The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syuhada306, 2022-01-31 02:08:23

PENENTANGAN DOL SAID TERHADAP KUASA BARAT DI NANING

Kajian Kes Sejarah T3 2021

NAMA : NUR SYUHADA AQILAH BT MOHD ASRI
TINGKATAN : 3 IBNU KHALDUN

NAMA GURU : ENCIK HARRISON RIZAL

ISI KANDUNGAN

Bil. Tajuk Halaman


Jadual Kerja i
ii

Penghargaan 1
2
1. Pernyataan Masalah 3
4
2. Objektif 5
6
3. Kaedah Kajian
7
4. Laporan Kajian
8

4.1 Latar Belakang Dol Said
9

4.2 Sebab dan Penenganan Dol Said 10
di Naning 11


4.3 Peristiwa Penentangan sehingga
Tamatnya Perang Naning

4.4 Faktor Kemenangan Dol Said


pada Perang Naning Pertama dan
Kekalahan pada Perang Naning

Kedua


4.5 Kesan Penentangan

5. Kesimpulan

6. Rujukan

JADUAL KERJA

Bil. Hari / Tarikh Perkara Catatan

Guru matapelajaran sejarah iaitu Encik

1. 23 Januari 2022 Harrison Bin Rizal memberi taklimat Di telegram/

Ahad mengenai Kajian Kes Sejarah Tingkatan rumah

3 2021 kepada pelajar

2. 24 Januari 2022 Mencari maklumat Di rumah
Isnin

3. 27 Januari 2022 Mengumpulkan maklumat dan membina Di rumah

Khamis tajuk kajian kes

4. 28 Januari 2022 Melaksanakan penghargaan , Di rumah

Jumaat pernyataan masalah dan objektif kajian

5. 29 Januari 2022 Menyenaraikan kaedah kajian dan Di rumah
Sabtu melengkapkan laporan kajian

6. 30 Januari 2022 Membuat kesimpulan dan rujukan Di rumah
Ahad

7. 31 Januari 2021 Menghantar hasil kajian kepada guru Di telegram /
Isnin matapelajaran Sejarah , Encik Harrison rumah

Bin Rizal

i

Assalamualaikum. Bersyukur saya kepada Allah SWT kerana
dengan izinnya saya dapat menyiapkan Kajian Kes Sejarah KSSM
Tingkatan 3 2021 ini. Pertama sekali , saya ingin berterima kasih
kepada Tuan Pengetua SMK Tun Habab , Encik Zakaria Bin Abd Jalil
kerana banyak membantu para pelajar termasuk saya sepanjang

proses menyiapkan kajian kes ini. Tuan Pengetua sentiasa
memberikan kata-kata semangat agar kami terus menimba ilmu
dan melaksanakan amanah yang diberikan guru dengan ikhlas dan
jujur. Seterusnya, saya ingin berterima kasih kepada kedua ibu
bapa saya yang menyediakan kelengkapan sekolah, alat tulis dan
sebagainya bagi memudahkan saya menyiapkan kajian kes sejarah
ini. Terima kasih ayah dan ibu. Kemudian, tidak lupa juga berterima
kasih kepada guru matapelajaran sejarah saya iaitu Encik Harrison
Bin Rizal kerana sentiasa mengajar, membimbing dan membantu

saya melengkapkan kajian kes sejarah ini. Banyak ilmu yang
diperoleh daripada cikgu. Terima kasih, cikgu. Selain itu, kepada
kawan-kawan saya iaitu Siti Nur Insyirah Bt Daud dan Aina Insyirah
Bt A.Razak , terima kasih saya ucapkan kerana sudi menolong saya
dari awal hingga siapnya kajian kes ini. Ribuan terima kasih kepada
semua pihak yang membantu saya dari awal hingga akhir. Moga

Allah SWT membalas jasa baik kamu semua.

ii

1. PERNYATAAN MASALAH

Campur tangan kuasa Barat di negara
kita membawa perubahan kepada sistem
pentadbiran tempatan. Perubahan tersebut
menyebabkan masyarakat tempatan tidak
berpuas hati kerana kehilangan hak dan
kedudukan mereka. Oleh itu, mereka bangkit
menentang kuasa British di negara kita
melalui penentangan bersenjata, mencabar
perjanjian dan sistem perundangan. Di
Naning, Dol Said merupakan antara pembesar
tempatan yang menentang pentadbiran

British di sana. Buktikan.

1

2. OBJEKTIF

1. Menyatakan latar belakang Dol Said
2. Mengenal pasti sebab dan penenganan
Dol Said di Naning
3. Menjelaskan peristiwa penentangan
sehingga tamatnya Perang Naning
4. Memberikan faktor kemenangan pada
Perang Naning Pertama dan kekalahan
Dol Said pada Perang Naning Kedua
5. Menghuraikan kesan penentangan

2

3. KAEDAH KAJIAN

1. Kaedah Rujukan Guru
Bimbingan dan tunjuk ajar yang berterusan
dari Cikgu Harrison telah meningkatkan kualiti
hasil kerja saya.

2. Kaedah Penyelidikan Perpustakaan
Saya telah menggunakan buku teks sejarah
KSSM Tingkatan 3 dan buku rujukan sejarah
yang lain untuk membuat rujukan.

3. Melayari Internet
Saya telah melayari beberapa link di internet
untuk mencari maklumat tambahan
berkenaan sejarah Dol Said.

3

4.
LAPORAN

KAJIAN

4

4.1 Latar Belakang Dol Said

Dol Said atau nama sebenarnya ABDUL SAID
dilahirkan pada tahun 1773 dan meninggal dunia
pada tahun 1849 ketika berusia 76 tahun. Beliau
berketurunan suku Semelenggang. Dol Said adalah
penghulu Naning yang ke sembilan selepas
menggantikan Penghulu Anjak pada tahun 1799
ketika beliau berusia 26 tahun.

Sejak kecil lagi Dol Said mempunyai sifat

keberanian apabila beliau mula belajar ilmu

mempertahankan diri pada umur beliau enam

tahun. Dol said seorang yang tekun mengaji, cekap

dalam seni mempertahankan diri dan sentiasa

dihormati oleh orang ramai. Dol Said juga seorang

yang taat kepada kedua orang tuanya.Dengan

sikap terpuji dan jasa beliau inilah Dol Said telah

menjadi contoh pahlawan dan pejuang

kemerdekaan yang jasanya akan dikenang dan

diingati sepanjang hayat.

5

4.2 Sebab dan penenganan Dol Said di
Naning

Dol Said merupakan pemerintah Naning yang
ke-sembilan yang membantah pengenaan cukai
hasil tahunan sebanyak 1/10 ke atas daerahnya
oleh pihak British. Beliau secara keras
membangkang kemasukan tentera British di
Naning . Beliau mendakwa Naning ialah sebuah
negeri yang merdeka. Oleh kerana tidak puas
hati , Beliau merancang startegi dan bertekad
untuk menentang British dengan mengadakan
peperangan bersenjata.

Dol Said menunjukkan kebijaksanaan
peperangannya yang telah mengalahkan pihak
British dalam dua kempen peperangan.
Peperangan Naning, yang berlaku pada tahn
1831 telah menjadikan Dol Said seorang wira
yang berani yang telah mengukir tempat di
sejarah Melaka.

6

4.3 Peristiwa penentangan sehingga
tamatnya perang naning

Sebelum Perang Naning pertama dimulakan pada tahun 1831 , Dol Said
merancang strategi dengan teliti dan cekap tanpa pengetahuan British.
Beliau bermuafakat dengan pemimpin rembau dan mengadakan pakatan
dengan orang Melayu dari wilayah lain untuk menentang British. Antaranya
termasuklah Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau , Pembesar Seri Menanti ,
Penghulu Gemenceh , Dato' Kelana Sungai Ujong , Penghulu Remai dan
Rechat , Penghulu Linggi , Johol dan Ulu Muar. Pakatan ini berjaya
mengumpulkan kira-kira 4000 orang hulubalang Melayu untuk menentang
British.

Pada tahun 1831 , dalam perang Naning Pertama , Dol Said dan
pengikutnya berjaya mengalahkan British.Dol Said memperoleh bantuan
angkatan tentera dari Rembau dan wilayah yang menjadi jiran Naning.
Angkatan tentera tersebut menggunakan senapang jenis flintflock dan snider
riffles ketika membuat serangan hendap terhadap tentera British. Dol Said
juga menggunakan meriam kecil (lela rentaka) yang mudah dibawa ke
medan pentempuran.

Namun permuafakatan Dol Said dengan pembesar Melayu tidak kekal
lama. Sebelum berlakunya Perang Naning kedua pada tahun 1832, British
berjaya memecahbelahkan perpaduan orang-orang Melayu dengan
mengikat perjanjian dengan daerah-daerah yang bersempadan dengan
Naning termasuk Rembau, Sungai Ujung dan Seri Menanti. British berjaya
memecahbelahkan pakatan tersebut. British sedar bahawa Naning tidak
mudah dikalahkan . Oleh itu , British 'berunding' dengan Yamtuan Raja Muda
Ali dan beliau bersetuju membantu British dengan menghantar 600 orang
hulubalang untuk menyerang Naning .

Oleh sebab tidak memperoleh bantuan yang mencukupi pada
Perang Naning Kedua, 1832, akhirnya British berjaya menguasai Taboh. Dol
Said menerima kekalahan dan menyerah diri kepada British. Dengan
pengunduran Dol Said , maka berakhirlah Perang Naning pada tahun 1832.

7

4.3
Faktor kemenangan pada perang naning pertama dan

kekalahan dol said pada perang naning kedua

Pada Perang Naning Pertama pada tahun 1831 , Dol
Said dan pengikutnya berjaya mengalahkan British dan
kemenangan berpihak kepada Naning.
Antara faktor kemenangan Dol Said ketika Perang Naning
Pertama ialah penggunaan taktik gerila, bantuan daripada
Seri Menanti , Sungai Ujong , Johol dan Muar seperti bantuan
senjata serta pertolongan daripada pasukan bantuan yang
diketuai oleh menantu Yamtuan Raja Muda Ali dari Rembau
iaitu Syed Sha'aban.

Pada Perang Naning Kedua pada tahun 1832 pula ,
Naning kalah ditangan British. Antara faktor kekalahan Dol
Said ketika Perang Naning Kedua ialah sokongan yang tidak
menyeluruh. Kurangnya sokongan daripada pihak istana.
Yamtuan Raja Ali enggan memberikan bantuan kepada Dol
Said. Seterusnya , kelemahan strategi , British menggunakan
pelbagai strategi sebelum Perang Naning Kedua seperti
kekuatan tentera , senjata moden , membuat perjanjian dan
memecahbelahkan pakatan Dol Said.

8

4.4 Kesan Penentangan

Perang Naning memberikan kesan kepada kuasa
pemerintahan , kehidupan masyarakat tempatan di
Naning , pihak British dan Dol Said . Dari segi kuasa

pemerintahan , Taboh telah ditawan dan British
menyatukan daerah Naning dengan Melaka. British
berusaha melaksanakan undang-undang Barat di Naning.
Tindakan British mencabar bidang kuasa penghakiman
yang dimiliki oleh Dol Said dan mengganggu sistem
perundangan Naning yang berlandaskan Adat Perpatih.
British juga memperkenalkan pelbagai jenis cukai
terhadap tanah, hasil hutan dan tumbuh-tumbuhan yang
memberikan kesengsaraan kepada rakyat. Selepas
tamatnya Perang Naning , British mengalami kerugian
sebanyak 100 000 paun sterling walaupun berjaya
mengalahkan Naning. Dol Said pula diberi pencen dan

rumah di Melaka.










9

5. KESIMPULAN

Pada akhir kajian ini , saya dapat menyimpulkan bahawa Dol
Said sememangnya tokoh tempatan yang berani dan sejarahnya
tidak patut dilupakan. Nilai murni yang saya peroleh daripada
kajian ini ialah keberanian , kekuatan , kebijaksanaan , kesetiaan
dan semangat cinta akan negara. Harapan saya kepada generasi
muda pada masa kini dan akan datang agar sentiasa menjadikan

sejarah sebagai teladan dan pengajaran. Sebagai contoh ,
contohi sifat ketokohan Dol Said dan menjadikan faktor
kekalahan Perang Naning sebagai iktibar dalam hidup. Selain itu,
kita hendaklah menanamkan sifat patriotisme dalam diri supaya
dapat berganding bahu mempertahankan kedaulatan negara.
Oleh itu, tiada kesempatan untuk pihak penjajah atau musuh.
Peranan ibu bapa juga sangat penting untuk mendidik anak-anak
agar cinta akan negara sejak kecil agar nilai murni tersebut

dapat dipupuk sehingga mereka dewasa.

10

6. RUJUKAN

1. Internet
http://sejarahmalaysia.pnm.my

https://dolsaid.weebly.com



2. Buku
Buku Teks Sejarah KSSM Tingkatan 3
( Dr. Azharudin bin Mohamed Ali , 2018 ,
Dewan Bahasa Dan Pustaka , Jalan Dewan

Bahasa , Kuala Lumpur )
Revisi Mobil Sejarah Tahun 4 , 5 & 6
( Siti Fariza Abd Hamid , 2016 , Penerbitan
Nadi Ilmu Sdn.Bhd , Puchong , Selangor )




11


Click to View FlipBook Version