MANUAL PENGURUSAN SK SERI REJO SARI 2022/2023
ISI KANDUNGAN 1
BIL PERKARA M/S
1 Sekapur Sirih Seulas Pinang 3
2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Visi dan Misi KPM 4
3 Aspirasi Pendidikan dan Aspirasi Murid 5
4 Wawasan Pendidikan Negara dan Teras Perkhidmatan 6
5 Naratif Baharu Amalan Pendidikan 7
6 Fokus & Gerak Kerja Profesional KPPM 2018 8
7 Ikrar Perkhidmatan Awam & Integriti Perkhidmatan Awam 9
8 Tatasusila Profesion Keguruan
9 Asas Gerak Kerja Pendidikan Johor 10 - 11
10 Visi, Misi, Matlamat Sekolah, Falsafah Sekolah dan Motto 12
11 Piagam Pelanggan SK Seri Rejo Sari 13
12 Dasar Pelantikan 14
13 Lagu Sekolah 15
14 Pelan Sekolah 16
15 Senarai Nama Guru & Anggota Kumpulan Pelaksana 2022/2023 17
16 Panduan Untuk Mencapai Matlamat Objektif Sekolah
17 Surat Pekeliling Waktu Luang (Free Period) 18 - 19
18 Perintah Am – Tingkah Laku Pegawai 20 - 25
19 Tafsiran Cuti
20 Peraturan Guru 26
21 Kalendar Cuti Umum & Cuti Sekolah 2022/2023 27
22 Takwim Sekolah 2022/2023 28 - 33
23 Cuti Perayaan Tahun 2022/2023 34 - 38
24 Cuti Umum Negeri Johor 2022/2023 39
25 Pengurusan Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah 40
26 Takwim Persekolahan 2022/2023 41
27 Pengurusan Kurikulum Sekolah 42
28 Jawatankuasa Kurikulum 2022/2023 43 - 52
29 Carta Organisasi Unit Kurikulum 2022/2023 53 - 67
66
#keazamanmelestarikankecemerlangan #serojaexcellent #usahatanggajaya 67
68
1
MANUAL PENGURUSAN SK SERI REJO SARI 2022/2023
29 Senarai Nama Guru Kelas dan Pendamping 2021/2023 69
BIL PERKARA M/S
30 Tugas-Tugas Majlis Kurikulum Sekolah 70
31 Jawatankuasa Jadual Waktu dan Skop Tugas 71
32 Jawatankuasa Panitia 2022/2023 dan Skop Tugas 72 - 75
33 Jawatankuasa Pentaksiran dan Peperiksaan dan Skop Tugas 76 - 78
34 Jawatankuasa Pusat Sumber / Nilam dan Skop Tugas 79 - 80
Jawatankuasa Pemulihan / PROTIM / PINCH, MBMMBI, Program 80 - 83
35 Transisi Tahun 1, Pencerapan PDPC dan Penyeliaan Buku Latihan,
Program Kecemerlangan Tahun 6,KSSR, HIP
36 Jadual Penyeliaan Buku Latihan Murid 2022/2023 84
37 Jadual Pencerapan PDPC / PAK 21 / KBAT Guru 2022/2023 85 - 87
38 Senarai Nama Kumpulan Guru Bertugas Mingguan dan panduan 88-90
39 Minggu Pembelajaran SK Seri Rejo Sari 2022/2023 91-94
40 Pengurusan Hal Ehwal Murid 95
41 Visi, Misi dan Moto Hal Ehwal Murid 96
42 Dasar/Ketetapan Pengurusan Hal Ehwal Murid 97
43 Carta Organisasi Pengurusan Hal Ehwal Murid 2022/2023 98
44 Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Murid dan Skop Tugas 99 - 122
45 Pengurusan Kokurikulum 123
46 Panduan Umum Gerak Kerja Kokurikulum 1254 - 126
47 Carta Organisasi kokurikulum 2022/2023 127
48 Jawatankuasa Kokurikulum 128 - 136
49 Tarikh Perhimpunan Bulanan Unit KOKO 137
50 Peraturan Unit KOKO 138-140
51 Senarai Tugas dan tanggungjawab guru dan murid dalam unit KOKO 141-148
149-156
52 Analisis Tanggungjawab Guru-Guru SK Seri Rejo Sari
Tahun 2022/2023
#keazamanmelestarikankecemerlangan #serojaexcellent #usahatanggajaya
2
MANUAL PENGURUSAN SK SERI REJO SARI 2022/2023
SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG
Assalamualaikum W.B.T
Salam Seroja,
Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah S.W.T kerana masih diberi kesihatan dan
kesempatan untuk kita sama-sama menabur bakti dan berbudi kepada anak bangsa di SK Seri
Rejo Sari tercinta ini.
Manual Pengurusan Sekolah merupakan suatu inisiatif untuk membantu meningkatkan
kualiti pengurusan sekolah dan kerjaya guru-guru /staf Seroja dalam merealisasikan usaha ke
arah mempertingkatkan pengetahuan guru-guru dalam bidang pengurusan sekolah dan
tugasan guru-guru / staf. Marilah kita sama-sama bergerak sederap mengharungi cabaran
tahun 2022/2023 ini dengan memperbaharui iltizam, memperteguhkan tekad dan menyuntik
semangat baru yang lebih kental.
Sudah menjadi lumrah, dalam inisiatif untuk kita menggapai sesuatu yang murni pastinya
menagih pelbagai komitmen yang jitu dan padu daripada semua pihak. Pelbagai pendekatan
diaplikasi dalam menjana kecemerlangan ini. Oleh itu, saya berharap agar semua guru dan
pihak yang terlibat dapat merujuk manual pengurusan ini dalam melaksanakan segala
tanggungjawab yang diamanahkan dengan lancar untuk menjana kecemerlangan sekolah ini
dalam semua bidang pengurusan, kurikulum, pembangunan sahsiah dan kemenjadian murid.
Sesungguhnya sama-samalah kita beriltizam untuk menjadikan SK Seri Rejo Sari ini cemerlang
dalam semua bidang. Sekolah kita mempunyai tenaga pengajar yang hebat yang tentunya
mempunyai visi dan misi yang seiring sebagaimana hasrat dan harapan Kementerian
Pendidikan Malaysia.
SK Seri Rejo Sari sebuah sekolah yang sentiasa ke hadapan seiring kualiti merupakan
fokus utama pentadbiran. Amalan kerja yang mementingkan kualiti adalah budaya kerja semua
staff di sekolah di samping menyuburkan nilai murni ‘Membahagiakan, Saling Menghormati dan
Disayangi’ merupakan nadi untuk mencapai hasrat murni sekolah.
Akhir kata, selamat menjalankan tugas sebagai pendidik, anggaplah segala
dugaan, cabaran dan rintangan adalah pembakar semangat untuk mendidik anak bangsa.
Bersama-sama kita sederap mengatur langkah ke arah merealisasikan SK Seri Rejo Sari terus
cemerlang, gemilang dan terbilang di tahun 2022/2023 ini.
“ Selamat Bertugas Dengan Penuh Komitmen, Ikhlas Dan Dedikasi ”.
“ Betulkan Yang Biasa, Biasakan Yang Betul ”.
Saya yang menjalankan amanah,
……………………………………..
(MOHD ISWANDY BIN SAHLAN)
Guru Besar.
SK Seri Rejo Sari.
#keazamanmelestarikankecemerlangan #serojaexcellent #usahatanggajaya
3
MANUAL PENGURUSAN SK SERI REJO SARI 2022/2023
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
”Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”
VISI & MISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA
VISI
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
MISI
Melestari Sistem Pendidikan Yang Berkualti
Untung Membangunkan Potensi
Individu Bagi Memenuhi Aspiras
Negara
#keazamanmelestarikankecemerlangan #serojaexcellent #usahatanggajaya
4
MANUAL PENGURUSAN SK SERI REJO SARI 2022/2023
ASPIRASI PENDIDIKAN & ASPIRASI MURID
#keazamanmelestarikankecemerlangan #serojaexcellent #usahatanggajaya
5
MANUAL PENGURUSAN SK SERI REJO SARI 2022/2023
WAWASAN PENDIDIKAN NEGARA
Pengurusan dan Kepimpinan
Perkhidmatan Penyayang
Sekolah Penyayang
Budaya Cemerlang
Tanpa Kegagalan
Permuafakatan
Empowerment
Budaya Ilmu
Perpaduan
TERAS PERKHIDMATAN
❖ Berazam meninggikan mutu perkhidmatan.
❖ Bekerja dengan penuh tanggungjawab.
❖ Berusaha mengikis sikap mementingkan diri.
❖ Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan.
❖ Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan
negara.
❖ Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh
negara.
❖ Berpegang teguh kepada ajaran agama.
#keazamanmelestarikankecemerlangan #serojaexcellent #usahatanggajaya
6
MANUAL PENGURUSAN SK SERI REJO SARI 2022/2023
#keazamanmelestarikankecemerlangan #serojaexcellent #usahatanggajaya
7
MANUAL PENGURUSAN SK SERI REJO SARI 2022/2023
#keazamanmelestarikankecemerlangan #serojaexcellent #usahatanggajaya
8
MANUAL PENGURUSAN SK SERI REJO SARI 2022/2023
#keazamanmelestarikankecemerlangan #serojaexcellent #usahatanggajaya
9
MANUAL PENGURUSAN SK SERI REJO SARI 2022/2023
#keazamanmelestarikankecemerlangan #serojaexcellent #usahatanggajaya
1
MANUAL PENGURUSAN SK SERI REJO SARI 2022/2023
#keazamanmelestarikankecemerlangan #serojaexcellent #usahatanggajaya
2
MANUAL PENGURUSAN SK SERI REJO SARI 2022/2023
#keazamanmelestarikankecemerlangan #serojaexcellent #usahatanggajaya
3
MANUAL PENGURUSAN SK SERI REJO SARI 2022/2023
#keazamanmelestarikankecemerlangan #serojaexcellent #usahatanggajaya
4
MANUAL PENGURUSAN SK SERI REJO SARI 2022/2023
IKRAR PERKHIDMATAN AWAM &
INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM
____________________________________________________________
IKRAR PERKHIDMATAN AWAM
Kami yang telah dilantik berkhidmat dengan kerajaan Malaysia membuat ikrar di sini bahawa
semasa dan selagi kami berkhidmat dengan Kerajaan, kami akan patuh dengan mengamalkan
teras-teras perkhidmatan semasa menjalankan tugas.Ke arah ini kami :
• Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan;
• Bekerja dengan penuh tanggungjawab;
• Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri;
• Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan;
• Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara; •
Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara; dan
• Berpegang teguh kepada ajaran agama.
IKRAR INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM
Kami, pegawai awam Malaysia, dengan sepenuh dan rela hati berikrar mempertahankan dan
memperkukuhkan integriti perkhidmatan awam dengan mencegah dan membanteras segala bentuk
rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan yang berikut :
• Pertama : Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah;
• Kedua : Menutup semua ruang dan peluang yang mendedahkan kepada
amalan rasuah;
• Ketiga : Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang,
peraturan dan etika jabatan;
• Keempat : Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk
memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuah;
• Kelima : Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat integriti
dan imej pegawai awam; dan
• Keenam : Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan
nilai- nilai murni yang berteraskan ajaran agama dalam
melaksanakan tugas.
#keazamanmelestarikankecemerlangan #serojaexcellent #usahatanggajaya
5
MANUAL PENGURUSAN SK SERI REJO SARI 2022/2023
TATASUSILA PROFESION KEGURUAN
Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah
pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan
berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah
pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya demokrasi, kebebasan perseorangan dan
Prinsip-Prinsip Rukun Negara.
Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka,
memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak berzaman, dan menyediakan mereka untuk
menghadapi cabaran pada masa hadapan. Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab
membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami
menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan
profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR
1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar-pelajar kami dari hal-hal lain.
2. Bersikap adil kepada pelajar-pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi,
politik, ekonomi, keturunan atau agama.
3. Merahsiakan ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak
mengetahuinya.
4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjahnya sendiri atau dalam
matapelajaran-matapelajaran yang diajar dalam bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
5. Menunjukkan suatu cara berpakaian, tutur kata dan tingkah laku yang dapat memberikan
contoh yang baik kepada para pelajar.
6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan
dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran
kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBUBAPA
1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi
pendidikan dengan rumah tangga.
3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah
tangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada
sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan
menggunakan maklumat daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
5. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi
ibu bapa pelajar.
#keazamanmelestarikankecemerlangan #serojaexcellent #usahatanggajaya
6
MANUAL PENGURUSAN SK SERI REJO SARI 2022/2023
6. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang menjejaskan
kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa mereka.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA
1. Mengelakkan diri dari menyebarkan suatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan
pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan prinsip Rukun Negara.
2. Memupuk dalam diri setiap pelajar dengan sikap dan nilai yang boleh membantu dan
membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan
berguna, menghormati orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan budaya,
keturunan dan agama.
3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai
seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan
masyarakat.
4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dan ibu bapa, institusi
pendidikan dengan masyarakat.
5. Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan
kecendekiawan masyarakat.
6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjadi
kehidupan kami sehari-hari dengan baik.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN
1. Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan
nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau membuat sesuatu yang
boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
2. Tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami
sebagai guru.
3. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan
bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baharu dalam
profesion perguruan.
5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.
6. Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru.
(Catatan: Guru yang dimaksudkan dalam konteks Tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu
pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi, termasuk guru terlatih
yang bertugas dalam pentadbiran oragnisasi dan penyeliaan pendidikan.)
#keazamanmelestarikankecemerlangan #serojaexcellent #usahatanggajaya
7
MANUAL PENGURUSAN SK SERI REJO SARI 2022/2023
LOGO SEKOLAH
Merah MAKSUD LENCANA SEKOLAH
Biru Melambangkan keberanian , kecekalan hati dan juga
Kuning semangat waja semua warga sekolah dalam mengharungi
masa depan yang penuh cabaran.
Melambangkan perpaduan dalam kalangan warga sekolah .
Melambangkan kepatuhan dan ketaatan kepada peraturan
yang telah ditetapkan.
Putih Melambangkan kesucian fikiran pelajar yang perlu dicorak
mengikut acuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Obor Melambangkan semangat warga sekolah yang sentiasa
Lima Gelung berkobar bagi mencapai kecemerlangan dalam seluruh
bidang.
Melambangkan seluruh warga sekolah mendukung semangat
kesukanan.
Buku dan Jangka Lukis Lambang semangat membaca dan mendalami ilmu bahasa
dan Matematik
Roda Bergerigi Warga sekolah membangun bersama kepesatan sains dan
&Huruf IT teknologi Maklumat.
#keazamanmelestarikankecemerlangan #serojaexcellent #usahatanggajaya
8
MANUAL PENGURUSAN SK SERI REJO SARI 2022/2023
SK SERI REJO SARI
BATU PAHAT
JBA 0062
Visi
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Misi
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi
Memenuhi Aspirasi Negara
Matlamat Sekolah
1. Membangunkan warga sekolah yang komited dan berdaya saing yang tinggi untuk mencapai
misi dan visi sekolah.
2. Memberi pendidikan sepenuhnya kepada murid-murid ke arah sifar buta huruf.
3. Memberi peluang kepada setiap individu, menampilkan bakat dan kemahiran masing-masing
dalam kurikulum dan kokurikulum.
4. Membina dan membimbing murid-murid ke arah pembangunan sahsiah diri yang
menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.
5. Mewujudkan budaya kerja yang berinovatif, berkualiti dan berketrampilan untuk
kecemerlangan sekolah.
Falsafah Sekolah
Mengutamakan kerjasama antara warga sekolah dengan komuniti untuk membentuk generasi
berilmu, berketrampilan dan berpengetahuan serta berkemahiran teknologi maklumat yang tinggi
selaras kehendak Falsafah Pendidikan Negara.
Motto
”Keazaman Melestarikan Kecemerlangan”
#keazamanmelestarikankecemerlangan #serojaexcellent #usahatanggajaya
9
MANUAL PENGURUSAN SK SERI REJO SARI 2022/2023
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI REJO SARI
BATU PAHAT
PIAGAM PELANGGAN
KAMI WARGA
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI REJO SARI
DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI
AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK:
1. Memastikan sistem pendidikan berjalan dengan baik di sekolah ini bagi
memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi
matlamat perpaduan negara.
2. Memastikan proses pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan lancar
mengikut perancangan dan program yang disusun rapi mengikut ketetapan.
3. Menyediakan kemudahan prasarana persekolahan seperti kemudahan tempat
belajar, tempat sukan / rekreasi, peralatan pengajaran, makmal sains, bilik
komputer, perpustakaan dan kaunseling.
4. Memastikan pembelajaran dan pengajaran murid bermula dari Hari Pertama
Persekolahan dan disalurkan kepadanya sehingga tamat persekolahannya di
Tahun 6.
5. Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan Pendidikan serta memberi
peluang dengan adil dan saksama kepada semua murid untuk mencapai
kecemerlangan diri.
6. Mendidik dengan penuh kesungguhan, ikhlas dan kasih sayang ke arah
mencapai perkembangan murid yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani
dan jasmani.
7. Memastikan setiap guru dan staf sokongan dapat berkhidmat dengan penuh
cekap dan berkesan sepanjang masa.
#keazamanmelestarikankecemerlangan #serojaexcellent #usahatanggajaya
10
MANUAL PENGURUSAN SK SERI REJO SARI 2022/2023
8. Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan segera
kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami.
9. Memastikan kami sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan
keperluan pelanggan terdiri daripada murid, ibubapa / penjaga, masyarakat,
Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian
Pendidikan Malaysia, Negara dan Kerajaan.
10. Menentukan segala urusan surat menyurat, laporan dan maklumat diberikan
perhatian serta tindakan segera dengan lengkap dan tepat kepada yang
berkenaan.
11. Mewujudkan persekitaran dan budaya sekolah yang kondusif ke arah
melahirkan murid yang seimbang dan harmonis selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
12. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan
teguran membina daripada semua pihak demi meningkatkan prestasi
perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.
#keazamanmelestarikankecemerlangan #serojaexcellent #usahatanggajaya
11
MANUAL PENGURUSAN SK SERI REJO SARI 2022/2023
DASAR PELANTIKAN
SILA LEKATKAN
GAMBAR ANDA
ADALAH SAYA SEBAGAI SEORANG GURU YANG BERTANGGUNGJAWAB
SEPENUHNYA KEPADA SEKOLAH KEBANGSAAN SERI REJO SARI, BATU PAHAT
DENGAN SENDIRINYA BERIKRAR DAN BERJANJI BAHAWA SEKIRANYA NAMA
SAYA TERCATAT DI DALAM MANA-MANA BIDANG TUGAS BERKAITAN DI DALAM
BUKU MANUAL PENGURUSAN INI MAKA SAYA BERSETUJU SECARA RASMI
DILANTIK MEMEGANG JAWATAN TERSEBUT MULAI 21.03.2022 HINGGA 16.02.2023.
SAYA BERJANJI AKAN AKUR KEPADA KETUA DAN PENTADBIR SERTA BERUSAHA
SEDAYA UPAYA MELAKSANAKAN TUGAS SAYA DENGAN BAIK SERTA MEMBERI
KOMITMEN YANG TINGGI DEMI KECEMERLANGAN MURID DAN SEKOLAH INI
NAMA GURU : ...........................................................................................................
NO. KAD PENGENALAN : ...........................................................................................................
YANG BENAR ,
....................................
14.03.2022
#keazamanmelestarikankecemerlangan #serojaexcellent #usahatanggajaya
12
MANUAL PENGURUSAN SK SERI REJO SARI 2022/2023
LAGU SEKOLAH
#keazamanmelestarikankecemerlangan #serojaexcellent #usahatanggajaya
13
MANUAL PENGURUSAN SK SERI REJO SARI 2022/2023
PELAN SEKOLAH
#keazamanmelestarikankecemerlangan #serojaexcellent #usahatanggajaya
14
MANUAL PENGURUSAN SK SER
MAKLUMAT
WARGA
BIL NAMA NO IC GRED
1 MOHD ISWANDY BIN SAHLAN 780808-01-5265 DG
2 SOHANI BINTI OTHMAN 720610-01-6380 DG
3 AFIFI BIN MASHUDAN 790506-01-5189 DG
4 MOHD SHUKRI BIN MOHAMAD JANI 770425-06-5813 DG
5 MD. YUSOF BIN YUSAK 660310-01-5229 DG
6 NORHAYATI BINTI MUNASIB 700429-04-5082 DG
7 SAHANIM BINTI OTHMAN 680827-01-5254 DG
8 ISMAIL BIN SETAM 640728-01-5279 DG
9 SITI ZULIZA BINTI SADALI 880718-01-5016 DG
10 SITI HALINA BINTI SAHAR 800613-01-5834 DG
11 HAZAWATI BINTI ABU HASAN ASURI 740322-05-5180 DG
12 ABDOL SALAM BIN YUNUS 660202-01-5037 DG
13 SITI SUZANA BINTI MARMIN 710907-01-5400 DG
14 NORLIYANA BINTI RUBANI 760504-01-6930 DG
15 NURULHUDA BINTI MUSA 830505-01-6490 DG
16 NORRAHA BINTI SOMBER @ ABDUL HAMID 651026-01-6318 DG
17 SITI HABIBAH BINTI SAMSUDIN DG
18 NOR HASNAH BINTI MAT NOH @ HASHIM 790328-01-5222 DG
19 MOHD SAHLI BIN NORDIN 790413-02-5476
20 NORAZILAH BINTI M.ALI DG
21 FAEZAH BINTI AB RAHIM 771212-01-5235 DG
22 KAMARUL BIN MOHAMAD SHUKOR 690112-01-5284 DG
23 SITI NORAINI BINTI MOHD. TAMIN 820115-01-6242 DG
24 NUR FARHANAH BINTI ZAINI 831231-06-5205 D
840307-01-6448 DG
860708-23-6554
15
#keazamanmelestarikankecemerlangan #serojaexcellent #usahatanggajaya
RI REJO SARI 2022/2023
GURU / STAF
A SEROJA
ED GAJI NO.JPNJ OPSYEN TARIKH MULA NO TEL BIMBIT
BERTUGAS
0197548878
G42 97263 BM/RBT 1/9/2021 0182712909
DG38 A-56772 BM 28/7/2015 011-58305377
2/9/2020 01110106307
G44 A38095 PEMULIHAN 2/7/2018 0137432308
DG44 A-24850 SAINS 1/12/1993 0197536870
DG38 83914 BM 1/6/2003 0197744265
99989 1/1/1998 0137860010
G38 82556 PEMULIHAN 1/1/1987 0137472465
G42 82375 BM 1/1/2016 0176775434
G44 A-61459 SAINS 3/1/2008 0197662231
DG41 A-55867 PI 1/1/2012 0137295495
G42 99863 SAINS 4/1/2008 01129705534
DG44 84156 1/1/2003 0197914576
G38 89689 MATH 25/8/2020 0127512434
DG48 SAINS 12/6/2017 0137573075
DG42 91454 GEOGRAFI 1/4/1995
DG42 A-51943 SAINS/MATH 0137887688
G42 82375 PRA 1/8/2007 0137788651
A-36460 1/1/2008
DG44 A-36426 BM 0162150345
G44 PI 1/8/2020 0137744950
A35474 PI 1/3/1996 0127596104
DG44 80412 1/1/2011 0177213326
G44 A-55867 PI 1/1/2016 0197447805
A-55867 PRA 8/7/2009 0197521153
DG44 A-36451 BI 12/3/2020
G44 MATH
A-36994 PI
DG44
G44 PRA
5
MANUAL PENGURUSAN SK SER
BIL NAMA NO IC GRED
25 MUHAMMAD AFIFFUDIN BIN ARIFFIN 920325-01-6695 DG
26 NUR AMIRA BINTI RAZLI
27 NORASHIKIN BINTI ISMAIL 931223-01-5396 DG
28 NORHUDA BINTI KAMARUDDIN
29 JULIAFIRA BINTI ALIMAN 710712-01-5240 DG
30 MASTURAH BINTI RAHIM 880428-05-5394 DG
31 MOHD RASID BIN MASRIP 900104-01-5252 DG
32 NORITA BINTI PAIMAN 841106-01-6112 N
820324-01-5887 N
33 NURHIDAYU BINTI MISMAN 670130-01-5482 N
1 SUHAIMI BIN AMIN 860319-23-6710 N
2 NGADEMAN BIN SAYUTI
3 MUHD FAHIS BIN SUWANDI 680614-01-6229 STAF KES
4 BARDO BIN MOHD SALLEH 641104-01-5355 STAF PEM
870414-23-5205
1 HELENA BINTI BEDILAH 610320-01-5403
2 AHMAD DUAD BIN PAJAR
3 KARTINI BINTI RAMLI 780627-01-5098
4 HAMZAH BIN JUMAK 660919-01-5237
5 ROSLAN BIN KASNON 690214-01-5306
700422-01-5171
680116-01-5805
#keazamanmelestarikankecemerlangan #serojaexcellent #usahatanggajaya
16
RI REJO SARI 2022/2023
ED GAJI NO.JPNJ OPSYEN TARIKH NO TEL BIMBIT
BERTUGAS
G41 A-55867 BI 0103681848
BI 16/8/2016 01111714369
DG41 A-64837 BM 0167182034
PI 2/5/2019 136348554
G42 6695 PI 1129342118
G41 A57084 PT 20/1/2021
DG41 S53978/jQAF PO 3/1/2022 127791740
N19 0127791740 PPM 3/1/2022 1126084495
N11 01126084495 PPM 12/7/2010 137482214
N19 C/11-1134 1/6/2017
1/1/2003 0127331030
N19 C/11-2724
26/9/2012 ‘O108875664
‘01115607919
SELAMATAN ‘0195157993
‘0137568397
MBERSIHAN
01140577206
01140577206
0177844794
0199740113
0177844794
6
MANUAL PENGURUSAN SK SERI REJO SARI 2022/2023
PANDUAN UNTUK MENCAPAI MATLAMAT OBJEKTIF SEKOLAH
SIKAP GURU
Diantaranya yang patut diambil perhatian ialah:
1. Tatasusila profesion Perguruan Malaysia sentiasa menjadi panduan amalan semua
guru.
2. Anggap dan jadikan pekerjaan guru itu sebagai profesion dan bukan sebagai pekerjaan
sambilan.
3. Jadikan suasana perhubungan antara Guru Besar dengan guru-guru BUKAN sebagai
mandur dengan kuli, segala tugas dan tanggungjawab tanpa memerlukan pengawasan.
4. Jaga batasan pergaulan antara guru-guru/kakitangan dan pergaulan dengan murid
sama ada semasa bertugas atau di luar tugas. Wujudkan sikap hormat menghormati
dan tolong - menolong.
5. Anggaplah murid-murid yang diajar dan dididik itu sebagai anak sendiri yang masa
depan mereka sebahagiannya adalah dipertanggungjawabkan kepada kita.
6. Elakkan daripada melakukan apa yang dapat dianggap sebagai sesuatu yang
sumbang, pecah amanah, ponteng tugas dan sebagainya.
7. Inisiatif dan kegigihan sendiri tanpa menunggu arahan untuk berusaha menaikkan imej
sekolah dalam segala bidang adalah diperlukan daripada semua guru.
8. Sentiasa memberikan kerjasama kepada Guru Besar, rakan sejawat dan kakitangan
pejabat/sekolah dalam hal-hal berhubung dengan tugas dan tanggungjawab dalam
perkhidmatan.
9. Jauhkan sikap memencilkan atau sikap kelompok dengan hanya sesama jenis,
kelayakan atau kelulusan.
10. Sikap mesyuawarah, diplomasi dan kompromi adalah perlu bagi mengelakkan
timbulnya salah faham dan ketegangan antara guru-guru/kakitangan dan Guru Besar.
11. Pakaian dan potongan/bentuk rambut guru-guru biarlah yang sesuai dan berkeadaan
kemas.
12. Cuba mengetahui dan mengenali seberapa ramai ibu bapa/penjaga murid/ahli-ahli
PIBG sekolah ini, Pegawai PPD, JPN dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
13. Sama-sama bertanggungjawab menjaga rahsia sekolah supaya tidak dibocorkan
kepada pihak luar yang tidak berkenaan kerana ini boleh menjejaskan nama baik dan
imej kita semua.
14. Sentiasa belajar dan mengambil tahu perkara-perkara yang berhubung dengan
perkhidmatan dan perjawatan seperti Perintah Am, Pekeliling Ikhtisas dan lain-lain
#keazamanmelestarikankecemerlangan #serojaexcellent #usahatanggajaya
17
MANUAL PENGURUSAN SK SERI REJO SARI 2022/2023
1. Menimbulkan dan menggalakkan semangat bekerjasama dan menanamkan ~ PERASAAN
KEKITAAN dan KEKELUARGAAN ~ dalam kalangan guru, kakitangan dan murid-murid
sekolah ini.
2. Sebarang masalah yang timbul hendaklah dirundingkan bersama Guru Besar atau Guru
Penolong Kanan bagi penyelesaiannya.
MENEPATI MASA
1. Guru-guru hendaklah sampai selewatnya LIMA BELAS MINIT sebelum sesi pembelajaran
bermula (7.30 pagi) atau gerak kerja luar bilik darjah bermula.
2. Sila ketik kad perakam waktu (punch card) kehadiran masing-masing sebaik-baik sahaja
sampai ke sekolah dan sebelum meninggalkan sekolah.
3. Kelewatan sampai ke sekolah mesti dilaporkan kepada Guru Besar sebaik sahaja
sampai dengan menerangkan sebab-sebab mengapa berlaku kelewatan itu.
4. Guru-guru hendaklah masuk ke bilik darjah untuk mengajar atau meninggalkan bilik darjah
sebaik sahaja loceng berbunyi/dibunyikan menandakan pertukaran jadual waktu mata
pelajaran.
5. Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan bilik darjah semasa pengajaran sedang dijalankan
kecuali hal-hal yang tidak boleh dielakkan atau diarahkan oleh Guru Besar. Apa jua yang
berlaku dalam darjah semasa pengajaran guru-guru berkenaan adalah TANGGUNGJAWAB
guru tersebut.
6. Kiranya terpaksa juga meninggalkan kelas kerana hal di atas, berilah kerja-kerja yang sesuai
kepada murid-murid dengan arahan-arahan supaya kelas dalam terkawal dan diawasi oleh
Ketua Darjah dan Penolongnya.
KELUAR SEKOLAH MASA BERTUGAS
1. Guru-guru tidak dibenarkan keluar dari sekolah semasa bertugas KECUALI dengan
kebenaran Guru Besar atau Guru Penolong Kanan. Kenyataan keluar masuk hendaklah
dicatatkan dalam buku keluar/masuk pejabat/sekolah.
2. Kebenaran keluar hanya akan diberikan dalam keadaan-keadaan yang AMAT MENDESAK
SAHAJA.
3. Guru-guru yang bertugas di luar sekolah atas urusan rasmi dikehendaki memberitahu Guru
Besar terlebih dahulu supaya jadual guru ganti dapat disediakan lebih awal.
#keazamanmelestarikankecemerlangan #serojaexcellent #usahatanggajaya
18
MANUAL PENGURUSAN SK SERI REJO SARI 2022/2023
MEMOHON CUTI/ TIDAK HADIR BERTUGAS
1. Sekiranya guru-guru tidak hadir bertugas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan,
makluman berkenaan hendaklah disampaikan kepada Guru Besar dan Guru Penolong
Kanan dengan secepat mungkin sama ada melalui telefon atau pesanan ringkas (SMS)
dengan menyatakan sebab-sebab tidak dapat hadir..
2. Sekiranya KETIDAKHADIRAN itu kerana sakit, surat doktor hendaklah diperoleh dari
hospital atau klinik swasta dan hendaklah disampaikan kepada Guru Besar untuk tujuan
rekod dan menyediakan laporan Cuti Bulanan.
3. Permohonan cuti sambilan, separuh gaji atau tanpa gaji kerana urusan-urusan tertentu
hendaklah dibincangkan terlebih dahulu dengan Guru Besar.
4. Ketidakhadiran guru-guru dan kakitangan tanpa mematuhi arahan seperti di atas maka surat
tunjuk sebab akan dikeluarkan untuk tindakan selanjutnya.
URUSAN DENGAN PEJABAT SEKOLAH
1. Guru-guru yang memerlukan tandatangan Guru Besar untuk tujuan pengesahan sesuatu
dokumen seperti salinan sijil, tuntutan-tuntutan, perjanjian-perjanjian, permohonan
pelantikan sebagai pemeriksa dan sebagainya hendaklah berjumpa dengan Ketua
Pembantu Tadbir/Pembantu Tadbir terlebih dahulu untuk memastikan semua dokumen
Itu lengkap dan HANTAR SENDIRI kepada Guru Besar pada bila-bila masa Guru Besar
berada di pejabatnya.
2. Perkara-perkara peribadi berhubung dengan perjawatan dan perkhidmatan hendaklah
diambil perhatian dan maklumat-maklumat mengenainya boleh didapati daripada Ketua
Pembantu Tadbir. Di antara perkara tersebut ialah:
⮚ Kenaikan Gaji Tahunan
⮚ Pengesahan Dalam Jawatan
⮚ Kemasukan dalam Jawatan Berpencen
⮚ Perlanjutan Tarikh Pengesahan Dalam Jawatan
⮚ Peperiksaan Tahap Kecekapan dan lain-lain Peperiksaan
⮚ Potongan Cukai Pendapatan dan Potongan Zakat
⮚ Pinjaman Kenderaan, Pinjaman Perumahan, Pinjaman Bank, Insuran dll
⮚ KWSP, Tabung Haji dan lain-lain potongan.
⮚ Cuti
#keazamanmelestarikankecemerlangan #serojaexcellent #usahatanggajaya
19
MANUAL PENGURUSAN SK SERI REJO SARI 2022/2023
⮚ Semua permohonan atau surat menyurat berhubung dengan perjawatan dan
perkhidmatan hendaklah mengikut saluran dan prosedur yang ditetapkan. Tindakan
sewajarnya akan diambil sekiranya peraturan dan prosedur itu diabaikan.
PEKELILING-PEKELILING
Dari semasa ke semasa Guru Besar akan mengedarkan Pekeliling tertentu melalui PO. Pekeliling-
pekeliling tersebut mungkin merupakan pekeliling Guru Besar, PPD, JPN, Kementerian
Pendidikan dan sebagainya.
1. Guru-guru hendaklah meneliti dan memahami pekeliling tersebut dan kemudian menurunkan
tandatangan di ruangan yang disediakan sebagai menandakan ianya telah diambil perhatian.
2. Sekiranya ada guru-guru yang terlibat untuk sesuatu tindakan tertentu berhubung dengan
pekeliling berkenaan, maka tindakan yang sewajarnya hendaklah diambil secepat mungkin.
3. Sekiranya memerlukan penjelasan lanjut berkaitan dengan pekeliling berkenaan, guru-guru
bolehlah berjumpa Guru Besar atau Guru Penolong Kanan.
4. Pekeliling-pekeliling atau arahan yang ditujukan khas kepada seseorang guru yang diberi
tanggungjawab untuk mengambil tindakan dan menguruskan sesuatu perkara tertentu maka
guru-guru berkenaan sewajarnya menerima arahan dan mengambil tindakan selanjutnya.
5. Guru-guru juga diwajibkan membaca dan memahami semua pekeliling yang terdapat dalam
rekod mengajar.
KAWALAN DAN DISIPLIN MURID
1. Janganlah ada anggapan bahawa tugas mengawal disiplin hanya tanggungjawab Guru
Besar, Guru Penolong Kanan, Guru Disiplin dan Pengawas sahaja tanpa melibatkan
guru-guru lain.
2. Kerjasama daripada setiap guru adalah perlu bagi mencapai tahap kawalan dan disiplin
yang tinggi bagi murid-murid sekolah ini.
3. Tindakan hukuman atau denda yang dikenakan biarlah sesuatu yang boleh memberi
kesedaran dan kebaikan kepada murid-murid yang melanggar peraturan disiplin atau lain-
lain kesalahan.
4. Kegagalan mengawasi disiplin murid-murid semasa guru-guru mengajar dan membimbing
sama ada di dalam atau di luar bilik darjah boleh menjejaskan kewibawaan dan kredibiliti
guru dan pihak sekolah.
#keazamanmelestarikankecemerlangan #serojaexcellent #usahatanggajaya
20
MANUAL PENGURUSAN SK SERI REJO SARI 2022/2023
JADUAL GANTI (RELIEF)
1. Jadual waktu mengajar dianggap sebagai waktu mengajar.
2. Guru ganti hendaklah berada di kelas sebagaimana yang ditetapkan dari semasa ke semasa..
3. Guru ganti digalakkan mengajar mata pelajarannya atau mata pelajaran yang ia
berkemahiran.
WAKTU LUANG (FREE PERIOD)
1. Guru-guru hendaklah sentiasa ingat bahawa waktu luang adalah masa bekerja.
PENGGUNAAN ALATAN / HARTA BENDA SEKOLAH
1. Guru-guru bertanggungjawab menjaga alatan/harta benda sekolah dan menggunakan
dengan betul serta mengikut peraturan-peraturan tertentu.
2. Kebenaran hendaklah diperoleh daripada pihak yang bertanggungjawab menjaga
peralatan/harta benda itu dan semua pinjaman/penggunaan peralatan itu hendaklah
direkodkan.
3. Peralatan yang dipinjamkan mestilah dipulangkan dengan segera setelah digunakan.
4. Sebarang kerosakan/kehilangan peralatan/harta benda itu hendaklah dilaporkan dengan
segera.
5. Pastikan lampu, kipas, alat pendingin hawa dan lain-lain suis yang terpasang hendaklah
ditutup sewaktu meninggalkan kelas/bilik.
6. Paip air juga hendaklah ditutup selepas digunakan.
MELAKSANAKAN TUGAS / ARAHAN
1. Apabila diarahkan melaksanakan tugas, misalnya mewakili sekolah untuk membawa
murid menyertai pertandingan/permainan atau menghadiri mesyuarat bagi pihak sekolah
atau diminta mengarahkan murid-murid melaksanakan sesuatu tugas, maka tugas itu
hendaklah dilaksanakan sendiri. Pihak yang ditugaskan itu tidak boleh mengarahkan
orang lain melaksanakannya tanpa pengetahuan/kebenaran Guru Besar.
2. Sekiranya sesuatu tugas itu terpaksa diserahkan kepada orang lain kerana sesuatu sebab
yang tidak dapat dielakkan dan dipersetujui oleh pihak yang menggantikannya Guru Besar
haruslah diberitahu terlebih dahulu mengenainya.
#keazamanmelestarikankecemerlangan #serojaexcellent #usahatanggajaya
21
MANUAL PENGURUSAN SK SERI REJO SARI 2022/2023
3. Tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh guru sendiri tidak boleh diserahkan kepada murid-
murid, misalnya mengawas kegiatan kokurikulum, mengisi kedatangan murid dalam Buku
Daftar Kedatangan, menyimpan kunci bilik-bilik khas dan sebagainya.
TUGAS MINGGUAN
1. Guru-guru yang bertugas hendaklah berada di sekolah sekurang-kurang setengah jam
sebelum sesi sekolah bermula, iaitu jam 7.00 pagi
2. Jalankan tugas tuan/puan sepertimana yang tercatat dalam panduan tugas guru.
ORANG LUAR BERJUMPA GURU DAN MURID
1. Orang luar termasuk jurujual tidak dibenarkan berjumpa guru dan murid tanpa kebenaran
Guru Besar.
2. Orang luar dilarang berjumpa guru dan murid di kelas atau semasa P&P sedang dijalankan
kecuali jika kecemasan.
TAKLIMAT DAN MESYUARAT
1. Semua guru wajib menghadiri taklimat dan mesyuarat yang diberikan oleh Guru Besar,Guru
Penolong Kanan dan Ketua Panitia/Penyelaras Unit.
2. Sekiranya seseorang guru tidak dapat hadir hanya kerana sesuatu sebab yang tidak dapat
dielakkan guru berkenaan hendaklah memberitahu Guru Besar sekurang-kurangnya sehari
sebelum mesyuarat itu diadakan.
3. Guru-guru juga wajib hadir mesyuarat yang dipanggil oleh panitia mata pelajaran zon/daerah,
PPD, JPN dan pihak-pihak yang telah diberi kebenaran mengadakan mesyuarat.
4. Pengerusi Panitia Mata Pelajaran/Penyelaras/ Ketua Unit hendaklah mematuhi agenda yang
ditetapkan semasa mengadakan mesyuarat tersebut.
#keazamanmelestarikankecemerlangan #serojaexcellent #usahatanggajaya
22
MANUAL PENGURUSAN SK SERI REJO SARI 2022/2023
E PERIOD)
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1981
PENGGUNAAN WAKTU TIDAK MENGAJAR ‘WAKTU LUANG’ (FREE PERIOD) OLEH GURU-
GURU
1 Guru-guru di sekolah biasanya mempunyai waktu-waktu tidak mengajar/waktu luang (free
period) seperti yang ditetapkan dalam jadual waktu mengajar masing-masing. Didapati ada
sebahagian kecil guru-guru menganggapnya sebagai masa tidak bekerja. Anggapan ini
adalah salah dan perlu dibetulkan
2 Oleh itu Tuan/Puan diminta memberitahu semua Guru Besar supaya:
2.1 Mengingatkan semua guru bahawa waktu tidak mengajar/waktu luang (free periods)
itu adalah masa bekerja
2.2 Guru Besar boleh mengarahkan guru-guru menggunakan masa itu antara lain untuk:
2.2.1 Menggantikan guru yang tidak hadir mengajar di sesebuah kelas
2.2.2 Membuat persediaan untuk mengajar seperti membaca buku-buku
tambahan, membuat nota mengajar, menyediakan alat-alat mengajar dan
sebagainya
2.2.3 Memeriksa buku-buku latihan murid
2.2.4 Mengadakan pertemuan khas dengan murid bermasalah mengenai pelajaran
yang diajar
2.2.5 Penyediaan aktiviti-aktiviti kokurikulum
2.2.6 Lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh Guru Besar
Tegasnya, waktu tidak mengajar ini mestilah diisi dengan kerja-kerja yang memberi faedah
kepada murid-muird khasnya dan sekolah amnya.
Peringatan
Guru yang ditugaskan / dijadualkan sebagai guru ganti (sama ada secara tetap atau berkala)
hendaklah menerima tugas ini dengan penuh tanggungjawab dan melaksanakan dengan
sempurna. Guru dikehendaki hadir di kelas mengikut waktu yang ditetapkan. Guru
hendaklah membuat perancangan aktiviti yang bersesuaian dengan kelas. SLIP GURU
GANTI hendaklah ditampal di dalam Buku Rekod Mengajar Guru.
#keazamanmelestarikankecemerlangan #serojaexcellent #usahatanggajaya
23
MANUAL PENGURUSAN SK SERI REJO SARI 2022/2023
PERINTAH AM – TINGKAH LAKU PEGAWAI
Perintah Am. Bab D Para 4(1) dan 4(2)
1 Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa dan pada setiap ketika
memberikan taat setia yang tak berbelah bagi kepada Yang di-Pertuan Agong,
Negara dan Kerajaan.
2 Seseorang pegawai tidak boleh :
a. membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan
persendiriannya
b. berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin
menyebabkan kepentingan persendiriannya bercanggah
dengan tugas awamnya;
c. berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan
syak yang munasabah bahawa :
d. dia telah membiarkan kepentingan persendiriannya
bercanggah dengan tugas awamnya hingga menjejaskan
kegunaannya sebagai seorang pegawai awam; atau
dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri;
f. berkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan
nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam;
g. kurang cekap atau kurang berusaha
h. tidak jujur atau tidak amanah
i. tidak bertanggungjawab
j. membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau
tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan
berhubungan dengan perkhidmatan awam, sama ada tuntutan
itu adalah tuntutannya sendiri atau tuntutan anggota-angota
perkhidmatan awam yang lain
k. ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang
boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah
dan
l. cuai dalam melaksanakan tugasnya.
#keazamanmelestarikankecemerlangan #serojaexcellent #usahatanggajaya
24
MANUAL PENGURUSAN SK SERI REJO SARI 2022/2023
TAFSIRAN CUTI
1 ‘Cuti’ - bermakna sebarang tempoh seseorang pegawai itu dibenarkan
meninggalkan tugasnya dan peninggalan tugas itu tidak dikira sebagai putus
perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja.
P. A (1) Bab C 1974
2 ‘Cuti sakit’ - bermakna cuti bergaji penuh yang diberi kerana sebab-sebab
perubatan dan dengan mengemukakan Sijil Sakit dari seorang pegawai perubatan
kerajaan atau lain-lain doktor yang diterima dan diberi bagi sakit atau kecederaan
yang ada harapan untuk sembuh.
3 ‘Ketua Jabatan’ - Ketua Setiausaha kepada Kementerian, Ketua Jabatan, Ketua
sesuatu Perkhidmatan, mengikut mana yang berkenaan
4 ‘Sanak saudara’- bermaksud adik beradik, ibu bapa dan lain-lain saudara mara
yang rapat kepada pegawai
5 ‘Ahli keluarga’ - suami atau isteri dan anak-anak Pegawai Perkhidmatan Pelajaran
itu
6 ‘Ahli keluarga yang rapat’ - ibu bapa, adik beradik, mentua, datuk dan nenek
kepada suami/isteri kepada Pegawai Perkhidmatan Pelajaran itu
7 ‘Pegawai Perkhidmatan Pelajaran’ - semua Pegawai Perkhidmatan Pelajaran
termasuk yang mengajar di sekolah/maktab/institut termasuk Penolong-penolong
Kanan/Penyelia Petang
CUTI REHAT KHAS (CRK)
Cuti Rehat Khas (CRK) bukan hak tetapi satu kemudahan
(i)
(ii) Pengambilan CRK adalah bergantung kepada kelulusan Ketua Jabatan dan
pengambilannya secara ‘propotionate’ (mengikut kadar)
CRK yang layak digunakan 0.58 hari bagi setiap bulan.
CRK selama 10 hari setahun perlu dibahagikan selama 12 bulan.Cth. Untuk dua
bulan, layak 2 x 0.58 = 1.36 hari ia itu satu (1) hari sahaja.
#keazamanmelestarikankecemerlangan #serojaexcellent #usahatanggajaya
25
MANUAL PENGURUSAN SK SERI REJO SARI 2022/2023
GARIS PANDUAN PEMBERIAN CUTI REHAT KHAS (CRK)
1 Untuk menziarahi ‘ahli keluarga’ atau ‘ahli keluarga yang rapat’ yang sakit tenat atau
meninggal dunia
2 Untuk menyertai upacara atau perayaan agama yang dianuti oleh Pegawai
Pekhidmatan Pelajaran
3 Dalam keadaan kecemasan atau kemalangan yang menimpa seperti kebakaran,
banjir, dsb.
4 Menunaikan fardhu haji – sekiranya tempoh selama 40 hari seperti mana yang telah
ditetapkan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil 4 Tahun 1984 tidak mencukupi.
5 Kursus Suai Kenal bagi kursus luar kampus
6 Majlis Konvokesyen bagi Pegawai Perkhidmatan Pelajaran atau ‘ahli keluarga’
7 Menghadiri temu duga Perlantikan Dalam Perkhidmatan Pelajaran yang diluluskan
oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Kementerian Pelajaran, Jabatan
Perkhidmatan Awam atau Jabatan Pelajaran Negeri
8 Perkahwinan Pegawai Perkhidmatan Pelajaran berkenaan atau anak-anaknya
9 Menghantar ‘ahli keluarga’ atau ‘ahli keluarga yang rapat’ menunaikan fardhu haji
10 Mendaftar anak ke Institut Pengajian Tinggi / Sekolah Berasarama Penuh
PANDUAN CUTI SAKIT
1 Sijil sakit bermakna sijil akuan sakit yang dikeluarkan oleh seorang pegawai
perubatan kerajaan atau sebuah Lembaga Perubatan atau oleh seorang ahli panel
doktor yang diluluskan oleh kerajaan
2 Pegawai Perubatan bermakna seorang doktor perubatan atau doktor pergigian
berdaftar yang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia dan bagi maksud Perintah Am
6 dan 32 Bab C termasuk seseorang doktor perubatan atau doktor pergigian yang
berkhidmat dengan sebarang Hospital Universiti atau Angkatan Tentera Malaysia.
3 Syarat cuti sakit
Menurut Perintah Am 17 (c) Bab C adalah menjadi syarat bahawa semua cuti sakit
hendaklah dihabiskan di hospital atau di rumah pegawai melainkan jikalau ditetapkan
oleh seseorang pegawai perubatan sebaliknya.
4 Berdasarkan Perintah Am 6 (a) Bab F 1974 Seseorang pegawai yang jatuh sakit dan
tidak dapat hadir di pejabatnya, hendaklah mendapatkan Sijil Sakit dari pegawai
#keazamanmelestarikankecemerlangan #serojaexcellent #usahatanggajaya
26
MANUAL PENGURUSAN SK SERI REJO SARI 2022/2023
perubatan atau Panel Doktor dan menghantarkan sijil tersebut kepada Ketua
Jabatannya dengan seberapa segera yang boleh.
5 Sijil Sakit yang dikeluarkan oleh Pegawai Perubatan Berdaftar , Ketua Jabatan
hanya boleh luluskan cuti sakit tidak ebih 90 hari dalam satu tahun (Januari hingga
Disember) dan sekiranya lebih dari 90 hari perlu mohon kelulusan untuk CUTI SAKIT
LANJUTAN
6 PENERIMAAN SIJIL SAKIT SWASTA (PP BIL. 2 TAHUN 2006)
A. Rawatan Pesakit Luar :
Sijil Sakit Tanpa Sokongan Pegawai Perubatan Kerajaan
Setahun Kalendar - 15 hari
Hari-hari selebihnya hendaklah mendapatkan tandatangan timbalan Hospital
Kerajaan
B. Rawatan Pesakit Dalam (Masuk Wad) :
Sijil Sakit Tanpa Sokongan Pegawai Perubatan Kerajaan
Setahun Kalendar - 180 hari
7 Pegawai yang telah mengambil cuti sakit berjumlah 45 hari atau lebih dalam masa
tiga tahun berturut-turut boleh, pegawai tersebut boleh dirujuk ke Lembaga
Perubatan oleh Ketua jabatannya untuk diperiksa tahap kesihatannya.
8 Syarat Cuti Sakit
Adalah menjadi syarat bahawa semua cuti sakit hendaklah dihabiskan di hospital
atau di rumah pegawai melainkan jikalau ditetapkan oleh seorang pegawai
perubatannya sebaliknya
PA 17 (c) Bab C 1974
JENIS-JENIS CUTI YANG TIDAK MENJEJASKAN PENCEN/GANJARAN
Bil Jenis Cuti Jumlah Cuti Rujukan Kelulusan Catatan
1 Rehat Khas 10 hari Guru Besar
PP - 1 hari sahaja
Bil 8/2017 pada satu ketika
(Lampiran A)
#keazamanmelestarikankecemerlangan #serojaexcellent #usahatanggajaya
27
MANUAL PENGURUSAN SK SERI REJO SARI 2022/2023
2 Sakit - 15 hari PA Bab C Guru Besar - Pengesahan
(K. Swasta) Para 31 (a) Pegawai
Perubatan
- 90 hari
(Klinik Tetap dan sah
dalam jawatan
Kerajaan) berkhidmat tidak
-12 bulan kurang 4 tahun
atau 6 tahun bagi
(sakit tibi) anggota
- 24 bulan sementara
(sakit
Hari Peperiksaan
kusta/barah) sahaja
3 Menunaikan Tidak melebihi PA Bab C JPN - Surat Tawaran
Haji 40 hari 34/35 - Jadual
Pengajian
Mengambil PA 44 dan
57 Bab C - Dalam Malaysia
4 Peperiksaan Tempoh Bil 9/1991 Guru Besar - Surat
(Cuti Tanpa peperiksaan Pengesahan
Rekod) - Surat
Pengesahan
Melanjutkan KP (BB)
- Surat
Pelajaran 06/01/04 Pengesahan
Jilid (48) - Hari Latihan dan
5 (PJJ) 30 hari hanya di JPN Khemah Kerja
Tahunan sahaja
(Cuti Tanpa IPTA
Rekod)
Aktiviti
6 KPPK/Koper 14 hari + 2 hari PA Bab C JPN
perjalanan 42 (a)
asi
(Cuti Tanpa
Rekod)
Mesyuarat
Agong
Tahunan,
Khemah
7 Latihan 14 hari setahun PA 42 (a) Guru Besar
Tahunan, + 2 hari dan
Seminar dan perjalanan 57 Bab C
aktiviti sukan
Bil 9/1991
anjuran
pertubuhan
Malaysia
sahaja
(Cuti Tanpa
rekod)
Cuti Latihan
8 Pasukan Tidak melebihi PA Bab C Guru Besar
Sukarela. 30 hari setahun 41/1974
+ 2 hari
Ch : RELA,
Askar perjalanan
Wataniah
(Cuti Tanpa
#keazamanmelestarikankecemerlangan #serojaexcellent #usahatanggajaya
28
MANUAL PENGURUSAN SK SERI REJO SARI 2022/2023
rekod)
Kematian PA
9 ahli keluarga 3 hari Bil 10 / Guru Besar - Surat
(Cuti Tanpa 2002 Pengesahan
rekod)
Isteri
10 Bersalin 7 hari PA Guru Besar - Surat
(Cuti Tanpa Bil 9 / 2002 Pengesahan
rekod)
11 Cuti Bersalin 300 hari dalam PA Guru Besar - Surat
keseluruhan 27 Pengesahan
perkhidmatan
JENIS-JENIS CUTI YANG MENJEJASKAN PENCEN/GANJARAN
Bil Jenis Jumlah Cuti Rujukan Kelulusan Catatan
Cuti
- 30 hari bagi - untuk kesihatan
guru / sanak
1 Separuh setiap genap satu PA 13, 51 JPN saudara yang
Gaji Tahun dan 63 rapat
perkhidmatan Bil 9/1991 - lawatan sambil
- tidak melibihi 180 belajar di
seberang laut
hari
- 30 hari bagi - untuk urusan
peribadi yang
2 Tanpa setiap genap satu PA 14, 52 JPN
Gaji Tahun Bab C JPA mustahak sama
perkhidmatan Bil 9/1991 ada di dalam atau
- tidak melibihi 360 di luar negeri
-sekurang-kurang
hari 6 bulan
perkhidmatan
Cuti Pekeliling - 90 hari
- bermula pada
Menjag Perkhidma hari ke 61/91
tan
3 a Anak - 1825 hari Bil JPN - Dihadkan 5 kali
(Cuti (5 tahun) JPA sepanjang
14/2007 perkhidmatan
Tanpa
Gaji)
#keazamanmelestarikankecemerlangan #serojaexcellent #usahatanggajaya
29
MANUAL PENGURUSAN SK SERI REJO SARI 2022/2023
JENIS CUTI ATAS SEBAB KESIHATAN
Bil Jenis Cuti Rujukan Catatan
1 Cuti Sakit PA 17 dan 53 Disahkan tidak sihat oleh pegawai
Bab C Bil 5/1985 perubatan
2 Cuti Sakit PA 22 dan 53 Diperakukan oleh Lembaga Perubatan
(180 hari)
Lanjutan Bab C Bil 9/1991
Syor Lembaga Perubatan atau ditahan
3 Cuti Kuarantin PA 24 pihak berkuasa kesihatan
(Pemulihan) Bab C
4 Cuti Bersalin PA 27 300 hari dalam keseluruhan perkhidmatan
5 Cuti PA 27 dan 53 Tercedera semasa menjalankan tugas
Kecederaan Bab C
6 Cuti Tibi,, PA 31 dan 53 Disahkan oleh pegawai perubatan
Kusta dan Bab C
Barah
7 Cuti Tambahan PA 53 - Telah menghabiskan cuti sakit bergaji
atas sebab Bab C
penuh selama 180 hari
kesihatan guru - disahkan oleh Lembaga Perubatan
- 25 hari setahun
8 Cuti Perubatan Pekeliling - Tiada harapan untuk sembuh
Khas Perkhidmatan - Disahkan oleh Lembaga Perubatan
Bil 10/1995
- Sehingga sehari sebelum tarikh pegawai
akan dibersarakan
#keazamanmelestarikankecemerlangan #serojaexcellent #usahatanggajaya
30
MANUAL PENGURUSAN SK SERI REJO SARI 2022/2023
PERATURAN GURU
Kehadiran Bertugas:
1 Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/81 yang bertarikh 12 September 1981
menyebut bahawa semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kakitangan
sekolah dan para pelajar dikehendaki berada di sekolah sekurang-kurangnya
lima minit sebelum sekolah bermula. Bagaimanapun, guru bertugas harian perlu
hadir di sekolah pada pukul 7.00 pagi
2 Adalah menjadi tanggungjawab para guru untuk mematuhi masa instruksional
(MMI) atau mengamalkan ketepatan masa itu sepanjang waktu bertugas di
sekolah, semasa datang dan balik dari sekolah, Ketika memasuki bilik darjah untuk
mengajar dan masa menjalankan sesuatu kegiatan di luar bilik darjah.
3 Ketepatan masa juga bermakna seseorang guru hendaklah mengikut jadual
pengajaran dan tidak dibenarkan meninggalkan kelasnya atau pun Kawasan
sekolah.
4 Peraturan ketepatan masa dikenakan kepada semua guru, kakitangan dan para
pelajar.
Kepatuhan Tugas:
1 Semua guru dan kakitangan hendaklah menandatangani buku kedatangan
dengan mencatatkan nama, masa sampai/balik dan menurunkan tandatangan
semasa dating dan balik sekolah
2 Guru dan kakitangan tidak dibenar meninggalkan Kawasan sekolah dengan tidak
mendapat keizinan Guru Besar terlebih dahulu dan perlu mengisi boring keluar
jika mendapat keizinan Guru Besar
3 Mereka yang dating lewat hendaklah berjumpa dengan Guru Besar dengan
memberi sebab yang munasabah
4 Sekiranya tidak dapat menghadirkan diri di sekolah kerana kecemasan atau jatuh
#keazamanmelestarikankecemerlangan #serojaexcellent #usahatanggajaya
31
MANUAL PENGURUSAN SK SERI REJO SARI 2022/2023
sakit dan kemalangan, mereka perlu menghubungi pihak pentadbiran sekolah
segera. Mereka yang dapat sijil cuti sakit perlu datang ke sekolah dahulu berjumpa
dengan Guru Besar sama ada diluluskan atau tidak cuti sakit tersebut.
5 Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan bilik darjah semasa mengajar kecuali
dengan mendapat kebenaran daripada Guru Besar terlebih dahulu.
6 Kehadiran semua guru adalah wajib semasa kegiatan dan upacara rasmi sekolah
seperti Hari SukanTahunan, Hari Penyampaian Hadiah, Mesyuarat Agung
Persatuan Ibu Bapa Guru untuk mengawasi para pelajar, melaksanakan tugas
yang dipertanggungjawabkan di samping memberi sumbangan bakti dan bantuan
yang diperlukan bagi menjayakan upacara tersebut.
7 Para guru yang telah ditetapkan untuk mengawasi kegiatan ko-kurikulum, mesti
menghadirkan diri. Sebarang kesulitan yang berbangkit disebabkan oleh ketiadaan
guru pengawas adalah tanggungjawab guru itu sendiri.
Tugas Akademik Guru:
1 Guru hendaklah menunjukkan sikap professional dan budaya kerja yang bermutu
tinggi.
2 Kerja rumah hendaklah diberikan kepada pelajar berdasarkan garis panduan yang
diberikan oleh Guru Besar atau guru kanan masing-masing. Semua kerja rumah
hendaklah diperiksa dengan teliti.
3 Ketua jabatan atau guru kanan mata pelajaran diberi kuasa untuk menyemak dan
menentukan bahawa buku rampaian, buku kerja dan lain-lain Latihan diperiksa
dengan penuh teliti.
4 Pemeriksaan buku tida kboleh dilakukan semasa mengajar di dalam kelas kecuali
guru itu mengawasi kerja pelajar di meja pelajar itu sendiri.
#keazamanmelestarikankecemerlangan #serojaexcellent #usahatanggajaya
32
MANUAL PENGURUSAN SK SERI REJO SARI 2022/2023
5 Guru yang ditugaskan sebagai guru ganti hendaklah mengisi waktu itu dengan
pelajaran yang difikirkan perlu dan ini merupakan juga tugas rasmi guru itu.
Pengajaran itu mesti diisikan dengan kerja-kerja yang memberi faedah
kepadapelajar.
6 Biasanya guru mempunyai waktu untuk mengajar sebagaimana yang ditetapkan
dalam jadual waktu masing-masing. Waktu tidak mengajar, terluang/rehat di
sekolah
adalah dikira masa bekerja. Guru Besar boleh mengarahkan guru-guru
menggunakan masa itu untuk menggantikan guru yang tidak hadir.
7 Mereka perlu membuat persediaan mengajar seperti membaca buku tambahan,
menulis buku ringkasan mengajar, menyediakan alat bantuan mengajar dan
memeriksa buku Latihan pelajar.
8 Mereka juga boleh mengadakan pertemuan dengan pelajar-pelajar yang
bermasalah. Mereka juga boleh melaksanakan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum dan
lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh pihak sekolah.
Buku Rekod Mengajar:
1 Kementerian Pendidikan telah menetapkan peraturan mengenai pengisian Buku
Rekod Mengajar. Peraturan ini hendaklah dipatuhi dan dilaksanakan dengan
sepenuhnya.
2 Dalam Buku Rekod Mengajar itu mesti mengandungi Salinan jadual waktu
persendirian termasuk analisisnya, Salinan sukatan pelajaran, Salinan kertas
soalan peperiksaan dan keputusan peperiksaan bagi tiap-tiap kelas yang diajar
oleh guru itu.
3 Pada tiap-tiap hari hujung minggu, Buku Rekod Mengajar yang telah siap diisi
untuk minggu berikutnya hendaklah diserahkan kepada Guru Besar. Buku Rekod
Mengajar adalah menjadi hak milik sekolah dan perlu diserahkan ke pejabat
#keazamanmelestarikankecemerlangan #serojaexcellent #usahatanggajaya
33
MANUAL PENGURUSAN SK SERI REJO SARI 2022/2023
apabila guru itu bertukar, bercuti panjang dan juga pada akhir tahun sekiranya
Guru Besar memerlukan agar dia berbuat demikian.
4 Rancangan Pelajaran dan Pengajaran Harian hendaklah disediakan mengikut
ketetapan berikut:
Mata Pelajaran Tema Refleksi/Impak
Kelas Tajuk
Masa Objektif
Aktiviti
BBM
NilaiMurni
5 Guru tidak dibenarkan menampal atau menyimpan dokumen-dokumen lain
(kecuali slip guru ganti) dalam Buku Rekod Mengajar
6 Buku Rekod Mengajar adalah Dokumen Rasmi. Maka ia hendaklah diuruskan
dengan selamat dan sempurna dan sentiasa tersedia bila-bola dikehendaki. Guru
yang bertukar atau menamatkan perkhidmatan atau pada akhir tahun, semua guru
dikehendaki menyerahkan Buku Rekod mengajar ini kepada Guru Besar.
Perhubungan Guru Dengan Pelajar:
1 Guru perlu mempunyai hubungan mesra dengan semua pelajar dan sentiasa
bermuka manis. Mereka perlu memahami masalah pelajar.
2 Disiplin pelajar adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Tindakan segera
perlulah diambil terhadap sebarang pelanggaran disiplin yang dilakuka noleh
pelajar. Kes-kes pelanggaran disiplin yang seriush endaklah dilaporkan kepada
Guru Besa ratau guru disiplin.
3 Tiap-tiap guru adalah bertanggungjawab untuk memelihara dan mengekalkan
disiplin. Kesalahan yang berat sahaja hendaklah dilaporkan kepada Guru Besar
untuk mendapat keputusan bagi pelaksanaan yang berkesan.
4 Perkara-perkara tatatertib yang dianggap berat adalah seperti menganggotai
pertubuhan haram, membawa senjata merbahaya dengan tujuan jahat, memukul
guru, mengancam keselamatan orang lain serta melanggar peraturan sekolah.
Pelajar juga dilarang menulis kepada akhbar tanpa memberitahu pihak sekolah,
merosakkan harta sendiri, guru, pelajar, dan sekolah, mencuri, menghisap rokok
#keazamanmelestarikankecemerlangan #serojaexcellent #usahatanggajaya
34
MANUAL PENGURUSAN SK SERI REJO SARI 2022/2023
dan mengambil dadah, berjudi, meminum minuman keras dalam Kawasan
sekolah, membantah hukuman guru, bersifat bongkak dan menghina guru atau
Guru Besar.
5 Guru yang mengajar dalam kelas hendaklah mengawal disiplin pelajar-pelajarnya.
6 Para guru hendaklah menunjukkan teladan, sikap dan perwatakan yang sesuai
untuk dihormati dan dipandang tinggi oleh pelajar.
7 Jika terdapat pelajarnya yang sakit atau ditimpa kemalangan, guru tersebut
hendaklah melaporkannya kepada guru bertugas harian atau penolong kanan
dengan segera.
Pakaian:
1 Guru hendaklah kelihatan kemas dengan memakai pakaian yang sesuai semasa
bertugas di sekolah.
2 Mereka tidak dibenarkan memakai selipar dan baju T walaupun pada waktu petang
semasa berada di sekolah.
3 Pakaian formal mesti dipakai semasa upacara rasmi sekolah.
Potongan Rambut:
1 Potongan rambut tidak boleh melebihi kolar baju bagi guru lelaki. Rambut perlu
diurus dan kelihatan kemas.
Kenyataan Akhbar:
1 Guru adalah dilarang daripada membuat kenyataan akhbar walaupun bertindak
atas nama Guru Besar atau pihak sekolah
Surat Rasmi:
1 Semua surat rasmi yang hendak dihantar keluar dari sekolah sama ada dari guru
atau dari persatuan dan kelas hendaklah dikirim melalui Guru Besar.
#keazamanmelestarikankecemerlangan #serojaexcellent #usahatanggajaya
35
MANUAL PENGURUSAN SK SERI REJO SARI 2022/2023
#keazamanmelestarikankecemerlangan #serojaexcellent #usahatanggajaya
36