The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Log Pengakap Wahieda

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by giselle kim, 2024-04-23 09:26:57

Buku Log Pengakap

Buku Log Pengakap Wahieda

NAMA UNIT NO ANGKA GILIRAN AMBILAN NUR WAHIEDA BINTI OSMAN BAHASA MELAYU 2 2021102340267 PISMP JUN 2022/2026 BUKU LOG PENGAKAP 2024 BUKU LOG PENGAKAP 2024


Biodata Nama : Nur Wahieda Binti Osman Unit: 5 Pismp Bahasa Melayu 2 Angka Giliran: 2021102340267


Maklumat Unit Beruniform Pengakap Maklumat Unit Beruniform Pengakap


Prinsip dan penubuhan pengakap Definisi Pengakap: Pergerakan Peengakap diertikan sebagai pergerakan sukarela, bebas daripada politik untuk melatih generasi muda, terbuka kepada semua tanpa mengira asal usul, bangsa dan kepercayaan agama selaras dengan prinsip dan kaedah yang diilhamkan oleh pengasasnya. Matlamat: Melatih generasi muda bagi melahirkan individu yangberpotensi dari segi fizikal, intelek, sosial dan rohani serta tanggungjawabterhadap masyarakatnya, negaranya dan seterusnya masyarakatantarabangsa. Prinsip Pengakap: 1.Kepercayaan kepada Tuhan. 2.Tanggungjawab kepada masyarakat dan negara. 3.Perkhidmatan kepada diri sendiri.


MaklumatPengakap Maksud logo pengakap 3 kelopak membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap (Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa menurut undang-undang Pengakap) Bintang pecah lima = undang-undang Pengakap yang sepuluh Ikatan hijau = Persausaraan Pengakap Bintang pecah 14 = Kesemua negeri dalam Malaysia Lingkaran tali = Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia Warna kuning pada bulan sabit dan bintang = warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Warna kuning = unit Pengakap Kanak-kanak Warna hijau = unit Pengakap Muda Warna meraj = unit Pengakap Remaja Logo Pengakap Bendera PENGAKAP


Pengakap Kanak-kanak Pengakap Remaja Pengakap Muda Umur : 8 tahun - 13 tahun Buat habis baik Umur : 12 tahun - 16 tahun Selalu sedia Umur : 15 tahun - 18 tahun Pandang Luas COGAN KATA


BAHAWA DENGAN SESUNGGUHNYA SAYA BERJANJI DAN BERSEDIA YANG SAYA DENGAN SEBERAPA DAYA UPAYA SAYA AKAN YAAT KEPADA TUHAN, RAJA DAN NEGARA MENOLONG ORANG PADA SETIAP MASA MENURUT UNDANG-UNDANG PENGAKAP Persetiaan Pengakap


Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama Menolong orang setia masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan negara Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, Pengakap Malaysia Lagu Pengakap Malaysia


Perlembangaan Pengakap Perlembangaan Pengakap


Perlembagaan pertubuhan pengakap Peraturan 1: Nama dan alamat Persatuan ini adalah dikenali dengan nama Pertubuhan Pengakap IPG Kampus Sutan Mizan. Alamat yang didaftarkan bagi persatuan ini adalah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan. Peraturan 2: Tujuan penubuhan Untuk melatih dan menonjolkan bakat kepimpinan. Untuk membantu program peningkatan kurikulum, motivasi dan mengurangkan masalah disiplin murid. Memberi peluang murid mengambil bahagian secara aktif melalui aktiviti yang disediakan. Peraturan 3: Keahlian Ahli persatuan ini adalah terdiri daripada pelajar IPG Kampus Sultan Mizan. Pemilihan ahli dibuat berdasarkan minat dan bakat pelajar pada awal tahun. Guru penasihat boleh mempengaruhi murid bagi tujuan menambah bilangan ahli persatuan. Peraturan 4:Tanggungjawab dan hak ahli Setiap ahli bertanggungjawab untuk menghadiri mesyuarat dan mengambil bahagian dalam semua aktiviti persatuan. Setiap ahli juga berhak untuk bersuara, memilih dan dilantik memegang sebarang jawatan dalam persatuan.


Perlembagaan pertubuhan pengakap Peraturan 5: Mensyuarat Satu mesyuarat agung perlu diadakan dalam perjumpaan pertama iaitu pada awal tahun untuk: memilih ahli Jawatan Kuasa persatuan kewangan ucapan penangguhan adangan-cadangan Ahli Jawatan Kuasa adalah terdiri daripada: i. Pengerusi ii. Setiausaha iii. Bendahari Mesyuarat AJK perlu diadakan dua kali setahun iaitu pada awal tahun dan pada akhir tahun berkenaan. Mesyuarat kali pertama akan memberi tumpuan untuk merancang aktiviti tahunan persatuan. Korum-korum bagi mesyuarat agung hendaklah sebanyak 2/3 daripada jumlah keseluruhan ahli. Korum bagi mesyuarat AJK hendaklah sebanyak 2/3 daripada bilangan ahli-ahli jawatankuasa.


Perlembagaan pertubuhan pengakap Peraturan 6: Tugas Pegawai atau AJK persatuan Pengerusi Menjadi pengerusi mesyuaraat, bertanggungjawab untuk memastikan segala mesyuarat dan aktiviti dijalankan mengikut perlembagaan. Setiausaha Menjalankan urusan persatuan mengikut perlembagaan, menyimpan minit dan surat, menulis laporan mingguan, menyimpan segala rekod dan menyediakan laporan tahunan persatuan. Bendahari Bertanggungjawab dalam hal kutippan kewangan persatuan, apabila ada kutipan berlaku beliau perlu menyerahkan wang dan senarai nama ahli terlibat kepada Guru Penasihat. Peraturan 7: Punca Kewangan Kewangan persatuan ini diperolehi melalui : i. Wang SUWA (Kokurikulum). ii. Sumbangan IPGM. iii. Derma daripada ahli dan orang ramai. Semua kutipan dan perbelanjaan wang untuk sebarang aktiviti persatuan perlu mendapat kelulusan pihak pentadbir sekolah dan rekod perbelanjaan mesti disediakan.


Perlembagaan pertubuhan pengakap Peraturan 8: Pindaan Perlembagaan Peratuan Perlembagaan persatuan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung. Perubahan atau pindaan itu hanya berkuatkuasa setelah mendapat persetujuan Pengarah IPGKSM. Peraturan 9: Tafsiran Sekiranya timbul sesuatu yang tidak jelas mengenai tafsiran dalam perlembagaan ini, perkara itu hendaklah dirujukkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa. Keputusan Jawatankuasa mengenai perkara itu adalah muktamad. Peraturan 10: Pembubaran Pengarah diberikuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.


UndangUndang Pengakap UndangUndang Pengakap


Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya (Dipercayai). 1. Pengakap adalah seorang yang taat kepada yang Dipertuan Agong serta Raja-Raja dan kepada pemimpin-pemimpin pengakap, ibubapa, majikannya dan orang-orang bawahannya (Taat). 2. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa (Berguna). 3. Pengakap adalah bersahabat kepada sekelian orang dan bersaudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agama sekalipun (Bersaudara). 4. Pengakap adalah baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi (Berbudi). 5. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang (Kasihkan Binatang). 6. Pengakap adalah seorang yang menurut perintah dan suruhan ibubapanya, ketua patrolnya atau pemimpinpemimpin pengakapnya dengan tiada bantahan (Menurut Perintah). 7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya di masa susah (Tabah Hati). 8. 9.Pengakap adalah jimat dan cermat (Berjimat). Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya danperbuatannya (Suci fikiran, perkataan dan perbuatan). 10. Undang-Undang Pengakap Undang-Undang Pengakap


Sejarah Pengakap Sejarah Pengakap


Pengakap Dunia mula diperkenalkan di Pulau Brownsea, England pada tahun 1907. Aktiviti pertama yang dilakukan ialah perkhemahan kanak-kanak lelaki. Penganjur perkhemahan ini iaitu Robert Stephenson Smith Baden Powell yang merupakan bekas Mejar tentera British, telah memberi pelbagai jenis idea dan pengalaman beliau kepada kanak-kanak melalui buku yang ditulis olehnya iaitu “Scouting For Boys ”. Hal ini menyebabkan ramai masyarakat daripada Eropah, Asia dan Amerika tertarik dengan pergerakan pengakap. Pada tahun 1020, satu Jambori Pengakap Dunia telah diadakan di Olympia, London yang menyebabkan Robert telah dilantik sebagai ketua pengakap dunia yang pertama. Dengan pangkat tersebut, pihak British menganugerahkan“Lord Baden Of Gillwell” Sejarah Pengakap Dunia Robert Stephenson Smith Baden Powell


Pergerakan Pengakap Malaysia bermula apabila seorang peneroka British iaitu F.C Sands ingin memulakan pergerakan pengakap pada tahun 1910 di Singapura. Beliau turut membuat percubaan di Pulau Pinang (1908) dan Selangor (1909) namun gagal. Seterusnya, Pengakap untuk kanak-kanak Melayu telah diasaskan oleh N.M Hashim dan En. A.Z. Alsagoff pada tahun 1919. Dengan itu negeri Melayu pertama yang memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang oleh (G.M. Laidlow). Namun perkara itu tidak panjang selepas pengasasnya meninggal dunia. Turutan penyebaran Pergerakan Pengakap di Malaysia: F.C Sands di Singapura ( 1910 ) H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 ) I.R Wheeler di Perak ( 1926 ) E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922) R. Brunnston di Melaka ( 1925 ) Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 ) Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 ) A.J Cracle di Terengganu ( 1926 ) Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 ) Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 ) Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913) Sarawak ( 1915 ) Sejarah Pengakap Malaysia


TujuanPenubuhan Pengakap Membimbing golongan remaja yang seimbang dari segi JERI Memupuk semangat Memupuk remaja yang bertanggungjawab terhadap masyarakat, negara dan masyarakat antarabangsa Mengasuh cara pemikiran melalui pendidikan tidak formal


Istiadat Rasmi Pengakap Istiadat Rasmi Pengakap


Kedudukan Peserta : Dalam Bulatan Jurulatih : Sebaris di belakang tiang bendera, mengadap peserta, Ketua berada di sebelah kanan dan jurulatih bertugas di sebelah kiri ketua Bendera : Sudah bergulung dan terikat di puncak tiang Istiadat Mengibarkan Bendera


Perjalanan Upacara Peserta menyusun kedudukan dan menunggu kedatangan ketua dan jurulatih 1. 2.Petugas berdiri di tengah-tengah Bila jurulatih masuk (perintah) “baris sedia” , bila semua jurulatih sudah sedia, barulah petugas mulakan upacara 3. Petugas : (Mara ke hadapan memberi hormat) Assalamualaikum tuan, PEK sudah siap untuk memulakan acara 4. Istiadat Mengibarkan Bendera


Petugas : (Beri hormat, pusing belakang - bergerak ke tempat asal Petugas : (Beri arahan) Bendera Petugas : (Bergerak menghadap bendera) Pengibar bendera terus tarik tali bendera Peserta hormat bendera sebaik sahaja tali bendera ditarik, Pengibar bendera dengan segera langkah ke belakang dan hormat dan PKK yang lain ikut hormat bendera Petugas : “Negara ku ” - semua menyanyi Istiadat Mengibarkan Bendera


Petugas : (perintah) “Doa” - isyarat “Ap” Pembaca doa langkah selangkah ke hadapan dan terus membaca doa menadah tangan aras bahu, bukan muslim tunduk pandang hujung kaki isyarat “Ap” untuk menurunkan tangan dalam kedudukan sedia Petugas : “Persetiaan” - isyarat “Ap” Petugas terus angkat tangan, diikuti oleh semua dan lafaz persetiaan Petugas : Bila selesai persetiaan, petugas bergerak ke hadapan ketua - hormat - lapor “Istiadat selesai - majlis diserahkan kepada tuan” - pusing ke belakang (bergerak) mengambil tempat dalam barisan (sebelah tiang bendera) - perintah “Baris senang diri” Jurulatih bertugas : mulakan tugas Petugas : “Jurulatih, jurulatih sedia” “Keluar baris” Istiadat Mengibarkan Bendera


Kedudukan Peserta : Dalam bulatan Jurulatih : Sedia di belakang tiang bendera menghadap peserta Istiadat menurunkan bendera


Petugas : (Beri arahan) “PEK ! Sedia ” Petugas : (Beri arahan) “Bendera ” semua menghadap bendera, dua orang PKK berjalan ke arah tiang bendera, berhenti, bersedia di hadapan tiang bendera, seorang dari PKK menurunkan bendera dan seorang lagi mengawal dengan cermat supaya jangan ada bahagian bendera tercecah ke tanah dan menyangkutkan bendera ke bahu, Kedua PKK tadi melipat bendera Petugas : (Beri arahan) “Serahkan bendera kepada ketua ” PKK bergerak (arahan) “Ap ” kedua PKK berpusing ke kanan, seorang balik ke dalam sekawan, seorang lagi (pemegang bendera) bergerak menghadap ketua, beri hormat dan serahkan bendera - selangkah ke belakang - hormat, balik ke sekawan Petugas : (beri arahan) “Doa ” - “Ap ” - angkat tangan. Pembaca doa selangkah ke hadapan dan terus membaca doa “Ap ” - turun tangan Petugas : (beri arahan) “PEK ! Bersurai” Istiadat menurunkan bendera


Akela berteriak PEK ! ( bermaksud PKK berhenti, diam dan dengar arahan seterusnya dalam keadaan sedia). 1. Akela berteriak PEK ! PEK ! PEK ! lalu melebarkan kedua tangan separas bahu yang menunjukkan isyarat untuk membentuk bulatan kecil. 2. Sambil berteriak PEEEEK, PKK berlari menghampiri Akela lalu membentuk bulatan mengelilingi Akela mengikut sekawan. Akela mendepa tangan dan PKK pula berpegangan tangan. 3. Akela angkat tangan tinggi sedikit. PKK mengangkat tumit. Akela menurunkan tangan rapat ke peha, PKK segera melepaskan pegangan sesama mereka lalu duduk mencangkung rapat manakala tangan berada di sisi luar kedua belah peha lalu berteriak ‘ AKELA, KITA BUAT HABIS BAIK “. Sebaik sahaja menyebut BAIK, PKK terus berdiri dlm keadaan sedia menghadap Akela. 4. Petugas dari sekawan bertugas memberi hormat kepada Akela dan mencabar sambil berteriak ” KAMU BUAT HABIS BAIK ” (intonasi menyoal). PKK yang membalas hormat sambil menjawab ” KAMI BUAT HABIS BAIK “. 5. Akela membalas hormat dalam keadaan sedia. (PKK tidak turunkan tangan mereka sehingga Akela turunkan tangannya dari posisi tabik hormat). 6. Istiadat Laungan Agung Laung Agung merupakan istiadat yang perlu dijalankan setiap kali membuat perjumpaan atau semasa perkhemahan Pengakap.


ISTIADAT MELANTIK PKK dalam bulatan. Akela berdiri di dalam bulatan. Penolong-penolong Pemimpin berdiri di luar bulatan di belakang Akela. PKK dalam keadaan sedia. Adik baru yang berada di luar bulatan dipanggil masuk ke dalam bulatan Ketua sekawan membawa PKK yang baru - berdiri di hadapan Akela . Selepas itu, Ketua sekawan balik ke tempatnya. Serentak dengan itu Pen. Pemimpin masuk ke dalam bulatan dan berdiri di sebelah Akela dengan membawa topi, skaf dan lencana keahlian Akela : “Adakah kamu ingin menjadi seorang Pengakap KanakKanak” PKK baru : “Ya, Akela” Akela : “Adakah kamu bersedia untuk melafazkan Persetiaan Pengakap” PKK baru : “Ya, Akela”


Istiadat Penyampaian Lencana Kemajuan (PKK) 1.Laung Agung dijalankan terlebih dahulu 2.Akela bergerak ke bulatan di hadapan bendera Akela memanggil penerima lencana berbaris di hadapannya (di tengah bulatan) 3. Taklimat Akela tentang pentingnya lencana yang diterima oleh penerima 4. 5.Akela maju ke arah PKK dan PKK tabik hormat 6.Akela menyematkan lencana 7.Lencana Kemajuan di kiri lengan baju 8.Lencana Kepandaian di kanan lengan baju 9.Akela bersalam dan ucapan “Syabas”. 10.PKK tabik hormat Selesai semua - Pek beri sorakan “Tahniah” dan dijawab oleh penerima lencana 11. 12.PKK balik ke sekawan masing-masing


Struktur Organisasi Pengakap Struktur Organisasi Pengakap


Carta organisasi pengakap ipg kampus sultan mizan Penyarah Penasihat Ust. Yusof Bin Awang To Penyarah Penasihat En. Khairuddin Bin Mat Hassan Pengerusi Pengakap Muhammad Wafiy Bin Kamruzzaman Setiausaha Nur Qistina Batrisyia Binti Roslan Bendahari Rafie bin Ismail


Pengurusan Keahlian Pengakap Pengurusan Keahlian Pengakap


Pengurusan Keahlian Pendaftaran Ahli dan Kumpulan Sebuah sekolah hanya boleh menubuhkan satu kumpulan sahaja. Boleh diwujudkan beberapa pasukan dalam kumpulan itu. Satu kumpulan boleh ditubuhkan dengan 18 orang ahli dan 2 pemimpin. Jika melebihi 48 orang anggota perlu pecahkan kepada beberapa pasukan. Jenis Borang Setiap kumpulan perlu didaftarkan dengan PPM. Gunakan beberapa jenis borang: Borang PPM 8 (Pendaftaran Kumpulan) Borang PPM 1A (Pendaftaran Anggota) Borang PPM 1B (Borang Kawalan) Borang PPM 9A (Permohonan Tauliah Pemimpin/ Penolong) Borang boleh diperolehi daripada Pesuruhjaya Daerah, Negeri atau Ibu Pejabat PPM.


Pengurusan Keahlian (Yuran pendaftaran) Kumpulan/ Anggota yang baru perlu didaftarkan dan kumpulan/ anggota yang lama perlu diperbaharuhi pendaftaran kumpulan dengan PPM. Yuran pendafataran: Kumpulan : RM 30.00 (setahun) Ahli Pengakap : RM 5.00 (setahun) Pemimpin/ Penolong Pemimpin : RM 10.00 (setahun) Kumpulan / anggota yang tidak menjelaskan yuran pendaftaran tidak dibenarkan menjalankan aktiviti pengakap. Kumpulan yang tidak memperbaharui pendaftaran tidak dibenarkan menjalankan latihan/ perjumpaan dan pakai pakaian seragam pengakap serta lencana-lencananya. - gantung keahlian mengikut Dasar Pertubuhan dan Peraturan Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia (Peraturan 44-47) Pemimpin kumpulan secara otomatis digantung keahlian pemimpin serta tauliahnya (Peraturan 80) Pengantungan itu sementara, Pesuruhjaya Daerah maklumkan kepada kuasa pengajur iaitu memperbaharui keahlian kumpulan dengan segera. Pesuruhjaya Daerah menarik balik surat penggantungan kumpulan dan tauliah-tauliah pemimpin setelah menerima borang pendaftaran.


Pengurusan Keahlian (Butiran Peribadai) Nama dan no.kad pengenalan ahli Nombor pendaftaran Nama ibubapa/ penjaga Alamat dan no.telefon ibu bapa/penjaga Tarikh lahir Bangsa dan Agama Kesihatan/ Penyakit yang dihidapi dan Alergi Pemakanan Kecenderungan/ Minat


Pakaian Seragam Pengakap Pakaian Seragam Pengakap


Pakaian Seragam Pengakap (LELAKI) Word Scouts dijahit diatas Tag Nama yang kedudukannya atas pada lambang Bendera Malaysia. Kedudukan Bendera Malaysia terletak disebelah kanan. Logo pengakap Malaysia di sebelah kiri. 3 Tag nama di sebelah kanan lengan baju -Nama negeri -Nama Daerah -No kumpulan


Pakaian seragam pengakap (Perempuan) Word Scouts dijahit diatas Tag Nama yang kedudukannya atas pada lambang Bendera Malaysia. Kedudukan Bendera Malaysia terletak disebelah kanan. Logo pengakap Malaysia di sebelah kiri. 3 Tag nama di sebelah kanan lengan baju -Nama negeri -Nama Daerah -No kumpulan


Pakaian seragam pengakap (Pemimpin Perempuan) Word Scouts dijahit diatas Tag Nama yang kedudukannya atas pada lambang Bendera Malaysia. Kedudukan Bendera Malaysia terletak disebelah kanan. Logo pengakap Malaysia di sebelah kiri. 3 Tag nama di sebelah kanan lengan baju -Nama negeri -Nama Daerah -No kumpulan Epolet pada baju kanan dan kiri Lencana Pemimpin di sebelah kiri lengan


Pakaian seragam pengakap (Pemimpin LELAKI) Word Scouts dijahit diatas Tag Nama yang kedudukannya atas pada lambang Bendera Malaysia. Kedudukan Bendera Malaysia terletak disebelah kanan. Logo pengakap Malaysia di sebelah kiri. 3 Tag nama di sebelah kanan lengan baju -Nama negeri -Nama Daerah -No kumpulan Epolet pada baju kanan dan kiri Lencana Pemimpin di sebelah kiri lengan


Pakaian seragam pengakap (KELANA) lelaki PEREMPUAN


Pangkat/ Lencana Pengakap Pangkat/ Lencana Pengakap


Lencana pengakap kanak-kanak Sususnan lencana disebelah lengan kiri baju


Lencana pengakap MUDA Sususnan lencana disebelah lengan kiri baju


Lencana pengakap REMAJA Sususnan lencana disebelah lengan kiri baju


Lencana pengakap KELANA


Perancangan takwin berorientasikan sekolah Perancangan takwin berorientasikan sekolah


Takwim Pengakap sekolah rendah 2024 Tarikh 23.1.2024 20.2.2024 19.3.2024 Aktiviti Pemilihan AJK Sesi perkenalan Objektif Pengenalan kepada pengakap Catatan 16.4.2024 28.5.2024 23.7.2024 Memperlajarari ikatan asas pengakap Memperlajari teknik pemasangan khemah yang betul Lagu pengakap Persetiaan pengakap Isyarat hormat pengakap Pengenalan kawad Undang-undang pengakap Pertolongan cemas Ikatan dan simpulan Jenis-jenis ikatan Pemasangan khemah Penyediaan buku log Lencana pengakap Masakan rimda Mendirikan khemah 20.8.2024 17.9.2024 Mengenali lencana kemahiran dalam pengakap Mencungkil bakat memasak murid Melihat kemahiran pemasangan khemah Pengenalan kepada pengakap Mempelajari kawad yang betul Asas pertolongan cemas


Takwim Pengakap sekolah rendah 2024 Tarikh 29.10.2024 12.11.2024 10.12.2024 Aktiviti Kraf tangan Objektif Kreativiti murid menghasilkan kraf tangan Catatan Meredah hutan Ujian Lencana Kepandaian Semakan buku log Mensyuarat agung Jamuan Kemahiran hidup murid Pengaugerahan ahli pengakap cemerlang


Istiadat Penyampaian Lencana Kemajuan (PKK)


Click to View FlipBook Version