PEMBANGUNAN SOSIO EKONOMI MALAYSIA
NAMA & NO. MATRIK
HARRIS FIRDAUS BIN SUFIAN
KID 200604017
NAMA & KOD KURSUS
PEMBANGUNAN SOSIO EKONOMI MAlAYSIA
(MPU 2532)
NAMA PENSYARAH
CIK AINA BIN KASSIM
Definisi Penswastaan
• Penswastaan secara amya bermaksud penjualan perusahaan milik negara atau
milikan awam kepada sektor swasta yang akhirnya menyebabkan ekuiti perusahaan
dikuasai oleh sektor swasta.
• Perusahaan awam yang ditubuhkan adalah ditadbir oleh kerajaan untuk sementara
sahaja dan sampai ke satu peringkat ianya akan dilepaskan ke tangan pihak swasta.
• Pelepasan ini juga perlu oleh kerana kebanyakan perusahaan awam lebih kerap
mengalami kerugian dan memberikan bebanan kepada kerajaan.
• Sekiranya ia diambil alih oleh pihak swasta, ia bukan sahaja akan melepaskan beban
perbelanjaan kerajaan tetapi juga boleh menjadi lebih cekap dan berupaya mencipta
keuntungan. Ini boleh menjadi punca hasil kerajaan melalui pungutan cukai.
Objektif penswastaan
• Kerajaan telah menggariskan lima objektif penswastaan seperti
terdapat dalam Garis Panduan Mengenai Penswastaan yang
telah dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada
tahun 1985 iaitu:
§ mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan
§ meningkatkan kecekapan dan daya pengeluaran aktiviti
ekonomi
§ menggalakkan pertumbuhan ekonomi
§ mengurangkan saiz dan penglibatan sektor awam dalam
ekonomi
Program Penswastaan
• Dalam Pelan Tindakan Penswastaan, 27 buah projek telah
dikenalpasti untuk diswastakan dalam tahun 1992 dan 28 buah
projek pada tahun 1993.
• Pada tahun 1992, projek yang telah diperbadankan termasuk
Jabatan Perkhidmatan Pos, Jabatan Penerbangan Awam,
Institut Jantung Negara, dan Keretapi Tanah Melayu.
• Pada tahun 1993-94, sejumlah 53 buah entiti dan projek
dikenalpasti untuk diswastakan dan 64 buah entiti disusun
semula untuk diswastakan pada tahun 1993. Projek-projek
berkenaan termasuklah Bahagian Pinjaman Perumahan
Kementerian Kewangan, BERNAMA, Bank Simpanan Nasional,
Projek Pelupusan Najis Negara dan HICOM.
• Pada tahun 1994, sejumlah 40 entiti dan projek telah
diikenalpasti untuk disusun semula manakala 52 projek dan
entiti akan diswastakan.
• Untuk tempoh 1996-2000, kerajaan telah melaksanakan
penswastaan beberapa projek besar yang meliputi 98
projek, mengandungi 51 projek baru dan 47 projek sedia
ada.
Prestasi Penswastaan
• Mengurangkan beban kewangan kerajaan dengan penjimatan
perbelanjaan kerajaan.
• Dalam RMK7, kerajaan dapat jimatkan RM51.59 bilion dan
memperolehi pendapatan sebanyak RM 45 bilion melalui
penjualan ekuiti dan aset.
Kecekapan dan produktiviti
• Perubahan dalam kecekapan berpunca dari pertumbuhan
ekonomi, perubahan dalam keadaan permintaan, perubahan
dalam struktur pasaran (yang bergantung pada persaingan)
serta perubahan dalam kecekapan dalaman syarikat (berikutan
perubahan pemilikan dan pengurusan).
Manfaat kepada kakitangan
• Oleh sebab entiti yang diswastakan mengamalkan skim saraan
berasaskan prestasi pencapaian, maka dengan peningkatan
prestasi entiti yang diswastakan ia akan memberi banyak
ganjaran kepada kakitangannya dalam bentuk bonus dan
kenaikan gaji, selain tawaran pembelian saham syarikat.
Pertumbuhan Ekonomi
• Penswastaan telah mempecepatkan pertumbuhan ekonomi
melalui pelaburan yang lebih besar yang membawa kepada
perkembangan sektor korporat.
• Pertumbuhan juga adalah berpunca daripada peningkatan
kecekapan yang dialami oleh entiti yang diswastakan.
Penyertaan Bumiputera
• Penswastaan telah diguna sebagai pendekatan untuk
mempertingkatkan penglibatan bumiputera dalam ekonomi.
• Dalam beberapa entiti yang telah diswastakan pegangan ekuiti
bumiptera telah melebihi 51 % dan ada di antaranya mencapai
100%.
Pemindahan Teknologi
• Penswastaan telah membolehkan rakyat Malaysia
mendapatkan teknologi dan kepakaran baru melalui
penyertaan bersama dengan pemegang ekuiti asing, kontrak
pengurusan dan penyediaan khidmat perunding.