaan daripada perkataan “PERGERAKAN PUTERI ISLAM”. (Pa Pa Alif) Dibawah logi ini tertulis perkataan “PUTERI” bagi AhliAhli Puteri. Merah samar: Melambangkan keharmonian dan kelembutan Hijau: Agama, taqwa sebagai TERAS Putih: Kesucian Kuning: Kesetiaan dan ketaatan


Bendera Negeri Bendera Malaysia Bendera PPIM Berbentuk segi empat, berwarna merah jambu, dan di tengah-tengah terdapat lencana pergerakan Ukuran lencana adalah sepertiga daripada ukuran bendera. Ia digunakan pada setiap upacara rasmi dan tatacara perjumpaan BENDERA PPIM Kedudukan bendera dalam upacara rasmi Bendera Negeri Bendera Malaysia Bendera PPIM


MOTO/COGAN KATA PPIM BERILMU BERIMAN BERAMAL


Patuh dan taat kepada Allah dan Rasul Ugama dijunjung adat dikelek Taat kepada ibu dan ayah Erat ukhuwah Islam sejagat Rela berbakti kepada umat Iman dipupuk ilmu dituntut Iman dipupuk ilmu dituntut Sembahyang di tunai setiap waktu Larangan Allah mesti dijauhkan Akhlak mulia mengukuh iman Mukminin mukminat rakyat seperjuangan P U T E R I S I L A M SULUH KATA PPIM


Puteri Lembaga Islam Riang Gembira Tetap Taat Kepada Allah dan Raja Berkorban Untuk Agama dan Negara Dunia Akhirat Mendapat Bahagia Berusaha Mencari Pengetahuan Berbakti Membuat Kebajikan Belajar Mencapai Kemajuan Puteri Lembaga Islam Riang Gembira Tetap Taat Kepada Allah dan Raja Berkorban Untuk Agama dan Negara Dunia Akhirat Mendapat Bahagia LAGU PUTERI


Bahawa kami, ahli-ahli Pergeralan Puteri Islam Malaysia, berikrar akan: Taat kepada Allah, Rasul, pemerintah, guru dan ibubapa Memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak Membangunkan diri dengan sempurna Mengukuhkan silaturrahim sesama puteri Berkhidmat untuk keluarga, masyarakat dan negara IKRAR PUTERI


1. NAMA DAN ALAMAT a) Nama persatuan: Pergerakan Puteri Islam Malaysia b) Alamat: Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Mengkuang, Bukit Mertajam 14000 Pulau Pinang 2. MATLAMAT a) Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek b) Meningkatkan kecergasan dan kecerdasan setiap pelajar yang terlibat dalam aktiviti unit beruniform 3. OBJEKTIF a) Supaya ahli dapat menganggotai Pasukan Pakaian Seragam (Pergerakan Puteri Islam) dengan lebih terpimpin dalam menimba ilmu berpersatuan dan memupuk semangat bertanggungjawab dan disiplin diri b) Ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia akan seberapa daya berusaha untuk mencapai tahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi terutamanya melalui ujian-ujian kecekapan yang diikutinya 4. KEAHLIAN a) Dibuka kepada semua murid perempuan b)Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan c)Ahli-ahli mestilah terima dan bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini. 5. PENASIHAT a)Pengetua hendaklah melantik seorang atau beberapa orang guru sebagai penasihat b)Pengetua perlu menyimpan atau membuat ianya disimpan sebagai rekod berpersatuan PERLEMBAGAAN BADAN BERUNIFORM (PERGERAKAN PUTERI ISLAM) Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996


6. GURU PENASIHAT a) Guru penasihat terdiri daripada guru sekolah b) Guru penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti c)Guru penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan 7.AHLI JAWATANKUASA a)Dilantik semasa Mesyuarat Agung b)Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa menakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa c)Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian d)Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh guru penasihat tanpa mengadakan mesyuarat e)Ahli jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada guru penasihat f) Ahli Jawatankuasa persatuan hendaklah terdiri: Pengerusi Naib pengerusi Setiausaha Bendahari Ahli jawatankuasa (bilangan bergantung kepada keperluan)


8. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA a)Pengerusi Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat Meneliti semua catatan minit mesyuarat dan memastikan semua keputusan yang diputuskaana diambil tindakan yang sewajarnya Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari semasa ke semasa b)Naib pengerusi Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari semasa ke semasa c)Setiausaha Menguruskan hal surat menyurat Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat atau laporan kegiatan-kegiatan Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari semasa ke semasa d)Bendahari Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan persatuan Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab keatas kesahihannya Menyediakan penyata kira-kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa Menyediakan laporan kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari semasa ke semasa


e) Ahli jawatankuasa Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan Mempengerusikan biro sekiranya dilantik Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa 9.KEWANGAN a)Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui derma yang diputuskan semasa mesyuarat agung b)Persatuan juga boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti c)Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut d)Semua pungutan atau penyimpanan boleh dimasukkan kedalam akaun SUWA sekolah sekiranya mendapat kebenaran pengetua atau guru besar 10. KEHADIRAN a)Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan sepanjang tahun b)Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturu-turut dikehendaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian 11. MENGENDALI MESYUARAT a)Setiap mesyuarat yang dijalankan oleh jawatankuasa hendaklah dihadiri oleh guru penasihat 12. PEMATUHAN PENGURUSAN a)Pendaftar, pengetua atau guru besar boleh mengawal mana-mana persatuan sekolah mematuhi peraturan tentang pebgurusan, aktiviti, keahlian atau yang selainnya berkenaan dengan persatuan ini


13. AKTIVITI a) Dijalankan seperti yang dirancang di dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa b)Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh guru penasihat dan diumumkan untuk pengetahuan ahli 14. PERATURAN-PERATURAN a)Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas b)Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli c)Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib 15. KESALAHAN a)Antara kesalahan yang dilarang semasa menjadi ahli kelab ialah: Salah laku jenayah Tingkah laku berunsur lucah Tidak kemas Tidak menepati masa Kurang sopan Melakukan kesalahan kecil 16. LARANGAN a)Pelajar dilarang menyertai aktiviti yang tidak berkaitan dan menyalahi peraturan sekolah dan hukum syarak 17.TINDAKAN DISIPILIN a)Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan b)Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut: Amaran lisan Amaran bertulis Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada guru penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan guru penasihat adalah muktamad


18. PINDAAN PERLEMBAGAAN a) Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda b)Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, guru penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis c)Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh guru penasihat dan ahli jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu d)Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dah disahkan oleh pengetua/guru besar 19. PEMBUBARAN PERSATUAN a)Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara. Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar 20. PERUBAHAN a)Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan bertulis kepada pengetua tentang perubahan dalam perlembagaan yang berkaitan dengan peraturan atau ahli persatuan. Laporan itu hendaklah diserahkan dalam masa 14 hari dari tarikh perubahan. Pengetua berhak menerima atau menolah perubahan tersebut 21. HAL-HAL LAIN a)Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang diajalankan b)Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikut aktivit dengan penuh minat


Keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah menengah dan kurikulum hanyalah berdasarkan kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat yang bersifat memberi bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan. Sejarah Pengasas/Penubuhan SEJARAH PPIM PPIM ditubuhkan pada awal tahun 1960-an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM). LKPIM diilhamkan oleh YMM Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang pertama. 17 JUN 1981 PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Ke-6 Almarhumah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Rahimahallah, di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


17 Jun ialah sambutan Hari Puteri setiap tahun bagi memperingati kelahiran PPIM. Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail dilantik sebagai Yang Di-Pertua PPIM Pertama 20 JUN 1987 - Sambutan Hari Puteri pertama kali diadakan di peringkat kebangsaan. Hari Puteri 1988 - Anugerah “Puteri Cemerlang” dan Piala Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri telah diiktiraf oleh Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM. 2 DISEMBER 1988 - PPIM diiktiraf sebagai sebuah pertubuhan yang berpelembagaan sendiri dan didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan. Piala Pusingan disumbangkan oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun 11 SEPTEMBER 1993 - PPIM bergerak sebagai Pertubuhan Unit Beruniform dalam Ko-Kurikulum (GERKO) di semua maktab perguruan di seluruh Malaysia.


Tujuannya adalah bagi meluaskan penglibatan remaja dan wanita lepasan sekolah dalam kerja-kerja khidmat masyarakat seperti bantuan kepada mangsa banjir dan program ziarah hospital. 23 NOVEMBER 1996 - Skuad Puteri dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail 8 APRIL 2000 - PPIM dilancarkan di Institusi Pengajian Tinggi oleh Y.A.Bhg. Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood di Universiti Islam Antarabangsa Awal 2004 - Ibu pejabat PPIM di bawah kepimpinan Y.Bhg. Puan Sri Hajah Hazizah Haji Tumin (Allahyarhamah) telah berpindah ke Darul Puteri. 24 OGOS 2005 - Perasmian Darul Puteri telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid


Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) adalah sebuah pergakan berpakaian seragam yang bergerak secara sukarela di sekolah-sekolah rendah, menengah, institut dan Institut Pendidikan Guru serta Institusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia. Aktiviti PPIM dijalankan bertujuan untuk membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T. 24 MAC 2007 - Y.Bhg. Datin Hajah Badiah Abdul Manan mengisi kekosongan Yang Dipertua hingga kini. TUJUAN PENUBUHAN PPIM


TATACARA PERJUMPAAN DAN PENUTUPAN


1.1 Ketua pasukan atau kumpulan melakukan kawad kaki asas Baris, senang diri Baris, baris sedia Ke kanan lurus Pandang depan, dari belakang nombor 1.2 Ketua Puteri memberi arahan Kekuatan pasukan atau kumpulan, lapor 1.3 Ketua pasukan atau kumpulan melapor Pasukan (nama pasukan) (bilangan) cukup Pasukan (nama pasukan) (jumlah ahli hadir) daripada (jumlah ahli sebenar) 1.4 Ketua Puteri pusing menghadap tiang bendera, pasukan sudah bersedia 1.5 Ketua Puteri berkawad menemui Ketua Guru Pemimpin atau Guru Pemimpin. Ucapkan salam sambil bersalam dan mohon: Izinkan saya memulakan tatacara perjumpaan 1.6 Guru Pemimpin menjawab: Silakan 1.7 Ketua Puteri menjawab Terima kasih Puan TATACARA PERJUMPAAN LANGKAH 1


2.1 Ketua Puteri balik ke hadapan barisan untuk menjalankan tatacara perjumpaan 2.2 Ketua Puteri memanggil pembaca doa 2.3 Pembaca doa keluar dan berdiri di sebelah Ketua Puteri, memberi arahan: Up Al-Fatihah (Surah Al-Fatihah dibaca serentak oleh semua dengan kuat) Membaca doa perjumpaan dan diaminkan oleh semua Memberi arahan Up (bawa tangan ke muka kemudia turun tangan ke sisi) Bacaan Asmaul Husna bersama-sama Pembaca doa beredar balik ke dalam barisan 2.4 Ketua Puteri memanggil Penaik bendera, bersedia (tiga orang penaik bendera keluar berdiri di tiang bendera dan bersedia untuk acara menaikkan bendera) 2.5 Ketua Puteri menghadap bendera dan memberi arahan Negaraku - mula (ketiga-tiga bendera dinaikkan serentak dengan perlahan. Bendera Malaysia lebih tinggi sedikit kedudukannya daripada bendera PPIM dan bendera Negeri.) LANGKAH 2


2.6 Penaik bendera mengikat tali pada tiang bendera. Puteri ditengah memberi arahan: Siap - undur selangkah ke belakang 2.7 Ketua Puteri memberi arahan: Lagu Puteri mula 2.8 Penaik bendera (Puteri di tengah) memberi arahan: Ke kanan pusing (ketiga-tiga penaik bendera berkawad balik ke dalam barisan, Puteri terakhir yang sampai akan sebut Siap) 2.9 Ketua Puteri memberi arahan: Up (semua Puteri serentak mengangkat tangan untuk bacaan ikrar yang diketuai oleh Ketua Puteri) 2.10 Ketua Puteri memberi arahan Up (turun tangan ke sisi) 2.11 Pemimpin datang ke hadapan Puteri 2.12 Ketua Puteri melaporkan: Kami pasukan (nama pasukan disebut beramai-ramai serentak) seramai (bilangan) siap sedia untuk menerima arahan Puan. Baris, senang diri. LANGKAH 2


2.13 Guru Pemimpin memberi salam dan dijawab serentak oleh semua Puteri. Guru Pemimpin menyampaikan taklimat atau aktiviti yang akan dijalankan sepanjang hari berkenaan. 2.14 Ketua Puteri memberi arahan: Baris, baris...Sedia. Terima kasih Puan. 2.15 Ketua Puteri pusing menghadap barisan dan memberia arahan keluar baris 2.16 Puteri mengambil beg atau peralatan untuk pergi ke tempat aktiviti. LANGKAH 2 Bacaan Asmaul-Husna


1.1 Puteri-puteri berbaris dalam tiga barisan (sama seperti di dalam barisan tatacara perjumpaan) 1.2 Latihan kawad kaki asas. Ketua Puteri memberi arahan: Sedia - baris, senang diri. Baris, baris sedia. Ke kanan lurus, pandang depan. 1.3 Melapor kekuatan pasukan atau kumpulan. Ketua Puteri memberi arahan: Kekuatan pasukan atau kumpulan lapor 1.4 Ketua pasukan atau kumpulan melapor 1.5 Ketua Puteri pusing pandang menghadap tiang bendera (pasukan bersedia) 1.6 Guru pemimpin berjalan ke hadapan Ketua Puteri. Beri ucapan salam. Semua menjawab salam serentak. TATACARA PENUTUPAN LANGKAH 1


2.1 Selepas salam dijawab, Ketua Puteri melapor: Pasukan (nama pasukan) seramai (bilangan) orang sedia mendengar amanat Puan. Baris senang diri 2.2 Guru pemimpin membuat ulasan mengenai aktivit yang telah dijalankan 2.3 Setiausaha atau bendahari membuat pengumuman atau sebarang bentuk pesanan tentang aktiviti akan datang 2.4 Ketua Puteri memberi arahan: Baris, baris sedia. Terima kasih Puan. Izinkan saya memulakan tatacara penutupan. 2.5 Guru pemimpin menjawab Silakan 2.6 Semua dalam keadaan bersedia dan menghadap bendera 2.7 Ketua Puteri memberi arahan: Lagu Puteri mula LANGKAH 2


3.1 Ketua Puteri memberi arahan: Penurun bendera bersedia 3.2 Tiga orang penaik bendera diikuti oleh tiga orang lagi berkawad menuju ke hadapan tiang bendera 3.3 Orang pertama (penaik) berdiri di hadapan, orang kedua berdiri di belakang ke kanan sedikit. Kedua-dua buka ikatan atau simpulan bendera 3.4 Bendera diregangkan di kawasan lapang di hadapan tiang, di hadapan Ketua Puteri. Orang pertama pegang bahagian kepala bendera dan orang kedua pegang ekor bendera. 3.5 Lipat bendera mengikut kiraan Ketua Puteri Satu - Lipat dua kemudia regang semula Dua - Lipat dua lagi kemudian regang semula Tiga - ekor bendera dicantumkan ke kepala bendera Empat - Bahagian ekor dicantumkan lagi ke kepala bendera Lima - Lipat lepas (3 kali) LANGKAH 3


4.1 Keenam-enam penurun bendera berdiri menghadap Ketua Puteri 4.2 Pembawa bendera Malaysia melangkah ke hadapan dan serahkan bendera kepada Ketua Puteri kemudian berundur semula 4.3 Pembawa bendera negeri berjalan ke hadapan dan serahkan bendera kepada Ketua Puteri kemudian balik semula ke tempat dirian asal 4.4 Pembawa bendera Puteri berjalan ke hadapan dan serahkan bendera kepada Ketua Puteri kemudian balik semula ke tempat dirian asal 4.5 Keenam-enam penurun bendera pusing kanan lalu berkawad semula ke barisan asal masing-masing. Orang yang akhir senut Siap. 4.6 Ketua Puteri menyerahkan kesemua bendera kepada ketua Guru Pemimpin LANGKAH 4


5.1 Ketua Puteri memanggil pembaca doa 5.2 Pembaca doa keluar ke hadapan. Ketua Puteri dan pembaca doa pandang menghadap perbarisan atau pasukan 5.3 Pembaca doa mengarahkan: Up - baca doa penutup. Teruskan dengan bacaan tasbih kifarah Up - tangan dibawa ke muka kemudian dijatuhkan tangan ke sisi 5.4 Pembaca doa balik ke tempat 5.5 Ketua Puteri mengarahkan: Keluar baris - baris bergerak keluar baris Tetapi beratur semula dalam barisan untuk bersalaman LANGKAH 5 Tasbih Kifarah


6.1 Membentuk bulatan dan guru pemimpin lain memulakan bersalam berdiri di sebelah ketua pemimpin diikuti oleh Ketua Puteri berdiri bersebelahan 6.2 Ketua pasukan diikuti oleh semua puteri pasukan satu dan seterusnya pasukan yang lain 6.3 Pemimpin memberi pesanan: Jalan berhati-hati Sampaikan salam kepada kedua ibu bapa 6.4 Bersalam mulai dari barisan belakang, salam dengan rakan hadapan seorang demi seorang hingga sampai kepada ketua kumpulan atau kumpulan pasukan terus kepada guru pemimpin akhir sekali ketua guru pemimpin 6.5 Bersalam-salaman sambil berselawat LANGKAH 6


Yang Dipertua Naib Yang Dipertua I Naib Yang Dipertua II Wakil Bahagian Sekolah Bahagian Pelajaran Kementerian Belia dan Sukan Kementerian Perpaduan dan Pembangunan Masyarakat Pusat Islam JPM Ahli Majlis Pentadbir Bendahari Kehormat Setiausaha Kehormat STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN Struktur dan Organisasi Peringkat Kebangsaan


Timbalan Pengerusi Nurul Anis Farafishah Binti Mohd Azaini Pengerusi Nur Shahadah Binti Sha’rani Ahli Jawatankuasa Nuradlin Nabila Binti Abdullah Khadijah Binti Mohd Zamri Siti Nur Amirah Binti Jaafar Nur Syafika Binti Mohd Nazri Amilia Binti Che Omar Bendahari Nurzahirah Batrisyia Binti Mohd Nasir Penolong Setiausaha Fatima Az-Zahra Binti Abdullah Setiausaha Nurul Najibah Binti Ismail Struktur dan Organisasi Peringkat IPGM Kampus Tuanku Bainun Pensyarah Pembimbing Puan Norhaslina Binti Abu Bakar Pengarah YBrs. Kolonel Bersekutu (PA) Mohd Saat bin Abas, BCN


PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN PPIM Baju Puteri Baju Kawad Baju Riadah Uniform Puteri Sekolah Rendah


PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN PPIM Uniform Pemimpin/jurulatih


PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PPIM


1. Borang kebenaran ibu bapa Kebenaran ibu bapa perlu diperoleh sebelum didaftarkan. 2. Borang ahli Guru pemimpin perlu mengedarkan borang ahli kepada pelajar untuk diisi. Borang tersebut perlu disampaikan kepada Jawatankuasa Perhubungan Negeri untuk mendapatkan nombor pendaftaran 3. Pendaftaran pensyarah atau guru pemimpin dan ahli tidak beruniform Menggunakan borang permohonan menjadi ahli (tidak beruniform) Borang hendaklah disahkan oleh Perhubungan Negeri dan keratan hendaklah dihantar ke ibu pejabat PPIM PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN Pendaftaran Ahli dan Kumpulan


1. Jumlah ahli setiap pasukan tidak melebihi 40-50 orang dan terdiri daripada beberapa kumpulan 2. Setiap kumpulan terdiri daripada 10-15 orang. 3. Nama setiap kumpulan terpulang kepada sekolah berkenaan. 4. Nama setiap pasukan hendaklah ditentukan oleh negeri masing-masing mengikut format berikut: Pada tahun 1988 Sekolah Seri Puteri Kuala Lumpur menubuhkan PPIM dengan ahlinya seramai 85 orang. 1. Pengerusi - menjadi pengerusi mesyuarat, bertanggungjawab untuk memastikan segala mesyuarat dan aktiviti dijalankan mengikut perlembagaan. 2. Setiausaha - menjalankan urusan persatuan mengikut perlembagaan, menyimpan minit dan surat menulis laporan mingguan, menyimpan segala rekod, dan menyediakan laporan tahunan persatuan 3. Bendahari - bertanggunggjawab dalam hak kutipan kewangan persatuan apabila ada kutipan berlaku, beliau perlu menyerahkan wang dan senarai nama ahli terlibat kepada guru penasihat. Pembahagian AhliMengikut Pasukan danMenamakan Kumpulan Tanggungjawab Pemimpin


4. Pensyarah pemimpin / ketua guru pemimpin / guru pemimpin perlu membeli: Buku perlembagaan Bendera PPIM Kaset lagu PPIM Lencana pemimpin dan puteri Kad ahli Uniform - kain merah jambu Buku panduan pemimpin Buku pengurusan dan pentadbiran pemimpin Sukatan pelajaran 5. Menyediakan keperluan asas Buku atau rekod pendaftaran ahli Buku atau rekod kehadiran pasukan Buku atau rekod yuran ahli Buku atau akaun (penyata kewangan) Lain-lain keperluan seperti fail, buku stok, copcop


PENSIJILAN SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH


PENSIJILAN SEKOLAH RENDAH Sijil, Lencana dan Pangkat Tahap Puteri Bongsu


Sijil, Lencana dan Pangkat Tahap Puteri Bongsu Cemerlang Diberikan kepada ahli-ahli yang telah mendapat Sijil Tahap Puteri Bongsu oleh Pergerakan Puteri Islam Kebangsaan. Bakal penerimanya boleh dikenalpasti semasa ahli berada ditahun ke-6 persekolahan atau pun berada ditahun ke-3 dalam pergerakan berdasarkan kriteria seperti berikut: a) Telah lulus ujian tahap (Puteri Bongsu) b) Cemerlang dalam bidang akademik c) Mempunyai ciri-ciri kepimpinan d) Berakhlak mulia e) Berwibawa dan bertanggungjawab f) Berwawasan g) Penampilan syakhsiyyah yang terpuji h) Bertoleransi dan bekerjasama i) Kreatif dan inovatif


Anugerah/Penghargaan Khas bagi Sekolah Rendah PUTERI KAYYISA (Puteri yang cerdik dan bijak) PUTERI HARAPAN


PENSIJILAN SEKOLAH MENENGAH Sijil, Lencana dan Pangkat Tahap Puteri Kecil


Sijil, Lencana dan Pangkat Tahap Puteri Tengah


Sijil, Lencana dan Pangkat Tahap Puteri Sulung


Sijil, Lencana dan Pangkat Tahap Puteri Sulung Cemerlang Penganugerahan Lencana dan Sijil Tahap ini merupakan penganugerahan tahap tertinggi diberi kepada Ahli Puteri oleh Pergerakan Puteri Islam Kebangsaan dengan cadangan dari pimpinan sekolah semasa ahli berada di sekolah menengah. Bakal penerimanya hendaklah mempunyai kriteria seperti berikut: a) Telah lulus ujian kesemua tahap yang ada di dalam kurikulum sekolah menengah b) Cemerlang dalam bidang akademik c) Mempunyai ciri-ciri kepimpinan d) Berakhlak mulia e) Berwibawa dan bertanggungjawab f) Berwawasan g) Penampilan syakhsiyyah yang terpuji h) Bertoleransi dan bekerjasama i) Kreatif dan inovatif


Anugerah/Penghargaan Khas bagi Sekolah Menengah PUTERI AZ-ZAHRAA (Puteri yang bersinar dan paling cemerlang) TOKOH PUTERI


Click to View FlipBook Version