PK07 – Pengurusan Mesyuarat PK 07/3 MINIT MESYUARAT KURIKULUM SEKOLAH KEBANGSAAN AYER ITAM KALI KEEMPAT SESI PERSEKOLAHAN 2023/2024 Tarikh : 5 Februari 2024 (Isnin) Masa : 1.10 Petang Tempat : Bilik Mesyuarat Sekolah Kebangsaan Ayer Itam Pengerusi : Pn. Rafi’ah binti Ismail Kehadiran(Bilangan) : 37/39 Turut Hadir (Jika ada): - KEHADIRAN : 1. Rafi’ah binti Ismail (Guru Besar) 2. Asmunie binti Asmat (PKP) 3. Rasida binti Abdul Wahab (PK HEM) 4. Nonila Binti Hj Jaffar (PKKO) 5. Mohd Husni bin Hj Mahamad (PK P. Khas) 6. Aminah binti Mohamed 7. Ammar bin Abd Aziz 8. Aqila binti Aziz 9. Bharathi A/P Pushppanathan 10. Buraidah binti Shukor 11. Hamiza binti Ismail 12. Kesawaartini A/P Sarkunan 13. Ku Mohd Hanifas bin Ku Ahmad 14. Lee Yeh Ching 15. Low Sin Yee 16. Muhaamad Hafidz bin Abdul Ghafoor 17. Nazeerah Banu binti Abdul Majid 18. Nor Hakim Aniq bin Nor Ali 19. Nor Helmee bin Shaharudin 20. Nor Izianti binti Arifin 21. Norihan binti Md Ishak 22. Nur Aini binti Sunar Too @ Ismail
PK07 – Pengurusan Mesyuarat 23. Nurul Sharianti binti Mohd Shahuri 24. Parimila Devi A/P Thangamoney 25. Rohaizan binti Omar 26. Rozhanishah binti Ab. Rahman 27. Rusmawi bin Mansor 28. Sha’aban bin Shaik Mydin 29. Shanmugasundary A/P Irulay Pillai 30. Siti Ami Nadiah binti Zakaria 31. Siti Dzu Hafizah Binti Baharuddin 32. Suraya binti Omar 33. Tan Kai Chur 34. Tan Wei Hui 35. Tan Wei Wei 36. Zoraini binti Masandal TIDAK HADIR (BERSEBAB) : 1. Hema Malini A/P Nadarasa (Cuti Bersalin) 2. Noor Afifah Binti Haman (Cuti Bersalin) 3. Ng Pei Lin (Cuti Sakit) AGENDA : 1. Ucapan Pengerusi 2. Pengesahan Minit Mesyuarat 3. Perkara Berbangkit 4. Pengurusan Panitia 5. Buku Latihan Murid 6. Guru Kelas 2024/2025 7. Hal-hal Lain 8. Penutup 1.0 Ucapan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru dalam Mesyuarat Kurikulum kali keempat ini.
PK07 – Pengurusan Mesyuarat 2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat 2.1 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu. Disahkan oleh : En. Sha’aban bin Shaik Mydin Disokong oleh : En. Ammar bin Abd Aziz 3.0 Perkara Berbangkit 3.1 Semua guru diingatkan supaya menghantar kertas soalan yang telah disemak dan diletakkan di dalam bilik Pk Pentadbiran untuk dihantar ke kitar semula. 3.2. Guru-guru yang mohon pindah perlu menyemak semula maklumat e-operasi bagi memudahkan permohonan supaya tiada pertindihan maklumat peribadi dan sebagainya. 3.3 Pengerusi mengingatkan semua guru agar peka berkaitan penghantaran e-prema terutama pada hari akhir persekolahan. Semua guru dan guru pelatih diminta menghantar e-prema masing-masing pada hari Khamis selewat-lewatnya pukul 5 petang (8 Februari 2024). (Makluman dan Tindakan : Semua guru) 4.0 Pengurusan Panitia 4.1 Ketua Panitia diminta menghantar Pelan Strategik, Pelan Operasi, laporan dan minit mesyuarat panitia. Mesyuarat panitia mestilah selesai dijalankan sekurang-kurangnya 4 kali setahun. 4.2 Pengerusi juga mengingatkan supaya PSO dapat dihantar segera untuk dimasukkan dalam takwim tahunan. (PSO dalam bentuk landskap) 4.3 Fail panitia juga perlu dikemaskini untuk Pk Pentadbiran membuat semakan. 4.4 Ketua Panitia perlu memastikan semua markah UASA 2024/2025 telah dihantar oleh semua guru subjek dan serahkan 1 salinan kepada Pk Pentadbiran untuk simpanan.
PK07 – Pengurusan Mesyuarat (Tindakan : Ketua Panitia) 5.0 Buku Aktiviti / Buku Latihan Murid 5.1 Guru perlu memastikan buku latihan telah disemak dan diserahkan semula kepada semua murid. 5.2 Pengerusi mengingatkan guru-guru agar meneliti setiap latihan yang dibuat murid serta memastikan buku sentiasa disemak agar tiada isu daripada pihak ibu bapa. (Makluman dan tindakan : Semua guru) 6.0 Guru Kelas 2024/2025 6.1 Pengerusi memakluman bahawa senarai guru kelas dan guru pendamping akan dimaklumkan dengan segera supaya guru-guru dapat bersedia lebih awal. 6.2 Pengerusi berharap agar semua guru dapat memberikan kerjasama dengan baik bagi sesi persekolahan 2024/2025 nanti. 6.3 Pengerusi memaklumkan pertambahan kelas akan berlaku pada tahun ini di aliran perdana iaitu kelas tahun 6. Dengan pertambahan kelas ini juga akan bertambah seorang guru kelas dan seorang guru pendamping. 6.4 Setiap kelas bagi sesi persekolahan 2024/2025 juga akan diterapkan sebagai kelas bertema. Guru kelas boleh memilih warna bertema masing-masing. Setiap warna yang dipilih mestilah berlainan diantara kelas yang lain. 6.5 Guru kelas dan guru pendamping juga perlu akur dengan tanggungjawab dan tugasan masing-masing. (Makluman dan tindakan : Semua guru terlibat)
PK07 – Pengurusan Mesyuarat 7.0 Budaya Tutup Sekolah 7.1 Guru perlu mengambil Buku Budaya Tutup Sekolah daripada Pk Pentadbiran dan pastikan semua guru telah menyiapkan tugasan sebelum bercuti dan diserahkan semula kepada beliau. 7.2 Pastikan alamat semasa bercuti yang ditulis di dalam buku rekod cuti adalah betul dan tepat. 7.2 Guru turut diingatkan supaya percutian di luar negara juga perlu melalui prosuder yang betul. (Makluman dan tindakan : Semua guru) 8.0 Hal-hal Lain 8.1 Pengerusi mengingatkan guru agar sentiasa peka dengan maklumat yang diberikan di dalam telegram Rasmi Sekolah agar tiada berlakunya keciciran maklumat semasa bercuti. 8.2 Pergerakan guru berpindah kan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Terutama kepada guru yang melebihi tahun perkhidmatan di sekolah semasa. 8.3 Pengerusi juga memakluman bahawa Mesyuarat Guru, mesyuarat Kurikulum dan perlantikan AJK Bakes yang baharu akan diadakan pada 6 Mac 2024. Mesyuarat Hal Ehwal Murid, Ko-kurikulum dan PPKi iaitu pada 7 Mac 2024. Manakala Orientasi Prasekolah pula akan dijalankan pada tarikh 8 Mac 2024. Diharap semua guru dapat turut hadir kecuali dengan sebab yang tidak dapat dielakkan. (Makluman dan tindakan : Semua guru) 9.0 Penutup
PK07 – Pengurusan Mesyuarat Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru dan berharap agar semua warga SKAI dapat bersama-sama membantu pihak pentadbir dalam pengurusan sekolah yang lebih baik bagi sesi akan datang tahun 2024/2025. (Makluman : Semua guru dan kakitangan SKAI) Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2:30 petang. Disediakan oleh, URUS SETIA Mesyuarat Kurikulum 4 / 2023/2024 Tarikh : 6 Februari 2024