The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BMMB1104
NURSYAHIRAH BINTI SHAWARUDIN
2021242310234
X10

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 990-6-nursyahirah, 2022-03-21 15:02:19

Kesusasteraan dan kebudayaan Melayu

BMMB1104
NURSYAHIRAH BINTI SHAWARUDIN
2021242310234
X10

1.0 PENGENALAN
Merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Pada erti kata yang lebih luas,
kesusasteraan boleh dimaksudkan sebagai segala pengucapan yang indah-indah, sama ada
ia tertulis atau tidak. Ia lahiriahnya wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan
dan juga wujud dalam bentuk lisan. Dalam kehidupan sehari-harian, kedua-dua bentuk
kesusasteraan sememangnya tidak terpisah daripada kita. Misalnya, kita akan mendengar
muzik yang mengandungi lirik lagu yang merupakan hasil sastera. Dan kita sendiri pula akan
menggunakan pelbagai peribahasa dan pepatah yang indah-indah yang sebenarnya juga
merupakan kesusasteraan.

2.0 TAKRIF

Hashim Awang (1987) mengatakan kesusasteraan itu adalah "Ciptan seni yang disampaikan
melalui bahasa. Ia mungkin dituturkan iaitu disebut sastera lisan dan yang ditulis disebut
sastera tulisan. Di samping itu, sastera pula memiliki keindahan dalam aspek-aspek isi atau
daya pengucapannya.

Ali Ahmad (1994) menyusur lebih jauh ke dalam makna kesusasteraan dengan mengupas
asal-usul kata sastera. Menurutnya "sastera berasal daripada bahasa Sanskrita castra, yang
disebut syastra, yang bererti kitab suci. Susastera memberi erti seni sastera atau seni bahasa,
dan secara umumnya dimaksudkan persuratan. Tambahan ke di awal dan an di akhir kata
susastera menyimpulkan maksud yang terdekat, iaitu kesenian persuratan yang bersifat halus
dan indah.

Seterusnya Hashim Awang et. al menghuraikan lagi maksud kata kesusasteraan dan
menemui puncanya adalah daripada kata susastera. Kata susastera itu dipecahkan kepada
dua bahagian iaitu su dan sastera.

Su dikatakan membawa maksud indah, baik, lebih berfaedah.
Sastera pula membawa maksud huruf atau buku.
Ke-susastera-an membawa maksud kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik
isinya.

Bagi Muhammad Hj Salleh (1995) kesusasteraan merujuk pada karya-karya lisan serta juga
tulisan yang membawa unsur-unsur cereka dan disampaikan melalui bahasa dan berbagai-

bagai perkataan.

Sebelum itu, pada zaman sebelum merdeka, seorang pendita Bahasa Melayu yang dikenali
sebagai Za'ba mendefinisikan kesusasteraan itu sebagai persuratan atau karangan.

Pengertian seperti ini tentulah tidak mencakupi makna sebenar kesusasteraan yang ada pada
masa kini. Ali Ahmad (1994) mengatakan Secara kasarnya sahaja definisi sedemikian dapat
diterima, tetapi pemerhatian yang lebih tepat masih diperlukan.

Ali Ahmad (1994) telah membuka ruang yang luas dan segar dalam mencari maksud
kesusasteraan melalui tulisannya Definisi Kesusasteraan di dalam buku Pengantar Pengajian
Kesusasteraan (DBP). Perkara utama yang dikaitkan dengan kesusasteraan ialah kehalusan
atau estetika dan bahasa. Sesungguhnya kesusasteraan itu adalah kehalusan penciptanya
dan keinginan pembacanya mencari kehalusan itu. Kesusasteraan juga adalah keindahan
bahasa yang muncul dari proses penciptaannya. Menurut Ali Ahmad keindahan penggunaan
bahasalah yang menjadi asas bagi wujudnya hasil kesusasteraan.

3.0 JENIS-JENIS KESUSATERAAN MELAYU

Jenis-jenis kesusasteraan Melayu terbahagi kepada prosa klasik, prosa moden, puisi moden,
puisi tradisional.

Prosa Tradisional

Merupakan sejenis cerita rakyat yang berkasarkan tentang kehidupan masyarakat. Ia
dianggap milik bersama masyarakat dan kelompok masyakat tertutup. Prosa tradisional ini
pula terbahagi kepada beberapa jenis karya iaitu cerita penglipur lara, cerita binatang, cerita
jenaka, mitos dan lagenda.

Mitos merupakan cerita yang benar-benar berlau di masa silam. Ia juga berkait rapat
dengan kepercayaan masyarakat. Mitos kebanyakannya menceritakan tentang kesah dewa
dewi, manusia agung yang berkaitan dengan raja, tempat, kedatangan Islam dan perkara-
perkara yang aneh. Ia dianggap benar kerana berkait rapat dengan kewujudan sesuatu
sejarah dan agama. Mitos ini dipercayai berfungsi Dapat menerangkan perasaan ingin
tahumanusia terhadap sesuatu kejadian alamyang tidak terjawab melalui pemikiran biasa.
Berfungsi untuk menghubungkan manusia dengan kuasa agung yang diluar daripada batas-
batas kehidupan manusia biasa. Selain sebagai alat kawalan sosial, ia juga berfungsi sebagai

alat pendidikan, untuk pengajaran dan contoh teladan, untuk menerang sebab dan akibat
sesuatu kejadian itu, untuk memberi pengesahanatau pendokongan terhadap sesuatu
institusisosial dan memberikan hiburan kepada pendengar-pendengar tentang asal-usul
kejadian sesuatu yang terdapat dalam kehidupan mereka. Ia juga dianggap suci sehingga
banyak pantang larang dikenakan dalam hal mematuhi cerita mitos. Kalau dipatuhi pantang
larang itu, mendapat kebaikan dan kekurniaan. Jikalau dilanggar maka mala petaka akan
menimpa. Mitos dapat dilihat dalam karya Hikayat Si Miskin, Hikayat Hang Tuah dan Hikayat
Merong Mahawangsa.

Selain itu, lagenda merupakan salah satu daripada prosa tradisional. Lagenda dikenali
sebagai dongengan sejarah kerana cerita lagenda selalunya mengenai seseorang tokoh yang
terkenal pada sesuatu tempat. Masyarakat percaya bahawa tokoh tersebut pernah hidup dan
wujud dalam sejarah. Kebenaran sejarah cuba dibuktikan dengan mengaitkan beberapa
kesan di tempat yang wujudnya lagenda tersebut. Tokoh lagenda merupakan tokoh seorang
pahlawan yang tidak ada tolok bandingannya. Oleh itu, tokoh ini diberi sepenuh kebanggaan
masyarakat setempat. Tokoh ini amat istimewa, mempunyai kelebihan yang tinggi,bersifat
kudus dan suci. Lagenda ini dikategorikan sebagai cerita yang serius dan dipercayai benar.
Ia bersifat tebuka dan berlatar belakangkan ruang geografi dan garis masa yang boleh dirujuk.
Lagenda lebih kepada karya sejarah dan bersifat objektif. Lagenda mempunyai beberapa
jenis tokoh iaitu lagenda kepahlawanan, keagamaan, pejuang negara, lagenda antarabangsa,
lagenda pendosa dan sebagainya. Tamsilnya, lagenda kepahlawanan yang terdiri daripada
Hang Tuah, Tun Perak, Tun Bija Sura. Mereka merupakan tokoh pahlawanan terbilang zaman
kerajaan mereka.

Menurut kajian yang telah dijalankan di Lembah Lenggong, mitos dan lagenda unsur
mitos dan legenda yang menarik, jika dipakejkan berupaya menambah daya saing sesuatu
destinasi pelancongan (Fatimah Hassan & Hamid Mohd Isa, 2014).

Seterusnya, epik Melayu dan Hindu juga merupakan karya prosa tradisional. Epik
merujuk puisi atau sajak yang menceritakan bakti seseorang pahlawan yang kebiasaannya
pahlawan dalam sejarah atau lagenda (Dewan Bahasa Pustaka, 2016). Ciri-ciri Epik dapat
dilihat menerusi empat aspek iaitu bentuk, penceritaan mengenai tokoh wira, gambaran
bersifat objektif dan latar tempat. Ia merupakan puisi naratif yang panjang. Walaupun begitu
karya epik Melayu (Epik Kebangsaan) ditulis dalam prosa naratif yang panjang. Latar tempat
sastera epik meliputi ruang yang amat luas, latar dewa kayangan, bawah laut dan latar masa
amat panjang meliputi beberapa generasi. Sastera epik bersifat objektif di mana ceritanya
tidak menyebelahi mana-mana pihak sewaktu menceritakan sesuatu peristiwa atau watak.

Penceritaan mengenai tokoh wira pula, tokoh wira diberi kedudukan tinggi dalam sejarah
bangsa. Watak tokoh wira epik mempunyai sifat kepahlawanan yang tinggi seperti gajah,
berani, setia dan bersemangat tinggi. ema tentang kepahlawanan, keberanian, kesetiaan, dan
mempunyaisifat yang luar biasa yang ada pada wira. Plot cerita epik berkisarkan kehidupan
wira daripada kecil sehingga dewasa. Plot terbahagi kepada tiga iaitu asal usul wira, zaman
kegemilangan wira dan kematian wira. Watak perwatakan pula merujuk kepada
(manusia,binatang,dewa dewi dll) tumpuan kepada watak wira yang memiliki keistimewaan,
berani,bijak, setia, mempunyai kuasa sakti. Contoh cerita epik hikayat hang tuah/ pahlawan
terbilang kerajaan gemilang. Sastera epik ini terbahagi kepada epik kebangsaan seperti
Hikayat Hang Tuah dan epik bersumber Islam seperti Hikayat Amir Hamzah.

Cerita berbingkai adalah salah satu corak kesusasteraan Melayu pada zaman Islam
dinusantara. Cerita berbingkai adalah cerita biasa yang sentiasa disisipkan di dalamnya
dengan cerita-cerita lain atau ringkasnya cerita dalam cerita. Didalam cerita sisipan itu
terdapat lagi cerita sisipan yang lain hingga akhirnya cerita itu menjadi panjang. Cerita sisipan
tujuannya untuk memanjangkan cerita utama(cerita pokok) dengan maksud memberi
pengajaran. Bingkai merupakan dasar cerita pokok cerita dan sisipan ialah cerita kecil.Cerita
berbingkai merupakan hasil sastera terjemahan saduran daripada cerita-cerita Hindu dan
Arab-Parsi ke dalam bahasa tempatan. Terdapat tiga fungsi penceritaan iaitu untuk memberi
pengajaran atau pendidikan, sebagai hiburan, bagi menyelamatkan dan siasah
menyelamatkan diri daripada bencana atau bahaya hukuman dan memberi keinsafan kepada
seseorang supaya sedar dan insaf terhadap yang sebenarnya terjadi. Karya-karya sastera
berbingkai yang berpengaruh ialah Hikayat Bayan Budiman, H. Bakhtiar, H. Khalilah dan
Damina, Hikayat Seribu Satu Malam, Hikayat Alfa Laila Wa Laila, Hikayat Ghulam dan lain-
lain. Cerita berbingkai dirumuskan sebagai cerita yang didalamnya sentiasa disisipkan cerita-
cerita lain. Motif utamanya memberi nasihat dalam bentuk kiasan dan sindiran dengan fungsi
menghiburkan pendengar dan pembaca dalam bentuk moral.

Prosa Moden

Prosa moden merupakan karya sastera Bahasa Melayu yang bebas dalam
ciptaan,menggambarkan pengalaman, pemikiran,situasi, persoalan isu atau kehidupan
sebenar dalam bentuk tulisan karya bagimenyampaikan mesej yang tersirat. Berciri-cirikan
aspek bebas, mesej tersirat, keterbukaan dan kreatif. Jenis prosa moden merupakan prosa
yang ditulis pada masa kini. Diketahui secara pasti nama penulis asalnya. Prosa baru adalah
bentuk prosa yang muncul setelah mendapat pengaruh dari budaya-budaya asing atau barat.
Contoh prosa moden ialah cerpen, novel dan drama.

Puisi Moden

Za’ba mendefinisikan puisi atau karangan berangkap sebagai,”khas dipakai untuk melafazkan
fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah dan melukiskan kemanisan dan kecantikan
bahasa. Maka dengan gambaran yang cantik ini perkara yang dikatakan itu bertambah
menarik hati orang yang mendengarnya. Seterusnya Za’ba mengatakan bahawa karangan
berangkap itu ialah karangan yang disusunkan dengan bahagian yang berkerat-kerat, dan
antara sekerat dengan sekerat itu biasanya berjodoh bunyi atau rentaknya atau isinya, serta
kebanyakan memakai timbangan atau sukatan yang tertentu.

Definisi puisi yang dikemukakan oleh Za’ba di atas memperlihatkan dua ciri utama
puisi. Pertama, sifat abstraknya seperti kecantikan ataupun keindahan bahasa dan
kemerduan bunyi. Kedua, sifat konkritnya, struktur dasar yang merangkumi binaan baris
dalam rangkap, kedudukan suku kata dalam baris, kedudukan suku kata dalam baris dan
susunan rima. Kedua-dua ciri tersebut mempunyai hubungan yang erat dengan tema dan
kesannya kepada pembaca.

Definisi puisi yang dikemukakan oleh Za’ba lebih merupakan definisi dari sudut
pandangan seorang pengkaji. Definisi puisi yang dikemukakan oleh seorang penyair dan
sekali gus sarjana sastera pula, iaitu Muhammad Haji Salleh, puisi ialah bentuk sastera yang
kental dengan muzik bahasa serta kebijakan penyair dengan tradisinya. Dalam segala sifat
kekentalannya itu, puisi setelah dibaca akan menjadikan kita lebih bijaksana.

Daripada penyair Inggeris di Barat pula, Wordsworth, mendefinisikan puisi sebagai
pengucapan tentang perasaan ghairah yang imaginatif, biasanya berentak ... curahan
perasaan yang kuat secara spontan yang diingatkan kembali dalam suasana yang tenang.
S.T. Coleridge, juga seorang penyair Inggeris, mendefinisikan puisi sebagai kata-kata terbaik
dalam susunan yang terbaik.

Masih banyak lagi definisi puisi yang dikemukakan oleh pengkaji puisi dan penyair.
Namun, daripada sejumlah kecil definisi yang diberikan itu dapat memberikan ciri-ciri puisi
yang bermutu tinggi.

Puisi yang bermutu ialah puisi yang mempunyai keseimbangan antara bentuk luaran
dengan bentuk dalamannya. Keseimbangan inilah yang memberi keindahan bahasa dan
keindahan makna pada sesebuah puisi itu. Oleh itu, seseorang yang hendak menulis puisi

mestilah mengambil kira aspek keseimbangan ini.

Bentuk luaran ialah ciri-ciri yang membina sesebuah puisi tersebut. Ciri-ciri ini dapat
dilihat. Baris, bunyi, pemilihan kata, bahasa figuratif, kata konkrit, kata abstrak, penyimpangan
bahasa, dan tipografi merupakan bentuk luaran puisi.

Struktur dalaman puisi terdiri daripada tema, perasaan, nada atau sikap dan mesej.
Tema ialah idea utama yang hendak disampaikan oleh seseorang penyair dalam sesebuah
puisi. Antara tema dalam puisi termasuklah keagamaan, kemanusiaan, dan nasionalisme,
ekonomi, dan politik. Perasaan ialah suasana perasaan penyair yang diikutsertakan dalam
puisi dan dapat dihayati oleh pembaca. Perasaan tersebut mungkin simpati, sedih, benci,
marah, kasihan, pasrah, dan sebagainya. Nada ialah sikap penyair penyair terhadap pembaca.
Sikap penyair mungkin menggurui, mengejek, menasihati, dan menceritakan sesuatu kepada
pembaca. Mesej ialah perkara yang mendorong seseorang penyair itu menulis puisi. Mesej
tersirat di sebalik tema yang diungkapkan.

Puisi Tradisional

Puisi tradisional terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya ialah pantun, syair, gurindam
dan seloka.

Pantun ialah sejenis puisi Melayu tradisional yang digunakan untuk menyampaikan
pemikiran dan perasaan yang gembira, sedih, rindu, marah dan sebagainya. Mengikut kajian,
asal perkataan pantun mungkin berdasarkan kata toen, tuntun, tonton, tuntun, atuntun,
matuntun, panton, pantun yang digunakan dalam pelbagai bahasa di Nusantara. Maksudnya
merujuk kepada ‘sesuatu pengucapan dengan bahasa yang teratur, tersusun dan indah atau
peri laku yang terpimpin, terdidik, bersopan dan bertatasusila’ dalam kesusasteraan Melayu.
Istilah pantun atau sepantun asalnya dipakai dengan makna umpama, seperti, sebagai,
laksana, bak yakni merujuk kepada perbandingan atau kiasan. Contohnya, ‘tuan umpama kilat
cermin, di balik gunung nampak juga’.

Pantun mempunyai beberapa ciri, antaranya rangkapnya berasingan dan boleh berdiri
sendiri sebagai satu kesatuan idea. Selain itu, rangkapnya terbina daripada baris atau kerat
yang berpasangan, misalnya dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat dan dua belas
kerat. Namun pantun yang popular dan terus berkembang ialah pantun dua kerat dan empat
kerat. Seterusnya, jumlah perkataan dalam setiap baris sekitar tiga hingga lima patah
perkataan. Jumlah suku kata dalam setiap baris sekitar lapan hingga dua belas suku kata.

Skema rima di tengah atau di hujung baris adalah berjajar berselangan, iaitu ab;ab. Ada juga
skema ringan yang sama iaitu aa;aa. Stuktur pantun terdiri daripada dua unit, iaitu pembayang
(sebagai kiasan) dan maksud (sebagai inti persoalan). Pembayang ialah gambaran alam dan
maksud ialah gambaran sifat dan sikap manusia. Setiap rangkap memiliki kesatuan idea yang
lengkap. Penggunaan lambang yang sesuai dengan norma, nilai dan tanggapan masyarakat
setempat. Pantun yang baik mempunyai hubungan idea dan wacana antara unit pembayang
dengan unit maksud.

Syair merupakan bentuk puisi tradisional ciptaan dan kepunyaan orang Melayu yang
mendapat pengaruh Arab dan Parsi. Kata syair berasal daripada istilah Arab sh’ir yang bererti
puisi dan sha’r yang bererti penyair, pengarang atau penyajak. Istilah ini berkembang dalam
pelbagai bahasa Nusantara seperti sa’e, saiyo, sair, singir dan syair. Dalam puisi Melayu
tradisional, bentuk syair dipercayai diperkenalkan dan dikembangkan oleh Hamzah Fansuri
(Syair Burung Punggak, Syair Perahu) sekitar abad ke-16 dengan tujuan mengajarkan agama
Islam. Syair mempunyai beberapa ciri, antaranya empat baris serangkap. Jumlah perkataan
dalam setiap baris tiga hingga lima patah perkataan. Jumlah suku kata bagi setiap baris lapan
hingga dua belas suku kata. Tergolong dalam jenis puisi kata. Skema rima hujungnya sama
iaitu aa;aa. Keempat-empat baris dalam satu rangkap adalah kesatuan idea namun rangkap
berkenaan tidak dapat berdiri sendiri. Dalam satu baris terdapat satu hentian yang ditandai
dengan jeda. Serangkap syair akan diikuti rangkap seterusnya untuk membawa satu kesatuan
yang lengkap sebagai satu cerita atau pemerian peristiwa. Isi syair umumnya merupakan
cerita atau pemerian yang panjang sama ada mengenai kisah percintaan, keagamaan,
falsafah, pengajaran dan sebagainya.

Gurindam ialah sejenis puisi Melayu tradisional yang telah diperkenalkan oleh Raja Ali
Haji melalui “Gurindam Dua Belas” yang dikarang pada tahun 1846. Terdapat dua jenis
gurindam berdasarkan bentuknya, iaitu yang terikat dan yang tidak terikat. Bentuk yang terikat
terdiri daripada dua baris serangkap mengandungi tiga hingga empat patah perkataan dengan
skema rima a;a. Manakala bentuk yang tidak terikat mengandungi jumlah baris, jumlah
perkataan dan jumlah suku kata dalam sebaris serta skema rima yang tidak tetap. Bahasa
gurindam biasanya bernas dan serius. Isinya pula mengandungi nasihat, pengajaran,
kebenaran serta pernyataan perasaan cinta. Seuntai gurindam memerlukan beberapa
rangkap untuk melengkapkan keseluruhan idea. Gurindam mempunyai beberapa ciri,
antaranya jumlah baris dalam serangkap, jumlah perkataan dalam sebaris dan jumlah suku
kata dalam setiap baris adalah tidak tetap. Jumlah rangkap dalam gurindam tidak ditentukan.
Lazimnya terdiri daripada dua baris serangkap. Skema rima hujung adalah sama, iaitu a;a.
Ada kalanya wujud unsure asonansi dan aliterasi dalam perkataan yang digunakan. Ada

kalanya tersisip bentuk puisi tradisional yang lain seperti pantun atau syair. Rangkapnya
terbahagi kepada unit syarat atau induk kalimat (baris pertama) dan jawab atau anak kalimat
(baris kedua). Umumnya mengandungi pernyataan yang serius terutama untuk memberi
pengajaran atau menyatakan perasaan cinta. Gurindam dapat dijeniskan berdasarkan
bentuknya. Terdapat dua jenis gurindam, iaitu gurindam berbentuk bebas (tidak terikat) dan
gurindam berbentuk terikat.

Istilah seloka berasal daripada perkataan Sanskrit shloka. Dalam bahasa Melayu,
seloka beerti berseloroh, berjenaka atau menyindir. Seloka merupakan puisi yang paling tua
dalam kesusasteraan Melayu. Seloka dipercayai datang ke alam Melayu bersama-sama
perkembangan agama Hindu di Asia Tenggara. Teks Mahabarata dan Ramayana merupakan
buku terawal yang ditulis dalam bentuk seloka. Sebagai puisi tradisional, karangan berangkap
atau bahasa berirama, seloka lebih merupakan pepatah, bidalan atau perumpamaan yang
mengandungi unsur jenaka, gurau senda, olokan, ejekan dan sindiran. Walaupun seloka
merupakan puisi bercorak senda gurau namun isinya mengandungi sindiran yang menjadi
pengajaran dan teladan kepada pembaca. Kebanyakan seloka Melayu ditulis dalam bentuk
terikat yakni empat baris serangkap dengan memakai bentuk pantun atau syair. Selain itu,
seloka juga ditulis dalam bentuk bebas, iaitu setiap barisnya menjadi isi seloka berkenaan.
Seloka mempunyai beberapa ciri, antaranya karangan berangkap yang memakai
pertentangan bunyi rima hujung yang bebas. Terbahagi kepada unit pembayang (induk
kalimat) dan unit maksud (anak kalimat). Perkataan sindiran atau ejekan disampaikan dalam
bentuk berangkap. Mengandungi unsur jenaka atau gurau senda. Digunakan untuk menyindir
sambil mengajar.

4.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU

Kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil karya dan ciptaan seni yang terdapat
dalam kalangan masyarakat Melayu. Ia adalah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan
melalui bahasa. Sastera juga dapat dikatakan sebagai seni bahasa. Ini kerana sastera ialah
ungkapan spontan daripada perasaan yang mendalam malah sastera juga merupakan
ekspresi fikiran melalui medium bahasa. Menurut pandangan Sarjana Ismail Hussein
kesusasteraan merangkumi semua aspek yang menggunakan kata-kata atau bahasa yang
bersifat kreatif. Manakala M.K Danziger & W.S Jahnson berpendapat seni yang menggunakan
kata-kata sama ada lisan atau tulisan dan Abu Bakar Hamid kesusasteraan merupakan seni
yang bercorak intlektual. Gabungan kepuasan intelek dan kepuasan estetik. Kesusasteraan
ialah manifestasi daripada gerak jiwa manusia yang wujud dalam pernyataan bahasa. Pada

hakikatnya kesusasteraan atau seni sastera itu ialah bingkisan kata yang dipersembahkan
oleh sasterawan sebagai hadiah kepada masyarakat. Kesusasteraan adalah cermin jiwa
getar sukma pengarang. Kesusasteraan harustumbuh di tengah-tengah rakyat oleh rakyat
untuk rakyat yang menggambarkansuka duka, harap cipta dan kerja cipta rakyat.
Kesusasteraan ialah ciptaan seni yangdisampaikan melalui bahasa.

Kritikan Sosial

Sastera adalah rakaman kehidupan yang mengali dan menyelongkar kehidupan manusia.
Sesuatu yang dipaparkan dalam sastera adalah sesuatu yang berlaku dan terjadi dalam realiti
kehidupan manusia. Hal ini kerana sastera adalah gambaran kehidupan manusia
sebagaimana ditegaskan oleh Usman Awang, A. Samad Said dan Dharmawijaya. Lantaran
itu, karya sastera bukan sahaja merakamkan sesuatu yang luar biasa tetapi pekara yang biasa
tetapi diolah dalam bentuk karya kreatif yang indah sifatnya. Berasaskan pertimbangan
bahawa karya sastera berfokuskan masyarakat, kehidupan dan manusia, tentunya hubungan
dan pertalian antara ketiga-tiga entiti ini saling berkaitan. Dalam konteks masyarakat yang
pelbagai susun lapis dan kehidupan yang melatari menjadikan wujudnya jurang dalam
kalangan mereka. Hal ini akan mempengaruhi tindakan dan susila adab sama ada untuk
tujuan menegur, mengkritik mahupun menyampaikan mesej. Dalam masyarakat terdapat
pelbagai watak yang mempunyai peranan tertentu dalam masyarakatnya.

Hiburan

Keperluan untuk menghiburkan melahirkan karya sastera yang membawa keseronokan yang
indah. Hiburan terhasil dari keindahan kata-kata yang diungkapkan, irama atau rentak yang
yang tesusun, kemampuan karya sastera untuk membelai emosi pembaca atau pendengar,
unsur kelucuan dan sebagainya. Kepentingan fungsi hiburan menjadikan karya sastera
seperti cerita penglipurlara diterima oleh masyarakat sebagai karya yang diminati dan digilai
masyakarakat pada suatu ketika. Pantun misalnya merupakan karya sastera yang cukup
popular kerana keupayaannya membawa keindahan yang menghiburkan Hal ini dilihat dalam
sebuah pantun lama berbunyi seperti berikut. Kualiti menghiburkan dalam pantun tersebut
cukup banyak. Rentak dan rima yang bersukat membentuk irama dalam pantun. Malah pantun
pula mempunyai struktur bacaan yang tersendiri yang menghasilkan keindahan dalam
pembacaan. Selain itu, pantun disampaikan pula dalam pelbagai variasi yang semakin
menambahkan fungsi menghiburkan seperti dijadikan lirik dikir barat di Kelantan, lirik lagu
popular, dan pelbagai bentuk lagi. Kemampuan pantun untuk bertahan sebagai karya sastera
yang popular menunjukkan bahawa unsur hiburan ini amat banyak dalam pantun.

Pendidikan

Fungsi lain karya sastera adalah untuk memberi pengajaran, nasihat atau pesanan kepada
masyarakat. Fungsi ini juga menjadikan karya sastera sebagai suatu bahan yang dapat
membawa kesedaran kepada masyarakat, mengubah pemikiran, serta memberi ruang untuk
masyarakat menyerap nilai-nilai moral yang dibawa dalam karya sastera. Cerita Sang Kancil
dengan Buaya misalnya cukup terkenal bukan semata-mata kerana ceritanya menghiburkan
tetapi keupayaannya untuk memasyarakatkan nilai, unsur moral dan pengajaran yang
berguna kepada masyarakat. Tanpa kita sedari kita dibesarkan dalam asuhan moral yang
dibawa dari cerita tersebut. Tanpa sedar kita diserapkan dengan kepentingan nilai tolong-
menolong dan kita pula diperingatkan betapa buruknya sikap tidak mengenang budi.

Dakwah

Dakwah sebagai proses penyampaian pesan suci Tuhan kepada manusia tentu sahaja
disampaikan melalui medium atau saranan yang difahami sebagai objek dakwah (Mad’u).
Medium atau saranan dakwah tentulah melalui bahasa. Bahasa sebagai saranan komunikasi
dakwah ternyata efetif atau keberkesanannya. Ali Mahfudh dalam kitab Hidayatul Mursyidin
mendefinisikan dakwah iaitu mendorong manusia untuk berbuat kebajikam dan mencegah
mereka dari perbuatan mungkar, agar mereka mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat
A. Hasymi mendefinisikan dakwah dengan mengajak orang lain untuk menyakini dan
mengamakan kaedah dan syariat Islam yang terlebih dahulu diyakini dan diamalkan oleh juru
dakwah itu sendiri. Fungsi bahasa kesusasteraan dalam dakwah dapat menyembunyikan
pesan-pesan yang hendak dikomunkasikan kepada khalayak pembacanya, melalui aneka
bentuk dan ragam estetika , metafora, simbol-simbol, subjek dan objek yang dada dalam
kehidupan. Ia juga dapat menjelmakan eksistensi dirinya sebagai medium yang lebih neutral
untuk menjelajahi medan makna dibalik ruang dan waktu yang tidak terbatas. Contoh Sastera
Kitab.

5.0 MANIFESTASI AKAL BUDI

Akal budi mencerminkan perbuatan, pemikiran dan sikap seseorang manusia yang
mendokong kebijaksanaan, kehalusan jiwa serta keindahan. Perbuatan, pemikiran dan sikap
seseorang ini diterjemahkan dalam pelbagai rupa, namun yang paling lazim ialah dalam
bentuk penghasilan karya seni, khususnya dalam bentuk seni tampak dan seni sastera. Akal
budi dimaksudkan sebagai bijaksana dalam menyampaikan idea dan pemikiran. Manakala
nilai jati diri dalam kalangan masyarakat boleh diterapkan melalui nilai pengajaran dan faedah

yang terdapat di dalam sastera Melayu tradisi. Di antara berbagai kekayaan seni sastera
Melayu tradisi ialah pantun dan penggunaannya sangat menonjol dalam kalangan masyarakat
Melayu dahulu kala. Keindahan pantun bukan sahaja terletak pada pilihan kata serta
kalimatnya yang berima, tetapi terkandung di dalamnya makna dan falsafah yang sangat baik
mewakili pancaran pemikiran masyarakat tradisi dahulu. Terdapat banyak pantun yang
terakam di dalamnya tunjuk ajar, atau nasihat dan berkaitan tentang cara hidup beragama,
bermasyarakat, dan berkeluarga. Makalah ini akan menggunakan pendekatan Bragisnky V.I
mengenai sfera keindahan dan faedah dalam melihat makna dan fungsi pantun kepada
masyarakat. Justeru, tunjuk ajar dalam pantun Melayu dapat mewariskan nilai jati diri dalam
kalangan masyarakat bermula daripada peringkat kanak-kanak sehinggalah dewasa. Akal
budi Melayu dalam pantun tergambar melalui pemilihan perkataan yang tertentu dan
menggambarkan pemikiran di sebalik keindahannya dan seterusnya menjadi cermin jati diri
bangsa Melayu.

Pantun

Tuailah padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intailah kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Aspek pemikiran menceritakan kita janganlah sia-siakan peluang untuk meluangkan masa
berkualiti bersama-sama seseorang itu. Apabila orang tersebut sudah tidak ada di samping
kita, barulah kita berasa sedih terhadap pemergiannya. Ambil berat tentang seseorang
walaupun berjauhan daripadanya. Apabila seseorang itu telah pergi kelak jangan menyesal
dek kerana rindu.

Pertuturan mempamerkan Menggunakan bahasa kiasan yang mendalam untuk menyedarkan
seseorang agar menghargai orang yang sentiasa berada di sampingnya. Menunjukkan sifat
kerinduan yang mendalam apabila seseorang itu telah pergi. Memperlihatkan nilai kasih
sayang dan kesyukuran kerana apabila orang itu menyayangi seseorang tentu dia akan
menghargainya dan bersyukur apabila seseorang itu berada berdekatannya. Perlakuan dalam
menjalin hubungan dengan seseorang, kita haruslah menjaganya dengan baik supaya tidak
berlaku sebarang masalah dan konflik tidak mengambil sifat ambil mudah atau tidak peduli,
sentiasa bertanya khabar agar hubungan masih kekal baik. Selain itu, jangan biarkan
pasangan sendirian dan membawa diri yang akan menyebabkan perasaan menyesal akan

menyusuli.

Dari aspek gaya hidup pula, apabila sedang menjalin hubungan, sentiasa ambil berat antara
satu sama lain perasaan rindu akan muncul tatkala tidak bersua. Hal ini kerana, menjalani
perhubungan yang erat sehingga dapat merasai kehilangan selepas pasangannya tersebut
berjauhan.

Syair

Syair pula merupakan bentuk puisi tradisional ciptaan dan kepunyaan orang Melayu yang
mendapat pengaruh Arab dan Parsi.Syair berasal daripada istilah Arab sh’ir yang bererti puisi
dan sha’r yang bererti penyair. Syair berkembang dalam pelbagai bahasa di Nusantara. Dalam
puisi Melayu tradisional, bentuk syair dipercayai diperkenalkan dan dikembangkan oleh
Hamzah Fansuri sekitar abad ke-16 dengan tujuan mengajarkan agama Islam. Menurut Mohd
Yusuf Md. Nor, syair dikatakan berasal daripada puisi Arab iaitu sy’ir tetapi bentuk syair Melayu
amat berbeza dengan bentuk syair dalam kesusasteraan Arab. Keseluruhan pengkaji
sependapat bahawa istilah syair berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud puisi secara
umum. Dalam bahasa Melayu,istilah syair sudah menjadi satu istilah yang khusus. Syair
Melayu tidak beracuankan syair daripada tradisi Arab atau mana-mana puisi Arab-Parsi tetapi
dalam bentuk dan acuan asli masyarakat Melayu.

Inilah gerangan suatu madah,
Mengarangkan syair terlalu indah,
Membetulkan jalan tempat berpindah,
Disanalah I’tikaf di perbetul sesudah.

Penulis iaitu Hamzah Fansuri ingin menyajikan sebuah syair dengan kata-kata indah yang
berisikan tentang perjalanan hidup manusia mencapai kemenangan yaitu akhirat dan
bagaimana membenahi iman agar ketika kita mengarungi jalan tersebut , kita melaluinya
dengan sebaik-baiknya. Nilai yang terkandung dalam bait ini adalah nilai tauhid.

Hai muda arif budiman,
Hasilkan kemudi dengan pedoman,
Alat perahumu jua kerjakan,
Itulah jalan membetuli insan.

Penulis memanggil kaula muda dengan sebutan arif budiman, agar genarasi depan menjadi

pemuda yang bijaksana, cerdas serta berbudi baik. Dalam menjalani kehidupan didunia,
manusia diharuskan memiliki pedoman hidup berdasarkan agama Tuhan yaitu Al-quran dan
Hadist. Ibarat ketika mengharungi lautan luas, manusia memerlukan kompas agar tidak
terombang-ambing . Nilai yang terkandung dalam baik ini adalah nilai sosial.

Wahai muda, kenali dirimu,
Ialah perahu tamsil tubuhmu,
Tiadalah berapa lama hidupmu,
Ke ahirat jua kekal diammu.

Penulis meminta kita untuk mengenali diri kita sendiri agar kita dapat mengenali Tuhan,
seperti dalam sebuah hadis. Penulis juga mengibaratkan tubuh manusia itu layaknya perahu,
yang menjelajahi laut kehidupan duniawi yang bergelora dalam perjalanannya menuju pulau
idaman, iaitu pantai Alam Rohani yang baka. Tujuan dari tamsilan tersebut adalah agar kita
mengerti bagaimana sulitnya mencari keredhaan Tuhan dan mencapai surga-Nya. Kita juga
harus tau dunia ini hanyalah persinggahan, karna tempat kekal yang terakhir kita tuju adalah
akhirat. Nilai yang terkandung dalam bait ini adalah nilai pendidikan.

Perteguh jua alat perahumu,
Hasilkan bekal air dan kayu,
Dayung pengayuh taruh disitu,
Supaya laju perahumu itu.

Bait ini menjelaskan betapa pentingnya menyiapkan perkebakalan selama mengarungi lautan
luas. Artinya manusia harus membekali dirinya dengan keperluan yang nantinya sangat
berguna bagi tempat yang dituju dan agar selamat mencapai akhirat. Karna itulah cara ag ar
manusia menjadi manusia yang baik di dunia dan akhirat. Nilai yang terkandung dalam bait
ini adalah nilai pendidikan.

Sudahlah hasil kayu dan ayar,
Angkatlah pula sauh dan layar,
Pada beras kekal jantanlah taksir,
Niscaya sempurna jalan yang kabir.

Selain memiliki pedoman, dalam menjalani kehidupan manusia juga harus mempunyai
keperluan lain yang membantunya menuju akhirat. Keperluan tersebut adalah amal kebajikan
yang akan menjadikan manusia tersebut sebagai manusia bertaqwa. Nilai yang terkandung

dalam bait ini adalah nilai pendidikan.

Perteguh jua alat perahumu,
Muaranya sempit tempatmu lalu,
Banyaklah disana ikan dan hiu,
Menanti perahumu lalu disitu.

Dalam memperteguh iman dan menyiapkan perbekalan akhirat kita, pastinya kita akan
mendapatkan tantangan-tantangan yang menghadang. Ibarat sebuah pepatah “semakin
tinggi pohon, maka semakin kencang pula angin yang menerpanya”. Tantangan tersebut siap
membawa kita kearah kehancuran jika kita tak mampu menghadapinya.

Muaranya dalam, ikanpun banyak,
Disanalah perahumu keram dan rusak,
Karangya tajam seperti ombak,
Keatas pasir kamu tersesak.

Kata “muaranya dalam, ikan pun banyak” diartikan apabila iman kita sudah kuat, maka
tantangan yang kita hadapi pun semakin besar. Tantangan itu akan menjadikan manusia
lemah dan melemahnya iman.

Ketahuilah olehmu hai anak dagang,
Riaknya rencam ombaknya karang,
Ikanpun banyak datang menyarang,
Hendak membawa ketengah sawang.

Hamzah Fansuri menyebut manusia sebagai anak dagang karena manusia adalah perantau.
Jika manusia tak mampu menghadapi tantangan yang diberikan maka tantangan tersebut
akan membawa manusia kepada kemungkaran. Oleh sebab itu manusia tidak boleh lalai
dalam menjalani kehidupan ini dan harus mengumpulkan bekal untuk hari akhirat kelak.

Muaranya itu terlalu sempit,
Dinamakan lalu sampan dan rakit,
Jikalau ada pedoman dikapit,
Sempurnalah jalan terlalu ba’id.

Penulis menyeru kepada manusia agar menyadari bahwa masa hidup di dunia tidaklah lama,

karna dunia hanyalah sementara. Sedangkan dalam masa hidup didunia ini manusia harus
mengumpulkan bekal-bekal amal. Karna jika semua hal tersebut kita lakukan, jalan kehidupan
selanjutnya yaitu akhirat akan menperoleh kemenangan.

Baiklah perahu engkau perteguh,
hasilkan pendapat dengan tali sauh,
anginnya keras ombaknya cabuh,
pulaunya jauh tempat berlabuh.

Hamzah Fansuri meminta kepada manusia untuk terus memperkuat iman kita, melakukan
amal kebaikan sebanyak-banyaknya karena untuk mendapatkan kebajikan akhirat tidaklah
mudah. Sangat jauh jalan yang harus ditempuh serta tantangan yang dihadapi pun semakin
banyak.

Lengkapkanlah pendarat dan tali sauh,
derasmu banyak bertemu musuh,
selabuh rencam ombaknya cabuh,
LILA akan tali yang teguh.

Kita diharuskan memperbanyak amalan dan kebutuhan lainnya karna dalam menjalani
kehidupan tidaklah mudah jika tak mempunyai kebutuhan pelengkap. Kebutuhan ini bisa
berupa sandang dan papan. Dan untuk memperteguh keimanan, manusia harus berpegang
pada Lailahaillallah.

Itulah laut yang maha indah,
ke sanalah kita semuanya berpindah,
hasilkan bekal jauh dan juadah
selamatlah engkau sempurna musyahadah.

Pada bait ini menjelaskan tujuan akhir atau pelabuhan perjalanan kehidupan manusia yang
sungguh indah yaitu Surga Tuhan. Sebagai seorang hamba yang sedang hidup di permukaan
bumi ini dengan jangka waktu yang telah ditentukan. Dan setelah waktu itu berakhir ia akan
pindah beralih ke kehidupan di alam lain yang bersifat abadi, yaitu hari akhirat. Barang siapa
banyak menlakukan amal kebjikan selama hidup di dunia maka ia mendapat balasan yang
baik dan bertemu Tuhan dengan batin (menurut ilmu suluk). Karena itulah bentuk
kesempurnaan Tuhan.

Seloka

Dalam bahasa Melayu, seloka bererti berseloroh atau menyindir. Merupakan puisi yang paling
tua dalam kesusasteraan Melayu dan dipercayai datang ke alam Melayu bersama-sama
perkembangan agama Hindu di Asia Tenggara. Seloka merupakan puisi bebas atau tidak
terikat. Ia digubah sama ada mengikut bentuk pantun, syair atau perumpamaan dan tidak
mempunyai pembayang. Selain itu, mempunyai bilangan baris dalam serangkap tidak tetap,
jumlah suku kata dalam sebaris juga tidak tetap dan rima akhirnya dalam serangkap juga tidak
tetap. Seloka terbahagi kepada tujuh jenis iaitu seloka sindiran, seloka senda gurau, seloak
khayal, seloka pengajaran, seloka nasihat, seloka menempelek dan mengejek.

Contoh seloka :
Tanam padi satu-persatu,
Anak lintah dalam cunia.
Daging hancur menjadi satu,
Tanda cinta dalam dunia.

Gurindam

Gurindam ialah sejenis puisi Melayu tradisional yang telah diperkenalkan oleh Raja Ali Haji
melalui “Gurindam Dua Belas” yang dikarang pada tahun 1846. Terdapat dua jenis gurindam
berdasarkan bentuknya, iaitu yang terikat dan yang tidak. Isinya pula mengandungi nasihat,
pengajaran, kebenaran serta pernyataan perasaan cinta. Seuntai gurindam memerlukan
beberapa rangkap untuk melengkapkan keseluruhan idea.

Contoh gurindam:
Apabila anak tidak dilatih,
Jika besar bapanya letih

Gurindam merupakan puisi bebas atau tidak terikat. Mempunyai 2 baris dalam serangkap atau
beberapa baris serangkap. Setiap baris dalam rangkap merupakan isi atau maksud dan perlu
bersambung dengan baris - baris dalam rangkap berikutnya untuk membawa makna yang
lengkap. Jumlah suku kata dalam sebaris juga tidak tetap. Jumlah perkataan sebaris tidak
tetap. Rima akhirnya dalam serangkap juga tidak tetap.

Rumusan
Secara ringkasnya, kesusasteraan merupakan jiwa bangsa Melayu yang perlu dipelihara agar
tidak hanyut ditelan arus pemodenan. Sastera perlulah dipelihara sebagai kesinambungan
perjuangan generasi dahulu sebagai warisan generasi mendatang.

RUJUKAN

Dewan Bahasa Pustaka. (2016). Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. In Dewan Bahasa
Pustaka.

Fatimah Hassan & Hamid Mohd Isa. (2014). Mitos dan legenda sebagai produk pelancongan
di Malaysia : Kajian kes Lembah Lenggong. GEOGRAFIA Online TM Malaysian Journal
of Society and Space, 5(5), 168–179.
http://www.ukm.my/geografia/images/upload/15x.geografia-okt2014-fatimah2-
edkatam.pdf


Click to View FlipBook Version