J O M F I T ( F U N R U N ) & S A M B U T A N H A R I L A H I R ( A P R I L – O G O S ) Tarikh 28 Ogos 2023 menjadi tarikh pilihan untuk mengadakan Jom Fit (Fun Run) dan Sambutan Hari Lahir bagi pegawai CPF Selangor yang telah lahir pada bulan April hingga Ogos. MS-2 E CAWAN - GAN B PENGU U ATKUAS L AAN FA E RMASI T NEGER I I SEL N ANGOR E D I S I 2 / 2 0 2 3 SEIRING BICARA Pertama sekali, marilah kita menzahirkan kesyukuran kita kepada Allah s.w.t kerana masih dipanjangkan usia dan diberi kesejahteraan untuk kita melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan, dengan sentiasa mentaati segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. MS-2 PERHATIAN: "Buletin Ini Merupakan Edaran Dalaman Terhad kepada Pegawai Cawangan Penguatkuasaan Farmasi, JKNS"
.....SEIRING BICARA Sedar atau tidak, kita sudah masuk ke bulan November , iaitu penghujung suku keempat tahun 2023. Diharapkan semua anggota CPF Selangor masih lagi bersemangat dalam memberikan komitmen untuk meneruskan khidmat bakti dengan lebih baik dan berdedikasi. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua warga CPF Selangor atas komitmen dan kerjasama dalam menjalankan tugas sepanjang suku keempat tahun ini. Perkara ini dapat dibuktikan dengan pencapaian sasaran yang sangat memuaskan, di mana hampir semua sasaran untuk tahun ini dapat dicapai walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Semoga kita semua sentiasa dipelihara oleh Allah s.w.t dan sentiasa seronok bertugas di CPF Selangor – Pemangkin Kecemerlangan Penguatkuasaan Farmasi. JOM FIT (FUN RUN) & SAMBUTAN HARI LAHIR (APRIL – OGOS) Acara Jom Fit (Fun Run) yang bertemakan Hari Kemerdekaan ini, telah menerima sambutan yang positif daripada anggota Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, dengan jumlah kehadiran mencapai 56 peserta. Acara turut dimeriahkan dengan kehadiran Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Farmasi, Encik Dzafarullah bin Daud. Acara dimulakan pada jam 8:30 pagi dengan sesi pemanasan badan yang dipimpin oleh Puan Nur Aqilah binti Abdul Rahman, seterusnya diikuti dengan sesi pelepasan peserta oleh Encik Dzafarullah bin Daud. Saat pelepasan diiringi dengan semangat kemerdekaan melalui sorakan 'MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!'. Acara Jom Fit (Fun Run) ini memerlukan peserta untuk berjogging melalui 2 checkpoint. Pada checkpoint pertama, peserta diajak untuk bergambar dengan tema kemerdekaan. Seterusnya pada checkpoint kedua, peserta diberikan tugasan untuk melakukan tiga set senaman ringan: lompat bintang, mencangkung, dan mengangkat kaki. Jom Fit (Fun Run) telah berakhir setelah peserta terakhir melepasi checkpoint ke-2, sekitar jam 10:30 pagi. Aktiviti bersambung pada jam 11:00 pagi dengan Sambutan Hari Lahir. Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Farmasi, Encik Dzafarullah bin Daud turut turun padang untuk memeriahkan lagi sambutan. 2
Majlis yang dijalankan secara pot luck, menegaskan lagi semangat kebersamaan dalam kalangan pegawai CPF Selangor, di samping menjadi wadah untuk merapatkan lagi silaturahim sesama ahli cawangan. Tayangan video yang disediakan oleh Encik Mohamad Iqhbal bin Zulkifli dari Seksyen Perisikan & Operasi, mengundang gelak tawa dan rasa gembira dari para hadirin. Majlis telah ditutup dengan bacaan doa dan seterusnya makan tengah hari. PERTANDINGAN INOVASI PENGUATKUASAAN FARMASI Sebagai “tangan kanan” SKIPPF, Unit Perkembangan semestinya tidak ketinggalan untuk meninggalkan impaknya untuk tahun 2023. Pada tahun ini, CPF Selangor telah mempertandingkan 2 inovasi iaitu Virtual Inspection Project (VIP) dan juga Pharmacy Online Virtual Exhibition (PrOVE), di Pertandingan Inovasi Penguatkuasaan Farmasi 2023. Inovasi yang telah dipertandingkan terbukti adalah sebuah inovasi yang hebat apabila CPF Selangor berjaya merangkul tempat ke-3 untuk penyertaan VIP. Tahniah diucapkan kepada ahli kumpulan inovasi yang telah bertungkus-lumus untuk menyiapkan inovasi dan penyertaan. P E M B E N T A N G A N I N O V A S I ( 9 M E I 2 0 2 3 ) 3
Aktiviti kesedaran seperti ini, dapat memberikan maklumat secara efektif kepada masyarakat secara umumnya. Diharapkan pegawai dari CPF Selangor yang berkebolehan diberikan peluang yang lebih seperti ini di masa akan datang, supaya lebih ke hadapan dalam mendidik masyarakat tentang perkara berkaitan penguatkuasaan undang-undang farmasi. Pada 9 Julai 2023, jam 11:00 pagi, kemunculan pegawai CPF Selangor, Puan Nur Aqilah binti Abdul Rahman dalam program Fresh Brew di saluran televisyen TV OKEY secara langsung telah menjadi medium utama untuk perbincangan mengenai topik “How to Safely Buy Medicines Online?”. Dalam perbincangan tersebut, beberapa pertanyaan penting telah diajukan, seperti: SLOT DI TV OKEY FRESH BREW “HOW TO SAFELY BUY MEDICINES ONLINE” 1. Apakah definisi ubat dan bagaimana ia dijelaskan? 2. Apakah yang dimaksudkan dengan tuntutan perubatan dan apakah contoh-contohnya? 3. Adakah ubat boleh dibeli atau dijual secara dalam talian? 4. Bagaimanakah penjualan ubat secara atas talian dipantau oleh agensi penguatkuasaan? GOTONG-ROYONG PELUPUSAN BIL 2/2023 Pada 27 Mei 2023, hari Sabtu yang lepas, satu aktiviti persediaan beg pelupusan barang rampasan/ ekshibit telah dijalankan di Stor CPF Selangor Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Petaling Jaya. Aktiviti dimulakan pada jam 8.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang. Aktiviti tersebut telah melibatkan sejumlah 23 orang pegawai yang terdiri daripada Seksyen Siasatan dan Pendakwaan, Seksyen Perisikan dan Operasi, Seksyen Kawalan Iklan dan Perkembangan Penguatkuasaan Farmasi serta Seksyen Pelesenan. 4
SEMINAR PEMANTAPAN PENDAKWAAN Pada 22 Jun 2023, satu Seminar Pemantapan Pendakwaan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Cempaka (Tingkat M) Wisma Sunway dan turut disiarkan secara langsung melalui aplikasi Google Meet. Seminar bermula pada jam 8.45 pagi dengan kata aluan oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) Selangor yang disampaikan melalui KCPF, Encik Hasrolnizam Bin Abdullah dan diikuti dengan ceramah pertama daripada Ketua Seksyen Siasatan dan Pendakwaan, Cik Nurul Haizan Binti Sukan. Turut memberikan ceramah adalah wakil dari CPF Wilayah Persekutuan, CPF Negeri Sembilan dan CPF Sarawak. CME : KEPERLUAN DAN PELEPASAN IMPORT DI BAWAH PERUNDANGAN FARMASI Pada 14 April 2023, Seksyen Kawalan Pintu Masuk (SKPM) telah menganjurkan satu sesi CME Bil 1/2023 yang bertajuk: Keperluan dan Pelepasan Import di bawah Perundangan Farmasi. CME tersebut diadakan bagi meningkatkan kefahaman pegawai SKPM khususnya dan pegawai CPF Selangor amnya berkenaan prosedur dan keperluan dokumentasi yang terlibat dalam proses saringan import bagi barang-barang di bawah kawalan perundangan farmasi di pintu masuk. Taklimat CME tersebut telah disampaikan oleh Encik Abdul Halim bin Abu Naim dari Cawangan Pelesenan, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. Pada hari yang sama juga, satu majlis apresiasi dan perpisahan telah diadakan buat Puan Nurliyana Husna binti Ghazali, Ketua Penolong Pengarah Farmasi (K), Gred UF48, yang telah bertukar ke Hospital Tuanku Fauziah, Perlis. Majlis tersebut diadakan bertujuan sebagai penghargaan kepada Puan Nurliyana yang telah berkhidmat di CPF Negeri Selangor selama lapan (8) tahun. Puan Nurliyana telah bertugas di SKPM selama tiga (3) tahun dari tahun 2020, dan terdahulu, telah bertugas di Seksyen Pelesenan selama lima (5) tahun. Majlis turut dihadiri oleh Encik Dzafarullah bin Daud, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Selangor (Farmasi). 5
AUDIT PENGURUSAN KEWANGAN DAN ASET TELAH DIADAKAN DI UNIT KAWALAN PINTU MASUK PELABUHAN KLANG UTARA (NORTHPORT) Pada 18 Mei 2023, satu Audit Pengurusan Kewangan dan Aset telah diadakan di Unit Kawalan Pintu Masuk Pelabuhan Klang Utara (NORTHPORT) yang bertujuan menilai pengurusan dan kawalan aktiviti kewangan dan aset. Semakan fizikal ke atas rekod-rekod, aset dan label aset yang berkaitan telah dilakukan oleh pihak auditor. Sesi penerangan tentang Sistem Maklumat Kastam (SMK) kepada auditor oleh Pegawai SKPM turut dijalankan. KUNJUNGAN DARIPADA EIF SDN BHD KE UNIT KAWALAN PINTU MASUK LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (KLIA) Pada 30 Mei 2023, Unit Kawalan Pintu Masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah menerima kunjungan daripada EIF Sdn Bhd. Tujuan kunjungan adalah untuk memperkenalkan pegawai-pegawai EIF di samping mempelajari prosedur pelepasan K1 oleh pihak farmasi. Wakil pihak Unit Kawalan Pintu Masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Puan Nur ‘Ain Balqis binti Ai, telah memberi penerangan ringkas berkenaan barangan kawalan farmasi serta Akta-Akta dan PeraturanPeraturan yang dikuatkuasakan. Lawatan tersebut telah dihadiri oleh 5 orang wakil EIF Sdn Bhd yang diketuai oleh Encik Halimi yang merupakan Supervisor dan En Ranjin sebagai Team Leader. CME: PENGECUALIAN IMPORT OLEH PENGARAH KANAN PERKHIDMATAN FARMASI (PKPF) DI BAWAH PERUNDANGAN FARMASI. Pada 9 Jun 2023, Seksyen Kawalan Pintu Masuk (SKPM) telah sekali lagi menganjurkan sesi CME Bil 2/2023. Sesi CME kali ini adalah bertajuk: Pengecualian Import oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi (PKPF) di bawah Perundangan Farmasi. CME tersebut adalah pengecualian dan kelulusan khas yang diperuntukkan di bawah perundangan farmasi. 6
Seterusnya, CME yang ketiga telah diadakan pada 23 Jun 2023 dan ianya merupakan kesinambungan daripada CME sebelumnya, dengan tajuk: Pengecualian Import oleh YB Menteri Kesihatan (YBMK) di bawah Perundangan Farmasi. Kedua-dua taklimat tersebut telah disampaikan oleh Puan Umadevi a/p Mariapan dari Cawangan Perundangan, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. PENGECUALIAN IMPORT OLEH YB MENTERI KESIHATAN (YBMK) DI BAWAH PERUNDANGAN FARMASI AKTIVITI PELUPUSAN EKSIBIT Satu aktiviti pelupusan eksibit telah dilaksanakan pada 8 Julai 2023 yang melibatkan barang tahan dari pintu masuk di Terminal KLIA. Aktiviti pelupusan SKPM yang kedua bagi tahun ini telah merekodkan jumlah bilangan eksibit sebanyak 78 unit. Eksibit-eksibit yang dilupuskan tersebut adalah hasil dari saringan dan pemeriksaan yang telah dijalankan dari Oktober 2022 sehingga Mac 2023. Eksibit- eksibit tersebut telah dikumpulkan di stor transit dan kemudian akan dibawa oleh Kualiti Alam Sdn Bhd untuk proses pelupusan. Pada 6 Jun 2023 satu Latihan Label Keselamatan Hologram telah diadakan untuk pegawai farmasi dan pembantu pegawai farmasi. LATIHAN LABEL KESELAMATAN HOLOGRAM Pada 17 & 24 Julai 2023 Latihan Label Keselamatan Hologram telah diadakan untuk Pegawai Penguatkuasaan Farmasi CPF Selangor. Latihan ini telah dianjurkan oleh Seksyen Kawalan Iklan & Perkembangan Penguatkuasaan Farmasi (SKIPPF), 7
AKTIVITI PENGKUATKUASAAN SEKSYEN PERISIKAN DAN OPERASI JADUAL : PENGENDALIAN ADUAN JADUAL : PENGENDALIAN MAKLUMAT Pengendalian aduan merupakan satu kaedah yang dapat dijadikan petunjuk keberkesanan aktiviti penguatkuasaan farmasi dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengguna berkenaan isu- isu semasa penjualan dan pengiklanan produk dan kosmetik di pasaran hari ini. Selain memastikan hak pengguna dilindungi, pengendalian aduan yang teratur, cepat, tepat dan berintegriti penting dalam memastikan kepuasan pelanggan dan meningkatkan imej jabatan. Setiap aduan perlu dikendalikan dengan telus, teliti serta cepat dan pihak yang mengadu perlu diberikan maklum balas yang sewajarnya. Sebarang aduan yang diterima secara bertulis atau lisan daripada orang awam, atau jabatan kerajaan / agensi lain, kecuali aduan berkaitan staf Kementerian Kesihatan Malaysia. Aduan yang diterima tanpa maklumat pengadu dikira sebagai ‘maklumat’. Aduan yang diterima daripada BPF/CPF/NPRA dikira sebagai ‘aduan’ sekiranya maklumat pengadu awam dilampirkan bersama. Pengesahan aduan/ maklumat ialah aktiviti yang dijalankan untuk memastikan atau menunjukkan bahawa aduan adalah benar, tepat atau wajar dengan mengenalpasti kewujudan elemen aduan iaitu premis, pelaku, produk dan platform. Antara tugas-tugas yang perlu dilakukan oleh pegawai pengesah aduan/maklumat semasa pengesahan ialah seperti semakan maklumat JPJ, JPN, SSM, pemilikan telco, pengesahan PBKD, analisa kimia, tinjauan platform/ laman sesawang, tinjauan premis berkaitan, uji beli sampel dan lainlain. Maklum balas aduan ialah maklum balas yang diberikan kepada pengadu sama ada melalui surat, email atau telefon. Maklum balas penerimaan aduan perlu diberi dalam tempoh 3 hari bekerja daripada tarikh penerimaan aduan. Maklum balas pengesahan aduan perlu diberi dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh penerimaan aduan. Maklumbalas tindakan perlu diberi kepada pengadu dalam tempoh 3 hari bekerja selepas tindakan dijalankan. Berdasarkan statistik pengendalian aduan yang direkod oleh unit aduan Seksyen Perisikan dan Operasi CPF Selangor mendapati jumlah aduan yang diterima pada tahun 2020,2021 dan 2022 ialah sebanyak 176,177 dan 174 aduan. Hasil daripada aktiviti pengesahan aduanaduan ini mendapati sebanyak 162 aduan telah diambil tindakan serbuan, 8 33 diambil tindakan pemeriksaan dan 8 diambil tindakan risikan lanjut. Berdasarkan statistik pengendalian maklumat yang direkod oleh unit aduan Seksyen Perisikan dan Operasi CPF Selangor mendapati jumlah maklumat yang diterima pada tahun 2020, 2021 dan 2022 ialah sebanyak 138, 159 dan 175 maklumat. Hasil daripada aktiviti pengesahan maklumatmaklumat ini mendapati sebanyak 97 maklumat telah diambil tindakan serbuan, 27 diambil tindakan pemeriksaan dan 18 diambil tindakan risikan lanjut.
GAMBAR : DIALOG BERSAMA CKAPS Perbincangan ini bukan hanya berperanan sebagai jambatan utama bagi peningkatan komunikasi antara agensi, tetapi juga sebagai wahana penyelesaian cekap terhadap cabaran yang dihadapi oleh CPF Selangor - terutamanya dalam kerangka tugasan yang memerlukan kerjasama antara pelbagai agensi. Ia turut menjadi wadah penting untuk memperdalam pemahaman mengenai peranan agensi penguatkuasaan masing-masing dalam konteks pelaksanaan undang-undang, dan sebagai saluran ilmu bagi mendidik mengenai fungsi dan peranan CPF Selangor dalam penguatkuasaan undang-undang. Untuk tahun 2023, CPF Selangor telah merancang untuk mengadakan perbincangan bersama agensiagensi penguatkuasaan. Sebanyak 2 perbincangan telah berjaya diadakan iaitu Dialog Bersama Agensi Penguatkuasa pada 15 Jun dan Dialog Bersama CKAPS pada 8 Ogos. DIALOG BERSAMA AGENSI PENGUATKUASAAN DAN CKAPS GAMBAR : DIALOG BERSAMA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN 9
KEPENTINGAN KECELIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (IT) DALAM MENINGKATKAN MUTU PERKHIDMATAN I Ditulis oleh, Muhammad Faisal Bin Zahidi Dalam era digital yang semakin canggih ini, kecelikan dalam teknologi maklumat (IT) telah menjadi elemen asas dalam kehidupan seharian dan setiap bidang perkhidmatan. Perubahan mendalam yang dibawa oleh IT tidak hanya mempengaruhi cara kita berkomunikasi dan berinteraksi, tetapi juga membawa impak yang besar dalam meningkatkan mutu perkhidmatan di pelbagai sektor – apatah lagi di sektor perkhidmatan awam. Suatu masa dahulu, sektor perkhidmatan awam sohor dengan “ketidakcekapan” dan “kelembapan” perkhidmatan. Jangan katakan anda tidak pernah mendengar ungkapan “Biasalah... government...”. Pembaca budiman, jika anda adalah penjawat awam sejati yang menjalankan tugas dengan penuh ketulusan, dedikasi, dan berhemah, pasti hati anda remuk dan darah anda menderu apabila terdengar ungkapan ini. Saya ingin katakan di sini, masih terdapat sebahagian besar masyarakat yang bertanggapan sedemikian. Ya, mungkin ada kekurangannya di sini dan di sana atas faktor yang tidak dapat diubah dan di luar kawalan. Tetapi sampai bila kita mahu biarkan ia melarat? Adakah kita sudah sehabis baik memperbaiki apa yang dalam kawalan kita? Adakah muka kita begitu tebal dan tidak ingin merubah tanggapan mereka? Adakah kita tidak mahu buktikan mereka salah dan buktikan perkhidmatan kita adalah first class? Ingin saya bawakan hujah bahawa di dalam dunia yang serba moden ini, dengan segala kepelbagaian dan kemudahan untuk menjalankan tugasan, kecelikan di dalam bidang IT adalah senjata anda untuk “membunuh” tanggapan serong sebahagian masyarakat tentang perkhidmatan awam, 10
11 dan secara langsung meningkatkan lagi mutu perkhidmatan. Apa gunanya jika kita dibekalkan dengan komputer yang mempunyai spesifikasi tinggi, sambungan internet yang pantas, akaun Google yang mampu mengisi 1 terrabyte maklumat beserta aplikasi google yang bermacam-macam fungsi, dan pelbagai kelengkapan jika kita tidak manfaatkannya? Sampai bila hendak dizikirkan “aku tak tahu, tak mahir”? Pepatah melayu ada mengatakan "Keris tumpul dihias, ilmu yang kurang disempurnakan." Penggunaan teknologi maklumat dalam operasi harian organisasi membolehkan tugasan dijalankan dengan lebih cekap dan lancar. Dengan automasi, tugasan boleh diselesaikan dengan pantas dan dengan tahap kesilapan yang lebih rendah. Ini memberi peluang kepada kita untuk menumpukan perhatian kepada perkara yang memerlukan keputusan pintar dan pemikiran kreatif. Kecekapan ini seterusnya menghasilkan perkhidmatan yang lebih baik dan pantas kepada pengguna – dan mungkin yang lebih dekat dengan kita, lebih pantas menyelesaikan tugasan dan menyerahkannya kepada pegawai atasan. Saya membawa contoh Google Form dan Google Sheet yang telahpun digunapakai di CPF Selangor. Tiada lagi buku bergerak di dalam mesyuarat/ taklimat/ latihan untuk mengisikan kehadiran anda. Tidak perlu menunggu buku untuk “tawaf” bilik mesyuarat hingga akhirnya sampai ke depan anda. Apabila buku sampai pun, belum tentu anda ada pen tersedia. Kini, semuanya di hujung jari. Hanya imbas kod QR yang dipancarkan atau dikongsikan di Whatsapp menggunakan telefon pintar, dan masukkan butiran anda. Pada pihak pegawai yang menghadiri, tentu sahaja ia memudahkan – tidak perlu menunggu buku sampai dan mencari pen. Pada pihak penganjur atau urus setia pula, tidak perlu salin semula kehadiran atau scan buku kehadiran untuk mengeluarkan kehadiran. Semuanya disimpan dan hanya perlu “CTRL + C” dan “CTRL + V” di Word untuk menjana kehadiran. Untuk mencari pencapaian SKT, pegawai yang menjaga tidak perlu lagi menyemak data secara fizikal (hard copy). Semuanya boleh dikumpul dan dianalisa secara dalam talian dan secara real-time. Perkongsian dokumen tidak perlu lagi secara hard copy dan tidak perlu diserahkan in person. Ianya boleh terus dikongsikan di Google Drive, Whatsapp, Telegram, Dropbox, dan bermacam-macam lagi. Saya bawakan satu lagi contoh, iaitu sistem Intelligent Tracking System atau iTRES yang digunapakai di Stor Cawangan Penguatkuasaan Farmasi di seluruh Malaysia. Jika dulu kita perlu menulis tangan label-label harta dan mengambil masa yang lama untuk melabel barang ekshibit, sekarang tidak lagi, atau menjadi lebih mudah. Hanya key-in sahaja di komputer dan label akan dijana secara automatik. Jika pun anda mempunyai tanggapan yang berbeza dan mengatakan “sama laju sahaja pakai tangan atau key-in di komputer”, anda masih tidak dapat menafikan elemen keseragaman yang dibawakan oleh iTRES – label adalah seragam dan jelas, dan boleh dibaca oleh sesiapa sahaja. Pengaplikasian IT oleh CPF Pulau Pinang bukan sahaja mendapat tempat pertama di pertandingan inovasi, bahkan memudahkan kerja para pegawai penguatkuasaan farmasi di seluruh Malaysia. IT membolehkan sesebuah organisasi untuk terus berinovasi dalam perkhidmatan mereka. Melalui pemantauan trend dan adopsi teknologi baru, sesebuah organisasi boleh mengemaskini dan menyempurnakan perkhidmatan mereka secara berterusan. Inovasi ini memberikan nilai tambah bukan sahaja kepada pengguna tetapi kepada ahli organisasi itu sendiri, dan menjadikan organisasi lebih relevan dalam persekitaran yang sentiasa berubah. Kita harus mempersediakan diri dan organisasi secara menyeluruh untuk menerima dan merintis inovasi yang lebih baru. Jangan terkejut jika inovasi yang telah dibuat oleh kita sekarang akan dipandang sebagai kolot oleh generasi yang mendatang. Suatu masa dahulu, walkman adalah satu cetusan idea dan dikategorikan sebagai sebuah alat teknologi yang ulung. Cuba tanyakan kepada anak anda atau generasi muda sekarang jika mereka tahu apa itu walkman?
"TEAMWORK IS THE ABILITY TO WORK TOGETHER TOWARD A COMMON VISION. THE ABILITY TO DIRECT INDIVIDUAL ACCOMPLISHMENTS TOWARD ORGANIZATIONAL OBJECTIVES. IT IS THE FUEL THAT ALLOWS COMMON PEOPLE TO ATTAIN UNCOMMON RESULTS." - ANDREW CARNEGIE P E N A S I H A T : W A N M A R I A K E T U A E D I T O R : T E R E N C E L U K E E D I T O R : M U H A M M A D F A I S A L N U R S U A I D A H M O H D H E L M I N U R F A T I N S A T H Y A 12 Mungkin MP3 Player juga boleh membuatkan mereka terpinga-pinga. Jika kita mentertawakan generasi baru yang tidak tahu apa itu walkman, mungkin generasi yang mendatang akan mentertawakan kita kerana tidak tahu menggunakan perisian yang sedia ada di Google dengan sepenuhnya. Mungkin untuk mengaplikasikan teknologi maklumat di peringkat kebangsaan dengan menyertai pertandingan inovasi adalah satu perkara yang jauh untuk sebahagian dari kita. Tetapi jangan jadikan ini alasan untuk tidak bermula dan tidak terus-menerus memperbaiki mutu perkhidmatan. Anda boleh bermula secara kecil-kecilan seperti memaksimakan penggunaan Google Sheet. Gunakan function VLOOKUP, COUNTIF, SUMIF, TRIM, CONCATENATE, IFERROR, Slicer, Drop Down, Data Validation, Conditional Formating dan sebagainya. Kepada mereka yang lebih menggunakan otak kanan – lebih kreatif, mungkin anda boleh bereksperimentasi dengan Canva, Illustrator, Capcut. Atau mungkin anda ingin pergi selangkah lebih jauh dengan menggunakan perisian artificial intelligence seperti ChatGPT? “Susahnya banyak sangat benda perlu tahu...!” Jangan khuatir, rakan-rakan sejawatan anda di CPF Selangor ramai yang hebat orangnya, hanya perlu bertanya. Lihat sahaja fungsi-fungsi di Daftar Google Sheets sedia ada yang ada menggunakan function mengira working days secara automatik untuk menentukan tarikh akhir penyerahan tugas. Lihat sahaja laman sesawang EDPF, MyPharma-C, PRISMA. Semua ini dibangunkan secara in-house oleh Program Perkhidmatan Farmasi. Hanya perlu berbekalkan semangat ingin cuba, bereksperimentasi, dan meluangkan sedikit masa, pasti anda juga akan merintis inovasi! Kecelikan dan yang lebih penting pengaplikasian IT, adalah elemen yang signifikan dalam meningkatkan mutu perkhidmatan khususnya di sektor awam. Organisasi yang mengaplikasikan teknologi maklumat dengan bijak dapat meningkatkan kecekapan operasi, dan menyediakan perkhidmatan yang lebih efektif. Dengan mengambil berat tentang kepentingan ini, kita dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna, menjadi lebih kompetitif, relevan, dan berdaya saing dalam dunia yang semakin bersaing. Akhir kalam, jika kita berani menyatakan visi “Pemangkin Kecemerlangan Penguatkuasaan Farmasi”, maka kita juga harus berani menggunakan semua elemen dalam genggaman, khususnya IT, untuk merealisasikan visi kita.