The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENAMPILAN DAN PENGGAYAAN DIRI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by gyena79, 2021-10-27 23:29:23

BAB 1 KEMAHIRAN DINAMIKA

PENAMPILAN DAN PENGGAYAAN DIRI

KOLEJ VOKASIONAL KUALA KANGSAR
33700, PADANG RENGAS
PERAK

KERTAS PENERANGAN 1

PENAMPILAN DAN PENGGAYAAN DIRI

KOD DAN NAMA KURSUS KEMAHIRAN DINAMIKA (ESD 4012)

SEMESTER 4

NO DAN TAJUK 1.0 PENAMPILAN DAN PENGGAYAAN DIRI

STANDARD 1.1 Definisi penampilan
PEMBELAJARAN 1.2 Tatahias dan gaya
1.3 Kesesuaian pakaian di pelbagai majlis

TUJUAN Modul ini membolehkan pelajar memberikan imej dan
identiti korporat yang baik dan menggambarkan tahap
profesionalisma yang tinggi.

NAMA PELAJAR

PROGRAM
NO. KAD PENGENALAN
TARIKH

1

1.0 PENAMPILAN DAN PENGGAYAAN DIRI
1.1 DEFINISI PENAMPILAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke Empat,(2013: 1589), memberikan maksud
penampilan ialah perihal, tindakan, usaha yang menampilkan seseorang atau
sesuatu. Berbeza pula dengan pendapat para ahli memberikan maksud penampilan
ialah satu pembentukan dalam diri seseorang untuk menjadi lebih menarik
terutamanya dari segi fizikal dan juga dalam membentuk keperibadian yang menawan
bagu kaum wanita. Penampilan yang menarik mampu memberikan pemdangan yang
indah sekaligus akan mewujudkan daya tarikan bagi sesiapa yang memandangnya.

Penampilan diri perlu dilakukan. Antara sebab-sebab penampilan diri perlu ditekankan
ialah:

1. Meningkatkan Keyakinan Diri (self-confident)

Seseorang yang menitikberatkan penampilan diri lebih berkemungkinan untuk
berjaya. Namun, ia tidak bermakna anda harus berpakaian pakaian berjenama
atau mahal cukup sekadar memakai pakaian yang dipadankan dengan baik
supaya kelihatan kemas. Kekemasan yang terhasil itu membuatkan kita lebih
berani untuk menampilan diri di khalayak ramai. Kesesuaian gaya penampilan
juga harus bijak mengikut situasi yang dialami.

2. Mencerminkan Keperibadian Diri

Penampilan seseorang itu boleh menggambarkan keperibadian sesorang.
Seseorang yang menampilkan dirinya dalam pemakaian yang kemas dan rapi
sudah tentu akan memberikan gambaran kepada si pelihat bahawa dia
merupakan seorang yang pembersih. Oleh sebab itu, kita perlu menjaga
penampilan diri. Tidak perlu melaburkan wang yang banyak untuk
menampakkan diri nampak menarik, cukup dengan kebijaksanaan diri dalam
memadankan pakaian yang sesuai.

3. Tampil Menarik dihadapan Khalayak

Penampilan perlu dijaga agar tampil menarik di hadapan orang ramai.
Kekemasan dalam menampilkan gaya pemakaian mampu mencuri pandangan
orang disekeliling. Kekemasan yang ditampilkan juga merupakan satu tarikan
dan cara dalam mendapatkan perhatian orang ramai dengan cara yang
menarik dan menawan.

2

4. Memberi Keselesaan Kepada Orang Lain
“Sedap mata memandang’. Ungkapan itu tadi sangat sesuai dalam
menggambarkan kepentingan dalam penjaga penampilan diri. Keselesaan
yang dimaksudkan ini bukan sahaja selesa pada mata, tetapi menarik orang
lain untuk mendampingi kita.
Penampilan diri bukan sahaja boleh dilakukan dalam cara pemakaian, tatahias
pada pemakaian yang diselitkan termasuk solekan, wangian dan lain-lain lagi
mampu membantu dalam menghasilkan penampilan yang menarik. Hal ini
akan kita bincangkan selanjut pada subtopik yang lain. Jelaslah bahawa
penampilan merupakan salah satu perkara yang sangat penting dan
memberikan faedah kepada diri sendiri termasuklah orang disekeliling kita.

1.2 TATAHIAS DAN GAYA
Tatahias mementingkan aspek pengurusan diri yang menitikberatkan tentang
kekemasan, kesempurnaan dan kesesuaian berpakaian dalam penampilan diri
semasa urusan rasmi atau di majlis. Antara perkara yang perlu diberi keutamaan
dalam tatahias dan penggayaan diri adalah kesesuaian pakaian, hiasan, minyak
wangi rambut, tudung, tali leher dan kesihatan, kebersihan dan kekemasan diri.

3

1) KESESUAIAN PAKAIAN
(a ) Kesesuaian Pakaian Wanita
Perkara seperti berikut harus diberi perhatian :
• Elakkan daripada memakai kain berkilat / berkilau pada siang hari.
• Elakkan daripada memakai satu warna sahaja
• Jangan melebihi empat warna dalam satu masa
• Pilihan warna kain adalah berasaskan warna kulit dan bentuk badan
• Jangan terikut-ikut fesyen yang mungkin tidak sesuai
• Gunakan kain nipis, lembut, menyerap peluh dan tidak jarang
• Semua bahagian rambut tertutup dan diikat kemas jika memakai tudung
• Jika memakai mini telekung, warna tudung hendaklah bertentangan dengan
warna baju
• Apabila menggunakan sarung kaki, hendaklah memilih warna kulit “ skin colour”

(b )Kesesuaian Pakaian Lelaki
Perkara seperti berikut harus diberi perhatian :
• Jangan lipat bahagian lengan kemeja bagi kemeja lengan panjang
• Baju kurus atau gempal, hendaklah memakai singlet
• Sesuaikan warna stoking dengan seluar
• Kasut hendaklah bersih dan berkilat
• Pakai singlet jika memakai bush jacket tetapi pastikan singlet tidak kelihatan
• Seluar dan bush jacket hendaklah sama warna
• Baju warna putih adalah pilihan utama dan diikuti warna-warna lain tetapi tanpa

corak
• Baju hendaklah dimasukkan ke dalam seluar
• Elakkan memakai pakaian yang ketat dan menyukarkan pergerakan badan
• Jangan memakai pakaian, stokin semuanya berjalur.

4

2) HIASAN

Barang-barang kemas samada tulen atau tiruan seperti subang, gelang tangan, jam,
cincin dan rantai leher memang perlu dipakai. Kesederhanaan adalah yang paling
sesuai dan ia merupakan sebahagian daripada pakaian yang menambah seri.

i) Aksesori
Barang kemas hendaklah dipadankan dengan baju yang dipakai.
Elakkan memakai terlalu banyak hiasan
Elakkan memakai lebih daripada dua jenis rantai pada leher
Elakkan memakai terlalu banyak cincin pada jari
Elakkan memakai gelang tangan yang berbunyi pada lengan

ii) Solekan
Solekan menambahkan kenyakinan diri untuk bertemu orang ramai,
pelanggan atau menghadiri mesyuarat. Gunakan make-up yang sederhana
dan bersesuaian dengan warna kulit.

iii) Tali pinggang
Dari jenis kulit/ pvc / kain yang sesuai

iv) Selendang / scarf
Dipakai dengan pakaian yang kurang formal atau formal seperti majlis rasmi
dengan cara disangkutkan di bahu

v) Beg tangan
Beg tangan yang sesuai mengikut keadaan seperti:
• Kegunaan harian di pejabat- beg tangan sederhana besar
• Kegunaan majlis rasmi- beg tangan jenis bertali dan kapit
• Kegunaan majlis jamuan makan malam- beg tangan yang kecil bertali
pendek

5

vi) Kasut
Kasut adalah satu hiasan tambahan yang amat menarik. Kita harus pandai
dalam pemilihannya.

Kasut wanita:
• Model kasut yang bertutup di bahagian tumit sesuai digunakan pada
semua pakaian siang atau malam
• Tinggi tumit kasut hendaklah sesuai dengan kerjaya sesorang untuk
dipakai.
• Elakkan daripada memilih kasut yang berbentuk tirus di bahagian
hadapan kerana ini boleh merosakkan kaki dan boleh menyebabkan
kulit kaki keras

Kasut lelaki:
• Warna kasut dipadankan dengan warna seluar dan warna tali
pinggang
• Jenis kasut berkilat untuk ke majlis rasmi dan ke pejabat
• Tali kasut jenis bulat akan kelihatan lebih segak
• Gunakan kasut bertumit untuk ke majlis-majlis rasmi dan ke pejabat
• Pilih kasut yag sesuai dengan kaki supaya sentiasa selesa ketika
dipakai.

3) MINYAK WANGI
Memilih minyak wangi yang lembut supaya ia tidak melemaskan atau
memeningkan orang lain.
• Minyak wangi tulen: Minyak wangi tulen adalah pekat dan hendaklah
dipakai sedikit sahaja
• Eau de toilette: Air kolong yang kurang pekat dan lebih murah. Ia
perlu dipakai beberapa kali sehari kerana baunya tidak pekat
• Semburan badan: Ia adalah bau-bauan yang sangat ringan dan tidak
peka

6

4) RAMBUT

Pemilihan penggayaan rambut seseorang hendaklah sesuai dengan bentuk
muka, badan, keperibadian dan jenis rambut. Antara jenis bentuk muka adalah
seperti berikut:

a) Muka bujur
b) Muka bulat
c) Muka empat segi
d) Muka pir
e) Muka panjang
f) Muka intan
g) Muka sirih
h) Muka bentuk double chin

BENTUK MUKA GAYA RAMBUT GAYA RAMBUT SESUAI

SESUAI BAGI BAGI LELAKI

WANITA

a) Muka bujur Sesuai untuk semua • Sesuai untuk semua jenis

-Bentuk muka yang fesyen rambut penggayaan rambut

runcing dan tidak • Berhati- hati dengan

menampakkan pemilihan rambut

tulang rahang hadapan atau apa jenis

-panjang muka penggayaan rambut yang

adalah 1½ lebar boleh menutup dahi

muka . kerana, pemilihan rambut

-Dahi sedikit lebar tersebut boleh

daripada dagu. menampakkan muka

Tulang pipi terlihat lebih bulat.

jelas

7

b) Muka bulat Ciptakan ilusi yang Potongan yang sesuai
• Saiz bentuk membuat wajah adalah potongan yang boleh
nampak lebih menipiskan bahagian tepi
muka sama panjang. Hindari rambut
panjang dan potongan rambut
lebar pendek

c) Muka empat segi Potongan rambut Mereka lebih sesuai memilih
• Rahang yang menutupi pipi rambut yang lebih nipis di kiri
adalah yang paling kanan dan sedikit tebal di
berbentuk empat sesuai bahagian atas.

segi

d) Muka pir Rambut bahagian Potongan rambut multilayer
• dahi sempit atas dinaikkan dan sesuai untuk muka berbentuk
dikembangkan pir
tetapi rahang
dan dagu agak Potongan rambut yang
lebar pendek sesuai untuk bentuk
muka jenis panjang. Elakkan
e) Muka panjang Potongan rambut jambang yang terlalu tebal
kerana akan membuatkan
• Berbnetuk yang sesuai adalah muka anda nampak lebih
lebar dan besar.
muka panjang potongan rambut

serta pipi fringe

cengkung

8

f) Bentuk potongan rambut Untuk diamond, mereka
intan/diamond
• dahi yang sederhana panjang lebih sesuai jika mempunyai
sempit, tulang
pipinya lebar dibelah tepi, rambut depan yang
dan dagunya
sempit potongan rambut menutupi sedikit ruang dahi

fringe berombak dan mereka. Sesuai mempunyai

potongan fixie sesuai jambang

untuk bentuk muka

diamond

g) Bentuk muka Rambut dibelah tepi Lebih sesuai jika mempunyai
bujur sirih/ hati dah disikat ke gaya rambut persegi dan
• Wajah luas sebelah supaya dahi panjang
dan panjang, kelihatan kecil.
dagu tajam Sesuai digayakan
dengan potongan
rambut berombak

h) Bentuk muka Potongan sesuai Biarkan rambut melepasi
rahang dan tarik ke belakang
“ double chin” berambut panjang

• Mempunyai dan berada di bawah

dua dagu bahu supaya wajah

kelihatan lebih

panjang

9

5) TUDUNG

Bagi yang bertudung, pemilihan baju dan tudung serta acara yang dihadiri amat
penting untuk memastikan penampilan menarik dan bergaya.
• Baju yang polos lebih menarik jika dipadankan dengan tudung bercorak
• Baju yang bercorak lebih manis digandingkan dengan tudung polos yang

senada warna
• Elakkan memakai tudung dan baju yang mempunyai warna sedondon.
• Elakkan tampil dalam keadaan berbunga-bunga dari tudung sampai ke kain

kerana anda akan kelihatan terlampau sarat.
• Sekiranya corak pakaian lebih daripada tiga warna pilih warna tudung salah

satu daripada warna yang ada.
• Warna yang paling sedikit daripada corak pakaian juga boleh dipilih agar

anda tampak lebih elegan

6) TALI LEHER

Tali leher sangat sesuai dipakai dengan baju lengan panjang. perkara yang
perlu dititkberatkan ialah:

• Bahagian hujung tali leher mestilah kena kepala tali pinggang
• Warnanya hendaklah bertentangan dengan warna baju tetapi berpadanan
• Guna tie pin yang sesuai dan warna yang berkilat
• Tali leher batik tidak sesuai dipakai di majlis-majlis rasmi
• Tali leher biasanya mempunyai hujung yang tajam
• Tali leher yang rata hujungnya hanya sesuai untuk fesyen
• Tali leher berjalur sesuai dengan baju tanpa corak

10

7) KESIHATAN ,KEBERSIHAN, DAN KEKEMASAN DIRI

Kesihatan, kebersihan dan kekemasan diri menggambarkan sejauhmana
seseorang itu memberi keutamaan kepada pengurusan dirinya.

Antara perkara-perkara yang dimaksudkan ialah:

a) Bahagian kepala dan muka
• Rambut perlu kemas dan kelihatan terjaga
• Misai dan janggut diurus dengan baik
• Bulu hidung tidak kelihatan liar
• Gigi sentiasa bersih
• Pernafasan tidak berbau

b) Bahagian badan dan tangan
• Badan tidak berbau
• Baju tidak kelihatan berdaki di bahagian lengan, poket dan kolar
• Baju kelihatan bergosok
• Kuku jari dipotong dan tidak kelihatan panjang
• Kulit di lengan, siku, muka dan leher tidak terdapat tanda-tanda
berpenyakit atau bersisik

c) Bahagian punggung dan kaki
• Seluar kelihatan bergosok
• Seluar tidak kelihatan tercarik
• Menukar stokin setiap hari
• Kasut kelihatan berkilat
• Tumit kasut hendaklah diperbaiki sekiranya sudah “worn-out”

11

1.3 KESESUAIAN PAKAIAN DI PELBAGAI MAJLIS

Pakaian bagi sesuatu majlis tertentu adalah tertakluk pada tahap atau taraf majlis
tersebut. Tahap atau kategori majlis adalah seperti yang berikut:

i. Majlis Penuh Istiadat
• Majlis yang biasanya diadakan di istana seperti istiadat pertabalan,
istiadat penganugerahan darjah kebesaran, istiadat menerima atau
menyampai surat tauliah, istiadat mengangkat sumpah oleh Menteri
Kabinet

ii. Majlis Rasmi Dan Formal
• Majlis jamuan makan yang diberikan oleh Perdana Menteri bagi
meraikan ketua kerajaan yang sedang membuat lawatan rasmi ke
Malaysia
• Perasmian sesuatu majlis anjuran kerajaan seperti pameran,
pembukaan bangunan, seminar dan sebagainya

iii. Majlis rasmi dan tidak formal
• Majlis anjuran kerajaan yang tidak banyak mematuhi protokol seperti
majlis jamuan teh kanak-kanak yang diberikan oleh Perdana Menteri

iv. Majlis tidak rasmi tetapi formal
• Majlis yang dibuat oleh pihak swasta yang memerlukan protokol
seperti perasmian bangunan swasta oleh Perdana Menteri atau
Menteri Kabinet, atau orang kenamaan yang lain

vii) Majlis tidak rasmi dan tidak formal
• Majlis anjuran pegawai dan kaitangan sesuatu organisasi kerajaan
atau bukan kerajaan, pertunjukan aneka ragam dan sebagainya.

12

Kesesuaian pakaian bagi pelbagai majlis adalah seperti yang berikut:

Majlis Perempuan Lelaki

Bankuet Negara atau Baju kurung atau kebaya Mess kit/tali leher

negeri labuh, berselendang dan putih/baju kebangsaan

tidak sedondon rasmi dengan darjah

kebesaran (jika

dikehendaki)

Jamuan makan malam a. Baju kurung a. Baju kebangsaan

rasmi oleh ketua Negara berselendang hitam

atau Ketua Kerajaan b. Baju kebaya labuh b. Tali leher hitam

berselendang

Jamuan makan malam a. Baju kurung a. Baju kebangsaan

formal b. Baju kebaya labuh b. Sut urusan (lounge

suit)

Jamuan makan malam Baju melayu moden Baju batik lengan panjang

tidak formal

Jamuan makan tengah a. Baju kebaya a. Baju batik lengan

hari rasmi b. Baju kurung panjang

b. Sut urusan (lounge

suit)

c. Pakaian kerja

Jamuan makan tengah Baju melayu moden Baju batik lengan panjang

hari tidak rasmi

Jamuan teh rasmi a. Baju kurung a. Baju batik lengan

b. Baju kebaya labuh panjang

b. Sut urusan (lounge

suit)

c. Pakaian kerja

Pengurniaan darjah Baju kurung atau kebaya a. Pakaian istiadat

kebesaran labuh, berselendang dan b. Baju kebangssaan

tidak sedondon c. Baju kebangsaan

hitam

13

Istiadaat pertabalan Baju kurung atau kebaya a. Pakaian istiadat
b. Baju kebangsaan
labuh, berselendang dan
rasmi
tidak sedondon a. Baju batik legan

Hari ulang tahun a. Baju kebaya panjang
b. Busjaket (bush
kemerdekaan b. Baju kurung
jacket)
c. Pakaian kerja

Pembukaan persidangan Baju kurung atau kebaya a. Pakiaian istiadat
b. Baju kebangsaan
parlimen labuh, berselendang dan
rasmi
tidak sedondon a. Lounge suit gelap

Meghadap tuanku Baju kurung atau kebaya dan bersongkok
b. Baju kebangsaan
labuh, berselendang dan a. Baju batik lengan

tidak sedondon panjang
b. Sut urusan (lounge
Koktel dan resepsi a. Baju kebaya
suit)
(cocktails dan receptions) b. Baju kurung a. Baju kebangsaan
b. Baju batik lengan
Tilawah al- quran Baju kurung atau kebaya
labuh, berselendang dan panjang
tidak sedondon c. Pakaian-pakaian

lain yang sesuai

Pengebumian Baju kurung atau kebaya Baju kebangsaan

labuh, berselendang dan

tidak sedondon

Majlis anjuran agensi Pakaian kerja Pakaian kerja

(siang)

Majlis di luar dewan Baju kurung Baju batik lengan pajang

seperti perasmian sukan

14

Majlis di luar dewan Baju kurung Baju batik lengan panjang

seperti perasmian sukan

Anugerah sastera Negara Baju kurung atau kebaya a. Baju kebangsaan

dan anugerah seni labuh, berselendang dan hitam

tidak sedondon b. Lounge suit warna

gelap

kemangkatan Wanita islam dikehendaki Bagi orang islam

berbaju kurung atau hendaklah berpakaian

kebaya labuh dan baju kebangsaan hitam,

berselendang putih atau bersongkok hitam dlilit

bertudung putih manakala kain putih selebar 3.8-4.0

wanita bukan islam sentimeter manakala

hendklah berpakaian bukan islam berpakaian

sempurna dan sopan serta kot gelap dan bertali leher

bertudung hitam hitam dengan lilitan hitam

8.5-8.9 sentimeter dipakai

di sebelah atas lengan kiri.

15


Click to View FlipBook Version