The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Program Hari Inovasi DBP 2023 - 15 x 22 cm

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ana Suhana, 2023-10-03 03:05:13

Buku Program Majlis Hari Inovasi DBP 2023

Buku Program Hari Inovasi DBP 2023 - 15 x 22 cm

Keywords: Buku program,buku cenderamata,programme book

9.00PAGI BALAIBUDAYA TUN SYED NASIR, WISMA DBP 4 OKTOBER2023 YBPUAN LIM HUIYING TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN DIRASMIKAN OLEH: AspirasiMADANIMemacuInovasi Majlis


Atur Cara 9.00 pagi: Ketibaan para jemputan dan tetamu kehormat 9.30 pagi: Nyanyian lagu • Negaraku • Lagu Inovasi - Malaysia Inovatif Ikrar Rukun Negara Bacaan doa Ucapan Alu-aluan oleh YBrs. Dr. Hazami bin Jahari, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Ucapan Perasmian oleh YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Pendidikan Prapelancaran Galeri Bahasa dan Persuratan Melayu Penyampaian Anugerah dan Hadiah Inovasi DBP • Anugerah Citra Sahabat DBP • Hadiah Pertandingan Mencipta Tema Hari Inovasi • Anugerah Karyawan Inovatif DBP • Anugerah Citra Karya DBP • Anugerah Citra Program DBP • Anugerah Inovasi Ketua Pengarah DBP Penyampaian cenderamata Persembahan khas Nyanyian lagu Bahasa Jiwa Bangsa 12.00 tengah hari: Bersurai Pakaiankebangsaan/batik/sopandansesuai 4 OKTOBER 2023 BALAI BUDAYA TUN SYED NASIR, WISMA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MAJLIS HARI INOVASI DBP TAHUN 2023 1


Banyakitik anakitik, Turun kesawahmakan padi; Tengokcantik dipandangcantik, Tambahpula berhatibudi. 2 Sumber: Kumpulan Pantun Lisan Melayu: Kurik Kundi Merah Saga Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka


SenaraiPenerima ANUGERAH INOVASI DBP 2023


Pucukmanispucuklanggudi, Daun purut digetusrusa; Yangmanisbernama budi, Yangindahitu bahasa. Sumber: Kumpulan Pantun Lisan Melayu: Kurik Kundi Merah Saga Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka 4


Anugerah Citra Sahabat DBP merupakan pengiktirafan yang diberikan kepada pihak luar sama ada kepada individu, persatuan, syarikat, pertubuhan, agensi atau pun pihak lain yang telah memainkan peranan penting dan berkesan dalam membantu DBP menyebarluaskan dan memartabatkan bahasa, sastera dan persuratan Melayu. Anugerah CITRA SAHABAT DBP Hadiah Kamus Dewan Perdana Plak Sijil Penghargaan 5


Penerima KATEGORI INDIVIDU DATO’RONALD GAN YON GHOE Dato’ Ronald Gan Yong Hoe sentiasa memberikan sokongan padu dalam usaha mengembangkan dan memperkaya bahasa Melayu, antaranya termasuklah menjadi ahli panel dalam program DBP; penggerak utama Program Pantun Peranakan Baba dan Nyonya Malaysia, Program “Persembahan Dondang Sayang”, “Main Wayang: Tak Disangka-sangka Cempedak Jadi Nangka”, dan “Pertandingan Rencah Rasa” bersempena dengan Festival Peranakan Malaysia. Beliau turut memberikan sumbangan sebagai ketua informan Bengkel Pengumpulan Data Leksikal Bahasa Peranakan Baba dan Nyonya, dan pakar rujuk Glosari Bahasa Peranakan Baba dan Nyonya. 7


Penerima KATEGORI INDIVIDU PROF. MADYA ROHAZARWATIBINTI ZUALLCOBLEY Prof. Madya. Dr. Rohazar Wati binti Zuallcobley banyak memberikan khidmat nasihat secara percuma berkaitan dengan hak cipta dan harta intelek kepada DBP. Beliau memberikan kerjasama sebagai ahli panel dalam penganjuran seminar dan forum hak cipta yang dianjurkan oleh DBP secara tahunan. Beliau juga memberikan khidmat nasihat secara percuma kepada pihak DBP berkaitan dengan kes tuntutan Mahkamah Tinggi terhadap DBP bagi pelanggaran hak cipta (kes Buku Teks Sejarah Tingkatan 4). Sumbangan beliau dalam khidmat nasihat dan perundangan berjaya menghasilkan Garis Panduan Pengurusan Hak Cipta DBP yang dapat membantu editor DBP menangani isu berkaitan dengan hak cipta dalam penerbitan buku dan bahan terbitan DBP. Khidmat nasihat yang diberikan adalah atas kapasiti beliau sebagai Pengerusi Tribunal Hak Cipta Sesi 2020-2023. 8


Penerima KATEGORI SEKTOR AWAM UNIVERSIITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan program digital adaptasi sumber primer DBP menerusi Pertandingan Inovasi Digital DBP – UTHM. Program tersebut melibatkan inovasi bahan pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahan terbitan DBP, iaitu lima judul buku terbitan DBP yang dimigrasikan kandungannya kepada bentuk realiti terimbuh dan permainan digital. UTHM juga sentiasa bekerjasama dengan DBP Wilayah Selatan dalam beberapa siri program dalam penyebaran bahasa dan persuratan Melayu. 9


10 Penerima KATEGORI SEKTOR AWAM UNIT DRAMA TV RTM Unit Drama TV RTM memberikan sumbangan dalam penghasilan telefilem dan drama bersiri hasil adaptasi karya sastera terbitan DBP, misalnya Jabat Erat-erat dan Pekan Kecil Kampung Terpencil. Unit Drama TV RTM juga giat memperkenalkan dan mempromosikan karya DBP dengan usaha sama pihak penyiaran RTM.


Penerima KATEGORI SEKTORSWASTA TAYLOR’S UNIVERSITY Taylor’s University sentiasa bekerjasama dengan DBP dalam acara kebahasaan, kesusasteraan, kebudayaan, dan kesenian. Universiti swasta ini menawarkan Modul Bahasa Melayu Komunikasi kepada pelajar antarabangsa walaupun bahasa pengantar universiti ini ialah bahasa Inggeris. 11


Penerima KATEGORI SEKTORSWASTA ASTRO RADIO Astro Radio menyediakan program SYOK Podcast ASTRO yang melibatkan program sohor kini dengan kaedah mengadaptasi sumber primer karya terbitan DBP. Antara karya yang disiarkan melalui SYOK Podcast ASTRO termasuklah Malam Pengantin, Hikayat Gegar Pagi dan Belang Harimau Besi. 12


Penerima KATEGORI PERSATUAN PERSATUAN STEM KEBANGSAAN Persatuan STEM Kebangsaan memberikan kerjasama yang baik kepada DBP melalui Program Cakna STEM dalam bahasa Melayu dan program kreatif serta apresiasi bahasa dan sastera. Antara program yang dijalankan termasuklah wacana, webinar, Canai Bahasa dan Sastera, Pertandingan Teater Forensik, dan Pertandingan Pemburuan Maya. 13


Penerima KATEGORI MEDIA ELEKTRONIK KUPIKUPIFM KUPIKUPIFM merupakan rakan sinergi DBP Cawangan Sabah yang memberikan sumbangan melalui Program “Bah, Berbalas Pantun Kita!”. KUPIKUPIFM menyediakan ruang bagi program berkenaan melalui Facebook. KUPIKUPIFM juga giat menghidupkan dan mempopularkan kegiatan kesusasteraan melalui media elektronik yang memberikan tumpuan terhadap generasi muda. 14


Penerima KATEGORI MEDIA CETAK SUARA SARAWAK Suara Sarawak ialah akhbar harian berbahasa Melayu yang muncul pada 1 Mac 2019. Sesuai dengan cogan kata “Bukan Sekadar Akhbar”, Suara Sarawak pantas berkembang, popular dan diterima dalam kalangan pembaca di Bumi Kenyalang. Suara Sarawak merupakan rakan sinergi DBP Cawangan Sarawak dalam menyampaikan berita dan kegiatan yang dilaksanakan di negeri Sarawak. 15


Burungserinditterbangmelayang, Terhentihinggap dirantingmati; Bukan ringgit dipandangorang, Tapimemandangbahasa dan budi. Sumber: Kumpulan Pantun Lisan Melayu: Kurik Kundi Merah Saga Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka 16


Pertandingan Mencipta Tema Hari Inovasi DBP telah memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada staf DBP yang melahirkan idea kreatif dan inovatif dalam mencipta tema Hari Inovasi serta menggalakkan persaingan yang sihat dalam kalangan staf dan memupuk semangat kerjasama dalam menyumbang idea. Hadiah PERTANDINGAN MENCIPTA TEMA HARI INOVASI DBP Hadiah Wang Tunai RM200.00 Sijil Penghargaan 17


Layang-layangterbangmelayang, Putustalisambungbenang; Siangmalamterbayang-bayang, Budibahasa terkenang-kenang. Sumber: Kumpulan Pantun Lisan Melayu: Kurik Kundi Merah Saga Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka 18


Penerima HADIAH PERTANDINGAN MENCIPTA TEMA HARI INOVASI DBP PUAN EZURA BINTI AS’AD AZAM Aspirasi MADANI MemacuInovasi Bagi tema yang tersebut, Perancang Bahasa daripada Unit Pengembangan Bahasa dan Sastera, DBP Cawangan Sabah ini menekankan aspirasi Malaysia MADANI yang menggabung jalin amalan sedia ada dengan kaedah yang baharu dan inovatif untuk diterapkan dalam pelaksanaan program atau kaedah kerja di DBP. DBP CAWANGAN SABAH 19


Bertanamcempedak di luarkota, Tumbuhrendangcondongke desa; Orang nan tidakmemandangharta, Tapimemandangbudibahasa. Sumber: Kumpulan Pantun Lisan Melayu: Kurik Kundi Merah Saga Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka 20


Anugerah Karyawan Inovatif DBP merupakan pengiktirafan yang diberikan kepada karyawan DBP yang memberikan sumbangan kepada pembangunan organisasi dalam pelbagai aspek khususnya kreativiti dan inovasi. Anugerah KARYAWAN INOVATIF DBP Hadiah Wang Tunai RM1000.00 Plak Sijil Penghargaan 21


Penerima ANUGERAH KARYAWAN INOVATIF DBP PUAN NUR ASYIKIN BINTI AHMAD ZAUZI Beliau pernah diwawancara dalam segmen “Syikin Zauzi: Mengangkat Tema Kemasyarakatan Melalui Skrip Drama Radio” dan menjadi penghias muka depan majalah Tunas Cipta, Januari 2023. Beliau juga menjadi hakim Pertandingan Bicara Buku Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada Jun 2022. Kejayaan terbesar dalam kerjaya penulisan beliau adalah apabila beliau dinobatkan sebagai penerima Anugerah Seri Angkasa bagi kategori Skrip Drama Radio Terbaik: Akhirnya Bahagia Meluruh yang disiarkan secara langsung di TV2. Susulan itu, beliau menulis beberapa skrip Drama Radio Khas bersempena dengan Hari Deepavali, Hari Wanita, Hari Nuzul al-Quran, dan Hari Raya Aidilfitri. Beliau turut menulis skrip untuk 15 episod sketsa radio Taman Angkasa. Selain itu, beliau turut menyumbang idea kreatif menulis teks pembuka dan penutup bagi drama audio bersiri Malam Pengantin terbitan ASTRO dan DBP. PUSAT DOKUMENTASI MELAYU (PDM) 23 Pustakawan yang menerajui Unit Khidmat Pengguna, Pusat Dokumentasi Melayu ini banyak memberikan sumbangan tenaga dan idea dalam pelaksanaan program gerakan membaca. Sebagai Ahli Kelab Penulis DBP, beliau banyak menyumbangkan buah fikiran dalam penulisan esei, artikel dalam majalah dan buku selain menjadi moderator dan panel.


24 Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022 ini juga terlibat secara aktif dalam Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Dasar dan Penyelidikan. Beliau memberikan komitmen penuh sebagai setiausaha kumpulan dalam menjalankan projek “Medan e-Dasar”. Selain itu, beliau turut menjadi Penolong Setiausaha PUSPANITA DBP bagi sesi 2021 -2023.


Anugerah Citra Karya DBP merupakan pengiktirafan yang diberikan kepada karya yang dihasilkan oleh karyawan DBP dalam bentuk penulisan ilmiah dan kreatif yang telah berjaya meningkatkan citra DBP dan memberikan impak kepada DBP untuk menyebarluaskan dan memartabatkan bahasa, sastera dan persuratan Melayu. Anugerah CITRA KARYA DBP Hadiah Wang Tunai RM1000.00 Plak Sijil Penghargaan 25


Penerima ANUGERAH CITRA KARYA DBP (KARYA KREATIF) ENCIK MOHD FAIZALBIN RUSRZERLI Cerita Lulu dan Lala yang dihasilkan oleh Perancang Bahasa daripada Bahagian Multimedia ini merupakan bahan bacaan berbentuk informatif berilustrasi khusus untuk kanak-kanak. Buku ini mengandungi elemen pendidikan sains alam sekitar yang berkaitan dengan serangga. Karya ini menyumbang ke arah pemartabatan bahasa Melayu kerana dinukilkan dalam bahasa Melayu selain turut dimuatkan dengan elemen teknologi kod QR sebagai bahan sampingan untuk pembaca mengikuti fakta yang berkaitan dengan serangga dalam format video. BAHAGIAN MULTIMEDIA 27


Karya ini amat sesuai dan relevan kepada pembaca sasarannya, iaitu kanak-kanak kerana aras bahasa yang sesuai dengan tahap umur dan penggunaan kosa kata yang dapat dipelajari oleh pembacanya. Nilai murni turut diselitkan sebagai penerapan moral dalam kalangan kanak-kanak di samping pembelajaran ilmu sains alam sekitar menerusi pendekatan didik hibur. Karya ini telah dipilih sebagai satu daripada judul yang dibincangkan dalam sesi wawancara semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 di Reruai DBP bagi slot “Sesi Bertemu Penulis BKR@Reruai DBP”. 28


Penerima ANUGERAH CITRA KARYA DBP (KARYA BUKAN KREATIF) ENCIK ABD KADIRBIN MOHD AYUB Editor Dewan Masyarakat ini yang pernah memenangi Anugerah Penulisan Rencana Cemerlang pada Malam Wartawan Malaysia 2019, mengangkat fungsi organisasi melalui cabang media dan kewartawanan khususnya dari segi laporan penyiasatan yang membongkar isu dan kisah di sebalik tabir yang tidak pernah diketahui oleh masyarakat. BAHAGIAN MAJALAH Rencana yang menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya ini, turut menyelitkan puisi khas dalam siri akhir rencana. Dewan Masyarakat, Oktober 2022 29


Rencana ini amat dekat di hati rakyat terutamanya khalayak pembaca, yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah, pembaca dewasa, ahli politik dan kerajaan kerana menyuntik elemen kesedaran agar perubahan drastik perlu dilakukan demi melihat insan terpinggir mendapat hak dan pembelaan yang sewajarnya. Dewan Masyarakat, Disember 2022 Dewan Masyarakat, November 2022 30


Anugerah Citra Program DBP merupakan pengiktirafan yang diberikan kepada program atau projek yang dinilai sebagai terbaik dan berjaya meningkatkan citra DBP dan memberikan impak dalam menyebarluaskan serta memartabatkan bahasa dan persuratan Melayu. Program atau projek yang dimaksudkan ialah produk dan perkhidmatan dalam bidang bahasa, sastera dan penerbitan. Anugerah CITRA PROGRAM DBP Hadiah Wang Tunai RM2000.00 Plak Sijil Penghargaan 31


Penerima ANUGERAH CITRA PROGRAM DBP BERSAHABAT DENGAN KAMUS DAN RODA KATA BERSAHABAT DENGAN KAMUS DI SABAH Program ini memenuhi kriteria inovasi berdasarkan impak pelaksanaan projek dan peningkatan citra DBP dalam menyebarluaskan dan memartabatkan bahasa. Program ini dilaksanakan menggunakan pendekatan didik hibur menerusi penggunaan roda kata dalam usaha memupuk minat masyarakat, terutamanya pelajar terhadap ilmu bahasa dan perkamusan. Selain itu, program ini berbentuk promosi dan berpotensi menjanakan pendapatan menerusi penjualan kamus terbitan DBP. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai agensi dan disesuaikan mengikut sasaran khalayak. BAHAGIAN PERKAMUSAN DBP CAWANGAN SABAH DAN 33


Kain berlipat dalamistana, Pakaian puteriraja kayangan; Sepatah nasihatilmu yangberguna, Secubitbudi jadikenangan. Sumber: Kumpulan Pantun Lisan Melayu: Kurik Kundi Merah Saga Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka 34


Anugerah Inovasi Ketua Pengarah DBP merupakan pengiktirafan kepada hasil inovasi yang telah dilaksanakan oleh Jabatan/Cawangan/Wilayah/Bahagian/Unit, khususnya dalam aspek penyampaian perkhidmatan serta peningkatan citra DBP. Anugerah INOVASIKETUA PENGARAH DBP Hadiah Wang Tunai RM3000.00 Plak Sijil Penghargaan 35


Penerima ANUGERAH INOVASIKETUA PENGARAH DBP Pembangunan portal daripada garapan idea dan menggunakan kepakaran dalaman (kerjasama Bahagian Peristilahan dan Leksikologi dengan Bahagian Sistem Maklumat) ini memenuhi kriteria inovasi, iaitu dari segi produk, proses, pemasaran dan citra organisasi. Penggunaan portal ini menjimatkan masa dan kos kerana portal ini boleh diakses tanpa batas fizikal dan masa. Melalui portal ini, kandungan istilah juga boleh dikemas kini menerusi medium digital dengan lebih mudah dan pantas. Inovasi yang dilaksanakan memberikan impak yang besar kepada masyarakat, meningkatkan imej DBP, dan berupaya menjanakan pendapatan kepada DBP pada masa akan datang. PORTAL DAFTARISTILAH INDUSTRI PERKHIDMATAN KEWANGAN EDISIKEDUA PORTALKAMUS FIZIK: NANOTEKNOLOGI PORTAL GLOSARI LINGUISTIKKORPUS INOVASI PENERBITAN: BAHAGIAN PERISTILAHAN DAN LEKSIKOLOGI 37


Setinggi-tinggiPenghargaan danTerimaKasih kepada YBPuanLimHuiYing Timbalan Menteri Pendidikan YBhg. Dato’ Dr. Mohd. Anuarbin HajiRethwan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP YBrs. Dr. HazamibinJahari Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka YBrs. Tuan Haji MdJoharibin Hasan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) YBrs. Encik Zulfabin Hamzah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) YBrs. Tuan HajiRazalibin Che Mat Pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidikan Pengarah-pengarah Jabatan, Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Unit, Semua AJK Induk dan AJK Pelaksana Majlis Hari Inovasi DBP 2023 Semua pihak yang menjayakan Majlis Hari Inovasi DBP 2023 38


ApiDariSuati Zaman... 39 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bahru, Johor sebagai sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran. Penubuhan DBP adalah untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang akan merdeka ketika itu. Pada peringkat awal, DBP mengorak usaha murninya di Bukit Timbalan, Johor Bahru. Hasil Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang berlangsung di Singapura dan Johor Bahru pada 16-21 September 1956, kerajaan telah menerima cadangan kongres yang mahu menamakan Balai Pustaka dengan nama Dewan Bahasa dan Pustaka. Di samping itu juga, DBP dinaikkan taraf sebagai badan yang mempunyai anggota lembaganya sendiri. Pada tahun 1957, DBP telah berpindah ke Kuala Lumpur dan ditempatkan di bekas wad sebuah hospital di Jalan Young. Perpindahan ini bagi memudahkan segala pelaksanaan tugasnya yang selaras dengan pengisytiharan bahasa Melayu, iaitu bahasa kebangsaan akan menjadi bahasa rasmi tunggal negara. Pada tahun 1959, DBP telah dinaikkan taraf menjadi sebuah badan berkanun melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959. Dengan penaikan taraf ini, DBP diberi kuasa autonomi, iaitu menggubal dasarnya yang khusus; menyusun program pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera; serta menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku secara kompetitif menurut prinsip dan amalan perusahaan dan profesion penerbitan. Pada 31 Januari 1962, DBP telah berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Lapangan Terbang Lama (sekarang Jalan Dewan Bahasa). Pada tahun 1977, DBP mengembangkan sayapnya ke Malaysia Timur dengan membuka dua pejabat di Kota Kinabalu, Sabah dan di Kuching, Sarawak. Ini diikuti pula dengan pembukaan empat pejabat DBP Wilayah Utara di Bukit Mertajam, Pulau Pinang (1999), Pejabat DBP Wilayah Timur di Kota Bharu, Kelantan (1999), Pejabat DBP Wilayah Selatan di Johor Bahru, Johor (2000) dan Pejabat DBP Wilayah Tengah di Kuala Lumpur (2011). Kini DBP beroperasi di bangunan baharu, iaitu Menara DBP. Bangunan yang mula dibina pada tahun 1977 ini siap pada tahun 2002. Bangunan lama DBP kini dikenali sebagai Wisma DBP.


Click to View FlipBook Version