北干那那 育民二校
SJK (C) YU MING 2
历史
TOKOH NEGARA/WIRA
Nama: Choh Min Wei
Kelas: 6K
ISSIIKKUUNNGDAANGNAGNAN
PENDAHULUAN
WATAK
PENDIDKAN
Garis Masa Kerjaya Tokoh
KEBANGKITAN UNTIK BERKUASA
BERANAN DAN SUMBANGAN
SELEPAS PERSARAAN
KESIMPULAN
Pendahuluan
Dalam bahasa Melayu, istilah kepimpinan adalah suatu istilah yang diciptakannya untuk
memenuhi makna perkataan ‘leadership’ dalam bahasa Inggeris ataupun ‘al Qiyadah’ dalam
bahasa Arab. Kamus Dewan dan laman sesawang pprm
hanya memberikan akar kata ‘pimpin’ dan
kata terbitannya ‘pimpinan’ yang barangkali dimaksudkan dengan ‘leadership’. Salah satu makna
yang diberikan kepada istilah ‘pimpin’ ialah mengepalai atau mengetuai dalam bentuk kiasan, ini membawa makna ‘menunjuk jalan’.
Sesebuah kumpulan atau masyarakat memerlukan seorang pemimpin bagi membawa dan
menentukan hala tuju masyarakat tersebut. Dalam hal ini, bagi sesebuah negara, seorang pemimpin
adalah satu institusi yang merupakan teras kepada kemajuan dan kejayaan negara tersebut. Baginegara Malaysia yang mendapat
kemerdekaan pada tahun 1957, pemimpin dan kepimpinan
merupakans atu perkara yang sangat penting. Hal ini demikian kerana sebagai sebuah negara yang
muda, segala potensi yang ada perlu digembleng supaya dapat menjadikan Malaysia sebuah negara
yang berdaya maju dalam semua bidang. Namun demikian, dalam usaha memajukan negara, tidak
dapat dinafikan bahawa terdapat juga ancaman, sama ada dari dalam mahupun dari luar yang
menguji ketrampilan dan daya kepimpinan seorang pemimpin menangani hal tersebut.
Kertas ini akan membincangkan perihal sosok seorang negarawan negara kita iaitu Allahyarham
Tun Hussein Onn. Beliau adalah Perdana Menteri Malaysia ke-3 yang mentadbir negara mulai
tahun 1976 sehingga 1981.
Watak
Tun Hussein Onn (12 Februari 1922 – 29 Mei 1990)
MTaulanysHiauksseetiingabyinanDgabtoer' kOhnidnmmaetrduapraiktaanhuPner1d9a7n6asMeheinntgegrai
1981. Beliau dilihat sebagai seorang yang amat ikhlas dalam
perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum dan
myeamdnapgluamnmeynaniceurgebaparuamt.aOesmileubhnastnuegbkkabibtekuratsnianhkdaeankkaykcaaeduraaalsnakmpeeppraekdmaauusmpesauinkaapdnai
perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, Tun Hussein
Onn telah dikenang sebagai "Bapa Perpaduan".
Pendidikan
Hussein Onn menerima pendidikan awalnya di Telok Kurau
School Singapura, kini Telok Kurau Primary School (Sekolah
Rendah Telok Kurau) dan di English College (kini Maktab
Sultan Abu Bakar), Johor Bahru. Selepas persekolahannya,
Hussein Onn menyertai Pasukan Tentera Johor sebagai
kadet pada tahun 1940. Setahun kemudian, beliau dihantar
ke Maktab Tentera Sandhurst, di Dehradun, India. Selepas
ditauliahkan, beliau menyertai Regimen Hyderabad ke-19
(Tentera India) dan berkhidmat di Timur Tengah sewaktu
peperangan. Selepas peperangan, kerajaan British melantik
beliau sebagai pengajar di "Pusat Perekrutan dan Latihan
Polis Malaya" di Rawalpindi.
Garis Masa Kerjaya Tokoh
1922: Dilahirkan di Johor Bahru pada 12 Februari.
1942 (umur 20): Terlibat secara aktif dalam peperangan di
Mesir, Syria, Palestin dan Iraq.
1945 (umur 23): Pulang ke tanah air dan dilantik sebagai Komandan Polis Johor Bahru.
1946 (umur 24): Menyertai ayahandanya dalam bidang politik apabila Dato’ Onn bin
Jaafar menubuhkan Pergerakan Melayu Johor Semenanjung dan dilantik sebagai
Penolong Setiausaha Agung UMNO.
1950 (umur 28): Dilantik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang pertama; juga
dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan disamping menduduki Majlis
Mesyuarat Perundangan Negeri Johor dan Majlis Kerja Negeri Johor.
1951 (umur 29): Menyertai ayahandanya keluar dari UMNO dan menubuhkan
Independent of Malaya Party (IMP) dan kemudiannya Parti Negara.
1958 (umur 36): Mendapat ijazah undang-undang di Lincoln's Inn, England.
1964 (umur 42): Menyertai UMNO semula atas pelawaan birasnya, Tun Abdul
Razak, Yang DiPertua UMNO
1969 (umur 47): Dilantik sebagai ahli jawatankuasa Kerja UMNO (kini Majlis
Kerja Tertinggi UMNO) pada Jun.
1970 (umur 48): Menjadi Menteri Pelajaran pada September.
1972 (umur 50): Dipilih sebagai Naib Presiden UMNO
1973 (umur 51): Dilantik sebagai pemangku Timbalan Presiden pada 8 Ogos
oleh Majlis Tertinggi UMNO berikutan kematian Tun Dr. Ismail. Juga dilantik
sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 13 Ogos dan memegang portfolio
Menteri Perdagangan dan Perindustrian.
1976 (umur 54): Disahkan sebagai pemangku Presiden
UMNO berikutan kematian Tun Razak. Menjadi Perdana
Menteri Malaysia yang ketiga pada 15 Januari.
1978 (umur 56): Menang jawatan Presiden UMNO tanpa
bertanding.
1981 (umur 59): Menyatakan hasratnya untuk tidak
mempertahankan jawatan Presiden UMNO sekaligus
mengundurkan diri dari kepimpinan negara. Meletakkan
jawatan sebagai Perdana Menteri negara pada Julai 1981 atas
sebab kesihatan dan diambil alih oleh Mahathir bin
Mohamad.
1990 (umur 68): Pulang ke Rahmatullah pada 29 Mei 1990 di
San Francisco, Amerika Syarikat kerana serangan sakit
jantung. Allahyarham disemadikan di Makam Pahlawan,
Masjid Negara.
Kebangkitan Untuk Berkuasa
Beliau kembali ke politik untuk menyertai UMNO pada tahun 1968 selepas dipujuk
oleh Tun Abdul Razak yang menjadi Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu. Beliau
bertanding dan menang dalam pilihan raya umum pada tahun 1969 dan dilantik
sebagai Menteri Pelajaran.
Kenaikan pangkatnya yang pantas itu berterusan sewaktu beliau mewarisi Tun Dr.
Ismail yang meninggal dunia pada 2 Ogos 1973 sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Pada 15 Januari 1976, beliau dilantik untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang
ketiga selepas kematian Tun Abdul Razak.
Peranan Dan Sumbangan
Penyertaannya dalam kabinet Malaysia bermula pada September 1970 apabila dilantik menjadi Menteri Pelajaran oleh
Tun Abdul Razak. Di bawah pentadbiran beliau, Kementerian Pelajaran terus meningkat maju. Beliau maju setapak lagi
apabila dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun 1972, beliau telah menjadi salah seorang daripada tiga orang Naib
Presiden yang dipilih. Dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 8 Ogos 1973, beliau dilantik menjadi Timbalan
Presiden UMNO berikutan kematian daripada Tun Dr. Ismail. Apabila Tun Dr. Ismail meninggal dunia, beliau dilantik
menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 13 Ogos 1973 sekaligus merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian.
Pemergian Tun Abdul Razak ke rahmatullah pada 14 Januari 1976 telah mengejutkan rakyat di seluruh negara ini.
Berikutan itu, dalam satu mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi pada 17 Januari, beliau telah disahkan sebagai
pemangku Presiden UMNO. Pada hari Khamis, 15 Januari 1976, Beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri
Malaysia yang ketiga di Istana Negara. Pada tahun 1978, beliau menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden UMNO.
Ketika menjadi Perdana Menteri, beliau telah meneruskan agenda pembangunan yang telah digariskan oleh Tun Abdul
Razak khususnya dalam menggerakkan Dasar Ekonomi Baru. Sebagai seorang pemimpin, beliau arif tentang hal ehwal
keselamatan. Beliau juga memberi penekanan kepada konsep Rukun Tetangga dan perjuangan terhadap ancaman dadah.
Di bawah pentadbirannya, angkatan bersenjata Malaysia telah diperbesar dan dipermodenkan apatah lagi pada ketika itu
rantau di Asia Tenggara telah menjadi gempar ekoran jatuhnya kerajaan Vietnam Selatan ke tangan komunis dan
terbinalah cita-cita "Teori Domino" komunis. Semasa pentadbirannya pada temboh darurat, usaha membenteras
pengganas komunis di hutan dan bandar telah diperhebat malah golongan yang bersimpati dengan aliran komunis
dipulihkan menerusi gerakan-gerakan pengnitipan yang dikatakan berjaya.
Peranan dan sumbangan
Beliau akan sentiasa dikenang sebagai pemimpin yang menyebabkan Malaysia meniti arus
pembangunan dengan konsisten tanpa banyak kontroversi. Dasar-dasar dan program-
program yang diketengahkannya tidak pernah lari dari sasaran Dasar Ekonomi Baru.
Walaupun pada ketika itu ekonomi negara terjejas oleh kemelesetan ekonomi dunia, beliau
berjaya untuk mengawal keadaan dan membantu Malaysia berkembang dari segi ekonomi
dan sosial. Beliau pernah menjalani rawatan jantung atau pintasan koronari pada awal 1981.
Beliau juga telah berjaya melancarkan Rancangan Malaysia Keempat pada bulan April 1981.
Beliau juga telah mengikuti jejak langkah bapanya yang sentiasa mencuba untuk
meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu yang agak ketinggalan jika dibandingkan
dengan kaum-kaum lain terutamanya dari segi ekonomi. Dengan itu, pada 20 April 1981,
beliau melancarkan pula Skim Amanah Saham Nasional (ASN) yang merupakan satu dana
amanah bumiputera yang membantu peningkatan ekuiti bumiputera dalam ekonomi
negara. Keamanan negara yang diperkukuhnya telah menarik pelabur luar untuk
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang stabil dari segi politik dan ekonomi.
Sumbangan beliau yang terbesar ialah menegakkan tiang keamanan yang kukuh.
Peranan dan sumbangan
Akibat kesihatan beliau yang merosot, beliau menyatakan hasratnya
untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO sekaligus
mengundurkan diri daripada kepimpinan negara. Beliau mengambil
keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 15
Mei 1981 atas sebab kesihatan dan diambil alih oleh timbalannya,
Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad (kini bergelar "Tun") pada 18
Julai 1981. Selepas beliau meletakkan jawatannya sebagai Perdana
Menteri, beliau masih aktif dalam pertubuhan-pertubuhan kebajikan
seperti Tabung Mata dan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa
(ISIS) semasa hayatnya. Disebabkan perkhidmatannya kepada negara,
Hussein Onn dikurniakan dengan gelaran Tun yang merupakan
anugerah diraja yang tertinggi di Malaysia.
Selepas Persaraan
Selepas persaraannya sebagai Perdana Menteri Malaysia,
beliau meneruskan sumbangannya kepada pertubuhan-
pertubuhan kebajikan. Beliau memainkan peranan utama
dalam pertubuhan Hospital Mata Tun Hussein Onn. Beliau
juga pernah menjadi Pengerusi Institut Kajian Strategik dan
Antarabangsa (ISIS) dan penasihat kepada Petronas.
Beliau menghembuskan nafas terakhir pada hari Selasa, 29
Mei 1990, sewaktu berumur 68 tahun di Pusat Perubatan
Seaton, San Francisco, Amerika Syarikat kerana serangan
sakit jantung dan disemadikan pada hari Jumaat di Makam
Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Kesimpulan
Kesimpulannya,beliau ialah seorang yang amat berhati-hati apabila
membuat keputusan yang melibatkan hal ehwal negara. Beliau sangat
tegas dan berpegang teguh kepada prinsip hidupnya. Pengalaman dalam
bidang ketenteraan telah menjadikan beliau sebagai seorang yang
berdisiplin dan mementingkan ketepatan masa. Beliau telah memberikan
kebebasan kepada akhbar dan majalah untuk melontarkan kritikan dan
ulasan dengan harapan bahawa perkara itu akan meningkatkan prestasi
pentadbirannya. Beliau ialah seorang negarawan yang disegani dan
dihormati. Beliau juga terkenal dengan sifat merendah diri serta jujur.
Dalam sejarah, beliau akan sentiasa dikenang sebagai "Penyambung
Warisan Yang Terbilang". Usaha beliau dalam memupuk semangat
perpaduan antara berbilang kaum telah berjaya dicapai dalam konteks
masyarakat Malaysia. Beliau mewarisi kepimpinan UMNO yang pernah
disandang oleh ayahandanya serta pogram pembangunan yang dijana
oleh sahabatnya dan melaksanakannya dengan penuh dedikasi. Malah,
beliau juga telah mewariskan pentadbiran kerajaan serta UMNO kepada
Tun Dr. Mahathir dalam keadaan yang stabil dan begitu kukuh pada
ketika itu.