The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alyssandraaxeline, 2023-08-29 01:02:11

buku skrap digital

buku skrip digital

BUKU SKRAP DIGITAL TEMA: LEBIH BAIK CEGAH: MURID CERIA, GURU BAHAGIA DAN SEKOLAH BITARA NAMA SEKOLAH: SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PUTERI JAYA KOD SEKOLAH : KBA3056 AHLI KUMPULAN: 1. NOOR LUTHFIYAH HASNA BINTI MOHD FADLY NOR 2. PUTERI SYAZZATUL HAYFA BINTI MOHAMAD NAZRI 3. NURDAMYA BINTI MUHAMMAD NADHAR NAMA GURU PEMBIMBING : PUAN SABARIAH BINTI HJ SAAD JAWATAN GURU PEMBIMBING : GURU AKADEMIK BIASA BAHASA MELAYU


ISI KANDUNGAN 1) PENGHARGAAN 2) PROFIL AHLI KUMPULAN 3) APA ITU D.A.R.V.I.H 4) DADAH 5) ALKOHOL 6) ROKOK 7) VAPE 8) INHALAN 9) HIV 10)AIDS 11)LANGKAH PENCEGAHAN 12)PENUTUP 13)SUMBER RUJUKAN


PENGHARGAAN Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan terlebih dahulu. Bersyukur ke hadrat Ilahi kami berjaya menyiapkan buku skrap digital ini. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana telah memberi peluang kepada kami untuk menghasilkan satu buku skrap mengenai bahan terlarang yang sedang menular di kalangan masyarakat kita ini. Tidak lupa juga kepada kedua ibubapa kami, guru - guru serta rakan yang telah banyak membantu dan memberikan idea bagi menyempurnakan buku skrap ini dengan jayanya. Semoga info ini dapat memberikan manfaat kepada masyarakat diluar sana.


PROFIL AHLI KUMPULAN NAMA : 1. NOOR LUTHFIYAH HASNA BINTI MOHD FADLY NOR 2. PUTERI SYAZZATUL HAYFA BINTI MOHAMAD NAZRI 3. NURDAMYA BINTI MUHAMMAD NADHAR NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PUTERI JAYA KOD SEKOLAH : KBA3056 TAHUN : 5 UIA NAMA GURU PEMBIMBING : PUAN SABARIAH BINTI HJ SAAD JAWATAN GURU PEMBIMBING : GURU AKADEMIK BIASA BAHASA MELAYU


APA ITU D.A.R.V.I.H D.A.R.V.I.H bermaksud : ALKOHOL VAPE HIV AIDS DADAH ROKOK INHALAN D.A.R.V.I.H akan memberikan impak yang negatif dari setiap sudut dalam diri seseorang. Oleh itu,kita haruslah membenteras D.A.R.V.I.H.


DADAH APA ITU DADAH? ❖ Bahan kimia yang menyebabkan khayal dan ketagihan. ❖ Dimasukkan ke dalam badan secara disuntik, dihisap atau dimakan. ❖ Dadah akan mengakibatkan ketagihan, kemerosotan kesihatan atau keruntuhan akhlak pengguna apabila diambil dengan berlebihan atau tidak mengikut had dan peraturan.


Jenis – jenis DADAH


Kesan – kesan buruk DADAH ❖ Merosakkan sistem saraf pusat (otak & saraf tunjang). ❖ Dalam keadaan mabuk atau khayal, penagih tidak dapat mengawal pergerakan dan imbangan. ❖ Risiko jangkitan HIV/AIDS, Hepatitis dan sawan. ❖ Kesan ke atas Wanita mengandung iaitu seperti keguguran, kelahiran bayi songsang, lahir belum cukup bulan, kematian dan kecacatan. ❖ Melemah dan merosak daya pemikiran, pemahaman, percakapan, pengiraan dan kebolehan menyelesaikan masalah.


❖ Menyebabkan gangguan emosi dalam kehidupan keluarga dan masyarakat. ❖ Peningkatan kes – kes sosial dan jenayah seperti budaya samseng, kecurian, rompakan, rogol, pembunuhan dan sebagainya. ❖ Membawa maut kepada : • Diri sendiri • Ahli keluarga • Orang awam


ALKOHOL APA ITU ALKOHOL? ❖ Minuman yang memabukkan dan menyebabkan khayal jika diminum.


Jenis – jenis AlKOHOL


Kesan – kesan ALKOHOL terhadap koordinasi badan dan kesihatan ❖ Melambatkan aktiviti saraf ❖ Menjejaskan bahagian serebrum, motor pusat dan medulla oblongata ❖ Boleh menyebabkan koma atau kematian. i. Otak – Kerosakan, tidak sedarkan diri. ii. Hati – Keradangan hati dan sirosis (hati menjadi keras dan kuning) iii. Jantung – Kerosakan pada otot jantung. Iv. Fetus – mental terencat.


ROKOK APA ITU ROKOK? ❖ Rokok adalah bahan membebaskan asap yang diperbuat daripada silinder kertas berukuran Panjang antara 70MM sehingga 120MM (Bergantung kepada sesebuah negara) ❖ Rokok terbahagi kepada dua jenis iaitu yang bertapis dan tidak bertapis. Rokok bertapis diperbuat daripada bahan busa sintetik yang dapat menyaring nikotin. ❖ Ianya dibungkus di dalam bungkusan kotak dan pada bungkusan itu juga terdapat pesanan tentang bahayanya merokok kerana boleh menyebabkan kanser paru – paru, serangan jantung dan sebagainya.


Ada apa dalam ROKOK?


Kesan Buruk Akibat Merokok ❖ Mudah mendapat serangan penyakit – penyakit berbahaya seperti penyakit jantung dan kanser paru-paru. ❖ Nafas berbau ❖ Batuk berkahak ❖ Gigi kuning ❖ Kurang bermaya ❖ Nafsu seks menurun ❖ Mati pucuk ❖ Cepat menopause ❖ Anak dalam kandungan boleh menjadi cacat ❖ Pembaziran


VAPE APA ITU VAPE? ❖ Vape adalah rokok elektronik ataupun dalam Bahasa Inggerisnya (E-Cigarette) yang menggunakan pengewap. Ianya berkuasakan dengan bateri untuk menghasilkan cecair aerosol bagi mendapatkan rasa rokok tanpa membakar tembakau. ❖ Ianya mempunyai tiga komponen utama : i. Bateri – Lithium ii. Atomiser – Sejenis alat untuk mengeluarkan cecair. iii. Katrij - Sarung


Kandungan utama Rokok Elektronik : i. Nikotin – Tembakau ii. Propylene Glycol – Bahan sintetik menyerap air iii. Vegetable Glycerin – Cecair jernih yang biasanya dibuat dari kacang soya dan kelapa iv. Bahan perisa dan pewarna – Bahan yang menaikkan rasa vape


Bahaya VAPE ❖ Menyebabkan kecanduan ❖ Mengganggu perkembangan otak pada remaja ❖ Meningkatkan risiko penyakit paru-paru ❖ Menimbulkan risiko penyakit kardiovaskular ❖ Menyebabkan keracunan nikotin


INHALAN APA ITU INHALAN? Inhalan ialah gejala menghidu yang menyebabkan seseorang itu membawa ketagihan. Ia juga salah satu pencetus kepada penagihan dadah seperti Ganja dan heroin. Terdapat pelbagai cara dilakukan seperti : i. Menghidu wap/ gam daripada bekas. ii. Menyembur terus aerosol ke dalam hidung atau mulut. iii. Menggelembung – menghidu atau menyedut wap daripada bahan yang disembur ke dalam beg plastic atau beg kertas. iv. ‘Huffing’ pada kain yang diserap inhalan dan disumbat dalam mulut.


Bahan – bahan Inhalan biasa digunakan : i. Pelembut cat (Thinner). ii. Gas dapur. iii. Petrol. iv. Cat semburan (Aerosol) v. Tahi lembu.


Kesan daripada ketagihan INHALAN ❖ Keracunan / ketoksikan otot jantung yang menyebabkan denyutan jantung menjadi tidak normal. ❖ Sukar bernafas dan lemas. ❖ Kemalangan disebabkan oleh khayal. ❖ Keletihan. ❖ Sifat pelupa.


HIV APA ITU HIV ? HIV atau Human Immunodeficiency Virus adalah virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang dan menyebabkan AIDS. Ini boleh mengakibatkan pesakit mudah mendapat jangkitan kuman dan kanser. HIV mudah dijangkiti melalui cecair badan seperti: •Darah •Air mani •Cecair faraj •Susu ibu


HIV boleh merebak melalui: •Hubungan seks bebas bersama individu yang telah dijangkiti (termasuk hubungan melalui faraj, dubur atau mulut) •Penagih dadah yang berkongsi jarum dan alat suntikan •Pemindahan darah dan organ yang tercemar dengan virus HIV •Ibu yang telah dijangkiti boleh merebakkan HIV kepada bayinya ketika dalam rahim, melahirkan atau sewaktu menyusu.


Apakah tanda-tanda jangkitan HIV? Kebanyakan pesakit yang dijangkiti HIV tidak menyedari bahawa mereka telah dijangkiti. Sebilangan pesakit mengalami gejala-gejala berikut dalam masa 1-6 minggu selepas dijangkiti kuman HIV: • Demam • Sakit tekak dan batuk • Sakit otot • Sakit kepala • Cirit-birit • Bengkak kelenjar limfa


• Letih • Ruam • Sakit sendi • Turun berat badan Pada peringkat awal, selalunya pesakit kelihatan sihat tetapi dirinya HIV positif. Walaupun pesakit tidak mempunyai tanda-tanda HIV/AIDS, tetapi ia boleh merebak dan menjangkiti orang lain.


AIDS APA ITU AIDS? AIDS adalah singkatan bagi ‘Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit’ dan adalah peringkat terakhir jangkitan HIV. Apakah gejala-gejala jangkitan AIDS? Pesakit HIV mudah untuk mendapat jangkitan kuman disebabkan sistem ketahanan badan lemah. Sekiranya tidak mendapatkan rawatan, gejala AIDS akan muncul dalam 8-15 tahun Gejala-gejala tersebut adalah seperti berikut: • Ruam • Jangkitan sistem pernafasan • Jangkitan paru-paru yang teruk dan batuk kering • Cirit-birit yang kronik • Jangkitan kuman pada otak (contohnya toxoplamosis)


• Jangkitan kulat (contohnya candidiasis pada saluran makanan atau sistem pernafasan) • Kanser (contohnya Kaposi’s sarcoma) Dalam masa 2 tahun, pesakit AIDS boleh maut disebabkan jangkitan kuman yang teruk, susut berat badan dan lemah.


LANGKAH PENCEGAHAN 1) DADAH • Kita boleh mendapatkan bimbingan kaunseling daripada pihak bimbingan dan kaunseling ataupun boleh mendapatkan bantuan daripada pihak AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan). • Mengelakkan diri daripada ajakan rakan untuk mencuba bahan - bahan yang mengandungi dadah. • Mempelajari bahan - bahan yang berkaitan dadah sama ada didalam bilik pembelajaran atau pun di luar bilik pembelajaran.


• Pihak sekolah boleh mengadakan pameran sambal belajar berkenaan dadah yang dianjurkan oleh pihak AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan). • Ibubapa harus memberi sokongan dan perhatian yang optimum kepada anak - anak mereka.


2) ALKOHOL • Mengamalkan gaya hidup sihat. • Berkemahiran untuk menangani stress dan masalah yang dihadapi. • Jauhi dari rakan yang mengambil alkohol. • Isikan masa sepenuhnya – Ambil bahagian dalam sukan, mulakan satu program senaman atau hobi, mengambil bahagian dalam aktiviti sosial yang berfaedah. • Jangan menerima pelawaan untuk mencuba alkohol walaupun untuk sekali sahaja. • Jauhi dari tempat yang boleh menggalakkan pengambilan alkohol seperti bar, kelab malam, disko dan sebagainya. • Mempunyai kemahiran/kebolehan bagi menangani masalah termasuk semua yang tertera di atas.


• Dapatkan pertolongan secepat mungkin sekiranya anda mempunyai masalah alkohol • Berbincang dengan orang dewasa yang boleh dipercayai (ibubapa, doktor, kaunselor sekolah dan sebagainya) atau seseorang yang boleh memberi sokongan


3) ROKOK ❖ Katakan tidak sama sekali jika rakan ataupun individu terdekat bersama anda mempelawa anda untuk mencuba rokok. ❖ Pihak Kerajaan boleh memberi dedahan tentang bahayanya merokok kepada masyarakat melalui kempen. ❖ Menetapkan harga sekotak rokok dengan harga mati supaya pembelinya tidak kerap membelinya. ❖ Mengenakan hukuman yang setimpal jika didapati ada premis perniagaan menjual rokok seludup.


4) VAPE ❖ Jangan timbulkan perasaan yang ingin cuba dan bermunasabah pada diri agar tidak menerima sebarang pelawaan untuk menghisap Vape. ❖ Membuat jadual secara beransur - ansur untuk berhenti menghisap Vape. Sebagai contoh, daripada seminggu hanya dapat menghisap 5 kali sahaja, ubahkan kekerapan itu menjadi sebulan sekali. ❖ Ibubapa harus memainkan peranan dalam memantau aktiviti harian anak - anak dan kenalan anak - anak mereka.


5) INHALAN ❖ Berjumpa dengan seseorang seperti pihak bimbingan dan kaunseling untuk membincang masalah dihadapi bagi mengelakkan diri daripada kemudaratan. ❖ Premis perniagaan yang menjual bahan - bahan boleh menyebabkan inhalan berhak sama sekali untuk bertanya kepada pembeli, tujuan sebenar pembeli dalam menggunakan bahan tersebut. ❖ Jangan memberi anak - anak untuk mencuba bau bahan - bahan inhalan kerana ianya membolehkan seseorang itu menjadi ketagih.


6) HIV / AIDS ❖ Pencegahan di kalangan individu berisiko tinggi dan orang awam adalah penting disebabkan tiada ubat untuk menyembuhkan penyakit AIDS dan begitu juga vaksin untuk mencegah HIV. ❖ Pencegahan daripada merebak melalui hubungan seks adalah: • jauhi diri daripada mengadakan hubungan seks bebas • setia kepada pasangan anda • amalkan hubungan seks selamat termasuk menggunakan kondom • gunakan jarum baru atau alat suntikan pakai buang ❖ Jangkitan melalui ibu kepada anak dapat dikurangkan dengan mengambil antivirus sewaktu mengandung dan bersalin, pembedahan caeserian section yang dirancang dan mengelakkan penyusuan susu ibu


❖ Anggota-anggota kesihatan hendaklah sentiasa mematuhi peraturan kawalan jangkitan supaya dapat mengelakkan kecederaan disebabkan jarum dan alatan tajam. ❖ Individu berisiko tinggi hendaklah menjalankan ujian HIV. ❖ Pastikan mengunakan alat-alat yang steril untuk menindik telinga dan membuat tatu. ❖ Sentiasa mengamalkan cara hidup sihat berlandaskan agama dan nilai-nilai murni


PENUTUP D.A.R.V.I.H memberikan impak negative terhadap individu, keluarga, masyarakat dan negara. Setiap golongan dalam masyarakat haruslah bekerja sama bagi mengelakkan masalah ini terus berlanjutan. Sebagai generasi muda pewaris negara, kita perlulah membanteras dan mencegah dadah, alkohol, rokok, vape, inhalan dan HIV AIDS. Jadilah murid yang ceria, berakhlak mulia dan mebanggakan ibubapa serta guru-guru. Bak kata pepatah “mencegah lebih baik daripada merawat” Semoga buku skrap ini dapat menyebarkan maklumat kepada orang ramai bagi mencegah D.A.R.V.I.H. Sekian, terima kasih.


SUMBER RUJUKAN ❖ Bahan dari internet (Laman Web) ❖ Buku Teks


TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version