The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PEMUPUKAN SEMANGAT PATRIOTISME MELALUI PRINSIP RUKUN NEGARA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alliyhbtrsya, 2023-12-05 09:31:03

PEMUPUKAN SEMANGAT PATRIOTISME MELALUI PRINSIP RUKUN NEGARA

PEMUPUKAN SEMANGAT PATRIOTISME MELALUI PRINSIP RUKUN NEGARA

4 DI SEMB ER 2 0 2 3 ETIKA & PERADABAN


0 Penghargaan 1 02 Pengenalan 03 Objektif Kepentingan Semangat Patriotisme 0 dan Prinsip Rukun Negara 5 Pemupukan Semangat Patriotisme 06 melalui Prinsip Rukun Negara 07 Kesimpulan 04 08 Definisi Semangat Patriotisme dan Prinsip Rukun Negara Rujukan 09 Lampiran


Assalamualaikum dan salam sejahtera, Bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnia-Nya saya diberikan kesempatan untuk menyiapkan tugasan e folio dengan dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Setelah berpenat lelah untuk mengkaji, meneroka dan merujuk pelbagai bahan rujukan bagi menajamkan pemahaman kami dalam mengenal pasti tajuk yang kami perlu bentangkan sebagai e folio, akhirnya kami telah berjaya menghasilkan sebuah e folio yang kami anggap berbaloi dengan hasil usaha yang kami telah terapkan sepanjang melakukan tugasan e folio ini. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Siti Zaharah kerana banyak membantu kami dalam memberikan idea dan mengajar kami cara untuk mengolah ayat supaya menjadi ayat yang sempurna dan mengikut prosedur yang telah diberikan. Segala input yang telah diberikan amatlah berguna dan telah banyak membantu kami dalam menyiapkan tugasan e folio ini. Tanpa dorongan dan panduan Puan, pasti tidak lengkaplah tugasan e folio ini. Akhir sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan rakan kami. Hasil daripada perbincangan dan kolaborasi yang kami lakukan, sedikit sebanyak telah memberikan input yang sangat berguna bagi menyiapkan tugasan e folio ini. Ribuan terima kasih juga kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan tugasan e folio ini.


Patriotisme terbentuk daripada kata Yunani, iaitu Peter yang bermaksud bapa dan patris yang bermaksud tanah. Apabila kedua-dua perkataan tersebut digabungkan, maka muncullah maksud kecintaan kepada tanah air. Menurut kamus Webster, patriotisme ialah "the devoted love, support and defence of one ' s country ". Patriotisme adalah satu perkara yang amat penting kepada rakyat setiap negara. Ia bukan sekadar luahan perasaan tetapi menuntut kepada penghayatan oleh setiap warganegara.Patriotisme juga bukan sekadar semangat, tetapi ia merupakan sesuatu yang agung melibatkan soal keyakinan, kesetiaan, kewarganegaraan, keberanian, kemerdekaan, jati diri dan kedaulatan. Rukun negara merupakan ideologi kebangsaan Malaysia yang diperkenalkan secara rasmi pada 31 Ogos 1970. Rukun Negara bertujuan untuk membentuk keperibadian rakyat negara ini sebagai bangsa Malaysia yang bersatu padu. Dengan adanya rukun negara ini dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera selama-lamanya. Namun pada masa kini, prinsip rukun negara makin terpinggir dan dilupakan oleh masyarakat kita terutamanya dalam kalangan generasi muda. Oleh itu, kepentingan penghayatan Rukun Negara dan pelbagai langkah yang efektif untuk memupuk kesedaran rakyat Malaysia dalam menghayati prinsip-prinsip rukun negara akan dibincangkan.


Objektif tugasan e folio ini dihasilkan adalah untuk membahaskan hal tentang hubungan prinsip rukun negara dan semangat patriotisme yang dapat membantu dalam mengubah persepsi masyarakat tentang cara bagimana semangat patriostisme itu sendiri dapat terbina melalui prinsip rukun negara. Di antaranya ialah, dalam e folio ini kami akan membentangkan maksud semangat patriotisme dan prinsip rukun negara dengan lebih jelas dan terperinci supaya pembaca dapat memahami konsep tentang semangat patriostisme dan prinsip rukun negara. Selain itu, dalam e folio ini juga kami akan menerangkan tentang cara pemupukan Semangat Patriotisme melalui prinsip Rukun Negara. Dengan ini, info yang akan disampaikan tentang semangat patriotisme melalui prinsip rukun negara dapat difahami dengan lebih jelas. Di samping itu, dengan e folio ini juga kami akan menerangkan cara bagimana rukun negara dapat memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.


Semangat Patriotisme merupakan semangat cinta akan negara, sanggup berjuang dan berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara dan sedia berkhidmat demi kemakmuran. Patriotisme juga meliputi sikap-sikap seperti; bangga dengan pencapaian negara, kehendak untuk memelihara ciriciri bangsa dan dasar budayanya, dan identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam bangsa. Patriotisme juga sangat berkait rapat dengan nasionalisme dan istilah-istilah yang digunakan pada elemen patriotisme ini juga seakan-akan bersinonim dengan nasionalisme. Patriotisme terbahagi kepada dua jenis, iaitu: Patriotisme peribadi Patriotisme peribadi ialah pilihan seseorang individu yang sanggup memberikan kehormatan dan jiwa mereka secara sukarela. Sebagai contoh, Zaidimemacakkan bendera Malaysia di setiap sudut rumah bagi menunjukkan perasaan cinta dan bangga kerana menjadi anak Malaysia. Patriotisme rasmi Patriotisme rasmi pula merupakan simbolik dan istiadat yang telah dipupuk oleh kerajaan dalam melahirkan individu yang cinta akan negara. Patriotisme ini adalah kepentingan logik negeri itu sendiri yang memperoleh kesahan dari menjadi penyataan kebaikan bersama komuniti politik. Salah satu contoh-contoh tipikal yang dapat menjelaskan tentang patriotisme ialah Tugu Negara dan Hari Bekas Perajurit Negara dan Upacara Peringatan. Selalunya, patriostisme rasmi ini diatur oleh protokol dengan kaedah-kaedah tertentu bagi mengendalikan bendera atau penunjukan kesetiaan tertentu. Sebagai contoh, tugu negara telah dibina di ibu negara Kuala Lumpur sebagai tanda peringatan dan penghormatan kepada pahlawan-pahlawan negara yang telah berjuang demi mempertahankan negara. 04 Definisi Semangat Patriotisme Semangat Patriotisme


Definisi Prinsip Rukun Negara Prinsip rukun negara merupakan salah satu identiti negara yang termaktub di dalam perlembagaan negara. Berteraskan 5 prinsip rukun negara, ia menjadi asas kepada pembangunan negara yang berprinsip. Setiap prinsip rukun negara mempunyai definisi tersendiri. Kepercayaan kepada Tuhan Agama islam merupakan agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu, tetapi agama dan kepercayaan yang berbeza wujud melalui kepelbagaian kaum dan bangsa. Kepercayaan yang kukuh kepada tuhan yang maha berkuasa yang menciptakan seluruh alam semesta telah mewujudkan bangsa yang bersatu dan keharmonian dan kemajuan negara yang dapat dicapai dengan baik. Kesetiaan kepada Raja dan Negara Negara kita mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Manakala diperingkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. Keluhuran Perlembagaan Perlembagaan yang terdapat di negara kita adalah Perlembagaan Persekutuan. Merupakan satu undang-undang bertulis tertinggi. Perlembagaan menjadi rujukan dari segala aspek kehidupan yang melibatkan sistem pemerintahan, hak-hak dan keistimewaan sebagai warganegara, perundangan dan sosioekonomi rakyat. Kedaulatan Undang-Undang Diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Undang-undang negara adalah berasaskan kepada perlembagaan. Kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan kerana undang-undang adalah sangat penting bagi melahirkan rakyat yang berdisiplin dan mempunyai wawasan serta halatuju. Kesopanan dan Kesusilaan Menekankan perkembangn personaliti yang baik dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya adalah untuk membentuk setiap individu bersikap sopan santun dan bersusila sesama masyarakat. Prinsip Rukun Negara


Semangat Patriotisme telah menjadi salah satu keutamaan yang perlu ada di dalam diri setiap individu. Semangat patriostime yang ada di dalam diri seseorang bukan sahaja dapat memberikan impak yang baik terhadap diri seseorang malah mampu mendorong kepada kemajuan negara. Ini kerana semangat patriotisme ini mampu melahirkan seseorang individu yang berpegang teguh kepada semangat cinta akan negara. Ia juga membantu dalam memupuk perpaduan kaum. Sebagai contoh, orang Melayu menghormati kaum berlainan agama dan bangsa iaitu dari segi pemakaian, etika, adab dan sebagainya. Suasana yang harmoni antara kaum juga dapat diwujudkan dengan adanya semangat patriotisme kerana dapat mengurangkan berlakunya persengketaan antara kaum. Impllikasinya, rakyat akan lebih kuat dan bersatu padu dalam apa jua situasi yang berlaku dalam negara. Di samping itu, semangat patriotisme juga sangat penting untuk dijadikna contoh kepada generasi akan datang. Ini kerana, generasi muda khususnya yang lahir selepas kemerdekaan kurang memahami akan kepentingan semangat patriotisme. Semangat patriotisme yang wujud secara dari generasi ke generasi baru mampu mengelakkan ramai generasi akan datang dari terlibat dalam gejala sosial dan vandalisme. Patriotisme bukan sahaja merupakan semangat malah ia juga merupakan simbolik nadi kepada kebebasan, kemakmuran, kemerdekaan dan kestabilan negara. Ia juga mampu memupuk dan mengekalkan semangat cinta akan negara dalam diri sesorang.


Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam rukun negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia. Namun, mengapa Rukun Negara perlu diterapkan kepada generasi muda kita. Antara objektifnya adalah memberi pendedahan kepada generasi muda agar dapat menghayati prinsip Rukun Negara supaya membentuk keperibadian diri yang berdisiplin serta bersatu padu sesama bangsa di Malaysia. Kewujudan Prinsip Rukun Negara memberi impak yang positif terhadap masyarakat. Meningkatkan sikap perilakuan yang baik dan positif melalui prinsip rukun negara serta dapat mewujudkan masyarakat yang berjiwa patriotik. Hal ini dapat dijelaskan berdasarkan sikap masyarakat yang menjiwai dan memahami akan peristiwa yang berlaku pada 13 Mei 1969. Seterusnya, Rukun Negara dapat melahirkan masyarakat yang patuh pada undang-undang dan peraturan negara. Ia dapat menjamin kedaulatan negara serta menjamin ketaatan rakyat kepada pemerintah serta membentuk keperibadian yang berdisiplin. Selain itu, Rukun Negara melahirkan masyarakat yang patuh dan taat kepada tuhan dan agama masing-masing. Ia dapat membentuk rakyat yang sentiasa bersyukur akan segala nikmat yang telah dikurniakan. Rukun Negara juga membina masyarakat yang progresif dan saintifik, bergerak maju mencapai kemajuan serta mengawal secara teratur dan sistematik.


Patriotisme dalam kalangan masyarakat perlulah selari dengan penghayatan prinsip Rukun Negara. Kita semua tahu bahawa semangat patriotisme adalah penting untuk memastikan generasi akan datang terus memelihara dan menghargai nikmat kemerdekaan. Jadi, semangat ini seharuslah diterapkan dalam jiwa dan raga setiap individu yang lahir di negara Malaysia supaya mereka tahu menilai dan menghargai nikmat kemerdekaan yang dikecapi hingga kini. Prinsip Rukun Negara telah memupuk semangat patriotisme masyarakat di negara kita melalui pelbagai keadaan dan situasi selari dengan penghayatan prinsip Rukun Negara untuk melahirkan warganegara yang berupaya memacu masa depan negara yang lebih gemilang. Prinsip dalam Rukun Negara jelas kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kestabilan Malaysia, menyemai nilai murni dalam kalangan masyarakat, nilai keagamaan, kesetiaan kepada Raja dan Negara, kepatuhan dan ketaatan terhadap perlembagaan dan undang-undang serta masyarakat yang sopan dan bertatasusila. Masyarakat perlulah memahami setiap baris Prinsip Rukun Negara kerana nilainya terselit pada setiap satu prinsip. Semangat patriotisme bergantung kepada prinsip rukun negara melalui penghayatan dan kefahaman erti rukun negara.


Kesimpulannya, semua pihak mempunyai pegangan peranan masing-masing untuk memastikan Prinsip Rukun Negara dapat memupuk semangat patriotisme. Ibu bapa berperanan penting untuk memastikan anak-anak di didik sejak dari kecil akan setiap makna rukun negara dan menerapkan perasaan patriotisme dalam diri mereka iaitu perasaan cinta yang mendalam terhadap negara. Seterusnya, pihak sekolah berperanan untuk mendedahkan dan menitikberatkan tentang kepentingan prinsip rukun negara. Sebagai contoh mengadakan kempen kesedaran atau mengadakan program berkenaan dengan prinsip rukun negara dan semangat patriotisme yang melibatkan pelajar untuk sertai. Seterusnya adalah pihak kerajaan. Pihak kerajaan amatlah berperanan penting kepada masyarakat. Pihak kerajaan perlulah memantapkan lagi program kesedaran awam serta memperkasa dalam bidang pendidikan iaitu melalui mewajibkan pelajar sekolah mengambil subjeksejarah sebagai subjek wajib dipelajari. Selain itu mengetatkan undang-undang atas masyarakat yang tidak mengambil kisah akan prinsip rukun negara. Setiap individu mempunyai peranan yang tersendiri untuk meningkat semangat patriotisme melalui prinsip rukun negara.


- https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Rukun_Negara - https://anyflip.com/elira/ubat/basic#google_vignette - https://www.sinarharian.com.my/article/99031/khas/pendapat/patriotisme-bukansekadar-semangat - https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/08/725822/rukun-negara-wadahbentuk-masyarakat-berpandangan-jauh 1 3 4 2


09 Lampiran


-AL IA H & N ATAS H A


Click to View FlipBook Version